Sayang Kamu !!!

Wednesday, April 20, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 21

BAB 21


Tangan sasa yang erat mengenggam tangannya buat Alfira rasa tidak selesa. Beberapa kali dia cuba meleraikan gengaman kuat itu namun gagal. Wajah Amir Firdaus yang sedang fokus pada pemanduannya itu dijeling kurang senang. Ikutkan hatinya mahu saja ditampar tampar wajah kacak yang suka memaksanya. Biar lelaki itu tahu betapa sakitnya hatinya sekarang.

 Tadi, sedang elok dia berjalan bersama pekerja pekerja syarikatnya untuk ke restoran bagi menikmati makan tengahari, tiba tiba saja Amir Firdaus datang menarik tangannya. Entah dari mana lelaki itu datang dia lansung tak dapat menjangka. Selalunya, waktu tengahari begini suaminya itu tidak pernah mengajaknya makan bersama. Entah apa mimpi Amir Firdaus semalam sampai baik hati sangat ingin makan bersamanya. Walaupun dia menolak, tangannya tetap diheret ke tempat parkir kereta. Malu dengan para pekerja yang melihat gelagat mereka, dia terpaksa juga menurut.

“Lepaslah! Saya tak suka la abang pegang-pegang saya. Tangan tu guna untuk pegang stereng bukan pegang tangan orang!” Mulut comel Alfira mula mengomel. Amir Firdaus yang mendengar kata kata isterinya itu pura pura tidak dengar. Mulutnya rancak menyanyi bait bait lagu yang keluar di corong radio. Gengamannya ditangan Alfira Hanim makin dikejapkan. Alfira jadi menyampah dengan perilaku Amir Firdaus itu. Pekak tak bertempat!

“Don’t touch me!” Alfira Hanim meningggikan suaranya. Direntap tangannya kuat namun masih gagal. Hisy, dia ni tanagn cap besi ke cap apa ni? Kuat betul pegang tangan aku, ngomelnya didalam hati.

“Habis kalau bukan abang siapa yang boleh sentuh Fira? Lelaki tu? Dah berapa banyak Fira bagi dia sentuh Fira? Hah?” Amir Firdaus membalas. Suaranya ikut tinggi. Dia sakit hati dengan penolakan Alfira Hanim walaupun dia tahu gadis itu berhak berbuat demikian. Gambaran kemesraan Alfira dengan lelaki berkereta Vios yang terlayar diruang matanya membuatkan hatinya makin sakit. Tengahari tadi selepas tamat mesyuarat buru buru dia mencari isterinya itu untuk mengajak menemaninya makan tengahari. Tetapi penolakan Alfira buat hatinya terasa.

“Apa abang merepek ni? Jangan nak mengarut…saya tak semurah itu!” Alfira marah dengan tuduhan tidak berasas Amir Firdaus. Tujuh tahun dia menghambakan cintanya pada lelaki itu, menjaga adab sopan pergaulan mereka, semudah itu dia dituduh perempuan tak bermaruah?

“So, why I cannot touch you? Fira isteri abang, jangan memandai nak buat peraturan yang tak ada dalam agama. Ingat, selagi Fira masih isteri abang, tak ada lelaki lain yang boleh sentuh Fira, faham? Inipun cukup baik abang pegang tangan je sedangkan lebih dari nipun abang ada hak ” Kasar kata-kata Amir Firdaus. Dia tak dapat membayangkan jika ada lelaki lain yang berani menyentuh isterinya itu walaupun sekadar di tangan. Dia tak sanggup melihatnya walaupun Alfira bukan miliknya lagi nanti.

Alfira mencebikkan bibirnya. “ Oh..kalau saya haram bersentuh dengan lelaki bukan muhrim, yang abang berpegang tangan dengan Zarina tu apa hukumnya? Kalau macam tu boleh pulak. Jangan nak hipokrit la..abang pandai menuduh saya yang bukan-bukan, tapi diri abang tu, pernah ke abang tengok? Abang yang letakkan hukum tu!!” Perli Alfira. Amir Firdaus tidak pernah nampak kesalahan sendiri. Buruknya saja yang nampak. Mencipta perjanjian tetapi tak lansung menunaikannya. Alfira mencemuh didalam hati. Kenapalah dia boleh percaya pada lelaki itu dulu?

“Abang memang akan kahwin dengan Zarina..Apa jadipun dia tetap akan jadi isteri abang dan ingat, abang boleh kahwin lebih dari satu!” Selamba Amir Firdaus menjawab. Keretanya dihentikan dihadapan sebuah restoran masakan kampung.

