About Us

Thursday, November 11, 2010

Novel : Kerana Cinta Itu 4

BAB 4

Amir Firdaus menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduaannya. Alfira Hanim disebelahnya hanya mendiamkan diri. Sepi ! Itulah yang dirasakannya saat ini.Hendak memulakan bicara bibirnya seakan kaku. Tiga tahun tidak bertemu sepatutnya banyak perkara yang boleh mereka bualkan,tetapi dia tidak tahu mengapa dia tidak mampu mengeluarkan walau sepatah ayatpun!

Sesekali ekor matanya menjeling kearah tunangnya disebelah. Cantik! Itulah perkara pertama yang terdetik dihatinya sewaktu melihat Alfira Hanim tadi. Dia tahu gadis itu memang cantik tetapi hari ini dia merasakan Alfira lebih cantik dari hari hari yang lalu.Bibirnya tersenyum sendirian mengingatkan betapa dia begitu gila bayang sewaktu pertama kali menatap wajah itu dulu.


Dia memakirkan kereta Honda City nya di tempat parkir kereta Taman Tasik Shah Alam. Sengaja dia memilih untuk makan di Restoran Tasik Indah yang seakan-akan terapung di tengah tasik shah alam itu. 

Dia tahu kesukaan Alfira yang gemar menikmati keindahan alam. Dulu, sewaktu mereka masih menuntut di UiTM Shah Alam,Taman Tasik Shah Alam ini selalu menjadi pilihan mereka untuk aktiviti beriadah.

Tanpa sepatah kata, Amir Firdaus turun dari kereta. Dibukakan pintu untuk Alfira Hanim dan gadis itu melemparkan senyuman manis untuknya. Amir benar-benar terpana dengan senyuman itu. Sungguh dia sangat merindui gadis itu tetapi mengapa hatinya tidak kuat untuk terus bersama Alfira?

Mereka beriringan masuk kedalam restoran.Sudut penjuru restoran yang mengadap pancuran air ditengah tasik  menjadi pilihan mereka.Amir Firdaus sudah membuat tempahan makanan untuk mereka berdua malam itu.

“Mir nampak makin kurus..kulitpun dah gelap sikit..banyak main panas ya?” Alfira Hanim memulakan perbualan.

Sedari tadi dia mendiamkan diri kerana memberi peluang untuk Amir Firdaus memulakan bicara tetapi lelaki itu hanya membisu. Memikirkan mungkin Amir Firdaus sedang memikirkan masalah yang dihadapinya, akhirnya Alfira mengalah.Lelaki itu masih seperti dulu,kacak dan panahan matanya selalu mencairkan hati wanitanya.

Malam itu, dia sengaja memilih baju lama yang dihadiahkan Amir Firdaus semasa hari lahirnya yang ke-21. Petang tadi,habis semua baju-baju didalam almari digeledahnya.Cuba mencari baju yang terbaik untuk digayakan malam ini.

Pertemuan pertama selepas tiga tahun, dia ingin nampak cantik dimata Amir Firdaus.Biarpun dadanya  sarat dengan pelbagai persoalan tentang perubahan sikap tunangnya itu kebelakangan ini dia tetap ingin Amir Firdaus teruja saat melihatnya.

“ Mir banyak kena keluar site.Itu yang hitam ni..”Amir Firdaus menjawab sambil ketawa.

“Fira pun makin kurus je Mir tengok.Banyak keja ya dekat sana? Atau Fira tak cukup makan ni?” soal Amir Firdaus.Direnungnya wajah Alfira Hanim.Seperti dulu,dia tidak pernah jemu menatap wajah yang selalu manis dengan senyuman itu.

“ Taklah..Fira rindukan Mir…”Perlahan nada suara Alfira Hanim tetapi jelas dipendengaran Amir Firdaus.

 Alfira Hanim menundukkan wajahnya.Entah mengapa,dia terasa malu pula mengungkapkan kata-kata itu didepan Amir Firdaus.

