About Us

Friday, March 25, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 16



 Ketukan bertalu talu di pintu biliknya membuatkan telinga Alfira Hanim bagai hendak pecah. Tanpa meneka pun dia yakin dan pasti Amir firdaus yang mengetuknya. Siapa lagi yang ada dirumah ini kalau bukan mereka berdua.

“Saya belum pekak lagi la..” Kata kata itu muncul dari bibirnya saat pintu terbuka. Wajah serius Amir Firdaus dipandang tanpa perasaan.

“Tahu pulak tak pekak, tapi bila abang call kenapa tak jawab? Itu, mulut tu dah bisu ke sampai tak tahu nak bercakap?” Amir Firdaus membalas. Direnungnya Alfira Hanim. Gadis itu menyandarkan badannya di pintu bilik.

“Ada apa cari saya dekat sini?”

“ Nak tengok samaada hidup lagi ke atau dah mati kebulur” Kasar kata-kata Amir Firdaus. Lima hari dia terkejar kejar menyiapkan kerja di pejabat, dia tetap ingat akan tangunggjawabnya pada Alfira. Dia turut bimbang dengan keadaan Alfira dirumahnya kerana gadis itu asyik terperap didalam bilik. Entah makan ke tidak, sakit, dia sendiri tak tahu. Bila dia mesej atau call, lansung tak dijawab. Geram juga dirinya dilayan sebegitu oleh isterinya.

Alfira Hanim menoleh kearah Amir Firdaus. Mulut tak ada insuran betul! Agaknya memang dia suka sangat la kalau aku mati. Boleh cepat cepat kahwin dengan awek dia tu.desis hati Alfira Hanim.


“kalau saya nak mati kebulurpun apa abang kisah? Lagipun saya ni cuma beban jer untuk abang sekarang. Tak payah peduli tentang saya..saya tahulah jaga diri saya” Alfira hanim menjawab.

“ Habis, kenapa Fira tak guna je duit yang abang bagi tu?” Nada suara Amir Firdaus masih lagi lembut. Dia tahu Alfira masih marah dengannya.

“Tak perlu. Saya ada duit saya sendiri..”

“Fira ni kenapa? Apa masalahnya sekarang? Itu duit abang bagi buat belanja. Fira pun bukannya kerja.Yang nak sombong sangat ni kenapa?” Bentak Amir Firdaus geram. Berhari hari dia meninggalkan duit belanja namun lansung tak berusik. Alfira lansung tidak mahu menggunakan wang pemberiannya.

Alfira Hanim sekadar tersenyum sinis.

“Takpelah Encik Amir Firdaus. Simpanlah duit tu. Saya tak ingin. Saya ni kan cuma menumpang, lagipun banyak sangat budi abang tu dekat saya. Tak payahlah nak risau saya mati tak makan. Lagipun Isnin ni saya dah start kerja. Saya mampu tanggung hidup saya sendiri. Tak payahlah abang nak bersedekah dekat saya. Bagi je dekat orang lain..” serentak menuturkan ayat itu Alfira Hanim menutup pintu bilik namun cepat saja dihalang Amir Firdaus.

Alfira Hanim terkejut bila suaminya itu menapak masuk kedalam biliknya. Mata Amir Firdaus tepat memandang matanya. Alfira Hanim segera menundukkan wajah. Dia tidak mahu terbuai dengan renungan lelaki itu. Tidak!

“ Fira nak kerja dekat mana? Kenapa tak bincang dengan abang dulu? Kenapa dah mula pandai pandai buat keputusan sendiri ni?” Bertalu talu soalan kelaur dari mulut Amir Firdaus. Nada suara lelaki itu sedikit meninggi. Dari reaksi mukanya Alfira Hanim pasti suaminya itu sedang menahan marah.

Alfira Hanim menelan liur. Dia tidak menyangka yang lelaki itu akan semarah ini. Sangkanya, Amir Firdaus tidak akan peduli dengan apa yang dilakukannya tetapi ternyata telahannya sama sekali meleset.

“ Saya nak jadi lecturer kolej swasta di PJ..Isnin ni start kerja” Alfira Hanim menjawab sambil menundukkan kepala. Dia berundur kebelakang bila Amir Firdaus semakin mendekati dirinya.

“ Abang tak izinkan. Mulai hari ni, Fira jangan pandai pandai nak buat keputusan sendiri sebelum berbincang dengan abang”

Alfira Hanim memanggungkan kepalanya. Wajah Amir Firdaus direnungnya geram.

“ Abang ni kenapa? Salah ke saya nak kerja? Lagipun abang bukan ambil peduli sangat hal saya. Suami pun setakat atas kertas saja. Biarlah saya nak kerja pun. Saya ada keluarga yang mesti saya tanggung..” Alfira Hanim juga turut meninggikan suaranya.

“Kalau pasal mak dengan nenek tak payah nak risau, abang boleh tanggung. Jangan memandai nak lawan cakap abang” Amir Firdaus cuba mengawal riak kemarahannya. Baginya, Alfira sudah makin keras kepala. Tidak lagi menurut kata seperti dulu.

