About Us

Friday, December 31, 2010

Novel: Kerana Cinta Itu 8

BAB 8

Sudah tiga hari Alfira Hanim dan Puan Hasnah berulang alik dari rumah ke hospital untuk melawat Hajjah Kalsom. Dua beranak itu bergilir gilir menjaga Hajjah Kalsom yang kini telah ditempatkan di wad biasa. Berkat doa semua, Alhamdulillah kesihatan Hajjah Kalsom makin bertambah baik. Walaubagaimanapun, keadaannya masih lemah dan memerlukan banyak rehat. Dalam tempoh itu, keluarga Amir Firdaus juga seringkali datang menjenguk.

Hari ini giliran Alfira Hanim menjaga neneknya di Hospital. Alfira Hanim tekun menyusun segala barang peribadi neneknya di dalam laci hospital ketika pintu bilik neneknya dibuka seseorang. Lansung dia tidak memandang kearah pintu bilik itu sebaliknya masih tekun dengan kerja-kerjanya. Fikirnya, pasti cleaner atau jururawat yang masuk.

“Assalammualaikum…” Sapa satu suara.

“Waalaikummussalam..” Segera Alfira Hanim menoleh. Pandangannya jatuh pada seraut wajah tampan dihadapannya kini. Dia sedikit terkejut. Lelaki itu !

“ Alfira Hanim…ingat saya lagi?’’ Lelaki yang memakai pakaian seragam doctor itu bertanya. Dia mengukir senyuman manis.

Alfira Hanim membalasnya sambil menganggukkan kepala. Ya! Dia ingat. Lelaki inilah yang ditemuinya pada malam nenek sakit dulu. Tapi, siapa nama lelaki ini ya? Alfira Hanim memegang dahinya. Cuba mengingati,namun gagal.

“Saya Isyraf  Rayyan..” Bagaikan mengerti apa yang berlegar difikiran gadis itu Isyraf Rayyan menjawab.

Alfira Hanim tersenyum lagi. Dia malu kerana gagal mengingati nama Isyraf  Rayyan sedangkan lelaki itu begitu lancar menyebut namanya tadi. Padahal, lelaki itulah yang banyak member nasihat kepadanya malam itu. Alfira Hanim mengutuk kelemahannya sendiri.

“Awak doktor dekat sini ya? Tak cakap pun..” Ramah Alfira Hanim bersuara. Dia melihat Isyraf Rayyan tekun memeriksa laporan perubatan neneknya yang berada di hujung katil. Lelaki itu memandang wajahnya dengan wajah yang dimaniskan dengan senyuman.

“Awak tak tanyapun....” Jawab Isyraf Rayyan. Dia segera mendekati Hajjah Kalsom yang sedang nyenyak tidur. Dia membuat pemeriksaan ke atas  tubuh itu. Alfira Hanim turut membantu.

“ Tak sangka awak doktor dekat sini, saya ingat ke awak datang melawat keluarga awak jugak. Patutla awak beria ria tanya nama nenek saya hari tu”

Isyraf Rayyan tergelak kecil mendengar kata-kata Alfira Hanim. Kali ini gadis itu begitu ramah berbicara. Tidak seperti malam itu, diam membisu. Sepatah ditanya,sepatah dijawab.

“ Saya pun baru lagi jadi doktor dekat sini. Baru setahun” Jawab Isyraf Rayyan sambil menulis sesuatu di dalam fail perubatan Hajjah Kalsom. Alfira Hanim disisinya hanya memerhati. Dia tidak faham lansung apa yang ditulis doktor muda di dalam fail tersebut. Maklumlah, dia bukan pandai sangat soal-soal perubatan ini.

“ Macam mana keadaan nenek saya? Dia Ok tak?” Soal Alfira sebaik sahaja fail itu ditutup Isyraf  Rayyan.

“ Nenek awak ada muntah-muntah tak?” soal Isyraf Rayyan.

“Tak ada..”

“ Baguslah..keadaan dia dah makin stabil.Tindak balas jantungnya juga semakin baik.Awak tak perlu risau. Cuma awak kena pastikan masa rehat dan tidurnya cukup. Makanan pun awak bagi dia makan yang dibekalkan hospital sahaja.” Jawab Isyraf Rayyan. 

Terserlah karismanya sebagai seorang doktor.
Alfira Hanim menganggukkan kepalanya tanda faham. Wajahnya dimaniskan tanda gembira dengan perkembangan kesihatan neneknya.

“ Bukan ke doktor Aida yang selalu periksa nenek saya? Baru hari ni saya nampak awak dekat sini..”

“ Saya pembantu doktor Aida. Masa operation hari tu saya turut terlibat. Awak je yang tak perasan. Sekarang, keadaan nenek awak dah makin baik, so Dr.Aida suruh saya yang take over.Tapi dia tetap akan pantau kes ni.Lepas ni saya juga yang akan handle rawatan susulan untuk nenek awak lepas dia discharge dari sini..” Panjang lebar Isyraf Rayyan menjelaskan.


Alfira Hanim mengangukkan kepalanya lagi.

“Thank’s Dr. Rayyan..”Ucap Alfira Hanim ikhlas.

“Eh,awak ni..elok-elok awak panggil saya awak tiba-tiba panggil doktor pula.Tak payahlah awak,panggil je saya macam awak panggil sebelum ni..takpun panggil Rayyan je…” Isyraf Rayyan menghadiahkan senyuman lagi.Wajah Alfira Hanim dihadapannya ditatap puas-puas. Gadis ini memang ada pesonanya tersendiri,desis hati kecilnya.

“ Oklah awak..saya kena pergi dulu. Nak melawat pesakit lain pulak.Awak jaga diri awak dan nenek awak baik-baik.kalau ada apa-apa tekan je loceng kecemasan tu.jangan risau sangat.nenek awak akan cepat sembuh..” Isyraf  Rayyan melihat jam ditangannya. Dia mesti segera beredar kerana ramai lagi pesakit yang harus dilakukan pemeriksaan.

“Ok..terima kasih tau awak.”

“Sama-sama.Dah memang tanggungjawab saya” Isyraf Rayyan tersenyum lagi sebelum melangkah pergi dari situ.

****************

“ Abang, dah lama Aril tak Nampak Kak Fira datang rumah kita. Dah sebulan kan dia balik dari Jerman tu..” Airil Akhmar, adik bongsu Amir Firdaus menyapa abangnya yang sedang leka menonton televisyen.

“Nenek dia sakit..tak ada masa nak datang sini” Ringkas jawapan Amir Firdaus. Airil Akhmar mengerutkan dahinya.