Amir Firdaus terdiam mendengar kata-kata Alfira Hanim.Dia tahu tentang itu tetapi dia tidak tahu apa yang patut dijawabnya. Rindukah dia pada Alfira? Mungkin ada sedikit kerinduan tetapi rindu itu sudah lama terubat sebaik sahaja Zarina hadir dalam hidupnya. Zarina yang sudi menjadi peneman hari-hari sepinya.

Ketika pelayan datang menghantar makanan,mereka masih mendiamkan diri. Amir Firdaus rasa bersalah kerana tidak membalas ungkapan rindu yang diucapkan Alfira tetapi dia tidak mampu berbuat begitu,.Hatinya kini memang sepenuhnya milik Zarina.

Walaupun Alfira masih tetap mampu mempersonakan hatinya tetapi Zarina lebih dari itu! Dari bangku sekolah lagi dia menginginkan Zarina menjadi miliknya,Kini,setelah dapat, takkan semudah itu dia akan melepaskannya pergi? Tidak! Itulah tekadnya sekarang. Walaupun dia yakin pilihannya nanti akan melukai hati Alfira tetapi dia terpaksa.

“ Mir tak rindukan Fira kan?” Soal Alfira lagi. Sedih kerana Amir Firdaus tidak merasai apa yang dirasakan saat ini.Lelaki itu bagai tiada perasaan lagi untuknya.

Amir Firdaus mengeleng-gelengkan kepalanya. “Mana ada..”Balasnya ringkas.

Dipandangnya jari jemari Alfira Hanim yang sedang bermain-main dengan sudu dan garfu.Ada cincin pertunangan mereka di jari manis gadis itu. Tiba-tiba hatinya terasa sayu.Alfira Hanim benar-benar menyintainya dan menjaga pertunangan mereka tetapi dia? Cincin pertunangan mereka yang tersarung dijarinya juga telah lama ditanggalkan.

Sejak bersama Zarina, dia sudah nekad menanggalkan cincin itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk berterus terang dengan Alfira saat ini. Dia jadi takut untuk melukai hati gais itu.Alfira sangat baik.

“Makanlah..kenapa tak makan?Kan Fira suka nasi goreng paprik ni?” Soal Amir Firdaus. Pelik kerana dari tadi Alfira lansung tidak menjamah makanan.Dia hanya menguis-menguis makanan didalam pinggan. Alfira Hanim hanya menganggukkan kepalanya.

Alfira Hanim cuba menyuapkan makanan ke mulutmya.Namun,semuanya terasa pahit. Hatinya benar-benar bimbang kala ini. Dia rasa tidak sedap hati. Amir Firdaus sudah jauh berubah! Malah Alfira perasan lelaki itu tidak lagi memakai jam tangan yang dihadiahkannya semasa hari pertunangan.Malah,cincin pertunangan mereka juga sudah tiada di jari manis Amir Firdaus. Hatinya  terasa sebak sangat.Terasa diri makin dilupai.

“ Mir nak bagitau apa dengan Fira? “ Soal Alfira. Ada getar dari nada suaranya,cuba menahan kepiluan dihatinya.

Amir Firdaus melepaskan nafas berat. Diusapnya rambutnya kebelakang.Patutkah dia berterus terang? Dia pasti dengan keadaan Alfira sekarang,pasti hatinya akan terluka teruk.Tapi jika tidak diberitahu,dia terpaksa mengahwini Alfira sedangkan dia tidak lagi menginginkan Alfira sebagai suri dihatinya.Hanya Zarina yang diinginkannya.Dia tidak boleh terus menerus menipu Alfira tentang perasaannya kini.

“Susah Mir nak cakap..Mir takut Fira tak dapat terima..”

“Maksud Mir? Cakaplah…Fira nak tahu…”

“Mir nak kita putuskan pertunangan kita..”

Berdenting bunyi sudu dan garfu terjatuh diatas pinggan saat Amir Firdaus usai meluahkan kata-kata. Alfira Hanim benar-benar tergamam. Lidahnya jadi kelu tiba-tiba.

