About Us

Wednesday, April 18, 2012

(Video)Jawapan Ustaz pada Persoalan berkaitan perkahwinan Dalam Islam (Antara Tuntutan & Adat)

Berkesempatan tonton video ni bulan lepas lepas ada kawan saya yang share dekat facebook. Satu perkongsian yang bagi saya sangat bermanfaat untuk semua. Dalam masa menghitung hari ni dan sebelum bertunang lagi, saya memang rajinkan diri membaca artikel dan buku-buku berkaitan persediaan perkahwinan, kehidupan bekeluarga dalam islam dan hukum hakam berkaitan dnegannya. Pendek kata, untuk mendirikan rumahtangga harus bersedia dari semua perkara. So, dekat sini saya nak share satu video yang saya rasa sanagt bermanfaat untuk semua dan menjawab banyak persoalan berkaitan majlis perkahwinan. Boleh tengok direct dekat Youtube.




Insya-Allah...Kita berusaha untuk lakukan seberapa mampu dan terdaya supaya segalanya dipermudahkan dan diberkati-Nya.

Perkara Yang Dilarang (Bid'ah) Dalam majlis Perkahwinan







BERDASARKAN pemerhatian terhadap majlis walimah (walimatul urus) tertentu di sekitar masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia, yang dimaksudkan sebagai kemungkaran di sini adalah apa jua perkara yang dilarang dan diharamkan di dalam agama.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nuur, 24: 21)
“Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang diwajibkan (oleh Allah).” (Surah Luqman, 31: 17)
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)
Manakala tokok tambah (bid’ah) yang dimaksudkan di sini adalah apa jua tokok tambah yang dikhususkan di dalam majlis walimah yang pada asalnya menurut timbangan agama tidak disyari’atkan. Aturcara walimah (majlis perkahwinan) adalah sebuah ibadah yang disyari’atkan oleh agama melalui Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di mana di dalam sebuah hadis disebutkan:
“Sebenar-benar perkataan, adalah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, seburuk-buruk perkara adalah apa yang diada-adakan di dalam agama, setiap perkara baru yang diada-adakan di dalam agama adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1097)
Dari Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)
Dengan lebih tepat, “bid’ah adalah sebuah cara baru di dalam agama yang dibuat menyerupai seakan-akan syari’at dengan tujuan untuk berlebih-lebihan di dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (Imam asy-Syatibi, di dalam al-I’tisyam. Rujuk: Yazid Abdul Qadir Jawas, Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, m/s. 78-79, Pustaka Imam asy-Syafi’i. Juga Alawy Abdul Qadir as-Saqqaf, Mukhtashar al-I’tisham, m/s. 32, Media Hidayah)
Maka dengan ini, sesuatu yang asalnya tidak dikhususkan atau tidak disyari’atkan oleh agama melalui dalil-dalil yang benar di dalam walimatul urus, maka sekiranya ia berlaku dan dilakukan ini adalah termasuk ke dalam bentuk-bentuk tokok tambah terhadap agama yang jelas bertentangan dan mengajak kepada perbuatan bid’ah.
Perbahasan di dalam bahagian ini akan dibawakan dengan seringkas mungkin dan padat.
1 – Membuka Aurat
Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada... (mahram mereka)...” (Surah an-Nuur, 24: 31)
Untuk lebih lanjut berkenaan perbahasan aurat wanita, bolehlah merujuk tulisan bertajuk: “Pakaian Seorang Wanita Beriman (Muslimah) Menurut al-Qur’an & as-Sunnah” di blog fiqh penulis. Atau boleh juga merujuk sebuah buku yang baik karya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani bertajuk, “Jilbab al-Mar’atil Muslimah”, dan buku ini telah pun diterjemahkan oleh Media Hidayah dan Pustaka at-Tibyan dengan tajuk “Jilbab Wanita Muslimah”.
2 – Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita
Dari Abu Musa al-Asy’ary radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
“Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)
“Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki.” (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“... Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)
3 – Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4886)
4 – Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5889)
Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
“Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 184, Media Hidayah)
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
5 – Mencukur Janggut
Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan di dalam banyak hadis-hadisnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.
Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5893)
Untuk perbahasan lanjut berkenaan hukum dan sunnah memelihara janggut ini, anda bolehlah merujuk sebuah tulisan yang ditulis oleh Ustaz Rasul Dahri yang telah saya letakkan di dalam blog fiqh saya bertajuk “Pandangan Syari’at Berkenaan Pemeliharaan Janggut”.
6 – Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan
Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam.
Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah:
“Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadis yang melarang lelaki mengenakan cincin emas...” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)
Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.
Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syari’at.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
7 – Adat Bersanding dan Pelamin
Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.
Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah:
“Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:
“Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)
8 – Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga
Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syari’at atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah penafsiran Surah al-Baqarah, 2: 104:
“Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)
Sekiranya amalan tersebut disandarkan kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat. Ini adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2697)
Dari Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)
9 – Adat Merenjis Air Mawar
Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.
10 – Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran
Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10 000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.
Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.
Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.
Dari Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)
Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syari’at hanyalah memberikan mahar (maskahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan maskahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan...” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)
“... Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban...” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)
Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami).
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 24595)
Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadis.
Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)
Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya.
11 – Bersalaman Dengan Bukan Mahram
Di dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa:
“Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (al-Albani, Silsilah Hadis ash-Shahihah, no: 225)
Dan para ulama juga menetapkan serta menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri tidak pernah menyentuh wanita yang tidak halal baginya walau pun di dalam peristiwa bai’ah.
Berkenaan perkara ini juga, telah jelas di dalam al-Qur’an bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya kaum lelaki dan wanita yang beriman supaya tunduk dari memandang kaum berlainan jantina mereka, maka apatah lagi jika perbuatan bersalaman atau bersentuhan, sedangkan perbuatan pandang memandang sahaja pun sudah ditegah.
12 – Tahlilan dan Kenduri Bacaan Doa Selamat
Amalan ini adalah merupakan bid’ah yang merupakan tokok tambah di dalam agama yang kini sangat banyak dilakukan oleh masyarakat Melayu. Untuk penjelasan lanjut berkenaan amalan ini, silakan merujuk buku kecil bertajuk “Yasinan dan Tahlilan Menurut Mazhab Syafi’e”, tulisan Abu Farouq Ustaz Rasul Dahri, terbitan Jahabersa.
13 – Sesi Nanyian-nyanyian, Muzik dan Kugiran
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Akan muncul dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar (minuman keras), dan alat-alat muzik...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)
Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu menjelaskan dengan tegas bahawa muzik dan nyanyian adalah termasuk perkara yang tidak berguna.
Untuk perbahasan lebih lanjut berkenaan persoalan muzik dan nyanyi-nyanyian ini, dipersilakan merujuk kitab karya Imam Ibnul Qayyim, bertajuk Ighaatsatul Lahfan atau Syaikh al-Albani, bertajuk Tahriim Alath ath-Tharb, dan kitab syaikh al-Albani ini telah ada terjemahannya.
14 – Permainan Kuda Kepang
Permainan kuda kepang adalah merupakan amalan yang bermula dari masyarakat kaum Jawa. Ia kini agak popular di beberapa kawasan seperti di di Johor dan Selangor.
Ada pun sebenarnya, sebahagian amalan yang dilakukan di dalam permainan kuda kepang ini adalah perbuatan yang boleh membawa kepada syirik. Ini adalah disebabkan di dalamnya mengandungi perbuatan berhubungan atau berunding (mengadakan perjanjian) dengan jin dan syaitan, selain pemujaan menggunakan ayam jantan dan asap kemenyan.
Imam Abil ‘Izz al-Hanafi rahimahullah berkata:
“Cara manusia dalam mengambil kesenangan dari golongan jin adalah dengan meminta dipenuhi keperluan-keperluannya, dipenuhi kemahuannya, atau menerima berita-berita ghaib dari mereka, serta yang seumpamanya. Sedangkan cara jin mengambil kesempatan dari manusia adalah dengan pengagungan manusia terhadapnya, dengan permintaan tolong, dan permohonan keselamatan, serta ketundukan manusia kepadanya.” (Abdul Akhir Hammad al-Ghunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 98, Pustaka at-Tibyan)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Surah al-Jin, 72: 6)
Selain itu, permainan kuda kepang ini di dalamnya juga disertai dengan pelbagai bunyi-bunyian tertentu yang menjurus kepada muzik terlarang.
15 – Bomoh Tolak Hujan
Terdapat beberapa kelompok dari kalangan masyarakat Melayu yang begitu gemar mengambil atau mengupah bomoh-bomoh tertentu supaya menjampi bagi tujuan menahan hujan dari turun. Selain itu, khidmat bomoh juga turut digunakan bagi mengesan (meramal dengan ilmu ghaib) sama ada pada tarikh atau hari-hari tertentu yang tidak akan turun hujan. Ini dilakukan dengan harapan supaya tempat diadakan majlis walimah sentiasa cerah (tidak hujan), sekaligus menjadikan majlis berjalan lancar.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri...” (Surah al-An’am, 6: 59)
Rasulullah Slallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi)
Imam ath-Thahawi rahimahullah berkata di dalam Kitab aqidahnya:
“Kita tidak mempercayai (ucapan) dukun mahu pun tukang ramal (bomoh), demikian juga setiap mereka yang mengakui sesuatu yang menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma’ kaum muslimin.” (Imam ath-Thahawi, Aqidah ath-Thahawiyah. Rujuk: Abdul Akhir Hammad al-Ghunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 90, Pustaka at-Tibyan)
