About Us

Thursday, May 22, 2014

Breastfeeding journey- Bukan seindah yang disangka


Mungkin entri kali ni ada orang yang tak setuju dengan apa yang saya nak cakap. Maybe ada yang nak condem. Persepsi orang macam-macam kan. Tapi saya xkisah sebab orang yg pernah alami je faham. Cakap pasal susu anak ni memang boleh jadi topic hot. Boleh buat ada yang terasa hati, ada yang sampai nak gaduh.
Niat saya dari mula memgandung memang nak susukan Fayyadh sepenuhnya. Kalau boleh nak selama 6 bulan tu hanya susu ni je yang fayyadh minum. Memang itu yang jadi nawaitu saya.
Tapi apa yang berlaku bukan macam yang saya nak. Bukan saya tak pernah terfikir nak jadi tapi tak sangka kerana sikap bertegas saya dalam breastfeeding saya hampir buat fayyadh sakit. Memang sedih bila ingatkan balik. Kesilapan yang saya takkan lupa sampai bila-bila.
Hari pertama Fayyadh lahir, memang takde susupun yang keluar. Sedih sebab saya tak dapat terus susukan Fayyadh sebaik dia menjenguk dunia. Hari ke-2, nurse datang ajar saya cara nak bf kan baby. Itupun susu nak tak nak je keluar. Jenuh picit baru keluar. Tupun sikit. Fayyadh pulak masih x pandai na hisap. Dia xnak bukak mulut lansung untuk hisap susu. Bila nurse macam  paksa dia untuk hisap susu dia menangis teruk. Tapi nurse pesan keep bf kan baby. Lama2 susu akan keluar banyak.so, masa dekat hospital memang diorang bagi fayyadh susu formula. Memang time ni saya sedikit kecewa tapi saya yakin saya mampu bf kan fayyadh. Susu ada. Cuma sikit.
Balik rumah sewa kami dekat setia alam..saya still jugak usaha nak bf fayyadh. Saya pernah baca yang baby baru lahir minum sikit je. So saya bf je fayyadh dengan yakin yang susu yang keluar sikit2 tu cukup untuk dia. Fayyadh pulak kuat nangis so husband suruh bagi formula milk( fm)  sebab fikir dia tak kenyang. Tapi saya bertegas tak nak bagi fayyadh fm. Only breast milk untuk fayyadh. Sebab selama ni saya dah selalu didedahkan yang susu ibu adalah susu terbaik buat dia. Susu ibu kalau diberi kerap akan jadi banyak. Baby baru lahir x minum banyak susu. Cuma kerap.
Tapi saya lupa yang tak semua baby yang lahir dekat dunia ni sama perangainya. Fayyadh ada masalah nak hisap dengan betul maybe sebab n****e pendek sama. Tak semua wanita yang melahirkan tu ada susu yang sama kuantiti.tak semua akan dapat rezeki susu meriah. Saya pulak susu keluar sikit sangat time tu. Lepas tu bertegas sangat nak bg bm je taknak fm. Siap hampir bergaduh lagi dengan husband yang fayyadh dah cukup dengan susu badan je. Tak perlu fm.
Tapi apa yang berlaku sebab sikap yakin saya tu? Fayyadh dehydrate! Saya rasa bodoh giler time tu.rasa bersalah sangat dekat fayyadh. Sebab nak sangat fayyadh just minum bm saya. Sampai dia kencing pun berdarah. Bukan sekalu banyak kali. Dia dehydrate.
Sebab dehydrate jugakla dia kena jaundice. Saya rasa bersalah sangat. Rasa x berguna sebagai ibu. Lepas tu saya bagi je fm dekat fayyadh. Saya tak peduli dah apa orang nak kata dekat saya. Sanggup saya bagi fm dekat anak. Ikutkan bacaan saya memang banyak yang cakap bagi je bf nanti susu keluar banyak. Memang betul. Tapi take time. Bukan waktu tu jugak.saya hari ke-5 baru keluar banyak sikit. Bagi fm. Bukan benda jahat pun. Bukan maknanya kita ni pemalas. Tak usaha. Tak sayang anak. Daripada baby tu dehydrate yang effectnya lagi buruk baik bagi je fm. Saya dah usaha tuam, pump tapi memang hasil sikit sangat. Tapi saya bagi jugak fayyadh minum walaupun sikit. Takkan nak biar dia lapar dan dehydrate sekali lagi kan?
Mujur ada jugak yang faham bila dekat hospital saya terpaksa bancuh susu formula dekat fayyadh masa dia tengah jaundice. Saya tahu bf ubat terbaik untuk jaundice. Kena bagi dia kerap bf tapi nak buat macam mana susu saya sikit sangat. Tupun saya  kerap pump dan bf. Saya bagi dia kerap minum supaya dia banyak membuang supaya jaundice dia turun.