“Mir minta maaf Fira, Mir yang salah.Mir dah ada orang lain…”

Alfira Hanim masih seperti tadi.Diam.Wajahnya tidak berganjak lansung dari memandang Amir Firdaus.Hatinya bergetar hebat.Cuba mempercayai apa yang diungkapkan Amir Firdaus ketika ini.Benarkah atau dia yang tersalah dengar?

“ Mir tak boleh tipu diri Mir. Mir tak cintakan Fira lagi..Mir minta maaf.Perkahwinan kita tak boleh diteruskan..Mir janji akan tanggung semua kos persiapan perkahwinan kita. Mir akan bayar balik semuanya….” Amir Firdaus bagai mendapat kekuatan untuk terus bersuara bila melihat Alfira hanya mendiamkan diri.

“ Mir dah cuba tetapkan hati Mir pada Fira sahaja..Tapi Mir tak boleh.Cinta untuk Fira dah lama tak ada.Mir rasa bersalah sangat.Maafkan Mir…Mir tak setia dengan Fira”
Alfira Hanim bangun dari kerusi.Tanpa sepatah kata, dia meninggalkan Amir Firdaus termangu di meja makan.

“ Fira!” Jerit Amir Firdaus Namun Alfira Hanim lansung tidak menoleh.Langkahnya dilajukan.Kelam kabut Amir Firdaus membuat pembayaran dikaunter sebelum mengejar Alfira.

Tangan Gadis itu ditariknya. Dia tergamam bila wajah wajah Alfira sudah basah dengan air mata.Kedengaran sendu tangis gadis itu.Alfira benar-benar terluka! Dia ingatkan gadis itu tabah tetapi telahannya salah sama sekali.

Alfira menarik tangannya dari pegangan Amir Firdaus.
“Fira,Mir…….”
“Lepaskan Fira! Fira nak balik sendiri!” Kasar kedengaran suara Alfira. Namun Amir Firdaus masih kejap memegang tangannya.Dia jadi bersalah kerana membiarkan hati gadis itu terguris tetapi dia tidak berdaya mengubatinya.Kalu dulu,dia tidak pernah membenarkan airmata gadis itu tumpah tapi sekarang? Apa yang patut dilakukannya? Dia sendiri yang menjadi punca Alfira menangis!

“ Mir hantar Fira Ok? Please..jangan buat macam ni.Mir risaukan keselamatan Fira” Pujuk Amir Firdaus.

“ Lepaskan Fira!” Jerit Alfira Hanim lagi.Dia meronta-ronta untuk dilepaskan.Dia tidak mahu mendengar lagi suara Amir Firdaus.Dia ingin melupakan apa yang diungkapkan lelaki itu sebentar tadi.

Sebaik sahaja berjaya melepaskan diri dari pegangan Amir Firdaus dia belari laju meredah kegelapan ditasik itu.Air matanya laju mengalir,selaju langkah kakinya.

Dia tidak mahu menoleh kebelakang lagi walaupun suara Amir Firdaus nyaring memanggil namanya.Dia terus berlari dan berlari tanpa arah tujuan membawa  bersama hatinya yang sudah hancur luluh dikerjakan lelaki itu.

Alfira meraung kesedihan….Ya Allah,petaka apakah ini?Rintih hatinya sayu sebelum dia terjelepok jatuh ditepi tasik itu.
************
 Nadia sudah naik buntu untuk memujuk Alfira. Dari mula Alfira tiba dirumahnya, air mata gadis itu tidak henti-henti mengalir. Wajah Alfira sudah sembab dek tangisan yang terlalu banyak. Alfira hanya memintanya menghubungi ibunya memberitahu dia bermalam dirumahnya.

Itu sahaja! Apabila ditanya, Alfira hanya mendiamkan diri. Nadia benar-benar risau. Selalunya, Alfira tidak pernah begini.Gadis itu bagaikan hilang arah tuju.Tampak bingung dan buntu.