“ Apa awak merepek ni? Awak nak tanggung makan pakai keluarga saya sampai kiteorang mati ke? Awak lupa ke lepas setahun nanti awak nak ceraikan saya? Tolongla Amir, awak jangan nak berlagak baik la..keluarga saya, biar saya yang tangung!”  Suara Alfira Hanim bertambah nyaring. Hilang sudah rasa hormatnya pada Amir Firdaus. Bukan dia tak tahu hukum seorang isteri meninggikan suara pada suami, tetapi kemarahan yang datang melenyapkan semua sifat lemah lembut yang dimilikinya.

“Jaga sikit mulut tu bila bercakap. Sekarang abang suami Fira. Respect abang sikit! ” Dada Amir Firdaus turun naik menahan marah. Dia sudah penat dengan pergaduhan yang seringkali terjadi antara mereka berdua.



“ Suami? Awak ni suami saya ke? Hah? Suami saya? Suami apa kalau asyik keluar dengan perempuan lain? Suami apa yang tak kenal tangungjawab? Yang hanya tahu sakitkan hati saya? Suami apa??? Saya tak inginla suami macam awak ni!!!” Alfira hanim menjerit. Dia benci bila hidupnya selalu saja diatur Amir Firdaus. Kalau dulu dia hanya menurut tapi sekarang dia takkan membiarkan perasaannya diperkotak katikkan lagi.Dia tak lemah lah!

Amir Firdaus berang dengan kata-kata Alfira Hanim yang dianggapnya sudah melampau itu. Bibirnya diketap kuat, cuba melawan rasa marah dengan kata kata Alfira yang seakan mencabar dirinya.

“Tak bertanggungjawab ye..Ok..takpe..”

Amir Firdaus berjalan laju kearah pintu bilik . Alfira Hanim terkejut bila pintu biliknya  dihemnpas kuat Amir Firdaus.Matanya dibulatkan bila pintu bilik itu dikunci dari dalam.

Amir Firdaus memegang kuat lengan isterinya sehingga gadis itu mengaduh sakit. Alfira Hanim meronta ronta minta dilepaskan namun tindakan agresifnya membuatkan Amir Firdaus makin menguatkan pegangannya di lengannya pula.

“Apa ni? Sakitlah!” Dia menjerit kecil.

“Suami yang tak bertanggungjawab ya..so, Fira nak abang bertanggungjawablah ye..Fira cakap je Fira nak abang layan Fira macam mana..duit abang dah bagi, ke Fira nak abang tunaikan tangungjawab yang lain? Hmm…?“ Ada senyuman kecil terbit dibibir Amir Firdaus saat ayat itu terlontar dibibirnya. Dia suka melihat wajah panik Alfira ketika itu. Tubuh Alfira dipeluk kejap.Dapat dirasakannya tubuh Alfira yang sedikit menggigil.

Amir Firdauas tersenyum puas. Seminggu tidak menatap wajah isterinya itu, dia jadi rindu. Walaupun setiap hari dia bersama Zarina, namun rindunya pada Alfira tak pernah surut. Dia sendiri jadi keliru dengan perasaannya sekarang. Yang dia tahu, dia ingin selalu menatap wajah Alfira . Kini, gadis itu dalam pelukannya. Kenangan indah semasa di Venice bagaikan terulang tayang di ruang matanya.

“Lepaslah..apa ni peluk peluk saya” dalam getar, Alfira Hanim cuba juga menolak tubuh Amir Firdaus namun gagal. Menyesal rasanya menuturkan ayat tadi, kini dia yang terpaksa menanggung akibatnya. Alfira mengutuk tindakan bodohnya sehingga membuatkan Amir Firdaus rasa tercabar. Sekarang dia juga yang susah.

“Kenapa sayang? Tadi bukan main lagi sayang marah sebab abang tak laksanakan tanggungjawabkan..sekarang abang nak bertanggungjawabla ni..” Amir Firdaus membelai belai rambut panjang Alfira. Haruman yang terbit dari rambut itu membuatkan perasaannya terbuai inadh. Kini, tangannya beralih pula pada wajah Alfira yang putih bersih. Walaupun tanpa secalit make-up, wajah itu tetap cantik dimatanya. Dia mengamati setiap keindahan yang ada pada wajah isterinya itu. Segalanya cukup sempurna!



Alfira menggigil bila tangan Amir Firdaus menyentuh keningnya, pipinya dan bibirnya. Dia hanya mampu memejamkan mata. Kakinya sudah terasa tidak berpijak kelantai saat itu dek rasa cemas dan takut. Dia hanya mampu menyerah sekarang.

Nafas Amir Firdaus sudah tidak keruan bila menatap wajah jelita itu. Kulit putih gebu Alfira buat dia jadi geram. Bibir Alfira yang lembab basah itu ingin sekali dikucupnya.  Perlahan lahan wajahnya didekatkan ke wajah isterinya itu. Saat kucupannya mendarat di wajah Alfira dia dapat merasakan betapa sejuknya tangan Alfira yang berada didalam gengagamannya. Namun gadis itu masih berdiri kaku. Lansung tidak melawan membuatkan Amir semakin menggila menciumi wajah itu. Tidak dipedulikannnya lagi pada ketakutan Alfira dengan tindakannya.

‘Ting Tong..” Bunyi loceng dari luar rumah mengejutkan mereka berdua yang sedang hanyut dibuai perasaan. Amir Firdaus menghentikan tindakannya. Alfira juga turut terkejut. Lantas, tubuh Amir Firdaus yang masih kejap memeluknya ditolak kuat. Dia berlari keluar dari bilik meninggalkan Amir Firdaus yang masih lagi tergamam dengan tindakan refleknya sebentar tadi.

