About Us

Sunday, October 31, 2010

Novel :Kerana Cinta Itu 2

Ni nukilan aku sebelum sambung study.Enjoy your reading k? Aku akan try update lagi citer ni lpas habis exam nanti.
                                     
BAB 2


 “Sayang makan macam mana ni? Tengok tu,dah comot muka Fira…”Manja Amir Firdaus mengelap kesan comot dibibir Alfira. Gadis itu hanya tersenyum . Aiskrim yang tadinya rakus dijamah dibeleknya.Ada lelehan aiskrim disitu. Dia malu! Pertama kali diperlakukan semesra itu oleh Amir Firdaus terasa panas juga  wajahnya.


“Fira cantik bila senyum macam ni.Mir suka” Puji Amir Firdaus di telinganya. Dicapainya tangan Alfira yang erat memegang aiskrim sundae.Tisu yang ada ditangannya digunakan untuk mengelap tangan gadis itu yang terpalit lelehan aiskrim.

 “Itulah…Fira makan lambat sangat.Tengok ni,dah cair pun aiskrim ni.Patutla meleleh je.” Ngomel Amir Firdaus lagi. Alfira terasa lucu dengan bebelan Amir.Macam mak nenek pun ada!

 “Nah..Mir je lah habiskan.Fira dah kenyang…”Disuakan aiskrimnya ketangan Amir Firdaus.Terkejut Amir Firdaus dengan reaksi spontan Alfira.Seingatnya,tidak pernah sekalipun gadis itu gagal menghabiskan makanan.

“Tadi kan Fira dah cakap, Fira tak suka sangat makan aiskrim, Mir degil jugak nak beli.Kan tak habis”Kata Alfira lagi bila Amir Firdaus masih tidak menyambut aiskrim yang dihulurkannya.

“Ingat ke Fira bergurau je tadi.Setahu Mir lah,jarang perempuan tak suka aiskrim…Fira ni pelik jugak ye”Aiskrim ditangan Alfira disambutnya.Tetapi dia juga sudah kekenyangan.Tidak mampu lagi menghabiskan aiskrim yang masih banyak berbaki itu. 

“Kalau Fira taknak,kita buang je Ok? Lain kali Mir promise tak paksa Fira makan aiskrim lagi..” Alfira menganggukkan kepalanya.Senyuman manis dilemparkan kepada teman lelakinya itu.

 “Gadis yang pelik ni jugaklah yang Mir sayang kan?” Amir Firdaus senyum dengan kata-kata Alfira.Terasa kembang taman hatinya.

“Mir akan selalu ingat Fira tak suka aiskrim,….”

“Lagi?”Soal Alfira,menduga ingtan Amir Firdaus tentang dirinya.

“kek”

“Lagi?”

“Chocalate”

“Lagi?”

“Teddy bear..”

“Lagi?”


Amir Firdaus sudah menggaru garu kepalanya.Cuba mengingati apa lagi yang tidak disukai kekasihnya itu.

“Semua yang digemari perempuan Fira tak suka,warna pink pun Fira tak suka jugak kan?”Soal Amir Firdaus lagi. Alfira menganggukkan kepalanya.Terharu dengan sikap Amir Firdaus yang prihatin.

“ Mujurlah pakaian dalam perempuan Fira suka kan?..kalau tidak malu jugaklah Mir nak temankan Fira beli pakaian dalam lelaki..”

“Amir!!!!”Jerit Alfira kuat.Dicubitnya lengan Amir dan mereka ketawa bersama-sama.

Imbasan kenangan itu terhenti bila diganggu suara peramugari memberi isyarat bahawa kapal terbang akan mendarat 30 minit lagi.Alfira mengemaskan kedudukannya. Tali pinggang keselamatan diketatkan. Aku dah hampir tiba! Ya Allah….rindunya aku pada mak,nenek dan Amir.Dia benar-benar rindu dengan saat-saat manis bersama Amir Firdaus suatu ketika dulu.Indahnya kenangan semasa kali pertama mereka keluar dating berdua dan Amir bertegas hendak membelikan aiskrim untuknya walaupun berkali-kali dia menegaskan yang dia tidak gemarkan Aiskrim. Ternyata insiden itu menjadi momen indah dalam benaknya sehingga ke hari ini.Dan selepas peristiwa itu Amir tidak lagi pernah memaksanya makan aiskrim.

 “Amir Firdaus….Fira dah kembali..”Desus bibir kecilnya. Dia jadi tidak sabar untuk menatap wajah lelaki yang sudah tiga tahun tidak ditemuinya itu. 

“Makin kacak kah dia? Apa reaksi lelaki itu bila melihatnya nanti?”Dia tersenyum sendirian sehinnga kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang KLIA.

**************

Huluran tangan emaknya disambut penuh kasih.Lantas tubuh sederhana ibunya itu dipeluk kemas.Menitis air matanya saat pelukan ibunya mendarat ditubuh.

“Mak..Fira rindukan Mak”Pipi emaknya dicium berkali-kali.

“Mak pun sama.Syukurlah,anak mak dah selamat kembali.”Puan Hasmah mengusap-ngusap belakang anak gadis tunggalnya itu. Kemudian,pelukannya beralih pula kepada neneknya,Hajah Kalsom. Tubuh tua itu dipeluk kejap.Tersedu-sedan dia menangis. Dia benar-benar kerinduan.

