About Us

Thursday, July 11, 2013

Best Jugak Cerita Ramadhan Yang Hilang ni!


Hari ni just nak cerita salah satu drama yang saya suka tengok dekat TV sekarang. Tapi rasa macam lebih tepat tengok dekat tonton kot. hehe..sebabnya pukul 10 malam mata dah ngantuk tahan gaban. So..tengok saja online.



Ada ke yang tengok drama ni? First episode saya tengok memang terus rasa tertarik. Drama ramdahan dekat TV3 ni memang selalu best-best kan? Samelah macam drama2 yang lepas macam syurgamu Ramadhan dan Ramadhan terakhir. Lagi apa erk? tapi tagline nya memang semuanya  ramadhan kan? Semuanya kisah masyarakat yang bikin saya touching sendiri. Siap boleh meleleh air mata tu. Macam cerita Ramadhan yang hilang ni....huhu..sedih, geram, semua ada.

Mula2 tengok memang kesian sangat dengan nasib si Delisha & mak dia. Hidup yang memang betul2 susah. Sampaikan pergi sekolah pun kasut dah macam kasut mulut buaya. Baju lusush, beg sekolah ternganga macam tu je..kesian yang amat. Makanpun ambik sisa makanan student yang tak habis dekat kantin. Masa nila rasa insaf dengan diri sendiri. Patut lebih bersyukur kerana tak hidup susah dan melarat macam tu. Dan peringatan jugak untuk sentiasa membantu mereka yang memerlukan. Respect jugak dengan si Zafirah even anak orang kayapun tapi tak sombong. sama macam parent dia jugak. Kaya tapi x belagak, x bongkak. Pemurah....Tapi bila dah lama-lama tengok jadi geram pulak dekat si Delisha ni. Macam dah lupa diri & daratan pun ada.  Haish....sabar2..hehe..

Adik berdua ni memang pandai berlakon. 

Janganlah sapa2 dapat mak mertua macam ni. Huhu..seram saya tau! 


Ok..ni sinopsis drama yang hilang..

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Sumber: Pelakon Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3 | melvister.com 

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Datang lagi (^_^)



Alhamdulillah..esok kita dah nak menyambut bulan ramadhan. Semoga kedatangan bulan yang penuh barakah ni membawa beribu keberkatan untuk kita semua. Ok..malam ni dah boleh start solat terawikh dah!

In sha Allah..ramadhan kali niadalah  ramadhan pertama  saya sebagai isteri. Rasa excited nak bangun awal-awal pagi prepare sahur untuk suami, nak masak-masak time berbuka & berterawikh sama2. Even sekarang keadaan diri kurang sihat, selalu letih& masih lagi keluar spotting sikit2, saya harap sangat saya boleh menyempurnakan ibadah puasa kali ni. Pasal kesihatan tu memang saya berjaga-jaga jugak tapi In Sha Allah, kalau dah tertulis rezeki untuk kami pasti ada. Cuma saya tak nak stress sangat. Saya redha dengan apa yang bakal saya terima lepas ni. Untuk masa sekarang just keep calm & pray to Allah.



Lately ni memang husband yang banyak buat kerja-kerja rumah hatta memasak sekalipun. Oh! Kalau cerita bab dia “tung tang tung tang” dekat dapur memang boleh buat saya gelak je memanjang. Dengan asap tiba-tiba boleh penuh satu rumah, dengan bawang yg hampir hangit, dengan celoteh dia Tanya saya itu ini lepas ni nak masuk apa? Nak potong apa? Hehe…Memang lucu tapi seyes saya terharu. Sebab tu apa je dia masak, saya telan je tanpa complaint apa-apa. Pahit ke masin ke tawar ke, saya telan je. Hehe…..Yelah,  sayapun memang  betul2  xlarat. Balik keja ja mesti nak terus baring. Malam pukul 9.30 dah masuk tidur. Jadi cam malas pun ada. If kuat sikit, saya akan tolong masak je. Tupun husband yang prepare benda nak masak, saya just masak. Bab mengemas semua dia. Kadang-kadang ada juga beli makanan dekat luar tapi kami berdua lagi banyak masak dekat rumah la...Lebih terjamin kebersihan & kesihatan makanan. Masakpun main campak-campak je. Mudah! Hehe..

Hopefully Bulan ramadhan kali ni lebih baik buat kita semua dari yang tahun-tahun sudah. Bersyukur sebab diberi peluang untuk menikmati ramadhan sekali lagi. Bulan untuk berlumba-lumba buat amal kebaikan. Semua perbuatan baik dilipat gandakan pahala. Memang rugi kalau tak dimanfaatkan betul2.  Kalau tak boleh berpuasa ada lagi amalan lain yang boleh kita praktikan. Jom kita sempurnakan ibdah di bulan puasa ni!




Selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa buat semua Pembaca blog saya. Maafkan saya andai ada salah dan silap sepanjang coretan saya di blog ini =)

Saturday, July 6, 2013

YA Allah...Peliharalah Dia Di Dalam Rahimku . Bila UPT sudah Possitive

Entri terperam dekat draft selama beberapa hari....sekarang baru rasa nak share benda ni dengan korang. huhu...


Time menulis ni semua perasaan ada. Gembira, sedih, terharu, risau, takut..semuanya ada. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sebolehnya saya tak mahu terlalu stress memikirkan benda ni. Always thinks positive. In sha Allah..

Alhamdulillah...lepas 10 bulan menunggu, ada berita baik untuk saya & hubby. Yeay! I'm pregnant!!! alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat. Sungguh tak sangka yang diri ini mengandung. Itupun lepas rasa pelik dengan perubahan badan sendiri. Sebelum ni selamba je main kayuh-kayuh basikal kan..sbb time tu tak fikir saya pregnant, sehari before gi kayuh2 basikal tu saya fikir Cik P yang datang.. Tapi saya pelik kenapa begitu sedikit Cik P datang kali ni. Just spotting cam tu jer dalam 2 hari. then, stop. So..saya fikir mungkin hormon tak stabil. Lepas kawen, saya mengalami masalah hormon yang amatlah pelik. Cik P sesuka hati je nak datang bila2 dia suka. before kawen pun mmg cik P irregular tapi still ok lagi. Kalau lewat pun dalam 1 bulan lebih. Tapi bila dha kawen, Kadang2 lewat almost 3 bulan.Jumpa doktor benda yg sama dijawabnya, hormon tak stabil. maybe kot..kan lepas kawen saya pernah kena allergic teruk? oh..hormon..bilalah kamu mahu stabil? Saya ada perancangan nak ambik supplement & gi berurut tapi cancel atas nasihat doktor. so..just cukupkan diri dengan supplement semulajadi di samping vitamin2.

