About Us

Sunday, February 27, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 13

BAB 13

Amir Firdaus menyentuh lembut tangan Alfira Hanim yang ralit memerhatikan sekumpulan burung-burung merpati di tengah laluan pejalan kaki. Gadis itu menghadiahkan senyuman untuknya. Sudah 4 hari mereka menjadi penghuni kota cinta ini. Amir Firdaus bersyukur kerana isterinya itu tidak lagi sedegil seperti mula mula mereka menjejakkan kaki ke sini. Alfira masih sudi melayannya dengan baik. Malah, wajah cantik itu sentiasa ceria dengan senyuman.

Masa yang ada dihabiskan masa dengan melawat tempat tempat menarik di Venice seperti di St Mark's Square, Piazza St. Marco dan St Mark’s church-bassillica San Marco dan guggenheim museum. Mereka sangat kagum dengan seni bina St Mark’s Marco Church kerana bentuknya hampir merupai masjid. Dikatakan senibinanya dipengaruhi oleh senibina di empayar Byzantine. Malah, didalam bangunan unik itu mereka dapat melihat emas emas yang  berjaya dirampas dari kerajaan Byzantine semasa peperangan salib suatu masa dahulu. Terdapat jugak bilik bilik didalam bangunan tersebut yang menyimpan tulang,gigi dan bahagian tubuh saintis dari Venice. Memang ia merupakan satu pengalaman yang menarik untuk Alfira dan Amir.


Di Venice juga terdapat satu kawasan dimana terdapat ramai pelukis pelukis jalanan yang dipanggil Doge’s palace. Sambil menikmati kecantikan kawasan sekitarnya yang seakan akan muzium, Alfira dan Amir tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan potret wajah mereka dalam lukisan. Beberapa kali lengan Amir Firdaus menjadi sasaran cubitan Alfira kerana memeluk pinggangnya ketika pelukis meminta mereka mengambil posisi yang menarik untuk dilukis. Dalam dia mengomel kurang senang hati bila pinggangnya dirangkul kejap suaminya itu, Amir Firdaus masih dengan ketawanya. Lansung tidak hairan dengan cubitan demi cubitan yang singgah di lengannya

“Kita naik gondola lagi nak tak?” Soal Amir Firdaus. Dia ralit memerhati wajah isterinya yang sedang memerhati beberapa rakyat tempatan yang sedang memberi burung burung merpati itu makanan.

“Hari hari kita naik gondola kan” Jawab Alfira Hanim, masih dengan senyuman dibibirnya. Di Venice, pengangkutan utama mereka adalah pengangkutan air. Boleh dikatakan sungai di Venice ibarat lebuhraya dan jalan raya di Malaysia.


“Tapi kali ni kita naik gondola ke satu tempat. ” Genggaman tangannya pada isterinya itu dieratkan lagi. Sungguh, dia merasa sangat tenang bila bersama Alfira.

“Apa nama tempat tu?”Soal Alfira ingin tahu.

“Adalah..mana boleh cakap sekarang. Tak surprise..jom” Segera tangan Alfira Hanim ditariknya lembut. Alfira hanya menurut. Sepanjang bercuti disini, tangannya selalu sahaja dalam genggaman lelaki itu. Lansung dia tidak dibiarkan jauh dari sisi Amir Firdaus.Mulanya dia tidak selesa juga, tetapi melihatkan layanan Amir yang baik dan romantis hati wanitanya jadi lemah. Mana mungkin dia dapat menolak jika didadanya sendiri masih sarat dengan rasa cinta.

“Hmm..sejuknya..”Perlahan nada suara Alfira sambil menggosok gosok kedua belah tangannya. Angin laut yang bertiup membuatkan badannya terasa sejuk ketika berada di dalam gondola. Dia mengambil selimut yang disediakan di dalam gondola itu lalu menyelimuti tubuhnya.

Amir Firdaus yang menyedari tindakan Alfira segera mendekatkan diri lebih rapat dengan tubuh gadis itu. Tubuh Alfira dipeluknya erat.

“Err..takpe. Fira ada selimut ni..”Alfira cuba menolak pelukan Amir Firdaus. Namun suaminya itu buat buat tidak dengar. Hanya senyuman yang terhias dibir Amir Firdaus.Akhirnya, Alfira hanya membiarkan sahaja. Sudah banyak kali Amir Firdaus memeluknya dan dia sendiri pelik kenapa dia lansung tidak mampu membantah. Dan dia mengakui yang dia juga berasa nyaman dalam pelukan lelaki itu.