Nadia membawa Alfira kebiliknya. Dibaringkan Alfira dikatil bujangnya. Sejuk tangan Alfira saat dia menyentuh tangan gadis itu.Tadi,ketika Alfira menelefon untuk meminta mengambilnya di taman tasik shah alam dia mula panik.Dengan suara yang dikaburi tangisan dia yakin ada sesuatu yang buruk telah berlaku kepada sahabat karibnya itu.

Bergaduh dengan ibunya kah? Telah Nadia.
Tapi mana mungkin! Alfira manja dengan ibunya atau…..denagn Amir Firdaus!

Kali ini Nadia yakin dengan telahannya.Pasti kerana Amir Firdaus.Nadia menyelimutkan Alfira yang sudah terlena bersama air mata yang masih bersisa dipipinya. 


Dia jadi simpati.Biarlah Alfira menangis sepuasnya.Selepas ini dia yakinAlfira akan menceritakan masalah yang membebani fikirannya itu apabila dia benar-benar bersedia.
Nadia melangkah keluar dari bilik itu. Tidak mahu menganggu lena Alfira Hanim.Dicapainya telefon bimbitnya untuk menghubungi ibu Alfira.Tidak lama panggilannya berjawab.

“ Assalammualaikum makcik.Nadia ni..”

“ Waalaikummussalam..Nadia.Bila nak datang rumah makcik ni? Dah lama kita tak jumpa”Balas Puan Hasnah ceria.

“Esok Nadia datang.Hantarkan Fira”

“Fira ada situ? Bukanke dia keluar dengan Mir tadi.Macam mana pulak boleh ada dekat situ?”
Soal Puan Hasnah bimbang.

“ Makcik jangan risau.Dia saja je singgah nak jumpa saya.Lepas tu dia terlena.Saya kasihan nak kejutkan dia.Esok saya hantar dia balik.Lagipun esok saya tak keja.Cuti.”Nadia terpaksa berbohong kerana Alfira sudah awal-awal lagi berpesan jangan biarkan emaknya risau.

Kali ini Nadia yakin memang Amir Firdaus yang menjadi punca Alfira menangis teruk.Lelaki itu memang kurang ajar! Tidak tahu menjaga hati tunang sendiri.Nadia jadi geram.

“ Fira Ok tak tu?” Soal Puan Hasnah lagi.

“ Fira Ok..dia leka sangat bersembang dengan saya sampai tertidur.Makcik jangan risau”

“Takpelah macam tu.Terima kasihlah Nadia tolong tengok tengokkah Fira tu. Seronok sangat jumpa tunang dia sampai taknak balik rumah.Mesti suka hati sangat bercerita pasal Mir tu..”Puan Hasnah ketawa dihujung talian.

Nadia mendiamkan diri.Kalaulah makcik tahu…Makcik takkan sanggup lihat keadaan Fira sekarang.Dia benar-benar terluka makcik!. Detik hatinya.

“Esok Nadia makan dekat rumah makcik tau.Makcik masak special untuk Nadia” Kata Puan Hasnah lagi.

“Baiklah makcik.Maaflah ganggu makcik malam-malam macam ni.Kita jumpa esok ya.”
“Takada menganggunya.Makcik tengah tengok Tv je ni.Ok.Selamat malam Nadia”
“Selamat malam makcik..”Nadia mematikan talian telefon.
Hatinya masih bimbang dengan keadaan Alfira. Dia memasuki biliknya.Alfira masih memjamkan mata tetapi dahi gadis itu berkerut kerut.Sekejap sekejap kepalanya bergerak ke kiri dank e kanan.
“ Mir..Mir..jangan tinggalkan Fira..” Dalam tidurnya, Alfira mengigau menyebut nama Amir Firdaus.

“ Mir..Mir..jangan tinggalkan Fira” Perkataan itu diulang lagi.
Terkejut Nadia mendengar kata-kata Alfira dalam mamainya itu.

Mir tinggalkan Fira?

Apa yang sudah berlaku?

Minda Nadia terus diasak dengan pelbagai persoalan sehingga akhirnya dia juga turut terlena disisi Alfira.