 “Abang, bukan ke nenek kak Fira tu baru lagi masuk hospital.Yang sebelum-sebelum ni mesti dia ada je kan..” Soal Airil Akhmar lagi. Pelik dengan jawapan abangnya. Sudah 2 minggu dia pulang bercuti di rumah, tetapi  kelibat bakal kakak iparnya itu lansung tidak kelihatan. Padahal, sebelum berangkat ke Jerman, kak Fira agak kerap juga datang ke sini.

“Dia busy..” Balas Amir Firdaus pendek. Matanya masih terpaku pada peti televisyen. Dia malas untuk menjawab persoalan adiknya itu. Airil Akhmar masih mentah untuk memahami soal cinta.

“ Abang gaduh dengan kak Fira erk..”

“Taklah..”

“Habis tu, nape tak bawak dia datang sini. Aril rindu tau nak jumpa kak Fira tu.Dulu, dialah yang paling suka layan kerenah Aril dari Aril kecik sampailah masuk sekolah menengah..”Puji Airil Akhmar. Memang dulu dia sangat rapat dengan Alfira. Tunangan abangnya itu selalu mengambil berat tentang dirinya. Alfira sudah diaanggap seperti kakak kandungnya.

“Ala..Aril nak bising-bising buat apa? Nanti time kenduri boleh jumpa dia kan? Next week je pun?” Bersahaja saja jawapan Amir Firdaus,bagaikan orang tiada perasaan. Memang dia sudah naik letih menjawab tentang Alfira Hanim.Mengapa semua orang asyik memikirkan perasaan Alfira, bukan perasaannya?


“Abang macam tak happy je nak kahwin..”

“ Memang dia tak happy pun Aril. Dia taknak kahwin kalau boleh, tapi terpaksa. Itulah, pandai-pandai sangat buat salah. Tanggunglah sendiri..” Tiba-tiba sahaja suara Datin Faridah mencelah.

Airil Akhmar mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan mamanya. Matanya dihalakan ke wajah muram Amir Firdaus.

“Mama..please..Mir dah letih cakap pasal hal ni. Jangan mulakan lagi”

“ Sampai bila Mir nak suruh mama diam? Mir tu,patutnya dah berubah.Dah nak jadi suami orang tapi masih keluar dengan perempuan lain. Mir ingat mama tak tahu ke?”

Amir Firdaus mengeluh. Tidak tahu apa yang harus dijawab untuk mempertahankan dirinya.

“What??? Abang ada perempuan lain?” separuh menjerit Airil Akhmar bila mendengar kata-kata ibunya. Macam tak percaya pun ada. Selama ini dia begitu kagum dengan percintaan abangnya dan Alfira. Bertahun hubungan itu bertahan, tetapi ternyata telahannya meleset. Mereka bukanlah loving couple seperti yang disangkakan.

“Mama dah penat cakap Mir.Penat sangat.Mir memang makin degil kan sekarang? Tak malu ke orang tengok apa Mir buat dekat luar? Next week kenduri, apa benda yang mama suruh Mir buat,Mir lansung tak endah. Mama taknak Mir sia-siakan hidup Fira tau.Mir kahwin dengan dia sebab dia memang jodoh Mir, bukan sebab nenek dia. Mir fikirlah dah 7 tahun Mir bercinta dengan Fira,takkanlah sikitpun perasaan sayang tu tak ada lansung sekarang?” Nasihat Datin Faridah. Dia sudah tidak tahu apa lagi ayat yang terbaik untuk menyedarkan Amir Firdaus dari kelalaiannya. Anak sulungnya itu makin keras hati sekarang.

“Memang tak ada. Tak ada. Mama, please jangan paksa hati dan perasaan Mir lagi. Mir dah sanggup teruskan perkahwinan ni pun dah kira Ok…yang lain tahulah Mir nak handle. Mama jangan risau, Mir takkan siakan hidup dia” Amir Firdaus terus bangun dari sofa dan melangkah ke tingkat atas. Dia sudah naik letih mendengar bebelan mamanya.

Datin Faridah dan Airil Akhmar hanya mampu mengelengkan kepala melihat kerenah Amir Firdaus.

**********************

Alfira Hanim melangkah laju kehadapan. Sedaya upaya dia mengelak untuk jalan beriringan dengan Amir Firdaus. Laju langkah lelaki itu melangkah, lagi cepat dia berjalan walaupun sesekali langkahnya hampir-hampir saja tersadung. Petang tadi, selepas menghantar neneknya pulang ke rumah selepas dibenarkan keluar dari hospital,dia digesa nenek dan emaknya mengikut Amir firdaus keluar membeli cincin perkahwinan mereka. Dia terpaksa juga menurut walaupun hatinya memberontak hebat.

“ kalau jalan tu slow sikit tak boleh ke?” Amir Firdaus pantas memaut lengan Alfira Hanim. Dia sudah mengah mengejar langkah laju tunangnya itu.

“Isy,lepaslah..saya memang jalan macam nilah” Alfira cuba menghuraikan tangan Amir Firdaus yang kejap memegang lengannya namun gagal. Malah,pegangan lelaki itu makin kejap pula.

“Pergi Jerman Fira ambik master in civil engineering ke master in pedestrian? Dulu Fira tak jalan macam ni pun…” Usik Amir Firdaus. Dia tahu Alfira sengaja ingin mengelak dari berjalan seiringan dengannya. Tapi, dia tidak peduli. Dia bertanggungjawab ke atas keselamatan Alfira sekarang.

“Dua-dua saya ambik.Hisy, lepasla..saya tak suka awak pegang-pegang saya tau!” Bentak Alfira geram. Dia benci bila Amir Firdaus menyakatnya begitu. Semua kelakuan itu hanya akan mengingatkan dia pada kenangan manis mereka dulu. Dia sudah bertekad takkan sesekali membiarkan semua itu berlaku lagi. Tak mungkin!



Amir Firdaus hanya tersenyum, lansung tidak mempedulikan kata-kata Alfira malah gadis itu ditarik mengikut langkah kakinya pula. Dia rela menatap wajah masam Alfira dari mendengar bebelan mamanya di rumah nanti kalau terjadi apa-apa pada Alfira kelak. Biarlah Alfira nak memberontak sejuta kalipun,dia tak peduli.
Amir Firdaus menarik tangan Alfira Hanim masuk ke dalam kedai emas habib jewels. 

Ketika itu hnya terdapat hanya 3 orang pelanggan di dalam kedai. Seorang penyambut tetamu menyambut kedatangan mereka berdua.

“Selamat datang cik, puan..nak cari perhiasan untuk perkahwinan ke?” soal gadis melayu yang memakai pakaian seragam hitam itu.

“Ya..saya nak  cari cincin perkahwinan” Jawab Amir Firdaus. Alfira Hanim disebelahnya hanya membisu.

“Untuk lelaki dan perempuan ke?”

“A’ah..”

