About Us

Thursday, June 4, 2020

Aidilfitri 2020

Baru berkesempatan nak update pasal Aifilfitri kami sekeluarga tahun ni. Rasanya tahun 2020 ni akan jadi tahun yang paling di ingati semua orang. Tahun virus covid-19 melanda seluruh dunia. Tahun yang kita semua di arah berkurung di rumah. Tahun yang merubah norma kehidupan seharian. Kita dah tak bebas nak ke sana sini macam biasa. Tapi apapun, setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kena terus kuat dan banyak berdoa agar semua ni dapat berakhir segera. In sha Allah. 

Aidilfitri kami tahun ni disambut serba sederhana dan ringkas. Walaupun tak dapat balik kampung, tak dapat nak raikan dengan keluarga tersayang, tapi kami tetap raikan di rumah. Saya tetap memasak juadah hari raya untuk kami 4 beranak walaupun semuanya serba ringkas. Pertama kali dalam hidup, tak pulang ke kampung dalam tempoh yang lama. Rindu sangat dekat mak ayah dan adik beradik. Semua orang lalui benda yang sama kan. Rindu dekat parent dan family. Sama-samala kita berdoa semoga virus ni cepat pergi dan kita boleh jumpa insan tersayang. 

Aktiviti raya kami cuma di rumah. Tak ada sesi kunjung mengunjung atau ke sana sini beraya. Selain memang tak ada saudara terdekat (kecuali mak sedara saya), kami ambil pendekatan untuk ikut saranan kerajaan untuk beraya di rumah sendiri. Yala, keadaan dekat luar belum lagi pulih. Taknak merisikokan diri sendiri dan orang lain. Tambah lagi, anak-anak kami masih kecil. Beraya di rumah secara sederhana adalah lebih baik. Sedih memang sedih, tapi kesihatan dan keselamatan tetap yang paling utama. 

Dikesempatan ini, saya nk ucapkan selamat hari raya kepada semua yang beragama islam. Maaf zahir dan batin. Semoga tahun ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Amin...


Tuesday, February 25, 2020

Lokasi Menarik untuk Percutian ke Taiwan



Hi korang! Dah 2 bulan kita berada di tahun baru 2020 ni. Apa wish list korang tahun ni? Untuk kaki travel, mesti korang dah  buat list dan survey tempat-tempat menarik yang nak diterokai tahun ni kan? Buat masa ni memang tak ramai yang keluar melancong ke luar negara sebab penularan virus covid-19. Isu kesihatan keselamatan dan ramai memilih untuk bercuti di dalam negara. Tapi, tak salah kalau kita buat survey, perancangan bajet dan list down tempat menarik yang kita teringin nak pergi kan? Lagipun biasanya bila booking awal kita akan dapat berjimat lebih banyak.  In sha Allah bila keadaan kembali normal nanti kita boleh bercuti dengan tenang. Tak pening dah nak survey-survey lagi. Baca berita terbaru, covid-19 dijangka akan reda sekitar musim panas nanti. Tak lama dah.  Sama-sama kita doakan keadaan kembali terkawal dan covid-19 dapat dihapuskan.

Ok, biasanya perancangan melancong ke luar negara ni kita akan buat beberapa bulan sebelum pergi. So, bagi korang yang masih mencari tempat menarik untuk dimasukkan dalam perancangan pelancongan tahun ni,  saya cadangkan untuk korang  consider untuk melawat Taiwan. Yes! Taiwan memang salah satu tempat yang masuk dalam wish list saya. My husband pernah oustation ke taiwan selama 2 minggu lebih . Masa tu saya tengah sarat mengandung anak ke-2 tak dapatla nak ikut. Hari-hari dia bercerita dan hantar gambar masa dekat Taiwan, manala si isteri ni tak teringin nak pergi. Hihi..so husband memang dah janji one day  nak repeat bawa saya dan anak-anak ke sana. Banyak tempat menarik yang husband saya pergi sepanjang dekat sana. Geram jer tengok gambar-gambar yang dia ambik.Taiwan banyak sangat tempat cantik-cantik tau! Satu lagi yang best, negara diorang sangatla bersih. Husband cakap malam-malam pun ada cleaner yang sapu sampah dekat jalan-jalam awam. Susah nak nampak sampah merata.  Pengangkutan awam diorang pun sangat efficient.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak MATTA mengenai pameran pelancongan yang dijalankan sepanjang tahun 2019, negara yang menjadi kesukaan para pengunjung yang datang adalah Taiwan. See, ni fakta tau. Ramai juga yang suka melancong ke Taiwan ni.  Tidak kira bagi mereka yang melancong di dalam berkumpulan, berkeluarga ataupun solo travel. Taiwan secara rasminya telah dikenali juga sebagi Rupblic of China dan berjiran dengan Jepun dan Phillipines. Meskipun negara ini tidak la sebesar negar-negara yang lain, ia mampu menawarkan destinasi-destinasi pelancongan yang unik dan indah. Daripada seni bina bangunan, budaya hidup, sejarah serta alam semulajadinya yang terpelihara.

