About Us

Monday, April 25, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 22 (Full post)

BAB 22

Mangkuk yang berisi asam pedas ikan pari yang masih berasap itu diletakkan Afira Hanim dengan penuh cermat diatas meja makan. Begitu juga dengan ayam masak kicap, sayur campur dan udang goreng mentega. Tangannya turut ligat mengatur pinggan dan gelas di atasnya. Alfira tersenyum puas bila melihat semua hidangan sudah sedia terhidang. Langkahnya di atur ke ruang tamu rumah.

“Makanan dah sedia. Jom kita makan..” Pelawa Alfira pada tiga beranak yang sedang rancak berbual. Datin Faridah dan Datuk Ir. Suffian yang baru saja tiba sepuluh minit lalu tersenyum kearah menantu mereka sambil menganggukkan kepala.

“Kalau mama dengan papa rasa masakan Fira ni mesti jatuh hati punyalah. Sedap tau!” Amir Firdaus memuji. Wajah isterinya itu dipandang, namun Alfira menundukkan kepala, mungkin malu dipuji sedemikian rupa. Tangan Amir Firdaus yang memeluk bahunya dibiarkan saja walaupun dia kurang selesa. Dia tahu, Amir cuma berlakon dihadapan ibu bapanya sekarang.

Datin faridah dan Datuk Ir. Suffian mengambil tempat duduk berhadapan dengan Alfira manakala Amir Firdaus duduk disebelah isterinya itu. Alfira Hanim mencedokkan nasi ke dalam pinggan mereka berempat. Memasak bukanlah tugas sukar baginya kerana sejak dari umur awal belasan tahun lagi dia sudah di ajar memahirkan diri dengan ilmu dapur. Sebab itu dia tidak pernah kekok ketika berada didapur.

“Ehm…baupun dah rasa sedap ni..mesti rasa lagi sedap kan?” Datuk Ir. Suffian memuji. Datin Faridah disebelahnya turut mengiakan. Alfira hanim yang mendengar sekadar tersenyum. Sebenarnya, dia malu dipuji begitu sedangkan dia bukanlah tukang masak yang hebat. Kira lepaslah setakat hendak kenyangkan perut!

“Rasa dulu papa, mama. Fira ni macam macam tahu masak. Mir hari-hari makan dekat rumah lepas dah kahwin ni. Dah tak layan dah nasi kedai tau..” Amir Firdaus mencedokkan asam pedas ikan pari kedalam pinggan kedua orang tuanya.  Begitu juga ke dalam pinggan Alfira. Sejak dari mula mereka bercinta, dia memang gemarkan masakan gadis itu. Masa mereka masih belajar dulu, Alfira selalu saja memberinya makanan yang dimasak dirinya.

“Hmm..memang sedap.Patutla anak papa ni dah berisi sikit lepas kahwin. Suka hati rupanya ada isteri pandai masak, jaga makan minum..hati pun bahagia kan?” Datuk Ir. Suffian berseloroh. Dia gembira melihat kemesraan yang tejalin antara anak dan menantunya. Semoga mereka sentiasa dalam kebahagiaan selalu, itulah doa yang selalu dipohonnya. Tak ada seorang bapapun yang mahukan anaknya hidup menderita.  Dia berharap sangat kata-kata orang tentang hubungan sulit antara Amir dan Zarina hanya gossip semata mata.

“Asyik Mir je yang makin berisi, Fira bila nak berisi?” Amir Firdaus ketawa mendengar soalan mamanya. Terasa lucu pula bila dia cuba membayangkan jika Alfira Hanim  dalam versi gemuk. Entah bagaimanalah rupa isterinya itu? Namun, baginya, dalam apa jua keadaan, Alfira tetap kelihatan cantik.

“Ala mama..Mir dah suka badan Fira macam ni. Buat apa nak berisi lagi. Dah Ok apa macam sekarang. Tak kurus sangat, tak gemuk sangat..maintain aje..”

“Hisy kamu ni. Maksud mama, berisi lain la”

Amir Firdaus yang mendengarkan soalan mamanya mengerutkan dahinya tanda kurang faham. Ditolehnya Alfira hanim disebelah mengharapkan penjelasan namun gadis itu lansung tidak memandang kearahnya. Alfira hanya menundukkan kepalanya. Fira ni, dah hilang suara ke apa, tahu senyum, tunduk kepala..dah tak tahu bercakap ke? Amir Firdaus membebel didalam hati.

“Berisi apa lagi mama? Mir tak faham la..” Amir Firdaus mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia bukanlah jenis orang yang faham jenis cakap tersirat tersirat ni.

“Isy, Mir ni. Itupun tak faham. Maksud mama, mengandung..bila Mir dengan Fira nak bagi mama dengan papa cucu..” Alfira Hanim yang sedang meneguk air terus tersedak dengan soalan mamanya itu. Amir Firdaus cepat cepat mengurut belakang isterinya.

“Sayang minum macam mana ni sampai tersedak…” Amir Firdaus berkata lembut. Diusapnya lagi belakang Alfira. Wajah merah isterinya ditatap penuh prihatin.

“Sakit lagi tak?” Soal Amir lagi.

Alfira sekadar menggelengkan kepala. Yang sebenarnya dia terkejut dengan persoalan tak terjangka dari Datin Faridah. Mereka baru saja nak masuk 3 bulan kahwin sudah ditanya pasal anak? Macam mana kalau sudah setahun kahwin? Pasti naik bernananah telinganya nanti bila soal anak yang diulang ulangkan. Kalaualah mereka semua faham perasaannya kala ini…

“Diaorang ni dalam honeymoon lagi Idah..biarlah mereka berduaan dulu..” Datuk Ir Suffian menjawab pertanyaan isterinya itu bila melihat Alfira seperti kehilangan kata. Terkejut agaknya. Dia faham jiwa anak muda zaman sekarang. Mungkin anak dan menantunya itu inginkan lebih masa berdua sebelum menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga mereka.

“Jangan nak merancang sangat Mir, Fira. Anak ni pembawa rezeki. Sementara Fira masih muda ni, eloklah mengandung awal. Nanti dah berusia sikit, badan pun tak kuat sangat..Nak mengandung pun susah.” Nasihat datin Faridah. Amir dan Alfira sekadar mengangguk. Itu saja yang mampu mereka buat. 

“Fira dah ada tanda tanda mengandung tak?” Soal datin Faridah tiba-tiba. Alfira menelan liur. Mama ni dah tak ada soalan lain ke nak tanya? Asyik pasal anak je..hati Alfira sedikit mengeluh.

Wajahnya sudah terasa panas bila ditanya soalan sebegitu. Macam manalah nak ada tanda mengandung mama, Kami tak pernah bersama pun! Kalau boleh, ayat yang terdetik dihatinya itulah yang hendak dikatakan dihadapan Datin Faridah tapi dia tak mampu membuka mulut. Belum tiba masanya lagi untuk mama tahu. Alfira Hanim sekadar menggelengkan kepala sebagai jawapan.

“Belum ada rezeki lagi mama..lagipun baru nak masuk 3 bulan kami kahwin.Awal lagi..” Amir Firdaus menambah. Janganlah mama dan papa tahu yang dia lansung tak pernah menyentuh isterinya. Boleh pecah telinganya nanti kena leter dengan mama. Setahun pun belum tentu habis leteran berjela jelanya itu. Amir Firdaus tak sanggup membayangkannya lagi. Cukuplah telinganya dulu dah rasa separuh pekak dileteri Datin Faridah semasa nak batalkan perkahwinan dengan Alfira. Dia tak sanggup nak merasainya sekali lagi.

“Hmm..yelah tu. Nak tunggu umur berapa baru nak ada anak. Korang berdua pun bukan muda lagi. Dah 26 tahun. Tak payah nak merancang sangat..”