Tuesday, November 9, 2010

Novel :Kerana Cinta Itu 3

BAB 3

“ Apapun jadi,saya tetap nak Fira tu jadi menantu saya. Budak Amir ni dah melampau betul! Geram saya ni bang” Datin Faridah melepaskan rasa tidak puas hatinya.

 Datuk Ir. Suffian hanya mampu mengelengkan kepala.Sejak dari tadi isterinya itu tidak henti-henti bercakap. Dari mereka di butik pengantin, didalam kereta sampailah sekarang, dirumah,mulut wanita itu bagaikan bertih jagung.

Panas jugak telinganya mendengar.Hendak menegah, takut merajuk pula isterinya itu.Sudahlah Datin Faridah sedang melancarkan perang dingin dengan Amir Firdaus. Silap percaturan,mungkin dia juga akan menerima nasib yang sama seperti anak lelakinya itu.

 “Kalau dah Mir tak nak,,kita nak buat apa?Takkan nak paksa. Dia yang nak kahwin.Bukan kita, Idah”Balas Datuk Suffian cuba menteteramkan hati isterinya yang sedang marak dengan api kemarahan.

Bukan dia membela tindakan gila Amir Firdaus itu, tetapi sebagai ketua keluarga,kemarahan bukanlah jalan penyelesaiannya. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“ Abang! kita tak pernah paksa dia tau kahwin dengan Fira.Fira tu dia yang pilih .Dia yang beria-ria nak beristerikan si Fira tu dulu. Sekarang, bila kita dah suka,dah sayang dekat budak tu,dia pulak buat macam ni.Anak awak tu memang dah hilang akal gamaknya.. ”



“Ya..abang tahu tu.Tapi sekarang awak nak buat apa? Awak bising-bising macam ni bukan jadi apapun Idah. Anak kita tu,sampai nak jejak rumah ni pun taknak.Cuba bawa bersabar sikit” Datuk Suffian masih cuba memujuk.

Datin Faridah yang sedari tadi berjalan-jalan di tengah ruang tamu rumah mereka sedari tadi mendekati suaminya.Dia melabuhkan pungung disebelah Datuk Ir. Suffian. Dia mengeluh lagi.

“ Saya marah sangat abang. Rasa nak bagi penampar dekat Mir tu pun ada…Elok sangat dia tak balik sini kalau tak,teruk saya kerjakan.Eiii…geramnya saya”

“Hisy..awak ni Idah.Cuba bawak beristigfar sikit.Jangan ikutkan sangat amarah awak tu.Kalaupun kenduri tu tak jadi,saya dah tak malu apa orang nak cakap.” Kata Datuk Ir. Suffian.

Bukannya dia tidak kisah, tapi apa dayanya nak memaksa Amir Firdaus? Dia tidak mahu Amir mensia-siakan hidup Alfira selepas mereka berkahwin kelak.Alfira terlalu baik untuk menerima lelaki curang seperti anaknya.

“Abang, saya tak kisah tanggung malu kalau kenduri tak jadi tapi saya kisahkan perasaan Fira tu.Kesian dia abang.Sudahlah tak ada ayah,sedara mara pun tak ramai.Ada mak dengan nenek dia ja.Sekarang, Mir buat macam ni pulak dekat dia.Fira tu sayang dan percaya betul dekat Mir tu….saya tak boleh terima lah abang….”

Akhirnya, tumpah juga air mata Datin Faridah. Dia sangat kesal dengan sikap anak lelaki tunggalnya.Apa dia ingat hati perempuan ini mainan? Boleh dimainkan sesuka hati.Bila nak,ambil,taknak dibuang macam tu saja.

Datuk Ir Suffian mengusap-ngusap bahu isterinya.Cuba mentetamkan hati Datin Faridah yang penuh kesedihan.Dia turut terkilan dengan sikap Amir Firdaus.Sudah dapat gadis sebaik Alfira tetapi tidak tahu menghargai.



“ Idah, apa yang mampu kita buat sekarang hanyalah berdoa.Kita minta Allah lembutkan hati Amir untuk terima Fira dalam hidup dia”Datuk Ir. Suffian mengelap titisan airmata dipipi isteri kesayangannya itu.

