About Us

Thursday, October 30, 2014

Perkembangan Fayyadh 7 & 8 Bulan


Ya Ampun Fayyadh..mama selalu lambat update perkembangan kamu dekat sini. Hihi...so, kalai ni kita combine jela perkembangan Fayyadh masa 7 & 8 bulan. Hihi..
Belum pandai merangkak dengan bergerak. Merangkak setempat. Statik je. Tak gerak ke depan or belakang. Hihihi...
Dah boleh duduk tapi huyung hayang lagi. Hihi...kena tengok jugak. Tak boleh biar dia duduk sorang2 tak berteman. Kang ada yang terbalik. Hihi..
Abah Fayyadh cakap, even Fayyadh tak pandai merangkak dengan menysur ke depan tapi dia kreatif! sebab dia boleh gerak ke mana dia nak gi dengan guna 4 skill. meniarap. mengesot ke belakang, berguling dan berpusing. Hihi....Takpela nak, mama & abah sabar tunggu kamu merangkak. Asalkan sihat & aktif Alhamdulillah...
First time demam masa umur 6 bulan lebih. Mama risau kemain lagi sebab lambat nak kebah demamnya. Pasal demam, dalam entri lain saya story k!
Suka makan tapi badan tak montel sangat pun! sejak start aktif golek ke sana sini Fayyadh memang tak sedebab dulu dah. Hihi..makan banyakpun, lepas tu exercise balik golek2 sana sini slim la blik! Bestnya kalu mama Fayyadh pun makan banyak slim gitu! masalahnya mama Fayyadh kalau makan banyak makin gemuk jadinya..hihi.
Dah mula memilih orang. Fuh! Hanya dengan saya, husband dengan Babysitter dia je yang dia nak. Yang lain semua reject! dengan atuk & nenek pun sama. kalau balik kampung kena tunggu esok lusa baru dia nak. Janganla sesiapa nak suka2 ambik dia, memang meraung macam kena pukul lepas tu. huhu..
Lepas baik demam, manja kemain lagi. Nak berkepit dengan mama je. Pantang mama bangun kejap gi dapur nak minum air pun nak ikut, Huhu...tingal kejap dah merengek. Hai anak...terharu mama ni tau sebab kamu nak mama je! walaupun kadang rasa kelam kabut nak buat itu ini tapi nila masa2 yang sangat sweet utk dikenang nanti!
Dah pandai panggil "mamamama" bila nak mama. Kalau abah dia sebut "Abbababababa..". Yg best dia hanya sebut "mamamama" bila nak saya je! hihi...mula2 ingat perasaan je sbb mostly baby akan sebut mamama tu, rupanya tak. memang" mamama" memang dia sebut bila nak dekat saya je!
Dah pandai sepahkan rumah! selongkar rak tv. tarik alas meja kopi. Tarik baju yang baru kita lipat. Hihi...pantang tak tengok ada je aktiviti mengemas dia. Hihi...
Mulut super ramah macam mama dia!
Pandai tepuk amai-amai dengan main "buat mata". Perangai yang buat mata kecik tu yang tak tahan tu. Geram tengok!
Dah start gatal gusi. Perasan dah ada benjol dkt gusi mcm nk tumbuh gigi!
Dah pandai merajuk! Pakej siap cebek mulut. Kalau buat2 nk marah mesti taknak tengok muka kita dengan cebik mulut. hihi...sabar jela.






Posted via Blogaway

Wednesday, October 29, 2014

Mana kedai Kain Murah area KL-Selangor?

salam korang!

Nak mintak tolong sikit. Korang tahu tak mana kedai kain yang murah dan banyak pilihan kain area Kl-selangor selain Nagoya, kamdar & jakel?

Saya nak cari kain untuk buat barut & bedung baby untuk online shop saya. Kalau tahu, komen dekat bawah k..

Tq!

Tuesday, October 28, 2014

Ulang Tahun ke-4 blog saya!

