Wednesday, March 21, 2012
Rindu...
Tuesday, March 20, 2012
Komen Orang Ramai Bila Belanja kahwin Cuma RM 5522.50
Masa tengah layari FB time lunch hour tadi ada kawan saya yang share pasal perkahwinan cara islam yang kosnya cuma RM 5522.50. Seronok je bila tengok jumlah belanja tu yang tak membebankan.
Tapi rasanya, ini kenduri yang dicadangkan untuk sebelah pihak je dan majlis makannya dimasak sendiri secara bergotong royong. Mungkin sebelah lelaki tak buat kenduri kot.Saya taknak komen banyak sebab sayapun ada pendapat sendiri. Saya tertarik dengan komen2 orang tentang isu ni. Jom tengok respon diaorang yang mana sempat saya print screen.
Macam-macam respon kan? Ada yang setuju ada yang tidak. Tapi majoriti lelaki yang bagi komen semuanya nak majlis yang nilainya tidak mebebankan mereka. Bagi saya, cukuplah sebuah majlis yang sederhana, mudah , tidak memmbazir dan tidak membebankan saya, pasangan dan keluarga kedua-dua pihak. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Kehidupan selepas kahwin jauh lebih penting sebenarnya.
P/s : Hakikatnya walau bagaimanapun bentuk majlis perkahwinan zaman sekarang, yang kecil, yang sederhana, besar atau yang mewah, orang tetap juga akan mengata. So, bersabarlah sebab dunia ni takkan lepas dari orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain.
Tapi rasanya, ini kenduri yang dicadangkan untuk sebelah pihak je dan majlis makannya dimasak sendiri secara bergotong royong. Mungkin sebelah lelaki tak buat kenduri kot.Saya taknak komen banyak sebab sayapun ada pendapat sendiri. Saya tertarik dengan komen2 orang tentang isu ni. Jom tengok respon diaorang yang mana sempat saya print screen.
P/s : Hakikatnya walau bagaimanapun bentuk majlis perkahwinan zaman sekarang, yang kecil, yang sederhana, besar atau yang mewah, orang tetap juga akan mengata. So, bersabarlah sebab dunia ni takkan lepas dari orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain.
Saturday, March 17, 2012
Theme Colour Untuk Nikah
Untuk nikah, selalunya warna putih jadi pilihan kebanyakan pasangan sebab nampak suci dan segar. Sayapun suka tengok orang nikah pakai warna putih tapi tak pernah terfikirpun nak pakai baju warna putih time saya nikah nanti. Saya tak berapa suka pakai baju atau tudung warna putih. Entahlah..rasa macam tak kena je dengan saya bila pakai warna tu.
Tapi bila Encik Tunang beria-ria nak jugak pakai warna putih masa nikah, saya jadi serba salah. Dah cakap taknak pun, dia tetap nak jugak. Tapi, untuk baju nikah mestilah dapat persetujuan bersama kan? Saya taknak kecewakan Encik Tunang tapi dalam masa yang sama saya nak pakai baju yang saya suka. So, saya request dekat Encik Tunang untuk pakai baju warna light cream masa nikah nanti. Warna yang tak adalah nampak putih sangat dan tak juga nampak cream sangat. Alhamdulillah...Encik Tunang setuju. Hehehe..suka benar saya bila Encik Tunang setuju dengan cadangan saya.
So, inilah colour theme pilihan kami masa nikah nanti

Friday, March 16, 2012
Dilema. Penang atau selangor??
Hari-hari kepala otak saya memikirkan benda yang sama. Dalam kesibukan dan kepenatan melayan kerja otak saya tak berhenti berfikir. Bukan soal preparation majlis kahwin saya tapi kehidupan lepas berkahwin nanti. Sekarang, saya bekerja di kelana Jaya dan Encik Tunang di Pulau Pinang. Saya tinggal di Shah Alam dan Encik Tunang di Kulim. Bila dah kahwin isteri kenalah ikut suami kan? So, sepatutnya sayalah yang berhijrah ke Pulau Pinang. Rumah yang Encik Tunang sewa sekarang dekat kulim, kedah. Tapi dia kerja dekat penang sebab rumah sewa dekat penang harga mahal sikit lepas tu crowded. Hmm.....tapi Encik Tunang pulak cakap, biar dia yang datang Shah Alam, cari keja dekat sini. Sebab dia memang bercadang nak tukar kerja lepas kahwin. Mahu cari kerja yang lebih sesuai untuk orang berkeluarga. Kerja sekarang, tak kira masa, weekend, public holiday, tengah malam..dia akan dipanggil bekerja.Huhuhu...