Gondola yang mereka menaiki melalui Rialto Bridge. Terdapt ramai juga pengunjung yang berhenti di jambatan itu untuk mengambil gambar.Jambatan Rialto memang cantik, lebih lebih lagi terdapat pasar seni berdekatan dengannya. Memudahkan pengunjung yang bersantai di situ untuk membeli belah sambil menikmati keindahan laut di venice yang bersih dari sebarang noda.
                              
****************

“Kita nak panjat ke?”Soal Alfira bila mereka tiba di hadapan menara yang diberi nama Bell tower campanile itu. Dia mendongakkan kepala ke atas, cuba melihat ketinggian menara berwarna perang itu. Tinggi jugak menara ni, kena panjat naik tangga pulak tu!bisik hatinya.

Dia menghalakan wajahnya pada Amir Firdaus meminta kepastian. Amir Firdaus menganggukkan kepala sambil tersenyum. Bila Amir Firdaus menarik tangannya dia juga turut mengikut jejak lelaki itu. Keadaan di dalam menara itu agak luas. Terdapat banyak barang sejarah yang dipamerkan di bahgian bawah. Ada juga potret potret wajah yang tergantung didinding.

“Kita tengok sunset dekat atas..fira kan suka tengok sunset.Tapi kali ni, kita tengok dari atas menara ni..” Kata Amir Firdaus. Dia masih belum lupa tentang minat sama mereka berdua yang suka mengamati keindahan alam lebih lebih lagi melihat indahnya saat matahari terbenam di ufuk barat.



“Mesti cantikkan..selalu kita tengok dekat tepi pantai dan atas bukit je..” Alfira ketawa kecil bila mengigatkan sewaktu dia kecil kecil dulu dia hanya melihat matahari terbenam dari hadapan rumahnya saja. Tetapi itupun sudah cukup memadai bagi dirinya.

Amir Firdaus membiarkan Alfira berada dihadapannya bila memanjat tangga. Bila terasa kaki mereka lenguh, mereka akan berhenti seketika sebelum terus mendaki.Terdapat beberapa orang pengunjung yang turut bersama sama mereka memanjat tangga itu.

Ketika mereka hampir tiba di puncak menara, tiba-tiba seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 6 tahun meluru turun laju sehingga merempuh Alfira hanim. Pegangan Alfira pada pemegang di tepi tangga terlepas dan dia terjatuh.

“Fira!”

Mujurlah Amir Firdaus cekap menyambut. Tubuh Alfira lalu dipeluknya kuat sambil cuba mengawal imbangan badannya dari turut terjatuh sama.

“Aduh..”Alfira mengaduh bila kakinya terasa sakit. Pantas Amir Firdaus memeriksa pergelangan kaki Alfira hanim. Diusapnya kaki itu.

“Fira terseliuh ni..dah lebam sikit kaki ni” .Alfira Hanim cuba untuk berdiri. Tangannya dipautkan pada bahu Amir Firdaus. Namun, apabila dia ingin memulakan langkah, kaki kananya terasa teramat sakit. Dia menjerit kecil sebelum kembali duduk.

Amir Firdaus segera mencempung tubuh Alfira lalu dia meneruskan memanjat tangga. Alfira merangkul lehernya kuat sambil memejamkan mata cuba menahan kesakitan dikakinya.Cuma tinggal sedikit sahaja lagi untuk mereka sampai ke puncak menara. Sesampainya di atas loteng, ramai pengunjung yang mengerumuni mereka. Ada yang cuba membantu dengan menghulurkan ubat sapu dan kain untuk membalut kaki Alfira hanim

Amir Firdaus mengurut ngurut sedikit pergelangan kaki Alfira walaupun gadis itu mengaduh kesakitan. Selepas menyapu ubat dan membalut kaki Alfira yang terseliuh, tubuh isterinya itu dicempung dan diletakkan diatas kerusi berkaki tinggi yang mengadap ke tingkap loteng. Alfira dan Amir mengucapkan terima kasih pada pengunjung yang membantu mereka.


“Sakit lagi tak?” Soal Amir Firdaus. Wajahnya Nampak jelas riak kebimbangan.

“Ok sikit..thank’s” Jawab Alfira. Wajah suaminya itu dipandang. Dalam kesakitan, dia masih boleh tersenyum. Dia terharu dengan sikap ambil berat yang ditunjukkan Amir Firdaus terhadapnya.