****************************

“Mak pergi menziarah kawan mak dekat Taman Megah tadi dengan nenek. Alang alang dah lalu sini, saja singgah nak melawat Fira dan Mir. Ni mak bawak pisang  sikit.” Puan Hasnah menyerahkan bekas berisi buah pisang  pada Alfira.
Hajjah Kalsom yang dipimpin Alfira Hanim cuma menganggukkan kepala. Mereka berdua duduk di atas sofa diruang tamu.

“Amir kerja jugak ke hari ni?” Soal Hajjah Kalsom. Dari tadi dia tidak melihat kelibat cucu menantunya didalam rumah teres dua tingkat itu. Alfira menggelengkan kepala. Dibetulkan sedikit helaian rambutnya yang agak kusut dikerjakan Amir Firdaus sebentar tadi. Lelaki itu memang sudah gila! Dia mengutuk didalam hati. Namun, dia tetap bersyukur kerana kehadiran ibu dan neneknya menyelamatkannya dari tindakan luar kawalan Amir tadi.

“Nenek, emak….” Hajjah Kalsom dan Puan Hasnah menoleh saat nama mereka dipanggil. Amir Firdaus menghadiahkan senyuman manis sambil menuruni anak tangga. Selepas menyalami tangan kedua wanita itu dia duduk bersebelahan dengan Alfira Hanim. Gadis itu hanya diam membisu. Tidak dipandangnya wajah suaminya disebelah.

“Nenek ingat ke Mir kerja hari ni..Fira cakap Mir sibuk sikit sekarang sampai nak singgah kejap rumah nenek pun tak sempat.” Hajjah Kalsom bersuara.

“ Biasalah nenek. Bila dah cuti lama, banyak pulak kerjanya.Hari cuti Mir kena cutilah, nanti kesian pulak Fira ni sorang sorang dekat rumah. Insya-Allah, nanti Mir datang umah nenek bila lapang sikit..” Amir Firdaus meletakkan tangannya dibahu Alfira Hanim. Tubuh isterinya itu ditarik rapat mendekatinya.

Hajjah kalsom dan Puan Hasnah yang memerhati tersenyum senang dengan kemesraan yang ditunjukkan pasangan pengantin baru itu. Pada pandangan mereka, Alfira dan Amir sedang meniti alam bahagia berumahtangga.

“Err..mak, nenek duduk dulu ya. Fira nak ke dapur kejap” Alfira bangkit dari sofa. Sebenarnya, dia tidak selesa dengan sikap mesra berlebihan Amir Firdaus. Rasa marah, geram dan malu dengan peristiwa yang berlaku dibilik tadi masih kuat mencengkam sanubarinya. Dia jelik melihatkan kelakuan Amir Firdaus yang sangat kurang sopan itu.

Alfira membuka peti ais rumahnya. Kosong! Tidak ada apa-apa makanan yang boleh dimasak untuk dihidangkan pada ibu dan nenek. Dia melihat pula di dalam Kabinet dapur kalau kalau ada biskut kosong, tetapi hampa bila biskut itu turut habis. Alfira melepaskan keluhan berat. Selama dia dirumah itu, dia tak pernah ambil tahu tentang keperluan di dapur rumah. Kalau lapar, dia cuma memasak Maggie atau makan roti dan biskut sahaja. Kini, apa yang nak dijamu pada emak dan neneknya sekejap lagi?



“Fira..” Suara emaknya yang memanggil buat Alfira tergamam.

“ Mak tengok Fira makin kurus saja ni. Muka tu muram je. Fira ada masalah ke?” Puan Hasnah menghampiri Alfira. Tubuh anbaknya itu diraih. Alfira Hanim pantas menggelengkan kepala.

“tak adalah mak.Fira Ok je..maintain lagi badan ni..” Ujar Alfira sambil tersenyum. Ditarik tangan ibunya ke meja makan untuk duduk. Segelas air kosong diletakkan dihadapan ibunya.

Puan Hasnah meneguk sedikit air itu, sekadar untuk menghilangkan dahaga.. Diperhatikan dapur sederhana besar rumah menantunya , kemas dan cantik. Pandai anak dan menantunya itu menghias ruangan dapur rumah, pujinya didalam hati.

“Fira masak apa untuk Mir pagi ni?” Berdegup laju dada Alfira Hanim saat soalan itu singgah ditelinganya.

“Tak masak pun mak..” Ikhlas dia menjawab. Kalaulah maknya  tahu yang selama seminggu ini dia lansung tak pernah mengambil tahu soal makan pakai Amir tentu saja emaknya itu mengamuk. Tapi, dia punya alasan sendiri. Amir dah banyak lukakan hatinya, untuk apa dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.? Lagipun, Amir Firdaus memang tak menyukainya pun!

“Dah dekat pukul 11 pagi ni tak makan lagi ke?” Puan Hasnah agak pelik dengan jawapan Alfira. Setahunya anak gadisnya itu memang rajin masuk ke dapur. Kalau dirumahnya, bila Alfira ada, pagi pagi lagi sarapan sudah tersedia diatas meja makan. Nak kata Alfira sibuk, puteri tunggalnya itu belum lagi bekerja.