Entri pertama blog ni.
                                                                  

Alhamdulillah..21hb lepas genaplah 4 tahun usia blog kesayangan saya ni.  21 October 2010- 21 October 2014. Rasa macam cepatnya masa berlalu. Dari zaman study, kerja, kahwin dengan dah ada anak sorang ni, masih lagi aktif menulis dekat sini walaupun taklah seaktif macam zaman bujang dlu. Standard ibu bekerjaya punya life. Huhu..

Tapi, kalau xde update entry pun hari2 saya bukak blog tau. Dah jadi benda wajib buat hari2. Saya baca blog kawan2. Tapi selalunya baca, tak sempat nak komen. Huhu...next time saya curi2 masa tinggalkan komen sekali k!

Ingat dulu masa mula2 buat blog, takde orang pun yang tau blog saya. Mula2 nak dapat 10 followers pn payah. Tapi sebab saya suka menulis, saya tulis jela tanpa pikir ada orang nak baca ke tak. Blog ni start bertambah follower masa zaman saya rajin buat e- novel. Dari situ barulah ada yang baca blog saya ni. Paling meriah dunia blog ni masa awal tahun 2012. Time sibuk buat preparation kawen. Masa ni la yang start banyak kawan2 dari blog. Banyak sikit visitors. Rasa best kongsi cerita itu ini. Dan entry blog sayapun memang paling banyak masa tahun 2012. Huhu...memang tahun paling aktif!
Dari blog la..saya mula dapat side income. Dari nuffnang, dari review online shop, dari sewaan veil dan sekarang dah ada online shop sendiri. Alhamdulillah sangat2. Memang rezeki tak terduga. Syukran.

Saya happy dapat menulis dkt sini, happy dapat kenal korang, dapat tukar cerita & pendapat, dpt mcm2 ilmu. Walaupun sekarang ni dah ada mcm2 medium social lain, blog tetap yang paling best bagi saya. Maybe sebab saya suka baca kot. Tak puas kalau baca sikit2! Hahaha...

Saya bertahan menulis sampai sekarang pun sebab saya suka menulis & membaca. Minat saya sejak kecik. Sebab tu sibuk macam manapun, dua benda ni saya tak tinggal. Entahlah..maybe salah satu terapi jiwa saya kot. Klu dulu, zaman muda belia, bila ada masalah..rasa tertekan saya suka tulis puisi. Kemain lagikan berpuisi bagai. Hahaha...skrg tak sempat nak tulis puisi. Baru nak berangan je,  anak dah huwaaa!!!!! Hihihi...samela nasib dengan novel yang tak siap2 tuh..=(

Mintak2 selagi bernafas, saya masih rajin ada dekat sini. Terima kasih korang sebab singgah baca blog kecik saya ni. Kadang entri merapu rapu je. Hihi...

Dah 4 tahun ni followers blog saya tak cecah lg ribu. Tak banyak mana sebab sayapun bukannya blogger famous. Blogger bawahan je. Hihi...

Tapi alhamdulillah...jumlah pelawat  dr luar ( yg bukan followers) yang banyak menyumbang pada traffic blog. 4 tahun dengan total pageviews 1, 339, 000 ++ untuk  640 entri blog dah cukup buat saya bersyukur + terharu sangat. Tak caya mampu tulis sampai 640 entri. Syabas untuk diri sendiri! Yeay!!!

Banyak lagi hutang entri dekat blog ni. Banyak benda yang saya nak update. Masa nk feeling2 menulis je takde. Suka sangat peram lama2 sampai basi. Hihi...

Ok, tq korang! Sayang korang sangat2! Semoga menjaring impian tetap wujud  utk coretkan setiap perjalanan saya dalam menjaring impian!

Friday, October 17, 2014

Barut Baby Yang Cantik & Murah di By Adeenda!!! (Sticky Post)- utk entri terbaru sila scroll ke bawah


 Assalammualikum korang!

Alhamdulillah..dah siap dah sikit2 setup untuk online shop saya, By Adeenda. Tak pndai sangat nak setup Fb page dengan Istagram cantik2. Okla sebagai permulaan.