Taiwan pun salah satu negara yang muslim friendly tau. Senang nak cari makanan halal. Sebab tu ramai yang suka ke sana. Ok, kalau  korang dah decide nak jadikan Taiwan sebagai destinasi seterusnya untuk bercuti, korang bolehla start survey tiket penerbangan yang bersesuaian dengan bajet korang. Zaman sekarang, banyak syarikat-syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan untuk ke destinasi menarik yang ada di seluruh dunia.

Tapi kalau korang nak survey banyak-banyak website bandingkan harga memang struggle jugakla. Hihi..so cara terbaik,  Korang boleh memilih Traveloka sebagai platform untuk korang membuat perbandingan harga tiket penerbangan. Senang dalam 1 website je korang boleh bandingkan harga. Ok, salah satu airline yang saya boleh suggest kan kepada korang ialah Cathay Pacific. Korang boleh menyemak harga book Cathay Pacific online di Traveloka bagi mendapatkan harga promo yang terbaik untuk melancong ke Taiwan. Banyak lagi airline yang menawarkan penerbangan ke Taiwan tetapi Cathay Pacific adalah yang paling sesuai kerana mempunyai ruang seat yang lebih selesa. Selain daripada itu, jika korang mengubah fikiran untuk bercuti ke Hong Kong pula, korang masih mempunyai peluang untuk mendapatkan harga terbaik bagi Cathay Pacific melalui book flights to Hong Kong online.

Ok, settle bab tiket flight. Now, kita bercerita pulak bab tempat menarik yang korang boleh lawati di Taiwan. Dah sampai sana mestila wajib pergi tempat-tempat best kan. Jadi mari saya kongsikan beberapa lokasi yang korang boleh kunjungi di sepanjang percutian korang di sana.

Lembah Taroko

Terletaknya di Taman Negara Taroko dan jika korang seoarang yang suka dengan keindahan alam semulajadi yang terpelihara, Lembah Taroko adalah destinasi pertama yang korang perlu kunjungi. Ia menawarkan pemandangan yang indah dengan bukit dan gunung yang menhijau. Korang boleh ke taman negara ini dengan menaiki kereta api daripada Taipei dan setelah sampai, gerakkan kaki korang ke denai yang telah disediakan di sini dan jalan sehingga korang menjumpai satu air terjun yang menakjubkan. Penduduk setempat  di sini menamakan air terjun ini ialah Kuil Air Mata Abadi.





Tasik Matahari Bulan

Inginkan suasana yang nyaman dan tenang di sepanjang percutian korang? Boleh terus ke Tasik Matahari Bulan ni. Ia merupakan kawasan air yang bertakung dan membentuk seperti Tasik. Terdapat banyak hotel sebagai kemudahan penginapan kepada pelancong yang datang. Selain daripada menikmati pemandangan di tasik, boleh juga menaiki kapal layar untuk mengelilingi kawasan tasik ini. Kena snap picture banyak-banya kat sini okay.





Maokong

Gondola ataupun cable car di Maokong adalah sangat terkenal sebagai pengangkutan harian yang digunakan bagi para pelawat yang hendak menuju ke Zoo Taipei. Sepanjang perjalan menaiki gondola, korang akan meilhat pemandangan bukit yang menghijau dari sisi atas. Selain daripada zoo, disini juga dikatakan terdapat lading-ladang teh yang terbaik di Taiwan. Korang boleh menikmati teh yang menyegarkan di Maokong ini sambil menghirup udara segar. Ia juga adalah destinasi yang paling popular bagi pelancong yang datang dari luar negara.





Roda Ferris Miramar

Jika korang berjalan-jalan di sekitar Taipei City, korang akan perasan satu ferris wheels yang bersaiz besar yang berada di kawasan Taipei City. Disitu lah terletaknya Taman Hiburan Miramar. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di taman hiburan ini dan yang paling popularnya adalah ferris wheel Miramar ini. Jika berpeluang menaikinya, boleh la melihat pemandangan bagi seluruh Taipei City daripada atas.



Taman Negara Yangmingshan

Merupakan taman negara yang paling mudah untuk dikunjungi di Taipei. Jika taman negara Taroko memerlukan korang untuk menaiki kereta api, berbeza pula bagi taman negara ini. Korang boleh mendapatkan bas bagi tempoh yang sangat sekejap untuk sampai ke taman negara ini. Apa yang menarik mengenai taman negara ini ialah ia mempunyai lokasi gunung berapi yang tidak aktif serta terdapat kawasan mata air panas yang terbaik di Taipei iaitu Beitou.