“Tak sempat mak..”Ringkas saja jawapan Alfira. Wajah emaknya tidak dipandang. Bimbang emaknya dapat menghidu rasa kecewa dari raut wajahnya. Alfira mengambil sebiji teko untuk membancuh air milo.

“Fira..dah jadi isteri ni besar tanggungjawab kita. Mak dah cakapkan dulu. Jaga makan pakai suami, tatang dia elok-elok..mak tak suka Fira malas malas macam ni. Mujur pagi ni mak yang datang.kalau mertua Fira yang datang macam mana? Nanti diaorang fikir mak dengan nenek yang tak tahu nak ajar Fira..” Nasihat Puan Hasnah.

Mak, Fira bukan malas mak, tapi kalau dah menantu mak tu tak suka Fira, Fira nak buat macam mana lagi? Fira tak sanggup tau mak lukakan hati Fira ni lagi.Cukuplah apa yang dia dah buat dekat fira.. Kata hati Alfira. Dia tak mampu untuk meluahkan perasaanya kala ini. Mak dan nenek tak patut tahu tentang masalah rumah tangganya.

Alfira mendekati emaknya bila selesai membancuh air milo.

“Ingat pesan mak ni Fira. Jaga tanggungjawab kita tu. Bila dah berkahwin ni, syurga tu dibawah tapak kaki suami. Kalau Fira taat dekat dia, jaga dia elok elok, Insya-Allah besar ganjaran yang Allah beri..” Puan Hasnah memandang raut wajah Alfira dan anaknya itu sekdar menganggukkan kepala.

“Patutla tak buat breakfast pagi pagi ni…” Alfira pelik dengan kata kata ibunya. Dipandangnya wajah Puan Hasnah tersenyum senyum.


“kenapa mak?” soal Alfira ingin tahu. Takkan mak tahu dia gaduh teruk dengan Amir Firdaus kot?




“Alah, buat buat tanya pulak..itu dekat leher Fira tu apa?” Puan Hasnah memuncungkan bibirnya pada leher Alfira yang terserlah dibalik rambut hitam pekatnya.

“Hah?” Alfira terkejut dengan kata-kata ibunya. Dipegangnya lehernya.

“Nampaknya tak lama lagi bolehlah mak jadi nenek ya..” Puan Hasnah tersenyum senyum sebelum berlalu keluar dari dapur. Dibawanya sekali dulang berisi air yang dibancuh Alfira Hanim tadi.

Alfira hanim masih tidak faham dengan kata-kata ibunya. Jadi nenek? Apa mak merepek ni? Alfira berjalan kearah cermin besar yang tergantung didinding dapur. Dibeleknya leher jinjangnya, bimbang ada apa-apa yang terpalit disitu. Sesaat kemudian, mulutnya terlopong besar bila melihat banyak kesan “love bite” di lehernya.

“Cantiknya leher sayang..” Alfira hanim rasa mahu mencekik cekik Amir firdaus saat itu juga bila lelaki itu sedang  tersenyum sinis padanya. Kalau diikutkan panas hatinya sekarang mahu saja dicili cilikan bibir leleaki itu. Biar seminggu lelaki itu berhenti mengejeknya! Dia sakit jiwa melihat senyuman sinis Amir Firdaus!. Entah bila lelaki itu  muncul didapur itu dia lansung tak sedar. Mungkin ketika dia sibuk membelek lehernya yang penuh dengan kesan cumbuan suaminya tadi.

Alfira sakit hati dengan tindakan gila Amir Firdaus sehingga meningalkan kesan di lehernya. Rasa malu pada emaknya yang terlihatkan kesan ciuman itu makin menebal.  Itu belum campur malu nak mengadap muka nenek kejap lagi! Wajah Alfira sudah memerah.

“Nanti abang buat lagi ya..bagi jelas jelas sikit..” Amir Firdaus yang berdiri disebelah tiang dapur ketawa bila melihat mimik muka Alfira yang sudah mencuka.

“Saya tak inginlah! “ Alfira hanim mencebikkan bibirnya sebelum melangkah ke ruang tamu meninggalkan Amir Firdaus yang masih dengan sisa ketawanya. Kurang ajar punya lelaki! Bentak hatinya, geram.


Bersanbung...


P/s : Seperti yang saya janjikan, bab baru untuk minggu ni..maaf kalau ada yang terkurang.Thank's baca!..komen2lah ye! Sayang kamu semua.. =) 


* All pictures from google 

Saturday, March 19, 2011

kalau Taknak cepat Nyayuk MaKanlah Anggur Selalu!!

Nampak macam kelakar tapi itulah hakikatnya. Malam ni aku saja search dekat internet pasal buah anggur sebab lately ni aku suka sangat sangat makan buah anggur merah! Aku hari hari WAJIB makan buah tak kira la apa jenis buah tolak buah durian je sebab aku tak berapa nak minat. Buah anggur ni dikira kategori MAHAL la jugak, tetapi aku belasah beli dekat pasar malam jer sebab murah sikit.(Berjimat itu penting!)
Dari hasil PENYIASATAN aku dekat laman web dan blog-blog orang lain rupanya buah anggur ni dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer atau istilah kampungnya NYANYUK. Setahu aku, penyakit ni selalu didominasi oleh orang orang tua tapi oarang muda  termasuk macam akupun ada yang kena penyakit ni.Betul tak?hehehehe....

