Hari ni nak share barang-barang pilihan saya untuk berpantang nanti. Lepas di fikir dan mencari review sana sini, so saya decide nak guna barang2 dekat bawah ni time berpantang nanti.
Untuk luaran..saya pilih untuk guna brand Tanamera. Tapi saya tak beli satu set. Just ambik loose item je.
Saya beli
- Herbal Bath
-Massage oil
-virgin coconut oil
-brown soap
Untuk masa nila..kalau time berpantang nanti rasa macam nak tambah lagi saya tambah. Saya beli online je. beli dekat
Keperluan Ibu Berpantang. Saya dah start guna VCO tu untuk buat urutan perineum dengan minum satu sudu setiap hari start last week.
Untuk dalaman, saya decide untuk ambik suppliment shaklee. Saya ambik set asas yang ada B-complex, vitamin C Plus, vita-lea dan zinc complex. Beli dari Azie. Time beli ni hujung tahun lepas. Dia tengah wat sale untuk last year. memang dapat harga murah. Kalau korang nak beli dengan Azie, boleh jenguk FB dia dekat
SINI. saya beli by cod je dengan azie sebab dia pun tinggal dekat shah alam. Dekat..so ambik by hand je =)
Selain tu..beli stokin. Dalam gambar ambik satu je stokin. Tapi saya spare 4 stokin untuk berpantang nanti.
Nursing cover pun kira persediaan berpantang jugak kot? hehe...senang kalau nak menyusu baby dekat hospital, time gi check up dia ke, dekat rumah kalau time orang datang melawat. Takla malu sangat. Hope baby okla time menyusu bila pakai nursing cover ni. Aurat pun terpelihara =). Yang ni imah beli dekat
Marissa shoppe seksyen 19 shah alam. Time beli ni ada sale.
Tungku besi. Yang ni saya beli jugak sendiri walaupun umah mak dekat kampung dah ada. senang nak guna dekat rumah sendiri. sebab saya planning bersalin dulu dekat shah alam baru balik kampung. Huhu...lagi satu, kalau habis pantang perut still memboyot lemak, boleh jugak guna dekat rumah sendiri. Saya beli dekat
Marissa Shoppe. Gi beli sendiri dekat kedai dia dekat seksyen 19 shah alam. Saya beli sekali dengan sarung herba. senang. lepas panaskan tungku masuk je dalam sarung herba ni tak payah nak cari daun2 herba dan balut dengan kain batik. boleh terus guna je.
Bengkung. Saya beli dua jenis bengkung. Macam yang saya plan sebelum ni. Satu bengkung bertali yang style zig zag tu. satu lagi bengkung moden yang style "zap" je terus. Beli dua supaya senang nak basuh dan bergilir pakai. Hope consistent la pakai bengkung ni nanti. Bab nak beli bengkung nipun lama la punya pikir. Tanya orang, baca review. Last2 saya pilih yang dua jenis ni. Yang nipun beli dekat
Marissa shoppe jugak. owner kedai dia siap ajarkan cara pakai lagi. hehe..
Last..losyen mustajab. Untuk sapu pada kaki dan badan. Saya tak pilih yang extra hot sebab kulit saya sensitif xleh pakai yang over panas. so pilih yang biasa je..
Pilis, param tu tak belipun lagi sebab tak tahula nak pakai ke tak. Setakat ni beli yang ni je dulu.