Amir Firdaus dan Alfira memandang sesama sendiri sebelum sama sama menundukkan kepala. Mereka hanya mampu mendengar. Tak ada kuasa nak membantah kata-kata Datin Faridah. Memang mama tak bersalah bercakap begitu. Semua mak ayah nakkan cucu dari anak mereka tapi dalam kes mereka sekarang, perkara tu takkan mungkin terjadi! Alfira jadi simpati dengan harapan Datin Faridah dan yang mahukan cucu darinya dan Amir. Fira bukan orangnya mama, Insya-Allah, Zarina boleh berikan cucu untuk mama nanti…..hati kecil Alfira berbisik.


**********************

Takut! Tipulah kalau dalam dadanya sekarang tak ada perasaan takut sedikitpun. Malah rasa seram, risau, resah semuanya ada bila duduk berduaan begini. Alfira Hanim masih lagi duduk di balkoni bilik. Angin malam yang lembut menyapa tubuhnya terasa begitu dingin. Pelukan pada tubuhnya diperkemaskan lagi. Walaupun hari ini bukanlah kali pertama mereka tinggl sebilik, namun perasaan gentar itu selalu saja ada. Sudah banyak kali Amir Firdaus mengambil kesempatan ke atas dirinya. Lelaki itu memang tak boleh dipercayai!

Apapun berlaku, dia akan pertahan kan haknya. Dia tak mahu membiarkan perasaanya dipermainkan lagi. Cukuplah luka lama yang masih belum sembuh. Alfira Hanim menghelakan nafas, cuba mengutip semangat untuk berhadapan denagn suaminya sebentar lagi. Kakinya melangkah masuk kedalam kamar Amir Firdaus yang bersaiz sederhana besar itu. Datin Faridah sudah lama dibuai lena didalam kamar sebelah.

Toto yang dibawanya dari biliknya petang tadi dihamparkan diatas lantai. Dia nampak Amir Firdaus sedang melihat setiap perbuatannya itu tetapi dia berlagak selamba. Dia takkan tidur sekatil dengan suaminya. Biarlah banyak manapun ugutan dari amir Firdaus selepas ini dia sudah tak peduli. Cukuplah dia menipu semua orang dengan kebahagiaan yang direka reka. Dia tak mahu tunduk lagi pada ugutan suaminya itu.

“Tidur atas katil ni. Buat apa nak tidur bawah?” Amir Firdaus yang dari tadi menjadi pemerhati mula menegur perbuatan isterinya. Walaupun hatinya masih marah dengan tindakan Alfira sebelum ini, dia tak sampai hati melihat gadis itu tidur beralaskan toto nipis di atas lantai sedangkan dia tidur di atas katil empuk ini.

“ Takpe..saya selesa macam ni..” Selepas menuturkan ayat itu, Alfira terus merebahkan tubuhnya di atas toto. Mujurlah mama ada disini Cuma dua malam. Dia tak sanggup berlama lama begini di bilik lelaki itu walaupun mereka sudahpun berkahwin. Perasaannya jadi lain macam. Dia jadi takut.

Amir Firdaus bingkas bangun dari baringannya. Tubuh isterinya yang dibaluti T-shirt kuning cair dan seluar tidur berwarna kelabu itu dihampiri. Tanpa disuruh, dia turut merebahkan badannya disisi Alfira. Alfira Hanim yang terkejut dengan tindakan Amir Firdaus itu bingkas bangun. Matanya tajam merenung Amir Firdaus yang pura-pura memejamkan mata. Namun dia perasan bibir lelaki itu tersenyum sedikit. Mengada betul!

“Apa ni tidur dekat tempat saya..pergi tidur atas la..” Alfira menolak tubuh Amir Firdaus. Walaupun tubuh sasa itu lansung tak bergerak bila ditolaknya, dia tetap juga menolak. Nak tampar atau pukul nampak biadab pula. Bibirnya diketap tanda geram. Amir ni memang jenis muka tembok gamaknya! Tak tahu malu. Sudahlah suka menuduh dan memarahinya sesuka hati, sekarang penyakit ulat bulunya dah datang lagi! Menyampah betul!

Amir Firdaus yang mendengarkan omelan Alfira pantas membuka matanya. Wajah isterinya dengan mulut yang dimuncungkan itu tampak kelakar pada penglihatannya. Dia ketawa kecil.

“ Pilih. Nak tidur atas ke nak tidur bawah? Abang tak kisah. Janji tidur sama sama..”

Alfira Hanim membulatkan matanya. Gila ke apa mamat ni? Nak kena hantuk dekat dinding kot baru hilang tahap kesengalan kepala otak tu! Alfira mendengus marah.

“Mati hidup balikpun saya taknaklah tidur dengan abang! Pergi tidur atas la..ni tempat tidur saya” Alfira hanim menolak bahu Amir Firdaus menjauhinya.
 Amir Firdaus terus bangun bercekak pinggang. Wajah Alfira dengan rambut yang sedikit menutupi dahinya itu dipandang. 

“ Memangla taknak tidur dengan abang sebab dah berangan nak tidur dengan doktor tu nanti kan?” Memang dia terasa dengan kata-kata Alfira tadi. Niatnya Cuma mahu berbaik baik semula dengan isterinya itu. Sudah kerap benar mereka bergaduh, dia dah terlalu penat! Salahkah dia hendak berbaik? Bukannya nak mengambil kesempatan pada Alfira walaupun ada kalanya dia turut tergoda denagn kecantikan isterinya itu.

Mendengarkan ayat Amir Firdaus,Alfira Hanim terus mengucap panjang. Ya Allah, kenapalah perangai Amir tak pernah nak ubah ubah? Selalu saja menuduhnya perkara yang bukan bukan? Dia sendiri tak pernah nak menuduh hal buruk tentang Amir dan Zarina walaupun dia rasa lagi berhak mempersoalkan tentang hubungan mereka berdua! Duhai hati, bersabarlah…..bisik Alfira didalam hati.

“Abang nak mengarut, mengarutla sorang sorang..saya nak tidur! “ Pantas comforternya ditarik menutupi tubuh dan wajahnya. Dia malas nak bergaduh dengan Amir Firdaus tengah tengah malam buta ni. Tambah-tambah lagi bila Datin Faridah sedang tidur dibilik sebelah. Nanti apa pula kata mamanya bila mendengar mereka bergaduh pada waktu begini. Alfira hanim cuba menyabarkan hatinya.

Amir Firdaus yang melihatkan gelagat Alfira rasa sakit hati. Isterinya itu lansung tak membalas kata-katanya tadi. Betul la Alfira memang sudah merancang untuk hidup bersama dengan Isyraf rayyan. Gadis itu lansung tak menafikan apa-apa. Dia mengepalkan tangannya. Cuba memindahkan rasa geram disitu bila membayangkan wajah kacak doktor muda itu. Kalau Alfira kata dia curang, Alfira pun sama! Semudah itu mendapatkan pegantinya. Baginya perbuatan Alfira jauh lebih teruk kerana tak pernah berterus terang. Sekurang kurangnya dia tak pernah menipu Alfira tentang perasaanya pada Zarina.

Amir Firdaus terus menuju kekatilnya. Memang Alfira dah makin melampau sekarang! Hatinya memeberontak geram.


********************



Sampul surat berwarna coklat dihulurkannya pada lelaki berkaca mata hitam itu. Segaris senyuman sinis terlukir di bibir mungilnya.

“Aku nak kau buat benda lebih teruk dari apa kita buat sebelum ni..” Zarina menjeling lelaki yang duduk di sebelah pemandu didalam keretanya. Kereta di parkir sedikit jauh dari lalauan orang ramai. Pertemuan sulit begini, dia tak mahu ada orang yang nampak kelibat mereka disitu.

“Maksud Cik Rina? Saya tak faham..” Lelaki disebelahnya mengerutkan dahi.