“It’s Ok..dah namanya isteri abang kan..” Amir Firdaus mengeluarkan bekas makanan dari beg sandangnya lalu diletakkan dihadapan Alfira. Sebelum menaiki gondola tadi, dia sempat membeli bekalan makanan untuk mereka. Bekas plastik berwarna jernih itu dibuka.

“Kita makan ya..abang tahu Fira mesti lapar. Dahlah penat memanjat tangga, kaki pulak sakit ”
Alfira hanim mengangukkan kepala sambil menyambut air mineral yang dihulurkan suaminya. Dengan lafaz bismillah, air itu diteguknya untuk menghilangkan rasa dahaga dan penat yang merajainya ketika ini.

Amir Firdaus menyuapkan roti yang dicicah bersama minyak zaitun dan balsamic vinegar itu kemulut Alfira. Lambat-lambat Alfira membuka mulutnya. Dia tersenyum malu. Di Venice, roti yang dicicah bersama minyak memang makanan yang popular. Walaupun nampak ringkas, tapi rasanya sedap.

“Tak nak suapkan abang ke?”

Alfira hanim menggeleng.

“Abang tak sakit, buat apa nak suap-suap..” Dalam jawapannya Alfira masih tersenyum.

“Eh..abang sakitlah..badan ni selalu sangat kena gigit dengan mak ketam tau!”

“mak ketam?” Soal Alfira pelik. Bila masa pula Amir pergi bermain dengan mak ketam?setahunya, setiap masa lelaki itu selalu saja ada bersamanya.

“haaah..mak ketam tu selalu cubit cubit lengan abang ni tau!”

Alfira memuncungkan bibirnya. Tahulah dia apa yang dimaksudkan “mak ketam” itu.

“Kalau abang tak gatal, tak adanya nak kena cubit..”

“Abang gatal pun dengan isteri abang jugak kan..”
Alfira Hanim tidak menjawab sebaliknya dia mengambil roti dan dicicahkan kedalam minyak. Roti itu disuakan ke mulut Amir Firdaus.

“Thank’s sayang..”

Mereka berdua menghalakan pandangan ke luar tingkap menara. Dari atas menara ini, mereka dapat melihat keindahan pemandangan di Bandar venice. Air laut yang membiru memukau mata sesiapa sahaja yang memandang.

“Cantikkan….pandai mama dan papa pilih tempat untuk kita bercuti.”Kata Amir Firdaus. Alfira hanya menganggukkan kepala. Mereka berdua tidak lupa untuk mengambil gambar sebanyak mungkin sementara menanti matahari terbenam.

“Abang tak pernah sangka akan berpeluang berdua macam ni dengan Fira..”
Kata Amir Firdaus tiba-tiba. Dia memeluk Alfira dari belakang . Wajah mereka dihalakan ke tingkap loteng. Matahari mula memancarkan cahaya merah.



Alfira hanya mendiamkan diri. Rasa bahagia menyelebungi dirinya bila berada didalam dakapan lelaki yang dicintainya. Sudah lama dia impikan saat saat romantis begini, berdua dengan Amir Firdaus melihat matahari terbenam. Hanya mereka berdua. Dia bersyukur kerana impian itu termakbul juga biarpun berlaku di bumi Venice ini.

Sewaktu matahari selamat melabuhkan sinarnya di ufuk barat, mereka berdua tersenyum. Amir Firdaus mengeratkan pelukannya. Pipi gebu Alfira diciumnya, seakan memberitahu sayangnya yang masih ada untuk gadis itu. Alfira hanya membiarkan.

“Amir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Jeritan satu suara membuatkan Alfira dan Amir Firdaus terkejut. Mereka sama sama menoleh kebelakang. Wajah Amir Firdaus pucat saat terpandangkan wajah itu.

Zarina!

************************

Pukulan bertubi tubi hinggap didada Amir Firdaus. Sedaya upaya dia menepis. Alfira menjarakkan dirinya dari mereka berdua. Lidahnya jadi kelu. Dia tidak tahu untuk berbuat apa.

“Rina..stop it,I boleh terangkan apa yang berlaku..” Pantas saja tangan Zarina ditangkapnya lalu dipegang kejap.

“Apa yang you nak explain lagi..patutla you beria ria sangat nak datang sini, rupanya you memang dah plan nak berasmara dengan perempuan ni..sampai hati you kan. I tengah bersedih pasal you, you boleh pulak bersuka ria dekat sini..” Zarina menarik tangannya dari genggaman Amir Firdaus.

“Tak Rina..you dah salah faham!”