Ok, sekarang jom tengok khasiat buah anggur ni satu persatu.

  1. Kurangkan risiko serangan jantung. 
  2. Mengurangkan kolesterol tubuh
  3. Mengatasi masalah sembelit
  4. Buah pinggang yang sihat
  5. Kanser payu dara
  6. Alzheimer (nyanyuk)
  7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
  8. Mengurangkan risiko kanser.
So, kawan2 lepas ni kita try la amalkan makan buah buahan macam anggur ni sebab banyak khasiat yang tersembunyi untuk kesihatan kita..bak kata orang, mencegah lebih baik dari merawat

Novel Kerana Cinta Itu 15

BAB 15

Perang dingin antara Alfira Hanim dan Amir Firdaus berlarutan sehinggalah mereka pulang ke tanah air. Peristiwa pahit manis yang berlaku di Venice cuma tinggal kenangan. Dihadapan keluarga saja mereka berlagak baik, seperti tidak ada apa apa yang terjadi. Bila dibelakang, mereka seperti orang asing. Hubungan mesra yang terjalin semasa di Venice kini kembali dingin. Tiada lagi usikan manja Amir Firdaus dan gelak ketawa Alfira menghiasi hubungan mereka.


Seminggu bercuti, banyak kerja yang menantinya di pejabat. Amir Firdaus mengeluh bila setiausahanya memberikan jadual kerjanya yang padat untuk seminggu ini. Ketukan dipintu sedikit menganggu konsentrasinya.


“Masuk!”


Amir Firdaus memandang kearah pintu sebaik sahaja pintu dibuka dari luar. Dia tersenyum bila melihat wajah Haikal, teman baiknya muncul dibalik pintu.


“Hai bro. Busy betul nampak..amacam?Sihat?” Ucap Hasnol sebaik sahaja mereka berjabat salam. Bahu Amir Firdaus ditepuknya.


“Sihat. Kau bila balik ni? Tak bagitau akupun.Tup tup dah muncul dekat sini..” Amir Firdaus menyoal. Hampir 6 bulan juga Haikal dihantar bertugas di Sabah.


“Engkau tu pergi honeymoon bukan main seronok lagi, mana nak ingat aku dah….amacam? best tak kahwin?” Haikal tersengeh sengeh saat menuturkan ayat itu. Dia kenal rapat dengan Amir Firdaus sejak mereka di UiTM lagi. Begitu juga dengan Alfira Hanim. Walaupun mereka berlainan kelas dan kursus tapi dia tinggal serumah dengan Amir Firdaus.


Amir Firdaus hanya tersenyum. Seronokkah dia? Entahlah, terlalu awal untuk dia mentafsirkan perasaan hatinya saat ini.


“ Jomlah kita pergi lunch, kita borak dekat luar. Lagipun  aku dah lama sangat tak sembang dengan kau” Ajak Amir Firdaus. Haikal mengangukkan kepala.

*************************

“Wah. Mir..sejak kau kahwin ni muka makin berseri seri ye..seronoklah tu..” Haikal memulakan bicara. Sedari tadi dia tak habis habis mengusik Amir Firdaus tetapi lelaki itu hanya tersenyum.


“Tak adalah Kal.Aku biasa je lah..Engkau tu, bila lagi nak kahwin?”


“Insya-Allah mintak mintak cepatlah jodoh aku datang. Well..how venice?”


“Cantik”


“Tu je? Ceritalah sikit pengalaman honeymoon kau tu..mesti best giler kan.”


“Biasa jelah Kal..tak ada apa yang menarik sangat..”


“Kau ni macam tak seronok je aku tengok.Kau gaduh dengan Fira erk?” teka Haikal. Dia pelik kerana Amir Firdaus bagaikan tidak berminat untuk bercakap tentang perkahwinannya.





“Entahlah Kal..aku rasa serba salah sekarang” Amir Firdaus meneguk air tembikai dihadapannya. Memang betul fikirannya jadi runsing sekarang. Bukan setakat kerja pejabat yang berlambak lambak itu malah kehidupan peribadinya waktu ini terasa sangat rumit.


“Jangan cakap dekat aku yang kau masih lagi dengan Rina..” Tiba tiba sahaja kata kata itu meluncur laju dari mulut Haikal. Melihatkan riak wajah Amir sekarang, dia yakin ada yang tak kena pada hubungannya dengan Alfira. Bukan dia tak tahu hubungan sulit yang terjalin antara Amir Firdaus dengan Zarina. Malah, dia jugalah yang menjadi saksi perkenalan mereka ketika di Sabah.


“Aku nak buat macam mana lagi Kal..memang hati aku ni pada Rina je sekarang..”


“Kau yakin ke kau memang dah tak cintakan Fira? Yakin?” Nada suara Haikal dikeraskan sedikit. Dari dulu dia sudah penat menasihati Amir supaya melupakan sahaja Zarina. Tetapi ternyata nasihatnya dulu sekadar mencurahkan air ke daun keladi. Amir Firdaus takkan pernah mendengar.


“Entahlah..kalau aku cintakan dia, tak mungkin aku masih inginkan Rina…aku kahwin dengan diapun sebab nenek dia sakit. Ikutkan hati aku memang aku nak cancel je wedding kami..”


