About Us

Friday, July 22, 2011

Bila Saya nak Kahwin?



Soalan ini dah jadi soalan yang dah sebati denagn saya since about 8 months saya habis belajar. Jawapan
saya mudah saja, "Bila dah sampai jodoh, saya akan kahwin....".Kalau bukan setiap haripun pasti setiap minggu soalan yang sama saya dengar....sana sini orang bertanya, kadang-kadang rasa rimas jugak.Hehehehehe...itu belum campur sanak saudara dekat kampung yang bertanya bila saya nak menamatkan zaman bujang. Paling kerap nenek saya, maklumlah orang tua-tua, dia bukan suka tengok cucunya berkawan dengan lelaki lama-lama tanpa ikatan yang sah. Betul tu..kalau kahwin lagi baik sebab hubunganpun halal. Huhuhuhu...

Usia saya baru 24 tahun, saya rasa saya bukan sampai tahap "terdesak" lagi untuk punya suami.Niat tu memang ada tapi bila akan berlansung, saya tak tahu. kalau ada rezeki, cepatlah.kalau tak, terpaksalah saya terus menunggu. Bagi saya, soal jodoh ini sudah ditetapkan Allah SWT. Cepat atau lambat, kalau sudah tiba masanya, saya akan berkahwin juga. Insya-Allah.....Saya taknak menjadikan kesibukan atau sedang mengumpul duit sebagai alasan untuk tidak mahu kahwin. Bukan pasal tu, tapi belum sampai masanya. teman teman rapat sayapun ramai dah berkahwin takkanlah saya tak punya keinginan yang sama untuk ada keluarga sendiri.  Ada....Insya-Allah kalau umur saya panjang, akan tiba juga saat itu. Aminn...

Monday, July 11, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 32 (Part 1)





Maaf terpaksa remove n3 untuk bab ini kerana memberi laluan kepada proses penyiapan manuskrip untuk novel ini. Thank's pada semua yang menyokong saya selama ini =)

Monday, July 4, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 31


Sorry terpaksa di remove bab 31 dari blog kerana dalam proses siapkan manuskrip. Thank's pada semua yang menyokong.

Sunday, July 3, 2011

Mula Terasa Kurangnya Keakraban Dalam Berkawan

Saya melalui kehidupan yang normal macam orang lain, zaman kanak kanak yang hanya tahu berseronok, zaman persekolahan yang penuh dengan kisah pahit, manis dan lucu dan zaman universiti yang mengenalkan saya dengan bermacam benda baru. Dari seorang yang serba tak tahu, saya menjadi sesorang yang kadang2 terlebih tahu! Hehehehe...Sekarang memasuki alam pekerjaan.terlalu awal untuk membuat penilaian tetapi bagi saya semuanya nampak baru dimata saya. kehidupan sosial saya tidak lagi seperti waktu belajar dulu. Pergi kerja sewaktu matahari baru nak naik, balik kerja pula time waktu dah hampir senja. Sampai rumah, makan, rehat dan tidur.Normal process setiap hari. Hujung minggupun saya tak banyak sangat nak keluar kesana sini. banyak duduk berehat di rumah ataupun ke rumah maksu saya. Kawan-kawanpun dah ramai bekerja di merata tempat. Boyfriend sayapun sama. Tak ada disini sebab bekerja di Pulau Pinang. So, saya masih lagi bersendiri dalam menguruskan semua hal.



Masa time belajar memang saya tak rasa lansung hidup saya ni "kosong" sebab saya selalu ditemani kawan-kawan kemana mana saja saya pergi dan buat. Tetapi bila dah bekerja, hubungan "berkawan" tu hanya terbatas diwaktu kerja pula. Lagipun bila bekerja, kita lebih banyak bertemu dengan golongan yang sudah bekeluarga, so tentu sekali hubungan "berkawan" itu ada batasnya.