Hari ke-7 barula susu keluar banyak lepas berurut. Tupun jenuh usaha bagi fayyadh nak bf. Dia dah biasa minum pakai botol dulu kan so bila nak direct feeding dia macam tak nak. Asyik nangis. Tak boleh nak hisap betul2. Mak dengan kakak usaha ajar cara bf yang betul. Saya usaha...usaha...memang tak putus asa untuk bf fayyadh.  Tak putus berdoa agar susu saya banyak dan fayyadh nak direct feeding sepenuhnya. Bukan ikut time dia je. Doa semoga Fayyadh cepat pulih dari sawan tangis dia.
Dengan dia yang siang malam asyik nangis. Saya dalam pantang terpaksa handle anak sorang diri. Time dekat kedah mak dapat ambik cuti seminggu je untuk jaga saya sepenuhnya.  Lepastu dah kena keja tapi ada adik tolong tengokkan saya. Petang ke malam baru mak dapat tengok2kan fayyadh. Balik kelantan lagila kena usaha handle fayyadh dan diri sendiri dari pagi sampai pukul 3 ptg seorang diri sbb mil keja jgk. Lepas tu bru dia tolong2 tengokkan. Tahu tak mcm mna saya nak handle anak yg keja nangis xnak berhenti dengan zero knowledge & experience? Tak boleh tinggal lansung dan dlm msa yg sama nak bagi dia bf kdg2 dia tolak. Ada masa kalau tak lapar sangat je nak. Nak pump sapa nk jaga dia? Saya sendiri pukul 2 baru boleh mandi. Rasa tak terurus lansung diri.  Pagi tu mandikan dia dulu. Uruskan dia saya kemudian lepas mil balik. Saya bersyukur sebab mil banyak tolong tengok dan jaga fayyadh bila dia nangis teruk . samala makpun even masing2 keja. Saya takde nak terasa apapun tp bersyukur sebab diorang banyak tolong saya walau xdpt nk jga saya sepenuhnya sepanjang hari saya berpantang. Saya banyak pikir macam mana nak buat bagi fayyadh tak menangis sangat. Kadang2 saya menangis sama sebb sedih sangat.dia tolak untuk direct feeding bila lapar, saya terpaksa bagi fm. Terpaksa campur susu. Bm & fm. Tapi fm tu sehari sekali dua je bagi. Tupun bila dia dah mengamuk. Kecewa..tapi nak buat macam mana itu je yang mampu buat. Takde rezeki nak fully breastfeeding kan fayyadh.
Bila fayyadh dah masuk 2 bulan baru penyakit menangis tak berhenti dia hilang. Baru nak jugak tido. Kalau tidak, tido kejap je jaga. Barulah dia nak direct feeding sepenuhnya kalau dengan saya. Alhamdulillah saya bersyukur sangat. Berkat kesabaran saya. Kalau tak bila dia nangis memang dia lansung tak nak direct feeding. Kna pump masuk botol. Tupun kalau sempat nak pump. Kalau tak, memang selalunya fm je.
Bila saya masuk keja lepas 2 bulan cuti memang saya takde stock banyakpun untuk ebm fayyadh yang nak dihantar pada pengasuh. Saya bagi formula milk untuk pengasuh dia dan stock ebm hari2. Tapi ebm saya hantar memang tak cukup untuk tampung keperluan dia dari pagi sampai petang. Saya bagi 10-11 oz je sehari sebab tak cukup stock. Memang kena top up fm. Dia pulak kuat menyusu.
Dekat rumah memang bf je. Alhamdulillah lepas 2 bulan dah hilang sawan tangis dia. Dia takde dah mengamuk nak botol. Semua df je kalau dengan saya. Even kena top up fm pun saya usaha jugak untuk banyakkan stock ebm walau susu saya tak meriah macam org lain tapi cukup untuk fayyadh.  Dapat maintain pling kurang 10oz ke atas hntr ebm dkt pengasuh pun dah ok. Kalau dapat banyak dari tu memang dia tak top up fm lansung dengan pengasuh.
Terpulang la apa orang nak cakap pada ibu2 yg terpaksa bagi fm dekat anak or bm dan fm. Saya sendiri tak pernah kutukpun org bg fm dekat anak. At least kita dah usaha dan sentiasa usaha nk bnykkan susu nak bf. Kakak saya dlupun anak sulung dia tak dapat nk bf sepenuhnya. Sampai 9 bulan je. Tupun campur. Tapi anak kedua dpt fully bf sampai umur 2 tahun. Rezeki dia. Maybe anak seterusnya nanti ada rezeki nak fully bf. Tapi saya harap sangat untuk fayyadh kalau tak dapat fully bf pun tapi dapat bf dia sampai umur 2 tahun.
Saya memang terasa kalau orang nak cakap org yg bg fm tu xsayang anak. Malaslah. Jangan mudah menuduh kalau tak tahu cerita sebenar.  Ujian dan rezeki setiap dari kita xsama.