Berkenaan turunnya hujan, banyak hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyarankan kita supaya bersyukur di atas sebab turunnya hujan. Ini adalah sebagaimana di dalam doa yang dicontohkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman, dan binatang).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1032)
Dan penjelasan Rasulullah sendiri sebagaimana berikut:
“Kita diberi hujan adalah kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1038)
Dan sekiranya kita memiliki rasa bimbang dan takut hujan tersebut memberikan gangguan atau sebarang kerosakan kepada kita, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga telah mengajarkan kepada kita bagaimanakah doa yang harus kita praktikkan.
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau menjelaskan doa tersebut sebagaimana berikut:
اَللَّÙ‡ُÙ…ّ Ø­َÙˆَاليَÙ†ْاَ ÙˆَلاَعَليَÙ†ْاَ، اَللَّÙ‡ُÙ…َّ عَلىَ اْلآكاَÙ…ِ Ùˆَالظِّرَابِ، ÙˆَبُØ·ُÙˆْÙ†ِ اْلأَÙˆْدِÙŠَØ©ِ ÙˆَÙ…َÙ†َابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami (di luar kawasan kami), bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1013)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)
Malah, berkenaan dengan hukum berjumpa dengan bomoh, pawang, atau pun dukun yang dikatakan mampu menolak hujan dan memiliki kelebihan ilmu ghaib tertentu ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjelaskan kepada kita melalui sabdanya:
“Sesiapa yang mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi)
16 – Mengambil, Melukis, dan Menggantung Gambar
Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika aku bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) aku adalah dari hasil kerja tanganku dan kerjaku adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Aku sekadar memberi tahu apa yang aku dengar dari Rasulullah. Aku mendengar beliau bersabda, “Sesiapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, aku nasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2110)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Secara ringkasnya:
1 – Dilarang melukis, menggantung, dan membuat gambar berupa makhluk bernyawa seperti manusia atau haiwan, atau apa sahaja yang menunjukkan ia sebagai makhluk bernyawa.
2 – Dibolehkan melukis atau membuat gambar selain makhluk bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, air terjun, bangunan dan kenderaan.
3 – Pengambilan gambar hanya diizinkan untuk perkara yang benar-benar mendesak lagi memerlukan seperti untuk tujuan passport.
4 – Tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bagi tujuan kenang-kenangan sebagaimana yang difatwakan oleh Syaikh Ibnu Bazz.
Untuk perbahasan lebih lanjut berkenaan dengan hukum mengambil, melukis, menggantung, atau membuat gambar ini, dipersilakan merujuk tulisan bertajuk, “Lukisan/Gambar: Larangan Membuat dan Menggantungnya”.
17 – Upacara Memotong Kek Perkahwinan
Perbuatan ini juga bukan berasal dari syari’at Islam, bahkan berasal dari budaya orang kafir dari masyarakat Kristian. Malah ia juga menyerupai atau mengambil syi’ar kaum Majusi (penyembah api) sekiranya kek tersebut disertai dengan nyalaan lilin.
18 – Berbelanja Besar Untuk Set Pakaian
Di dalam Islam, kita dituntut untuk bersederhana di dalam segala perkara yang kita laksanakan. Kita juga tidak digalakkan untuk membazir dan berlebih-lebihan.
Suatu yang kini semakin menjadi trend di dalam masyarakat Melayu saat ini adalah menetapkan bahawa pasangan pengantin di ketika majlis perkahwinan mereka mestilah memakai pakaian yang sedondon seperti memakai pakaian yang sama warnanya dengan pasangan, memakai pakaian yang mesti dilengkapi dengan tanjak, keris, dan bunga-bungaan. Jika keadaan tersebut berlaku sebaliknya, di mana pasangan pengantin tidak mengenakan set pakaian seperti itu, maka mereka pun akan dilihat sebagai janggal dan diejek sebagai tidak mengenal atau tidak menghormati adat.
Ada pun sebenarnya penetapan seperti ini adalah termasuk ke dalam perbuatan berlebih-lebihan dan boleh menjurus kepada larangan agama. Cukuplah sekadar berpakaian dengan pakaian yang melambangkan akhlak, imej, dan nilai-nilai Islam yang murni. Dan Islam itu bukanlah suatu agama yang memberat-beratkan umatnya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raaf, 7: 26)
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raaf, 7: 31)
Demikianlah beberapa contoh perkara-perkara mungkar dan tokok tambah yang pada masa ini begitu popular dilakukan (dipraktikkan) di dalam masyarakat umat Islam Melayu di kebanyakkan majlis-majlis perkahwinan mereka. Walau bagaimana ia berlaku dan dipopularkan sekali pun, ia tetap tidak dibenarkan menandingi apa yang telah disyari’atkan dan dicontohkan oleh Nabi kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan sesungguhnya agama ini telah pun sempurna tanpa perlu ditokok tambah dengan pelbagai bentuk kehendak citarasa serta nafsu manusia.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Dan suatu yang paling penting di dalam beragama ini, bukanlah kata-kata dan perbuatan manusia yang menjadi ukuran, tetapi yang perlu kita tekankan adalah sejauh mana kita teguh di dalam sebuah pendirian di atas sebuah kebenaran yang ditegakkan di atas dalil-dalil dari perkataan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al-Qur’an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 115-116)
Sebagai penutup, sekali lagi penulis jelaskan bahawa sebenar-benar perkataan adalah perkataan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)
Dan,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingat Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)
Bersama-samalah kita mencari redha dari Allah sebagaimana cara yang telah Dia tunjukkan melalui Kitab-Nya dan Rasul-Nya. Mulakanlah alam rumahtangga kita di atas keredhaan-Nya dan hindarilah dari kemurkaan-Nya.
Wallahu a’lam
KIRIMAN NAWAWI SUBANDI

