Sayang Kamu !!!

Wednesday, May 4, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 23

BAB 23


     Matanya cuba dicelikkan walaupun terasa berat dek kerana ketukan di pintu yang  menganggu tidurnya. Siapalah yang suka menganggunya waktu waktu begini? Pasti Alfira! Amir Firdaus sedikit merungut. Namun, digagahkan juga diri untuk bangun. Dalam mamai dan rasa mengantuk yang masih bersisa, pintu bilik dibukanya.

    “Hai..baru nak bangun? Tak solat subuh ke kamu ni?” Wajah Datin Faridah yang tersembul di muka pintu terus buat matanya celik tiba tiba. Mama? Macam mana mama boleh ada dekat rumah aku ni? Dia masih lagi terkejut. Otaknya yang masih lagi mamai dipaksa untuk mengingati apa yang berlaku semalam. Beberapa ketika, dia menepuk dahi. Mama memang ada dekat rumah aku lah dari semalam!

    “Err mama.Ehm. Dah solat tadi.Mir tidur balik. Mengantuk..” Amir Firdaus menjawab. Memang benar dia sudah menunaikan solat subuh tadi. Kemudian dia tidur kembali memandangkan hari ini hari minggu, dia ingin berehat puas puas. Terlupa sudah dia pada mamanya yang ada disini.

    Datin Faridah menjengukkan kepalanya sedikit untuk melihat kedalam bilik anak sulungnya itu. Amir Firdaus yang sedar dengan kelakuan mamanya itu segera merapatkan pintu bilik. Hisy mama ni, takkan sampai dalam bilik pun nak mengintai kot?

    “Fira mana?” Soal Datin faridah penuh curiga. Melihatkan tindakan Amir Firdaus tadi dia rasa sedikit curiga. Kepalanya cuba dijengukkan lagi ke dalam bilik walaupun tubuh anaknya itu seakan menghalang.

    “Fira..er Fira..tengah mandi” Bila mendengar bunyi air jatuh ke lantai dari bilik air cepat cepat dia menjawab. Kenapalah mak aku ni tak jadi polis je dulu? Suka sangat tanya itu ini. Gaya dah ada tapi mungkin tinggi je kot tak cukup! Walaupun hatinya sedang membebel dia sempat lagi membuat penilaian pada ibunya itu.

      “Tepilah..mama nak masuk. Mir ni, mama nak tengok bilik Mir ni..” Selamba saja Datin Faridah menolak tubuh Amir Firdaus yang menghalangnya.

     “Isy mama. Mana boleh masuk bilik tidur orang. Tak baik tau..” Amir Firdaus memgang bahu ibunya, cuba menghalang ibunya dari masuk kedalam. Apa yang tak kena dengan mama aku ni? Boleh pulak nak main terjah bilik orang…?

     “Kejap jelah..mama teringin nak tengok bilik Mir dengan Fira ni. Kan rumah ni baru lagi. Semua tempat mama dah tengok, sini je belum..” Datin faridah merempuh tubuh Amir firdaus. Dia menapak masuk kedalam bilik tanpa sempat dihalang.

     “Mama!”  Datin Faridah tak menghiraukan lansung panggilan anaknya. Matanya liar memerhati segenap penjuru bilik anak dan menantunya. Bilik itu tidaklah sebesar mana, tapi memang nampak selesa dan mendamaikan. Melihatkan gambar perkahwinan mereka yang tergantung di dinding bilik, bibirnya tersenyum senang. Namun seketika senyuman di bibirnya mati bila melihat lipatan toto bersebelahan dengan katil. Siap terdapat 2 biji bantal dan comforter diletakkan di atasnya. Diaorang tidur dekat bawah je ke? Matanya dialihkan pula ke katil peraduan. Cadar yang nampak berkedut dan tidak kemas menunjukkan memang ada orang yang tidur disitu.

      “Siapa tidur dekat atas toto ni?” Soal datin Faridah. Wajah Amir Firdaus dipandangnya. Anak lelakinya itu mengarukan kepala. Ahh….sudah, perkara yang paling dirisaukannya sudah berlaku.

       “Kiteorang la tidur dekat bawah malam tadi”

       “Habis dekat atas katil ni siapa pulak tidur?”

