About Us

Monday, January 24, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 9

BAB 9

Isyraf Rayyan sedang tekun mengadap laporan perubatan pesakit-pesakitnya sebelum pintu biliknya diketuk dari luar. “Masuk!” Arahnya. Seorang jururawat yang memakai tag nama Amira muncul dari balik pintu.

“Dr. Rayyan..ada pesakit nak jumpa encik. Katanya ada hal penting”

“ Siapa?” Soalnya.

“ Hajjah Kalsom dan cucunya”

“ Suruh mereka masuk” Arah Isyraf Rayyan.

Beberapa minit kemudian tersembul wajah manis Alfira Hanim di balik pintu. Gadis itu mengukirkan senyuman untuknya.

“Assalammualaikum Rayyan..Sorry saya datang tak buat appointment dulu..” Kata Alfira Hanim sambil menolak kerusi roda neneknya.
Isyraf Rayyan segera menghampiri gadis itu. Tangan Hajjah Kalsom disalami dan diciumnya.

“Tak apa Fira.Lagipun saya tak sibuk hari ni. So, nenek macam mana hari ni? Rasa makin sihat tak? “ Soal Isyraf Rayyan kepada Hajjah Kalsom yang sedari tadi hanya tersenyum.

“Alhamdulillah Rayyan..nenek dah rasa sihat sikit badan ni”

“Alhamdulillah..baguslah macam tu. Yang paling penting nenek mesti kuat semangat untuk lawan penyakit ni..” Balas Isyraf Rayyan pula.

“Rayyan...Fira datang ni sebab nak jemput Rayyan dan family datang rumah hujung minggu ni..”

“ Wah..Fira dengan nenek ni nak ajak saya datang rumahpun sampai sanggup cari saya dekat hospital. Kalau call pun boleh kan? Buat susah-susah je Fira dan nenek ni” Jawab Isyraf Rayyan sambil ketawa kecil.Wajah ayu Alfira dipandangnya. Namun gadis itu hanya menundukkan wajah.


“ Nak jemput orang datang kenduri lebih elok kalau kita yang datang jemput sendiri..lebih afdal..” Celah Hajjah Kalsom lagi.
Kali ini Isyraf Rayyan menghentikan ketawanya. Dadanya tiba-tiba terasa berdegup laju.

“ Kenduri siapa? Fira ke? “ Sedaya upaya Isyraf Rayyan cuba mengawal getar suaranya. Alfira Hanim yang berdiri disisinya direnung. Namun gadis itu lansung tidak bersuara. Sebaliknya hanya memandang ke wajah Hajjah Kalsom.

“ A’ah. Fira akan kahwin hujung minggu ni… Rayyan datanglah ye. Bawak family sekali” Suara Hajjah Kalsom begitu ceria ketika menuturkan ayat-ayat itu. Dia gembira kerana akhirnya Alfira Hanim akan bersatu juga dengan Amir Firdaus. Tidak sabar rasanya dia menantikan detik itu.
Lambat-lambat kad jemputan kahwin yang dari tadi dipegang Akfira dihulurkan ketangan doktor muda itu. Isyraf Rayyan menyambutnya sambil matanya lansung tidak lepas dari merenung wajah Alfira.

“Tahniah Fira….”Hatinya diterpa rasa kecewa bila mengucapkan ayat itu.

“ Terima kasih..”

“Rayyan datang tau..nenek nak Rayyan ada time tu nanti” ujar Hajjah Kalsom pula.
Isyraf Rayyan menganggukkan kepala. Hatinya masih lagi disapa kecewa, terasa bagai tidak percaya yang gadis itu rupanya sudah lama menjadi tunangan orang. Dia sahaja yang tidak tahu. Nampaknya, dia sudah lama terlepas peluang untuk memikat gadis itu. Isyraf Rayyan mengeluh perlahan.

“ Rayyan..Fira balik dulu. Jangan lupa datang ok?”

Kata-kata Alfira mematikan khayalan Isyraf Rayyan. Dia mengangukkan kepala.

“ Thank’s sebab ingat nak jemput saya”

“ Mestilah ingat. Rayyan kan doktor peribadi nenek sekarang..”
Isyraf Rayyan hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Hajjah Kalsom itu.

                                                                    ***************
“ You kena ingat you tak boleh jatuh cinta dekat dia, you tak boleh dating berduaan dengan dia, tak boleh jeling-jeling dia..tak boleh!”