“Apa yang I salah faham..I saw you kiss her! Jangan  nak berdalih yang you memang  dah fall in love dengan perempuan tu” Zarina menjeling marah kearah Alfira. 2 hari dia menjejaki Amir Firdaus di Venice bila lelaki itu senyap tanpa khabar berita sejak datang ke Venice. Apa yang terlihat oleh pandangan matanya tadi buat dadanya makin sakit.



“Tak sayang..tak. I  cintakan you..”

“Huh..cinta konon” Zarina berjalan laju kearah Alfira. Alfira tergamam saat tubuhnya ditolak kasar gadis yang sudah naik hantu itu.Dia tidak sempat mengelak.Dia mengaduh kesakitan bila sekali lagi kakinya yang memang sedia sakit itu terseliuh bila tubuhnya terhempas ke lantai. Setitis air matanya jatuh juga menahan kesakitan.

“I dah bagi boyfriend I kahwin dengan you dah cukup baik..jangan gatal nak mengorat dia semula!” Jerit zarina lantang. Tidak dipedulikan mata mata yang memandang kearahnya. Mujurlah ketika itu Cuma ada 2 pasangan sahaja lagi di loteng menara.kalau tidak, buat malu sahaja dia menjerit seperti orang gila.

“Rina! Apa yang you buat ni..kaki fira tu sakit” Amir Firdaus menarik tangan Alfira dari terus mendekati isterinya.

“I tak peduli dia sakit atau apa..korang berdua memang dah melampau!” Zarina menarik tangannya kasar sebelum melangkah menuruni tangga.

“Fira tunggu sini..kejap lagi abang datang” Amir Firdaus berkata pada Alfira yang sedang menahan kesakitan sebelum dia mengejar langkah Zarina. Lansung dia tidak melihat kecederaan dikaki Alfira akibat tindakan kekasihnya tadi. Yang ada dikepalanya sekarang hanyalah mendapatkan zarina!

 Alfira Hanim memegang kakinya yang sakit. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku dihadapannya tadi. Laju saja air matanya mengalir. Amir Firdaus tinggalkannya sendirian diatas loteng itu hanya kerana perempuan lain! Sampai hati lelaki itu..Alfira memegang dadanya.Hatinya terasa sakit teramat. Sakit dikakinya sekarang tidak dapat menandingi rasa sakit yang menular dihatinya pada ketika ini. Dia menangis dan terus menangis di atas loteng yang mengabadikan kenangan indah dan pahit dalam hidupnya sebentar tadi..







P/s: This week saya update 2 bab terus sebab takut lepas ni saya kekurangan masa nak terus menulis..Huhuhu..dekat office saya tengah kejar dateline nak siapkan keja. Papepun saya akan try jugak update sambungannya minggu depan! Insya-Allah.. Thank's untuk yang ikut novel ni!Sayang kamu semua! 

Saturday, February 26, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 12

BAB 12


Sangat cantik!
Hanya itu yang terdetik dalam hati Alfira Hanim saat menjejakkan kaki ke kota yang dikatakan penuh romantis ini. Sepanjang perjalanan menaiki teksi dari lapangan terbang hinggalah ke hotel penginapan mereka, dia tak henti henti memetik lensa kamera. Dia betul betul kagum dengan pemandangan dan struktur bangunan bandaraya Venice ini, sangat unik!

Amir Firdaus hanya tersenyum memerhatikan gelagat Alfira yang nampak sangat teruja mengambil gambar. Dia perasan bibir gadis itu tidak pernah lekang dengan senyuman sebaik saja mereka selamat tiba di Venice. Tidak seperti ketika di dalam kapal terbang tadi, bibir itu seakan lumpuh untuk menghadiahkan senyuman untuknya. Ternyata marah dan rajuk Alfira tentang perbuatannya tempoh hari masih bersisa.

Amir Firdaus mengeluarkan Kamera dari beg sandangnya. Dalam ralitnya Alfira mengambil gambar gambar di bandaraya Venice itu, gadis itu lansung tak menyedari yang gelagatnya itu menjadi sasaran lensa kamera suaminya. Amir Firdaus ketawa kecil melihat keterujaan Alfira. Dia masih ingat sewaktu mereka masih belajar dulu, Alfira memang sangat suka menangkap gambar sampaikan dia sendiri selalu menjadi model kamera Alfira. Entah berapa ratus gambarnya dalam simpanan Alfira Hanim dia sendiri tak pasti.