“Kalau abang nak kahwin hari nipun saya tak kisahlah! Yang penting ceraikan saya..I don’t want this hipocrit married!” Selepas menuturkan ayat itu Alfira melangkah keluar. Pintu kereta dihempas kuat tanda protes. Terkelu lidah Amir Firdaus dengan tindakan drastik isterinya itu. Dia mengaku apa yang dikatakan Alfira itu benar belaka tetapi hatinya terasa berat untuk melepaskan Alfira. Dia tak tahu mengapa walhal hubungan mereka bukanlah mesra, setiap hari ada saja  pergaduhan tercetus. Mereka tidak seperti pasangan lain yang baru berkahwin. Kalau adapun, mungkin kemesraan semasa mereka berbulan madu di Venice dulu. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Hati Alfira sekarang tidak lagi selembut dulu.

************

“Abang minta maaf..abang tak patut cakap Fira macam tu. Abang cuma risaukan Fira.” Amir firdaus memulakan bicara setelah lama mereka membisu. Wajah mendung Alfira ditatapnya namun gadis itu cuma menunduk, mungkin masih marah dengan sikapnya tadi.

“Fira..please. Abang minta maaf sangat-sangat” Amir Firdaus masih memujuk bila melihat tiada respon dari isterinya itu. Alfira hanim memanggungkan kepalanya. Renungan suaminya itu dibalas.

“Saya ada maruah, ada harga diri. Kalau bukan sekalipun saya ni isteri orang, saya takkan sewenangnya biarkan diri saya disentuh lelaki lain. Tuduhan abang memang sangat melampau.” Ada nada sesal di hujung kata-kata Alfira Hanim. Dia jadi pelik dengan sikap Amir Firdaus yang seakan cemburu. Kalau tidak cinta dan sayangkan dirinya, untuk apa lelaki itu berasa cemburu? Bukankah dulu lelaki tu yang memberi kebenran untuk dia bebas berkawan? Tetapi kenapa kini Amir berlagak macam polis pencen pula? Alfira jadi rimas.

“Abang minta maaf. Abang kenal Fira Cuma abang takut Fira tersalah pilih kawan. Mana tahu kalau dia tu saja nak ambil kesempatan dekat Fira..” Jawab Amir Firdaus.

“Abang, Rayyan tu doktor yang rawat nenek..saya kenal dia” Balas Alfira lagi. Dia kembali menyuapkan makananan kemulutnya. Walaupu selera makannya seakan mati, dia cuba menghabiskan makanan yang masih bersisa di pinggan. Membazir bukanlah tabiat hidupnya.

“Fira!”

Alfira cepat cepat menoleh bila mendengar namanya dipanggil. Dia kenal suara itu. Tepat sangkaannya bila tubuh tinggi lampai Isyraf Rayyan sudah berdiri disisi meja makan mereka berdua. Segaris senyuman dihadiahkanya untuk lelaki itu.

“Rayyan datang dengan sapa dekat sini? Eh, jemputlah duduk..” Kata Alfira Hanim, wajahnya yang tadi mendung sudah bertukar ceria. Lupa sudah pada pertengkaran yang baru berlaku antaranya dan Amir Firdaus.

“Dengan my friend..Eh, takpe. Saya kejap je ni..ada hal,” Isyraf Rayyan menoleh kearah Amir Firdaus yang hanya membisu tanpa suara. Wajah lelaki itu nampak sedikit kelat. Mungkin terkejut dengan kehadiran tak terduga begini. Tangannya dihulur untuk berjabat dengan lelaki yang merangkap suami Alfira Hanim itu.

“Hai..saya Isyraf Rayyan..Awak Amir kan, suami Fira?” Ucap Isyraf Rayyan mesra. Dia masih ingat pada wajah kacak Amir Firdaus. Amir Firdaus menyambut huluran tangan itu. Dia sekadar mengangukkan kepala. Dia yakin pemuda tinggi lampai itu adalah lelaki yang menghantar Alfira pulang tempoh hari. Serta merta dia jadi kurang selesa.

“ Fira, awak dah dapat email saya hantar pagi tadi?” Soal Isyraf Rayyan ceria. Walaupun dari jauh, dia sudah dapat mengecam wajah gadis cantik itu. Alfira memang sangat cantik. Bertuah Amir kerana memiliki isteri yang cantik dan baik seperti Alfira. Isyraf Rayyan memuji didalam hati.