     “Kiteorang jugak” Laju saja Amir Firdaus menjawab. Dalam kepalanya sedang merangka alasan yang patut diberi pada mamanya.

      “Korang tidur asing asing ke?” Datin Faridah menyoal penuh curiga. Dari riak wajah Amir Firdaus dia yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan anaknya itu. Sebagai ibu, dia kenal sangat perilaku Amir Firdaus.

        “Hisy, mana adalah mama. Kiteorang tidur sama-sama la..semalam tidur atas katil, lepas subuh tadi tidur dekat bawah pulak. Itu yang jadi dua tempat tidur ni..sekali sekala nak jugak rasa tidur dekat bawah. Best jugak! “ Dalih Amir Firdaus.

        “Yelah tu..”

       Bunyi pintu bilik air yang ditolak dari luar buat mata dua beranak itu segera menoleh. Alfira Hanim yang sudah lengkap memakai dress labuh berwarna hijau lumut terkejut dengan kehadiran Datin Faridah didalam bilik itu. Ya Allah, buat apa mama masuk dalam ni, matilah aku! Dia cuba berlagak selamba walaupun hatinya terasa cemas.

         “Fira memang kalau mandi memang macam ni ke?”

       “Macam apa mama?” Alfira Hanim tidak faham denagn kata-kata yang diajukan Datin Faridah. Ada cara lain lagi ke nak mandi selain dari cara aku mandi ni? Takkan dia intai aku mandi kot?

      “Pakai baju siap siap dalam bilik air. ”

     “Hah?” mahu gugur jantung Alfira Hanim dengan soalan yang diajukan ibu mertuanya itu. Kelu lidahnya untuk menjawab.

      Mesti mama pelik bila tengok aku keluar tak berkembam macam orang lain. Berkemban? Gllurp! Alfira telan liur. Kerja gilalah kalau dia nak keluar berkemban dihadapan Amir Firdaus. Lainlah kalau dibiliknya sendiri. Kalau boleh dia nak saja cakap saja dekat Datin faridah yang hubungan mereka tak macam suami isteri pun. Kalau dipanggil housemate atau officemate mungkin lebih layak. Alfira masih lagi diam. Tak tahu nak mencipta alasan apa bila mata wanita separuh abad itu tajam meamndangnya dari atas ke bawah.

      “Baru hari ni la Fira pakai siap-siap baju dari dalam bilik air. Hari-hari lain pakai dekat luar je. Sexy lagi! Dia segan dekat mama tu..” Amir Firdaus cuba menyelamatkan keadaan bila melihat Alfira hanya membisu. Manalah pergi mulut becok isterinya itu, selalu pandai saja nak menjawab, hari ni tiba-tiba diam pulak.

      “Takkan dalam bilik air dah spare baju siap-siap. Masa mama masuk sini kan bini kamu ni tengah mandi?” Datin Faridah masih tidak cukup puas hati dengan jawapan yang diberikan Amir Firdaus. Alfira pula hanya membisu tanpa kata. Apa yang nak disembunyikan sangat? Dia yakin, pasti ada kepincangan dalam hubungan pasangan itu. Hati Datin Faridah sudah rasa tidak tenteram seperti semalam. Memang benarlah cerita yang didengarinya selama ini.

       “Mama tak kira apa jugak alasan kamu berdua. Kalau ada apa-apa yang cuba kamu sembunyi dari mama, baik cakap sekarang” Mata Datin Faridah tajam memandang wajah anak dan menantunya. Nada suaranya sedkit tinggi.Tangannya dicekakkan di pinggang.

        “Mana ada apa-apalah. Mama yang suka fikir bukan-bukan. Mir dengan Fira ok je. Mana ada sembunyi apa-apa pun…kan sayang?” Amir Firdaus meraih Alfira hanim kedalam pelukannya. Ciumannya mendarat di pipi gadis itu. Dia sengaja ingin menunjukkan kemesraannya dihadapan Datin faridah. Biar fikiran mamanya itu terhenti dari berfikir tentang kepincangan hubungan mereka berdua.

            Alfira yang terkejut dengan reaksi spontan suaminya sekadar mengangukkan kepala. Janganlah mama tahu..dia takut sangat kalau hal ini sampai ke pengetahuan emak dan nenek. Apa yang nak dijawabnya nanti? Macam mana pulak kalau nenek sakit semula?