Product first kami, barut baby bercorak. Yang ni design jenis bertali. Korang yang mana tengah buat persiapan baby tu mehla beli barut baby dari kami.  Ada 6 corak yang comel2. Material kain cotton flannel yang sememangnya lembut dan sejuk. Sesuai untuk kulit baby. Tak panas dan buat baby rasa selesa di barut. Untuk barut ni, jahitan dia 2 lapis tau. Bahagian luar cotton flannel bercorak, bahagian dalam cotton flannel putih. 

Oh ya..barut nipun kami design lebih panjang & lebar. Boleh dipakai lebih lama. In sha Allah..

Meh tengok design barut yang ada..







Price 

1 pc : RM 6
5 pcs : RM 28
10 pcs : RM 50

Postage : Rm 6 (sm) RM 10 (s&s)
COD : Shah Alam & Setia Alam

Untuk order whatsapp: 0196310065


Korang..jemputla like FB & IG saya yang tak seberapa ni..hihi




Instagram : By Adeenda 



Jemput follow & jemput beli =)

Thursday, October 16, 2014

Emo pulak bila layan Darma Kasih Berbisik!

Nila masalah kalau tengok drama bab madu madu ni. Ada isteri yang emo sendiri bila tengok. Hahaha...Dapat pulak tengok dengan suami. Memang menadah la tengok bini emo.

"Kalau cinta nape kawen lain?"
"Kalau sayang nape tengok perempuan lain?"
'kalau kesianpun perlu ke kawen lain?"
"Ni la lelaki..bini percaya gi outstation rupanya gi bukak cawangan baru. menipu satu hal"



sampai husband suruh tukar cerita lain tengok bini emo semacam. haha...Malam ni drama selamat pengantin madu pulak. Layan jela cerita madu2 ni...

Kalau dah nama isteri..sensitif benar dengan perkataan "madu". hihi..

Monday, October 13, 2014

Alhamdulillah. Pemberian BE paling banyak pernah dapat. Thank You Nuffnang!


Terkejut tengok BE ( CPUV ) Nuffnang bulan ni. 18 BE! paling banyak pernah dapat. Mesti korang pun sama kan. Bnyak Nuffnang bagi kali ni.  Alhamdulillah.....rezeki kami sekeluarga. Tq pada pembaca blog. Tq  Nuffnang! Kena maintain rajin update blog! Hihi..




Tq so much Nuffnang !!!

Friday, October 10, 2014

Mengemas Rumah. Macam manala nak mudahkan kerja mengemas rumah ni?


2 hari lepas balik kerja, borak2 dengan husband pasal rumah. Balik dari kampung hari isnin hari tu tak menyempat lagi nak kemas rumah. Bukan maksud rumah tu bersepah. Tapi kain baju balik dari kampung dah basuh tak sempat berlipat. Balik kampung musim hujan hari tu tak basuh pun baju kat sana. Kumpul bawak balik rumah memang bertimbunla kena basuh dan sidai. Dah kering, ada yang sangkut ada yang kena lipat. Hari tu ada kawan share pasal jadual kemas rumah. Elok buat time weekdays. Weekend masa untuk rehat. Tapi saya weekend tu biasa kalau nak mop lantai nak cuci toilet memang weekend jela buat.  Weekdays normal rutin..masak, basuh baju..lipat kain. Dulu baju pun iron siap2 stock seminggu time weekend sekarang dah tak sempat. Iron hari2 (T_T)...sebab busy lepas tu banyak jugakla jadual harian yang dah berubah.Huhu..

Rasa kena manage balik time untuk kemas rumah. Taknak tumpu pada weekend. Lepas ni weekend masa untuk rehat & jalan2 dengan family je. So, kerja mencuci kena buat hari2. Ada merungut jugak cakap takut penat kalau kena kemas hari2 sebab sayapun working mom. Tapi husband cakap..try maintain je keadaan rumah tu. Tak payah tunggu weekend baru nak mop. Kalau rasa nak mop lantai, buat je. Dia cakap kiteorang kena tiru style ayah saya yang sapu sampah dan mop lantai hari2. Hihi..Ya..ayah saya memang rajin sangat. Takleh tengok lantai berhabuk. Hari2 dia sapu dan mop lantai. Tak kirala bahagian dalam atau luar rumah. Tapi saya belum tahap serajin tu. Huhu..