Bila kawan kawan rapat saya sudah bertunang dan berkahwin, jurang "persahabatan" itu makin dalam pula saya rasakan. Saya tumpang bahagia dengan kehidupan baru mereka tetapi dalam masa yang sama saya tetap terasa sedih kerana "persahabatan" yang bertahun tahun terjalin tidak mungkin lagi seakrab dulu. mereka tidak mungkin dapat keluar berjalan jalan, makan, tengok wayang, shopping dengan saya seperti dulu. mereka juga tak mungkin dapat menemani saya selalu. Semua sudah ada tanggungjawab sendiri dan bagi saya, process ini adalah normal bila seorang perempuan sudah berumahtangga.



Seperti kata emak saya "Kawan akan pergi dan datang dalam hidup kita" lebih lebih lagi bila dah bekerja. Bila kerja ditempat lain, lainlah pulak kawannya. Bukan bermaksud kita lupa kawan tapi masa dan keadaan tak membolehkan kita sentiasa akrab dalam persahabatan. Sebab itu saya rasakan zaman sekolah dan Universiti adalah zaman yang paling sesuai untuk berseronok dalam berkawan. Nikmatnya bersahabat, hanya waktu itu saja yang terasa. Lagi satu, mungkin ketika diri masih bujang dan tak terikat dengan apa-apa komitmen. Waktu inilah yang paling sesuai untuk "enjoy" dengan kawan-kawan. Selagi saya masih sendiri, Insya-Allah saya akan mencuba untuk tidak sia siakan persahabatan yang ada. Dan jika diizinkan Allah, saya mahu kekal bersahabat walaupun dibataskan oleh jarak, masa dan tanggungjawab.

Friday, July 1, 2011

Yang Pahit &Manis Sepanjang 3 Tahun Hidup Merantau

Masuk jer bulan July 2011, maka genaplah 3 tahun saya menjadi perantau di bumi selangor ni..Hehehe.Kejap je kan masa berlalu.Sedar tak sedar rupanya dah 3 tahun saya bermaustatin disini. Ingat ke lepas habis jer belajar dekat UiTM pada hujung tahun lepas saya akan berhijrah ke tempat lain, rupa rupanya jodoh saya masih disini.

Semperna ulang tahun ke-3 saya menginap di Selangor ini, saya nak flash back balik peristiwa pahit & manis sepanjang saya disni..

YANG PAHIT =(

1) Menjadi Mangsa Ragut


Inilah satu satunya peristiwa yang paling saya tak dapt lupa sampai sekarang. Baru sebulan saya datang Shah Alam saya dah jadi mangsa ragut. Benda ni jadi dekat Klang masa saya tengah menunggang motorsikal. Luckly, tak ada apa2 kecederaan berlaku dekat saya. Saya just hilang duit, pakaian, ic, kad bank, lesen dan macam2 lagi. Effectnya...sampai sekarang saya jadi trauma tiap kali ada motor ikut belakang saya.

2) Rumah Sewa Dirompak


Peristiwa ni berlaku pada tahun pertama saya di Shah Alam. Masa tu bulan puasa. Yang peliknya, saya lansung tak sedar time bila pencuri tu masuk sedangkan time tu saya tengah study dalam bilik. Saya hanya dengar bunyi tingkap pecah. Saya ingat ke kucing sebab selalunya mmg kucing rajin nak masuk rumah kami, tetapi rupanya pencuri! Mujurlah saya tak keluar dari bilik untuk check, kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan saya. Mujurlah barang barang saya semuanya selamat. Yang hilang barang barang akak umah termasuklah duit, kamera dan laptop.

3) Kemalangan


Saya pernah mengalamai kemalangan kecil dengan kereta di dalam UiTM. Time tu saya menunggang motorsikal. Mujur tak ada yang serius, saya cuma luka di kaki dan tangan sedikit. Alhamdulillah..semuanya dalam keadaan baik. Tetapi saya tetap ingatkan kejadiaan tu sebab itulah kali pertama saya mengalami kemalangan sepanjang saya memandu! Nauzubillah...mintak mintaklah semua ni dijauhkan. Aminn...

4) Sesat Jalan!