Ok....disebabkan lepas cik P habis datang pun saya still sakit2 dekat cik "B" dan perut selalu cramp ala2 PMS  sampai 2 minggu saya dah rasa lain macam. Dapat pulak badan asyik panas je malam-malam. sampai hubby selalu cakap saya demam. Check suhu memnajang je 37C ke atas. tak pernah kurang dari tu. saya lansung x expect saya pregnant sebab dah xmau berharap sangat dah. Tak terkira dah berapa banyak upt saya check dan hasilnya asyik satu garis. so, malas nak fikir. Tapi disebabkan simptom2 ala2 nak preggy tu ada, so hubby ajak jumpa doktor. Tapi saya degil. siap cakap lagi.."ala..nanti tau dah doktor jawab apa. hormon xstabil". so..sebab saya degil, hubby belikan saya pregnancy test. Ikutkan cam malas nak test, tapi saya mana tau erti putus asa.Kalau benda dah ada depan mata, memang nak test jer..

Awal pagi minggu lepas, pukul 5 setengah pagi terus terjaga. Terus teringat nak buat UPT. time menunggu line keluar dalam hati dah fikir. mesti 1 garis lagi! Dalam mamai-mamai tu bila nampak 2 garis yang naik terus bulat-bulatkan biji mata. eh, betul ke double line ni? Tengok2 betul2. Saya siap cubit pipi lagi takut bermimpi. memang 2 garis yang sangat terang. Ya Allah..pregnant ke aku??? terus kejut husband. Suruh dia tengok upt tu. dia yang blur2 terus peluk saya. sama2 senyum. saya dah nangis dah. Rasa sebak dan bersyukur sangat. Selama ni asyik 1 line je. Hari ni naik 2 line. Tak tau nak cakap macam mana. Happy tak terkata. lepas tu hubby ajak jumpa doktor terus bila hari dah cerah. Before jumpa doktor sekali lagi saya buat UPT ( punyalah tak percaya..hehe) dan masih lagi double line yang naik. Happynya!!! Alhamdulillah..berita gembira lepas 4 bulan duduk sebumbung.


First UPT. double line!


Second Upt.Masih double line!


Bila jumpa doktor saya bagi tau la yang saya ada keluar spotting selama 2 hari. doktor cakap tu normal la sebab proses nak melekat di dinding rahim. Lega rasa. doktor sahkan saya pregnant 6 weeks. Yang tak bestnya blood pressure saya tinggi sikit. Doktor kata maybe saya excited sangat kot. hehe..ye doktor, saya memang excited! Awal lagi....kena jaga betul2.

Saya gi keja macam biasa hari tu. Tapi malam tu tiba2 turun darah sikit. saya jadi panic. Risau la..dah 3 hari la kalau diikutkan turun spotting2 macam tu. risau apa2 jadi dengan kandungan saya. So, malam tu terus ke klinik. Doktor scan dah nampak kantung. Tapi fetus xnampak lagi sebab terlalu awal. Doktor cakap if 6 minggu kalau scan melalui bawah, akak nampak lebih jelas. Ok..lega walaupun just nampak kantung je. Huhu..yg xbest, blood pressure saya masih tinggi. tapi bila check urine, mujur xde protein. so..kena repeat jumpa doktor untuk check BP hari2. Tapi Alhamdulillah..hari ni dah ok.

Gembira sangat time ni walaupun baru nampak kantung =)


Petang tadi, ada spotting lagi tapi just brownish je tapi saya dah risau. Jumpa doktor dekat klinik check upt masih lagi positive. terang lagi doble line nya. Tapi doktor  buat surat suruh refer hospital. Emergency sebab selalu turun darah.

Result UPT hari ni. Masih Positive


Time dekat hospital sekali lagi kena scan. Tapi kali ni melalui bawah sebab early pregnancy. bawah 7 minggu kan. Bila scan nampak kantung kecil sangat. fetus xad. doktor cakap kalau 6 minggu patutnya dah nampak fetus ni if scan dari bawah terus saya jadi risau. Takut sangat if apa-apa tak diingini berlaku. Doktor expect saya mis___ge( xnak sebut sebab sedih..sob..sob) ataupun usia kandungan masih terlalu awal. Bukan 6 minggu. saya gtau doktor yang saya irregular period, then doktor kata apa yang doktor dekat klinik estimate usia kandungan saya tu tak betul. sebab irregular period kena estimate usia kandungan melalui scan sebab doktor xleh nak agak. kalau regular senang. So..lega sikit. masih ada harapan. Tapi peluang tu 50-50. Lagi 3 minggu kena jumpa pakar untuk scan sekali. Saya harap sangat time ni dah nampak fetus. Bukan lagi kantung yang kosong. If tak.....(huhu...seyes xsanggup nak sebut).

Balik dari hospital..memang meleleh air mata dalam keta. cakap dengan parent & parent in law pun sambil nangis. sedih sangat..tapi last2 saya dah rasa tenang sikit. In sha Allah..kalau ada rezeki untuk kami, pasti ada. Sekarang, saya perbanyakkan doa, solat hajat & minta kandungan saya ni sihat & selamat. Buat macam biasa. Taknak stress dan terlalu emotional dalam berfikir yang bukan-bukan. Harap2 dah tak turun darah dah. In sha Allah....kalau dah rezeki pasti ada. Semoga Allah pelihara dia di dalam rahim saya dan moga dia sihat & selamat di dalam sana.

Allah tahu apa yang terbaik buat kami dan perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya. Doakan saya ye kawan2!


p/s: Hanya bercerita kisah ni dekat blogbersama pembaca di alam maya. Mungkin sebab bagi saya menulis tu salah satu terapi jiwa. Belum mahu share benda ni secara umum dengan rakan2 di FB atau yang lain. Masih terlalu awal. Harapkan yg terbaik =)

Friday, July 5, 2013

Alhamdulillah...Terima Kasih Nuffnang (^_^)


Alhamdulillah cek ke-4 dari Nuffnang berjaya sampai ke tangan bulan lepas. Tapi masih terperam dekat rumah. Tak cash out lagi sebab tengah fikir apa nak beli dengan duit "berblog" kali ni. Rasa macam nak beli something yang bila saya pandang saya akan ingat pasal blog then senyum sendiri (^_^). hehe..Tapi dalam hati rasa macam nak beli tupperware. yg set untuk freezer mate tu. dah lama ngidam nak beli benda ni. hehe...oh, sejak jadi isteri orang ni memang kegilaan saya pada barang-barang dapur & barang rumah. any ideas?

terima kasih Nuffnang ! happy sangat...

Bulan july ni pun dah dapat 2 BE dari Nuffnang. Alhamdulillah...syukur atas rezeki ni. So...sila menari rancak-rancak ye wahai  BE dekat blog saya. Dan saya jugak harus rajin mengupdate blog di sini. hehe...




 before ni banyak kali dapat invitation untuk join Nuffnang nyer blogbuster campaigns tapi saya tak dapat nak join sebab saya tak pandai bab-bab nak create video ni. Huhu..setakat menulis tu tahulah jugak. So, camne nak try?Saya bukan pandai buat video. tak pernah-pernah buat. so..terpkasa pandang begitu saja..Hehe.. Ok..mana tau next time saya leh join kan? Thank you Nuffnang sebab dah mula bagi blogbuster nyer icon ni dekat akaun nuffnang saya. terharu tau!