        “Ok..mama cuba nak percaya. Tapi ingat, kalau dalam masa setahun ni belum ada tanda tanda mama nak dapat cucu, mama akan bawa korang berdua jumpa doktor. Check apa yang tak kena. Dahlah, mama nak keluar..”

      Tercengang Alfira Hanim dan Amir Firdaus dengan kata-kata Datin faridah. Mama kalau bercakap memang boleh kalahkan agen FBI. Keadaan sudah jadi semakin rumit pula sekarang! Alfira dan Amir memandang sesama sendiri. Lidah masing-masing sudah kelu untuk bersuara lagi.


***********

       “ Nenek fira macam mana sekarang? Dah lama mama tak pergi sana. Papa tu selalu busy je memanjang” Kata Datin Faridah. Wajah putih bersih Alfira hanim yang sedang tekun memotong bawang dipandangnya. Dari dulu lagi dia memang sukakan Alfira. Dalam banyak banyak kawan Amir yang dibawa pulang kerumah, Alfira saja yang dia berkenan walaupun gadis itu datang dari keluarga sederhana.Syukur Alhamdulillah, niatnya untuk melihat gadis itu disatukan dengan anaknya termakbul juga kahirnya. Yang dia risaukan kalau hidup Alfira dipersiakan Amir.

          “Nenek dah makin Ok. Dia dah boleh jalan sikit sikit..”

      “Nanti kirim salam dekat mak dengan nenek Fira…” Datin faridah turut membantu Alfira Hanim memotong kacang panjang untuk dibuat sayur.

           “Insya-Allah mama…”

        “Selalu weekend ni memang duduk rumah je ke? Mir tak bawak Fira jalan jalan ke? “ Datin Faridah sudah memulakan sesi siasat menyiasatnya. Masa yang ada mesti digunakan untuk mengorek sepenuhnya rahsia rumah tangga anaknya dan Alfira. Biarlah dia nampak penyibukpun dia tak peduli. Amir itu anaknya. Dia memang patut tahu.

        “Selalu rehat dekat rumah je mama. Jarang nak keluar jalan jalan ni. Kalau adapun setakat keluar beli barang dapur atau makan dekat luar” Alfira berbohong. Takkan dia nak bagitahu mamanya yang setiap hujung minggu Amir mana pernah ada dirumah? Selalu saja sibuk berkepit dengan teman wanita kesayangnnya itu.

        “Ya ke. Tak bosan ke asyik terperuk dekat rumah je. Setahu mama, Mir tu bukannya suka duduk rumah sangat. Pantang cuti hujung minggu je mesti tak pernah lekat dekat rumah”

       Alfira mengangukkan kepalanya. Apa yang dikatakan mama memang betul. Tapi maaflah mama, buat masa ni fira terpaksa menipu.

       “Itu dulu, masa bujang-bujang. Bila dah kahwin ni, best lagi berkepit dengan wife Mir yang cantik ni dekat rumah” Tiba tiba saja Amir Firdaus mencelah. Lelaki itu baru saja masuk ke ruangan dapur. Tubuh Alfira yang sedang memotong bawang itu dipeluknya. Terkejut Alfira dengan tindakan Amir itu. Mujur tak terhiris tangannya degan pisau yang dipegangnya.

       “Lain kali bawalah Fira ni keluar jalan-jalan. Dia baru lagi balik ke Malaysia ni. Time macam nilah nak spend masa sama-sama” Cadang datin Faridah.
      Amir Firdaus menarik kerusi dihadapan mamanya. Dia duduk disitu. Wajah manis isterinya direnung senang. Rambut panjang gadis itu yang disanggul kemas buat Alfira kelihatan anggun sekali.

        “Tengoklah nanti bila Mir free. Mir bawa Fira ni pergi jalan –jalan. Bila dah keja ni rasa penat pulak nak kemana mana. Lepak dekat rumah lagi best”

       Alfira yang mendengar kata-kata Amir Firdaus rasa bagai hendak ketawa saja namun ditahannya. Penatlah sangat, padahal siang malam asyik dengan Zarina. Aku yang duduk terperuk dekat rumah ni lansung tak pernah ambil kisah. Hatinya menyangkal kata-kata Amir Firdaus.