Amir Firdaus ketawa kecil mendengar kata-kata Zarina. Ketika itu mereka berada di dalam bilik pejabatnya. Hari ini hari terakhir dia bekerja kerana selepas ini dia akan bercuti selama seminggu semperna pernikahannya lusa.

“Sayang you ni kenapa? Takkanlah I nak keluar berdua dengan dia pun tak boleh..?” Soal Amir Firdaus, sedikit lucu.

“Tak boleh….I tak suka .sebab itu akan buat you suka dekat dia.No way!” Protes Zarina lagi. Wajah cantinya dimasamkan. Semakin dekat hari pernikahan buah hatinya itu, hatinya makin disapa kebimbangan.

“Tapi sayang, kaalu I nak gi rumah parent I ke, parent dia ke, nak keluar makan ke,mestilah naik kereta berdua kan? Lagipun lepas I kahwin dia dah jadi tanggungjawab I. Even I tak suka dia, I kena jaga dia..Dia dah jadi amanah untuk I” Terang Amir Firdaus lagi. Memang dia sudah bertekad menjaga kebajikan Alfira Hanim bila mereka berkahwin kelak. Biarpun hubungan yang wujud nanti hanya atas dasar sahabat.

Zarina memuncungkan bibirnya. Betul juga apa yang dikatakan Amir Firdaus itu. Banyak factor yang memungkinkan dia akan selalu bersama dengan Alfira Hanim kelak.

“Ok..but you tak boleh tidur sebilik dengan dia…ingat tu”



“ Iya sayang. I ingat. Tapi sementara I nak berpindah lepas kahwin nanti I minta maaf sangat sebab terpaksa sebilik dengan dia..nanti kalau I tidur tempat lain apa pulak cakap parent kiteorang. You kena faham sayang..” Pujuk Amir Firdaus, dia hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap kebudak budakan Zarina.

“ Don’t touch her please…Fira tu cantik, I taknak you pandang-pandang dia..I takut sangat dia goda you semula…” Zarina mengengam erat jari jemari Amir Firdaus. Nadanya berbaur seribu kerisauan.

“ I tahu sayang.You janganlah risau sangat. Fira tak mungkin goda I lah.Dia dah benci I.You ingat lepas apa I dah buat dekat dia, dia nak terima I lagi ke? Taklah sayang. Dan yang paling penting you mesti ingat yang I hanya nak dekat You..so,please trust me, ok?”

Zarina mengangukkan kepala. Dia yakin dengan kata-kata Amir Firdaus. Buktinya dalam kesibukan menguruskan majlis perkahwinannya dengan Alfira Hanim,lelaki itu tidak pernah mengabaikannya lansung. Malah, masa Amir Firdaus lebih banyak bersamanya dari dengan Alfira hanim. Ternyata cinta Amir Firdaus untuknya sangat dalam.

“ So..betul ni you taknak datang majlis I nanti?” Soal Amir Firdaus pula. Zarina mengangukkan kepala. Dia sudah awal-awal lagi menempah tiket untuk melancong ke Perth, Australia selama 2 minggu. Dia ingin menenagkan hati disana nanti.

“Tak kuasa I nak sakitkan hati sendiri bila tengok you sanding dengan orang lain…I sedih tau tak?” Suara Zarina kedengaran sebak.

“ Rina..please forgive me..I tahu I salah buat semua ni. Tapi, I terpaksa..Insya-Allah sayang, bila sampai masanya nanti,kita akan kahwin jugak.I Cuma nak you bersabar je sikit” Pinta Amir Firdaus lagi. Wajah cantik Zarina direnungnya penuh pengharapan.
Zarina membalasnya sambil mengangukkan kepala.

                                                              ********************

 “ Aku terima nikahnya Alfira Hanim Binti Ahmad Ridzuan dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus ringgit tunai” Dengan sekali lafaz, Alfira Hanim sah bergelar isteri kepada Amir Firdaus.

Air mata mengalir dipipi gebunya saat lafaz ijab dan Kabul itu disahkan oleh saksi-saksi yang ada. Dia menangis bukan kerana dia gembira kerana bergelar isteri kepada lelaki yang amat dicintainya itu. Tetapi dia terlalu sedih kerana perkahwinan ini biarpun impiannya dari dulu ini berlaku saat dirinya sudah tidak diingini Amir Firdaus lagi.