Ok..pada yang mula nak join nuffnang tu jangan cepat putus asa ok. In sha Allah..rezeki tu pasti ada. cepat atau lembat je.  Don't Give up! saya dulupun ambil masa yang lama nak merasa ada BE ni dekat blog. Nak cerita camne dapat BE ni pun saya tak pandai sebab saya sendiri tak guna pakai pun apa-apa tips. Semuanya bergantung pada rezeki. Alhamdulillah...terima kasih Allah =)

Sunday, June 30, 2013

Main kayuh-kayuh =)


Dah lama x pegang handle basikal. since dah bekerja ni bertuah la nak merasa naik basikal. Time dekat UiTM dulu rajin la jugak. pinjam basikal mini dkt umah nenek saya kayuh basikal gi kedai runcit. Time tu....bila malas nak jalan kaki,, naik basikal la cpt sikit sampai. Time sekolah dulu pun gi sekolah kayuh basikal je. hari2 kayuh. mmg badan pun slim mlim & kurus melidi. lemak pun takut nak hinggap. Ngeh..ngeh..sekarang? buka pintu kereta, duduk. drive jer gi mana2. Cuma sejak 3 bulan ni jer saya & husband rajin sanggat jalan kaki gi mana-mana . setakat jarak  1 atau 2km tu mmg berjalan jer. orang cakap jauh tapi bagi kami tu je la cara nak exersise. Tambah2 bila dah montel ni. Kalau tak kurus sangat takpe, janji badan "fit" dan sihat.

Pagi tadi, spend time with my officemate. kayuh basikal dekat Bukit Cerakah shah alam. Pukul 8 pagi dah bertolak pergi.  Asalnya nak pergi bertiga tapi kawan saya tu last minute xjadi plk. so berdua je. Husband xikut sbb ada keja office nak settle dekat umah. So, berlagakla bujang kejap si isteri..hahaha. owh..dah lama x kesini. last pergi time belajar dkt UiTM dulu. Ingat lagi time dulu kayuh basikal laju2 sbb kena kejar dengan monyet.Haha...hari ni nampak je monyet terus slow2 cabut lari. takut kena kejar lagi! hehe..

Sekarang bila gi mengayuh basikal  dah "pancit". haha...stamina tak sama dah macam time dulu2. kena exercise lebih lagi ni baru la laju sikit mengayuh. Ni bila nak mengayuh naik bukit je rasa lenguhnya kaki. hehe....Tapi best sangat..menikmati keindahan alam di celah2 bandaraya shah alam sambil menyihatkan badan =)















Habis berbasikal pergi taman tasik shah alam pulak. jalan2 dekat situ...exercise + menikmati keindahan Alam anugerah ilahi.

Muka saya memang pucat lesi time ni. sbb kalau gi exercise saya suka muka saya free dari bedak atau krim kecantikan. just letak moisturizer jer... hehe...takut muka gatal2 bila bedak bercampur peluh.


Sunday, June 23, 2013

Usia Bukan sekadar Angka


Usia yang bertambah dari hari ke hari-hari. Alhamdulillah...masih diberi peluang bernafas dengan sihat di muka bumi ni.

 Selalu tagline yang saya dengar "usia hanya angka". Tapi, Betulke usia itu sekadar angka? Kalau direnung..banyak sangat yang boleh dimuhasabahkan tentang "usia". Dari sudut positif & negative. Ada banyak yang boleh difikirkan.

 Ramai yang takut usia di wajah melebihi usia sebenar, takut penampilan nampak lebih tua dari usia tetapi berapa ramai je yang takut usia yang kian bertambah apakah pahala atau dosa yang ditambah?

 Kalaupun umur kita sudah 30 tahun, logik ke nak berperilakuan seperti remaja 17 tahun?
Andai usia kita sudah melepasi 50 tahun, apakah pemakaian dan tutur kata seperti remaja awal 20-an?


Bukan mudah menjadikan perilaku itu sempurna kerana tidak ada yang sempurnapun di dunia ini.
Bukan mudah juga meninggalkan sikap & sifat negatif yang sudah sebati dalam diri. Ya! Saya akui  bukan kerja mudah.

Tapi tak salahkan kalau kita mencuba menjadi yang lebih baik dari sebelumnya? kerana "angka" itu bukannya sekadar "angka" yang sekadar di sambut penuh suka. Ada sesuatu yang perlu diisi dengan "angka" itu.




Angka yang makin meningkat. Perlukah berbangga jika kelihatan angka sahaja yang bertambah tetapi kelakuan dari tahun ke tahun masih di takuk sama?  Peringatan untuk diri sendiri. Usia sebenarnya bukan sekadar angka. "Angka" itu yang patut direnung. Masih di tahap yang sama kah kita?

"Angka" itu sebenarnya juga perlukan kematangan & perubahan ke arah yang lebih baik...



Salam Nisfu Syaaban buat semua. Bermula lagi buku baru..semoga ia lebih baik dari yang sebelumnya..In Sha Allah


Friday, June 21, 2013

Penyegar Mata


Salam jumaat semua..

Saja nak share dengan korang "penyegar mata" saya dekat office. Baru beli dekat Kaison Last week.

Bila tengok bunga ni, teringat bunga ros dekat kampung yang bau macam sirap tu. hehe...


Tuesday, June 18, 2013

Berangan Pasal Bisnes!



Hari tu masa sembang2 dengan officemate topic yang keluar pasal bisnes. Beberapa orang dah mula buat bisnes kecik2 macam jual Tupperware, Avon, jual tudung, kain pasang, jubbah , product kesihatan, insurance and so on. Dapatlah tambah side income . Bila dah nak dekat raya ni, ada yang jual kuih raya pulak. Kira macam-macam bisnes la yang orang buat sekarang ni. Kagum sekejap. Hehe…

Saya? Bukan tak ada lansung minat nak berbisnes. Adalah jugak sikit2 tapi minat saya lebih kepada menulis. Saya rasa bakat semula jadi yang saya ada sejak kecil-kecil adalah menulis. Even bakat tak betul-betul di asah dan digunakan dengan sebaiknya tetapi sejak kecik, saya hanya punya cita-cita untuk bergelar penulis. Mungkin perlukan lebih usaha & ilmu ke arah itu.   Ok….dah out of topic. Sorry ye ! Hehe..