Hehehe..saya tak tahulah ni kategori mana tapi kira pengalaman pahitlah kan sebab asyik sesat jalan jer..tapi paling saya tak boleh lupa saya pernah sesat sampai ke KL! Mula2 saya bawak motor dari rumah makcik saya di klang nak  balik ke Shah Alam. Tahu tahu saya dah ada dekat KL. Hahahaha..! Tak pasal pasal saya ponteng kelas hari tu. Takut jangan cakaplah, saya sendiri tak tahu nak bagitahu dekat orang dekat mana saya berada. Last2 mujurlah saya jumpa seorang abang yang baik hati ni..dia yang tunjukkan saya jalan balik ke Shah Alam..sampai sekarang saya tak berani nak try jalan yang saya tak familiar sorang2! Takut kejadian lama jadi balik..hehehehe

5) Naik Berat Badan Sampai 10KG!

                   SEBELUM DATANG SHAH ALAM

Sebelum Datang Shah Alam (Tahun 2007)- Time saya masih kurus..hehehehe

Nipun gambar before datang Shah Alam..kurus kan saya?hehehe..


 SELEPAS 3 TAHUN SAYA DI SHAH ALAM









Tahun 2011- kebulatan terserlah..hehehehe


Memang nampak macam lawak, tapi hakikatnya berat badan saya dah bertambah sebanyak 10 kg dalam tempoh 3 tahun saya merantau.Hehehe..Tahun pertama, berat badan maintain lagi..tapi masuk jer tahun ketiga, terus mendadak naik..tak tahulah sebab apa.kalau pasal makan, dari dulu lagi saya kuat makan cuma badan tak naik naik..hehehehe.Azam tahun ni nak kuruskan badan tapi nampaknya macam tak menjadi jer..asyik naik jer ni.Huhuhu.....

YANG MANIS =)

1) Get My Degree in Civil Engineering!


Inilah peristiwa manis yang paling saya suka. Selepas 2 tahun lebih saya berhempas pulas belajar dekat UiTM Shah Alam, finally I get my degree..Syukur Alhamdulillah..walaupun masa tahun pertama saya pernah jatuh disebabkan bermacam hal terjadi dekat saya, akhirnya saya dapt tamatkan pengajiann dengan jayanya. Syukur sangat2!

2) Dapat Kerja!



Walaupun ini bukanlah pekerjaan yang pertama dalam hidup saya, tetapi kerja sekarang memang kerja yang betul2 mengikut kelulusan saya. Alhamdulillah...tak sangka akan dapt kerja dekat Selangor jugak. Ingat ke dapatlah pergi tempat lain..Hehehehe...

3) Jumpa Kawan2  & Housemate Yang best!




Dekat sinilah saya jumpa kawan2 kelas yang tersangatlah best dan happening..walaupun sekarang ni banyak yang dah buat haluan sendiri tetapi kenangan yang tinggal takkan saya lupakan sampai bila2! Lagipun kami masih berhubung sampai sekarang...Housemate sayapun best jugak! Memang satu kepala dengan saya. Sebab tu walaupun dah bekerja dekat Kelana Jaya saya taknak pindah rumah.Tetap nak duduk Shah Alam jugak.Heheheehe...Love you all so much!

 4) Bertemu dengan Cik Pinky







Dekat bumi selangor ni jugaklah saya berjaya membeli aset pertama saya yang saya namakan "Cik Pinky". Syukur Alhamdulillah...selepas lama menyimpan impian nak memiliki kereta sendiri, saya dapat jugak beli baru baru ni. Ramai orang cakap nape xnak ambik myvi baru jer, tapi saya punya alasan saya yang tersendiri. Tak kisahlah macam manapun asalkan saya puas hati dengan apa yang saya ada sekarang. Betul tak?


Itu jer yang saya nak cerita semperna 3 tahun saya hidup merantau. banyak manis dan pahitnya. Tapi saya bersyukur kerana masih menjadi diri saya yang dulu. Kemodenan lansung tak mengubah pegangan agama dan adat yang saya pegang selama ini. Terima kasih pada keluarga dan mak ayah saya yang sentiasa mengambil berat tentang diri saya. Tanpa didikan mereka, tak mungkin saya menjadi seperti diri saya sekarang.