Amir Firdaus meraup rambutnya kebelakang. Bibirnya selalu sahaja menafikan rasa cintanya terhadap Alfira tetapi fikirannya selalau sahaja teringatkan gadis itu. Dia rindukan saat saat mereka di Venice. Bersama Alfira disana, dia seakan lupa pada janji mereka selama ni, malah dia juga hampir saja melupakan Zarina!


“Aku tak tahulah perempuan sebaik mana lagi yang kau nak cari. Aku rasa Fira tu dah cukup baik untuk kau. Lama dia tunggu kau Mir. Macam tu je kan kau boleh lupakan dia. Lagipun kau kenal sangat ke dengan Rina tu..kau yakin dia boleh bahagiakan kau? Sudahlah Mir..kau terima lah Fira semula. Aku tak percaya yang kau dah tak cintakan dia sekarang…mustahil!” haikal merenung tepat keanak mata


“Aku nak kahwin dengan Rina”


“What? Kau gila ke? Habis Fira macam mana?”


“Lepas setahun, aku akan kahwin dengan Rina.Fira aku akan ceraikan..”


“Mir! Kau dah gila ke? Sanggup kau buat macam ni dekat isteri kau tu! Aku tak sangka kau macam ni..” Nada suara Haikal berbaur kesal. Dia tak menyangka sampai tahap ini Amir Firdaus tergilakan Zarina sedangkan dari pandangan matanya Zarina bukanlah sehebat mana. Alfira jauh lebih baik.


“Habis tu kau nak aku buat macam mana? Nak terus sakitkan hati Fira? Selama nipun aku dah banyak buat dia nangis..entahlah Kal.Aku rasa bersalah sangat buat dia macam tu tapi apa yang boleh akau buat? Aku tak boleh nak tipu perasaan aku sendiri..” Amir Firdaus mengeluh lagi. Nasi goreng yang diletakkan pelayan tadi dijamahnya sedikit.


“Sebagai kawan, aku hanya boleh nasihatkan kau je. Tapi apapun keputusan kau yang kena buat. Aku cuma nak ingatkan kau, jangan menyesal dengan apapun pilihan kau nanti..” Ucap Haikal ikhlas. Melihatkan riak kebimbangan di wajah Amir Firdaus, dia tahu lelaki itu keliru dengan perasaannya sekarang. Dia sedikit sebanyak turut bersimpati walaupun diia sendiri tidak suka dengan apa yang dilakukan Amir sekarang.

*********************

Ya Allah….kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi ujian-Mu ini..Hati Alfira berbisik. Entah mengapa rasa sebak dihatinya kembali bertandang. Walaupun dia nampak tabah di luar, tetapi hatinya masih lagi luka berdarah. Alfira tidak sudah sudah mengutuk kelemahan dirinya yang begitu mudah terpedaya dengan pujuk rayu Amir Firdaus semasa di Venice. Betapa bodohnya dia membiarkan cintanya dipersendakan lelaki itu.


“Jauh termenung..ingat ke hubby ke?” Alfira memanggungkan kepalanya sebaik terdengar ada suara yang menyapa gegendang telinganya.


Dia menghadiahkan senyuman untuk Isyraf Rayyan dan doktor muda itu membalasnya. Tanpa disuruh, Isyraf Rayyan duduk di bangku bersebelahan dengan Alfira.


Mata mereka berdua dihalakan di hadapan. Melihat dua orang jururawat sedang membantu Hajjah kalsom melakukan senaman refleksologi. Selepas selamat menjalani pembedahan beberapa minggu yang lalau, Hajjah kalsom masih lemah untuk berjalan sendiri. Dia masih mengharapkan bantuan kerusi roda dan tongkat untuk berjalan.


“Tak adalah..saya tengah perhatikan nenek tu..” Alfira menjuihkan bibirnya kea rah Hajjah Kalsom. Wajah Isyraf Rayyan dipandangnya sekilas. Hari ini dia menemani neneknya melakukan pemeriksaan kesihatan dengan Isyraf Rayyan di hospital. Rayyan yang mencadangkan Hajjah kalsom melakukan senaman refleksologi untuk menguatkan kembali sendi dan ototnya yang lemah sewaktu dia terlantar koma dulu.

“Mana tahu kan..orang baru kahwin ni mesti tengah seronok berbulan madu lagi..” Isyraf Rayyan masih mengusik. Alfira tidak menjawab. Dari hari pertama dia berkahwin, ayat itu yang sering dituturkan kepadanya tetapi dia hanya mampu tersenyum. Kalaulah mereka semua boleh baca hatinya ketika ini, pasti ramai yang tak menyangka kehidupanyya sekarang jauh lebih memeritkan dari dulu.


“So, Fira buat apa sekarang? ”


“Saya tengah cari cari kerja jugak ni..banyak yang saya dah apply. Alhamdulillah, ada jugak yang panggil interview…”


“ Baguslah. Saya ingat ke Fira nak jadi housewife jer..maklumlah housband pun kerja besar. Fira tak kerja pun dia dah mampu tanggung..” Isyraf Rayyan berkata. Dia bukanlah kenal sangat denagn suami Alfira itu, tetapi semasa hadir ke kenduri mereka tempoh hari, dia mendengar ramai orang bercerita tentang keluarga suami Alfira yang kaya. Dalam hati dia memuji betapa beruntungnya Alfira.