Hati Datuk Ir Suffian turut sebak.Seperti datin Faridah,dia turut menginginkan Alfira sebagai menantu.Bukan kerana kasihan tetapi mereka sudah lama mengangap Alfira sebagai anak sendiri,lebih lebih lagi mereka tidak mempunyai anak perempuan.Anaknya,ketiga-tiganya lelaki. Aizul Ikhwan, anak keduanya masih belajar di United Kingdom dan anak bongsu mereka Airil Akhmar pula baru tamat SPM.

Datin Faridah hanya mampu menganggukkan kepala.Ya! Itulah doanya setiap kali usai solat. Naluri keibuannya yakin Amir memang ditakdirkan untuk Alfira.bukan Zarina atau siapa-siapa..
Hanya Alfira Hanim!

***********

Alfira Hanim leka memandang dulang hantaran perkahwinan yang telah siap digubah ibunya. Cantik! Detik hatinya. Puan Hasmah tersenyum memandang anak gadisnya yang tekun meneliti hasil kerja tangannya.

“ Mak nak buat 12 hantaran untuk pihak kita nanti” Kata Puan Hasmah.

“Banyaknya mak.Tak membazir ke?” Soal Alfira sedikit terkejut dengan kata-kata ibunya.

“Apa pulak membazirnya..semua barang-barang hantaran tu boleh pakai.Lagipun ni kenduri pertama dan terakhir,mak nak buat meriah-meriah sikit” Puan Hasmah membalas diiringi senyuman manis.

Memang itu hasrat Puan Hasmah dari dulu.Alfira Hanim satu-satunya harta yang dia ada.Amanat terakhir yang ditinggalkan suaminya untuknya.Dia mahukan yang terbaik buat Alfira Hanim.

“ Pandai mak pilih warna dulang hantaran ni.Hijau..Fira suka sangat-sangat!”

“Mestilah.Mak tahu apa yang anak mak suka..”


“Fira sayang mak!” Ujar Alfira Hanim sambil lantas pipi Puan Hasmah diciumnya.

“ Mak pun sayangkan Fira tau. Hmmm..Fira dah pergi tengok cincin?

Terdiam Alfira saat mendengar pertanyaan ibunya.Sudah seminggu dia pulang,tetapi wajah Amir Firdaus lansung tidak kelihatan.

Tunangnya itu bagai tidak sudi menemuinya.Sibuk sangatkah Amir Firdaus sampai tak ada masa lansung untuknya? Sudahlah panggilan telefon dan SMSnya tak berbalas.

“ Entahlah mak.Mir macam tak sudi nak jumpa Fira je…macam mana nak pilih cincin sama sama, jumpa dia pun belum.Mir memang busy sangat ke mak?” Soal Alfira.

Puan Hasmah yang sedari tadi sibuk mengubah hantaran menghentikan perbuatannya. Wajah sedih Alfira dipandangnya. Bukan Alfira sahaja, dia juga turut perasan akan perubahan Amir Firdaus. Lelaki itu sudah lama tidak bertandang kerumahnya.

Walaupun sekali sekala Amir Firdaus ada menelefon bertanya khabarnya dan Hajjah Kalsom tetapi Amir Firdaus lansung tidak menyebut tentang persiapan perkahwinannya dengan Alfira. Bila ditanya,pasti ada sahaja alasannya untuk mengelak dari membincangkan perkara itu.

“ Fira tak tanya Datuk dan Datin?” Soal Puan Hasmah.

“ Fira tak larat dah nak Tanya mak.Cukuplah sekali dua Fira bertanya.Nanti apa pulak kata Datuk dan Datin.Entahlah mak.Fira rasa tak sedap hati je sekarang.macam ada yang tak kena..”

“ Maksud Fira?”

“ Mak..Mir masih sayangkan Fira ke?” Mata Alfira Hanim berkaca saat soalan itu terlontar dari bibirnya. 