Gadis penjual itu mengeluarkan beberapa koleksi cincin perkahwinan untuk dicuba mereka berdua. Semuanya tampak cantik dan eksklusif. Mereka berdua mencuba juga cincin cincin yang dicadangkan walaupun masing-masing tidak teruja untuk meraikan majlis perkahwinan mereka nanti. Kalau  hal ini berlaku setahun yang lalu, mungkin mereka sangat bahagia ketika ini.

“ Fira pilih cincin untuk Mir..” Tiba-tiba Amir Firdaus bersuara.

“Taknaklah..pilihlah sendiri”

“La..pilihlah, cincin Fira nanti Mir yang pilihkan”

“Berhenti berpura pura boleh tak?” Marah Alfira Hanim.Amir Firdaus memang tak inginkan lansung perkahwinan ini, untuk apa dia diminta memilih cincin? Cincin pertunangan mereka pun Amir Firdaus tak tahu menghargai, inikan pula cincin perkahwinan?

“Berpura pura apanya..cepatlah pilih” gesa Amir Firdaus.



Melihat wajah pembantu kedai yang asyik memandang kearah mereka berdua,akhirnya Alfira terpaksa juga mengalah. Dia tidak mahu memalukan Amir Firdaus disitu. Ikutkan hatinya yang tengah mendidih marah,memang dia tak ingin lansung memilih cincin.Jangankan cincin untuk Amir Firdaus,untuk dirinya sendiripun dia tak mahu. Pendek kata, dia tak ingin berkahwin dengan lelaki itu!

Sepantas kilat cincin yang terletak di atas meja itu dicapai Alfira Hanim,lansung diberikan kepada pembantu kedai.Begitu juga dengan Amir Firdaus. Segera dia memilih cincin untuk Alfira. Selepas membuat pembayaran, mereka segera keluar dari kedai itu.

“ Awak tak perlu nak berpura pura dengan saya.Saya tahu hati awak…” Tegas kata-kata Alfira.

“ Habis tu,Fira nak semua orang tahu masalah kita?”

“Tak perlu nak hipokrit Amir Firdaus! Awak pernah nak batalkan perkahwinan kita,so sama je macam awak nak semua orang tahu masalah kita kan? Tak ada beza lansung….”

“Mir tak berniat pun nak batalkan"

“Awak memang berniat Encik Amir Firdaus..memang berniat..” Jawab Alfira sebelum melangkah laju meninggalkan Amir Firdaus dibelakangnya.

Amir Firdaus melepaskan nafas berat. Dia hanya mampu mengiakan kata-kata Alfira didalam hati sahaja.



Thursday, December 30, 2010

9 Bangunan Terunik di dunia..Malaysia pun ada tau!

Amazing!!! Hah, itu je yang aku mampu cakap bila tengok struktur bangunan2 unik ni...tetiba je hari ni mood nak jadi "Engineer" aku datang, terus je aku teringat pasal bangunan2 unik ni. Memang superb! Tapi bangunan bangunan ni masih ada yang dalam proses pembinaan, memang sangat2 super duper cantik dan unik..jom tengok!

1) Aqua (USA)

Bangunan ini kalau korang tengok betul2 memang agak klasik dan tradisional...kalau dilihat dari pandangan bawah ke atas, kita akan nampak effect jelly/ ripple yang ada pada struktur bangunan ni..nampak macam tak rata,ada lekuk2..perasan tak?

Memang nampak agak kuno sikit..hehehe.But unique!

Ni la effect kalau kita tengok dari dekat..memang cantik!


2) Chicago Spire (USA)

Yang ini memang betul2 nampak macam rupa roket..dijangka siap pada tahun 2010 (Aku tak pasti dah siap ke belum).Mak ai..bangunan ni memang tinggi gila dan dijangka menjadi bangunan tertinngi di Barat..hehehe.

Memang superb! Nampak macam mercu tanda roket je aku tengok.Hik hik hik

memang mencecah awan...Nice view


3) CCTV Headquarters (China)

CCTV headquaters pun penduduk China nak design cantik-cantik tau, hah,memang cita rasa tinggi betul..hehehe.Yang aku kagum sangat dengan bangunan ni sebab bentuk Zig Zag. Cun la..lagi satu kalau koang perasan kan, dia macam tak ada dinding penyokong kan? Sebelah je dinding dia..memang bagus benor tukang design bangunan ni...hehehehe..

Macam ni je bangunan dia..bangunan tau!memang canggih betul..



4) Regatta Hotel (Jakarta)

Ho ho ho..dekat Indon pun ada gak bangunan unik,memang pantas sekali pikiran pikiran orang indon ini ya..patut ar pandai wat laser time pelawanan bola sepak, ramai je buruh2 diaorg datang keja dekat negara kita, sebab memang diaorg ni otak2 engineer..hehehehe. Tapi, serius aku cakap, memang cute sangat rupa hotel ni! tak taulah berapa ribu semalam kan nak tido dkt dalam hotel ni..(Mimpi jelah imah oi..)




Memang cantik..tengah pulau pulak tu..


5) Residence Antilia (India)

Dekat India, diaorang bukan saje ada Taj Mahal yang termasuk list dalam 7 keajaiban dunia tu, tapi ada jugak bangunan ni ( Aiya...semua dia nak bolot jugakkan?hehehe...). Bagi aku bangunan ni memang sangat pelik tapi unik..Sebenarnya Residence Antilia ni diilhamkan dari rupa rak Cd..patut ar nampak macam bentuk2 cd kan?

Sebagai org yg cintakan environment, aku memang suka gila dengan bangunan ni pasal dia nampak mesra alam dengan pokok2 yang ada dekat bangunan tu..I like it!!

6 ) Russia Tower (Rusia)

Hah, yang ini pun unik jugak! Menara Rusia.Dijangka complete pada tahun 2012, bangunan ini akan menjadi bangunan paling tinggi dekat Europe, (mujur bukan dekat dunia..sebab kitakan nak buat menara tertinngi di dunia lepas ni,hehehe).





7) Penang Global City Centre - (Malaysia)

Wah, negara kita pun masuk list lah..memang terbaiklah Malaysia..Yang ini confirm aku boleh pergi nanti.hehehehe..Tapi bentuk penang global city centre ni sangat2 unik..sebab macam bentuk dua ekor angsa dan anaknya..Eh,betul apa,cuba korang tengok betul2..comel kan? Bangunan ni dalam proses untuk dibina dan mengambil masa 15 tahun untuk siap! Confirm time ni kalau aku hidup lagi dah beranak pinak..hehehe.





8) Gazprom Headquarters (Russia)

Hmmm....dah 2 dah bangunan unik Rusia ni.Bagus betul..mesti budget banyak ni sampai boleh bina bangunan unik2 camni..Ho ho ho memang sangat takjub sebab bangunan ni diperbuat dari glass flame. Uniknya bangunan ni sebab dia akan bertukar warna 10 kali sehari bergantung pada kedudukan matahari.Hebatkan?