“ Mana boleh tak kerja. Penat tau saya belajar. Sampai oversea lagi. Rugilah kalau ilmu yang saya ada tak saya praktikkan…lagipun yang kaya dia bukan saya..” Alfira menjawab.


“So, Fira apply job untuk position apa?”


“Lecturer..ada jugak saya apply untuk jadi researcher. Tengoklah mana yang dapat nanti. Saya tak kisah asalkan saya boleh kerja” Alfira tersenyum lagi.


Isyraf Rayyan mengangukkan kepalanya. Mengakui kata- kata yang terluncur dari bibir comel itu tadi.Dipandangnya wajah Alfira dari tepi. Terasa damai jiwanya bila menatap wajah yang penuh kelembutan itu. Gadis itu memang cantik.Sebentar kemudian, dia mengalihkan pandangan. Dia beristigfar dalam hati. Tidak patut dia mengamati kecantikan isteri orang. Alfira sudahpun dimiliki. Dia patut ingat akan hal itu.


“ Awak dah habis kerja ke?” Alfira menoleh kearah Isyraf Rayyan.Pelik kerana lelaki itu tidak lagi berpakain formal. Tadi, dibiliknya Isyraf Rayyan masih memakai pakaian seragam doktor. Kali ini, lelaki itu cuma berseluar track  biru dan berbaju T kuning cair.


“Dah habis dah. Saya nak ke Damansara ni. Nak join progam hijau..”


“Program hijau?”


“A’ah..progaram hijau. Saya join kelab rekreasi. Petang ni ada program menanam pokok dekat kawasan perumahan dekat sana.”

“Macam best jer awak. Selalu ke awak ikut aktiviti macam ni..” Alfira mengalihkan badannya sedikit kearah Isyraf Rayyan untuk memudahkan dia memandang wajah doktor muda itu ketika berbual.


“Nak kata selalu sangat tu takla..tapi selalu lah juga. Kalau saya free memang saya akan ikut aktivit-aktiviti diaorang. Lagipun dari kecik kecik lagi saya memang minat aktiviti rektreasi dan alam sekitar ni..”


“Sayapun sama. Tapi dah lama tak join. Lepas habis belajar dekat UiTM dah tinggal semua aktiviti macam ni padahal dulu saya minat sangat..” Balas Alfira. Teringat zaman dia belajar di UiTM dulu. Walaupun selalu sibuk menghadiri kuliah dan menyiapkan assignment dia masih memperuntukkan waktu untuk mengikuti aktiviti di kampus.


“ Jomla join kelab ni..banyak aktiviti. Tapi tupun kalau housband Fira kasi la..kiteorang selalu buat aktiviti mesra alam, panjat bukit, masuk jungle trekking..” Isyraf Rayyan begitu teruja bercerita.


“Boleh jugak..tapi ramai tak perempuan yang join?” Alfira Hanim juga turut teruja dengan cerita Isyraf Rayyan.


“Ramai lah jugak..kalau Fira nak join boleh jer…lagi ramai join lagi best. Setakat nipun ahli kiteorang yang aktif dalam 30 orang jugak”


Alfira Hanim tersenyum sambil mengangukkan kepala. Kagum dengan diri lelaki seperti Isyraf Rayyan. Nampak penyayang dengan alam sekitar dan orang ramai. Kalau tidak, masakan lelaki itu sanggup memilih kerjaya sebagai seorang doktor untuk berbakti pada masyarakat.




“Fira, I have to go now..kalau ada apa-apa aktiviti nanti saya inform Fira ok..papepun tanya your hubby dulu. Takut dia tak kasi join pulak...” Amir Firdaus bangkit dari kerusi. Beg galasnya digalas dibahu.


“Okey..Thank’s Rayyan..” Alfira Hanim menghadiahkan senyuman untuk Isyraf Rayyan sebelum lelaki itu melangkah pergi.

***************

Satu persatu senarai jawatan kosong yang diiklankan dalam laman web Jobstreet itu dibaca Alfira Hanim. Sejak pulang dari Venice, itulah kerja yang dilakukannya setiap hari. Sementara menunggu jawapan untuk dua temuduga yang dihadirinya dua hari lepas, dia mencari cari juga peluang pekerjaan yang lain. Dia sendiri sudah naik bosan memerap dirumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan. Kalau dirumah emak seronoklah juga sebab ada emak dan nenek yang boleh melayan kerenahnya setiap hari. Ini dirumah Amir Firdaus! 


Walaupun baru seminggu berpindah kesini dia sudah merasa seperti bertahun didalam penjara. Walupun segalanya cukup lengkap, tetapi hatinya kosong. Hendak balik kerumah keluarganya takut pula keluarga mereka berdua dapat menghidu pergaduhan yang terletus antara dia dan Amir. Sudahnya, dia hanya duduk terperuk di rumah berhari hari.

Kehidupannya sekarang memang sangat membosankan! Nama saja mereka tinggal serumah tapi lansung tidak bertegur sapa. Walaupun bilik tidur mereka cuma bersebelahan, tetapi perang dingin yang meletus sejak di Venice bagai tidak ada noktahnya. 