Kalau ikutkan living cost dekat Shah alam ni jauh lebih tinggi berbanding duduk dekat Kulim. Harga makanan dan rumah sewa semunya mahal. Kalau sekarang Encik Tunang boleh selesa tinggal di kawasan perumahan rumah teres 3 bilik dengan bayaran sewa 300 ringgit sebulan, bila kiteorang duduk shah alam nanti, Kiteorang kena duduk rumah aprtment sbb harga rumah teres semuanya 1k ke atas. Untuk orang yang baru bekerja dan baru berkahwin macam kami ni, duduk apartment lebih baik. Itupun maybe di luar kawasan shah alam. Sebab dekat shah alam, apartment 3 bilik di tingkat 5 pun dah dekat 600 harganya. Yang tingkat bawah lagilah mahal kan? hmm...
Bukan saya taknak berhijrah ke penang. Nak sangat....sebab lagi dekat dengan kampung halaman saya. Boleh jenguk mak ayah saya selalu. Tapi sampai sekarang saya tak jumpa kerja yang sesuai dengan bidang kerja saya. Saya pulak tak tahu company tu macam mana. kalau company saya sekarang, macam 'family' care company. Apa2 benda berkaitan family kita nak cuti atau nak El senang. Kebajikan pekerja dijaga. dan paling penting, saya mahu kerja yang saya boleh balik awal macam isteri2 lain, mahu ada masa untuk keluarga sendiri..huhuhu. Bagi saya, Keluarga yang paling penting dari segalanya....
Kerja dekat KL-selangor ni memang banyak tapi nak cari yang bersesuaian bukan mudah. Macam tu jugak dekat penang. Memangla orang cakap jangan memilih kerja. Tapi, kalau tak pilih, takut nanti rasa sedih dan kecewa je datang kerja. Produktiviti kerja lansung tak ada. last2 berhenti juga. Saya taknak macam tu. Huhu..pening2. Sebolehnya, lepas kahwin, saya mahu tinggal bersama suami saya. Cukuplah selama tempoh bercinta dan bertunang kami berjauhan. hampir 5 tahun berhubungan, tak pernah sekalipun kami tinggal dekat. Jumpapun jarang. Setelah halal di sisi agama, saya mahu berada di samping suami saya. Saya rela tukar profesion kerja saya sekarang kalau saya tak dapat kerja yang sama bidang saya dekat sana dan Encik Tunang pun tak dapat kerja dekat sini..huhu..
Berhenti kerja? Tak boleh. Nanti siapa nak bayar kereta saya? Siapa yang nak bantu family saya waktu mereka susah? Susah...saya kena terus bekerja. Encik Tunangpun tak galakkan saya berhenti kerja. Dia nak saya bekerja macam sekarang. Yalah, takkanlah dia pulak yang nak bayar ansuran kereta saya, hutang PTPTN saya, bagi duit untuk family saya? Diapun ada tanggungjawab dekat family dia jugakkan? Dan sebolehnya saya taknak membebankan bakal suami saya kelak melainkan kalau dia memang berkemampuan.
penang tau selangor? Saya tak kisah mana-mana. Saya ikutkan saja keputusan Encik Tunang nanti. Mungkin akan duduk jauh sekejap sehingga saya atau dia dapat kerja lain. Tapi ikutkan hati saya ni, dah tak kisah dah kerja apa2 pun asalkan dekat dengan dia.
Entahlah...saya berserah pada Allah. Dimana ada rezeki untuk kami, kami akan pergi..
Ya Allah...mudah-mudahan ada peluang untuk kami tinggal bersama selepas berkahwin kelak..
Doakan kami ya!

Tuesday, March 13, 2012
Boleh follow e-novel saya Di Blog Baru ni
Wah! pantas dan tuntas! setelah mendapat komen dari kawan sendiri dan juga kawan blog, dengan pantasnya saya dah berjaya create blog untuk karya-karya saya. So, pada pengikut e-novel saya, korang boleh follow saya di blog baru ni. Tapi, buat masa ni saya belum kemas kini lagi blog tu. Tak sempat lagi nak organize dan pindah semua e-novel saya dekat situ. Bagi pembaca e-novel yang tak kisah membaca personal blog saya, boleh je nak follow blog ni lagi kalau korang suka. Saya pun lagi suka sebab saya tahu beberapa pembaca setia e-novel saya rajin jugak baca cerita2 personal yang lain dan komen. terima kasih banyak2 . hargai sangat setiap kunjungan dan komen. Cuma, kesian dekat yang datang sini just baca e-novel jelah sebab diaorang nak baca novel, bukan nak baca cerita peribadi si pembuat novel yang tak siap-siap ni! hahaha....teruknya saya sebab buat korang tertunggu-tunggu.Huhu..minta maaf sangat-sangat saya busy sangat sekarang. tak sempat nak berangan untuk novel CSb tu. tapi novel KCI progressnya mcam biasa. Buat masa ni, novel KCI tu keutamaan saya. Bila dah asingkan dekat blog lagi satu untuk karya saya, saya rasa ianya lebih kemas, tersusun dan tak adalah berserabut sangat blog personal saya ni.