9) Burj Dubai (Dubai)

The last top 9 most unique building in the world ialah Burj Dubai..bangunan paling tinggi di dunia sekarang.hehehe.


Wednesday, December 29, 2010

Novel: Kerana Cinta Itu 7

BAB 7

Zarina menghempas kuat telefon bimbitnya. Geram kerana Amir Firdaus membatalkan temujanji mereka hari ini.Semuanya gara-gara nenek Alfira yang terlantar sakit.

“Yang sakitnya nenek Fira,yang dia nak menyibuk jugak dekat situ buat apa? Dah sah-sah perempuan tua tu tunggu masa je nak mati…” Ngomel Zarina sendirian.Dia bengang bila kehendaknya tidak dituruti. Lebih dari itu dia cemburu bila Amir Firdaus ada bersama Alfira.Takut kasih lelaki itu berubah.

Zarina berjalan jalan di ruang tamu rumahnya. Hatinya tidak tenteram. Dia tidak suka Amir Firdaus mengambil berat tentang keluarga Alfira. Alfira bukan siapa-siapa lagi pada Amir.Untuk apa lagi Amir Firdaus ke sana? Zarina jadi geram. Dia mendail sekali lagi nombor telefon bimbit kekasihnya itu tetapi talian telah ditutup.


“Argh…” sekali lagi telefon bimbit itu dihempaskan.

“Rina..you ni kenapa? Pagi-pagi dah bengang.What’s wrong?” Hazlin menegur.

Zarina memasamkan mukanya.Tubuh lansingnya dihempaskan ke atas sofa. Hatinya panas.

“Mir tu..dia mungkir janji.Dia dah promise nak bawa I keluar hari ni..”

“La..I ingat ke apa tadi.You ni Rina benda macam tu pun nak mengamuk.selalu tak macam ni.Kacau I nak tidur je..” Jawab Hazlin sambil menguap. 

Dia sangat mengantuk. Dia terjagapun bila mendengar bunyi benda dihempas berulang kali.Zarina kalau megamuk tak pernah nak fikirkan orang lain.

“I tak kacau you lah…I geram dengan Mir ni” Protes Zarina.

“Ye..I tahu.It’s Ok.You tu janganlah emo sangat.Baru kali ni je kan Mir langgar janji.Dia ada hal lah tu.Next time pun boleh jumpa kan..” Hazlin berjalan mendekati Zarina. Dia duduk disebelah gadis itu. Matanya dipejamkan.Rasa ngantuknya masih bersisa.

“ Dia pergi Hospital..nenek ex-girlfriend dia sakit.Mana I tak angin…Hisy,geram betul lah..”
“Laa…pasal tu pun you nak geram.Biarlah..itukan tunang dia. Lagipun dengan orang sakit pun you nak jeles.Cubalah bawak berfikir sikit”

“I tak peduli! I tak suka dia dekat dengan Fira! Tak boleh”

“Rina….you ni kenapa nak risau sangat? Kan Mir dah cakap dia suka dekat you je..”

“Itu dia cakap..dalam hati dia you tahu ke? I takut tau tak!”

“ I tak tahulah nak cakap apa dengan you ni. Suka bersangka buruk. Takkan you nak ikat kaki Mir tu,nak control dia.Jangan selfish sangatlah Rina. Mir tu bukan hak you sorang tau..”

Hazlin kurang setuju dengan cara zarina.Nampak kebudak budakan.takkan melawat orang sakit pun salah? Lagipun siapa rampas siapa sekarang? Bukan ke Zarina yang jadi perampas?

“Malaslah nak cakap dengan you ni…you tak faham.Dia bercinta dengan Fira tu 7 tahun.I takut dia balik semula dekat Fira tau tak? “ Kasar sahaja suara Zarina.


Hazlin hanya mendiamkan diri.Lebih baik diam daripada terus melayan ngomelan zarina.
Zarina bangun menuju kebiliknya. Pintu bilik dihempas kasar. Hazlin hanya mampu mengelengkan kepala. Dia sudah lali dengan sikap panas baran zarina. Harapkan wajah saja cantik,tetapi barannya.Tuhan saja yang tahu.

Hazlin mengeluh lagi sebelum dia juga turut melangkah masuk kebilik.

**************

Hajjah Kalsom telah selamat menjalani pembedahan. Berita itu sangat mengembirakan keluarga Alfira dan Amir Firdaus. Walaupun Hajjah Kalsom masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi tetapi mereka gembira kerana keadaannya sudah stabil biarpun masih belum sedarkan diri.

Alfira Hanim memandang kelat wajah Amir Firdaus dihadapannya. Dia tak tahu mengapa lelaki itu beria-ria hendak makan bersama dengannya tengahari ini. Ikutkan hatinya yang retak seribu itu, dia tidak mahu lagi menatap wajah lelaki itu apatah lagi makan semeja seperti sekarang. Tetapi bila melihat jelingan mamanya bila dia menolak pelawaan Amir Firdaus tadi, dia terpaksa menurut. Dia tak mahu mamanya susah hati lagi.

“Fira..kita kena bincang.”

Alfira hanim hanya membisu.Tidak sedikitpun kepalanya dipanggungkan.

“Fira..”

Amir Firdaus masih memanggil, kali ini suaranya dikuatkan sedikit. Geram kerana sejak beberapa hari ini Alfira melayannya seperti tunggul kayu.
Alfira masih membisu. Jari jemari gadis itu lincah bermain dengan sudu dan garfu. Dia lansung tidak memberikan reaksi pada panggilan Amir Firdaus.Sengaja hendak membuatkan lelaki itu sakit hati.

Amir Firdaus mendengus geram.Pantas tangan Alfira digengamnya.Terkejut Alfira dengan reaksi spontan Amir Firdaus itu. Sepantas kilat tangannya ditarik.Wajahnya dimasamkan.Tidak suka dengan perlakuan Amir Firdaus yang diluar batasan itu.

“Mir nak kahwin..” Kata Amir Firdaus,matanya tajam memandang Alfira.

“Kahwinlah..kenapa nak beritahu Fira pulak”

“ Mestilah kena beritahu.Nak tahu Fira setuju ke tak..”

“Mir nak kahwin,kahwinlah.Tak kuasa Fira nak cakap setuju ke tak.Fira tak ada hak” Tegas sekali nada suara Alfira.


Dia jadi menyampah dengan sikap Amir Firdaus yang seperti ingin menyakitkan hatinya lagi. Perasaanya turut sebak dengan pengakuan Amir Firdaus itu tetapi sedaya upaya dia menahan perasaan pedih yang menular disegenap pelusuk hatinya.Dia tidak mahu nampak lemah dihadapan lelaki itu! Tidak sama sekali!