 Alfira sendiri tidak pernah tahu waktu bila Amir keluar bekerja dan pulang ke rumah. Yang dia tahu, setiap kali dia bangun tidur atau hendak masuk tidur, dia tak pernah bertemu dengan suaminya itu. Entah lelaki itu wujud atau tidak dirumah ini, dia pun tak tahu. Lagipun, dia lebih suka berada dibilik dari berkeliaran di ruangan lain dirumah itu. 


Setiap pagi ada saja duit belanja yang ditinggalkan Amir Firdaus  di atas kabinet dapur. Dan duit-duit itu lansung tak digunakannya sampai hari ini. Biarlah….dengan apa yang berlaku dalam hidupnya sekarang, dia tidak mahu lagi terasa terhutang budi apa-apa dengan Amir Firdaus. Dia masih mampu menyara hidupnya dengan duit simpanan yang ada.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Alfira. Cepat cepat telefon bimbitnya diambil. Nama Nadia tertera di skrin telefon. Dia tersenyum sebelum menjawab.


“Assalammualaikum Nad..” Alfira Hanim memberi salam.


“Waalaikumussalam Puan Alfira Hanim..”
Ketawa mereka berdua meletus bila ayat ‘Puan” meletus dari bibir Nadia.


“ Perli aku ye Nad. Kau dekat PD lagi ke tu? Dah seminggu baru ingat nak call aku ye..” Alfira membebel. Bukan dia tak tahu yang teman baiknya itu dihantar berkursus di Port Dickson. Malah, sebelum berangkat ke Venice lagi Nadia sudah memaklumkan dirinya.


“Alamak! Ampun ya Puan..aku busy betul la..jadual pack sangat. Ni baru rasa free sikit. Aku dah balik rumah. Kau apa cerita? Dah OK ke dengan Amir tu?” Nadia masih lagi ketawa kecil.


Alfira terdiam bila nama Amir disebut Nadia. Baru sebentar tadi dia teringatkan lelaki itu. Rasa sedihnya yang cuba dibuang jauh kembali bertandang di hati.


“ Fira? Kau Ok ke?” Nada suara Nadia sudah bertukar bimbang. Pelik kerana Alfira masih diam.


“Err..aku OK..”


“kau jangan nak tipu akulah Fira. Kau bagitau aku, Amir tak layan kau dengan baik ke? Dia buat apa dengan kau?”


“Entahlah..aku tak tahu nak explain macam mana..” Suara Alfira sedikit bergetar bila menuturkan ayat itu.


“ Ni aku tak suka dengar ni…mesti Amir sakitkan hati kau lagi. Aku geram betul la dengan laki kau ni. Ingat ke dah kahwin tahu nak berubah. Hari tu sebelum kahwin bukan main berjanji nak jaga kau, tak nak buat kau sedih walaupun dia tu angaukan budak Rina tu..” Nadia jadi geram. 


Kalau ikutkan amarahnya sekarang, mahu saja dia memaki hamun Amir Firdaus kerana meremuk remukkan lagi hati Alfira yang sedia remuk itu.


“Rina datang serang aku masa aku bercuti dengan Amir dekat Venice. Dia tuduh aku nak kahwin sangat dengan Amir sebab harta. Aku menjawab jugak. Tapi, sekarang aku dah malas nak fikir sangat. Dah kalau Amir sendiri yang cakap suruh aku jangan simpan harapan untuk dia kembali cintakan aku, aku nak buat apa lagi Nad? Lagipun, dia memang betul betul cintakan Rina tu..” Alfira cuba mengawal rasa sebaknya. Dia tak mahu lagi menangis. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah kerana Amir Firdaus.


“Ini yang aku geram ni. Kau bagitau dekat aku, kau nak aku panggang ke salai ke takpun cincang cincang je si Rina yang tak tahu malu tu. Dahlah kacau tunang orang dulu,sekarang ni laki orang pun dia nak menggatal jugak..si Amir nipun satu, nak je aku karate je..Eiiii…geramnya aku ni..” Bebel Nadia.


Alfira ketawa mendengarkan ayat Nadia. Ini bukan bagi pengajaran, tetapi dah macam nak bunuh orang! Kalau Nadia geram, dia lebih dari geram pada mereka berdua tetapi kesabarannya masih ada. Biarlah..dia yakin setiap apa yang ditentukan Allah ada hikmahnya.


“Taknaklah Nad..nanti kau masuk penjara sebab bunuh diaorang tu sapa nak kawan dengan aku ni?”


“Betul jugak..masuk penjara OK lagi sebab kau boleh melawat aku tapi kalau kena hukum gantung? Mak aii…tak boleh tak boleh. Sabarlah Fira..aku selalu ada untuk kau..”Ucap Nadia, memberi semangat kepada temannya itu. Walaupun dia tahu Alfira terlalu lemah kerana rasa cintaa yang mendalam untuk Amir Firdaus, tetapi dia yakin Alfira mampu melawan perasaan sedihnya itu. cuma, mungkin mengambil masa.


“Aku tahu Nad..thank’s” Alfira hanim rasa bersyukur kerana punya teman seperti Nadia yang selalu ada waktu susah dan senangnya.



Bersambung....




P/s : Maaf kalau bab kali ini macam tak ada input sangat or boring....(T_T)Huhuhu...Jangan lupa komen ye! komen korang tersangat berharga untuk saya jadikan panduan untuk menulis dengan lebih baik!