       “sayang nak masak apa ni hari ni?”

       “Ayam masak merah”

      “sedap tu..nak abang tolong tak?Abang pandai potong potong bawang ni..” Amir Firdaus bangun dari kerusi. Ingin membantu isterinya itu membuat kerja dapur. Wajahnya dipandang sekilas sambil tersenyum.

        “Eh..tak payahlah abang. Dah siap potong ni. Tinggal nak masak je” Alfira menolak.

       “Betul ni?” Amir Firdaus bertanya lagi.

       “Betul”

      Amir Firdaus menyelak sedkit helaian anak rambut yang jatuh di dahi isterinya. Alfira tergamam dengan tindakannya namun dia berlagak biasa. Pinggang Alfira diraih Amir Firdaus. Sebuah kucupan hangat mendarat didahi isterinya. Kali kedua dia melakukan perkara itu selepas hari pertama mereka diijabkabulkan. Terasa getaran hebat di dadanya.

     “Abang nak basuh kereta kejap dekat luar. Nanti kalau ada apa-apa bagitau abang. Sayang temankan mama dekat sini ya “ Mata isterinya itu ditatap. Pipi isterinya itu diusapnya. Ya Allah, boleh tergugat imannya kalau setiap hari terpaksa berlakon begini bersama Alfira. Mujurlah mama cuma 3 hari saja disini. Esok dah nak balik, kalau tak, dia tak yakin dia dapat berpegang pada janji. Alfira memang cukup menggoda imannya!

        Datin Faridah yang melihat gelagat suami isteri tersenyum senang. Walaupun hatinya masih rasa ragu, dia tetap berharap hubungan Alfira dan Amir kekal selamanya. Dia akan selalu mendoakannya. Namun dia sudah bertekad takkan berhenti dari mencari jawapan pada bermacam tanda tanya yang ada dikepalanya kini. Dia harap sangat telahannya salah. Harap-harap Amir tak curang!

         Alfira yang masih terkejut dengan belaian Amir Firdaus hanya mampu mengangukkan kepala. Dia malu diperlakukan begitu dihadapan Datin faridah walaupun kemesraan itu halal buat mereka. Hatinya sedang berdetik irama indah. Ya Allah, kenapa aku tak boleh berhenti merindukannya walau sedetikpun? 


Bersambung...

p/s: Sorry lambat update....saya sangat menghargai kalau ada yang sudi komen =)

19 comments:

  1. gilalah si amir nie...

    kalau suka cakaplah suka, tidaklah fira tertanya-tanya...

    grrrrrrrrrrr...!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. eee geramnya kat amir ni,,,
    suka mainkan prasaan fira,,,
    fira tabahkan hati ok,,,
    nk lg!!!!...

    ReplyDelete
  3. alo,siannye kt fia..sy phm ape yg fia ase,sakit sgt hati tu bile trpksa brlakon sdgkan kite syg sgt kt org tu..hope sgt amir xnyesal di kemudian hari,hargai fira amir..jgn smp fira di apa apa oleh zarina..klu x awak mesti nyesal panjang klu fira bw diri nti...

    ReplyDelete
  4. haissyyyyy.
    rasa nak sekeh je.
    tp tak tau nak sekeh amir ke nak sekeh alfira.
    next2

    -zatie-

    ReplyDelete
  5. salam..tabikla akak kat mak datin..bole ke check sampai kebilik..pergh..hebat..
    kesian kat mak datin tu kan.. diperkotak katikan sahaja oleh anak menantu..

    ReplyDelete
  6. hebat mak mertua,,check smpi bilik tidur,,hahahhaa

    ReplyDelete
  7. hebat lakonan Amir, tp rasanya Datin Faridah lg cekap menangkap tuu.. xsabar nk tunggu Amir terkantoi hehehe...

    ReplyDelete
  8. sian dkt fira terpaksa mkn hati.amir tu ego xnk ngaku yg dia mmg syg dn cintakan fira.amir perlu cpt sblm apa2 jd dkt fira.nnt baru nk rs menyesal.nk lg....

