Sayang Kamu !!!

Sunday, March 13, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 14



Dengan tangan yang menggigil pintu bilik hotel dibuka Alfira Hanim. Dalam kepayahan dia cuba juga melangkah.Rasa sakit yang menyucuk kakinya cuba ditahan. Lampu bilik segera dihidupkan. Perlahan lahan dia berjengket jengket berjalan ke katil.


Sebaik sahaja tubuhnya dibaringkan di atas katil, air matanya yang cuba ditahan sedari di tadi jatuh semula. Alfira menangis lagi! Perasaanya jadi sebak dan sedih bila teringatkan Amir Firdaus.Sampai hati  dia diperlakukan sekejam itu! Ditinggalkan seorang diri di atas menara dalam kesakitan semata mata kerana mengejar perempuan lain.

Alfira memandang bekas ubat ditangannya.Dia takkan lupa pengalaman getir yang terpaksa dilaluinya sebentar tadi. Hampir dua jam dia menunggu suaminya diatas menara. Tetapi lelaki itu tidak juga muncul. Dia terpaksa menguatkan semangat menuruni tangga menara yang setinggi seratus meter itu. Nasibnya agak baik kerana ada sepasang suami isteri yang sudi membantunya menuruni tangga disitu. Kalau tidak, dia tidak tahu apa akan terjadi pada dirinya waktu itu. Sebaik tiba ditingkat bawah menara, segera dia mendapatkan teksi untuk pulang ke hotel. Mujurlah, hotel tempat dia menginap berhadapan dengan klinik. Dia terus ke sana untuk mendapatkan rawatan sebaik tiba tadi.

Alfira Hanim memegang dadanya yang masih bergetar hebat. Dia tidak tahu perasaan apakah yang dirasakan sekarang, marah, benci, sakit, cemburu, geram semuanya menjadi satu. Alfira mengutuk kelemahan dirinya yang terlalu mudah mempercayai Amir Firdaus! Sepatutnya dari awal awal lagi dia sedar yang dia bukan siapa siapa lagi dihati lelaki itu. Cinta lelaki itu untuknya sudah lama mati! Dia patut ingat tentang itu..tetapi kenapa dia jadi bodoh setiap kali disisi Amir Firdaus? Kenapa dia jadi terlalu lemah? Sewenangnya dia membiarkan dirinya diperlakukan sesuka hati oleh Amir? Kenapa? Hati Alfira hanim memberontak hebat. Dia menyesal kerana begitu mudah membiarkan hatinya sekali lagi diperkotak katikkan lelaki itu.


Deraian air matanya yang laju menitis bagai tidak mahu berhenti. Badannya terhinjut hinjut menahan tangis. Alfira mengambil bantal disisinya lalu di letakkan di atas permaidani tidak jauh dari katil peraduannya dengan Amir Firdaus selama empat hari ini. Tubuhnya direbahkan di atas permaidani. Air mata yang mengalir deras jatuh kebantal lansung tidak dipedulikan.Dia masih tidak percaya yang dia sememangnya telah lama kehilangan Amir Firdaus, bukan hari ini saja. Cinta mereka dulu hanya tinggal sejarah di hati lelaki itu..Hanya cintanya saja yang takkan pernah padam untuk Amir Firdaus.

*********************************

Amir Firdaus melangkah longlai memasuki bilik hotel. Pandangannya dihalakan ke katil. Kosong! Dimana Alfira? Hatinya disapa kerisauan. Bimbang apa-apa terjadi kepada isterinya itu. Selepas hampir empat jam dia memujuk zarina tadi, dia segera ke menara St Mark's Campanile untuk mendapatkan Alfira tetapi hampa bila isterinya itu sudah tiada diatas menara. Dia makin risau bila memikirkan kaki Alfira yang sakit. Dengan keadaan Alfira tadi, dia yakin Alfira tak mampu untuk berjalan sendiri.