“Aku akan bayar kau lebih dari sekarang. Aku nak dia lebih tersiksa” Zarina mengetapkan bibirnya. Bencinya pada Alfira Hanim makin meluap sekarang. Gadis itu harus dihapuskan! Dia tak boleh menunggu lagi walaupun hanya beberapa bulan saja lagi. Amir Firdaus memang tak boleh dipercayai!

“Habis tu, macam mana dengan Pak Karyo? Cik taknak jumpa dia dah ke?”

“Aku tak cakap yang aku nak berhenti buat cara lama pun Zack! Aku Cuma nak kau buat cara yang lebih berkesan dari ni. Aku tak boleh tunggu lagi. Makin aku tunggu, Amir akan makin jauh dari aku” tangan Zarina menumbuk permukaan stereng kereta. Dia takut rancangannya musnah kalau Amir kembali semula pada Alfira. Tak boleh! Dia mesti cepat bertindak.

“Cik nak saya bunuh perempuan tu ke?” Soal Zakri sedikit cemas. Perempuan seperti Zarina bukan boleh diagak apa yang tersemat didalam otaknya. Segalanaya boleh berlaku. Walaupun baru lagi bekerja dengan gadis itu, dia tahu Zarina memang licik orangnya.

“Memang aku nak dia mati. Tapi kita tak perlu terburu buru..aku ada plan lain. Nanti aku contact kau balik. Duit ni kau bagi dekat Pak Karyo. Suruh dia buat kerja dia. Aku dah call dia kelmarin. Dia tahu apa dia kena buat. Kau boleh keluar sekarang!” Kata Zarina tegas.

“Baik Cik! “ pintu kereta segera dibuka Zack. Sambil memandang ke kiri dan kanan, lelaki itu terus melangkah pergi. Zarina yang memerhati dari dalam kereta tersenyum puas. Aku Zarina lah! Tak ada siapa yang boleh kalahkan aku! Zarina ketawa kuat.

Bersambung...


P/S: Quick update untuk korang yang sabar menunggu =). Saya nak ucapkan terima kasih sangat sebab selalu ikut novel KCI ni.Tak lupa jugak untuk silent readers, mereka-mereka yang datang menjenguk. Mungkin ada yang suka, ada yang tak suka pada novel ni tapi saya tetap hargai. Citarasa orang lain2 kan? Saya masih lagi berusaha menjadi penulis yang baik. Saya tak ada pendorong setia, tak ada pengomen untuk karya2 saya melainkan korang2 aje =(   Andai banyak yang terkurang dan tak memenuhi selera korang, maafkan saya.Saya cuba mengumpul semangat untuk siapkan jugak novel KCI ni walaupun sejak beberapa hari ni saya rasa sedih sangat. Betul kata orang, nak jadi penulis kena kuat semangat dan cekal dengan bermacam kritikan. Kalau saya lambat update lepas ni maafkanlah saya....=(                           ( Ikhlas dari= Fatin Farehah)

Saturday, April 23, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 22 (Part 1)

BAB 22 (Part 1)


Mangkuk yang berisi asam pedas ikan pari yang masih berasap itu diletakkan Afira Hanim dengan penuh cermat diatas meja makan. Begitu juga dengan ayam masak kicap, sayur campur dan udang goreng mentega. Tangannya turut ligat mengatur pinggan dan gelas di atasnya. Alfira tersenyum puas bila melihat semua hidangan sudah sedia terhidang. Langkahnya di atur ke ruang tamu rumah.

“Makanan dah sedia. Jom kita makan..” Pelawa Alfira pada tiga beranak yang sedang rancak berbual. Datin Faridah dan Datuk Ir. Suffian yang baru saja tiba sepuluh minit lalu tersenyum kearah menantu mereka sambil menganggukkan kepala.

“Kalau mama dengan papa rasa masakan Fira ni mesti jatuh hati punyalah. Sedap tau!” Amir Firdaus memuji. Wajah isterinya itu dipandang, namun Alfira menundukkan kepala, mungkin malu dipuji sedemikian rupa. Tangan Amir Firdaus yang memeluk bahunya dibiarkan saja walaupun dia kurang selesa. Dia tahu, Amir cuma berlakon dihadapan ibu bapanya sekarang.

Datin faridah dan Datuk Ir. Suffian mengambil tempat duduk berhadapan dengan Alfira manakala Amir Firdaus duduk disebelah isterinya itu. Alfira Hanim mencedokkan nasi ke dalam pinggan mereka berempat. Memasak bukanlah tugas sukar baginya kerana sejak dari umur awal belasan tahun lagi dia sudah di ajar memahirkan diri dengan ilmu dapur. Sebab itu dia tidak pernah kekok ketika berada didapur.

“Ehm…baupun dah rasa sedap ni..mesti rasa lagi sedap kan?” Datuk Ir. Suffian memuji. Datin Faridah disebelahnya turut mengiakan. Alfira hanim yang mendengar sekadar tersenyum. Sebenarnya, dia malu dipuji begitu sedangkan dia bukanlah tukang masak yang hebat. Kira lepaslah setakat hendak kenyangkan perut!

“Rasa dulu papa, mama. Fira ni macam macam tahu masak. Mir hari-hari makan dekat rumah lepas dah kahwin ni. Dah tak layan dah nasi kedai tau..” Amir Firdaus mencedokkan asam pedas ikan pari kedalam pinggan kedua orang tuanya.  Begitu juga ke dalam pinggan Alfira. Sejak dari mula mereka bercinta, dia memang gemarkan masakan gadis itu. Masa mereka masih belajar dulu, Alfira selalu saja memberinya makanan yang dimasak dirinya.

“Hmm..memang sedap.Patutla anak papa ni dah berisi sikit lepas kahwin. Suka hati rupanya ada isteri pandai masak, jaga makan minum..hati pun bahagia kan?” Datuk Ir. Suffian berseloroh. Dia gembira melihat kemesraan yang tejalin antara anak dan menantunya. Semoga mereka sentiasa dalam kebahagiaan selalu, itulah doa yang selalu dipohonnya. Tak ada seorang bapapun yang mahukan anaknya hidup menderita.  Dia berharap sangat kata-kata orang tentang hubungan sulit antara Amir dan Zarina hanya gossip semata mata.

“Asyik Mir je yang makin berisi, Fira bila nak berisi?” Amir Firdaus ketawa mendengar soalan mamanya. Terasa lucu pula bila dia cuba membayangkan jika Alfira Hanim  dalam versi gemuk. Entah bagaimanalah rupa isterinya itu? Namun, baginya, dalam apa jua keadaan, Alfira tetap kelihatan cantik.

“Ala mama..Mir dah suka badan Fira macam ni. Buat apa nak berisi lagi. Dah Ok apa macam sekarang. Tak kurus sangat, tak gemuk sangat..maintain aje..”

“Hisy kamu ni. Maksud mama, berisi lain la”

Amir Firdaus yang mendengarkan soalan mamanya mengerutkan dahinya tanda kurang faham. Ditolehnya Alfira hanim disebelah mengharapkan penjelasan namun gadis itu lansung tidak memandang kearahnya. Alfira hanya menundukkan kepalanya. Fira ni, dah hilang suara ke apa, tahu senyum, tunduk kepala..dah tak tahu bercakap ke? Amir Firdaus membebel didalam hati.

“Berisi apa lagi mama? Mir tak faham la..” Amir Firdaus mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia bukanlah jenis orang yang faham jenis cakap tersirat tersirat ni.

“Isy, Mir ni. Itupun tak faham. Maksud mama, mengandung..bila Mir dengan Fira nak bagi mama dengan papa cucu..” Alfira Hanim yang sedang meneguk air terus tersedak dengan soalan mamanya itu. Amir Firdaus cepat cepat mengurut belakang isterinya.

“Sayang minum macam mana ni sampai tersedak…” Amir Firdaus berkata lembut. Diusapnya lagi belakang Alfira. Wajah merah isterinya ditatap penuh prihatin.

“Sakit lagi tak?” Soal Amir lagi.