Selepas lebih kurang 30 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di Palazzo Priuli Hotel  yang  terletak berhadapan dengan sungai . Memang cantik. Dari balkoni bilik hotel, mereka dapat melihat betapa indahnya pemandangan sungai yang biru kehijauan.Begitu juga dengan gondola-gandola yang memenuhi sungai di Venice.

“Bilik ni tak ada sofa panjangla……” Keluh Amir Firdaus bila menyedari tiada sofa panjang disediakan di dalam bilik itu. Dekat mana dia nak tidur nanti kalau tak ada sofa? Yang adapun hanyalah 2 buah kerusi berukur kayu di sudut balkoni bilik.

Alfira Hanim yang mendengar bebelan Amir Firdaus buat tidak endah sahaja. Dia mengeluarkan barang-barang yang tersimpan didalam beg lalu diaturkan di dalam almari. Begitu juga dengan pakaian Amir Firdaus, semuanya disusun kemas di dalam almari pakaian.

“Kita request extra bed lah! Pantas sahaja Amir Firdaus mendail telefon.. Beberapa ketika bercakap di talian , gagang telefon akhirnya dihempas kasar.

“Apalah punya hotel..extra bed pun tak cukup? Patutnya dah tahu ramai orang nak pakai, buatlah banyak-banyak stok! Siap cakap kami memberi keutamaan extra bed untuk family .Huh..” Bentak Amir Firdaus geram. Kalau setakat semalam dua dia tak kisah tidur di atas lantai, tetapi kalau sampai seminggu, sakit jugak badannya nanti.

‘Dah namanya honeymoon suite, memangla orang takkan expect ada couple yang nak tidur asing asing macam kita ni..’ bebel Alfira di dalam hati bila melihat telatah Amir firdaus.

“Tak payahlah bising-bising..biar saya tidur dekat bawah je..abang tidurlah atas katil ni..saya tak kisah” Alfira Hanim bersuara tanpa memandang wajah Amir Firdaus.

“Takkan nak tidur atas lantai ni?”

“Bukan lantai la abang..carpet. Takpe..saya tak kisah. Lagipun saya kan menumpang je. This holiday pun mak dengan ayah abang yang sponsor, so biar saya je yang tidur dekat bawah..” Jawab Alfira dengan senang hati. Dia masih sedar letak duduk dirinya di samping Amir Firdaus. Dia hanya menumpang sementara dalam kehidupan lelaki tu.

“Abang tak suka Fira cakap macam ni..”

“Dah memang betul pun abang. saya tak layak nak ambik semua ni…”

“Mak ayah abang, mak ayah Fira jugakkan..”

“Saya ni menantu sementara je abang..sampai masa, saya bukan lagi menantu mereka..” Jawab Alfira tegas tanpa memandang wajah amir Firdaus.

Amir Firdaus terdiam. Tidak tahu untuk menyangkal kata-kata Alfira.Dia duduk di atas katil cuba memikirkan penyelesaian untuk masalah mereka sekarang. No sofa, no extra bed! Memang katil yang disediakan cukup besar, king size lagi. Tapi..



“Fira percayakan abang tak?” Tiba-tiba Amir Firdaus bersuara selepas lama mendiamkan diri.

“Tak..” Cepat sahaja Alfira Hanim menjawab. Memang betul dia tak percayakan suaminya itu. Selepas apa yang berlaku,kepercayaan pada leleaki yang paling disayangi dalam hidupnya itu tinggal sifar.

“kenapa?” Amir Firdaus terasa seperti orang bodoh pula bila berkata begitu. Patutnya, dia sendiri sedia maklum kenapa Alfira tidak mempercayainya tapi pada waktu ini, dia memang betul-betul perlukan kepercayaan isterinya.

“Abang lebih tahu..” Tajam jelingan Alfira kearahnya. Gadis itu sudah selesai mengemas barang barang mereka.

“Yes, I know my mistake..tapi untuk seminggu ni..abang nak Fira percayakan abang..lagipun dekat venice ni, kita berdua je..” Amir Firdaus berjalan mendekati Alfira Hanim.

“Kita tidur sama sama atas katil ni……”

“What????????????” Terlopong mulut alfira mendengarnya namun segera mulutnya ditutup Amir Firdaus.

“Luasnya isteri abang ni nganga mulut, ini kalau lalat seratus ekor masuk pun lepas ni..” usik Amir Firdaus sambil ketawa. Alfira Hanim menepis tangan Amir Firdaus yang menutup mulutnya. Wajahnya dimasamkan.