Back to the main topic, Saya pernah terfikir nak bersara awal dalam kerjaya saya sekarang. Maybe dalam umur 40+++ then tumpukan perhatian pada rumah tangga dan bisnes. But, before bersara tu kenalah berjinak-jinak dalam bisnes dulu kan?  Buat secara sampingan supaya dah cukup ilmu & experience untuk buat secara sepenuh masa.  Saya lebih berminat pada bisnes online dan  buka franchise jenama2  perniagaan yang dah sedia dikenali  ramai macam MPH, POPULAR, guardian, Watson, Cosway or apa-apa lagi (tapi saya lebih berminat nak buka kedai buku kerana cinta hati saya lebih di situ!) . Kalau TAK dapat bukak franchise besar-besar dapat bukak yang kecil sikit macam coolblog ke, myNEWS ke pun dah rasa seronok.   Benda ni yang banyak kali jugak saya & hubby angan—angankan. Bukak franchise. Modal agak tinggi tapi dari sudut pemasaran yang bestnya dah ramai orang kenal & sedia ada pelanggan. Cuma location franchise tu yang kena fikir. Perlu strategic. In sha Allah kalau ada rezeki lebih, mana tahu kan? Tak salah bercita-cita tinggi. Bukan kena bayarpun. Hehe…Ada rezeki adalah. (Tinggi betul cita-cita saya. Boleh lawan mat jenin ni! Hehe…. =)



Bisnes online? Bagi saya sangat best sebab rata-rata orang sekarang suka shopping online. Me too! Ada benda yang susah nak cari secara offline, so beli online sudah. Jimat kos nak mencari-cari bagai tu. Tetapi  nak bisnes apa belum ditentukan. Mungkin campur aduk bisnes pakaian & hiasan rumah macm wall sticker dan lain-lain. Amboi… bukan main lagi kau ye Imah,Kuat sungguh berangan! Ala..bukan kena bayar duit pun kalau nak berangan. Salah satu cara terapi otak tau! Rasa best je..hehe. In sha Allah suatu hari nanti kalau panjang umur dan murah rezeki berniagalah jugak saya sebab saya tak fikir nak stay dengan kerjaya saya lama-lama. Dapat pulak kerja husband saya kena pindah-pindah so lagi bertambah pening saya nak bertukar kerja. “For future planning”  memang saya plan nak wat bisnes online. mula-mula start secara bisnes kecik-kecik, lama-lama mungkin dah berbukit? Aiyak……ni yang part saya boleh tersengeh-sengeh sorang-sorang ni. Menulis macam dah betul-betul  jer jadinya. Haha……


Rasanya, secara online ni saya dah mulakan sikit2. Asalnya, tak pernah terfikirpun nak berbisnes tapi entah kenapa bila ramai sangat yang request, secara tak sengaja saya berbisnes. Bisnes  Apa tu?
Sewa veil jer. Mula-mula fikir mungkin sorang dua je yang akan sewa tapi Alhamdulillah…lebih dari tu Setiap bulan adalah side income sikit2 . Alhamdulillah…bersyukur dengan rezeki tak terduga . Rezeki ni Allah bagi macam-macam bentuk. Sebab tu jugak saya tak mahu fikir sangat pasal rezeki yang saya belum dapat tapi fikir tentang rezeki yang dah banyak Allah bagi pada saya tanpa saya minta. Ya..terapi jiwa, muhasabah diri tu yang penting. Selalu berfikiran positif. Husband sangat-sangat support bisnes kecik-kecik saya ni sampai request suruh saya buat lagi veil baru. dulu dah buat just nak tambah lagi satu. Saya tak prefer nak ambik tempahan veil even ramai yang request sebab saya tahu tahap kemampuan jemari  kaku saya ni. Hehe… Takut apa yang saya buat tak penuhi kriteria yang pelanggan nak. Better buat sewa je even saya sewa murah je pun sebab bila orang suka design tu dia akan sewa. Kalau tak suka, boleh sewa tempat lain =) .

Ok..stop membebel.

 Thanks sudi membaca =)


Monday, June 17, 2013

Filem Pee Mak - Bikin gelak sepanjang Cerita!


Finally, dapat jugak tengok filem Pee Mak ni walaupun dah kira agak terlewat. Mula2 frust sebab tak dapat gi tengok filem ni dekat Mid Valley. Saya ada  dapat tiket free dari Nuffnang tapi disebabkan hari bekerja (malam) husband xnak gi. Tapi dia janji akan bawa saya tengok filem ni bila dah keluar dekat panggung nanti :)



Benda yang paling saya nak sangat tengok filem ni sebab dia lebih kurang sama macam filem Nang Nak, cuma versi kali ni komedi. Memang excited nak tengok cerita hantu versi komedi. Cam ne tu? hehe...Saya baca review mereka-mereka yang dah tengok filem ni pun semua cakap best. Review wartawan dalam paper pun cakap best. RM 90 juta kot kutipan filem ni sekarang ni! Terbaik!!! Bestnya kalau filem Malaysia pun leh dapat kutipan kaw..kaw box office macam negara jiran kita ni kan?

Tak pandai nak ulas panjang-panjang. Just nak cakap filem ni memang kelakar giler! Dari awal cerita sampaial ke hujung cerita, gelak aje kejanya. Suka tengok gelagat kawan2 si Pee Mak ni. Haha...semua kepala otak gila-gila. Ada jugak bab yang touching sangat. Memang Mak & Nak ni lagenda loving couple.  Huhu....overall, memang terbaiklah!!!

ni trailer filem Pee Mak



Wednesday, June 12, 2013

Hantu Kaison!


Pantang singgah Paradigm Mall, tak pernah-pernah tak masuk Kaison. Dah masuk, tak pernah keluar tanpa beli apa-apa. Hatta sekecik atau semurah manapun barang tu saya pasti beli. Memang gila ar dengan Kaison ni. Tambah-tambah hobi lepas kawen ni menjurus kepada hal2 hiasan dalam rumah. Kedainya pulak dekat dengan office. Time hari jumaat dengan lunch hour 2 jam,  if xde kerja yang sangat urgent memang ke kaison la jawabnya. Cuci mata sambil geram sendiri tengok barang dia yang kiut miut. Oh Kaison!




Ye! Kami memang "hantu" dengan Kaison ni....tambah2 si baju ungu tu. hehe..


Comel kan pasu2 bunga dia yg kecik2 tu? comel!

Dari langsir rumah, alas meja, frame gambar, pasu bunga kiut miut tu..semua saya beli dekat Kaison. Sampaikan perfume untuk letak dalam toilet  pun saya beli dekat sini. Kotak dia pun comel2. Bikin  geram je  bila tengok. Rasa macam nak angkut semua bawak balik rumah. Haha...

Tengok kotak ni..comel giler kan? Harga pun tak mahal sangat. 

Balik rumah, husband hanya geleng kepala tengok kerenah wife dia. Suka bebenor beli barang dekat Kaison.  Lepas tu kena paksa jadi tukang komen cantik ke tidak? Hehe..even benda yang saya beli simple2 & murah jer pun tapi tetap rasa seronok.

Alas meja & pasu bunga ros putih ni letak dekat meja makan.

Masa tengok dekat kedai,rasa frame ni besar, tapi dah bawak balik umah, kecik la pulak. nak tukar letak frame lain pulak dekat sini. Yang ni bakal bawa masuk dalam bilik tetamu.

Bunga ni mula2 letak dekat office, lepas tu bawa balik rumah letak dekat meja makan. Bila rasa dia "kecik" sangat nak letak dekt meja makan ubah letak dekat rak TV ni. Hehe..