 Lelaki itu sudah melupuskan semua ikrar cinta mereka suatu ketika dulu. Lebih tepat, Amir Firdaus mengkianati percintaan mereka.
Laju air mata Akfira mengalir. Dia benar-benar sedih kerana terpaksa menahan rasa cinta yang tak pernah padam untuk Amir Firdaus. Amir Firdaus bukan untuknya biarpun dari sisi Islam lelaki itu sah miliknya kini.

“Fira..nape nangis ni? Jangan macam ni..nanti comot make-up” Pujuk Nadia sambil menyapu wajah basah Alfira Hanim dengan tisu. Segera Nadia mengarahkan mak andam menata rias wajah  Alfira yang basah dek tangisan.



“Nad..kau doakan kebahagiaan aku.Aku tak tahu macam mana nak hidup bersama dengan dia..Aku risau sangat Nad..” Ngomel Alfira Hanim. Ketika itu dibilik pengantin hanya ada dia, Nadia dan mak andam. Sanak saudaranya yang lain semua ada diluar bilik, menyaksikan majlis akad nikahnya tadi.

“ Fira..aku selalu doakan kebahagiaan kau..Dah, jangan fikir-fikir lagi. Sekarang kau senyum Ok? Kejap lagi Mir nak masuk sarungkan cincin..”Balas Nadia pula. Dia tidak mahu memanjangkan lagi bebanan yang menghimpit perasaan Alfira. Hari ini hari bahagia gadis itu. Sudah 7 tahun Alfira menanti saat ini. Biarpun berlansung dalam duka kerana kecurangan Amir Firdaus namun sekurang-kurangnya impian Alfira Hanim untuk menjadi isteri Amir Firdaus termakbul juga.

Amir Firdaus muncul di dalm bilik itu sambil diapit adik lelakinya dan Datin Faridah. Alfira Hanim hanya memandang sekilas sebelum menundukkan wajah. Dadanya disapa rasa getar yang maha hebat. Perlahan jari jemarinya disentuh Amir Firdaus. 

Dia hanya membiarkan. Terasa sejuk jari jemarinya dalam gengaman lelaki yang sudah bergelar suaminya. Amir Firdaus mengucup jari jemarinya. Kedengaran suara orang ramai berteriak suka hati sambil menepuk tangan. Alfira hanim terkejut namun masih menundukkan wajah. Dia rasa bagai mahu pengsan ketika ini. 

Entah bila Amir Firdaus menyarungkan cincin ke jari jemarinya dia lansung tak ingat. Bila suara Nadia menyuruhnya menyarungkan cincin ke jari manis Amir Firdaus barulah dia tersedar. Segera tangan lelaki itu dicapai dan disarungkan cincin yang dihulurkan oleh Datin Faridah. Tanpa disuruh, tangan lelaki itu disalam dan diciumnya.

Alfira Hanim terasa mahu pitam saat itu juga bila Amir Firdaus memaut dagunya dan didongakkan. Dalam keterpaksaan dia mentap juga wajah kacak Amir Firdaus. Memang lelaki itu sangat kacak hari ini., dengan baju melayu berwarna krim yang sedondon dengannya. Ketampanan Amir Firdaus begitu terserlah. Dia terpesona seketika sebelum dikejutkan dengan ciuman didahinya pula.

Dari acara akad nikah dan majlis persandingan dia memaksakan diri untuk tersenyum bahagia. Paling sukar bila jurugambar pengantin meminta mereka melakukan banyak adegan romantis untuk mendaptkan gambar pengantin yang terbaik. Dalam keterpaksaan Alfira terpaksa juga berpura pura sangat teruja dengan perkahwinan ini. Tidak seperti Amir Firdaus, lelaki tiu memang pandai berlakon. Karakternya lansung tak menunjukkan yang dia juga terpaksa mengahwini Alfira. Segalanya Nampak sempurna!

“ kenapa mengigil ni? Sejuk je Mir pegang tangan Fira..Jangan malu sangat. Kitakan dah jadi suami isteri..” Bisik Amir Firdaus romantis di telinganya bila dia tak dapat memberi perhatian pada arahan jurukamara. Memang dia sudah mengigil satu badan bila tubuhnya didakap erat Amir Firdaus, terasa kakinya sudah tidak berpijak dibumi nyata.