“Abang jangan nak mengada ngada..abang nak tidur atas katil ni tidurlah, saya tetap nak tidur bawah jugak..” Kasar bunyi suaranya, tetapi Alfira tak peduli. Apapun terjadi, dia takkan sesekali tidur sekatil dengan lelaki itu. Kerja gila! Dia takkan lupa macam mana Amir Firdaus mengambil kesempatan mencium pipinya dulu..Oh..tidak!

“Tak..abang tak izinkan…”

“Saya tak perlukan keizinan abanglah nak tidur dekat manapun..suka hati sayalah..” Protes Alfira hanim. Geram. Dia benci bila terpaksa menurut semua kata-kata Amir Firdaus. Dia dah cukup bersabar selama ini.

“Dear..don’t forget that I’m your husband now..” Amir Firdaus memegang bahu Alfira Hanim bila isterinya itu cuba melangkah ke arah lain. Matanya dipandang tepat ke arah mata Alfira.

“Sekarang, Fira tanggungjawab abang..abang tahu abang banyak buat hati Fira sakit, tapi abang dah bertekad taknak buat Fira lebih sakit lepas kita kahwin. Walaupun untuk sementara ni, tolonglah dengar cakap abang. Kebajikan Fira tanggungjawab abang sekarang…” Lembut sahaja bicara Amir Firdaus di gegendang telinga Alfira.

“I will protect you..takkan ada apa yang berlaku. Ini janji abang. Abang takkan rosakkan masa depan Fira bila kita bercerai nanti..”

“saya tak percaya..” Alfira menolak tangan Amir Firdaus yang kejap memegang bahunya namun gagal.

“Untuk seminggu ni saja Fira. Kalau tidak..” Amir Firdaus sudah tersenyum senyum memandang wajah isterinya yang masih masam mencuka itu.Tetapi wajah itu tetap cantik di pandangan matanya.

“Kalau tidak apa?”

“Kalau tidak abang sentuh Fira betul-betul..”Ketawa Amir Firdaus sebelum lengannya dicubit kuat Alfira Hanim.

“Gatal !” Jerit Alfira geram. Lelaki itu tak habis habis dengan ugutannya. Hatinya jadi panas. Tanpanya menunggu seminitpun, segera tubuh suaminya ditolak sebelum masuk kedalam bilik air. Kedengaran pintu bilik air dihempas kuat tanda protes.

“Jangan ganas ganas sangat sayang..nanti kalau lekang pintu bilik air tu siapa nak bayar..” Usik Amir Firdaus.Dalam kesakitan menahan kesan cubitan Alfira, Amir Firdaus masih lagi ketawa. Tahupun takut….pantang kena gertak..desis hati kecilnya.

*************************

Malam pertama mereka Di Venice, Alfira Hanim dan Amir Firdaus melewati jalan jalan di sekitar Bandar Venice yang dilimpahi cahaya neon. Mereka memilih untuk berjalan kaki sahaja. Suhu di Bandar Venice pada waktu malam memang sejuk. Lebih –lebih lagi bila tubuh disapa angina laut. Memang boleh menggeletar satu badan menahan kesejukan. Alfira Hanim dan Amir Firdaus Cuma mengenakan jacket kulit. Alfira pula membalut mafla di lehernya untuk menghilangkan rasa sejuk. Mujurlah masa belajar di Jerman dulu dia telah lama membiasakan diri dengan keadaan sejuk begini.


Alfira hanim, seperti biasa, sangat leka dengan kamera di tangannya. Tidak dipedulikan pada Amir Firdaus disinya. Dia asyik mengambil gambar keindahan malam di Venice. Bukan selalu dia dapat menjejakkan kaki ke bumi Venice ini. Peluang yang ada takkan dia sia-siakan begitu saja.

“Tak nak tangkap gambar abang ke?” Soal Amir Firdaus pelik. Dari siang tadi dia melihat isterinya itu kusyuk menangkap gambar banggunan banggunan dan pemandangan di kota itu, namun gambarnya, hatta sekepingpun tidak diambil isterinya. Dia hanya mampu menggelengkan kepala bila melihat Alfira cuba menangkap gambarnya sendiri tanpa meminta bantuannya. Nampak sangat tahap kemarahan Alfira kepadanya masih belum susut.Keras hati betul!

“Buat apa ambik gambar abang….tiap-tiap hari saya akan mengadap muka abang jugak.tapi Venice ni belum tentu saya akan datang lagi lepas ni..so, eloklah ambil gambar banyak-banyak..” jawab Alfira sinis.