Kalau ada rumah sendiri nanti lagi sakanla perangai nak menDEKO rumah. Sekarang gitu2 jer..hehe.

Tuesday, June 11, 2013

Jalan-Jalan Melaka



2 minggu lepas (gila lama nak update cerita!) saya dan hubby gi Melaka. Attend wedding cousin dia dekat sana. Kiteorang packing je baju bawak sekali dalam beg  sebab tak fikir nak tidur sana atau balik hari je. Maklumlah..School holiday, dah tentu-tentu Melaka tu jammed. Semua nak serbu bercuti dekat sana kan? Ingat kalau orang xramai sangat nak jugak meronda-ronda Melaka tu.

Pagi tu kiteorang bertolak ke Melaka dalam pukul 10 lebih. . Haiya…belum sampai Melaka pun dah gila-gila punya jammed. Huhu…stuck dr dekat Elite highway lagi. Sungguh banyak orang yang nak ke selatan Malaysia. Dalam kereta saya dah spare roti & air kotak. Takut lama2 dalam jammed perut pun jadi lapar ya amat. Roti dah jadi penyelamat gendangan radio dari perut. Hehe.. Sampai Melaka dah pukul 2 lebih. Time kiteorang sampai, orang dah tak ramai sangat dah dekat tempat kenduri.  So, apalagi pelahap makan tak ingat dunia. Nasi kenduri memang best! Tambah2 bila dimakan time lapar..oh sungguh nikmat! Hehe..
Time nak balik, mak sedara hubby bekalkan kiteorang banyak2 kek & muffin. Err..ni sah2 nak kasi saya bertambah chubby.  Tapi kek & muffin dia memang super duper sedap. Atas keta saja dah ber biji biji kiteorang makan. Tinggal 2 bijik je nak bawak balik umah. Apela penyakit laki bini suka sungguh makan. Before kawen tak macam ni pun. Huhu..

Muka penat + kekenyangan. boleh pulak si suami bantai makan tapai 2 bungkus? haha,,,


Pengantin lelaki ni cousin husband saya. Muka sama x? hehe


Disebabkan Melaka sangat2 jammed, so hasrat nak meronda & stay semalam dekat sana terpaksalah cancle. Tak sanggup nak redah jammed dekat sana. Tu belum campur nak gi jalan2. Silap2 nak berjalan pun jammed dengan org jugak. So, kiteorang decide gi cari coconut shake saja dekat Pantai klebang. Ramai cakap coconut shake dia sedap. Memang kena try la. Jarak dari tempat kenduri dengan pantai klebang xjauh. Drive sekejap je dah sampai. Lupa nama gerai dia tapi yg tahu time sampai tu orang memang ramai sangat. Penuh tempat duduk. Akhirnya dapatlah jugak merasa apa yang orang panggil “cocnut shake” tu. Yeay!!Rasa??? Saya suka! Memang sedap!!!! Ada campuran ais krim vanilla dengan isi kelapa yang diparut halus. Rugi kalau tak try! Hehe..

tengokpun dah rasa nyummy!





Then, kiteorang gi melepak kejap dekat pantai klebang. Ambik angin laut…dengan pakai baju kurung sibuk je saya nak main air laut. Memang boleh jadi “jakun” sekejap kalau jumpa air laut. Tak sah kalau xrendamkan kaki. Hehehe…Lepas tu, terus drive balik shah alam. Singgah makan asam pedas Melaka jugak dekat gerai tepi jalan. Dua benda ni je yang saya target nak makan dekat Melaka. Jalan2 tak sempat. Next time la datang lagi. Nak holiday lebih2 kena tunggu bukan time cuti sekolah. Baru best..hehe

hai..main pasir je? isteri kemain seronok main air laut ..hehe




asam pedas ikan pari =)

Wednesday, May 29, 2013

Minat Vs Masa



Orang melayu selalu cakap, “kalau nak seribu daya, Tak nak seribu dalih” kan?  Satu lagi, kalau sebabkan minat, sedaya upaya kita akan berusaha untuk capai impian kita tu walaupun Banyakkkk….. sangat halangan. Huhu….. “alasan” tu tetap hanya “alasan”. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? Tapi “orang lain” tu maybe situation dia xsama macam situation kita. Manusia..life hidup tak sama tapi yang bezakan kita adalah”semangat” & “usaha”. Dan dalam minat saya tu, saya memang jauh ketinggalan dalam semangat & usaha. Dah kalah pun (T_T).

Betul….saya rasa dah lama abaikan minat saya yang satu tu. Masalah utama, masa. Yup! Kesibukan buat masa untuk minat saya yang satu tu dah lansung tak ada. Start dari busy dengan hal kawen sampailah dah kawen ni, sentisa busy dengan life sendiri. Patutnya tu bukan “alasan” stop menulis kan? Orang lain pun busy jugakk..bukan saya sorang.  Beberapa bulan ni, kena share lappy dengan hubby sebab lappy dia rosak. Tengah tunggu laptop company dia sampai.  Buat sementara share ar dulu. So, saya memang tak ada masa nak menulis.  Sebab tu dah lama saya xmenulis novel. Malas nak berebut dengan husband sebab tahu dia nak guna untuk settle & study pasal skop kerja baru dia. Mula2 dia cakap nak beli lain tapi saya pulak tak bagi sebab dah company nak bagi. Buat apa guna banyak2 laptop kan? Padahal dia guna pun banyak untuk kerja bukan untuk personal sangat pun. Cuma sekarang ni tengah fikir nak beli PC je letak dekat rumah. Rasa lagi suka menulis novel guna pc dari lappy.  Huhu…Hari tu ronda2 dekat plaza alam sentral tenggok Pc baru, design cantik, touch screen, build in sekali dgn CPU. Tak perlu dah cpu yang besar2 gedabak . Jimat space. Memang jatuh hati sangat tapi nak beli kena kumpul duit dulu. Banyak lagi benda lain yang penting nak kena beli dulu. So, sila sabar ok! Guna dulu mana yang ada.

cantik! mmg suka sangat denagn PC mcm ni....bila nak dapat ni?