Sumber : Mstar online



Sunday, April 15, 2012

Brown Paper Bag For Doorgift

Lega. Dah berjaya beli Brown paper bag dekat Mydin USJ pagi tadi. Sorang2 je saya drive ke sana. Mula-mula inagt just nak gi McD je nak try makan Chicken Muffin baru tu (Boleh tahan la rasanya. Saya lagi suka Chicken mcMuffin yang lama). Lepas tu terasa pulak nak pergi Mydin Hypermarket dekat Subanag Jaya. Tak kisahpun jalan-jalan sorang diri sebab dari dulupun dah terbiasa buat semua sendiri sebab duduk jauh dari family dan Encik Tunang. Nak ajak kawan, bila dah bekerja ni, diaorang pun kadang2 ada urusan lain. So, terpaksalah pergi sendiri. Tak apa, Saya kan Miss Independent (^_^)

Dan, ini yang berjaya di beli...

2 bungkus plastik yang mengandungi 1000 keping Brown paper bag. 



beginilah rupanya. Paper bag ni asalnya dibuat untuk bungkus goreng pisang tapi kalau setakat doorgift yang ringan2 macam kerepek, gula2 tu memang boleh je nak guna paper bag ni. Saya beli yang tak ada tapak sebab nak letak barang yang ringan. Satu lagi sebab MURAH! Harganya RM 3.20 untuk 100pcs. Murah kan???



Setelah Dibuka, macam nilah rupanya. Taklah besar sangat, tak kecik sangat, sedang2 aje tapi muatlah untuk letak 3 bungkusan kecil barang dalam ni.



Now, DIY Brown paper bag in the making. Idea dah ada. dah try buatpun petang tadi. 1000pcs nak kena DIY mahu lenguh tangan ni. Huhuhu....ada lagi 4 bulan 1 minggu. Dahlah busy sangat skrg ni. Balik kejapun memanjang time malam. Huhuhu...Harap2 boleh siap on time la. Nanti saya update bila dah siap DIY k!