“Eh..ya ke..tapi tadi abang tengok, ada orang tu terkial kial nak ambil gambar sendiri…buat apalah nak ambil gambar diri sendiri, padahal tiap-tiap hari boleh mengadap muka sendiri dalam cermin..pelik pelik..” Perli Amir Firdaus diiringi ketawa kecil.

Alfira Hanim buat endah tak endah sahaja dengan kata-kata Amir. Malas mahu melayan. Dia rimas! Ikutkan hatinya, dia ingin bersendirian sahaja berjalan di kota ini, tetapi bila terlalu banyak ugutan yang diletakkan lelaki itu, dia terpaksa menurut. Dia tak pernah bermimpi untuk menikmati “bulan madu” dengan suaminya itu, “bulan pahit” itu adalah..

“Sir, can you help me take a picture with my wife?”

“Of course yes..”

Alfira tidak sempat berfikir dengan siapa Amir Firdaus bercakap sebelum tubuhnya ditarik suaminya itu. Amir Firdaus mengambil kamera ditangannya dan diberikan kepada seorang lelaki pertengahan umur.

Pinggangnya dipeluk kejap Amir Firdaus.

“Senyum sikit..”
Berlatarkan pemandangan sebuah bangunan lama, gambar mereka diambil lelaki itu.

“One more..” Kata Amir Firdaus sebelum menarik tubuhnya ke kolam air pancut yang terletak ditepi jalan. Dalam keterpaksaan dia hanya menurut kerana malu untuk bertekak dihadapan lelaki yang kini merangkap ‘cameraman’ mereka.

Dia rasa mahu menyumpah suaminya itu bila dengan selambanya Amir Firdaus merangkul pingangnya dari belakang. Dagu lelaki itu elok sahaja diletakkn di atas bahunya. Hatinya mendidih marah walaupun terpaksa juga untuk tersenyum manis bila gambar mereka diambil.

“Suka mengambil kesempatan..” Marah Alfira selepas lelaki tadi berlalu pergi.

“Biarlah..Firakan isteri abang”

“Stop calling me your wife..”

“Lah..dah betulkan..ke Fira nak abang tunjukkan surat nikah Kita.mana tahu hari nikah hari tu excited sangat nak kahwin sampai terlupa nak ingat siapa suami Fira?”

Alfira terdiam dengan kata-kata Amir firdaus. Lagi banyak dijawab, makin menjadi jadi pula penyakit mengada-ngada lelaki itu.Dia tak tahu hantu apa yang merasuk Amir sehingga selalu berlagak baik terhadapnya. Berkali kali dia mengingatkan diri supaya tidak sesekali terpedaya dengan perbuatan Amir Firdaus.semuanya lakonan semata mata!

“Fira, tengok tu, ada live music la..jom!” tangan isterinya itu ditarik mengikut jejak kakinya. Tangan Alfira Hanim dipegang kejap biarpun beberapa kali isterinya itu cuba melepaskan pegangan tangannya. Mereka berhenti di hadapan tempat yang diberi nama Piazza St. Marco.Terdapat meja-meja kecil diletakkan di ruang tengah manakala disebelah kirinya mengadap ke laut. Meja meja dihiasi dengan mawar merah yang diletakkan di dalam pasu. Dalam Susana terbuka yang berbumbungkan kerlipan bintang dan cahaya bulan, tempat itu nampak sangat romantik.



Mereka berdua hanya memesan jus oren. Sambil menikmati keindahan malam di venice diiringi alunan muzik yang begitu menenangkan perasaan. Terdapat beberapa poasangan yang berkucupan mesra sambil menari.Lebih mengagumkan bila ada pasangan yang sudah lanjut usia masih lagi berpelukan romantis. Ternyata mereka masih lagi bahagia biarpun usia sudah dimamah waktu.

“Jom menari…”Ajak Amir Firdaus sambil memgang tangan Alfira, mengajaknya ke ruang tarian. Alfira mengerutkan dahinya.

“Eh..taknaklah..” Alfira Hanim menarik tangannya kembali.

“Ala..jomla, rugi tau kalau tak merasa menari dekat sini.bukan selalu datang.”Pujuk Amir Firdaus lagi.Entah mengapa dia merasa ingin menari dengan isterinya itu. Suasana romantis disitu turut membuai perasaan lelakinya.

“saya tak pandai la..taknaklah.” dalih Alfira hanim.