“Udahlah tu Fira.Tak elok menangis sangat.Kan nenek dengan mak dah ada depan Fira ni.Tak lama lagi Fira dah nak jadi isteri orang,Fira kena kuat semangat sikit.Tak boleh manja-manja lagi..”Pujuk Hajjah Kalsom sambil mengelap airmata Alfira. Sebaik sahaja Nampak wajah Alfira dibalai ketibaan KLIA tadi, hatinya diruntun sebak.Dia juga merindui cucu tunggalnya itu. Masih jelas saat Alfira melambai-lambaikan tangan dan berlari mendapatkan mereka dengan beg yang ditarik laju.Alfira memandang wajah Hajjah Kalsom.

Kahwin?Sepantas kilat dia teringatkan tunangnya,Amir Firdaus.Dipandang sekeliling mencari wajah Amir Firdaus tetapi hampa bila wajah itu tidak kelihatan.Tidak datangkah dia?Dia sudah awal-awal lagi memberitahu Amir Firdaus tentang kepulangannya.Mustahil tunangannya itu lupa!


“ Amir outstation ke Kuantan” Seakan tahu apa yang berlegar difikiran anaknya, Puan Hasmah memberitahu. Itulah yang dimaklumkan Datuk Ir. Suffian dan Datin Faridah didalam perbualan telefon malam tadi.

“ Datuk dan datin kirim salam dekat Fira.Mereka minta maaf tidak dapat datang kerana ada hal mustahak.Mereka akan datang melawat Fira malam nanti..” Ujarnya lagi.

Alfira menganggukkan kepalanya. Cuba memahami kesibukan Amir Firdaus walaupun ada rasa sedikit kecewa dihatinya.”Takpelah..mungkin Amir benar-benar sibuk..”Desis hati kecilnya.Dia cuba berfikiran positif.

“ Fira nak makan nasi! Mak dengan nenek kena masak sedap-sedap untuk Fira tau” Ujar Alfira lagi sambil memaut bahu kedua-dua insan yang amat disayanginya itu.. Tiga tahun dibumi Jerman dia jadi rindu pada masakan Malaysia,lebih-lebih lagi air tangan emak dan nenek. Disana,agak sukar  untuk mencari makanan yang halal. Sebab itulah dia lebih selesa memasak dirumah.Menu hariannya kebanyakannya hanyalah roti dan makanan laut. Kalu tidak pun sekadar,bijirin dan buah-buahan.

“ Patut la cucu nenek ni makin kurus…lapar nasi ya?” Alfira tersenyum mendengar kata-kata neneknya. Dibukakan pintu kereta kepada neneknya ketika mereka tiba diruangan parking kereta.Hari itu suasana di lapangan terbang KLIA tidak begitu sesak dengan pengunjung.Mudah bagi Puan Hasnah mendapatkan tempat parking.

“Dah lama Fira tak naik kereta Wira mak ni…” Alfira mengambil tempat dibahagian tepi ibunya yang sudah berada ditempat duduk pemandu.

“ Mak dengan nenek dah masak makanan yang Fira suka.Nanti sampai rumah kita makan sama-sama Ok? Kesian anak mak ni.Makin kurus mak tengok.Ni,pipi ni.Dah tak montel macam dulu lagi.Fira tak makan ke sayang?” Puan Hasmah memegang pipi anaknya.Alfira hanya ketawa kecil.

“ Mak jangan risau.Seminggu lagi mesti berat badan Fira ni bertambah tambah bila makan makanan yang mak dan nenek masak..nanti jangan bising cakap Fira montel pulak..”Alfira bersuara lagi dan mereka bertiga ketawa serentak.Bahagia menyelubungi hati ketiga-tiga beranak yang sudah lama tidak bertemu itu.

Puan Hasmah menghidupkan enjin kereta dan kereta bergerak laju meninggalkan perkarangan lapangan terbang KLIA.

***********

Fira dah pulang!

Hanya perkara  itu yang berada difikirannya sekarang.Dia tahu hari ini gadis itu kembali ke tanah air.Sudah berkali-kali Alfira mengingatkannya di dalam setiap email-email gadis itu. Alfira benar-benar mengharapkan dia datang menyambutnya di KLIA.Dia tidak pernah lupa!Tapi…...

“Sayang..apa yang you menungkan tu? Dari tadi I tengok you tak habis-habis mengelamun”Suara merdu zarina mematikan ingatan Amir Firdaus pada Alfira. Dia cuba berlagak tenang.

“Everythings Ok?” soal Amir Firdaus.Tidak dijawab soalan Zarina tadi. Dari tadi dia menunggu Zarina di bilik tetamu sewaktu gadis itu menghadiri mesyuarat di syarikat itu. Sengaja dia tidak masuk,kerana fikirannya begitu terganggu sekarang. Lebih-lebih lagi dia yakin pada kecekapan Zarina menguruskan kerja itu.

“ Of course lah..tengok lah siapa yang handle.Mereka dah setuju nak join dalam project kita ni. So..” Nada suara zarina ceria sekali. Dia bangga kerana berjaya menarik minat pembekal untuk terlibat dalam projek yang diterajui syarikatnya dan Amir Firdaus.

“ So..?” Amir Firdaus inginkan kepastian dari bibir Zarina.Ayat gadis itu masih tergantung.

“ You kena belanja I lah.I dah buat pelaburan besar tau tadi.Nak harapkan you…dari tadi asyik mengelamun je I tengok.Tapi beria-ria sangat nak ikut I datang Kuantan konon nak handle sama-sama. “Rajuk Zarina manja.

“ No problem dear….benda kecil je tu..jom,I belanja you makan” Amir Firdaus menarik tangan Zarina untuk keluar dari ruang pejabat pembekal itu.