Posted via Blogaway

Tuesday, May 20, 2014

Berpantang Lepas Bersalin-Ini Pengalaman Saya


Fayyadh dah nak masuk 3 bulan hujung minggu ni barula mamanya ada masa nak mengupdate cerita pasal berpantang. Ya Ampun…sibuk benar. Nak story ni kena ada feeling lebih baru banyak benda boleh nak taip. Kalau tak, nak tulis satu ayatpun payah.

Saya takdela berpantang terlalu extreme. Biasa je. But, I wish for second child I will do better than this. 2 minggu berpantang di rumah parent sendiri dekat kedah dan selebihnya dengan family in law di kelantan. 2 budaya berpantang yang sangat berbeza. Kalau bukan sebab mak saya bekerja, memang saya nak habiskan berpantang dekat kedah je. Huhu…

Dekat kedah memang saya rasa sangat2 dijaga. Dilayan sangat2 sampai satu apapun mak saya tak bagi buat sendiri. Nak mandipun air orang dah siap sediakan. Samela mandikan baby pun. Memang best even mak saya sangat strict bab berpantang. Dari cara jalan, cara duduk, nak buat apa semua ada cara. Memang asyik kena tegur je. Masuk toilet lama sikit je dah kena bising, katanya main air lama sangat. Huhu…

Menu berpantang maybe sama macam orang lain. Ikan bakar, kukus, sup, gorengpun ada jugak. Sayur just boleh makan sayur sawi je. Sayur lain tak boleh. Tapi tak tahulah kenapa time berpantang selera je nak makan sawi even hari2 pun. Nikmat pulak rasa sayur sawi tu. Nasi kena makan panas2. Kena yg fresh dimasak. Tak boleh yang dipanaskan balik. Samala sayurpun. Air kena minum yang suam2 je. Kalau dah sejuk tak boleh. Suam je. Orang dulu2 cakap tak boleh minum banyak air nanti perut buncit kan tapi saya minum banyak je air. Tak bolehla minum sikit2 mau dehydrate nanti. Mujur bab ni mak xde nak larang minum air banyak2. Boleh jer..lagipun musim panas. Dahaga sokmo.



menu first berpantang. Ni menu dekat hospital. hehe..

Nasi pulak makan tak bertambah. Sepinggan tu je. Itupun mak yang letakkan. Ikan dengan sayur yang kena makan banyak. Oh ya..ikutkan time berpantang saya nak makan nasi sekali sehari je. Takut gemukla katanya sebab masa preggy kan saya gemuk. Takut payah nak turun berat badan kalau makan nasi banyak. Tapi mak tak bagi. Sobs..sobs..mak kata nanti urat kembang. Badan masuk angin sebab tak cukup makan. So..no more diet. Makan jelah..lagipun bila breastfeeding ni memang kita akan cepat lapar. Selain nasi, menu berpantang saya yang lain milo suam, biskut empat segi, buah oren dengan epal. Ikutkan setengah orang tak bagi makan buah. Tapi saya ambik jugak buah. Epal dengan oren je  sebab tinggi serat.