Alfira sekadar menggelengkan kepala. Yang sebenarnya dia terkejut dengan persoalan tak terjangka dari Datin Faridah. Mereka baru saja nak masuk 3 bulan kahwin sudah ditanya pasal anak? Macam mana kalau sudah setahun kahwin? Pasti naik bernananah telinganya nanti bila soal anak yang diulang ulangkan. Kalaualah mereka semua faham perasaannya kala ini…

“Diaorang ni dalam honeymoon lagi Idah..biarlah mereka berduaan dulu..” Datuk Ir Suffian menjawab pertanyaan isterinya itu bila melihat Alfira seperti kehilangan kata. Terkejut agaknya. Dia faham jiwa anak muda zaman sekarang. Mungkin anak dan menantunya itu inginkan lebih masa berdua sebelum menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga mereka.

“Jangan nak merancang sangat Mir, Fira. Anak ni pembawa rezeki. Sementara Fira masih muda ni, eloklah mengandung awal. Nanti dah berusia sikit, badan pun tak kuat sangat..Nak mengandung pun susah.” Nasihat datin Faridah. Amir dan Alfira sekadar mengangguk. Itu saja yang mampu mereka buat.  

“Fira dah ada tanda tanda mengandung tak?” Soal datin Faridah tiba-tiba. Alfira menelan liur. Mama ni dah tak ada soalan lain ke nak tanya? Asyik pasal anak je..hati Alfira sedikit mengeluh.

Wajahnya sudah terasa panas bila ditanya soalan sebegitu. Macam manalah nak ada tanda mengandung mama, Kami tak pernah bersama pun! Kalau boleh, ayat yang terdetik dihatinya itulah yang hendak dikatakan dihadapan Datin Faridah tapi dia tak mampu membuka mulut. Belum tiba masanya lagi untuk mama tahu. Alfira Hanim sekadar menggelengkan kepala sebagai jawapan.

“Belum ada rezeki lagi mama..lagipun baru nak masuk 3 bulan kami kahwin.Awal lagi..” Amir Firdaus menambah. Janganlah mama dan papa tahu yang dia lansung tak pernah menyentuh isterinya. Boleh pecah telinganya nanti kena leter dengan mama. Setahun pun belum tentu habis leteran berjela jelanya itu. Amir Firdaus tak sanggup membayangkannya lagi. Cukuplah telinganya dulu dah rasa separuh pekak dileteri Datin Faridah semasa nak batalkan perkahwinan dengan Alfira. Dia tak sanggup nak merasainya sekali lagi.

“Hmm..yelah tu. Nak tunggu umur berapa baru nak ada anak. Korang berdua pun bukan muda lagi. Dah 26 tahun. Tak payah nak merancang sangat..”

Amir Firdaus dan Alfira memandang sesama sendiri sebelum sama sama menundukkan kepala. Mereka hanya mampu mendengar. Tak ada kuasa nak membantah kata-kata Datin Faridah. Memang mama tak bersalah bercakap begitu. Semua mak ayah nakkan cucu dari anak mereka tapi dalam kes mereka sekarang, perkara tu takkan mungkin terjadi! Alfira jadi simpati dengan harapan Datin Faridah dan yang mahukan cucu darinya dan Amir. Fira bukan orangnya mama, Insya-Allah, Zarina boleh berikan cucu untuk mama nanti…..hati kecil Alfira berbisik.


Bersambung

P/s: Maaf sebab n3 pendek je. Ni untuk part 1 Bab 22. Huhuhu.....saya tak sempat sangat nak menulis tapi bila ramai yg request nak saya update cepat, saya post jugak sikit. Sudi2 kan komen . Next week saya update lagi cerita ni. Hope korang enjoy! Daaa.....jaga diri ye. saya kena bekerja hari ni..Sedih =(    huhuhuhu.....

Wednesday, April 20, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 21

BAB 21


Tangan sasa yang erat mengenggam tangannya buat Alfira rasa tidak selesa. Beberapa kali dia cuba meleraikan gengaman kuat itu namun gagal. Wajah Amir Firdaus yang sedang fokus pada pemanduannya itu dijeling kurang senang. Ikutkan hatinya mahu saja ditampar tampar wajah kacak yang suka memaksanya. Biar lelaki itu tahu betapa sakitnya hatinya sekarang.

 Tadi, sedang elok dia berjalan bersama pekerja pekerja syarikatnya untuk ke restoran bagi menikmati makan tengahari, tiba tiba saja Amir Firdaus datang menarik tangannya. Entah dari mana lelaki itu datang dia lansung tak dapat menjangka. Selalunya, waktu tengahari begini suaminya itu tidak pernah mengajaknya makan bersama. Entah apa mimpi Amir Firdaus semalam sampai baik hati sangat ingin makan bersamanya. Walaupun dia menolak, tangannya tetap diheret ke tempat parkir kereta. Malu dengan para pekerja yang melihat gelagat mereka, dia terpaksa juga menurut.

“Lepaslah! Saya tak suka la abang pegang-pegang saya. Tangan tu guna untuk pegang stereng bukan pegang tangan orang!” Mulut comel Alfira mula mengomel. Amir Firdaus yang mendengar kata kata isterinya itu pura pura tidak dengar. Mulutnya rancak menyanyi bait bait lagu yang keluar di corong radio. Gengamannya ditangan Alfira Hanim makin dikejapkan. Alfira jadi menyampah dengan perilaku Amir Firdaus itu. Pekak tak bertempat!

“Don’t touch me!” Alfira Hanim meningggikan suaranya. Direntap tangannya kuat namun masih gagal. Hisy, dia ni tanagn cap besi ke cap apa ni? Kuat betul pegang tangan aku, ngomelnya didalam hati.

“Habis kalau bukan abang siapa yang boleh sentuh Fira? Lelaki tu? Dah berapa banyak Fira bagi dia sentuh Fira? Hah?” Amir Firdaus membalas. Suaranya ikut tinggi. Dia sakit hati dengan penolakan Alfira Hanim walaupun dia tahu gadis itu berhak berbuat demikian. Gambaran kemesraan Alfira dengan lelaki berkereta Vios yang terlayar diruang matanya membuatkan hatinya makin sakit. Tengahari tadi selepas tamat mesyuarat buru buru dia mencari isterinya itu untuk mengajak menemaninya makan tengahari. Tetapi penolakan Alfira buat hatinya terasa.

“Apa abang merepek ni? Jangan nak mengarut…saya tak semurah itu!” Alfira marah dengan tuduhan tidak berasas Amir Firdaus. Tujuh tahun dia menghambakan cintanya pada lelaki itu, menjaga adab sopan pergaulan mereka, semudah itu dia dituduh perempuan tak bermaruah?

“So, why I cannot touch you? Fira isteri abang, jangan memandai nak buat peraturan yang tak ada dalam agama. Ingat, selagi Fira masih isteri abang, tak ada lelaki lain yang boleh sentuh Fira, faham? Inipun cukup baik abang pegang tangan je sedangkan lebih dari nipun abang ada hak ” Kasar kata-kata Amir Firdaus. Dia tak dapat membayangkan jika ada lelaki lain yang berani menyentuh isterinya itu walaupun sekadar di tangan. Dia tak sanggup melihatnya walaupun Alfira bukan miliknya lagi nanti.

Alfira mencebikkan bibirnya. “ Oh..kalau saya haram bersentuh dengan lelaki bukan muhrim, yang abang berpegang tangan dengan Zarina tu apa hukumnya? Kalau macam tu boleh pulak. Jangan nak hipokrit la..abang pandai menuduh saya yang bukan-bukan, tapi diri abang tu, pernah ke abang tengok? Abang yang letakkan hukum tu!!” Perli Alfira. Amir Firdaus tidak pernah nampak kesalahan sendiri. Buruknya saja yang nampak. Mencipta perjanjian tetapi tak lansung menunaikannya. Alfira mencemuh didalam hati. Kenapalah dia boleh percaya pada lelaki itu dulu?