“ You tak jawab lagi soalan I tadi” zarina masih tidak puas hati kerana persoalannya tidak berjawab. Mukanya dimasamkan sedikit.

“ Tak ada apa-apalah sayang. Kepala I ni pening sikit.Mungkin tak cukup tidur siapkan proposal untuk projek ni.You jangan risau.I Ok”Jawab Amir Firdaus sambil mengangkat tangan kanannya sebagai isyarat yang dia benar-benar Ok..Biarpun Zarina tahu tentang statusnya yang sudah bertunang dengan Alfira dia enggan berbicara tentang perkara itu waktu ini.kepalanya sudah sakit memikirkan bermacam-macam masalah.Kepulangan Alfira, kemarahan papanya dan kini mamanya tidak habis-habis meleterinya kerana mempunyai kekasih lain.dia jadi rimas!Kenapa mereka tidak memahami isi hatinya ketika ini?Dia benar-benar buntu.

“You fikirkan Fira, right? You jangan cuba nak tipu I lah Mir.I tahu dia balik hari ni.Sebab tu jugak lah you nak ikut I datang sini walaupun sebenarnya tugas ni patutnya Hasnol yang buat” Zarina mengeluhkan nafas berat.Kepulangan Alfira turut membuatkan dia rasa tercabar.Bagaimana kalau kasih Amir Firdaus kembali bertaut pada Alfira?

“Rina..I tak suka cakap pasal hal ni. Kita nak makan kan?So,you duduk sekarang..kita makan” Amir Firdaus menarik kerusi untul Zarina duduk.Mereka makan di restoran berdekatan sahaja memandangkan perut masing-masing sudah kelaparan.


“ Samaada you suka atau tak,kita kena bincangkan jugak hal ni.Fira dah balik,apa akan jadi dengan I?” soal Zarina. Bukan tidak pernah terdetik rasa bersalah dihatinya kerana merampas cinta Amir Firdaus.Tetapi,kalau hanya dia seorang yang berkeinginan,perkara ini tidak akan terjadi. Dia terpaksa menebalkan muka bila mata Datuk Ir. Suffian memandang kurang senang pada dirinya. Bagi zarina, selagi Amir Firdaus masih menyintainya,dia tidak perlu rasa bersalah.

“Tak ada apa-apa yang akan terjadi Rina. Kan I dah cakap dekat you, hati I sekarang hanya milik you.I dah lama lupakan Fira.I tak cintakan dia lagi..”Kata-kata Amir Firdaus terhenti sebaik sahaja pelayan tiba mengambil pesanan. Mereka berdua memesan nasi goreng ayam dan milo ais.

“You pasti Mir? 3 tahun you tak jumpa dia,mungkin dia makin cantik sekarang.I risau you akan balik semula dekat dia.Lagipun parents you tak suka I”Adu zarina.Dia pasti keluarga Amir firdaus menentang keras hubungan mereka. Di mata mereka,dialah perampas.Biarlah..dia tidak pernah kisah akan tanggapan orang padanya.Bekerja sebagai model sambilan,dia sudah lali dengan fitnah orang terhadapnya.Selagi dia bahagia,dia tidak perlu pedulikan semua tohmahan itu.

“ Hati dan keputusan I tetap sama.You tak perlu risau”Pujuk Amir Firdaus.Dia yakin dengan kata hatinya.Dia akan berterus terang dengan Alfira. Dia yakin Alfira dapat menerima semua ini.Dia kenal sangat dengan Alfira.Entahlah, sepatutnya tempoh 7 tahun itu cukup lama untuk dia mengenali dan menyintai gadis itu, tetapi kenapa hatinya kini berubah?Dia sendiri tidak pasti.Mungkin kerana jarak mereka yang jauh atau Zarina lebih sempurna dimatanya.Cinta…tidak pernah mengenal waktu!

“ Tak sampai dua bulan lagi you nak kahwin.You cakap dekat I jangan risau? Mir..you sayangkan I ke tidak ni? “ zarina sedikit mendesak.Perempuan mana yang sanggup melihat lelaki yang dicintainya berkahwin dengan orang lain? Hanya orang gila sahaja yang mampu berbuat begitu!

“ I takkan kahwin dengan dia..” Ringkas jawapan Amir Firdaus.

“ Semua orang tahu dia tunang you Mir..Papa you tu orang kenamaan….pasal hal kenduri you ni pun semua orang dah tahu,you yakin family you boleh terima keputusan you ni?”Soal Zarina lagi.Disedutnya air milo ais yang baru dihantar pelayan tadi menggunakan straw.Jiwanya turut kacau. Kenapa Alfira perlu pulang sekarang?

“ Rina….I dah cakap dekat papa.Kenduri tu tetap akan diteruskan.”

“What? Mir,you gila ke apa?I macam mana? I sayangkan you Mir.Dah lama I sayangkan you..You lupa ke Mir?” Berkaca anak mata Zarina.ada riak risau diwajahnya.Suaranya sedikit menjerit.

“ Kenduri itu akan tetap diteruskan tapi pengantin perempuannya adalah you..”Jawab Amir Firdaus. 

Hanya itu sahaja cara yang dia ada.Selain menjaga maruah kelurganya daripada malu kerana kenduri yang tidak jadi, dia juga dapat menikahi zarina segera.Lagipun,persiapan perkahwinan sudah dilakukan.Walaupun dia tidak pernah ambil tahu tetapi mamanya sudah mengupah perunding perkahwinan untuk menguruskan majlis itu nanti.Dia sudah malas ingin lama-lama bercinta seperti yang berlaku antara dia dan Alfira.Bertahun berkasih tetapi akhirnya putus ditengah jalan.