Berururut saya buat selama 3 hari. Memang segar bugar rasa lepas kena urut satu badan. Nikmat. Hilang lenguh2 dekat badan ni. Bertungku memang kena buat hari-hari. Ikutkan sehari kena 4 kali bertungku. Lepas subuh, lepas mandi pagi dalam pukul 10 pagi macam tu, pukul 5 petang dan malam. Tapi selalu dapat buat 2-3 kali je sehari sebab Fayyadh kan kuat nangis time dalam pantang. Memang tak boleh berenggang lansung denga dia. Huhu…Bertungku pun ada cara jugak. Semua belajar dari mak. Air mandian pun hari2 mandi air rebusan daun herba. Yang fresh2 ok..bukan yang siap dibunjutkan tu. Bila dah habis air tu, mak rebus air inai campur daun pandan. Memang best mandi. Rasa wangi dan segar bugar.

Air bermacam daun di rebus dalam ni. Memang best sangat mandi air ni. wangi..berherba


Suppliment macam yang saya story sebelum ni. Saya ambik Shaklee. Yang tu entri lain cerita. Selainj Shaklee, saya ambik jugak ubat tradisional yang bidan bagi. Yang tu untuk kesihatan dalaman jugak. Makan time malam je. Shaklee ambik siang.  Berpantang dekat kedah memang best sangat2. Next time kalau ada rezeki anak kedua memang nak berpantang dengan mak je. Lagipun mak dah pencen dah time tu. Senang.
Dekat Kelantan berpantang biasa je. Maybe sebab cara tak sama macam dekat kedah. Bab penjagaan luaram tak ditekankan sangat. Mak mertua pun kerja jugak. Berniaga dekat kedai. So nak mandi, bertungku semua kena buat sendiri. Time ni agak stress bagi saya sebab Fayyadh kuat gila menangis. Tak nak berhenti. Dahla saya sorang2 dekat rumah. Rasa down sikit husbandla tempat mengadu. Asyik call dan mesej dia je. Tapi MIL memang banyak sangat tolong tengokkan Fayyadh tak kiralah tengah2 malam pun. Memang rasa bersyukur sangat sebab harapkan saya memang tak pandai nak jaga baby ni kalau jenis kuat menangis. Experience zero.

Budak kuat nangis time dalam pantang. memang kena sabar banyak melayan permata hati sorang ni..hehe.

Sana semua makan kering2 je. Sup, sayur, buah memang takleh makan. Nasi kosong dengan ikan bakar. Lepas sebulan baru boleh makan ayam. Tapi kering2 jugak. Tapi sebab takut sembelit saya ambik jugak buah. Sayur sawipun ada jugak suruh MIL tolong masakkan. Saya takleh tak makan sayur or buah. Yang lain saya ikut je mana boleh makan.

Dekat sini baru saya mandi guna herbal bath yang tanamera sebab xde air daun yang fresh2. Guna tu je. Mandi air suam memang sampai habis pantang. Berbengkung memang tak tinggal. Sekarangpun still kena pakai lagi sebab perut masa preggy besar..so take time nak bagi kempis balik. Huhu..

Oh..saya sambung pantang makanan sampai 100 hari. Means makanan yang sejuk dan berangin. Ais pun tak minum lagi. Kena pantang lama sikit.

Ok. Tu je yang sempat nak tulis. Berpantang ni bukan selalu kan. Badan nak pakai lama. So ikutkan jelah mana yang rasa baik untuk kesihatan.




Wednesday, May 14, 2014

Cerita selepas 2 bulan Bergelar Ibu (^_^)

Rindu nak bercerita dekat blog ni. Since jadi ibu ni kena curi-curi masa nak update blog. sebab masa dah kena dibahagi-bahagikan =)

Alhamdulillah Fayyadh pun dah 2 bulan lebih. Dah hilang dah sawan tangis dia. Sekarang menangis & meragam pun normal macam budak2 lain. lapar, tak selesa, mengantuk. Sayapun dah makin dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru. Dah pandai dah nak uruskan masa. Kalau mula2 dulu punyalah lama nak pakaikan dia pampers dan baju. Terkial-kial buat sebab takut, xpandai. Badan dia pulak lembik lagi kan time tu.  Penah jugak pakaikan pampers dia terbalik. Haha... .eh, seluarpun pernah  pakai terbalik ok. Apa punya kalut la mama fayyadh ni kan. Haish...
Sekarang dah pandai dah. kejap je dah settle. ewah!suka pulak ....hehe.