Ok..boleh follow blog ni kalau nak baca karya saya tetapi weekend ni baru saya akan update pasal e-novel!
Ini blog baru saya http://fatinfarehah.blogspot.com/
Ok..boleh follow blog ni kalau nak baca karya saya tetapi weekend ni baru saya akan update pasal e-novel!
Ini blog baru saya http://fatinfarehah.blogspot.com/
Cukuplah Satu je Kot? Entahlah..
Masih berfikir samaada nak buka satu lagi blog baru atau tak. Blog yang khusus untuk e-novel saya je tanpa perlu campur aduk dengan personal blog. Awalnya saya buat blog Menjaring Impian nipun memang untuk personal blog. Bukan untuk e-novel. Tapi bila saja2 tulis, tak tahu pulak ramai gak orang yang nak baca e-novel saya. Ramai jugak yang rajin melawat ke sini. Terima kasih ya!
Saya rasa malu jugak sebenarnya bila pembaca e-novel saya tahu personal life saya. Segan..sebab saya tahu mereka ke sini bukan untuk membaca kisah2 peribadi saya tetapi e-novel saya yang jarang update tu.Huhu…Macam mana ye? Patut ke saya asingkan?
Kalau asingkan, saya tak tahu saya boleh manage atau tak. Saya dah buka FB lain yg khusus untuk penulisan je. Itupun saya tak aktif sangat. Bukapun jarang-jarang. Susah nak manage banyak email dan FB. Saya suka ada satu je….Nanti kalau buka blog baru, mesti saya akan jarang buka juga…huhuhu….tapi dalam masa yang sama saya nak rasa bebas menulis apa saja yang saya suka sebab memang hobi saya dari kecik2 suka menzahirkan perasaan saya melalui penulisan. Tidak terhad pada novel je.
Kawan-kawan sendiripun saya try sorokkan blog ni. Mana yang tahu, tahulah..saya malu bila diaorang tahu minat saya yang suka tulis novel. Segan. Walaupun saya jenis banyak cakap, ramah tak bertempat tapi ada benda yang saya tak nak orang tahu. Macam minat menulis novel saya ni. Tambah2 kawan sendiri. Rasa malu je. Tapi dengan orang yang saya tak kenal, tak pernah berjumpa, saya tak segan pulak nak menulis. Aisey..kenapa saya ada perasaan macam ni ye?
Blog personal saya ni memang layak dipanggil “rojak”. Semua benda saya nak kumpul dekat sini. Macam semak je kan?hehehe..entahlah..masih berfikir nak asingkan atau tak. Patutke saya buka blog baru?
Monday, March 12, 2012
Manusia Semakin kejam! Al-Fatihah Untuk Arwah Adik Nurul Nadirah
Sedih....menitis air mata saya bila baca berita petang tadi yang Polis sahkan rangka yang ditemui dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit adalah milik adik Nurul nadirah yang dilaporkan hilang sejak 1 march lalu. berhari-hari saya mengikuti perkembangan kes adik kecil ini, berharap dia dapat ditemui dalam keadaan selamat. Namun, hanya rangka yang ditemui. Astagfirullahhalazim...betapa kejam dan zalimnya manusia akhir zaman ini. tergamak membunuh kanak-kanak kecil yang tidak berdosa dengan kejam. Apa salah dia? Apa dosa dia? Dia hanya anak kecil berusia 5 tahun yang tak tahu apa-apa! sampai hati orang buat dia macam ni. Tergamak dia diseksa sekejam ini! Memang manusia berhati iblis! Hukuman dunia mungkin si pembunuh ni boleh terlepas, tapi di akhirat nanti, dia takkan terlepas! al-fatihah untuk Arwah adik Nurul Nadirah. Syurga tempatmu adik...Semoga keluarganya diberi ketabahan untuk menempuhi ujian ini.....Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua. penjenayah dan penculik ada dimana-mana. Manusia sekarang makin kejam. Bunuh orang dah jadi perkara biasa. Nauzubillah! Minta kita semua dijauhkan dari mereka2 yang zalim
Thursday, March 8, 2012
Terowong2 Indah Di seluruh Dunia
Tuesday, March 6, 2012
Kasut Idaman on My Wedding Day
Dalam banyak-banyak part dalam berpakaian, kasutlah yang paling saya kurang concern sangat. Selagi tak tercabut, tertanggal atau erti kata lain rosak, saya akan pakai je kasut tu. Bila dah rosak baru beli lain. Hehehe..Selalunya saya cuma ada sepasang je sandal untuk dipakai pergi kelas. Bila keja ni je barulah ada 2 pasang. Tupun bila mak bising2 saya asyik pakai kasut yang sama. Kesian dekat kasut katanya. Huhuhu…Kalau nak pergi jalanpun, saya cuma ada satu sandal. Paling selesa sandal yang buat dari getah tu. Yang itu seronok guna gi jalan2 atau shopping moping. Sudahlah murah, tahan lama pulak tu. Kalau gi keja, suka yang lembut yang designnya banyak jenis orang tua2..hahaha..sebab itu je yang saya rasa selesa dekat kaki. macam yang kasut bata comfit tu memang feveret sayalah. Dia taklah cantik mana, simple tapi sangat selesa ok! Rasa soft dan ringan je bila jalan. Sesuai sangat untuk saya yang jenis berjalan tak ada sopan santun, laju sampai tak tengok kiri kanan. Siapa yang pernah berjalan dengan saya pasti tahu kehebatan saya ni (hebatlah sangat!) hehehehe..