“ Betul ni sayang? Family you....”

“ You tak perlu risau.I tahu pujuk mereka.Lagipun I yang nak kahwin.I taknak rosakkan masa depan Alfira dengan mengahwininya.I tak cintakan dia..I pasti parent I akan faham” segera Amir Firdaus memotong kata-kata Zarina.Dia sudah bertekad,apapun terjadi dia tetap akan mengahwini Zarina. 

“Mereka  akan salahkan I sebab rampas you!” zarina masih tidak percaya.Masakan semudah itu family Amir firdaus dapat menerimanya?

“ Rina.. ..trust me pleaze.semuanya akan ok..”Tangan Zarina dicapai dan dielusnya lembut.Mengharapkan pengertian zarina.Dia sudah lelah membincangkan hal ini.Serabut! Dia sudah nekad dengan keputusannya.

Alfira Hanim…maafkan Mir! Hatinya berkata lagi.

Saturday, October 30, 2010

Novel: Kerana Cinta Itu 1



Salam semua.Thank's untuk yg sudi baca entri aku nih.Hari ni tetiba ja tangan ni mengatal nak berkarya,so aku publish kan karya aku nih dkt blog.Sebenarnya,tajuk novel ni "Hanya Kerana Cinta" tapi terpaksa ditukar sebab naskah asal novel yang sudah sampai bab ke lima tu hilang kena makan dgn virus2!Geram betul aku (Tapi padan muka aku..nape xwat banyak2 copy kan?hmmm..cedih tau!).So,terpaksalah aku buat balik dengan tambahan plot dan perubahan pada nama2 watak.Hehehe...kira jadi baru tapi tetap cerita yang sama.Hik Hik Hik..Dah lama tak menulis,aku rasa BM aku dah makin teruk plak.waduh waduh..kna bukak kamus dewan balik nih!hehehe...So,hope you enjoy your reading and give me youur response k!

BAB 1



Alfira Hanim sayang…
Bagiku..kaulah segalanya,
Untukku…kaulah ratu dihati ini,
Yang menemani tiap tawa dan tangisku,
Menjadi lilin dalam tiap gelitaku..
Tanpamu,aku penasaran…..
Aku setia menanti kepulanganmu……
Love you forever,
Your fiancee
Amir Firdaus

Nota yang terselit dicelahan nota-nota ilmiahnya ditatap. Sudah 3 tahun usia nota tulisan tangan itu,namun Alfira Hanim tidak jemu menatapnya berkali-kali. Dia tersenyum sendirian melihat bait-bait cinta Amir Firadaus itu. Masih terbayang gelagat Amir Firdaus menyelitkan kertas itu didalam beg tangannya semasa di KLIA. Sungguh dia rindu pada lelaki itu.Apa khabar agaknya tunangannya itu kini?Sihatkah dia? 3 tahun menuntut ilmu di negara orang tidak sedikitpun memudarkan rasa cinta Alfira buat Amir.Mengenali Amir Firdaus ketika sama-sama menuntut pelajaran di UiTM Shah Alam adalah saat paling indah dalam hidupnya.Bagi Alfira, selain emak dan nenek, Amir adalah kekuatan hidupnya selama ini. Alfira tersenyum bila mengingatkan hari bahagia mereka yang akan berlansung dua bulan sahaja lagi.Minggu hadapan, dia akan pulang ke Malaysia. Akhirnya, tamat sudah pengajian ijazah sarjana nya di bumi Jerman ini.Tidak sabar rasanya menatap wajah emak,nenek dan Amir Firdaus! Perlahan-lahan potret wajah Amir Firdaus yang terletak di atas meja studynya diusap.

 “Mir…Fira rindu sangat..nape Mir lama tak contact Fira?” Ngomel hatinya. Alfira sedar, sejak 6 bulan kebelakangan ini, Amir Firdaus sudah jarang sekali menghubunginya.Kalau adapun,hanyalah email-email pendek untuknya.Itupun sekadar membalas kembali email-email yang dihantar Alfira.Punyalah panjang dia menaip email untuk tunangnya itu,bercerita tentang perkembangannya disini,melahirkan rasa cinta dan rindu namun email dari Amir bagai tiada reaksi,.Sekadar menasihatinya menjaga diri dan rajin belajar.Tiada lansung madah cinta dan kata-kata rindu yang dinantikannya. Alfira cuba menyabarkan hatinya yang terkilan dengan sikap Amir.Mungkin lelaki itu terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak punya masa untuknya.

“Huyoo….tenung muka tunang macam nak telan…” Suara Nadia,teman sebiliknya mematikan lamunan Alfira. Pantas dia menoleh.Nadia yang baru terjaga dari tidurnya petang itu tersengeh-sengeh. “ Kau ni ada-ada jer lah Nad. Kalau aku telan si Amir ni,sape yang nak kawen dengan aku nanti?” Ngomel bibir comelnya. Nadia sekadar mencebikkan bibir. “Tak ada konon…Cik Alfira Hanim,awak tu orangnya cantik,lemah lembut pulak tu.Ramai yang nak tau.. kalau si Amir tu tak ada berderet yang beratur nak jadi pakwe awak .. ”Alfira Hanim hanya ketawa mendengar kata-kata Nadia.Malas menjawab gurauan sahabat karibnya itu lantas potret Amir ditangannya ditatap kembali.Hatinya hanya untuk Amir Firdaus.Sampai bila-bila pun dia yakin cintanya hanya untuk lelaki itu.