“Abang memang akan kahwin dengan Zarina..Apa jadipun dia tetap akan jadi isteri abang dan ingat, abang boleh kahwin lebih dari satu!” Selamba Amir Firdaus menjawab. Keretanya dihentikan dihadapan sebuah restoran masakan kampung.

“Kalau abang nak kahwin hari nipun saya tak kisahlah! Yang penting ceraikan saya..I don’t want this hipocrit married!” Selepas menuturkan ayat itu Alfira melangkah keluar. Pintu kereta dihempas kuat tanda protes. Terkelu lidah Amir Firdaus dengan tindakan drastik isterinya itu. Dia mengaku apa yang dikatakan Alfira itu benar belaka tetapi hatinya terasa berat untuk melepaskan Alfira. Dia tak tahu mengapa walhal hubungan mereka bukanlah mesra, setiap hari ada saja  pergaduhan tercetus. Mereka tidak seperti pasangan lain yang baru berkahwin. Kalau adapun, mungkin kemesraan semasa mereka berbulan madu di Venice dulu. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Hati Alfira sekarang tidak lagi selembut dulu.

************

“Abang minta maaf..abang tak patut cakap Fira macam tu. Abang cuma risaukan Fira.” Amir firdaus memulakan bicara setelah lama mereka membisu. Wajah mendung Alfira ditatapnya namun gadis itu cuma menunduk, mungkin masih marah dengan sikapnya tadi.

“Fira..please. Abang minta maaf sangat-sangat” Amir Firdaus masih memujuk bila melihat tiada respon dari isterinya itu. Alfira hanim memanggungkan kepalanya. Renungan suaminya itu dibalas.

“Saya ada maruah, ada harga diri. Kalau bukan sekalipun saya ni isteri orang, saya takkan sewenangnya biarkan diri saya disentuh lelaki lain. Tuduhan abang memang sangat melampau.” Ada nada sesal di hujung kata-kata Alfira Hanim. Dia jadi pelik dengan sikap Amir Firdaus yang seakan cemburu. Kalau tidak cinta dan sayangkan dirinya, untuk apa lelaki itu berasa cemburu? Bukankah dulu lelaki tu yang memberi kebenran untuk dia bebas berkawan? Tetapi kenapa kini Amir berlagak macam polis pencen pula? Alfira jadi rimas.

“Abang minta maaf. Abang kenal Fira Cuma abang takut Fira tersalah pilih kawan. Mana tahu kalau dia tu saja nak ambil kesempatan dekat Fira..” Jawab Amir Firdaus.

“Abang, Rayyan tu doktor yang rawat nenek..saya kenal dia” Balas Alfira lagi. Dia kembali menyuapkan makananan kemulutnya. Walaupu selera makannya seakan mati, dia cuba menghabiskan makanan yang masih bersisa di pinggan. Membazir bukanlah tabiat hidupnya.

“Fira!”

Alfira cepat cepat menoleh bila mendengar namanya dipanggil. Dia kenal suara itu. Tepat sangkaannya bila tubuh tinggi lampai Isyraf Rayyan sudah berdiri disisi meja makan mereka berdua. Segaris senyuman dihadiahkanya untuk lelaki itu.

“Rayyan datang dengan sapa dekat sini? Eh, jemputlah duduk..” Kata Alfira Hanim, wajahnya yang tadi mendung sudah bertukar ceria. Lupa sudah pada pertengkaran yang baru berlaku antaranya dan Amir Firdaus.

“Dengan my friend..Eh, takpe. Saya kejap je ni..ada hal,” Isyraf Rayyan menoleh kearah Amir Firdaus yang hanya membisu tanpa suara. Wajah lelaki itu nampak sedikit kelat. Mungkin terkejut dengan kehadiran tak terduga begini. Tangannya dihulur untuk berjabat dengan lelaki yang merangkap suami Alfira Hanim itu.

“Hai..saya Isyraf Rayyan..Awak Amir kan, suami Fira?” Ucap Isyraf Rayyan mesra. Dia masih ingat pada wajah kacak Amir Firdaus. Amir Firdaus menyambut huluran tangan itu. Dia sekadar mengangukkan kepala. Dia yakin pemuda tinggi lampai itu adalah lelaki yang menghantar Alfira pulang tempoh hari. Serta merta dia jadi kurang selesa.

“ Fira, awak dah dapat email saya hantar pagi tadi?” Soal Isyraf Rayyan ceria. Walaupun dari jauh, dia sudah dapat mengecam wajah gadis cantik itu. Alfira memang sangat cantik. Bertuah Amir kerana memiliki isteri yang cantik dan baik seperti Alfira. Isyraf Rayyan memuji didalam hati.

“Alamak, Rayyan..saya tak sempat nak check email lagi hari ni. Awak email apa erk?” Nada suara Alfira Hanim sedikit kelam kabut. Pagi tadi, terlalu banyak kerja yang perlu diuruskannya sehingga dia tak punya masa untuk menyemak email.

“Tak ada yang penting sangat Cuma pasal ekspedisi memanjat gunung tahan awal bulan depan. Jom la join. Boleh ajak hubby Fira ikut sekali..” Isyraf Rayyan menoleh pada Amir Firdaus yang masih diam membisu. Namun, tiada respon dari Amir Firdaus.

“Eii, bestnya! Dah lama Fira tak panjat gunung tau. Ok, nanti Fira bagitau jawapan. Tapi, kemungkinan besar Fira ikut” Alfira Hanim menjawab riang. Terserlah barisan gigi putihnya yang cantik tersusun bila tersenyum. Alfira suka berkawan dengan Isyraf Rayyan kerana lelaki itu punya minat yang sama dengannya.

“Mir.. you pun joinlah sekali..” pelawa Isyraf Rayyan kepada Amir Firdaus pula. Amir Firdaus hanya tersenyum tawar.

Dia sebenarnya kurang senang dengan kehadiran lelaki bernama Isyraf Rayyan disitu. Melihatkan wajah ceria Alfira, hatinya disapa rasa cemburu. Alfira tak pernah seceria itu bila bersamanya. Saban hari hanya wajah masam mencuka saja yang dihadiahkan padanya. Paling menyedihkan bila suara Alfira tidak pernah selembut itu bila mereka bercakap. Wajah cantik Alfira direnungnya penuh minat. Renungan Amir Firdaus lansung tidak disedari Alfira kerana dia sedang rancak berbual dengan Isyraf rayyan. Amir Firdaus terasa rindu untuk melihat senyuman manis isterinya seperti ketika ini. Lebih dari itu, dia rindukan Alfira Hanim yang dikenalinya dulu. Amir  Firdaus mengeluh kecewa.

“Saya nak balik!” Lamunan Amir Firdaus terhenti bila mendengarkan suara Alfira. Hilang sudah bayang Isyraf Rayyan dari pandangan matanya. Entah bila lelaki itu berlalu pergi dia lansung tidak sedar. Mungkin ketika dia sedang asyik merenung isterinya itu. Tiba-tiba saja perasaan cemburunya bertandang. Kemesraan Alfira dan Isyraf rayyan yang terlihat dihadapan matanya tadi buat hatinya terasa sakit.

“Suka hatilah jumpa buah hati tadi” lancar saja mulut Amir Firdaus berkata.
Alfira Hanim yang mendengar sekadar mendengus geram. Baru tadi lelaki itu beria meminta maaf  tetapi sekarang seperti mahu memanjangkan lagi perbalahan antara mereka. Apa kena dengan Amir ni? Hatinya mengeluh.

“Saya penatlah nak layan tuduhan tuduhan abang tu..saya nak balik. Banyak lagi kerja saya nak kena buat dekat office tu..”

“ Tak sabar nak balik buat kerja ke nak berchatting dengan mamat tu..?” Nada suara Amir Firdaus seakan mengejek. Melihatkan mata lelaki itu yang tajam merenungnya, Alfira hanim rasa mahu bagi penampar saja pada mulut yang lancang bersuara itu. Biar mulut itu diam terus dari asyik menyakitkan hatinya.