“So,Fira setujulah ni..” Amir Firdaus senyum senang hati dengan kata-kata Alfira tadi. Hatinya turut tercuit melihat wajah masam Alfira Hanim.Sudah lama dia tidak melihat kelatnya wajah Alfira bila merajuk dengannya dulu. Sangat comel!

“Setuju apanya..awak nak kahwin,kahwinlah..tak perlu mintak persetujuan saya.Selama ni awak ada awek barupun ada awak tanya pendapat saya? Tak ada kan? So,buatlah apa awak nak.Jangan gangu hidup saya..” Bentak Alfira Hanim geram.Ikutkan hatinya yang sedang mendidih marah,mahu sahaja dicucuk cucuk muka Amir Firdaus dengan garfu yang ada ditangannya.Geram sungguh!

“Dah Mir nak kahwin dengan Fira,kenalah mintak persetujuan Fira kan..” Jawab Amir Firdaus tenang.
Terkejut Alfira Hanim mendengar kata-kata Amir Firdaus. Kahwin dengan aku? Tapi kenapa?Bukan ke dia nak kahwin dengan Zarina?Aku salah dengar ke? Desis hati kecilnya.

“Fira,Mir tahu Mir salah dalam hal ni.Mir yang jadi punca nenek sakit.Mir nak bertanggungjawab..”
“No!!!..saya tak setuju.Awak dah lupa ke apa awak cakap dekat saya hari tu?Awak tak cintakan saya,awak dah tak ada perasaan dengan saya,so,buat apa awak nak kahwin dengan saya???Awak nak sakitkan hati saya lagi? Tak puas lagi ke apa awak dah buat dekat family saya sekarang?” Bergetar suara Alfira saat melontarkan kata-kata itu. Dia cuba menahan sebak dan amarah.

“Bukan macam tu maksud Mir..Mir nak betulkan keadaan yang dah kucar kacir disebabkan Mir.”

“Sudahlah…awak tak payahlah nak bermadah dengan saya.saya taknak kahwin dengan awak.Cukup-cukuplah awak menipu saya selama ni..saya takkan jadi bodoh lagi disebabkan awak”

“ Fira,please jangan salah sangka..Mir buat semua ni untuk nenek jugak.Ikutkan hati Mir, Mir memang taknak kita kahwin..Mir memang tak cintakan Fira tapi kita mesti teruskan jugak perkahwinan ni”

Tersentap Alfira Hanim dengan kata-kata Amir Firdaus.Tersayat hatinya saat ini. Sebolehnya,dia tidak mahu lagi mendengar pengakuan jujur Amir Firdaus tentang perasaan cinta yang telah tiada untuknya.Cukuplah sekali ayat itu singgah ditelinganya.Hatinya sakit teramat.

“Mir dah janji dengan nenek sebelum nenek dibedah semalam yang Mir akan kahwin dengan Fira sebaik sahaja nenek selamat dibedah. Maafkan Mir..ni je jalan yang kita ada.Nenek jadi macam nipun sebab Mir taknak kahwin dengan Fira.Mir nak betulkan kembali keadaan..”

Amir Firdaus memandang wajah Alfira Hanim yang sudah bertukar mendung.Ada genangan air mata di mata bulat gadis itu. Mungkin terlalu sedih memikirkan kesihatan neneknya,fikir Amir Firdaus.

“Next week kenduri kita…Mir Cuma nak Fira setuju je.semua ni demi nenek.Nenek tak boleh menerima berita buruk, kesihatannya paling penting sekarang.Mir janji takkan ganggu hak-hak Fira.Perkahwinan kita hanya atas kertas sahaja.Selebihnya, kita bebas buat hal masing-masing.Sampai masa nanti, Mir akan lepaskan Fira bila semua orang faham yang kita memang tak boleh hidup bersama…” Jelas Amir Firdaus.

“Awak nak kahwin dengan zarina kan?” Soal Alfira.Entah mengapa soalan itu yang terbit dari bibirnya.
Amir Firdaus menganggukkan kepala. Memang itu impiannya.Tak mungkin dia akan mensia-siakan hubungan yang terjalin antaranya dengan Zarina. Dia tetap akan mengahwini gadis itu suatu hari nanti.

“Mir akan terus berhubungan dengan Rina dan Mir takkan halang Fira untuk baik dengan sesiapapun.Mir taknak Fira letak harapan pada Mir.Kita tak mungkin kembali macam dulu…”

“Saya memang tak ada pilihan kan? Walaupun saya taknak,tapi saya terpaksa juga.Oklah,saya nak pergi jenguk nenek.awak makanlah,saya tak lapar” Alfira menolak pingan nasi yang masih separuh bersisa. Dia sudah tidak lalu untuk makan lagi.


Tanpa banyak soal, dia terus meninggalkan Amir Firdaus sendirian di kantin hospital itu.
Langkahnya di atur laju menuju ke tandas wanita yang terletak berhampiran dengan kantin hospital. Air matanya yang laju mengalir disekanya.Dia tersedu-sedu di hadapan sinki tandas hospital itu.Perasaanya sebak,pedih.Dia benar-benar terluka. 

Amir Firdaus ingin mengahwininya kerana terpaksa bukan kerana cinta. Lelaki itu memang sudah tiada lagi perasaan cinta untuknya.Selama ini,dia selalu berharap yang apa yang dikatakan Amir Firdaus malam itu hanya gurauan tetapi ternyata telahannya meleset. Cinta Amir Firdaus untuknya telah lama mati.
Alfira Hanim menyapu air mata yang tidak putus-putus mengalir. Dia sangat terluka sekarang.

Bagaimana dia hendak hidup sebumbung dengan lelaki yang amat dicintainya sedangkan dia tahu lelaki itu sudah mempunyai wanita lain?

Bagaimana untuk dia berpura pura bahagia dengan perkahwinan itu sedangkan hatinya merintih pedih?

Bagaimana lagi untuk dia sembunyikan rasa sakit dan derita yang ada dihatinya ini?

Bagaimana??

Mir…..Mir takkan pernah tahu yang Fira sayangkan Mir lebih dari apa yang Mir sangkakan,tapi Mir memang tak tahu menghargai!  Kata Alfira Hanim perlahan diiringi esakan tangisan.

***********************

“I dah agak..you memang akan gila balik dekat budak Fira tu..you ni dah melampau tau tak?”Dengus Zarina geram. Pandangannya dilepaskan kehadapan,memandang taman mini dihalaman rumahnya.

Dia terkejut dengan kedatangan Amir Firdaus kerumahnya petang itu. Selalunya lelaki itu akan beritahu kalau hendak datang,tetapi kali ini main terjah je. Lagipun silapnya juga kerana mematikan telefon bimbitnya sejak pagi.semuanya gara-gara Amir Firdaus membatalkan janji mereka pagi tadi.