“Mir  tak contact kau ke? Aku rasa macam dah lama sangat tak tengok kau gayut..” Soal Nadia.

“Tak..Dia busy kot.Kan sekarang ni dia kena handle macam-macam projek…”Balas Alfira perlahan.Teringat tanggungjawab tunangnya sebagai pengarah projek di syarikat bakal bapa mertuanya,Tiba-tiba rasa sebak bertandang di sudut hatinya. Adakalanya dia tidak dapat menipu rasa hatinya yang terasa dengan sikap endah tak endah Amir firdaus.

“Kau yakin ke dia sibuk? Selama ni sesibuk manapun dia,aku tengok tak pernah pun dia tak contact kau?”Nadia rasa tidak puas hati dengan jawapan Alfira. Dia yakin ada yang tidak kena dalam perhubungan Alfira dan Amir.

“Aku tak suka berprasangka Nad..aku percayakan Amir..”Balas Alfira.Memang dia bukan jenis yang suka berprasangka buruk. Selagi tiada pengakuan jujur dari mulut Amir, dia tidak akan peduli dengan kata-kata orang.Dia percayakan Amir seratus peratus.

“Tapi Fira..kau tahu kan Amir tu macam mana dulu?Sebelum dia couple dengan kau?” Nadia mendekati Alfira.Dilabuhkan pungungnya disebelah Alfira.Wajah Alfira ditatap. Kadang-kadang dia agak tidak puas hati dengan sikap Alfira yang terlalu percayakan Amir.Alfira terlalu baik! Lupakah Alfira bahawa seribu kemungkinan boleh terjadi di dalam dunia ini?

“Nad…7 tahun  aku mengenali Amir. Aku kenal dia Nad. Walaupun dulu dia tu playboy tetapi lepas berkawan dengan aku dia dah banyak berubah. Dia dah tak macam dulu lagi. Aku tak nak ingat sikitpun cerita lama dia tu.Itu cerita dulu.Masa tu dia muda lagi.…” Masih segar dalam ingatan Alfira janji Amir kepadanya untuk berubah jika lamaran lelaki itu diterima.Dan lelaki itu memang mengotakan janji-janjinya.Semuanya hanya untuk dirinya. Ternyata Amir Firdaus sanggup berkorban demi cinta mereka.Untuk apa lagi dia meragui cinta lelaki itu?

“Tapi Fira…”

“ Nad, Kiteorang dah nak kawen dua bulan lagi.Kau doakanlah kebahagiaan aku. Mungkin sekarang Amir sibuk uruskan majlis pernikahan kami nanti.Lagipun dia sorang-sorang dekat sana tanpa aku” Pantas Alfira memotong kata-kata Nadia. Dia tidak mahu lagi memikirkan  soal kejujuran Amir. Selama ini dia cukup bahagia bersama Amir.Hidupnya yang sebelum ini sunyi tanpa kasih sayang seorang bapa dipenuhi dengan hadirnya Amir Firdaus. Keluarga kecilnya yang hanya ada dia,emak dan nenek semakin bahagia dengan kehadiran lelaki itu.

“ Itu dulu Fira. Masa waktu kau banyak untuk dia.Waktu kau dekat dengan dia…”Protes Nadia. Dia yakin Amir Firdaus mungkin kembali kepada tabiat lamanya yang tidak pernah setia dengan seorang perempuan.

“ Nad..kalau memang cinta Amir hanya untuk aku,aku tak perlu risau tinggalkan dia beribu batu sekalipun.Cinta takkan terhalang dengan jarak,Nad.Kalau cinta disebabkan aku selalu ada dengan dia,itu bukan cinta Nad.Itu nafsu..”Alfira masih mempertahankan Amir. Mengapa cinta mesti berubah disebabkan jarak yang jauh?Lagipun dia hanya pergi belajar.Itupun atas dorongan mereka yang dia sayangi.Amir sendiri yang menyuruhnya menyambung pelajaran.Amir faham akan cita-citanya untuk mengengam sugulung master dan lelaki itu tidak pernah menghalang.

“ Aku bangga dengan kau Fira. Susah nak jumpa perempuan sebaik kau.Yang tak pernah ada rasa sangsi,penuh kesetiaan.Aku doakan kebahagiaan kau dengan Amir.Tapi kau janji dengan aku, kalau ada apa-apa masalah beritahu aku.Aku susah hati bila kau tak ceria macam ni” Akhirnya, Nadia terpaksa mengalah dengan kata-kata Alfira. Bila cinta sudah merajai hati,semua keburukan akan nampak indah di mata.Nadia perasan akan kemurungan Alfira sejak dua menjak ini tetapi malas hendak bertanya kerana waktu itu mereka sibuk dengan peperiksaan akhir. Walaupun Alfira tekun belajar, sesekali dia perasan adakalanya fikiran gadis cantik itu melayang jauh. Seperti ada beban besar yang terhempap dikepalanya. Ada masanya dia melihat Alfira membelek-belek handphonenya yang sudah jarang berbunyi.Pernah juga dia terserempak dengan wajah sayu Alfira yang tampak gelisah bila tidak dapat menghubungi seseorang di telefon.Tidak bertanya pun Nadia yakin Alfira cuba menghubungi Amir Firdaus.

 “Mir..apa yang kau sedang kau mainkan ni? Kasihan Fira…”Desis hati kecilnya.


**********

Ketukan dipintu menganggu tumpuan Amir Firdaus yang leka dengan kerja-kerja pejabatnya.

 “Masuk” Arahnya.Tidak lama kemudian, muncul wajah bapanya, Datuk Ir. Suffian.