Bulat mata Amir Firdaus bila terpandangkan sukujur tubuh yang berbaring diatas hamparan permaidani bersebelahan dengan katil. Fira! Dengan langkah perlahan dia menghampiri tubuh itu. Semakin dia mendekati gadis itu, semakin jelas sendu tangisan Alfira ditelinganya. Amir Firdaus tergamam saat matanya singgah di wajah Alfira. Dalam samar samar lampu tidur, dia dapat melihat dengan jelas wajah Alfira yang basah dengan air mata walaupun mata gadis itu masih terpejam. Wajah Alfira Nampak pucat dan matanya bengkak. Amir Firdaus melepaskan nafas berat. Hati Alfira pasti terluka lagi. Dia dihambat rasa bersalah yang teramat.


Dengan berhati hati tubuh Alfira dicempungnya lalu dibawa kekatil.Tubuh langsing itu dibaringkan diatas katil. Dahi Alfira dikucupnya selepas tubuh isterinya itu diselimutkan. Amir Firdaus duduk disisi Alfira. Wajahnya diraup dengan kedua belah tangan. Otaknya bagaikan tidak mampu berfikir sekarang. Semuanya jadi kosong. Dia lansung tidak menyangka yang Zarina akan menjejaknya sehingga ke Venice.

Penat juga dia memujuk kekasihnya tadi, mengharapkan pengertian Zarina tentang hubungannya dengan Alfira. Mujurlah marah Zarina sudah surut walaupun rajuknya masih ada. Dia jadi buntu sekarang. Dia cintakan Zarina tetapi dalam masa yang sama dia bagiakan takut untuk kehilangan Alfira. Dia tidak tahu mengapa dia harus berperasaan begitu. Wajah Alfira dipandangnya lagi. Dari 7 tahun lalu sehinggalah hari ini dia mengaku dia tak pernah berasa jemu menatap wajah mulus itu. Alfira terlalu baik. Dia sahaja yang tak tahu menghargai. Amir Firdaus mengeluh lagi sebelum dia juga turut baring disisi Alfira. Tubuh gadis itu dipeluknya. Dia rasa tenang berbuat begitu.

*************************

Alfira menolak kasar tangan sasa yang melingkari pinggangnya. Terbeliak matanya bila melihat tangan Amir Firdaus erat memeluk tubuhnya sebaik sahaja terjaga dari tidur tadi. Segera dia memeriksa pakaian tidurnya. Lega! Bimbang jika lelaki itu mengambil kesempatan padanya sewaktu dia tidak sedar semalam. Amir Firdaus terjaga dari tidur dek tolakan kasar Alfira. Dengan berat matanya dibuka. Wajah pucat Alfira dengan renungan tajam dipandangnya.

“Nape ni Fira? Awal pagi dah kejutkan abang..” Soal Amir Firdaus. Tangannya digosokkan pada matanya yang begitu sukar untuk dibuka. Rasa mengantuknya masih bersisa kerana kekurangan tidur semalam.

“Siapa suruh awak dukung saya semalam? Saya taknak tidur sini!” Bentak Alfira marah. Dibalingnya bantal kemuka Amir Firdaus. Hatinya jadi panas bila tubuhnya dipeluk tanpa izin semalam.

Amir Firdaus cepat menepis bantal yang dibaling kearahnya.

“Yang Fira nak tidur dekat bawah tu kenapa? Katil ni bukan main besar nak juga tidur dekat bawah. 4 hari lepas boleh je tidur atas katil kenapa semalam nak tidur dekat bawah? “ Amir Firdaus membalas. Hatinya turut terasa dengan perlakuan Alfira. Sudahlah lenanya diganggu, kini terpaksa pula melayan amarah Alfira.



“Saya taknak! Awak ingat saya bodoh ke nak percaya dengan sandiwara awak tu? Sudahlah Amir! Saya takkan izinkan awak ambil kesempatan pada saya lagi..” Alfira berdiri sambil bercekak pinggang dihadapan Amir Firdaus. Hilang sudah sikap lemah lembutnya selama ini. Semalam, dia sudah bertekad, apapun terjadi dia takkan menyerah kalah lagi dengan Amir.

“yang Fira nak marah marah ni kenapa? Kalau pasal hal semalam.Abang minta maaf. Abang dah pergi cari Fira dekat menara, tapi Fira tak tunggu abang.Abang tahu abang salah tinggalkan Fira macam tu.,tapi, abang tak sengaja..abang minta maaf” Mudah sahaja kata maaf terluncur dibibr Amir Firdaus.