“Alamak, Rayyan..saya tak sempat nak check email lagi hari ni. Awak email apa erk?” Nada suara Alfira Hanim sedikit kelam kabut. Pagi tadi, terlalu banyak kerja yang perlu diuruskannya sehingga dia tak punya masa untuk menyemak email.

“Tak ada yang penting sangat Cuma pasal ekspedisi memanjat gunung tahan awal bulan depan. Jom la join. Boleh ajak hubby Fira ikut sekali..” Isyraf Rayyan menoleh pada Amir Firdaus yang masih diam membisu. Namun, tiada respon dari Amir Firdaus.

“Eii, bestnya! Dah lama Fira tak panjat gunung tau. Ok, nanti Fira bagitau jawapan. Tapi, kemungkinan besar Fira ikut” Alfira Hanim menjawab riang. Terserlah barisan gigi putihnya yang cantik tersusun bila tersenyum. Alfira suka berkawan dengan Isyraf Rayyan kerana lelaki itu punya minat yang sama dengannya.

“Mir.. you pun joinlah sekali..” pelawa Isyraf Rayyan kepada Amir Firdaus pula. Amir Firdaus hanya tersenyum tawar.

Dia sebenarnya kurang senang dengan kehadiran lelaki bernama Isyraf Rayyan disitu. Melihatkan wajah ceria Alfira, hatinya disapa rasa cemburu. Alfira tak pernah seceria itu bila bersamanya. Saban hari hanya wajah masam mencuka saja yang dihadiahkan padanya. Paling menyedihkan bila suara Alfira tidak pernah selembut itu bila mereka bercakap. Wajah cantik Alfira direnungnya penuh minat. Renungan Amir Firdaus lansung tidak disedari Alfira kerana dia sedang rancak berbual dengan Isyraf rayyan. Amir Firdaus terasa rindu untuk melihat senyuman manis isterinya seperti ketika ini. Lebih dari itu, dia rindukan Alfira Hanim yang dikenalinya dulu. Amir  Firdaus mengeluh kecewa.

“Saya nak balik!” Lamunan Amir Firdaus terhenti bila mendengarkan suara Alfira. Hilang sudah bayang Isyraf Rayyan dari pandangan matanya. Entah bila lelaki itu berlalu pergi dia lansung tidak sedar. Mungkin ketika dia sedang asyik merenung isterinya itu. Tiba-tiba saja perasaan cemburunya bertandang. Kemesraan Alfira dan Isyraf rayyan yang terlihat dihadapan matanya tadi buat hatinya terasa sakit.

“Suka hatilah jumpa buah hati tadi” lancar saja mulut Amir Firdaus berkata.
Alfira Hanim yang mendengar sekadar mendengus geram. Baru tadi lelaki itu beria meminta maaf  tetapi sekarang seperti mahu memanjangkan lagi perbalahan antara mereka. Apa kena dengan Amir ni? Hatinya mengeluh.

“Saya penatlah nak layan tuduhan tuduhan abang tu..saya nak balik. Banyak lagi kerja saya nak kena buat dekat office tu..”

“ Tak sabar nak balik buat kerja ke nak berchatting dengan mamat tu..?” Nada suara Amir Firdaus seakan mengejek. Melihatkan mata lelaki itu yang tajam merenungnya, Alfira hanim rasa mahu bagi penampar saja pada mulut yang lancang bersuara itu. Biar mulut itu diam terus dari asyik menyakitkan hatinya.

Alfira Hanim mengetap bibirnya, cuba menahan geram. Kalau bukan kerana mereka berada ditempat awam, dia takkan semudah itu membiarkan dirinya dituduh sedemikian rupa.

“A’ah..memang saya tak sabar sangat nak balik berchatting….puas hati?” Alfira menjawab. Lantas punggungnya diangkat. Tas tangan diatas meja dicapai. Dia ingin segera pergi dari terus menerus mendengar ayat ayat Amir Firdaus yang menjengkelkan itu.

Amir firdaus yang terkejut dengan tingkah isterinya itu buru buru membuat bayaran di kaunter. Kalau Alfira Hanim rasa marah, dia seribu kali lagi berhak untuk marah. Terasa haknya sebagai suami tercabar. Dia beristigfar beberapa kali untuk menyabarkan hatinya yang mula terasa panas membara!