“ Hai papa..tak balik lagi?” Soal Amir Firdaus.senyuman manis dihadiahkan untuk lelaki berusia 56 tahun itu.

“ Papa ada benda nak cakap dengan Mir..”Suara Datuk Ir Suffian kedengaran tegas.

 “ Hal apa papa? Kalau pasal problem dekat projek Banting tu, Mir dah suruh Hasnol take over.Lagipun, problem tu dah settle.”Amir Firdaus pantas menjawab. Datuk Ir Suffian mengelengkan kepalanya.Direnung wajah tampan anak sulungnya itu.

.”Bukan hal keja tetapi hal personal.Papa minta maaf terpaksa bercakap hal ini dekat office.Sekarang Mir dah jarang balik rumah,nak cakap hal personal pun susah.Mir kemana? mama tiap-tiap hari bising sampai naik letih papa nak menjawab.Dahlah mama call pun Mir tak nak jawab” Marah Datuk Ir.suffian.Baginya sikap Amir firdaus itu sudah melampau.
Amir Firdaus melepaskan nafas berat. Sejak kebelakangan ini fikirannya berserabut. Bermacam-macam masalah ada didalam kepalanya.Hal keja dan peribadi.semuanya membuatkan hidupnya makin tidak terurus sejak kebelakangan ini. Mamanya pulak tidak habis-habis bising tentang persiapan perkahwinannya yang hanya tinggal dua bulan sahaja lagi.

“ Mir balik rumah Mir dekat PJ…”Jawab Amir Firdaus ringkas.Memang benar dia kini lebih selesa tinggal dirumah banglo dua tingkat yang dibelinya 3 tahun lalu.Terasa tidak betah lagi berada dirumah keluarganya.

“ Papa dengar Mir kerap keluar dengan seorang perempuan.It’s true?”Soal Datuk Ir suffian lagi. Bukan seorang dua yang bercerita padanya perihal Amir Firdaus yang sering dilihat kerap keluar bersama seorang gadis seksi.Tetapi dia memekakkan telinga kerana yakin gadis yang diceritakan itu mungkin teman rapat Amir.Tetapi bila terlalu ramai rakan-rakannya yang mula bercerita, dia jadi bimbang. Lebih-lebih lagi lusa bakal menantunya Alfira Hanim akan pulang ke Malaysia.

“ Dia teman rapat Mir..”Jawab Amir Firdaus ringkas.

“ Teman macam mana? Listen here, remember awak tu nak kawen next 2 month. Behave yourself. Papa tak suka Mir berpeleseran dengan perempuan-perempuan tak guna tu macam dulu lagi ”Tegas suara Datuk Ir suffian.

“Stop it papa! Rina bukan gadis macam tu!”Potong Amir Firdaus.Marah dengan kata-kata papanya yang seakan menghina Zarina.

“ So,nama dia Rina? Ok.papa tak nak ambil tahu siapa dia pada Mir. Tapi Mir kena ingat Mir tu tunang orang.jaga batas pergaulan tu sikit.kalau Fira tahu hal ni,apa pula katanya nanti..”

“Mir dah tak kisah kalau Fira tahu.Dia memang patut tahu” Selamba Amir Firdaus mengeluarkan kata.

“Amir!!!”Jerit Datuk Ir Suffian.tidak puas hati dengan cara Amir Firdaus berkata-kata.

“ It’s true papa.Memang betul apa yang papa dan semua orang cakap selama ni. Mir memang ada hubungan dengan Rina…Mir minta maaf papa.Mir tak pernah berniat nak buat semua orang terluka dengan sikap Mir. Selama ni Mir sengaja tak balik ke rumah kita sebab Mir rimas dengan sikap mama yang tak habis-habis bertanyakan persiapan kahwin Mir dan Fira…Pa,I’m so sorry. Mir tak boleh tipu diri Mir.Perasaan Mir pada Fira memang dah tak ada..” Panjang Amir Firdaus melepaskan kata-kata.Terasa ringan kepalanya menceritakan perkara yang sudah lama tersimpan dikepalanya. Sunguh! Dia benar-benar letih memikirkan masalah ini.


Terkaku datuk Ir Suffian mendengar kata-kata Amir Firdaus.Bagai tidak percaya apa yang dibicarakan anaknya itu. Bukan dia tidak tahu selama ini Amir begitu tergila-gila kan Alfira, anak yang kematian bapa sejak kecil itu. Terbayang wajah lembut Alfira.Pertama kali dia menatap wajah anak itu,hati dia dan Datin Faridah sudah tertawan. Dia yakin Alfira calon menantu terbaik buat Amir. Tapi kini…

“ Mir mengaku Mir tak patut buat macam ni pada papa,mama,Fira dan keluarganya. Tapi siapa Mir nak menahan perasaan cinta yang dah berubah pada orang lain.Mir dah sedaya upaya pertahankan perasaan Mir pada Fira,tapi memang tak boleh pa..memang mungkin jodoh Fira bukan dengan Mir…”Ada nada kesal dari suara amir Firdaus.
Dia tahu dia bersalah kerana curang dan menduakan cinta Alfira.Tetapi dia lelaki,mana mampu menahan godaan wanita yang memang diingininya sejak dulu?Ya! Dia mengenali zarina ketika di bangku sekolah.Dalam diam dia menyintai gadis itu.Dia tertawan dengan kecantikan dan suara manja Zarina.Namun ketika itu Zarina sudah mempunyai teman lelaki. Dia mengalah dengan keadaan ketika itu. Dia jadi playboy pun kerana Zarina tidak melayan cintanya sehinggalah dia bertemu dengan Alfira. Gadis itu Berjaya merubah persepsinya pada cinta.