“ I bukan nak dekat dia tapi I terpaksa Rina..” Terang Amir Firdaus. Dia hanya mahukan kepercayaan Zarina sahaja sekarang.

“Terpaksa apanya? Nenek Fira tu bukan nenek you..Yang you nak ambil berat sangat kenapa? Ke you dah mula jatuh hati balik dekat Fira? Saje je buat alasan yan you nak kahwin dengan dia sebab nenek dia?You jangan nak main-mainkan I.” Zarina masih memeluk tubuh. Dia takkan membenarkan sama sekali Amir Firdaus mengahwini Alfira! Dia tak mungkin kalah..sampai bila-bila pun Amir Firdaus tetap haknya.

“ You tak faham..I kenal nenek Fira tu dah 7 tahun Rina.I dah anggap dia macam nenek I sendiri. Tak mungkin I akan biar orang yang I sayang mati sebab I..”

“Tapi perlu ke sampai nak kahwin? Habis macam mana dengan janji you dengan I? You dah janji nak kahwin dengan I..” Zarina menjeling Amir Firdaus geram. Dia melangkah duduk di bangku mini di taman kecil itu. Amir Firdaus segera mebontoti.

“ I akan kahwin dengan you…lagipun I dah terus terang denan Fira.Kiteorang kahwin pun sebab nenek dia.Lepas ni I akan ceraikan dia.Semua ni hanya atas kertas je..”Pujuk Amir Firdaus lagi.

Zarina hanya mendiamkan diri. Fikirannya turut buntu.Hanya atas kertas? Boleh pakai ke janji Amir firdaus itu? Alfira tu bekas kekasihnya! Masakan dia tak ada perasaan sayang lansung.

“Boleh ke you tak jatuh cinta dengan Fira semula?”

“ Mestilah..kan I cintakan you je sekarang.Apa lagi yang you tak puas hati? Ok,lepas I kahwinpun kita akan tetap macam sekarang.tak ada apa-apa yang akan berubah.I tetap nak kebahagian I jugak..” jawab Amir Firdaus.

Zarina diam sejenak. Kemudian, dia menganggukkan kepalanya.

“ Ok..I setuju.Tapi, I taknak tunggu lama-lama.You mesti janji yang you akan ceraikan dia dalam masa setahun…dan I taknak you sentuh dia.You hak I”

“Ok sayang..I setuju!” Amir Firdus tersenyum gembira dengan kata-kata Zarina.Hatinya berbunga bahagia bila semua masalah yang menghempap kepalanya sudah selesai.

P/S: Saya mohon maaf sebab lambat update sambungan novel ni.Lately ni saya sangat busy.Kepada yang ikut cerita ni,terima kasih sangat2.Tapi bab ni  saya rasa agak kucar kacir jalan cerita.tak tahu nape,rasa tak puas hati.susah nk dapatkan feeling balik lepas lama tak menulis.Huhuhu...Jangan lupa tinggalkan komen korang k?




Tuesday, December 28, 2010

BelaJar MemaAfkan...

Aku tak tahu kenapa dia wujud lagi dalam hidup aku?
Aku tak tahu kenapa dia perlu wujud waktu aku dah lupakan dia?
Kalau boleh sampai mati pun aku taknak tengok dia
Tapi...Mustahil,banyak kemungkinan yang boleh buat Kami berjumpa semula
Ya Alah.aku redha dengan apa yng berlaku sekarang



Aku cuba jadi pemaaf..
Memaafkan kesalahan orang yang banyak lukakan hati aku,
Orang yang pernah buat aku macam sampah,
Orang yang buat air mata aku tak henti2 jatuh..,
Orang yang tak hargai aku,

Aku maafkan dia..
Seikhlasnya aku maafkan apa yang dia dah buat dekat aku.
Biarlah..Allah lebih mengetahui pada tiap sesuatu yang berlaku..
Dan biar Allah sahaja yg membalas baik buruk seseorang itu..

Dan...seikhlasnya, aku tak berdendam lagi..

Tuesday, December 7, 2010

Novel : Kerana Cinta Itu 6

BAB 6

“Fira..” Suara itu masih memanggil namanya.
Alfira mendiamkan diri. Kepalanya ditundukkan merenung lantai hospital. Untuk apa lagi Amir Firdaus mencarinya? Tidak cukupkah lagi seksaan yang diterimanya sekarang? Dia tak perlukan Amir Firdaus saat ini.Dia hanya inginkan nenek!

Amir Firdaus mendekati Alfira yang sedang bersandar di dinding.
“Fira..Mir.”  

“Jangan ganggu Fira Mir.Dia masih sedih..” Tegur mamanya sebelum sempat Amir Firdaus menghabiskan kata-katanya.Dia ingin menatap wajah Alfira tetapi gadis itu lansung tidak mahu mengangkat muka. 

“Mama..Mir minta maaf.Mir tahu ini semua salah Mir..”
“Sudahlah Mir..tak guna kita bertengkar dekat sini. Mama kesal sangat dengan apa yang berlaku.Mama tak sangka Mir sanggup lukakan hati kami semua..” Datin Faridah berkata sayu. Sungguh dia malu dengan perlakuan amir Firdaus yang lansung tidak berperikemanusiaan itu. Masa hendak,bermacam-macam perkara sanggup dilakukan,tapi bila taknak,dicampak begitu saja.

“Mir tak sangka pun nak jadi macam ni…Mir tak ada niat pun mama”
Memang benar dia tidak berniat lansung untuk menyakiti hati Alfira dan keluarganya tapi dia terpaksa. Tak pernah terlintas lansung dihatinya untuk membuat mereka semua menderita lebih-lebih lagi menjadi punca Hajjah Kalsom sakit.

Sewaktu menerima panggilan telefon dari mamanya tadi dia segera berkejar kesini selepas menghantar Zarina pulang. Dia benar-benar risau. Dia sayangkan Hajjah Kalsom sangat-sangat. Wanita tua itu sudah dianggap seperti nenek sendiri.

“ Mir sedar taka apa yang Mir dah buat ni? Kalau apa-apa terjadi dekat Hajjah nanti mama takkan maafkan Mir.Mama tak pernah ajar Mir jadi orang yang kejam..” Datin Faridah berkata tegas sebelum berlalu pergi dari lobi Unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur itu. Dia ingin segera menunaikan solat hajat. Mereka perlu berikhtiar. Hanya Allah sahaja yang dapat membantu mereka ketika ini.


“Mama, Fira ikut..” Alfira bersuara tanpa memandang wajah Amir Firdaus, Alfira segera membontoti langkah Datin Faridah. Dia perlukan ketenangan ketika ini. Hatinya masih tidak tenang.Kehadiran Amir Firdaus disitu turut merobekkan kembali hatinya yang sedang parah. Dia masih tidak bersedia bersemuka dengan tunangnya setelah apa yang berlaku antara mereka.