Saturday, April 14, 2012

Banyak Kenangan antara saya Dengan Cik Kriss

Weekend. Saturday. Masa untuk membawa Cik Kriss (motorsikal kesayangan saya) ke Bengkel. Lepas accident isnin lepas, belum sempat nak pergi baiki motor saya di bengkel. Busy dengan kerja yang asyik mengejar deadline, walaupun badan masih sakit-sakit tetapi gagahkan diri untuk bekerja semula. Alhamdulillah..keadaan makin baik walaupun lebam-lebam masih belum hilang =(

Selama 6 tahun saya memiliki lesen memandu, baru tahun lepas saya tahu membawa kereta. Sebelum ini, susah senang saya hendak ke mana-mana hanyalah public transport dan motorsikal kesayangan saya itulah kenderaannya. Takut? Siapa cakap saya tak takut bawa motorsikal tapi dalam keadaan terpaksa dan tiada pilihan, memang itu sahaja kenderaan yang saya miliki untuk ke kelas dan bekerja.Itulah kenderaan yang emak saya berikan pada saya. nak dapat kereta macam student lain tidaklah. Saya beli kereta sekarangpun hasil titik peluh sendiri. Itupun, saya dah cukup bersyukur sebab dalam waktu susah saya, saya masih ada kenderaan walaupun hanya  sebiji motorsikal. Tak semua public transport boleh bawa saya ke tempat yang saya hendak pergi. tak semua public transport disediakan semua tempat. terhad. Saya cuma harap doa dan restu mak ayah saya sepanjang tempoh itu.

Berani. Ya! Saya memaksa diri untuk berani untuk kesenangan dan keselesaan saya. pesan dan amanah mak ayah saya saya ingat sampai bila, Siapa cakap mak ayah saya tak risau? Tetapi ayah saya selalu cakap " Kalau sudah ditakdirkan benda nak jadi, walau bagaimanpun kita hendak mengelak tetap jugak terjadi". Yang penting harus sedaya upaya berhati-hati dan berdoa supaya tiada perkara buruk yang berlaku. Bila tengok orang lain accident, mati, patah riuk, saya jugak takut, risau dan kadang-kadang fobia sendiri. Lebih-lebih lagi, sayapun pernah kena ragut dan accident semasa naik motor tapi macam saya cakap, banyak faktor yang membuatkan saya terus berani menunggang motorsikal ketika itu. Saya hanya mampu berdoa agar dalam tiap perbuatan dan perjalanan saya sentiasa dalam lindungan-Nya. Banyak kenangan manis dan pahit selama saya bersama Cik Kriss. Terlalu banyak sehingga saya sangat sayangkan motorsikal itu walaupun usianya sudah lama. Walaupun sekarang saya sudah ada kereta sendiri, tapi kenangan bersama motorsikal sampai bila-bilapun saya tetap ingat. Dan bila saya akan berhenti sepenuhnya dari menunggang motorsikal selepas berkahwin nanti, pasti saya akan rindukan cik Kriss saya tu! Huhuhu....

Menghadapi kehidupan memerlukan keberanian.  Namun sebrani manapun kita, masih perlu berhati-hati dan berjaga-jaga. Jenayah sentiasa ada dimana-mana. Sekarang ni, bersepah-sepah tambahan dekat area bandar ni. Manusia juga semakin jahat dan kejam! Kadang-kadang otak saya berfikir, Allah dah kurniakan manusia itu akal, mengapa tidak mahu menggunakannya ke jalan yang betul? mengapa hidup hanya tahu hendak menganiaya orang? Macam tu juga di jalan raya, sikap pemandu yang paling saya kesalkan. Biadab dan kurang ajar sehingga membahayakan orang lain. Hari-hari menyelak surat khabar, hati saya pasti sedih dan pilu bila baca banyak berita kemalangan jalan raya. Setiap hari dan di merata tempat. Jalan raya dah jadi medan pertumpahan darah....sangat sadis dan sungguh menyayat hati.

Tetapi sebagai manusia,  kita harus meneruskan hidup walaupun dihimpit ketakutan. Walaupun dikelilingi bahaya, takkan hanya hendak duduk berkurung dalam rumah, memencilkan diri kerana takut untuk menghadapi cabaran hidup kan? Rumahpun bukanlah tempat yang bentul2 selamat. Orang pecah masuk rumah hari2 boleh dengar. Huhuhu...Setiap yang berlaku ada hikamahnya. tak perlu menyalahkan takdir yang telah tertulis. Yang penting, sentiasa berdoa dan bertawakal. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya....

Take care!

Thursday, April 12, 2012

Baju resepsi = Pending!