Sungguh dia sangat menyintai Alfira ketika itu sehingga dia sangup meninggalkan semua tabiat buruknya demi menawan hati gadis itu.Namun,pertemuan semula dengan zarina ketika mengikuti seminar di Sabah membenihkan kembali rasa cinta yang pernah tumbuh suatu ketika dulu.Zarina cinta pertamanya. Tambahan lagi Alfira nun jauh diperantauan.Hidupnya jadi sunyi tanpa Alfira disisi.Sedaya upaya dia cuba menepis rasa cinta yang hadir untuk zarina namun dia gagal.Dia kalah pada perasaan sendiri.Dia rasa berdosa pada Alfira kerana mengkianati cinta mereka.

“Papa kesal dengan Mir..Sampai hati Mir buat macam ni..’

“Papa..Mir tak mampu nak tolak cinta yang datang tu..”Balas Amir.

“ Kalau itulah alasan Mir, papa memang tak boleh terima.38 tahun papa menyintai mama tanpa jemu.kami juga pernah terpisah macam Mir dan Fira bila papa terpaksa offshore selama setahun.Papa terima banyak godaan dari bermacam jenis perempuan sepanjang tempoh itu..tapi cinta suci papa pada mama tak pernah padam….semuanya terletak atas kita Mir.kenapa Mir? Kenapa tergamak Mir lukakan hati kami? Kasihan Fira..”Datuk Ir Suffian benar-benar kesal dengan sikap Amir Firdaus.Anak itu tidak pernah serik dengan seorang perempuan!

“ Papa…Mir bukan  macam papa.Mir tak pernah berubah dan kembali menjadi liar macam dulu.Bezanya sekarang,Cuma hati Mir pada Fira dah tak ada.Lagipun Mir dah buat keputusan..”Amir Firdaus menarik nafas dalam-dalam.Hari ini,dia mesti meluahkan apa yang tersimpan dalam kepalanya selama ini.Dia yakin papanya dapat terima.Papa tak macam mama!

“Keputusan apa?”

Saturday, October 23, 2010

AdaB MaSuk RuMaH OrAnG...

Nak Masuk Rumah orang pun ada Adabnya

Sekadar peringatan untuk semua....jom kita study balik adab-adab masuk rumah orang lain..


An Nur: 27 - 29
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (27) فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ (28) لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ (29)

Terjemahan:

  1. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.
  2. Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
  3. Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk di diami, yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

Sebab Turun Ayat:

Seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata "Ya Rasulullah, saya berada di dalam rumah saya dalam keadaan yang saya tidak suka seorangpun melihat saya, samada ayah saya atau anak saya. Lalu tiba tiba datang seseorang masuk ke dalam rumah saya, maka apakah yang patut saya lakukan?" Lalu turunlah ayat diatas: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki...

Makna Ayat Secara Umum:

Dalam ayat ayat diatas Allah SWT ingin mengajar hamba Nya agar memiliki adab yang mulia, antaranya meminta izin sebelum memasuki rumah orang lain serta sopan ketika meminta izin itu. Demikian juga memberi salam kepada penghuninya, kerana cara demikian lebih menimbulkan rasa kasih dan kemesraan.
Allah SWT. melarang memasuki rumah orang lain tanpa izin supaya tidak terlihat perkara perkara yang penghuni rumah tidak suka dilihat oleh orang lain. Sebenarnya di dalam syariat meminta izin (isti'zaan) dan memberi salam terdapat hikmah agar seseorang terhindar daripada perasaan buruk sangka atau maksud jahat serta terpelihara marwah orang yang berkunjung dan dihormati.
Sekiranya orang yang berkunjung itu tidak mendapat izin dari penghuni rumah, maka hendaklah ia pulang saja. Sikap demikian itu adalah lebih baik baginya daripada tetap berdiri didepan pintu atau seperti memaksa penghuni rumah agar mengizinkannya, sebab terkadang kadang penghuni rumah itu sedang sibuk dengan suatu pekerjaan dan dia tidak mahu diganggu oleh tetamu.
Sekiranya di dalam rumah tersebut tidak ada seorangpun maka kita tidak boleh memasukinya kerana setiap rumah ada mempunyai marwah yang wajib dihormati, dia tidak halal dimasuki kecuali setelah mendapat keizinan dari penghuninya. Barangkali penghuni rumah tidak suka ada orang yang melihat apa yang terdapat di dalam rumahnya. Barangkali juga kemasukan seseorang mengakibatkan kehilangan sesuatu barang yang akhirnya timbul tuhmah kepada orang tersebut.
Adapun rumah yang tidak berpenghuni yang didalamnya terdapat manfaat seperti kedai, tandas, hotel dan lain lain maka diperbolehkan memasukinya tanpa izin.