 Mula2 masuk kerja bila Fayyadh dah cukup 2 bulan memang lain je rasa. Sepanjang duduk dekat office memang ingat dekat dia je. Dah macam projector dah mata ni. Tengok dekat mana pun nampak muka dia. Alahai anak......tinggal kejap pun dah rindu. Fayyadh kami hantar dekat pengasuh. Mujurla dia serasi dengan pengasuh tu. Tenang hati mamanya ni. Kalau tak risau kemain lagi. Oh..pasal pengasuh tu dalam entri lain saya story. Sekarang ni bangun awal pagi, siapkan anak semua untuk husband hantar dekat pengasuh dia. Boleh menitik air mata  bila letak dia dekat car seat. sebab tiap kali letak je dia pagi2 dalam tu mesti mata dia xlepas tengok muka saya sampaila kereta gerak.  sobs..sedih ( T_T).

Sekarang ni nak buat apapun kena la bergilir-gilir dengan husband. Time mandi, makan, solat, buat kerja rumah. Sebab dah ada si kecil yang nak kena jaga. Malam2 tidur pun kena selalu bangun sebab baby nak menyusu. Tapi dalam dua kali macam tu je. Mujurlah malam dia senang tido. lelap je. Kalau tak, mau jadi mata panda masuk office mama dengan abah dia ni. hehe...

Sekarang ni balik keja kalau boleh nak on time aje. Rindu oo..nak jumpa anak dekat rumah. Eh..suamipun rindu jugak. Tapi si kecik tu lagila terlebih rindu.Mana taknya 39 minggu 4 hari bawak dia dalam perut ni 24 jam, mestila rindu si ibu tu bertambah-tambahkan. Penat macam manapun bila jumpa anak memang hilang semua penat. Selalu memang bergilirla mandi dan solat. . Tunggu husband mandi& solat sambil saya jaga baby. Then giliran saya pulak. Lepas tu, masak simple2 je untuk makan malam kami. Lepas makan..relax kejap tengok tv sambil main dengan baby lepas tu tido. Saya tido awal sekarang ni sebab nak kena bangun lagi menyusu malam-malam. since dari berpantang lagi buat macam tu. sebab dulu dia kuat nangis kan. kalau dia tido sayapun cepat2 nak tido sama. kalau tak, xcukup rehatla jawabnya. Kelakar bila ingat balik. Berlumba nak tido sama dengan anak. Hehe...

Oh ya. sorry pada yang request nak soft copy semua tu. tak menyempat nak cari balik sebab laptop dah format. file semua transfer dalam external hard disk. tak sempat nak cari balik. nanti free saya hantar. sorry k..huhu. Ok lah..nanti sambung cerita lagi.

Nah..tempek sekeping gambar dengan fayyadh baru2 ni..



Friday, May 9, 2014

Review Breastpump Snow Bear

Ingat lagi tak dulu masa saya tengah mencari  breast pump apa untuk guna sebagai persediaan untuk breastfeeding baby? Boleh refer entri tu di SINI.

Alhamdulillah..dah masuk 2 bulan lebih mengunakan breast pump snow bear ni. Memang tak salah pilihan saya dulu. Even breast pump ni murah je harga dia tapi performance dia memang tak mengecewakan. Suction dia best. Tak sakit lansung. Bunyi tu nak kata senyap sangat tu taklah tapi kira okla. Untuk yang mula2 nak berjinak dengan breast pump ni memang highly recommended. Cuma dia bukan heavy duty la tapi still ok sangat untuk buat power pumping. Hehe...

Dulu before guna pump ni ada jugak hajat nak upgrade ke double pump yang lebih better lepas tahu performance breast milk macam mana, Tapi lepas guna pump ni tak terfikir dah nak upgrade. Rasa dah puas hati dah walaupun single pump. If rosak la kalau nak tukar yang barupun. hehe..
Untuk yang berhajat nak beli pump ni, korang belilah sebab memang tak mengecewakan. Part dia pun sikit. Senang nk bukak dan basuh. Lepas tu boleh guna bateri atau direct ke plug. Nak bawak ke mana- mana pun senang. Ringan je.

