Sayang Kamu !!!

Wednesday, November 14, 2012

Review: DIY Bilik Pengantin


Bilik pengantin majlis sebelah saya memang sangat2 “simple”.  Dan paling best, lari dari idea asal saya. Mula2 nak buat langsir campuran warna putih & hijau lumut tapi disebabkan mesin jahit saya buat hal di saat2 genting, yang sempat saya jahit cuma langsir putih aje. Yang langsir hijau tu terus saya gunting2 hias dekat katil aje. Sedih betul…memang “pucat” jadinya bilik pengantin saya. Huhu…

Saya mmg mahukan warna “putih” untuk bilik pengantin. Nak nampak suci la konon-konon nya. Tapi ada gak orang yang bising2 cakap bilik saya simple sangat tapi saya wat tak pedulipun. Yang betulnya, bukan mudah nak menghias bilik saya tu sebab my dad tak suka bab2 hack dinding umah dia. So, saya harus fikirkan sesuatu yang tak perlu saya nak menebuk lubang dinding atau mencacat celakan dinding kesayangan ayah saya ni. Hehehe….idea paling senang, buat aje bilik pengantin macam bilik tidur biasa. Simple tapi nak jugak nampak “ suci, bersih & murni” (eh, ape punya motto la…?)

First, misi mencari set bilik tidur. Disebabkan dekat bilik saya cuma ada katil bujang, dah nak kawen ni terpaksalah cari katil besar kan. Asalnya bilik tidur saya besar tapi tukar dengan adik bongsu sebab dia nak sangt bilik tidur saya tu. Lagipun bila di fikir-fikir dia memang duk rumah mak ayah saya, biarlah dia ambik bilik besar. Saya ni sekali sekala aje balik. Huhu…Mujur dekat rumah family saya, ayah memang dah buat sorang satu bilik untuk anak2 dia yang 4 orang ni, so isu rebut2 bilik tidur memang tak ada. Kalau dah kawenpun, boleh balik kampung tidur bilik sendiri walaupun saya dapat bilik paling kecik. Hehe… Saya beli set bilik tidur + tilam yang harganya 1400 ringgit. Gigih simpan duit untuk beli set bilik tidur ni tau!.… tupun beli yang murah aje . Huhu… kalau dekat KL harga perabot jauh lebih murah tapi kalau dekat kampung, mahal lah sikit walaupun kualiti macam yang harga murah dekat KL tu tapi xapalah, bukan katil tu saya guna hari-hari pun. saya pilih warna putih sebab bilik saya tu kecik je. Nak bagi nampak luas sikit bila guna warna putih. Cat bilik memang dah warna putih. Cat masih elok so tak payah sibuk nak cat baru. Jimat!

Mula2, saya sukakan idea buat bunga rose dalam frame. Tapi disebabkan kesuntukan masa, memang idea tu terpaksa dilupakan. Lepas tu timbul idea bunga kipas dan bunga rose besar2 lekat dekat dinding bilik, tapi xjadi jugak. So, fikir punya fikir, saya tukar idea kepada DIY wall sticker. Rasa lebih mudah & cepat.  Lagi satu, kosnya murah! Ayah tak bagi ketuk2 dinding umahkan, so kita main pelekat-pelekat aje ok?hehe..




Dan, inilah bilik pengantin saya…





Simple je kan? Ye saya tahu ia sangat simple! Tak macam bilik pengantinpun..huhuhu..Tapi nak jugak wat review sbb dah DIY sendiri walaupun tahu tak adanyer org nak tiru idea “simple giler” saya ni. Hehe…

DIY wall stickers. Ini je idea yang ada..huhu


Cadar saya beli cadar cotton yang “best”. Harga dalam  RM 59.90 lepas diskaun. Beli dekat Jaya Jusco.  Cadar ni walau nampak biasa tapi kainnya memang best sangat. Tak ingat beli yang berapa thread count nye tapi memang super duper best! Soft, sejuk dan rasa best bila tidur. Walaupun saya tak suka cadar warna “putih” tapi cadar ni I love it so much! walaupun ada yang bising2 cakap macam cadar asrama tak ada skirting bagai tapi saya enggak peduli dong!  Aish, nak aje cakap saya punya bilik, saya punya suka hati la nak pakai cadar cap apa pun kan? Cap asrama pun takpelah janji kain dia best!(degil !).