Tafsiran Dan Rahasia Dibalik Ayat:

(1) Ayat diatas diawali dengan panggilan IMAN menandakan betapa tinggi derjat orang-orang yang beriman disisi Allah. Hanya orang beriman yang layak dan patut mendapat bimbingan dan arahan. Sedangkan orang kafir tidak obahnya seperti binatang, dan mereka tidak layak mendapat kemulian. Sungguh tepat firman Allah:
أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Mereka tidak obahnya bagaikan binatang, bahkan mereka lebih sesat daripada binatang.
(Al 'Araaf: 17).
(2) Larangan memasuki "rumah yang bukan rumahmu" tidak hanya terbatas jika rumah itu dihuni oleh pemiliknya, tetapi juga termasuk ke dalamnya jika rumah itu dihuni oleh peminjam atau penyewanya. Dan inilah sebabnya kata rumah disebut dengan " nakirah " (بُيُوتًا ). Dan isim yang nakirah membawa faedah umum dan menyeluruh (syumul).
(3) " Sehingga kamu meminta izin " dengan menggunakan istilah " isti’naas " bukan dengan istilah " isti’zaan " kerana istilah " isti’naas" lebih mendalam daripada istilah "isti'zaan". Maulana Al Maududy Rahimahullah berkata: Adalah keliru orang yang mengertikan isti'naas hanya sekedar meminta izin saja. Padahal sebenarnya dua istilah itu mempunyai perbedaan makna yang amat halus yang tidak sewajarnya dianggap ringan. Kata Isti'naas adalah lebih umum dan lebih menyeluruh daripada kata isti'zaan. Jadi maknanya: "sehingga kamu mengetahui setakat mana rasa senang hati penghuni rumah itu terhadap kedatanganmu adakah dia reda ataupun sebaliknya".
(4) "Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya". Ungkapan ini mengandungi makna yang sangat mendalam. Maknanya: Barangkali di dalam rumah tersebut ada penghuninya tetapi dia sengaja tidak menjawabnya atau dia berterus terang tidak mengizinkannya. Kedua dua makna ini boleh tersirat di dalam ungkapan diatas. Oleh sebab itu Allah SWT tidak menggunakan ungkapan "Jika sekiranya tidak ada seorangpun di dalamnya"
(5) Jadi larangan memasuki rumah orang lain ada dua keadaan:
  • Pertama: Larangan secara tersirat (Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya)
  • Kedua: Larangan secara terang terangan (Dan jika dikatakan kepadamu "kembali sajalah maka hendaklah kamu kembali"
(6) Imam Az Zamakhsyari berkata: Jika kita dilarang merayu rayu dan gigih memohon agar diterima sebagai tetamu, ini memberi makna kita dilarang mengetok pintu dengan kuat, menekan loceng berturut turut atau memekik memanggil penghuni rumah dengan suara yang keras dan lain lain sebagaimana adat orang-orang yang tidak berpendidikan.

Hukum Hakam Yang Dikandungi Ayat:

(1) Mana yang lebih dahulu, salam atau meminta izin?
Menurut zahir ayat: Meminta izin dahulu, kemudian salam. Sedangkan majoriti ulama: Salam dahulu kemudian minta izin. Pendapat ini yang lebih kuat berdasarkan hadis Nabi iaitu: "Salam sebelum kalam "(HR Tarmidzi).
Imam Al Mawardy berpendapat: Sekiranya yang datang melihat salah seorang penghuni rumah maka hendaklah ia mendahului salam kemudian meminta izin untuk masuk. Tetapi jika ia tidak melihat seorangpun penghuni rumah hendaklah ia mendahului meminta izin kemudian barulah memberi salam.
Adapun yang dimaksudkan dengan minta izin boleh dalam beberapa bentuk antaranya dengan: Bertasbih, bertahmid, bertakbir, berdehem, mengetok pintu, menekan loceng dan sebagainya.
(2) Berapa kalilah meminta izin?
Ayat tidak menjelaskan tentang bilangan isti'zaan. Pada zahirnya jika sekali minta izin sudah diizinkan maka sudah boleh masuk, dan sekiranya tidak ada jawapan maka pulang saja. Tetapi sunah Nabi SAW menjelaskan bahawa isti'zan adalah tiga kali. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW. dari Abi Hurairah RA sabda baginda: Minta izin itu tiga kali; yang pertama: minta diam (istinsaat), yang kedua: minta berkemas (istislah), yang ketiga: mengizinkan atau menolak (izin atau radd). (Tafsir Al Razi: Juz 23 ms: 197)
Abu Hayyan berkata: Isti'zan jangan lebih daripada tiga kali kecuali jika diyakini penghuni rumah tidak mendengarnya.
(3) Adakah minta izin dan memberi salam wajib keatas tetamu?
Jumhur ulama berpendapat walaupun tetamu mesti melakukan keduanya sebelum masuk rumah, tetapi martabat hukumnya tidaklah sama. Minta izin adalah wajib, sedangkan memberi salam adalah sunat. Kerana minta izin ada kaitannya dengan pandangan yakni supaya tidak terlihat aurat manusia, sedangkan memberi salam hanya penghormatan agar terjalin hubungan kasih sayang.
(4) Keadaan tertentu yang membolehkan masuk tanpa izin.
Menurut zahir ayat, kita memang dilarang memasuki rumah orang lain tanpa izin dalam semua waktu dan keadaan. Tetapi adalah dibolehkan memasukinya tanpa izin jika darurat seperti kebakaran, dimasuki pencuri, diyakini terdapat kemungkaran di dalamnya seperti sekedudukan dan lain lain.
(5) Kewajiban tetamu ketika minta izin.
  1. Berdiri diluar dan tidak menghadap ke arah pintu.
  2. Jika ditanya: kamu siapa? Jangan dijawab dengan "saya".
  3. Sebaiknya memperkenalkan diri dahulu sebelum minta izin.
  4. Tetamu hendaklah peka dengan perasaan Tuan rumah, adakah ia reda atau keberatan terhadap kehadirannya, supaya ia dapat menyesuaikan masa kunjungannya.


Untuk renungan dan ingatan kita bersama.Mungkin adakalanya kita terlupa,terabai perkara sebegini..