Korang boleh beli breast pump snow bear or barang baby yang lain dekat link bawah ni

Ok Sis..

Sila tambah artikel dibawah di perenggan terakhir artikel Puan.. dan

Tambah Pautan link  pada

2. Kedai Bayi Online - "http://www.thebabystore.com.my"
3. The Baby Store Malaysia - "http://www.thebabystore.com.my"
4. Kedai Bayi Online Terbaik - "http://www.thebabystore.com.my"
3. SNOW BEAR ELECTRICAL BREAST PUMP - " http://www.thebabystore.com.my/Snow-Bear-Electrical-Breast-Pump "

Friday, May 2, 2014

Kasut Online - Cantik Dan Murah!



Seperti yang ramai tahu, kasut adalah antara barangan fesyen yang paling digemari oleh wanita selain daripada baju, handbag, aksesori dan lain-lain lagi.
Sapa dekat sini yang addicted sangat-sangat dengan kasut? Korang mesti suka kalau dapat  beli kasut yang super gojes, trendy, berkualiti tetapi harganya murah! Yup! Kasut yang cantik dan murah! Sape tak nak kan?
adore sangat dengan kasut ni. Cantik sangat!!

Korang pernah tak pusing shopping mall bagai nak rak cari kasut yang korang suka last2 tak jumpa? Lepas habis tawaf satu shopping mall korang gi shopping mall lain pulak bila tak jumpa kasut yang korang nak. Kadang-kadang dah jumpa tapi saiz pulak takde. Takpun kehabisan stock. Stress kan? Mana taknya, dahlah makan masa yang lama mencari kasut yang kita suka, bersesak dengan orang ramai dekat shopping mall, nak kena keluar duit bayar tol, isi petrol, parking lagi last2 tak jumpa. Tu belum masuk lagi traffic jammed dekat jalanraya. Huhu..kalau jumpapun saiz pulak takde. Mesti rasa penat kan? Saya pernah alami situasi ni time cari kasut kawen dulu. Berbulan jugak mencari sebab nak dapatkan kasut yang saya suka.


Tapi sekarang kita dah ada alternative lain untuk shopping! Yeay!!! Senang nak cari apa yang kita suka bila dah boleh shopping secara online. Senang kan? So, tak payah penat2 lagi pusing mall cari kasut yang kita suka yang belum tentu jumpa atau ada size yang kita nak. Just click je kasut kita nak depan pc/ phone, buat payment then tunggu barang sampai dekat tangan. Mudah kan! Tambah-tambah kalau orang yang sentiasa busy dengan kerja, dengan life, dengan family..memang online shopping ni lebih mudah dan sangat membantu kita dapatkan barang yang kita nak. Then, sebagai satu terapi jugak tau bila shopping secara online ni lepas penat bekerja.



Ok. Berbalik pada kasut yang super cantik, gojes, trendy, up to date tapi harganya murah..meh sini saya nak share dekat mana korang boleh shopping kasut2 cantik dan murah ni.
Korang tahukan zalora Malaysia? Mostly semua tahu kan! online company yang terbesar dekat Malaysia. Korang boleh dapat kasut2 yang pelbagai jenis, cantik, trendy dengan harga yang murah dan berpatutan dekat sana!
Sekarang korang boleh beli kasut online di laman sesawang tersebut. Apa yang lagi best ialah korang jugak boleh dapatkan kasut daripada pelbagai jenama terkemuka antarabangsa ok! Bukan jenama tempatan saja ada dekat sini. Antarabangsa pun ada! Semuanya  dengan harga yang cukup murah dan terbaik di Malaysia! Memang best sangat kan?

korang boleh gayakan kasut yang dibeli dengan persalinan dan baju pilihan korang. Tidak kira sama ada korang suka dengan gaya modern yang stylish ataupun stail baju Muslimah yang trendy pasti akan ada kasut yang mencuri perhatian korang untuk beli kasut secara online di zalora! J

Ape lagi..jomlah terjah ke sana sekarang!!!