Bantal kecik2 tu pulak yang warna putih dengan hijau lumut tu saya beli dekat Jusco jugak. Harga yang bantal putih kecik tu RM 6.90. beli 2 biji. Yang besar  RM 15.90. beli 2 biji jugak. Sekarang bantal2 tu angkut bawak balik guna di umah kiteorang.

bantal comel2 warna hijau lumut & putih


Untuk hiasan dekat katil. Saya beli bunga-bunga berantai panjang tu. Yang bunga besar2 yang letak dekat hujung katil beli dekat Jitra, harga dalam RM 18.90. Mahal sikit tapi puas hati sebab bunga dia besar2 then panjang. (bunga tu sekarang wat hiasan dekat rak buku dekat rumah kami). Bunga yang sangkut dekat langsir tu harga RM 8 satu. Saya beli 4 tangkai sebab kecik2 aje bunga dia. Dua warna putih dua lagi warna pink. Beli dekat kedai bunga seksyen 18 shah alam.  Sekarang bunga tu masih tersangkut di situ walaupun dah habis majlis. Nak tanggalkan husband cakap xpayah sbb comel katanya. Hehe…


bunga soft yellow + putih sikit2,,


time ni terjatuh pulak bunga tu tapi esoknya baru dibetulkan..hehe..time malam snap gambar ni


Untuk ceriakan bilik pengantin, saya letak hiasan bunga lagi. Satu dekat meja solek satu lagi dekat meja kecil tepi katil. Yang dekat meja solek tu lupa nak snap gambar. Beli bunga ros yang nampak fresh. Harga RM 1.90 je satu. Saya beli 2. Memang nampak macam bunga ros hidup! Beli time lelong dekat Chow kit. Yang bunga dekat meja tepi katil tu saya beli dekat kedai bunga seksyen 18 jugak. Harga murah je, 10 inggit. Beli then gubah sendiri. Senang! Nak kasi wangi2 bilik tu saya belilah pewangi untuk rumah yang ambi pure tu. So wangilah bilik saya!


Karpet untuk bilik mak saya belikan. Warna memang tak ikut tema tapi xpe, sebab mak yang bagi. Thank’s mak! Itu aje hiasannya. Simple dan sampai sekarang benda2 yang saya beli tu diguna pakai balik. Tak rugi bila DIY ni sebb saya bukan duduk dalam bilik pengantin pun time kenduri. Ambik gambar sikit2 then kena keluar layan tetamu. Apapun, macam org kata, kalau dekat kampung memang bilik pengantin jadi tumpuan orang even pengantin tak adapun dalam bilik. Hehe… Yang bestnya DIY ni semua benda kita boleh guna balik. Tak rugi pun walaupun ianya cuma hiasan yang “simple”.




 simple2 aje ok! 


Next: akan review bilik pengantin time bertandang pulak





8 comments:

  1. tu lah kan. org mesti akan tuju kat bilik pengantin walaupun pengantin tak ada. biar simple asal tak serabut. Kan Imah? HIHI.

    ReplyDelete
  2. cantikla imah..simple2 sudah..xpayah nk crowded sgt

    ReplyDelete
  3. cntiklah...bialah simple pun..jnji puas hati kan....bdget pun bdget kita sendiri kan..hasilnya mesti imah puas hati...cntiklah...mmg terserlah kesuciaannya... :)

    ReplyDelete
  4. isshh..sukanya akak tengok bilik pengantin ni..simple but sweet n bersih je..akak curi idea ni ye..hehe

    ReplyDelete
  5. tahniah...... walaupun simple tp nice.......jujur dgn budget sndrik :))

    ReplyDelete
  6. jom sertai kami =)

    http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/sticky-post-giveaway-istimewa-mei-jom.html

    ReplyDelete
  7. bilik & pengantin sama2 cute :)

    ReplyDelete
  8. kudos from me... mesti husband syg sbb isteri dia creative and pandai berjimat :D

    ReplyDelete

Blog Menjaring Impian ini wujud sebagai blog personal saya. Saya menulis tentang hidup saya, pandangan saya, apa yang saya lalui dan alami. Mungkin blog ini boleh menjadi kenangan buat saya tentang apa yang saya alami sepanjang menjalani kehidupan. Mungkin juga sebuah catatan untuk anak cucu saya kelak. Terima kasih kerana berkunjung dan ingin memeberi komen di sini. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa juga mencerminkan siapa kita di mata umum. Boleh komen dan kritik.. Walau bagaimana pun bentuk teguran dan kritikan, diharap dapat menjaga sensitiviti orang sekeliling dan orang lain bila anda berada di blog kerdil ini. Thank you. Peace =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...