    ReplyDelete
  9. kesian kat alfira. amir x patut buat alfira cam tu. smpai bila alfira nk b`sabar n hidup berpura2. bilalah amir nk sedar yg zarina tu sebnrnya ada niat jahat. jgn dah t`jadi sesuatu yg x elok baru nk m`yesal.klau sy cam si alfira tu cuba jauhkan diri tu dr amir utk smentara waktu. mgkin dgn tu nnti amir akan sdar sapa yg dia syang dan cinta zarina or alfira.

    ReplyDelete
  10. aloh..
    cpt sambung lg ye..
    best la...
    huhuhu

    ReplyDelete
  11. best...suka sangat cerita nie...tetiap2 hari tertunggu2 sambungannya....

    ReplyDelete
  12. semakin best laaa kak...best sngt2...ap2 pon..eergh!!!geramnnya sy kat amir 2..rsa nk campak kat laut jea mama poyo 2..gatal!!!b'lakon pon jgn lebh2...tp,bila d'pikr2kan balk..bagus gak!!

    rindu laah kat amir n alfira ni..lme xdi updatekn..xlupa juga kat rayyan.t'rubt skit rindu ni apbila bce KCI yg bru diupdate ni.huhuhu..sy p'bce setia KCI kak,hehe tiap2 ari sy buka blog akn..nk tengk akak dh update ke belum..huhu

    teruskn b'rusaha akak yea...!!!KCI ni patut d'terbitkn..tentu rmai yg beli punyalah..haha

    sorry lah coz pnjg sngt yg sy tulis ni kak..sy ni memng suka sngt dh kat novel KCI ni,klau prg skolh jea mesti sy ckp"lambtnye nk balk...orng nk check blog menjaring impian ni"haha kwn2 sy dh jemu dh dgr sy mengbebel cm2

    k.lah laen kali sy komen lgi yea..cept2 update yea :D

    ReplyDelete
  13. Thank you semua..hehehehe.Semuanya geram dekat Amir ye..huhuhuhu..itulah, hakikatnya masih ramai org diluar sana yang susah nak mengaku perasaan sendiri. Macam Amir jugak. insya-Allah, saya akan try update lagi lepas ni tapi maybe next week sebab minggu ni sangat2 busy

    Adik Yuna: Bila akak baca komen adik ni memang rasa terharu sangat2. Tak sangka ada org yg tunggu akak update entri macam tu sekali.Hehehe..Thank's Dik! =). Memang akak terfikir jugak nak terbitkan novel ni tapi tak siap lagi. Huhuhu...insya-Allah, anadai ada rezeki, novel KCI ni akan ke versi cetak jugak. sekarang akak tengah berusaha nak habiskan menulis ni. Take time jugak sebab akak pun busy sgt. Huhuhu...doakan akak boleh siapkan novel ni ye!

    ReplyDelete
  14. best ar cte nie,.....xsbar nk tggu smbungannya,...,..

    ReplyDelete
  15. sibuk je datin faridah tu.huhuhu.. tak tercapai impian aku klo amir still gan fira. hmm but i won't give up my hope. Forever vote for rayyan. hehehe

    ReplyDelete
  16. Farahsubhi:Tq =),Next week pasti ada sambungannya. Insya-Allah

    Yong Jiao Xiu:Hehehehe..sokong Rayyan erk?Hehehe..Rayyan pun baik kan?Tapi endingnya kena tunggu la kalau nak tahu Fira dgn Amir atau Rayyan

    ReplyDelete
  17. ceh!!!suspen jea akak ni..xsbr2 nk tnggu next n3 :3

    ReplyDelete

Blog Menjaring Impian ini wujud sebagai blog personal saya. Saya menulis tentang hidup saya, pandangan saya, apa yang saya lalui dan alami. Mungkin blog ini boleh menjadi kenangan buat saya tentang apa yang saya alami sepanjang menjalani kehidupan. Mungkin juga sebuah catatan untuk anak cucu saya kelak. Terima kasih kerana berkunjung dan ingin memeberi komen di sini. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa juga mencerminkan siapa kita di mata umum. Boleh komen dan kritik.. Walau bagaimana pun bentuk teguran dan kritikan, diharap dapat menjaga sensitiviti orang sekeliling dan orang lain bila anda berada di blog kerdil ini. Thank you. Peace =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...