Dah balik kampung hari tu. Dah penat survey baju kahwin untuk majlis sebelah saya. 3 kedai sahaja yang saya pergi. Malas nak pergi banyak-banyak kedai. Just pergi terus ke butik yang saya berkenan design baju-bajunya. Itupun, saya tengok dalam Facebook jer. Zaman teknologi ni, semuanya di hujung jari kan? hehehe...Tapi, butik-butik pengantin yang saya pergi ni memang yang paling popular dekat Jitra la..Design baju dioarang, huh! cantik-cantik,  up to date dan superb! boleh naik juling biji mata nak memilih. Dapat pulak mata saya  ni pulak semuanya asyik berkenan yang mahal-mahal je.  Yang murah, tak pulak nak menjeling. Selera mengalahkan poket sendiri! Tapi bila poket pulak cakap tak boleh, terpaksalah redha aje. So, terpaksalah cari yang betul2 bersesuaian dan mengikut budget.Huhuhu...

Ingat ke kerja memilih baju pengantin ni mudah. Rupanya tidak! Walau banyak manapun baju yang tergantung di kedai dan nampak cantik-cantik belaka tak bermakna ianya cantik dan sesuai dengan saya dan Encik Tunang. Mula-mula memang dah jumpa yang berkenan di hati. Warna pun ok. Soft dan sesuai untuk kulit saya dan Encik Tunang, sesuai dengan ketinggian kami berdua.Kainpun tak adalah meleret sangat ( baju pengantin semuanya kain nak design meleret-leret panjang. Saya tak sukalah yang terlalu meleret, rasa susah bebenor nak jalan), ..pendek kata, saya sangatlah suka baju tu. Macam tu jugak dengan Encik Tunang.

TAPI, baju resepsi yang kami berdua berkenan tu sangatlah HAMPIR sama warna dan designnya dengan baju bertandnag yang saya DIY  sendiri. Warna biru muda dengan hijau Turquoise memang hampir sama..udahlah corak bunga fabrik dan design bajupun sama. Mula2 kiteorang macam tak kisah je. Siap bayar full lagi untuk sewa baju tu. Dalam hati fikir, tak samalah....mana sama tapi bila balik rumah tengok balik baju yang dah 80% siap di DIY saya rasa macam tak sedap hati pulak. Takkanlah nanti belek-belek gambar kawen, baju macam sama je? corakpun lebih kurang???

Light Blue

Green Turquoise
Same ke? macam same kan???

Saya tanya pendapat keluarga dan sedara saya yang lain. Diaorang terus cakap., "TUKAR!". baju dah dekat sebijik sama. Eh, sama ye warna biru muda dan hijau Turqoise tu? lepas tu diaorang tambah lagi, "Bunga dekat bajupun sebijik sama!". Adeh...nampaknya memang saya kena tukarlah kan. Encik Tunang pun cakap benda yang sama. Mula2 rasa macam tak sama, tapi lama2 tengok, rasa samalah pulak. Terus call owner butik tu cakap nak tukar baju. Dia cakap ok sebab lagipun masa kiteorang pilih baju dia ada cakap yang bulan 5 & 6 ni ada lebih 20 pasang baju baru akan masuk. Boleh pilih lagi lepas ni...kira kiteorang booking je dulu. Lagipun, saya dah malas nak cari tempat lain sebab bagi saya harga yang diaorng bagi sangat berpatutan lepas tu servicepun bagus.

Ok. Baju resepsi saya masih pending. Ada lagi 4 bulan 1 minggu nak kenduri baju resepsi pun tak jumpa lagi. Warna tema pun tak tahu lagi.....Hope so, bulan 6 masa saya balik kampung nanti jumpa baju yang saya berkenan. Risau jugak ni......

Monday, April 9, 2012

Alhamdulillah...Saya selamat

Baru lepas accident  pagi tadi masa nak pergi kerja.  Saya pergi kerja ada masa naik kereta, ada masa naik motor tapi pagi tadi saya naik motor. Motor saya dilanggar dengan dua buah motor lain dekat belakang sebab saya nak elak accident yang jadi dekat depan saya. Terus saya tercampak ke tepi. Penunggang motosikal yang lagi dua orang tu lagi teruk, melambung atas jalan. Tapi, Alhamdulillah...kami selamat. Tak ada kecederaan serius di luar. Dalaman? Wallhaualam...mintak2 oklah. motor saja yang rosak sikit. Saya just lebam2 dan sakit seluruh badan. Dah jumpa doktor, dah check. Semua ok. kalau sakit masih berlarutan, akan pergi check semula.