Itulah beberapa lokasi menarik di Taiwan yang dapat saya kongsikan. Banyak lagi tempat menarik. Kalau pergi memang kena stay lama sikit baru puas berjalan. Hihi...untuk orang yang cintakan alam semulajadi macam saya ni, Taiwan memang wajib masuk dalam list.  Taiwan menjanjikan bentuk muka bumi dan alam semulajadi yang unik dan indah.Ia menawarkan kepelbagaian dari segi aktiviti dan menjadikan negaranya sebagai pusat pelancongan yang semakin menjadi pilihan pelancong dari luar negara. Jadi jika sudah bersedia untuk melancong ke Taiwan, grab a flight ticket dan terbang lah ke Taiwan.

Friday, February 14, 2020

Cara Buka Akaun perniagaan (Bisnes)/ Syarikat di CIMB

Bila ada bisnes sendiri haruslah ada akaun syarikat atau current account walaupun kita berniaga secara online.  Tambah-tambah kalau memang kita serius dalam berniaga. Memang penting akaun syarikat ni sebab takde limit transaksi setiap hari macam akaun simpanan. Akaun simpanan ada limit transaksi setiap hari. Akaun kita berisiko untuk kena "block" kalau melebihi transaksi yang dibenarkan.  Lagipun kalau ada akaun syarikat ni kita dapat susun perbelanjaan bisnes dengan lebih sistematik. So takdela campur aduk duit bisnes dan personal. Kalau nak buat pinjaman bank pun memerlukan kita ada akaun syarikat. So hari ni saya nak share sikit cara buka akaun syarikat di Cimb.

Oh ya, untuk buka akaun syarikat di mana-mana bank, perniagaan kita wajib didaftarkan dulu dengan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia). Dah daftar barulah boleh buka akaun syarikat dekat bank. Untuk SSM ni tak kisah bila korang daftar. Baru daftar pun dah boleh buka akaun syarikat.

Compare bank lain, bagi saya cimb lebih mudah proses nak buka akaun syarikat sebab boleh dibuat melalui online dan tak memerlukan introducer. Kalau bank lain, ada setengah nak introducer ( details orang yang dah ada current bisnes account dengan bank tersebut). So, mudah kerja. Buat je online tak perlu ada  introducer.  

Ok, untuk permohonan online, korang boleh klik link di bawah


Korang perlu lengkapkan maklumat yang diminta dalam tempoh masa ditetapkan. Seeloknya, korang save je setiap kali korang selesai isi maklumat setiap page. So, kalau korang tak pasti dengan soalan yang ditanya dan ambil masa nak berfikir takdela korang kena isi balik setiap page. Biasa masa akan tamat kalau korang ambik masa yang lama sangat untuk isi. So, save je. Nanti bila buka balik, korang  just isi benda yang korang tertinggal saja.

Nak buat permohonan online pun tak boleh masa suka hati. Kena buat ikut masa bekerja bank. 

Isnin - Jumaat (9 pagi -5 petang)

So korang kena isi masa ni saja.

Borang online ni biasa akan minta korang isi maklumat perniagaan korang macam jenis perniagaan, annual income, modal berbayar dan lain-lain. So make sure korang dah tahu semua details ni bagi memudahkan urusan permohonan. 

Dah habis isi, dia akan minta korang pilih cawangan bank cimb yang korang nak pergi untuk hantar dokumen. Yes. Walaupun dah isi online, korang still kena pergi bank untuk hantar dokumen dan jumpa pegawai bank. So pilihla cawangan bank cimb yang terdekat dengan korang. Dah selesai isi nanti sistem akan bagi nombor rujukan permohonan. Simpan nombor tu. Nanti bila datang ke bank, pegawai bank akan minta nombor rujukan permohonan untuk dia semak. So korang boleh submit sekali segala dokumen yang diminta. Bila kena datang ke bank? Biasanya cimb akan hantar email untuk korang datang ke bank submit document. Tapi kalau dia tak email (macam kes saya dia tak email), datang je sehari or 2 hari lepas tu. Tempoh valid tak silap kurang dari sebulan. So better settle awal-awal. 

Dokumen yang diperlukan pihak bank 
(Bawa yang original dan fotokopi)

1. Sijil ssm ( no. Pendaftaran dan maklumat perniagaan)

2. Kad pengenalan 

3. Cop syarikat

4. Duit deposit RM 1000

Untuk duit deposit tu tak semestinya kena bawak cash, ada setengah pegawai bank suruh korang transfer online je ke dalam akaun syarikat yang baru di daftar. So better tanya pegawai bank tu dulu. Tapi duit deposit mestilah dimasukkan pada hari yang sama. 