So, sebenarnya apa yang penting rajin dan disiplin. Nak maintain rumah kemas kena sentiasa rajin & disiplin.

Contoh, kalau angkat baju terus lipat. Tak payah tangguh2. Kalau rasa terbeban, try buat sambil main dengan anak atau tengok Tv. sekejap je habis. Bajupun basuh selang 2 hari. Jangan tunggu weekend baru nak basuh semua. Nanti super penat. Kalau saya weekend biasa basuh yang besar2 macam cadar, sarung tilam, sarung bantal senang nak ampai dekat luar.  kita ada dalam rumah nak jenguk2 ampaian.

Nak maintain dapur bersih, kena make sure lepas masak je lap dapur. Kena basuh pinggan mangkuk sambil2 tengah masak. Jangan tunggu habis masak baru basuh semua benda. Nanti lagi letih. kena buat sambil2. Kalau capai barang nak masak, letak dekat tempat yang betul semula. Nanti takdela nak cari2 mana letak barang tak jumpa. Dekat dapur memang kena banyak apply kerja2 susun atur.

Nak maintain living hall dengan ruang makan kemas pun sama. Kalau golek2 depan Tv dengan bantal semua dah bangun nanti letak balik bantal tempat betul. Kalau minum2 or makan sambil tengok Tv kena basuh pinggan dan gelas tu. Jangan tinggal merata. Sama jugak dengan mainan anak. Kena simpan balik lepas anak main supaya tak sepah.

Bilik tidur kena buat rutin biasa. Bangun mesti kena kemas tempat tidur. wajib. Kalau dah mandi, tuala kena sangkut tempt dia kemas2. Sama dengan sejadah dan telekung solat pun jangan letak suka hati. sangkut tempat yang betul supaya tak nampak semak. Huhu..



Sekarang ni tengah plan jadual kemas rumah macam yang saya jumpa dari google. Lepas ni nak try kemas rumah sikit2 hari2. Tak yah tunggu weekend nak menyapu, mengelap, mop bagai. Buat sikit2 dengan masa yang minimum. So, nanti weekend boleh rehat & spend time dengan family je. Takde buat keja rumah yang banyak.

Apa pendapat korang? Cara korang kemas rumah?

Wednesday, October 8, 2014

Cendol Sungkai Yang Super Yummy!!!


Tetiba je tau dah jadi suka sangat dengan cendol Sungkai ni. Memula kenal cendol ni masa tengah sarat pregnant dulu. Ada sekali tu balik kampung dekat kedah, husband berhenti nak gi toilet dekat hentian Rehat Ladang Bikam, Perak. Ibu mengandung memang sentiasa lapar kan..haha. Pantang berhenti je saya sibuk nak cari kuih pau la..jagung la, buah la. Duduk dalam  kereta keja makan je. Makan, makan, makan sampai tak sedar badan dah besar serupa gergasi. Hihi..

Ok..Dekat hentian rehat Ladang Bikam ni ada 3 deret Gerai je dengan satu Baskin robbins. Gerai cendol sungkai ni letak betul2 tepi baskin robbins. So..memang senang nak cari. Sorry lupa nak snap gambar. Kalau tak, boleh tunjuk gerai tu dekat sini.

Saya memang hantu cendol. Tiap2 minggu nak makan cendol. Tapi tak taula nape masa mengandung memang mula2 rasa cendol sungkai ni memang sedap gilerr...masa tu menyesal beli satu je. Haha..sedap! lemak berkrim! saya beli cendol yang letak kacang merah. Rasa dia memang umpph!!

Lepas balik dari kampung, menghala ke KL pun saya suruh husband berhenti lagi dekat hentian rehat ladang bikam sebab teringin nak makan cendol dia lagi tapi kecewa ( T_T)....kalau hentian Ladang bikam menghala ke KL takdepun jual cendol sungkai. huhu..so cendol tu hanya ada dekat hentian ladang bikam menghala ke utara saja!

Satart dari tu bila balik kampung tolak time berpantang ais, memang keja suruh husband berhenti dekat hentian ladang bikam sebab nak makan cendol sungkai. Hihi...Eh, korang kalau balik utara dari Kl tu singgahla beli. Sedap tau!