Tak tahu nak cakap salah siapa. Sebab benda nak jadi. berhati-hati macam manapun, benda nak jadi tetap jadi. Syukur saya tak apa2. Orang lain yang accident dekat depan, saya pun accident jugak.  Alhamdulillah..masih selamat. Doktor  bagi cuti sakit sampai rabu ni. Sampai sekarang, bahagian kanan badan sakit. tak boleh bergerak banyak. Saya hanya mahu rehat sampai badan dah ok untuk bekerja semula. Doakan saya cepat sembuh!


 * Selalu dengar orang tua2 pesan, time bertunang ni kena selalu jaga diri.  Katanya, darah tengah manis. Bila difikir2 dugaan yang terjadi sepanjang tempoh bertunang ni, betullah juga nasihat diaorang tu...huhuhuhu...Sebab tu tak elok bertunang lama2. Banyak dugaannya.

Friday, April 6, 2012

Dah Berjaya Booked Homestay Untuk Family Si Dia

 Alhamdulillah..pencarian homestay untuk family encik Tunang sudah berakhir. Fuh! lega benar rasanya. Zaman IT ni semua benda boleh cari dalam internet je. Senang. Tak perlu saya nak berulang alik dari Shah Alam -Kodiang, kedah setiap bulan untuk settle kan hal kawen saya. Lagipun, saya ni namanya saja orang kedah, tapi bukan semua benda saya tahu sebab sayapun bukan selalu ada di rumah kan..So, memang bantuan Internet dan saudara mara yang ada di kampung memang sangat diperlukan untuk uruskan banyak benda.

Saya selalu dengar kawan2 saya mengeluh bila homestay yang diberi oleh keluarga tuan rumah kenduri tak memuskan hati. Rumah panaslah, kotorlah, ada lipaslah..macam-macam complain. So, saya memang risau kalau keluarga tunang saya nanti tak puas hati dengan homestay yang saya pilih. Tak bestlah kalau kena complain tapi kita tak tahu apa2 kan? So, saya fikir baik suruh Encik Tunang sahaja yang tengok dan pilih sendiri then saya yang bayarkan.

Saya buat appoinment dengan pemilik homestay melalui telefon je. Tupun bila saya check secara online memang tak ada lagi orang yang booking homestay tu time kenduri saya nanti. Kena cepat-cepat booking sebab takut nanti homestay semua penuh. Maklumlah, saya kahwin kan time raya, time orang banayk jugak wat kenduri. Ada baiknya booking awal2.

Masa booking homestay, saya memang tak tahu berapa total ahli rombongan Encik Tunang yang nak datang masa kenduri nanti. So, saya decide nak pilih rumah teres dua tingkat yang luas dan selesa. Manalah tahu kalau tiba-tiba ahli rombongan datang ramai, xnakla diaorang rasa tak selesa kan....kena cari betul2.So, ini homestay pilihan saya dan Encik Tunang. Snar Homestay yang terletak dekat Jitra kedah. Kira-kira 20 minit jugak jarak nak ke rumah saya. Ikutkan, dekat je sebenarnya, tapi sebab jalan utama ke rumah saya tu banyak sangat traffic light, itu yang lama sikit. tapi, xpelah..tengah bandar, boleh jugak family Encik Tunang jalan-jalan dekat pekan Jitra nanti.hehehe...








Lepas dah booking semua barulah ayah Encik Tunang beritahu ayah saya yang rombongan mereka maybe datang satu bas! hah? Terkejut saya. Katanya, mereka akan stay semalam je dekat homestay ni. Lepas kenduri, dalam pukul 3 dah nak bertolak balik. Tuan homestay ada sediakan extra bantal, hope so cukuplah sebab pihak saya pun akan sediakan extra beds & pillows untuk mereka nanti. Lagipun rumah ni besar, ada dua living hall, bilik ada 4. semuanya luas-luas. Bathroom pun ada 3. So, saya rasa Insya-Allah cukup sebab Encik Tunang cakap, yang ramainya datang nanti kanak-kanak je. lagipun dia yang kata cukup kan? Bila saya kata nak cari bungalow, dia kata tak payah sebab family dia datang kejap sangat. So, apa2 complain nati, nak suruh dia yang jawab boleh tak?hahaha...

Mintak-mintak mereka selesalah nanti...Insya-Allah..