Sejak dari di KLIA, itulah soalan yang berlegar-legar dimindanya.Amir Firdaus terlalu banyak berubah.Dulu sebelum dia berangkat ke Jerman, sesibuk manapun lelaki itu, masa untuknya tetap ada.Pernah sekali Amir Firdaus sanggup ponteng kerja semata-mata ingin bertemu dengannya.Tapi sekarang untuk bertemu dengannya pun Amir Firdaus tak mampu.

Alfira hanim melepaskan nafas berat.Dia cuba memikirkan yang baik baik sahaja tentang tunangnya itu tetapi sekarang emosinya makin terganggu.

Tidak rindukah Amir Firdaus padanya?

“Fira..mak faham perasaan Fira.Sebulan je lagi nak kenduri.Cubalah bawa berbincang dengan Mir. Mungkin dia ada masalah sekarang.Sebab tu dia tak dapat jumpa Fira”

“ Kalau dia ada masalah,dia patut beritahu Fira.Fira ni tunang dia mak.Selama ni dia tak pernah buat Fira macam ni.Tak pernah berahsia pun.Tapi sekarang dia terlalu banyak berubah. Tiga tahun Fira rindukan dia,tapi sia-sia je mak.Dia tak fikirkan perasaan Fira lansung” Protes Alfira.Dia cuba menahan air matanya daripada gugur.

“ Fira sabarlah ye..nanti mak try bincang dengan Datuk dan Datin.Mungkin Mir tu ada masalah.Datin cakap Mir dah tak tinggal dekat rumah mereka lagi.Dia dah pindah PJ”


Alfira Hanim memandang ibunya.Pindah? Dia masih ingat lagi rumah banglo 2 tingkat yang dibeli Amir Firdaus sebagai persediaan tempat tinggal mereka bila berkahwin kelak.
Tiba-tiba dia mengukir senyuman.Wajahnya yang tadi mendung mula berubah ceria.

“Mak..agaknya Mir sibuk hiaskan rumah kami tak?Dia nak bagi surprise dekat Fira.Sebab tu dia tak jumpa Fira kan?” Kata Alfira penuh yakin.

Puan Hasnah hanya mengangukkan kepala, cuba membuang rasa tidak enak dihatinya. Seperti Alfira Hanim,dia juga tidak mudah melatah dengan keadaan.Suaminya meninggal sewaktu usia Alfira Hanim 10 tahun banyak mematangkan dirinya dalam menempuhi ranjau kehidupan.

“ Nanti lepas kahwin Fira akan duduk situ dengan Mir.Betul jugak kata Fira tu.Kalau tak,takkan Mir nak pindah masuk rumah dekat PJ tu kan?”

“ Mir ni..suka buat Fira risaukan mak.Tapi takpelah,kalau pasal rumah tu yang dia sibuk sangat Fira tak kisah tapi takkanlah sampai taknak jumpa Fira.Takpelah mak,nanti Fira try call dia lagi..” Alfira mengukirkan senyuman.

Dia yakin benar dengan telahannya kali ini.

“Dah,jangan sedih-sedih lagi.Nanti hilang seri pengantin tu..takpelah kalu Mir tak dapat temankan Fira tengok cincin tu.Mak dengan Datin kan ada.Lagipun kami lebih tahu pasal cincin dari Mir tu….mak tahu nilai cantik atau tak cincin tu”Pujuk Puan Hasnah lagi. Lega hatinya bila Alfira hanim sudah kembali ceria.

“Ish mak ni..kesitu pulak.Fira tak kisahlah pasal cincin tu cantik atau tak.Yang penting Fira pilih sama-sama dengam Mir.lagipun,itukan cincin kahwin kami?Tapi takpelah..Fira ikut je apa kata mak dengan Datin nanti..”Akhirnya Alfira akur dengan cadangan ibunya.

Tiba-tiba Alfira mendengar telefon bimbitnya nyaring berbunyi.Dia yang berada diruang tamu ketika itu berlari lari masuk kedalam bilik untuk mendapatkan telefon bimbitnya.