Thursday, May 1, 2014

Veil Untuk Di sewa

Notes: Sewaan Veil masih berjalan seperti Biasa Untuk Tahun 2016 & 2017

Bagi b2b yang suka design yang simple dan tak terlalu sarat untuk majlis  nikah saya berminat nak sewakan  veil2 di bawah ni.




1) VEIL 01

warna veil ni pearl white/  off white  atau light cream/ putih susu. 


Harga Sewa : RM 30

whatsapp @ mesej saya di nombor 019-6310065









Dekat bawah ni contoh2 mereka yang dah sewa veil dengan saya. Saya akan upload satu persatu nanti.

1) Lina






2) Ellyfiesya







3) Adilla








4) Kak Fiza 








5) Jaja








2) VEIL 02

Harga Sewa:  RM 15 Untuk veil sahaja .
                        RM 20 (veil & tudung).





3) VEIL 03

Harga Sewa: RM 25

whatsapp @ mesej saya di nombor 019-6310065


Yang ni warna putih bersih dan lace dia warna silver & putih. Material kain, masih guna chiffon. Then, saya ada patch kan fabric flower dekt veil ni.






Untuk baju nikah yang warna silver pun, veil 03 ni boleh di match kan. Macam penyewa ni, Dya, baju dia warna silver sikit. Dia pakai shawl warna silver tapi matching dengan  veil putih silver ni.



4) VEIL 04

Harga Sewa: RM 30

whatsapp @ mesej saya di nombor 019-6310065

warna : off white/ light cream/ putih gading/ putih susu

veil Ni baru lagi buat untuk sewaan.






Ni contoh veil 04 yang customer pakai.. Eza. Cantik kan dia?








5) VEIL 05

Harga Sewa: RM 25

whatsapp @ mesej saya di nombor 019-6310065



Veil ni warna putih bersih. memang putih.  Baru lagi buat untuk sewaan.










Ni contoh Penyewa Pakai Masa Nikah



6) VEIL 06 

Price : RM 40

whatsapp @ mesej saya di nombor 019-6310065

Veil ni warna off white /putih gading/putih susu/ light cream










Contoh Penyewa Pakai 







7) VEIL 07 ( NEW!! Latest Design December 2014 )

Price : RM 30

whatsapp @ mesej saya di nombor 019-6310065


Veil ni warna ligt Pink dengan lace warna pink. 












8) VEIL 08 ( NEW!! ) 

Warna: Off white

Sewa: RM 30





Ni contoh penyewa Pakai





9) Veil 09 ( Light grey)- NEW 

Harga sewa : RM 40













10) Veil 10 (Light  Cream) 

Harga sewa : RM 40












11) Veil 11 (soft  Peach) -  NEW !  (April 2016)

Harga sewa : RM 40








12) Veil 12 (soft Orange/ peach pink) - (almost sama dengan veil 12 cuma yang ni lebih simple)

Harga Sewa: RM 25






Kiri veil 12. Kanan Veil 11




13) Veil 13 ( Peach Pink) - Ready For Rental ( whatsapp 109-6310065 untuk tengok gambar)

Bawah ni list veil yang dalam progress

14) veil 14- Cream ( January 2017)

15) Veil 15 - Off White - (January 2017)

16) Veil 16 - soft blue  - (January 2017)

17 ) Veil 17 - Cream/Gold (February 2017)

18) Veil 18 - Soft Brown - (February 2017)

19) Veil 19 - Turquoise - (February 2017)

Pesanan Penting!

- Sewa veil dibuka untuk seluruh Malaysia

-Untuk semua veil di atas, Kalau nak sewa, by hand boleh   ambil  dekat Alam Budiman (seksyen U10 shah alam) 

-nak by postage pun boleh cuma kos postage (RM 7)- semenanjung atau RM 10 ( sabah serawak) ditanggung oleh penyewa. 


- tempoh sewa seminggu ( 7-9 hari). 

- Setiap veil akan dikenakan security deposit RM 30 ( akan dipulangkan semula duit 30 ringgit ni lepas veil dipulangkan kepada saya)


Boleh Follow Instagram & Facebook  sewa_veil_murah untuk latest update (baru dibuat bulan December 2016)







SEBARANG PERTANYAAAN : boleh whatsapp @ mesej saya di nombor 019-6310065