Alfira mencebikkan bibir.

“Sudahlah..saya takkan percaya dekat awak lagi. Lagi satu, saya nak bagi amaran, jangan cuba nak ambil kesempatan pada diri saya lagi. Saya tak suka..”Alfira berkata tegas sebelum melangkah menjauhi katil.Namun langkahnya terhenti bila tangannya ditarik amir Firdaus.

“Are you jealous?” Amir Firdaus merenung tepat ke mata isterinya itu.

“Huh..tak ada masa saya nak jealous la..tolong sikit !” Tegas jawapan Alfira Hanim tanpa memandang wajah Amir Firdaus. Dia cuba melepaskan pegangan tangannya.

“Kalau Fira tak jealous, kenapa nak naik angin macam ni?Selama kita dekat sini abang peluk Fira tak ada pulak Fira nak halang, hari ini tiba-tiba jadi macam ni..salah ke apa abang buat.Benda ni takkan jadi la kalau abang sorang je yang nak..”

Alfira tergamam dengan jawapan Amir Firdaus. Dia hanya mendiamkan diri.Tak mampu untuk berkata apa lagi.

“Kan dari dulu lagi abang dah cakap Rina tu girlfriend abang. Abang cintakan dia. Kalau Fira nak tuduh abang tipu Fira sedangkan dari sebelum kita kahwin lagi abang dah bagitau..” Tegas Amir Firdaus. Entah mengapa dia juga naik marah dengan sikap Alfira.

“Saya tak cakap saya marah atau jealous. Suka hati awakla nak buat apa pun.kekasih hati awak kan..”Alfira cuba mengawal nada suaranya yang sudah mula bergetar.

“Habis tu? Yang tetiba jer Fira nak tidur dekat bawah, bahasakan diri abang ni awak kenapa kalau bukan sebab jealous?” Amir Firdaus tidak puas hati dengan jawapan Alfira. Tubuh isterinya itu dibalikkan meghadap kearahnya.

“Suka hati sayalah nak panggil awak apapun…nak buat apapun” Jerit Alfira Hanim. Matanya dibulatkan memandang Amir Firdaus.

Cuppp!!!!

Makin terbeliak mata Alfira hanim bila bibirnya menjadi sasaran kucupan Amir Firdaus. Dia menutup mulutnya.

“Abang tak pernah main main dengan kata-kata abang. Sekali lagi abang dengar Fira panggil abang awak, lebih dari ni abang mampu buat. Kalau ada perasaan cinta Fira pada abang lagi, abang mintak sangat Fira buang jauh sebab abang takkan mungkin dapat cintakan Fira macam dulu lagi.Fira tak perlu nak marah pada benda yang dari dulu lagi Fira dah tahu..”Selepas menuturkan kata-kata itu Amir Firdaus melangkah pergi.

Air mata Alfira menitis saat itu juga. Luka dihatinya kembali berdarah.


*****************************


Tiga hari di Venice, Alfira banyak menghabiskan masa bersendirian didalam bilik.Adakalanya, bila mula bosan dia akan bersiar siar diluar sambil mengambil gambar. Sejak peristiwa Amir Firdaus menciumnya beberapa hari lepas, mereka sudah tidak bertegur sapa. Hubungan mereka ibaratkan sedang berperang dingin. Amir Firdaus menghabiskan sepenuh masa yang ada dengan bersama Zarina. Lelaki itu nampak sangat bahagia dengan kehadiran Zarina disisi. Tidak seperti dirinya saat ini, semuanya terlalu pahit untuk ditempuhi. Alfira sudah penat menangis, sudah letih dia membazirkan setiap titis air matanya untuk lelaki itu.Biarlah dia menangis beratus ratus tempayan pun, Amir Firdaus tak mungkin kembali lagi padanya.


Ketukan dipintu bilik mematikan lamunan Alfira Hanim yang berada di balkoni. Dia segera membuka pintu bilik. Dia terkejut bila melihat zarina berdiri dimuka pintu biliknya. Senyuman sisnis dihadiahkan wanita itu namun Alfira tidak membalasnya. Untuk apa gadis itu kesini? Detik hatinya.