Nama Amir Firdaus tertera di skrin.Alfira tersenyum. Akhirnya. Amir Firdaus menghubunginya juga!Dengan penuh debaran, panggilan itu dijawabnya.

“ Assalammualaikum Mir..” Lembut Alfira memberi salam.

“Waalaikummussalam…Fira sihat? Mak dengan nenek macam mana?”Jawab Amir Firdaus.Terasa Lunak suara Alfira ditelinganya.Suara yang selalu menjadi igauan mimpinya suatu ketika dulu.

“Alhamdulillah..Fira sihat.Mak dengan nenek pun sihat. Mir apa khabar?”Balas Alfira. Setelah 6 bulan tidak berbual ditelefon, dia jadi gugup sedikit. 

Akhirnya, terlepas juga rindu yang mengasak dadanya selama ini bila mendengar suara Amir Firdaus.Sungguh! Dia sangat merindui lelaki itu.

“Mir sihat.”

“Fira rindu sangat dekat Mir.Selalu Fira mesej dan call Mir tak jawab pun.Kenapa?”

“Hmm..Fira,Mir ada masalah ni.Ada hal mustahak yang nak bincang dengan Fira”Tenang sahaja suara Amir Firdaus.Lansung tidak menjawab pertanyaan Alfira tadi.

“ Hal mustahak? Kalau Mir ada masalah kenapa taknak kongsi dengan Fira?Patutla Mir diam je selama ni.Contact Fira pun tak.Rupanya tanggung masalah sorang-sorang” Balas Alfira sedikit merajuk.

“Mir minta maaf.Mir sibuk sikit sekarang.Bila Fira free?Kita jumpa?Mir nak bincang hal ni dengan Fira”

“Pasal apa Mir? Pasal kita ke?”Soal Alfira penuh tanda tanya.

“ A’ah..pasal kita”

“Hal perkahwinan kita ke?” Soal Alfira lagi.

“ Ya..” Ringkas jawapan Amir Firdaus.

“Fira free je.Mir nak datang rumah ke?”

“Tak..kita bincang dekat luar.Mir datang ambil Fira malam ni Ok?Pukul 8 malam.”

“Ok..”

“ Jumpa malam nanti..bye..” Lantas telefon dimatikan. Alfira Hanim sedikit kecewa dengan cara Amir Firdaus menamatkan perbualan.


Tiada lansung kata rindu dan cinta dari lelaki itu. Bercakap pun bagai tergesa-gesa.Apa masalah Amir Firdaus sebenarnya?

“ Siapa call tadi?” Soal Puan Hasnah sebaik melihat kelibat Alfira diruang tamu.

“Amir..”Jawab Alfira ringkas.

“Hah..baguslah tu.Dia dah call Fira kan.Dia nak datang ke?” Soal Puan Hasnah lagi.
Alfira hanya menganggukkan kepala.

“Kenapa ni?Mir dah call pun Fira muram lagi”

“Mir cakap ada hal mustahak nak bincangkan.Pasal hal kami berdua..”Balas Alfira.Dia rasa tidak sedap hati sekarang.Lebih-lebih lagi dengan perlakuaan Amir Firdaus ketika bercakap di telefon tadi.

Tiada kemesraan lansung!

“ Dia nak bincang pasal persiapan perkahwinan lah tu.Apa yang nak dirisaukan sangat”

“ Iya mak tapi hati Fira ni rasa tak sedap je.Macam, ada yang tak kena..”

“Dah,dah jangan fikir-fikir lagi.Yang penting Fira jumpa Mir kan.Bila dia nak datang?”

“Malam ni…dia nak bawa Fira keluar ”Balas Alfira.

“ Elok sangatlah tu…bincanglah apa yang patut.Kenduri pun dah nak dekat ni.Sebelah Mir tu mungkin dah settle.Datuk upah orang je buat.Sebelah kita ni yang tak setlle-settle lagi.”Kata Puan Hasnah.

Alfira Hanim hanya mampu menganggukkan kepala.Dadanya makin berdebar-debar untuk bertemu tunangnya malam ini.