********************************


Habis semua baju baju Alfira hanim bertaburan di atas lantai. Begitu juga dengan barang-barang peribadi yang lain. Alfira Hanim dan Amir Firdaus kelam kabut memindahkan barang barang dari bilik Alfira ke bilik utama yang didiami Amir Firdaus sekarang. Tengahari tadi, Datin Faridah menelefon memberitahu akan datang kerumah mereka malam ini. Mula-mula memang Amir Firdaus tidak terkejut tetapi bila ibunya memaklumkan untuk menumpang tidur dirumah mereka selama 3 hari terus dia rasa macam nak pitam. Cepat-cepat dia menarik tangan Alfira untuk segera pulang kerumah mereka walaupun waktu pejabat belum lagi habis. Dia takut segala rahsia mereka dirumah itu diketahui mamanya!

“ Mana Fira letak gambar kahwin kita?” Soalan yang keluar dari mulut Amir Firdaus kedengaran pelik. Alfira hanim yang sedang mengeluarkan semua barang barang mandiannya dari bilik air mengerutkan dahi. Sejak bila pula Amir amabil berat pasal gambar perkahwinan mereka?

“Abang nak buat apa?”

“Nak gantung la. Nanti mama datang tengok rumah ni tak ada gambar kahwin kita mesti dia membebel. Fira bukan tak tau perangai mama tu” Jawab Amir Firdaus. Dia turut membantu Alfira mengangkut barang barang peribadi yang lain.

“Ada dalam almari sebelah atas. Dalam kotak”

Pantas kaki Amir Firdaus melangkah ke arah almari baju yang sudah kosong. Kotak sederhana besar berwarna hitam itu dicapai. Kotak itu masih berbungkus elok. Nampak sangat kotak lansung tak pernah dibuka. Rakus saja jari jemari Amir Firdaus mengoyak kertas pembalut yang membungkus kotak itu. Dikeluarkan empat bingkai gambar yang mengandungi gambar perkahwinan mereka. Gambar perkahwinan itu ditatapnya. Sangat cantik!

Pelukannya yang mendarat ditubuh Alfira seolah olah mereka adalah pasangan paling bahagia pada hari bersejarah itu. Dia takkan pernah lupa pada tubuh Alfira yang mengigil sewaktu pertama kali berada dalam pelukannya. Dia tahu Alfira malu, tapi dia sengaja pura pura tidak faham. Betapa Indahnya saat itu walaupun hanya lakonan semata. Amir Firdaus tersenyum sendirian.

“Kita nak gantung dekat mana gambar ni?” Soal Amir Firdaus pada Alfira. Isterinya itu sedang menyusun baju bajunya didalam almari pakaian dibiliknya. Mujurlah didalam biliknya ada satu almari pakaian yang masih kosong.

Alfira Hanim mengangkat bahu. “Ikut suka hati abanglah” Tanpa menoleh dia menjawab.

“Kita gantung dekat ruang tamu dua, lagi dua kita gantung dekat bilik kita” Amir Firdaus memberi cadangan. Dia sudah menarik keluar paku simen dan penukul dari dalam laci mejanya.

“Bukan bilik kita, bilik abang. Tak payah gantung gambar tu dekat bilik saya..” Selamba saja Alfira Hanim menjawab.

“Habis tu kalau tak gantung gambar kita, nak gantung gambar sapa? Gambar Fira dengan doktor tu? ” Amir Firdaus menjawab marah. Mendegarkan penolakan Alfira hatinya terus diserbu rasa marah. Dia benci tiap kali mengingatkan kemesraan Alfira dan doktor bernama Rayyan itu.

Alfira hanim  menepuk dahinya. Dah datang dah angin kus kus mamat ni..adoi! Dia mengeluh dalam hati. Kata-kata Amir Firdaus lansung tidak dijawabnya. Dia tak mahu bergaduh untuk waktu ini. Kedatangan mama malam ini yang lebih penting sekarang! Semuanya mesti nampak sempurna. Dia tak mahu masalah rumah tangga mereka turut diketahui ibu dan neneknya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk membongkarkan rahsia mereka!

“ Jangan sesekali nak keluar dating dengan doktor tu pulak bila mama ada. Ingat, mama tak perlu tahu tentang masalah kita, “ Kata-kata Amir Firdaus amat menjengkelkan bagi Alfira.

Perasan bagus lagi! Sepatutnya nasihatkan diri sendiri tu, jangan mengatal dengan Zarina bila mama ada, ni nasihatkan aku pulak..nampak sangat tak sedar diri ! “ Mulut comel Alfira mengomel perlahan, khuatir didengari suaminya.

Bersambung 


P/S: Sorry sebab xdapat nak cepat2 update mcm yang ramai mintak.Huhuhu...weekend ni pun saya terpaksa dtg office sebab ada kerja urgent. Maybe xdapat nk post entri baru. Papepun, Thank's membaca dan komen! Saya sangat2 hargai tau =) .Hehehehe.. A lot of love to all my lovely readers!