“Hai..boleh I masuk. I ada benda nak cakap dengan you..” Zarina berkata.

“Hai..Hmm..masuklah..”Pelawa Alfira Hanim.

Zarina melangkah masuk. Matanya meninjau sekitar bilik peraduan buah hatinya dan Alfira. Mewah juga. Nampak eksklusif dan menarik. Hatinya berdetik rasa cemburu.

“Hmm…nice room..tapi sayang sebab pasangan yang duduk bilik ni tak serasi..” Kata-kata Zarina seakan memerlinya namun Alfira buat buat tak dengar. Dia hanya melihat tigkah gadis yang berpakaian seksi itu. Zarina memang sangat cantik, patutlah Amir Firdaus mudah saja terpikat. Tridak seperti dirinya yang biasa biasa saja, desis hati Alfira.

“So, apa benda yang you nak cakap dengan I? “ Soal Alfira. Zarina tersenyum mendengarkan soalan Alfira. Dia melangkah ke balkoni bilik yang mengadap ke laut.

“I saja nak tengok you dari dekat. I nak kenal isteri sementara boyfriend I..”

“I orang biasa ja..”

“Yes. Itu I tahu. You gadis kampung yang tak punya apa-apa, bukan golongan berada macam I dan Amir. But, I proud with you sebab you berpelajaran tinggi…sampai you pun pandai nak tackle anak Dato’..”

Alfira Hanim terserentak dengan kata-kata Zarina. Perempuan ini kalau bercakap, memang tak ada insuran gamaknya, desis hati kecilnya, geram.

“Masa I kenal Amir, papa dia belum dapat gelaran Dato’ pun lagi..you totally wrong Rina..kalau I pandai memikat, I dah jadi macam you….cantik,seksi..beru betul. Ciri-ciri yang perlu ada untuk seorang penggoda.Tapi I ni, you tengoklah..too simple.Adake anak2 Dato’  nak pandang…” Bidas Alfira. Dia takkan membiarkan dirinya tampak lemah dihadapan Zarina.

“So, you nak cakap yang I  suka goda goda anak anak Dato’? Kalau I nak pun, I pun sama macam diaorang.Sama standard. I sedar diri I.Status I. Tak macam you..agaknya orang- orang macam you nilah tahu nak senang dengan cara macam ni. Gunakan kecantikan untuk pikat orang orang kaya..”



Alfira menjeling kearah Zarina. Adakah tujuan perempuan itu datang kesini hanya untuk menyakitkan hatinya? Zarina sudah melampau! Apa lagi yang dia nak sedangkan Amir Firdaus sudah menjadi haknya sekarang. Bermacam perkara timbul difikiran Alfira ketika ini.

“Kalau I nak orang kaya, I tak mungkin jadi bodoh nak kahwin dengan Amir la..buat apa I  jadi bodoh nak tunggu dia sampai 7 tahun sedangkan I boleh senangkan hidup I dengan cari orang orang kaya lain? Lagipun Amirpun bukanlah kaya sangat.Papa dia yang kaya….” Sinis Alfira menjawab.

“oh..ya ke? Whatever la Fira..bagi I, golongan macam you ni hanya tahu nak hidup senang lenang dengan cara mudah. Kahwin dengan orang kaya padahal you tak layakpun. You patut berterima kasih dengan I sebab izinkan Mir tu kahwin dengan you, kalau tak mungkin nenek you tu dah dalam kubur sekarang!” Ketawa Zarina  kuat sebelum dia terdiam bila  pipinya terasa perit.

Zarina terkejut bila menyedari pipinya ditampar Alfira. 

“Kalau you nak sangat Amir tu ambiklah Rina..lagipun you memang dah dapat dia pun. Apa lagi yang you tak puas hati ? Jaga sikit mulut you..hidup mati nenek I, bukan you yang tentukan tapi Allah..I tak rasa I patut berterima kasih dengan you tapi I tumpang sedih sebab you ni sebenarnya pengemis! You tak tahu bersyukur dengan apa yang you dah ada..”

Zarina berang dengan kata-kata Zarina. Laju saja langkahnya menghala kerah Alfira.