| Yang comfort begini memang selesa walau look like old fashion..huhuhu.. |
On My wedding day nanti, citarasa saya pada kasut masih sama macam kasut yang saya pakai sekarang. nak yang SELESA, rasa stable, mudah dipakai, tak buat lutut atau kaki saya sakit, yang buat langkah saya lancar tanpa perlu control2, yang buat saya mudah bergerak ke sana-sini, dan yang buat saya senang nak berjalan, berlari, melompat......(aik?) hehehe..agak-agak dekat manalah ada jual kasut yang macam tu? Kalau boleh, nakla cantik sikit dari kasut yang saya pakai di hari biasa. Namapun wedding day kan? Ikutkan hati, mahu saja belasah pakai selipar ja sbb itu dah tentu sekali selesa. Tak adalah nak terpelecok bagai kan? Kan?
| Untuk wedding, Seliparnya harus comel begini..hehehe. Boleh kan?? |
Honestly, saya tak nak pakai high heel time wedding saya nanti. Saya tak suka pakai kasut macam tu untuk jangka masa yang lama. Saya akan rasa kaki saya sakit, kebas dan tak selesa untuk berjalan. High heel jugak buat saya rasa tak stabil bila berdiri dan rasa mahu jatuh dan terpelecok.Huhu.. Satu lagi yang jenis kasut muncung sgt dekat depan macam style sekarang ni. Tupun xsuka jugak sebab jari kaki saya jenis yang kembang. Bila pakai yang jenis muncung tu jadi sakit. Rasa jari jemari dicekik2..hahaha.. saya lebih suka memilih kasut style wedges yang bagi saya lebih stabil dan selesa. Hehehe….Takpun, short heel je. Tapi nak yang comfort jugak. Selesa tu penting. Kalau tak cantik macam kasut wedding orang lain xpe. Janji saya selesa. Hehehe..ye tak? Okeh..kalau boleh saya nak cari kasut kawen macam dekat bawah ni
![]() |
| Cantik! |
| Simple sangat tapi nampak macam selesa. Tak berapa sesuai untuk wedding kot |
| Nampak elegance sikit. |
| Suka jugak yang macam ni. Cuma kalau boleh heel dia rendah sedikit supaya boleh sama tinggi dengan Encik Tunang.hehehe.. |
![]() |
| Lebih cantik kalau wedges diapun sama warna macam kasut |
Kalau boleh, wedges tu xnaklah tingggi sangat sebab Encik Tunang dah pesan, nanti jangan bagi nampak tinggi dari dia. Tinggi sayapun dah 160 cm. Dia tinggi sikit je dari saya. Masih mencari..Tak jumpa lagi kasut yang berkenan di hati dan selesa dipakai. Huhu...
Sunday, March 4, 2012
Review Filem Adnan Sempit 2
Akhirnya, saya tertengok jugak filem ni dekat panggung semalam. Itupun lepas diajak + dipujuk paksa oleh kawan saya supaya gi tengok filem ni dengan diaorang walhal saya malas sebenarnya. huhuhu...kesimpulannya, filem ni memang kelakar sangat2. Sepanjang cerita saya asyik ketawa je Sampai berair mata ni sebab gelak. Suka bila tengok gelagat saheizy Sam yang slumber dan berlagak confident gila dalam filem ni. hahaha....dia sangattttt... pandai berlakon ok!