Kadang2 rasa terkilan dan sedih pun ada bila baca komen & email readers pasal novel saya yang bertahun terbengkalai tu. Kalau rumah, rasanya dah penuh semak samun & pokok2 liar. Seyes rasa bersalah sangat buat orang tertunggu-tunggu. Sebenarnya, saya tak pernah fikir pun ada yang tunggu sebab saya bukan pandai menulis cerita pun. Saya fikir, kalau saya tak habiskan cerita tu, xada orang yang kisah pun. Sebab tu saya tak pernah “paksa” diri saya kejar masa. Tulis bila saya rasa nak tulis sebab tu just minat saya. Bukan kerja saya sepenuh masa. Cuma dari time saya kanak2 dulu, saya selalu berangan yang saya ada novel saya sendiri. Saya tak sangka ada jugak yang masih ingat cerita2 terbengkalai saya tu. Rasa terharu tau! Huhu…

Time tu baru saya fikir, saya perlu peruntukan masa untuk minat saya. Perlu  ada masa untuk diri sendiri dengan buat benda yang saya minat. Dah 2 tahun lebih dah stop menulis. Camne saya nak mulakan balik? Macam mana nak bagi idea2 datang laju2 macam dulu?( walaupun dulu xlah selaju mana…merangkak la jugak nak habiskan satu bab. Hehe…),  Cam mana nak dapatkan “mood” balik? Susahnya bila lama sangat otak ni berhenti dalam “berimaginasi”. Otak saya bila dipaksa tanpa idea, memang tak ada ayat yang mampu saya tulis pun. Huhu..Thanks pada mereka yang rajin email & tinggalkan komen dekat blog ni psl e-novel saya tu.  Hari tu masa dalam bas on the way nak balik shah alam dari Kelantan, tak pasal2 dapat idea untuk cerita baru. Padahal time tu saya lansung tak fikir sikitpun pasal novel  xsiap saya tu. Then,  Cepat2 saya  catit dalam buku nota sebab takut lupa. Haha…idea..suka2 hati je dia nak datang kan? Tak kira time & tempat. Waktu kita betul2 nak idea, xnak pulak dia datang. Grr.. Tapi, harus siapkan yang pertama & kedua dulu before terus berimaginasi dengan yang ke-3.  Azam saya tahun ni, nak siapkan manuskrip pertama & kedua. Yang pertama, tinggal suku je lagi nak siapkan.  Yang kedua, banyak lagi nak siapkan.Baru tulis sampai bab 8 je kan? Huhu.. Tapi, yang saya nampak….banyak yang berminat novel ke-2 saya tu siap dulu. Hehe….saya tak nak berjanji tapi saya  cuba ya! 

Monday, May 27, 2013

Sedikit Tips Hilangkan nervous Buat b2b di hari Pernikahan




Sebabkan sekarang ni  tengah banyak majlis kawen, so nak kongsi sikit tips2 untuk bakal pengantin. Tips  yang saya bagi dekat kawan2 saya bila diorang mintak petua hilangkan nervous time nikah. Huhu…saya memang xada petua apa2 sebab time saya nikah dulupun kelam kabut jugak sebenarnya. Nikah makeup sendiri. Kunci pintu bilik sorang2 makeup dalam bilik sebab tak nak nervous melampau bila tengok ramai orang. Malam before nikah tidur dalam 3 jam je. Before tu makan minum memang terabai. Dengan macam2 masalah…hari kenduri pun sama. Banyak masalah tapi ni je tips yang saya guna pakai masa majlis saya dulu.



-         - Cara untuk hilangkan nervous bila dekat2 time nak nikah. Selalu berzikir & berselawat. Baca surah2 pendek & al-fatihah untuk tenangkan hati. 

-       -   Time nak bersiap & berhias tu, make sure adakan “privacy” untuk diri sendiri. If ramai sangat, nanti banyak mulut komen itu ini, kita pulak yang jadi stress & mengelabah. So, setakat sorang dua kawan tu..oklah. xperlu ramai2 nak tengok kita makeup & bersiap.

-        - Walaupun penat & tak cukup tidur sebab uruskan majlis, jangan tunjukkan sangat rasa penat & stress tu. Nanti mukapun stress je orang Nampak. Hehe..

-        -  Sentiasa positive. Walaupun ada apa-apa masalah di majlis kawen, jangan bawak “mood” xbest tu dalam majlis kita. Lupakan dan abaikan aje. Lagipun OP bukan kira muka stress ke apa, main snap je gambar candid. Korang mesti xnak gambar candid masam kelat je kan even xsenyum pun. So, sila jangan stress!

-         - Senyum! Sentiasa maniskan muka dengan senyuman. In sha Allah..senyuman jugak salah satu cara tenangkan hati. Kalau xnak senyum pun, maniskan aje muka tu..hehe

-          - Orang selalu pesan tidur awal, untuk wajah berseri-seri di hari nikah. Tapi macam dah xberapa nak relevan dah tidur awal tu sbb rasanya majority bakal pengantin xcukup tido. Paling senang nak wajah berseri-seri without thinking about eye bag, muka pucat, kusam adalah Happy! Muka kusam leh touch up dengan make-up  Yang penting hati kena gembira. Untuk nikah, pilih make-up yg natural…sebab kalau boleh kita nak Nampak ayu, suci & lembut je. Less is more..

-          -Time nikah, suruh sahabat & saudara terdekat temankan kita. So, xadalah Nampak mcm takut & mengeletar semacam. Hehe..        

                                                                                                                     

     Ok..tu je tips yang boleh dikongsi sikit.Selamat pengantin baru buat kawan2, sedara & b2b sekalian! Moga majlis berjalan lancar & rumah tangga diberkati Allah swt. Semoga bahagia sehingga ke jannah =)

Monday, May 20, 2013

Facebook - Kisah rumah Tangga




Saja nak kongsi dekat sini satu fan page dekat FB yang saya rajin “menyinggahkan” mata  baca almost setiap hari. Asalnya, bukanlah niat di hati nak ambik tahu hal hidup orang, masalah orang tapi bila bila kerap kisah rumah tangga naik dekat wall FB, tentulah terbaca jugak kan beberapa kisah.  Tapi Fb ni tak mengaibkan sesiapa. Ala, macam kisah2 kehidupan & rumah tangga yang kita baca dekat majalah & surat khabar. Tak tulispun identiti mangsa atau pengadu. Semuanya dirahsiakan Cuma kisah & masalah mereka yang buat kita sebagai manusia boleh jadikan panduan & peringatan kerana bukan semua orang bernasib baik di alam “perkahwinan”. Awalnya mungkin semuanya indah & baik tetapi bila di uji, mampu bertahankah kita? Bukan semua masalah dalam rumah tangga tu hanya disebakan orang ke-tiga. Banyak jugak yang puncanya xcukup duit, xjalankan tanggungjawab as husband & wife, campur tangan in law & so on. Paling sedih bila baru bernikah beberapa bulan & tengah pregnant  then suami buat hal. Kaki pukul, kaki judi & selalu curi duit isteri. Duit nafkah lansung xpernah bagi. Huhu…kalau baca memang rasa ngeri. Takut jadi macam tu. Sebab tu orang selalu pesan kesempuarnaan sebuah perkahwinan bukan terletak pada sebesar atau segah mana majlis kahwinnya tapi yang penting macam mana kita nak mengharungi kehidupan lepas kawen.  Bukan jugak terletak sekaya atau jawatan apa yang disandang si pasangan tapi bagaimana mereka bekerjasama menjaga keharmonian rumah tangga. (amboi..kemain lagi ayat! Hehe). Tambah2 dalam zaman serba moden & canggih ni….macam2 dugaan hidup. Banyakkkk sgt. Teknologi canggih, orang pun terlebih canggih la jugak. Kalau nak buat jahat ni duduk satu rumah jumpa hari2 pun leh wat jahat. Depan laptop atau handphone je dh cukup. Ye kan? Huhu…