Alfira Hanim mengetap bibirnya, cuba menahan geram. Kalau bukan kerana mereka berada ditempat awam, dia takkan semudah itu membiarkan dirinya dituduh sedemikian rupa.

“A’ah..memang saya tak sabar sangat nak balik berchatting….puas hati?” Alfira menjawab. Lantas punggungnya diangkat. Tas tangan diatas meja dicapai. Dia ingin segera pergi dari terus menerus mendengar ayat ayat Amir Firdaus yang menjengkelkan itu.

Amir firdaus yang terkejut dengan tingkah isterinya itu buru buru membuat bayaran di kaunter. Kalau Alfira Hanim rasa marah, dia seribu kali lagi berhak untuk marah. Terasa haknya sebagai suami tercabar. Dia beristigfar beberapa kali untuk menyabarkan hatinya yang mula terasa panas membara!


********************************


Habis semua baju baju Alfira hanim bertaburan di atas lantai. Begitu juga dengan barang-barang peribadi yang lain. Alfira Hanim dan Amir Firdaus kelam kabut memindahkan barang barang dari bilik Alfira ke bilik utama yang didiami Amir Firdaus sekarang. Tengahari tadi, Datin Faridah menelefon memberitahu akan datang kerumah mereka malam ini. Mula-mula memang Amir Firdaus tidak terkejut tetapi bila ibunya memaklumkan untuk menumpang tidur dirumah mereka selama 3 hari terus dia rasa macam nak pitam. Cepat-cepat dia menarik tangan Alfira untuk segera pulang kerumah mereka walaupun waktu pejabat belum lagi habis. Dia takut segala rahsia mereka dirumah itu diketahui mamanya!

“ Mana Fira letak gambar kahwin kita?” Soalan yang keluar dari mulut Amir Firdaus kedengaran pelik. Alfira hanim yang sedang mengeluarkan semua barang barang mandiannya dari bilik air mengerutkan dahi. Sejak bila pula Amir amabil berat pasal gambar perkahwinan mereka?

“Abang nak buat apa?”

“Nak gantung la. Nanti mama datang tengok rumah ni tak ada gambar kahwin kita mesti dia membebel. Fira bukan tak tau perangai mama tu” Jawab Amir Firdaus. Dia turut membantu Alfira mengangkut barang barang peribadi yang lain.

“Ada dalam almari sebelah atas. Dalam kotak”

Pantas kaki Amir Firdaus melangkah ke arah almari baju yang sudah kosong. Kotak sederhana besar berwarna hitam itu dicapai. Kotak itu masih berbungkus elok. Nampak sangat kotak lansung tak pernah dibuka. Rakus saja jari jemari Amir Firdaus mengoyak kertas pembalut yang membungkus kotak itu. Dikeluarkan empat bingkai gambar yang mengandungi gambar perkahwinan mereka. Gambar perkahwinan itu ditatapnya. Sangat cantik!

Pelukannya yang mendarat ditubuh Alfira seolah olah mereka adalah pasangan paling bahagia pada hari bersejarah itu. Dia takkan pernah lupa pada tubuh Alfira yang mengigil sewaktu pertama kali berada dalam pelukannya. Dia tahu Alfira malu, tapi dia sengaja pura pura tidak faham. Betapa Indahnya saat itu walaupun hanya lakonan semata. Amir Firdaus tersenyum sendirian.

“Kita nak gantung dekat mana gambar ni?” Soal Amir Firdaus pada Alfira. Isterinya itu sedang menyusun baju bajunya didalam almari pakaian dibiliknya. Mujurlah didalam biliknya ada satu almari pakaian yang masih kosong.

Alfira Hanim mengangkat bahu. “Ikut suka hati abanglah” Tanpa menoleh dia menjawab.

“Kita gantung dekat ruang tamu dua, lagi dua kita gantung dekat bilik kita” Amir Firdaus memberi cadangan. Dia sudah menarik keluar paku simen dan penukul dari dalam laci mejanya.

“Bukan bilik kita, bilik abang. Tak payah gantung gambar tu dekat bilik saya..” Selamba saja Alfira Hanim menjawab.

“Habis tu kalau tak gantung gambar kita, nak gantung gambar sapa? Gambar Fira dengan doktor tu? ” Amir Firdaus menjawab marah. Mendegarkan penolakan Alfira hatinya terus diserbu rasa marah. Dia benci tiap kali mengingatkan kemesraan Alfira dan doktor bernama Rayyan itu.

Alfira hanim  menepuk dahinya. Dah datang dah angin kus kus mamat ni..adoi! Dia mengeluh dalam hati. Kata-kata Amir Firdaus lansung tidak dijawabnya. Dia tak mahu bergaduh untuk waktu ini. Kedatangan mama malam ini yang lebih penting sekarang! Semuanya mesti nampak sempurna. Dia tak mahu masalah rumah tangga mereka turut diketahui ibu dan neneknya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk membongkarkan rahsia mereka!

“ Jangan sesekali nak keluar dating dengan doktor tu pulak bila mama ada. Ingat, mama tak perlu tahu tentang masalah kita, “ Kata-kata Amir Firdaus amat menjengkelkan bagi Alfira.

Perasan bagus lagi! Sepatutnya nasihatkan diri sendiri tu, jangan mengatal dengan Zarina bila mama ada, ni nasihatkan aku pulak..nampak sangat tak sedar diri ! “ Mulut comel Alfira mengomel perlahan, khuatir didengari suaminya.

Bersambung 


P/S: Sorry sebab xdapat nak cepat2 update mcm yang ramai mintak.Huhuhu...weekend ni pun saya terpaksa dtg office sebab ada kerja urgent. Maybe xdapat nk post entri baru. Papepun, Thank's membaca dan komen! Saya sangat2 hargai tau =) .Hehehehe.. A lot of love to all my lovely readers!

Friday, April 15, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 20

BAB 20

Kereta Vios milik Isyraf Rayyan berhenti betul betul dihadapan rumah teres dua tingkat bercat kuning itu. Langit diluar sudah bertukar gelap, tanda siang sudah hampir melabuhkan tirainya. Isyraf Rayyan menoleh kea rah Alfira hanim disisi.

“ Biar saya jumpa suami Fira..” Bicaranya lembut.

Alfira Hanim menegrutkan dahinya, Dia terkejut saat melihat Amir Firdaus sedang berdiri di muka pintu. Lelaki itu sedang merenung tajam kearahnya.

“Tak payahlah Rayyan..elok awak balik je.Lagipun dah pukul 8 ni.Nanti terlewat solat maghrib pulak..”

“Takpelah..biar saya explain dekat dia. Lagipun saya yang ajak Fira pergi sana tadi. Balikpun dah time macam ni. Buat dia risau je..” Isyraf rayyan masih lagi memujuk. Melihat wajah Amir Firdaus yang masam mencuka dia agak kusar. Bimbang sikap ambil beratnya pada Alfira Hanim disalah ertikan.



“No..It’s Ok..Mir dah tahu. Saya dah bagitau dia awal awal lagi. Awak jangan risaulah..dia memang macam tu..” Alfira membalas lembut. Dia pasti Amir Firdaus sedang bengang dengannya kerana seharian tidak menjawab pangilan telefon dan mesej yang dihantar suaminya itu. Bukan kerana dia pulang bersama Isyraf Rayyan. Lelaki itu memang tak pernah kisah akan hidupnya!. Alfira Hanim melepaskan nafas berat. Terasa malas hendak bertekak dengan Amir Firdaus sekejap lagi. Dia masih belum bersedia.

“Dia nampak macam marah je..Takpelah, biar saya explain” Isyraf Rayyan pantas membuka pintu keretanya tanpa sempat dihalang Alfira hanim. Gadis itu turut kelam kabut melangkah keluar. Langkah kaki Isyraf Rayyan yang laju menuju ke pintu pagar rumahnya pantas dihalang.