Sekali sekala hilangkan kepenatan dan keserabutan otak dengan tengok filem yang kelakar dan santai macam ni memang best. Rasa happy je....Plot cerita ni lebih kepada gelagat Adnan yang berusaha untuk bercakap bahasa inggeris dengan baik dan belajar menjadi orang korprat. Walaupun bahasa Inggerisnya memang ke lautlah, tapi yang penting kesungguhan dan confident yang ditunjukkan untuk menjadi lebih baik. Bahasa omputeh Adnan dalam filem ni yang buat orang rasa lucu sangat2! Lebih2 lagi bila muka dia nampak confident gila bila cakap omputeh....padahal ayat semuanya berterabur. Tapiu berlagak pandai itu harus!Hehehe...Itu yg saya belajar dari filem ni. Apa2 yang kita buat, betul atau salah..confident aje! jangan takut menerima cabaran ! dan berusaha dulu sebelum mengalah!
Untuk filem ni saya bagi : 4.5 / 5 Bintang

Friday, March 2, 2012
Update :Checklist Kahwin 1
lagi 5 bulan?? huhuhu...Diam tak diam, cepat tak cepat rupanya tinggal 5 bulan lebih je lagi untuk sampai my wedding day. Cepatnya masa berlalu. dekat sini, saya update progress saya untuk majlis saya nanti. tak banyak pun. masih lagi berusaha untuk siapkan benda yang tergendala. Doakan semuanya berjalan lancar ya! Amin..
Procedure Nikah
Kurusus Kahwin - Done ( L& P)
Borang Nikah - ( Baru ambil borang)
Blood Test checkup - Done * Just for personal medical checkup not for official nikah procedure. result :
negative HIV , hepatitis and talesemia ( girl only) Yeayyy =)
Official HIV test -Belum.
Tok Kadi - ( ayah akan follow up untuk ni)
Kad kahwin - Booked!
Majlis Nikah
Tempat Nikah - Done ( Masjid Kampung Pering, kedah)
Masa - To be confirm. Consider Done
Theme - Light Cream Done
Baju Nikah P - Done ( Buy ready made)
Baju Nikah L- Done ( Tempah)
Sampin & songkok Nikah - Done
Tudung Nikah - Done
Veil nikah - Done (DIY)
make-up Nikah - Done ( sendiri)
Bantal Nikah- To be confirm. Consider Done ( My cousin tolong carikan. =) )
Photographer - Booked!
Barang Hantaran
Not yet. Baru 20 % progress
Majlis Resepsi
Tempat - Rumah sendiri. Done
Preparation Rumah - me & my family. Not finish yet ( Baru finish cat rumah)
Wedding Theme- kenduri kampung. Guna pakatan kenduri. Consider Done
Colour Theme - Belum tahu. Akan confirmkan lepas tengok baju kahwin
Makanan kenduri - Parent akan uruskan untuk ini
Pelamin - Don't have. Tengah consider untuk DIY mini pelamin. Itupun kalau mak ayah kasilah..hehehe
Meja Makan Beradab - Booked!
Bilik Tidur - DIY
Photographer - Booked!
Baju resepsi - Sewa. Belum cari lagi
Make-up - Done
Doorgift - akan DIY. decide to use brown paper bag
Bunga telur - DIY jugak
Doorgift untuk ahli pakatan kenduri - akan DIY
Homestay untuk rombongan pihak lelaki- Belum booking.
Majlis Bertandang
Colour Theme - Green Turqoise Done
Baju Bertandang - Perempuan Done (beli ready made- akan DIY sendiri)
- Lelaki. Pending ( tempah atau beli ready made je kot)
Tudung & veil bertandang - DIY
Make-up - Done (sendiri)
Photografer - Belum booking
Majlis kenduri - Family tunang yang akan uruskan
Homestay - belum booking
Macam-macam berlaku pada saya sepanjang tempoh bertunang. ujian berat bila nenek sakit. Dah 2 kali masuk hospital. Risau sangat. Mudah-mudahan nenek cepat sembuh dan boleh datang majlis saya nanti sebab nenek yang beria-ria sangat nak saya kahwin cepat dan tengok saya kahwin. Huhu... (T_T)

Wednesday, February 29, 2012
Update: terjah Roadshow ABPBH & Pameran Pengantin
Assalammualaikum...hari ni 29hb 2 kan? 4 tahun sekali baru nak jumpa tarikh macam ni. For those yang sambut birthday dan anniversary on this day, happy birthday and happy anniversary saya ucapkan. Last week, saya pergi pameran pengantin with my friends. Kebetulan ada roadshow ABPBH sekali dekat SACC mall..Kiteorang tak tahupun. Park kereta dekat SACC mall then nampak ada banner roadshow ABPBH. jalan2 jelah. Tak pernah pergipun selama ni walaupun tiap2 tahun dia buat sebab saya kurang minat pergi konsert or show2 artis. Tak pernah gi pun.Huhu.. kiterog cuci matalah jugak dekat situ. Tak adalah duduk seharian tengok show artis2 yang ada. Banyak habiskan masa jalan2 dekat pameran pengantin cuci mata apa yang patut sebab tahu memang xad nak booking apa-apa dekat situ melainkan kad kahwin. Yup! saya dah booked kad kahwin untuk majlis saya nanti. Booking awal sebab dah jumpa kad yang murah dan simple. Nanti saya cerita pasal kad kahwin tu. Ok..hari ni just nak tunjuk gambar yang berjaya di snap hari tu. Tak banyakpun ambil. Banyak gambar saya je..hehehe..