Rasa “cinta” saja dah xcukup untuk kukuhkan struktur rumah tangga. Rasa tanggungjawab & agama yang paling penting. Tak boleh nak ulas apa2 sebab saya pun baru kawen. Kalau panjang umur, mungkin banyak lagi cabaran & dugaan yang perlu dihadapi di masa depan. Dah kawen nipun, saya masih banyak  berguru petua rumahtangga & nasihat dari emak, kakak & nenek saya.  Cuma satu je yang saya pegang, tak perlu mengejar kesempurnaan  yang belum pasti dalam sesebuah hubungan tapi cuba “sempurnakan & terima “ apa yang memang kita dah ada. Di mata orang mungkin kita tak bahagia dengan kekurangan yang orang nampak pada kita & pasangan tapi cukuplah kita tahu yang  kita memang bahagia & gembira. Dan belum tentu kalau kita memiliki keluarga yang lengkap & sempurna macam yang orang pandang, kita akan bahagia. Sentiasa bersyukur Jika kita masih merasai nikmat bahagia walaupun tidak sempurna  mana pun. Bila terkurang di mana-mana dalam hubungan cari saja kelebihan yang kita ada, automatic kita akan rasa bersykur sangat-sangat. Jadikan kisah2 orang lain sebagai tauladan.  Always think positive. Bila apa yang kita harapkan kita belum dapat setelah bermacam usaha kita buat, jangan  mengeluh & mempersoalkn apa yang Allah takdirkan untuk kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya, kita sebagai manusia hanya merancang tapi yang menetukan Allah swt. Ada sebab & hikmahnya mengapa apa yang kita nak, kita belum dapat. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Bersabar, berusaha & berdoa…In sha Allah ada ganjaran di kemudian hari kesabaran kita tu. Tidak di dunia, pasti di akhirat kelak. hakikatnya, macam saya tak mudah nak kawal emosi bila apa yang saya  nak xdapat. Lebih sensitive bila terpksa berdepan dgn mcm2 tanggapan orang tapi saya cuba positivekan diri. Nikmati hidup ini sebahagia mungkin. Positive, positive & terus positive. Ceria sbb saya tahu kekurangan yang saya ada tu bukan pengukur bahagia saya.

Melihat kisah hidup orang lain bukan patut kita jadikan bahan umpatan, kejian, caci maki atau menyalahkan sesiapa tapi buat pengalaman yang terjadi pada orang lain sebagai tauladan & panduan dalam harungi  hidup. Apa yang jadi di hari depan kita tak tahu. Mungkin selepas ni kita pula yang ditimpa musibah yang sama. Mungkin juga lebih teruk dari itu. Siapa tahu? Wallahualam.  Sama2 berdoa dikekalkan rasa bahagia yang ada & berwaspada selalu.

Kalau nak like fan page kisah rumah tangga boleh ke SINI

Thursday, May 16, 2013

Cukup 2 tahun. Renew Lagi. Eh, dah ada penjaga baru la!


Baru lepas melaburkan wang dengan jayanya untuk renew insurance & road tax kereta isnin lepas. Expired nya 30 haribulan ni, so renew awal sikit supaya tak lupa. Sob..sob.. Baru kali ke-2 renew, "amount"nya faham2 jelah, still expensive. Huhu....Dapat pulak pernah claim insurance masa accident hari tu. so, NCD da xad. Mahal  200 ringgit dari tahun lepas. sob..sob..sob..Tapi it's ok. Insurance kereta ni sangat2 membantu time kita susah. Dah namanya malang x berbau, so sediakanlah payung sebelum hujan. Hehe....

Alhamdulillah...dah 2 tahun rupanya cik pinky saya tu. Belum ada apa2 problem. Setakat servis biasa ja. Baru lagi kan..Hope so lah..lepas ni dia tidak ada major problem yang teruk2 sehingga buat duit poket saya asyik keluar tak tahu bila nak masuk balik. Cik pinky, please jangan rosak2  ok!  Tapi lepas kawen ni, rasanya kereta saya tu lebih "terjaga". You kow why?sebab dah ada orang yang tolong jagakan dia & saya cuma tahu drive, drive & drive aje. hehe...dah namanya perempuan bukan mahu ambik tau sangat apa dalam keta. setakat tahu isi minyak, tukar perfume kereta ( yg ini mmg saya sangat pandai ) &  drive! yang tu memang tak payah orang buatkanla, saya memang  terror..hehe.. Tapi saya bukanlah teruk sangat sampai x kenal component kereta. sikit2 tahu jugak. Heh..!

Dari part cuci kereta, servis kereta, check kereta, hantar kedai tayar, semuanya Encik suami yang buat & uruskan. Sampai isikan angin tayar kereta pun dia yang buat padahal time bujang dulu pandai pulak buat sendiri. Tak pernah disuruh tapi dia yang offer diri. Haish.... memang seronok mcm ni kan?  Dan saya percaya semua perempuan yang berkahwin pun bab2 kereta mesti husband yang tolong jaga & tengok kan. ye tak? hehe.....

If time bujang dulu, bab2 keta & motor selalu mintak nasihat ayah . Cuma kena jaga sendiri la sebab ayah dekat kampung. Sekarang dah tak risau sangat dah. Dah tambah satu lagi penasihat bab2 jaga keta iaitu encik suami (^_^)





p/s: selamat hari guru untuk semua guru-guru di Malaysia =)

Sunday, May 12, 2013

Cerita Rumah Sewa Ke-2 Kami


Lama saya ambik masa nak bercerita pasal rumah sewa ke-2 kami. Masa rumah sewa pertama, excited terlebih. Mungkin sebab itu "rumah pertama" kami lepas sah jadi suami isteri. Even time tu masih PJJ, tapi rumah tulah tempat kami jumpa time hujung minggu.  Rumah  yang bagi saya penuh kenangan manis. Rumah yang bagi saya sudah cukup dengan "kehendak" kami. jauh dari kesibukan & bunyi bising, penuh ketenangan, Jiran2 yang sangat ramah & baik. kawasan yang bersih. Dekat situ jugaklah kami sama2 lengkapkan barang rumah. Seronok.... Then, bila husband dapat job dengan GLC, dalam berat hati from Kulim kena berpindah ke area lembah klang. Automatic apa yang kami rasa dekat Kulim dah xsama dengan sini. Life yang lebih "mahal", banyak tuntutan "kewangan", xboleh nak lari dari bayar toll, traffic jamed and so on. Rumahpun..boleh berangan je nak duduk rumah teres macam dekat Kulim dulu. Hanya mampu "di atas angin". hehe...so, dari rumah atas tanah..mencarilah kami rumah di atas angin.

