About Us

Wednesday, July 20, 2022

Kurangnya Sekolah Di Selangor

 

Dah masuk 2 tahun anak bersekolah, tapi saya  masih ada rasa ralat sebab jadual persekolahan dekat Selangor ni agak "padat" berbanding negeri asal saya di Kedah. Di Selangor sekolah kebangsaan ada 2 sesi. Pagi dan petang. Kalau dekat Kedah, majoriti sekolah rendah semuanya 1 sesi. ( Tak banyak tempat yang 2 sesi).

Sekolah kafa bermula dari darjah 1, 5 hari seminggu. Kalau di Kedah, 3 hari seminggu saja. Sekolah Kafa dan Sekolah Kebangsaan di Selangor berlainan tempat. Dekat Kedah, belajar di sekolah yang sama. Jadual anak memang padat dari jam 7.30 pagi sampai 6.00 atau 6.30 petang. Tengahri dapat rehat, mandi & makan 1 jam je dekat rumah. Malam pula kena pergi kelas mengaji, siapkan homework. Nak dapatkan tempat di sekolah pun bukan mudah. Ada sekolah yang dekat dengan rumah pun belum tentu boleh masuk. Sebab tempat  sangat terhad. Kadang dah isi online, dihantarnya pulak sekolah yang jauh. Satu kerja pulak nak kena buat rayuan dekat ppd untuk minta sekolah yang lebih dekat.

Satu kelas ada lebih kurang 40 orang pelajar. Ada sekolah yang ada 6-7 kelas untuk satu darjah. Ada lebih lagi. Sekolah menengah terdekat lagi la. 1 tingkatan pun ada berbelas kelas😅. Isu kekurangan sekolah dekat Selangor ni bukan benda baru lagi. Dah lama. Tiap kali  kalau ada projek rumah baru dibina, mesti developer akan cakap ada reserve untuk sekolah. Tapi dekat 10 tahun duduk, penduduk dah makin ramai sekolah pun tak nampak bayang lagi bakal dibina.

Tapi, sebab dekat sini tempat suami cari rezeki, nak tak nak kena juga bertabah & sabar dengan kekurangan yang ada. Saya try jugak untuk adapt dan tak putus berdoa semoga ada pihak yang pandang serius isu kekurangan sekolah dan sistem pembelajaran dekat sini. Bukan sekali dua isu ni muncul di dada akhbar. Dah banyak kali. Sayang, negeri yang  banyak penyumbang cukai pada negara tetapi masih kurang fasiliti.



Thursday, February 17, 2022

welcome 2022

Assalamualaikum!

Masha Allah dah 2 tahun tak menulis dekat sini. Komen pun ada setengah yang saya baru baca. Biasala sekarang ni zaman orang berhijrah ke Instagram, tiktok, fb semua. Tapi memandangkan blog ni masih ada pembaca yang selalu jenguk dapatkan info-info semua so saya cuba juga menulis sekali sekala. 

Alhamdulillah..saya macam biasa hari-hari busy dengan 3 anak. Oh ya! Tak sempat lansung nak update dekat sini pengalaman mengandung & melahirkan anak ke-3 kami. Dah 1 tahun 3 bulan dah si bongsu kami ni. Ada masa nanti saya update pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang anak ke-3 ni. Sebab ramai jugak yang baca dan komen kisah pregnancy & bersalin saya sebelum ni. 

Tahun ni masuk tahun ke-3 (2020, 2021 & 2022) kita berdepan dengan COVID-19. Saya pun macam yang lain, sentiasa berdoa dan mengharapkan keadaan lebih baik dan akan pulih macam dulu. Yala...rindu zaman sebelum covid. Kesian juga dengan anak-anak sebab kebebasan sedikit terbatas. Nak bawa berjalan kerap-kerap pun tak boleh juga sebab ada masa kes turun, ada masa naik mencanak. Tapi semuanya pasti ada hikmah. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan sentiasa dilindungi Allah swt. 

Tahun baru, azam baru, misi baru. Selamat tahun baru 2022 semua. Stay safe & healthy 🥰

Thursday, June 4, 2020

Aidilfitri 2020

Baru berkesempatan nak update pasal Aifilfitri kami sekeluarga tahun ni. Rasanya tahun 2020 ni akan jadi tahun yang paling di ingati semua orang. Tahun virus covid-19 melanda seluruh dunia. Tahun yang kita semua di arah berkurung di rumah. Tahun yang merubah norma kehidupan seharian. Kita dah tak bebas nak ke sana sini macam biasa. Tapi apapun, setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kena terus kuat dan banyak berdoa agar semua ni dapat berakhir segera. In sha Allah. 

Aidilfitri kami tahun ni disambut serba sederhana dan ringkas. Walaupun tak dapat balik kampung, tak dapat nak raikan dengan keluarga tersayang, tapi kami tetap raikan di rumah. Saya tetap memasak juadah hari raya untuk kami 4 beranak walaupun semuanya serba ringkas. Pertama kali dalam hidup, tak pulang ke kampung dalam tempoh yang lama. Rindu sangat dekat mak ayah dan adik beradik. Semua orang lalui benda yang sama kan. Rindu dekat parent dan family. Sama-samala kita berdoa semoga virus ni cepat pergi dan kita boleh jumpa insan tersayang. 

Aktiviti raya kami cuma di rumah. Tak ada sesi kunjung mengunjung atau ke sana sini beraya. Selain memang tak ada saudara terdekat (kecuali mak sedara saya), kami ambil pendekatan untuk ikut saranan kerajaan untuk beraya di rumah sendiri. Yala, keadaan dekat luar belum lagi pulih. Taknak merisikokan diri sendiri dan orang lain. Tambah lagi, anak-anak kami masih kecil. Beraya di rumah secara sederhana adalah lebih baik. Sedih memang sedih, tapi kesihatan dan keselamatan tetap yang paling utama. 

Dikesempatan ini, saya nk ucapkan selamat hari raya kepada semua yang beragama islam. Maaf zahir dan batin. Semoga tahun ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Amin...