Baru teringat yang pada 1-3 March ni ada Fiesta Kerja kahwin dekat Plaza Alam Sentral. For b2b yang mana nak cari idea untuk wedding dan booking apa yang patut bolehlah datang ke sini. Ehm..sayapun tak pernah pergi pameran tu. Tak tahu nak pergi ke tidak..kalau ada masa free, akan pergi. Jom!
Tuesday, February 28, 2012
Kerja 3 in 1- Bila Mood SUPER Busy Sudah Mari...
Rasa diri dah macam orang VIP dah. Busy memanjang... tapi sekurang-kurangnya orang VIP ada orang suruhan yang tolong buat kerja, tolong jaga makan minum mereka tapi saya??? Kena buat sorang-sorang. Huhuhu...rasa macam dah tak cukup masa je nak buat semua benda dalam 1 masa. Aiseh..time tengah bersemangat waja nak buat itu inilah semua benda nak datang bertimbum-timbun. Semua nak kena siap on the same time! Ranap terus semangat yang disimpan berhari-hari. tensyennye!
Mana masanya nak siapkan INI
| Abaikan pandangan meja office yang sangat semak. Mana ada meja designer yang tak bertimbun dengan drawing kan? Lebih2 lagi time super duper busy! |
Kerja office yang bertimbun-timbun. Project yang semuanya nak siap cepat. Deadline yang makin hari makin dekat. Dah macam lipas kudung dah saya, buat ini kejap, buat itu kejap. Itu belum masuk nak melayan call dari bermacam jenis orang. Sampaikan orang dekat office cakap. "Imah, lepas ni you tak payah nak diet for your big day. This project pun dah cukup untuk buat you kurus"..hahaha..ye ke? Saya rasa macam makin nak membulat je nih. Then, saya dah PASTI yang sehingga bulan 7 ni saya akan selalu balik lambat, working on the weekend day. Huhuhu...harus bekerja gigih supaya semua benda dapat siap on time. Pray for me!
Then, Mana lagi masa nak siapkan INI
My DIY project yang baru 1 je dibuat. Preparation on my big day yang cuma tinggal tak sampai 6 bulan saja lagi. Mana nak beli itu, beli ini. Mana time nak kelam kabut nak ikut semua prosedur kawen. Pening2 sebab sampai bulan 7 ni saya sangat busy. nak cutipun tak senang hati. Maybe curi time weekend untuk balik kedah dan uruskan apa yang patut.
Then, Yang INI jugak harus diberi perhatian
Manuskrip untuk Novel Kerana Cinta Itu. Rasa macam nak nangis je sebab nak siapkan manuskrip ni. Geram sebab banyak sangat benda yang saya buat salah masa menaip untuk novel ni dulu. untuk edit bab2 lepas pun ambil masa berbulan-bulan. Typing error, standard pharagraph, tatabahasa....semuanyalah! salah. Itulah, dulu main hentam kromo je tulis. Bertahun-tahun baca novelpun saya tak pernah nak teliti format tulis novel. Bila sibuk nak siapkan manuskrip, baru rasa menyesal sangat. Nak nagis pun ada. Idea tak pulak nak datang mencurah-curah. tapi untuk ini, nak tak nak..penat2 pun saya usahaa jugak untuk bukak laptop dan mengedit. Ada lagi 30 bab yang nak disiapkan. Huhu..Mampu ke? Apapun, mesti siapkan jugak sebelum saya kahwin. Huhuhu...
Sabar, sabar,sabar..dugaan je semua ni. harus bijak mengurus MASA!
Sunday, February 26, 2012
MY Current DIY Project
Agak-agak apalah yang saya tengah DIY sekarang?
Sejak last month saya hanya tertumpu untuk buat benda ni aje. Tak ada masa sangat nak buat. Buat sikit, then berhari-hari tak buat. Bukan malas, tak sempat.hehehe.. Dah hampir 70% siap. Bakal update bila dah siap sepenuhnya nanti...