Amir Firdaus termanggu sendirian di lobi unit rawatan rapi itu. Mereka semua seperti memulaunya. Mama,papa,Fira dan mak lansung tak memberi peluang untuknya membela diri.Dia menghelakan nafas berat. Dia tidak mahu dituduh kejam.Dia tidak kejam! Dia hanya ingin membahagiakan hati sendiri,mencari cinta yang diiginkan.Salahkah dia?

Dia sayangkan Hajjah Kalsom dan mama Alfira, Puan Hasnah.Malah dia sudah bertekad walau apapun yang berlaku dalam hubungannya dengan Alfira selepas ini, dia akan tetap sayangkan mereka berdua. Tidak pernah terlintas sedikitpun difikirannya untuk membuang mereka semua seperti yang difikirkan mama. Dia hanya ingin hidup bersama Zarina.Salahkah dia?

Berkali-kali Amir Firdaus meraup wajahnya. Kepalanya cuba memikirkan penyelesaian untuk masalah yang ditanggung mereka sekarang. Dia yang memulakan semua ini dan dia mesti bertanggungjawab. Lambat-lambat Amir Firdaus turut bangun menuju kesurau.Dia ingin bersolat istikhrah,memohon diberikan petunjuk untuk masalah yang dihadapinya sekarang.

********

Tangan tua itu disentuh Amir Firdaus.Hampir menitis air matanya bila melihat keadaan tubuh Hajjah Kalsom yang berselirat dengan macam-macam wayar yang dia sendiri tidak tahu apa fungsinya. Malah mesin yang terletak bersebelahan katil hospital turut berbunyi perlahan seperti menandakan keadaan wanita itu yang masih tidak stabil.

Amir Firdaus mengusap-ngusap tangan Hajjah Kalsom yang dingin. Tiada respon tapi dia yakin Hajjah Kalsom menyedari kehadirannya. 

“Nek..Mir datang ni. Nenek mesti kuatkan semangat.Mir sayangkan nenek..Mir minta maaf buat nenek jadi macam ni.Ampunkan Mir nek..” Kata Amir Firdaus.

Diperhatinya wajah Hajjah Kalsom yang pucat lesi. Malah pernafasan wanita itu yang dibantu alat bantuan penafasan juga agak perlahan. Ya Allah..kejamnya aku. Sanggup aku lukakan hati wanita yang sangat sayangkan aku. 

“Nenek..Mir minta maaf.Nenek cepatlah sembuh.Mir janji takkan buat nenek sedih lagi.Mir Janji akan kahwin dengan Fira. Tapi nenek mesti cepat sembuh.Mir nak nenek ada masa kami bernikah nanti..”Ucap Amir Firdaus.

Dia yakin dengan keputusannya kali ini. Selepas bersolat tadi,hatinya rasa tenang. Dia harus bertanggungjawab. Dia yakin Hajjah Kalsom jadi beginipun kerana dia tidak mahu mengahwini Alfira.Dia ingin melihat wanita itu bahagia. Dia tidak mahu terus dihantui rasa bersalah jika ada apa-apa yang berlaku pada Hajjah Kalsom kelak. Dia takkan maafkan dirinya.

“Nenek…Mir janji nek.Tapi nenek pun kena janji dengan Mir untuk cepat sembuh.Kuatkan semangat nenek Ok.Kami semua akan doakan nenek cepat sembuh.Nek.Mir tak boleh lama-lama.Mir kena pergi.Nenek ingat tau jani kita ni..”

Sejurus mengucapkan kata-kata itu,lantas tangan Hajjah Kalsom diciumnya. Sungguh dia ikhlas dengan kata-katanya.Tidak berniat lansung untuk menipu Hajjah Kalsom.Dia berjanji untuk menikahi Alfira sebaik sahaja Hajjah Kalsom sembuh kelak. Dia sudah tidak lagi memikirkan cintanya yang telah tiada untuk Alfira.Biarlah..mungkin ini yang terbaik buat mereka semua.

Amir Firdaus mencari cari wajah Alfira sebaik sahaja keluar dari bilik ICU namun hampa bila wajah itu tidak kelihatan. Dia yakin Alfira cuba mengelak dari bertembung dengannya. Yang ada cuma mama,papa dan mak sahaja. Dia segan hendak bertanya kemana Alfira pergi. Terasa diri sudah tidak layak bertanyakan soalan itu.


Amir Firdaus mendekati mereka bertiga dan duduk dibangku bersebelahan dengan Puan Hasnah. Kawasan lobi hospital itu agak sunyi kerana hari sudah malam.Masa melawat pesakit juga sudah tamat.

“ Mir nampak penat.Pergilah balik dulu.Biar mak tunggu sini.Datuk dan Datin pun baliklah berehat. Esok pagi baru nak buat operation” Kata Puan Hasmah. Mereka bertiga menganggukkan kepala. 

“ Kami balik dulu Hasmah.Nanti awal-awal pagi esok kami datang.Awak banyaklah bersabar.Insya-Allah Hajjah akan sembuh” Kata Datuk Ir Suffian lagi.
Puan Hasnah mengangukkan kepala.Ya..hanya itu yang dia mampu lakukan,bersabar dan terus berdoa.
********

Alfira hanim merenung bintang yang bertaburan di dada langit. Cantik sekali bintang itu bergemerlapan. Cantik bersinar tidak seperti hatinya ketika ini. Gelap dan suram. Kanak-kanak yang ketawa riang bermain dihadapannya dipandang. Alangkah seronoknya menjadi kanak-kanak,hidup penuh dengan warna-warna bahagia, tidak perlu memikirkan masalah dan menanggung bebanan yang mengasak dada. 

Alfira Hanim sengaja tidak masuk ke lobi hospital.Dia tidak mahu bertemu pandang dengan Amir Firdaus. Bukan dia takut, tapi dia tidak mahu terus melukai hati sendiri. Apa yang penting sekarang adalah keselamatan nenek.Masalahnya dengan Amir Firdaus terpaksa ditolak ketepi.

Alfira Hanim melihat seorang kanak-kanak terjatuh selepas bermain kejar-kejar dengan abangnya.Kanak-kanak itu menangis sambil dipujuk emak dan ayahnya.Comel sekali kanak-kanak  perempuan itu pada penglihatannya. Tubuh kecil kanak-kanak itu dicempung ayahnya.

Alfira Hanim teringat sewaktu dia kecil dulu,dia juga seperti kanak-kanak perempuan tadi,sangat manja! tetapi dia tak punya ayah.Dia hanya ada nenek dan mak yang selalu menemaninya ke taman permainan. Kalau dia terjatuh,nenek pasti akan mendukungnya dan mengubati lukanya dan mak pula kan menyuapkannya ketika makan.