Masalah pertama dalam pencarian rumah (time kami masih PJJ-saya di kulim & suami menumpang di rumah maksu saya wat sementara di shah alam) ialah bila husband saya xboleh nak pergi survey rumah dekat area lembah klang. tak tahu sikitpun pasal jalan dekat area sini. Sudahlah member pun xada.  Struggle jugak sebab dia baru "nak kenal" jalan dekat sini. Maklumlah..mana pernah duduk KL-selangor ni. Lepas grad, terus keja dekat penang. nak gi office pun pernah tersesat jalan. Pernah nak gi umah kawan dia dekat taman medan, sampai 4 kali kena bayar toll dekat tempat yang sama. Sesat + nervous melampau??? huhu...

Time dekat kulim, sayalah yang jadi tukang call owner umah sewa yang saya cari dekat Mudah. Time tu tension jugak sebab asyik call je mesti rumah dah orang booking. Kena menunggu "pemilihan tuan rumah sewa". Ada paling sadis, kena isi form untuk permohonan sewa rumah. Hm..macam ni pun ada ke? lagi tambah masalah bila xboleh nak suruh husband gi tengok keadaan rumah tu. Tension gak saya. Dia lagilah tension sebb hati & perasaan lansung tak ada dekat sini. dah macam kena culture shock. Time tu hari2 saya kena bagi semangat dekat dia untuk stay dekat sini. dia macam terkejut dengan semua benda yang ada dekat sini. So, saya tak nak tambahkan lagi tension dia.

Bila weekend, saya turun shah alam. Sama2 survey area rumah. Dari shah alam ke bandar pinggiran subang, then ke bukit subang. Tapi husband rasa lagi suka duduk shah alam. Oh! sama dengan saya. Suka sangat2 duduk shah alam. Mungkin dah biasa & saya rasa jalan dekat shah alam ni cantik tersusun walaupun banyak roundabout. heh! Husband cakap senang nak gi keja. naik federal...staright je..lagipun umah maksu saya dekat. kalau dia kena outstation saya leh tumpang umah maksu saya. hehe..

banyak kena pikir time cari rumah sewa ni. Disebabkan bajet rumah sewa harus mengikut kemampuan suami  saya sebab dia yang bayar sewa rumah kami every month & harus jugak consider if saya tak dapat kerja dalam tempoh beberapa bulan mengangur , so income kami hanya dari satu pihak saja (suami saya) untuk tampung perbelanjaan kami berdua. Itu belum campur lagi if saya pregnant time mengangur tu. Kena pikir jugak semua tu. so, setelah ditolak segala perbelanjaan setiap bulan dengan mengambil kira saya tak bekerja, so kami dah tetapkan bajet rumah sewa yang harus kami cari. Sebolehnya saya tak nak susahkan husband. tak kisah if terpaksa stay dulu sorang diri dekat Kulim sementara dapat keja dekat area selangor tapi husband nak jugak saya pindah sebab lepas kes kami 'accident" hari tu dah serik  nak bagi saya stay dekat kulim. Memang banyak kena fikir tambah2 kami sangat2 urgent nak rumah time tu. Tak nak rumah yang jauh dari tempat kerja. Taknak kawasan yang terlalu crowded. taknak umah atas angin yang tinggi2 sebab husband cakap susah nak tengok kereta. Huhu...so, carilah umah atas angin yang maximum tinggi 5 tingkat aje. then, nak umah yang tingkat 1 @ 2. (dasar pemalas nak panjat tangga tinggi2..hehe)

Disebabkan susah sangat nak dapat rumah, saya try tanya ex officemate saya yang pernah duduk area shah alam. Kebetulan dia nak keluar rumah sewa dia hujung bulan 2 sebb dah beli rumah. Time tu saya & husband dah sama2 stress cari rumah, so saya terus booking je umah sewa kawan saya tu tanpa tengok betul2. Tapi saya dah 2 kali pernah gi umah dia. kawasan yang sama time saya menyewa time bujang dulu cuma blok je lain. so..terus contact tuan rumah sewa dan booked. Alhamdulillah...settle masalah.

Alhamdulillah...lepas tu saya xsempat nak mengangur sebab dah dapat keja. Tanya gak husband nak cari rumah lain tak tapi dia cakap xpelah sebab dah janji dengan owner rumah tu. then, dah booking lori. Buatnya tak dapat rumah pulak kan naya. Deposit pun dah bayar. huhu...Then, dia cakap balance yang dia peruntukkan untuk rumah sewa leh tambah dalam akaun  saving untuk beli rumah sendiri nanti. keadaan rumah ok je even banyak lubang2 dekat dinding sikit sebab dulu pernah student menyewa dekat sini. habis dinding umah dia main paku2. haisy...memang tak tahu menjaga rumah orang! Terus owner cakap dia xnak dah student meyewa umah dia. Nak bandingkan umah kami sekarang dengan rumah time dekt Kulim dulu memang banyak sangat bezanya. lebih kecil. Bilik tidur pun just muat2 letak katil. Sebab tu wardrobe letak bilik lain. Bilik yang sama buat ruang solat. Then satu bilik lagi kami buat bilik tetamu. Nak cakap selesa sangat2 tu xlah..tapi bolehlah. Bukan x selesa keadaan rumah tapi xboleh terima keadaan environment dekat luar rumah. pernah cerita kan dlm entri dulu. Tapi lama2 dah rasa boleh terima. Mungkin dah boleh sesuaikan diri kot. Jadi lali. Lagipun sini dekat jugak dengan kawan2 saya. ramai jugak yang menyewa dkt sini. Yang dah kawenpun ada sewa sini cuma blok je lain. Nak gi umah maksu saya pun 5 minit je dari rumah. Parking pun xcrowded. xpernah lagi tak dapat parking  dan xde orang nak double park. hm...ok la kan. Duduk berdua je....

Ni rumah sewa ke-2 kami. sangat2 simple & biasa. Rumah orang baru berumahtangga. huhu....tak ada apa yang menarik pun tapi nilah syurga cinta kami. Nanti leh cerita dekat anak cucu macam mana ibu ayah & atuk neneknya memulakan hidup lepas kawen. hehe.....


keadaan ruang makan & ruang tamu


Ruang tamu. 

Dapur. tetiba baru perasaan ada buah pelam harum manis dekat situ. hehe
bilik tidur yang  kecil. muat letak katil & ada sedikit je ruang dekat sebelah.


Bak kata suami" bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak sesak duit setiap hujung bulan & ada duit nak belanja harian, xjadi hamba hutang  & boleh saving itu dah cukup beruntung dah. hidup dekat sini serba serbi perlukan duit. Xboleh nak jimat sangat macam duduk dekat Kulim dulu. Patut bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi ". Alhmdulillah...... Bak kata mak saya " Tak salah bermula dengan kesusahan, sebab kita akan lebih menghargai setiap apa yang kita lalui & korbankan untuk kesenangan hidup masa hadapan".

In sha Allah...suatu hari nanti, moga Allah murahkan rezeki untuk ada zuriat & rumah sendiri. part rumah sendiri mesti kena cerewet & pilih betul2. Walaupun keadaan sekarang yang harga rumah melambung tinggi,mahal melampau-lampau, kami harap sangat yang kami akan jumpa jugak rumah yang sesuai dengan kemampuan & lebih selesa buat kami.