“Rayyan..please……” Halang Alfira Hanim. Wajah doktor muda itu dipandangnya mohon pengharapan. Baginya, tak ada apa yang perlu dijelaskan isyraf Rayyan.

Melihatkan wajah Alfira hanim yang penuh pengharapan itu, Isyraf rayyan mengangukkan kepala. Dia mengangkat tangan kearah Amir Firdaus yang masih berdiri di pintu rumah sambil menghadiahkan senyuman. Lelaki itu membalasnya walaupun senyuman yang diberi bagaikan tawar. Namun tetap melegakan hati Isyraf Rayyan yang dihambat kebimbangan. Suami mana yang tidak curiga andai isteri tercinta dihantar pulang lelaki lain? Tetapi niatnya ikhlas.

“I have to go..take care ok. Kirim salam dekat your hubby..” Kata Isyraf Rayyan sebelum masuk semula dalam keretanya. Alfira Hanim menganggukkan kepala.

“Hati hati awak..” Pesannya sebelum kereta berwarna putih itu menderu pergi.

Alfira hanim melangkah selamba ke pintu rumah. Mata Amir Firdaus yang tajam merenungnya lansung tidak dihiraukan biarpun hatinya tetap terasa cuak. Tanpa memandang wajah masam suaminya itu, Alfira Hanim cuba masuk kedalam rumah walaupun tubuh Amir Firdaus dimuka pintu sedkit menghalang laluannya.
“Siapa lelaki tu?” Nada suara Amir Firdaus kedengaran keras.

Alfira Hanim pura pura tidak dengar. Langkahnya dipercepatkan walaupun dia sedar Amir Firdaus membontoti dibelakang.

“Fira! Tak dengar ke abang tanya ni?” Kuat suara Amir Firdaus ditelinganya. Alfira hanim mendengus geram.

“Kawan” Alfira Hanim sudah menjejakkan kakinya keanak tangga sebelum Amir Firdaus menghalang langkahnya.

“Your boyfriend, right?” Soal Amir Firdaus penuh curiga.
Alfira Hanim ketawa kecil.

“Kalau dia boyfriend saya sekalipun apa kena mengena dengan abang..itu hak saya kan
“Oh..so betul la mamat tu boyfriend Fira. Patutla excited sangat nak bercerai..dah ada boyfriend yang menanti”  Balas Amir Firdaus. Dia tak tahu kenapa hatinya tidak senang dengan lelaki yang menghantar Alfita tadi. Siapa dia? Pergaulan mereka yang nampak mesra buat hatinya rasa terbakar.

“Saya yang nak ke abang yang nak? Hmm? Saya malas la nak bertekak dengan abang sekarang. Saya nak solat maghrib, nak mandi, nak masak..tepilah!” Alfira Hanim menolak tubuh sasa suaminya itu. Dia berlari anak naik ke tingkat atas.

“We have to talk..banyak benda abng nak cakap dengan Fira. Lepas mandi turun bawah. Abang dah beli makanan tadi. Tak payah nak masak” Jerit Amir Firdaus kuat namun tiada balasan dari alfira. Yang kedengaran hanyalah bunyi pintu yang dihempas kuat.


*****************


  “ Apa ni?” Amir Firdaus melemparkan surat berwarna hijau itu kepada Alfira Hanim. Surat perjanjian itu jatuh di atas meja kopi berhadapan gadis itu. Alfira Hanim hanya melihat sekilas ke arah kertas itu. Agaknya mamat ni dah buta huruf kot, takkan surat yang terang terang bertulis bahasa melayu tu tak tahu nak baca? Ngomel Alfira didalam hati. Dia hanya mendiamkan diri.

“ Kalau tak pandai guna phone tu buang je. Menyusahkan orang je bila call tak tahu nak jawab! “ Marah Amir Firdaus. Dia memang bengang dengan sikap Alfira hanim yang begitu liat hendak menjawab panggilan telefon atau mesej darinya.

 Amir Firdaus yang tadinya berjalan mundar mandir dihadapan Alfira melabuhkan punggungnya di atas sofa dihadapan Alfira hanim. Dia cuba menenangkan hatinya yang masih panas dengan sikap isteri yang baru dinikahinya dua bulan lalu. Alfira dah banyak berubah, tidak lagi selembut dulu. Malah, mulut comel itu sudah pandai menjawab.

“ Abang nak tahu, kenapa Fira buat surat ni? Untuk apa? Lelaki tu yang suruh kan? “ Teka Amir Firdaus. Alfira hanim mengerutkan dahinya. Pelik bila Amir Firdaus menyoal begitu. Bukanke lelaki itu yang menetapkan perjanjian ini? Dia Cuma tukang tulis saja! Atau Amir Firdaus dah lupa ingatan sebab mabuk kepayang denagn Zarina sampai dah terlupa syarat perjanjian yang berulang kali diucapkannya dulu?

“ Lelaki mana? Memang ada lelaki yang suruh tapi bukan orang lain abang jugak..abang sendiri yang cakap nak ceraikan saya lepas setahun. Tetapkan syarat dalam perjanjian perkahwinan kita. So, apa nak kecoh-kecoh sangat. Saya cuma tukang tulis..saya taknak perjanjian setakat atas angin je..” Bals Alfira Hanim, tidak puas hati dengan kata-kata Alfira hanim.



“ Itu abang tahu. Tapi tak perlulah nak buat lafaz cerai taklik macam ni..Fira akan jadi janda automatik lepas perkahwinan kita cecah satahun tahu tak?” Amir Firdaus mula meninggikan suara. Wajah putih Amir Firdaus tanpa secalit make-up itu dipandangnya. Namun, sekejap dia memandang kea rah lain. Melihat wajah manis itu, hatinya mudah saja jadi lembut.

“Ya. Saya tahu dan saya tak kisahpun. Memang itu yang abang nak sangat selama ni kan? Lagipun, abang bukan nakpun kita kahwin.  Dahlah, saya malas nak cakap panjang. Abang lebih tahu sebab abang sendiri yang nak semua ni. Abang dah sign kan? So, biar saya yang simpan!” Alfira Hanim mencapai kertas hijau dihadapanya. Dia berdiri untuk melangkah pergi namun dahinya kembali berkerut bila menatap surat itu. Tulisan “ Abang takkan ceraikan Fira!” Buat hatinya mendidih rasa marah.

“Kenapa tak sign? Abang jangan nak cuba tipu saya! “ Alfira hanim membaling kertas hijau itu dihadapan wajah Amir Firdaus namun lelaki itu cepat menepis. Dia ikut berdiri bila melihat Alfira sudah bercekak pingang.

‘Abang bukan bodohlah..ingat macam tu mudah abang nak lepaskan fira. Fira tak fikir ke apa parent kita fakir kalau tahu kita bercerai sebab surat perjanjian ni? Tak fikir ke pasal nenek. Dia tengah sakit, Fira nak dia cepat mati ke kalau tahu kita bercerai sebab surat perjanjian bodoh ni?”

Alfira hanim mendengus geram. Amir Firdaus memang cari pasal betul!

“ Perjanjian bodoh ni abang jugak yang buat tahu tak? Jangan memandai nak langggar janji abang. Saya tetap nak kita cerai! I don’t care! Ingat saya nak sangat ke kahwin dengan abang kalau tak fakir pasal nenek. Lepas abang sendiri yang batalkan perkahwinan kita ni dulu lagi hati saya ni dah nekad” Alfira Hanim membalas. Dia tak peduli, apa pun terjadi dia tetap akan mempertahankan maruahnya. Dia bukan budak kecil yang hanya tahu mengikut telunjuk!