Mereka berdua menatangnya bagaikan minyak yang penuh.Dia tak pernah merasakan dirinya kekurangan kasih sayang biarpun syurga dunianya cuma mereka berdua.Indahnya kenangan itu.


 “Ya Allah,sembuhkanlah nenekku..” Doanya didalam hati sambil mengusap air mata yang mula bergenang. Dia sudah penat menangis. Dia harus tabah!  Alfira Hanim tidak pernah menyangka seberat ini dugaan yang harus dihadapinya tetapi dia redha.Dia yakin ada hikmah bagi setiap apa yang berlaku.

“Jauh termenung..” Tegur suatu suara. Alfira Hanim sedikit terkejut. Dia menoleh.Kelihatan seorang lelaki berdiri di sisi bangku yang didudukinya.

“Assalammualaikum..saya Isyraf Rayyan. Boleh saya duduk?” Lelaki itu tersenyum memandangnya. Terserlah kedua-dua lesung pipitnya bila dia tersenyum begitu.

“Waalaikummussalam…”Alfira Hanim mengangukkan kepala. Lantas lelaki itu duduk dihujung bangku itu, sedikit menjauhinya.

“Dari tadi saya perhatikan awak..awak nampak sedih je.Mesti ada masalah besar kan?” Soal lelaki yang bernama Isyraf Rayyan itu.

Terkedu Alfira Hanim dengan pengakuan lelaki itu. Dia intai aku? Teruk sangat ke keadaan aku ni? Soal Alfira Hanim sendirian lansung tak berminat ingin menjawab soalan lelaki itu.

“Awak datang melawat siapa?” Soal Isyraf Rayyan itu bila Alfira Hanim tidak menjawab soalannya tadi. Wajah gadis cantik itu ditatapnya. Nampak suram dan penuh kesedihan.

“Nenek saya”

“Nenek awak sakit apa?”

“Jantung.Dia ada dekat ICU sekarang” Alfira Hanim membalas ringkas.

Isyraf Rayyan mengangukkan kepala. Dia sudah selalu melihat wajah-wajah muram,kecewa dan resah di hospital ini. Tapi wajah gadis disebelahnya ini lain dari pandangan matanya. Mata bundarnya yang suram dan sentiasa bergenang dengan air mata buat Isyraf Rayyan jatuh simpati. Dia yakin,ada masalah besar yang sedang dihadapi gadis bertudung itu, bukan sekadar kerana neneknya yang sakit.

“Saya minta maaf kalau buat awak kurang selesa. Saya tahu saya tak berhak bertanyakan soalan peribadi dekat awak. Mungkin awak tak boleh nak kongsikan dengan saya, tapi awak jangan takut. Saya bukan orang jahat..” Panjang penerangan yang diberi Isyraf rayyan namun lansung tidak memberi apa-apa reaksi kepada Alfira.

Dia tidak betah untuk beramah mesra dengan lelaki itu walaupun lelaki itu nampak baik pada pandangan matanya.

“ Siapa nama nenek awak?” Soal Isyraf Rayyan.

“Hajjah Kalsom. Kenapa awak tanya nama saya bukan nama saya?” Alfira Hanim terasa pelik kerana lelaki itu tidak bertanyakan namanya. Selalunya orang akan bertanyakan nama kita,tetapi lelaki ini lain pula caranya.

“ Saya dah tahu nama awak..buat apa tanya lagi?”

Alfira Hanim terkejut. Dia tahu nama aku? 

“Macam mana awak tahu? Saya tak cakap pun..”

“Awak tak cakap tapi beg awak dah cakap dekat saya”

Segera Alfira Hanim menoleh kearah beg jinjit disebelahnya yang memuatkan kain telekung solat. Ada ukiran namanya di beg yang dibuat emaknya sewaktu usianya 15 tahun.Dia tersenyum. Ahh..malunya aku! Desis hati kecilnya.

“ Alfira Hanim Ahmad Ridzuan…Hmm..cantik nama awak secantik orangnya” Komen Isyraf Rayyan.Dia gembira melihat senyuman terukir dibibir Alfira Hanim.Cantik! Biarpun dengan wajah yang sedikit pucat dan tanpa sebarang solekan, Alfira Hanim tampak ayu dimatanya.

“Awak jangan risau.Insya-Allah…nenek awak akan sembuh.Walaupun penyakit jantung ini dikategorikan pembunuh nombor satu, tetapi peluang tetap ada.Yang penting jangan putus berdoa.Allah sahaja yang boleh menolong kita”

Alfira Hanim menganggukkan kepala. Ya..memang itu yang sering dilakukannya.Berdoa dan bertawakal. Dia tidak ingin kehilangan neneeknya.Dia belum bersedia untuk merasai kehilangan lagi selepas Amir Firdaus.

“ Awak, Allah takkan bagi kita dugaan lebih daripada kemampuan kita. Setiap bebanan yang kita tanggung tu, sebenarnya kita mampu tanggung walaupun sangat berat untuk diterima.Percayalah,Allah sangat sayangkan awak.Sebab tu awak diuji..”

Nasihat Isyraf Rayyan. Itulah yang selalu diigatinya setiap kali dia ditimpa musibah. Allah menyayangi setiap umatnya.Kerana itulah mereka diuji.

“Saya nampak lemahkan? Tak kuat menerima dugaan..” Balas Alfira.Dia tak kisah orang mengatakan dia lemah.Mereka semua tidak berada ditempatnya.

“ Semua orang akan rasa lemah bila ditimpa musibah. Cuma bezanya macam mana kita nak hadapinya. Saya yakin awak kuat semangat.Awk boleh hadapi semua ini..”

Deringan telefon bimbit Isyraf Rayyan mematikan perbualan mereka.Segera Isyraf Rayyan menjawab. Selepas beberapa ketika lelaki itu menamatkan talian. 

“Awak,saya kena pergi dulu.Saya ada keja.Ehm…next time kita jumpa lagi ya?” Isyraf Rayyan terasa berat untuk meninggalkan gadis itu. Terlalu singkat perkenalan mereka.
Alfira Hanim mengangukkan kepala sambil mengukirkan senyuman. 

“ Awak ingat pesan saya.Kuatkan semangat awak dan banyakkan bersabar….”
Alfira Hanim menganggukkan kepala lagi. Isyraf Rayyan membalas senyuman gadis itu dan mula melangkah pergi.

“Isyraf Rayyan..” Isyraf Rayyan menoleh bila namanya disebut.

“Terima Kasih..”  Isyraf rayyan tersenyum lagi bila Alfira Hanim mengucapkan terima kasih.

“ Sama-sama..” Balasnya sebelum melangkah pergi.