Nila rupanya cendol sungkai tu!





Kalau cendol biasa harga RM 2. Kalau cendol yang letak kacang merah harga 2.50. saya suka yang letak kacang merah sebab suka kacang merah jugak. Rasa lebih yummy! hhi...


Friday, October 3, 2014

Project Baru Saya. Try BerBisnes


Ingat tak dulu saya pernah cakap tengah plan untuk sesuatu?

Alhamdulillah...dah hampir siap!

Saya tengah try2 nak berbisnes sekarang ni. Buat secara suka-suka & sebagai back up plan kalau nak berhenti kerja. Tengah plan nak buat bisnes jual barut & bedung baby dan lain2. Tapi, untuk first try..saya mulakan dengan barut baby dulu.

Kasi teaser dulu...Lepas raya haji ni baru nak mula. Details semua next week saya bagi k.





Nanti korang orderla barut baby dengan saya ye! Hihi....

Wednesday, October 1, 2014

Review Shaklee- Supplement Masa Berpantang


Masa Nak beli shaklee dulu..jenuh baca review pasal produk ni. Google sana sini tapi susah nak jumpa review dari pengguna yang bukan agen shaklee or yang jual produk shaklee. Banyak print screen yang sama je untuk setiap testimoni. Maaf cakap..itu yang saya jumpa masa awal2 pencarian review dulu.

Saya decide ambik shaklee sebab contain dalam dia lebih kepada vitamin! Dah terjamin selamat sebab bukan senang nak test2 ubat or herba dekat badan ni. Belum tentu serasi. Vitamin saya pernah consume so fikir in sha Allah ok dengan shaklee. Lepas tu baca testimoni banyak yang best. Akak office yang ambik ( bukan agen or penjual) pun cakap bagus. Lagi2 la nak beli kan.

Hari tu saya ambik set bawah ni..


Saya ambik

B complex
Vitamin C
Vita-Lea
Zinc Complex

Alhamdulillah..badan saya serasi dengan produk ni. Walaupun time anak jaundice still boleh ambik. Masa dalam pantang memang super duper penat. Tambah anak kena jaundice. 3 hari dekat hospital. Balik rumah kena ulang alik gi klinik ambik darah dengan keadaan kita yang baru je lepas bersalin. Ikutkan memang penat tapi bila ambik shaklee saya rasa bertenaga je. Fayyadh dulu kuat gila nangis..memang bermata panda hari2. Kadang rasa seharian tak tidur. setiap sejam, setengah jam dia bangun. Lepas tu nangis taknak tidur sejam pulak. Ikutkan kalau saya tak cukup tidur mesti esok tu sakit kepala sangat2 dengan demam tapi Alhamdulillah saya still rasa bertenaga masa ni.

Rambut pun tak gugur sangat. Kulitpun masa pregnant memang kusam gila dengan tumbuh biji2 ruam banyak dekat dahi. Dalam pantang dah hilang dah. Parut2 pun takde dah.

Dekat nak habis pantang saya ambik Alfafa dengan ESP. Orang cakap alfafa boleh banyakkan susu tapi dngan saya effect dia biasa je. Tak bertambah manapun. Maybe alfafa bukan milkbooster saya. Esp pun best. Memang pekatkan susu dan buat kita rasa kenyang. Tapi saya consume satu botol je lepas tu malas nak beli dah. Cukup dengan vitamin yang ada ni.  Tak termakan kalau ambik banyak2. hihi..

Sekarang dah habis pantang pun still consume b complex dengan vitamin C. Doktor pun pesan wanita memang elok ambik b complex dengan vitamin C secara berterusan. Tambah bila kerja dah ada anak kecik ni memang perlukan tenaga yang lebih. For me, harga shaklee tak mahal. still murah. sebab satu botol vitamin C boleh guna selama 6 bulan. B complex pun untuk 4 bulan. memang berbaloi la..

ok..ni review jujur saya yang bukan ahli atau penjual shaklee.

saya beli shaklee dengan Azie  dekat SINI. memang service dia terbaik. Sini FB dia

Boleh wasap dia dekat nombor ni  012-3872690