“Ala..jomla..tak pandai takpe, abang ajar..” Amir Firdaus masih menarik lembut tangan Alfira, meminta gadis itu berdiri. Bila melihat banyak mata yang memandang kearah mereka, Alfira mengalah juga akhirnya. Diturutkan sahaja kehendak suaminya itu.

Bila pinggalnya dirangkul Amir Firdaus, dia rasa menggigil satu badan, namun suaminya itu hanya membuat muka selamba.Malah, rangkulan dipinggangnya makin dikejapkan. Lelaki! Pantang saja diberi peluang..desis hati kecilnya. Mereka menari diiringi alunan muzik yang merdu. Bila Amir Firdaus memeluknya, dia seakan lupa pada sengketa yang melanda mereka selama ini. Yang dia tahu, dia ingin selalu dekat dengan lelaki itu. Alfira hanya tersenyum bila melihat gambar mereka menari diambil oleh seorang lelaki. Dia yakin, pasti Amir Firdaus yang mengupah lelaki itu bila perasan kamera yang dipegang lelaki itu adalah miliknya.

“Fira cantik sangat..” Bisik Amir Firdaus ditelinganya. Dia hanya mampu tersenyum. Entah mengapa, segala kemarahan yang bersarang dihatinya bagaiakan berlalu pergi bersama angin yang menderu laju. Alfira sekan lupa pada perjanjian mereka berdua.

******************************

Mereka tiba dibilik hotel sewaktu malam sudah merangkak jauh. Alfira Hanim segera membersihkan wajahnya dari sebarang palitan make-up dan menggosok gigi, rutin biasanya sebelum masuk tidur. Setelah selesai semuanya, dia melangkah ke katil peraduan mereka.

Dipandangnya Amir Firdaus yang telah masuk ke bilik air. Macam mana aku nak tidur ni? Tidur dekat bawah lah..detik hati kecilnya. Tetapi bila mengingatkan ugutan Amir Firdaus siang tadi, dia jadi takut. Tapi untuk tidur sekatil dia juga takut! Banyak insiden yang buat dia makin tidak percaya dengan kata-kata suaminya itu. Sikap miangnya itu makin menjadi jadi pulak sekarang. Alfira Hanim berjalan mundar mandir di hadapan katil peraduan yang terhias cantik itu. Otaknya ligat berfikir apa yang patut dilakukannya sekarang. Baju tidurnya dibelek. Selamat! Dia sengaja membawa baju baju tidurnya yang “sopan” sahaja. Biarpun Amir Firdaus halal untuknya, tetapi dia tak ingin menyerahkan diri bulat bulat pada lelaki itu!Tidak!

“La..kenapa tak tidur lagi? Tunggu abang ya sayang..” Usik Amir Firdaus  bila melihat Alfira Hanim mundar mandir di penjuru katil. Bukan dia tak tahu, isterinya itu dalam ketakutan untuk tidur sekatil dengannya tetapi dia buat buat tak faham.

Amir Firdaus membaringkan tubuhnya di atas katil. Beberapa ketika dia pelik kerana Alfira masih berdiri di penjuru katil.

‘Hai..ada orang nak jadi mak guard ke malam ni….bagus jugak hotel ni kan, siap sediakan mak guard untuk  guard katil lagi..tip top punya security lah” Amir Firdaus ketawa kuat.

Sakit telinga Alfira hanim mendengarnya. Dia panggil aku mak guard? Tak boleh jadi ni..dia mengetapkan bibir. Namun masih tidak berganjak dari sisi katil.

“Dahlah tu, jangan nak tercegat dekat situ. Mari sini tidur. Jangan risaula. Abng takkan buat apa-apa dekat Fira..” Kata Amir Firdaus pula. Kali ini, nada suranya lebih serius.

Namun Alfira hanim masih kaku berdiri. Dia tidak tahu mahu percaya ataupun tak dengan kata-kata suaminya itu.

“Sayang nak abang dukung ke baru nak tidur sini?” Kata Amir Firdaus lagi sambil menepuk peraduan disebelahnya. Alfira Hanim cepat cepat menggeleng.Lambat lambat dia melangkah naik ke atas katil. Biarpun dadanya masih berdegup kencang dia cuba juga memejamkan mata. Lampu tidur dipadamkan Amir Firdaus. Setelah beberapa lama cuba melelapkan mata, akhirnya Alfira Hanim tertidur juga dek rasa mengantuk yang teramat.


P/s: For all reader's! thank's for your support..saya makin teruja nak menulis bila dapat komen2 dari korang semua! Thank's sesangat..sayang korang semua!