Friday, February 17, 2012
Thursday, February 16, 2012
Pandangan Ustaz Nor Amin Tentang Perkahwinan. Panduan Untuk Semua
Dipetik Dari sumber Blog Ustaz Nor Amin
Jangan Berlebihan & Menunjuk-nunjuk Dalam Perkahwinan
Salam persahabatan kepada semua, mudah-mudahan anda semua dirahmati Allah. Musim percutian adalah musim kenduri perkahwinan yang menyatukan antara lelaki dan perempuan dalam ikatan perkahwinan yang sah. Perkahwinan dalam Islam adalah merupakan sunnah Rasulullah saw yang menggalakkan umatnya yang berkemampuan untuk berkahwin. Fadhilat perkahwinan sangat besar kepada sesiapa yang akan dan telah mendirikan rumahtangga. Di antara fadhilatnya ialah terhindar dari perbuatan maksiat, terhindar dari penyakit, sihat anggota badan, fikiran menjadi tenang, memiliki zuriat, memperolehi pahala, solat menjadi khusuk dan sebagainya.
Untuk memperolehi perkahwinan yang diberkati oleh Allah, mestilah setiap pasangan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw. Perkahwinan tidak boleh berlebih-lebihan, tidak boleh keterlaluan, tidak boleh bermegah-megah, tidak boros, tidak menjadikan kenduri sebagai tempat membuat maksiat, pengantin menutup aurat, tidak bersanding kepada orang ramai, tidak mencampurkan budaya Islam dan budaya bukan Islam dan banyak lagi. Tetapi malangnya umat Islam di Negara ini tidak melaksanakan perkahwinan mereka secara Islam, mereka hanya mengikut syariat Islam ketika hendak akad nikah di masjid, sewaktu pertunangan dan waktu-waktu upacara keagamaan sahaja. Sebab itulah, orang sekarang ini banyak yang bercerai dan banyak menghadapi masalah dalam rumahtangga mereka. Ada yang berkahwin tidak sampai setahun bercerai, ada belum kenduri lagi sudah bercerai, ada kawin pagi malam sudah bercerai dan berbagai-bagai lagi. Akhir sekali anak-anak yang menjadi mangsa, anak-anak diabaikan sehingga mereka terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya. Ini salah siapa dan tanggungjawab siapa? Fikir-fikirkanlah jawapannya….
Pandangan Saya Mengenai Masalah ini
Orang sekarang ini dikenali segabai orang moden dan tidak lagi mengamalkan adat-adat atau syariat Islam dalam perkahwinan mereka. Orang sekarang bercinta dahulu sehingga kenal habis semua sifat dan tingkah laku pasangan mereka. Ada pasangan sehingga terlanjur melakukan zina atau maksiat dengan alasan mereka saling mencintai dan akan berkahwin kemudian. Orang yang tahu sikit-sikit agama, menggunakan alasan agama dalam menghalalkan percintaan mereka untuk meneruskan niat dan keinginan nafsu mereka, alasan mereka ialah bercinta tidak menjadi masalah selagi mana cinta itu tidak laqa (lalai) dan cinta untuk mencari pasangan mereka untuk dijadikan isteri atau suami yang sah.
Sebenarnya Islam telah mengajar umatnya untuk menjalinkan percintaan sesama manusia. Islam mempunyai kaedahnya yang tersendiri seperti merisik, meminang, akad dan kahwin (kenduri). Inilah cara Islam untuk mencari jodoh dan menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kalau dilihat orang tua-tua dahulu berkahwin tanpa kenal dan cinta, mereka bercinta dan kenal selepas mereka kahwin, mereka kekal bahagia. Sebenarnya tiada istilah bercinta dahulu sebelum berkahwin, sebab orang yang bercinta dahulu sebelum kahwin, lazimnya mereka akan rasa jemu dengan pasangan mereka sebab mereka telah mengetahui segalanya tentang pasangan mereka semasa bercinta. Pasangan yang pernah melakukan maksiat, berpegangan tangan dan sebagainya, maka Allah akan menarik nikmat tersebut ketika mereka telah berkahwin nanti.
Hantaran berlebihan dan menyukarkan bakal suami untuk berkahwin, hal ini memang saya tidak setuju dengan sesetengah masyarakat yang meletakkan harga hantaran begitu tinggi. Kononnya anak mereka kelulusan tinggi, anak perempuan mereka cantik dan sebagainya. Saya nasihatkan kepada semua, janganlah meletakkan harga hantaran berlebihan dan jangan sesekali memberatkan bakal suami dengan masalah hantaran ini. Ambillah hantaran dengan sekadarnya sahaja untuk melepaskan kos perbelanjaan kenduri dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Biarlah hantaran dan mas kahwin sekadarnya sahaja dan tidak memberatkan bakal suami, kerana sesiapa yang mengambil hantaran dan mas kahwinnya sekadar kemampuan bakal suaminya, maka perkahwinan mereka akan diberkati Allah. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).