“ kenapa nak cerai sangat ni? Hah? Dah tak sabar nak kahwin dengan jantan tu kan? Seronok la bila dah ada jantan yang sudi melayan, hiburkan hati sampai keluar dating tak ingat nak balik rumah. Tak sedar diri tu masih isteri orang!” Kata-kata Amir Firdaus yang berbisa itu buat Alfira tergamam. Sejauh itu tuduhan keatasnya? Amir Firdaus memang terlalu biadab! Bercakap tanpa mengunakan otak.

“ Oh..kalau saya keluar dengan lelaki abang cakap tak sedar diri saya ni isteri orang. Yang abang siang malam terkinja kinja dengan si zarina tu apa? Sedar dirilah kan..macam tu lah suami mithali ye..Sayapun tengah belajar jadi isteri mithali macam abanglah ni…keluar dengan lelaki, pergi jalan-jalan..betul kan macam tu? Encik Amir! Saya ni dah penat, dah letih sangat bertekak ye..ikut sukalah apa abang nak cakap pun. Yang saya tahu, janji tetap janji. Saya bahagia abangpun bahagia..Ok?” Selepas menuturkan ayat itu, Alfira hanim berlalu pergi meninggalkan Amir Firdaus yang masih terkesima dengan kata-kata yang dituturkannya tadi. Padan muka! Ingat aku ni lemah! Rasakan! Ngomel Alfira didalam hati. Dia suka hati melihat wajah kelat Amir Firdaus bila dia memulangkan paku buah keras tadi. Terus mulut lelaki itu yang rancak memarahinya tadi terkunci.


Amir Firadaus terduduk lemah diatas sofa. Mulut Alfira lancang bersuara itu buat dia terkaku. Dia lansung tak menyangka selicik itu isterinya boleh bertindak. Dia takkan pernah lupa pada wajah Alfira yang basah dengan tangisan. Ketika itu, dia rasa bangga kerana gadis itu sangat menyintainya walaupun cintanya sudah lama mati. Tapi, bila Alfira sudah punya penganti kenapa dia rasa benci? Kenapa dia rasa marah teramat? Bahagiakah dia? Bahagia ke dia sekarang? Bertubi tubi soalan menerjah fikiran Amir Firdaus namun satupun tak mampu dijawabnya.


********************


“Abang..saya tak sedap hati sangat ni. Saya rasa memang ada yang tak kena dengan anak dan menantu kita tu..” Datin Faridah mengadu pada suaminya. Cerita yang disampaikan teman rapatnya semasa di butik tadi buat dia tak senang duduk. Datuk Ir. Suffian yang sedang membaca buku menoleh kearah isterinya yang sedang berbaring. Ketika itu, mereka sudah berada dibilik tidur.

“Apa yang tak kena ni Idah? Abang tengok elok je Mir dengan Fira tu. Datang dan balik keja sama-sama…” Bals Datuk Ir. Suffian. Buku yang dipegangnya itu kembali ditatap. Datin Faridah bangun dari baringannya. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil.

“Ada kawan saya nampak Mir keluar dengan Zarina” Balas Datin Faridah. Selepas mendengar cerita Datin Rukiah di Butik tadi memang hatinya jadi tidak tenteram. Mustahil teman karibnya itu menipu. Nak kata Datin Rukiah tersilap orang mustahil sebab sahabatnya itu kenal sangat dengan anak anaknya. Zarina pula anak kenalan perniagaan mereka. Datuk Ir Suffian yang mendengar kata-kata Datin Faridah sekadar menggelengkan kepala. Isterinya itu dari dulu tak habis habis dengan syak wasangkanya.

“ Orang lain kot. Takkanlah Mir nak buat macam tu dekat isteri dia.” Datuk Ir Suffian  tanpa menoleh ke arah isterinya. Datin Faridah mengeluh.

“Abang ni, kalau saya cakap selalu je tak percaya kan..”

“Bukan tak percaya, saya taknak syak wasangka..”

“Abang jangan lupa. Mir tu pernah nak batalkan majlis perkahwinan dia sebab gilakan budak Rina tu. Tak mustahil kalau dia boleh buat hal lagi walaupun dah kahwin..”  Datin Faridah menjawab. Walaupun dihadapan mereka hubungan anak dan menantunya itu nampak baik tetapi naluri keibuannya merasakan ada yang tidak kena, ditambah lagi dengan cerita rakannya yang pernah terserempak beberapa kali dengan Amir Firdaus dan Zarina.

“Jangan fikir sangat Idah. Kita doakan saja yang terbaik untuk diaorang tu…” Ringkas jawapan Datuk Ir Suffian, cuba untuk menteteramkan hati isterinya.
“Abang..saya nak pergi mengintip budak berdua tu. Next week abang pergi kursus tiga hari kan? Saya taknak ikut la abang pergi Sabah . Biar saya tidur dekat rumah diaorang. Saya nak siasat betul tak Mir tu dah berubah”  Kata Datin faridah. Dia tak boleh berdiam diri sekarang.
Datuk Ir Suffian menggelangkan kepala bila mendengar cadanngan isterinya itu. Sampai ke tahap itu Datin Faridah hendak menyiasat? Tapi, dia tak rasa patut menghalang. Kalau itu semua demi kebaikan anak dan menantunya, dia tak kisah.
“Ikut suka hati awaklah Idah..saya tak kisah. Nanti jangan lupa bagitau budak budak tu awak nak tumpang tidur rumah diaorang nanti…” Balas Datuk Ir. Suffian seraya merebahkan badannya ke atas tilam. Matanya sudah terasa mengantuk.
“Thank’s abang..” Jawab Datin Faridah sambil tersenyum. Dia senang hati dengan kebenaran yang diberikan suaminya tadi.
*****************

Zarina menyisir rambutnya yang masih basah. Dia tersenyum bila melihat wajah cantiknya di cermin. Dia berasa bangga dengan rupa dan tubuh menawan yang dimilikinya hari ini. Lebih membanggakannya bila aset yang dimilikinya itulah yang menjadi kegilaaan ramai lelaki. Dia tak perlu bersusah payah menagih cinta lelaki yang diingininya kerana mereka semua mudah saja tunduk kepada kecantikan yang dimilikinya termasuklah Amir Firdaus.

Zarina ketawa kecil bila mengigatkan kekasih barunya itu. Membuatkan Amir Firdaus jatuh cinta kepadanya bukanlah perkara yang mudah. Lelaki itu sangat menyintai tunangannya dulu. Tetapi dia bukan gadis yang mudah menyerah. Dalam kamus hidupnya belum pernah ada lelaki yang gagal dimilikinya. Walau apapun halangannya, dia akan pastikan yang dia takkan pernah gagal! Dan itu terbukti bila jejaka kacak itu akhirnya berjaya ditaklukinya.



Namun, seketika ketika ketawa Zarina terhenti bila mengingatkan sikap Amir firdaus kebelakangan ini. Kekasihnya itu tidak lagi semesra dan seceria dulu bila bersamanya. Amir sering saja termenung dan kurang bercakap. Dia benci dengan situasi itu. Dia akui walaupun dulu dia tidak menyukai Amir Firdaus tetapi sekarang dia amat memerlukan lelaki itu dalam hidupnya. Dia takkan sesekali mebiarkan lelaki itu kembali pada Alfira walau apa cara sekalipun.Itu tekadnya. Sampai bila bilapun Amir hanya miliknya seorang!

Zarina mencapai telefon bimbitnya. Dia perlu menghubungi seseorang. Seseorang yang banyak membantunya selama ini. Seseorang yang telah menjayakan banyak rancangannya.
Beberapa ketika bercakap di gagang telefon, Zarina mematikan taliannya. Dia tersenyum puas. Dia yakin rancangannya kali ini pasti memusnahkan hidup Alfira! Ketawa Zarina bergema diseluruh ruang biliknya.

Bersambung...


P/S: Thank's sangat2 untuk semua yang baca dan komen..! Sorry sangat busy sekarang tapi try curi2 masa nak menulis..(Sebenarnya dah cair dengan pujuk rayu korang suruh post new entri..Hehehehe...) Need ur comments plz!