“Kurang ajar!” Tangannya diangkat untuk menampar pipi Alfira.

“Stop it, Rina!” Jeritan Amir Firdaus menghentikan tindakannya. Mereka berdua sama sama tergamam bila melihat wajah Amir Firdaus tersembul di balik pintu bilik.

P/s" Oh! Bab yang saya rasa macam merapu dan serabut..tak tahulah kenapa.Mungkin dah lama stop menulis..papepun thank's baca! Komen2 lah ye..



14 comments:

  1. nalagi..nk lagi....
    yampahnye prmpuan cm rina..huhu
    cian fira..
    amir pown cm cnfuse je dgn hati die sndri...

    papepown..cpt update ye!!

    ReplyDelete
  2. best sgt !!sian nye kt fira..btl ckp fira, u kena kuat, jgn bg muka sgt kt amir tu..if die dh terus terang n mintak u buang perasann cinta u jauhh2 n die pon xkan mungkin dpt cintakan u mcm dulu lagi, y not u tunaikan permintaan die tu..just do it, but u memg cintakan die kan?
    u bole still simpan perasaan tu, but without pengetahuan die, ok?ishh, geramlah dgn amir ni!!!!!
    writer, bg pengajaran sikit kt amir ni, die ingat xde org lain dah ke yg still minat n syg kt fira ni?kasik amir jealous sikit, biar die plk rasa t'seksa..paru fair n square..
    sambung lagi ea, sy tunggu smp nding, hehe..bestttt

    ReplyDelete
  3. ksian gla r kt fira..huhu
    smbung lg cik writer..:)

    ReplyDelete
  4. Anonymous:Sayapun kesiankan Fira ni...huhuhuhu.Susahnya bila suka dkt org yg dah xsuka lg dekat kita kan? Saya tengah menaip untuk bab seterusnya..tunggu ye!

    Ayuna: Betul tu..Amir tu sombong sgt bila dah dekat dgn Rina kan..heheheh.Ok, saya akan try sambung cepat2..Thank's for ur support!

    ReplyDelete
  5. cpt la smbg.. nk lg...

    ReplyDelete
  6. writer..kasi baik punya plot untuk amir..biar dia rasa..apa yang fira rasa..biar dia tau langit tinggi rendah bila cintanya tak berbalas fira...ingat dia hensom dan kaya..bole suka suki buat org mcm tu..

    ReplyDelete
  7. sy sokong, bole gak buat fira n rayyan rapat, biar amir jlez, bl die rse da ad treat, br die tau die still cntakn fira or x...

    sy tnggu new n3!!

    ReplyDelete
  8. lagu sesuai sgt ngan cite ni..
    cik writer nk lagi..
    plez.....

    ReplyDelete
  9. Next entri tunggu this weekend ye! (macam biasa)..saya kalau boleh nak spend banyak2 masa saya dengan novel KCI ni tapi masa mmg sngt2 jeleskan saya!Huhuhuhu...Thank's semua krna komen2 membina korg!

    ReplyDelete
  10. weeekend ni ad new n2 kan...x sbr nk tnggu!!

    ReplyDelete
  11. xsabar nak bce entry baru..best2..

    ReplyDelete
  12. wah..bez gler citer..xsbar2 nk bca episod strusnya..pls download cpt2...kempunan dah ni

    ReplyDelete
  13. Anon1,anon2,anon3: Tunggu ye..Insya-Allah, weekend ni ada new n3

    ReplyDelete

Blog Menjaring Impian ini wujud sebagai blog personal saya. Saya menulis tentang hidup saya, pandangan saya, apa yang saya lalui dan alami. Mungkin blog ini boleh menjadi kenangan buat saya tentang apa yang saya alami sepanjang menjalani kehidupan. Mungkin juga sebuah catatan untuk anak cucu saya kelak. Terima kasih kerana berkunjung dan ingin memeberi komen di sini. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa juga mencerminkan siapa kita di mata umum. Boleh komen dan kritik.. Walau bagaimana pun bentuk teguran dan kritikan, diharap dapat menjaga sensitiviti orang sekeliling dan orang lain bila anda berada di blog kerdil ini. Thank you. Peace =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...