“ Fira tak biasa..” Balasnya pula. Dia cuba memaniskan wajah, cuba memberikan posing terbaik.

“ Relax ok..Fira ikut je cara Mir…” Arah Amir Firdaus perlahan. Alfira mengangukkan kepala bila dia melihat ramai tetamu yang memandang kea rah mereka. Lebih kurang setengah jam juga sesi bergambar itu berlansung sebelum pengantin di bawa ke meja santapan.

Majlis hari itu berjalan lancar dengan kehadiran ramai tetamu termasuklah Isyraf Rayyan yang hadir bersama ibunya, Puan Zainab.  Alfira Hanim bersyukur kerana majlis dipihaknya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. Dia gembira melihat senyuman bahagia yang terukir dibibir ibu dan neneknya. Itulah yang ingin dilihatnya, biarlah hatinya retak seribu asalkan dua wanita itu bahagia, dia tak kisah.

Dan hari itu dia tetap merasai kebahagiaan atas layanan romantis Amir Firdaus walaupun hanya lakonan semata-mata. Dia seakan terlihat kembali Amir Firdausnya yang amat dirindui selama ini.

P/s : Really sorry for all readers yang ternanti nanti sambungan novel ini. Saya sangat busy tetapi try gak mencuri masa yang ada untuk sambung bab seterunya novel ni. Untuk yang ikut, thank’s a lot ya! Jangan lupa berikan komen korang.



Sunday, January 16, 2011

BAHAYA TIDUR PAGI


Gambar sekadar hiasan ( Sumber: Google)


Tidur pagi yang dimaksudkan ialah tidur selepas azan subuh...Aku rasa nilah perkara yang paling ramai orang huat sebab pagi2 ni memang liat betul lebih2 lagi time cuti.Le[as solat subuh je mesti nak pejam mata balik kan?Huhuhu...Tapi dari sisi islam perbuatan ni tak digalakkan. Bahaya dari segi rohani dan kesihtan..Antara bahayanya..
1)Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
2) Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3)Tidak mendapatkan berkat di dalam waktu dan amalannya.
4)Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
5) Menghambat datangnya rezeki.( Menutup pintu rezeki)
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
6) Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :
  1. Tidur ketika perlu tidur.
  2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
  3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Sumber rumasyo.com

Friday, January 14, 2011

Biar menangis Sebab tak tahu membaca Al-Quran Dari Menangis sebAb Tak Pandai Menyanyi

Panjang betul tajuk entri aku kali ini..hehehe.Cerita lama, aku just nak kongsi kata-kata nenek aku yang sampai sekarang aku ingat. Bukan nak menghina sesiapa, atau mengaitkan kata-kata ini  dengan seseorang, TIDAk!. Aku cuma nak berkongsi kata-kata nasihat ni dengan korang semua.

Nenek aku ni bila dia tengok Tv yang siarkan rancangan2 realiti hiburan mesti akan mengeluh marah bila orang islam boleh menangis teresak-esak, meraung2 bila tak terpilih masuk pertandingan menyanyi. Takpun melalak menagis bila kalah dlm pertandingan nyayian..dia selalu cakap dekat aku dan adik beradik lain macam ni :

" Biar kita menangis penuh kekesalan sebab GAGAL membaca Al-Quran dengan BAIK dari menangis berlebih-lebihan sebab tak dapat MENYANYI dengan BAIK.."

Sebenarnya nenek aku ni kesal sebab ada budak2 zaman sekarang yang masih tak tahu  membaca Al-Quran. Lebih sedih bila asyik alpa dengan hiburan duniawi...sampaikan abaikan bekalan untuk akhirat. Kalau boleh seimbangkanlah...aku memang suka ayat nenek aku ni..Penuh makna tersirat. =). Betul tak?


Thursday, January 13, 2011

12 Petua Murah Rezeki

1. Melakukan banyak amal ibadat


Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-

Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akanmembuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar


Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan

Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada

hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan

menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan

memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,

Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas

r.a.)


3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan

saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi

s.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa

yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah


Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.

Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: 

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan

mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa


Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar

siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya danAllah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,

berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanyanescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakimdan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah


Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan

dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain


Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam

bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan

hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat


Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita

tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,

kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan

terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.



9.Buat kebajikan banyak-banyak


Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan

rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi


Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian

sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim


Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya

maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk


Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman

mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah

akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
Walid)