Masa jumpa dengan pegawai bank tu hantar dokumen dia akan tanya beberapa soalan berkaitan syarikat korang. So jawab je dengan baik. Biasa hari yang sama juga dapat kelulusan untuk buka akaun.  Diorang akan bagi nombor akaun syarikat. So, simpan elok-elok. Kalau korang nak buku cek boleh request. Kalau tak guna, tak perlu request.  Untuk cimb, bank akan bagi kad atm juga. Tapi yang ni korang kena datang buat di bank selepas seminggu dari tarikh buka akaun syarikat. So lepas seminggu korang datangla buat kad atm. Just bawak sijil ssm tu je. Dah ada kad atm, balik rumah korang boleh register sendiri cimb clicks bagi memudahkan korang check keluar masuk duit company. So, settle la urusan buka akaun syarikat di cimb. 


Next entri saya akan cerita macam mana nak buka akaun syarikat di maybank pula. Harap dapatla membantu korang yang baru mula nak berniaga. 


Friday, January 17, 2020

Welcome 2020

Alhamdulillah....masuk tahun 2020 ni genaplah 10 tahun usia blog ni. Cepatnya masa berlalu. Kalau orang, dah darjah 4 dah tahun ni. hihi...walaupun blog ni dah jarang berupdate, tapi selalu tiap bulan saya akan buka juga untuk check comment . walaupun ada sesetengah entri tu dah lama, ada juga yang masih membaca dan tinggalkan komen. Semoga penulisan saya yang lepas-lepas dapat memberi manfaat buat yang lain. In sha Allah.

Januari 2020 ni, genaplah 3 tahun saya bergelar housewife. Tiga tahun jugala saya bekerja sendiri. Buat bisnes online dari rumah. Awal-awal dulu  saya rasa maybe saya akan bertahan selama 6 bulan je kerja sendiri, tak sangka dah 3 tahun pun. Walaupun kadang-kadang ada jugak rasa rindu pada zaman bekerja dulu, tapi saya lebih selesa dan happy dengan kehidupan sekarang. Busy uruskan family, rumah dan bisnes. Anak-anak dah makin membesar ni lagi banyak tanggungjawab. Banyak benda yang nak kena bagi perhatian terutama bab didikan. Azam saya tahun ni tentula nak buat yang lebih baik dari sebelumnya. Azam baru? Hmm...rasa macam banyak yang carry forward azam tahun-tahun lepas. Hihi...Takpela, kita try. kalau berjaya, Alhamdulillah. Tak dapat, usaha lagi.





Sebenarnya, banyak entri saya yang terperam dekat draft. Tahun ke tahun, minat menulis tu makin berkurang. Membaca pun sama. Saya masih lagi membeli buku-buku untuk dibaca  setiap tahun, tapi dah tak banyak. Tak aktif sangat macam dulu. Maybe sebab busy sama.   Tak dapat nak fokus lebih-lebih dengan hobi yang saya minat dari kecik. Tahun ni, anak-anak dah besar sikit maybe ada lebih sikit masa untuk diri sendiri.  Kita tengok nanti macam mana. Harapnya mood menulis tu ada balik. Saya harap dapat menulis benda-benda penting dan bermanfaat yang boleh jadi rujukan orang lain.


Oh Ya, sejak jadi housewife ni kan, saya dah ada hobi baru. Saya suka berenang! Hihi..Saya try untuk curi masa untuk berenang setiap minggu. Entah, rasa best dan tenang je bila berenang. Dah lama tau saya teringin nak belajar berenang. Tahun 2018 baru tercapai. Alhamdulillah, sekarang ni walaupun tak pro mana, tapi saya dah pandai berenang. Fayyadh pun dah pandai dah sikit-sikit berenang. saya hantar dia ke kelas renang. Saja nak isi masa terluang sambil tambah stamina diri.

Harapan saya, tahun 2020 ni dapat bawa lebih banyak perubahan positif buat saya dan keluarga. Ikutkan ada beberapa impian saya yang belum tercapai. in sha Allah saya cuba usahakan untuk tahun ni. Tahun ni, saya harap saya dapat fokus lebih lagi pada didikan agama, sahsiah diri dan akedemik anak -anak saya terutama Fayyadh. Dia dah pra sekolah tahun ni. 6 tahun kan. Ajdaa ok, sebab baru 2 tahun 2 bulan. Bab parenting ni, jujur saya masih lagi slowly belajar. Masih tak sempurna banyak perkara. Bukan senang nak handle emosi diri. Nak pupuk sabar. Doakan saya berjaya jadi ibu yang baik untuk anak-anak saya. Saya pun doakan benda yang sama buat semua ibu di luar sana.

Okla, setakat ni dulu bebelan saya untuk permulaan tahun 2020. selamat tahun baru semua! semoga tahun ni bawa seribu kebaikan, rahmat dan limpahan rezeki  buat kita semua. Amin..