Pasangan yang ingin berkahwin dengan membuat pinjaman bank untuk perbelanjaan perkahwinan mereka kurang keberkatannya, kerana duit dari hasil hutang, sedikit sebanyak akan tersangkut dengan riba bank, apabila wang perkahwinan bukan dari sumber titik peluh sendiri, maka kurang rasa kesusahan dan kenikmatannya apabila memiliki seorang isteri. Biar susah mengumpulkan duit untuk berkahwin, apabila dapat isteri dengan titik peluh empat kederat sendiri, kita akan rasa satu kepuasa dan kenikmatannya, kerana isteri yang diidamkan selama ini dapat dengan penat lelah sendiri. Pepatah melayu mengatakan bahawa “selalunya perkara yang susah dimiliki ini akan dihargai dan akan dijaga sebaik mungkin.”
Sebenarnya boleh buat pinjaman bank untuk perbelanjaan kahwin jika tidak berkemampuan setelah berusaha, memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi juga, kerana gaji bulanan sangat kecil. Maka bolehlah untuk buat pinjaman perbelanjaan kahwinnya. Elakkan tunggakkan hutang kahwin tidak berbayar, kerana dikuatiri perkahwinannya tidak berkat dan menghadapi masalah dihari akan datang nanti. Perbelanjaan kahwin ini biarlah dari sumber rezeki yang halal dan berkat, kerana hal ini mempengaruhi perkahwinan dan zuriatnya. Apabila rezeki yang halal digunakan sebagai perbelanjaan kahwinnya, maka Allah akan menurunkan keberkatan kepadanya dan keluarganya, Allah akan sentiasa memelihara keluarganya dari perkara-perkara maksiat dan dosa.
Kenduri kahwin yang berlebihan akan berlakunya pembaziran dan kelalaian dan jauh dari apa yang dikehendaki oleh syariat Islam. Masyarakat sekarang berbangga dengan dirinya apabila melaksanakan kenduri besar, kenduri yang hebat, ada lagu, ada DJ, ada persandingan, ada persembahan silat dan banyak lagi. Cuba fikir, sebenarnya kenduri kahwin ini hendak mencari keberkatan atau hendak mencari kemegahan? Jika hendak mencari keberkatan, biarlah kenduri itu dihiasi dengan perkara-perkara yang berlandaskan dengan syarak Islam. Jangan adakan persandingan, jika adapun biarlah bersanding dihadapan keluarga sahaja atau ditempat yang tertutup, bukan untuk ditunjukkan kepada tetamu yang datang. Pakaian penganting mestilah menutup aurat dan tidak bersalaman dengan bukan muhrim, kerana perkara yang haram tetap haram dan perkara yang halal tetap halal. Jangan memasang lagu-lagu yang laqa (lalai) atau berunsurkan cinta dunia, lagu Hindustan, lagu melayu dan sebagainya, kerana malaikat tidak datang ke kenduri yang memasang lagu-lagu lalai untuk memberikan rahmat. Boleh untuk berlagu, tetapi biarlah lagu-lagu nasyid, selawat dan bacaan Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud :
"Janganlah kamu bertabarruj (menunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab : 33).
Carilah keberkatan dalam perkahwinan kita semua, kerana keberkatan itulah yang akan membuatkan perkahwinan kita kekal bahagia, biarlah perkahwinan berlandaskan kepada syariat Islam, alam berumahtangga memerlukan orang yang menghayati Islam untuk membimbing keluarganya kearah yang dikehendaki oleh Islam. Keluarga bahagia ini mestilah berlandaskan Islam dalam semua amalan rumahtangga mereka. Anak-anak yang akan dilahirkan juga akan mudah ditarbiah, mudah ditegur dan taat kepada kedua ibu bapa, kerana ibu bapa tersebut meletakkan prinsip perkahwinan Islam ketika mencari jodoh, semasa kahwin dan selepas kahwin. Maka sebab itulah mereka memperolehi zuriat yang baik. Apabila keluarga yang mengamalkan kehidupan Islam, maka secara tidak langsung akan melahirkan masyarakat Islam yang saling hormat menghormati, ingat mengingati antara satu sama lain dan beriman dan bertaqwa kepada Allah. Dari sinilah masyarakat Islam dapat digelar sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan) dan khairul ummah (umat terbaik).
Untuk semua b2b...kita doakan semoga majlis kita berjalan lancar. Insya-Allah..mudah mudahan majlis perkahwinan kita mendapat keberkatan dan keredhaan ilahi..dan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat dalam berkat dan rahmat-Nya..Amin... (Sharing is caring)
Jom singgah ke blog Ustaz Nor Amin..banyak lagi info bermanfaat ada di sini http://www.ustaznoramin.com/

Subscribe to:
Posts (Atom)