18 comments:

  1. sy sntiasa setia tggu cta ni..

    ReplyDelete
  2. teruk btl Amir Firdaus...marah2 dgn Alfira,salah sendiri x nampak.

    ReplyDelete
  3. Cahaya:Thank's -)

    Evy: Huhuhu...Selalu macam tulah kan. banyak orang nampak salah org lain lebuh dari kesalahan sendiri =(

    ReplyDelete
  4. salam..rasa geram..marah..benci menjadi satu bila memikirkan perangai mamat poyo yg ingat dia bagus..
    tahniah wat writer krn pandai memainkan emosi kami..
    sweetlah fiya ngan dr rayyan..i suka..
    cepatla next entri..nak tengok mamat perasaan bagus tu kantoi..ngan zarina..depan mak bondanya..tentu best gilerkan..

    ReplyDelete
  5. alah .... harap harap weekend nie boleh update kan ... I HOPE SO :D
    biar rasa amir , buat lah dia cemburu lagi .... saya suka
    I hope next N3 lagi best I LIKE YOUR WRITTING nak lagi .... huhuhu harap2 dapat N3 yg terbaru weekend nie I'll be waiting !!!

    ReplyDelete
  6. pandi slhkan org,,slh sndiri tak nampak,,menyampah betul ngan amir ni

    ReplyDelete
  7. erm...kenapa tetiba nak fira dengan rayyan je eh...xpe la kot, kalau amir dengan zarina..hu hu hu

    ReplyDelete
  8. best...
    benci lelaki yang bersikap macam amir firdaus tuh!
    kenapa lelaki ni ego dan tamak??
    best2...
    ape2 pun cepat sambung ye..

    ReplyDelete
  9. Thank's semua. Komen2 korang mmg penting untuk saya! Next entri?Huhuhu..macam xsempat je weekend ni. Tapi saya try la update half bab je.Boleh kan? =)

    ReplyDelete
  10. ni apsal Amir asyik cemburu tak bertempat ni, tp suka gak biar Amir gelabah selalu, Fira biar maintain cool :-)) .....
    tak sabar nk tunggu reaksi mama nanti, selamat berlakon yea Amir & Fira....

    ReplyDelete
  11. Rohaida:hehehe..siap wish good luck lagi..=)

    ReplyDelete
  12. lelaki cam amir tu mmg x layak dpt isteri cam si fira tu. tapi klau rayyan sy suke bab dia lelaki yg gentlemen. well mgkin kedtgan mak mertua fira ada hikmah ialah manalah tau amir akan berubah kan

    ReplyDelete
  13. setia menanti babak2 seterusnya...hehe..best x sabar rasanyaa...

    ReplyDelete
  14. aaa tidak...pls post awl2..xsabar2 nk thu apa yg tjadi strusnya....pls10000x......

    ReplyDelete
  15. Ala..korang selalu buat saya jd xsmpai hati xcpt2 update entri tau..=)Thank's..tapi saya mmg xdpt nak siapkan full bab.But I promise akan post separuh dari bab 22 weekend ni ye?

    ReplyDelete
  16. wah!the best laa..suke sgt ngn gaye pnulisan writer ni..ble la amir ni nk luah an prasaan cnta dy at fira?n then,dy akn sedor yg zarina tu just nafsu semate2 but fira is his true love..haha

    ReplyDelete
  17. bagus2 cepat update ye. hmmm harap biar fira gan rayyan je g hiking tu. hehehe. still vote for rayyan. romantik gler la rayyan tu. pls...amir gan org lain lah. ye..ye..ye..

    ReplyDelete
  18. biarlah Amir tue jeles n sakit ati ngan fira plak lepas nie...asyik fira ajer makan hati....

    ReplyDelete

Blog Menjaring Impian ini wujud sebagai blog personal saya. Saya menulis tentang hidup saya, pandangan saya, apa yang saya lalui dan alami. Mungkin blog ini boleh menjadi kenangan buat saya tentang apa yang saya alami sepanjang menjalani kehidupan. Mungkin juga sebuah catatan untuk anak cucu saya kelak. Terima kasih kerana berkunjung dan ingin memeberi komen di sini. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa juga mencerminkan siapa kita di mata umum. Boleh komen dan kritik.. Walau bagaimana pun bentuk teguran dan kritikan, diharap dapat menjaga sensitiviti orang sekeliling dan orang lain bila anda berada di blog kerdil ini. Thank you. Peace =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...