P/s: kredit gambar untuk SNAR homestay fanpage. Bagi orang kedah yang nak cari homestay bolehlah ke sini sebab rumahnya memang cantik, harga berpatutan dan owner diapun mesra dan baik layan pelanggan.

Thursday, April 5, 2012

4 bulan lebih je lagi? Cepatnya masa berlalu..

Bila ditelek wedding ticker dekat bawah blog saya ni, cuma tinggal 4 bulan 2 minggu dan 6 hari sahaja lagi untuk saya melangkah ke alam baru. Rasa macam lambat je lagi nak kawen rupa-rupanya dah tak lama dah lah! Cepatnya masa berlalu... pejam celik, sibuk ke sana sini, ..saya rasa macam tak percaya je yang majlis saya dah makin hampir.



Banyak benda lagi yang tak setlle.Tapi banyak juga yang dah settle =) . Ada juga  yang tak prepare pun lagi.hehehe...rasa macam kena minta bantuan orang je nih. Honestly, saya dah mula rasa berdebar-debar + risau takut tak sempat nak siapkan semua benda. DIY projectpun masih banyak yang belum disiapkan. Huhu...kena manage time betul2 supaya tak kelam kabut di kemudian hari. Saya baru pulang dari kampung isnin lepas. Lega sebab dah dapat settle beberapa perkara. Nanti, bila ada masa, saya akan sambung tulis lagi.

sekarang, mahu sambung buat kerja yang tergendala. Tak sabar nak tunggu weekend!

Wednesday, April 4, 2012

Bila Masa Pulak Saya mintak potong gaji Untuk Bayar PTPTN?

Tengah ralit buat kerja dekat office tadi tetiba dapat call dari HR. Ada surat dari LHDN untuk saya. Surat minta company saya buat potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Surat tu ada nyatakan jumlah baru pinjaman yang perlu saya lunaskan selepas buat sistem Ujrah atau "upah". Ok..saya baru dapat tahu permohonan ujrah saya berjaya hujung tahun lepas tapi before sistem ujrah tu dibuat, saya memang dah start buat bayaran PTPTN saya. Walaupun tak ikut amount yang diberi, at least saya bayar jugak mengikut kemampuan saya.

Sisitem ujrah memang ada borang yang minta saya isi sebagai kebenaran untuk potongan gaji tapi saya tak isipun  borang tu. Saya cuma letak alamat majikan seperti yang diminta tetapi tak ada tandatangan dari saya atau pihak majikan untuk kebenaran potongan gaji. peliklah..nak kata saya tak pernah bayar ptptn, saya bayar kot!

Bila saya call pihak ptptn, diaoarng cakap kalau tak benarkan potong gaji, abaikan saja surat tu. Saya bayar saja macam biasa. Macam tu aje? tak ada pula nak cakap kesilapan teknikal ke apa ke...ke sisitem ujrah tu satu perangkap? konon2 nak reduce interest pinjaman tapi sebenarnya nak potong gaji peminjam. Hmmm...entahlah.

Saya baru lagi bekerja. Kalau nak potongpun, saya ni kerja swasta. Kalau saya pindah company lain, kena isi balik borang potong gaji. Hmm..pening2. tadi call pihak LHDN, tak berjawab pun call nye. tension saya. PTPTN kata abaikan, HR pulak kata mintak surat dari LHDN kata abaikan aje surat yang sampai ni. pening!

Dahlah banyak kerja. Nak uruskan benda nipun satu hal. Kan lagi senang kalau bayar sendiri je macam biasa dekat maybank2u tu. Lainlah kalau orang yang tak pernah bayar PTPTN lansung! yang tu barulah bagi surat arahan potong gaji.Adoiii...

UPDATE: If dapat surat pemotongan gaji dari PTPTN & company memang tak buat sistem potongan gaji, mintak HR reply surat LHDN tu cakap yang company tak buat potongan gaji. HR saya buat macam tu je. Lagipun saya tak setuju untuk potongan gaji. Boleh bayar sendiri melalui online banking.

Tuesday, April 3, 2012

Sangat Sibuk Sebenarnya...

Rasa macam dah lama tak jenguk ke sini.
Dah lama tak update blog
Dah lama tak update Facebook.
Dah lama tak blogwalking,
 Dah lama tak buat DIY project.
 Dah lama tak menulis novel..
Dah lama tak...
semuanya rasa dah lama saya tinggalkan. Huhuhu....

Kenapa?

Sibuk! Saya sangat sibuk sekarang.
Kesibukan yang kadang-kadang buat saya tension sendiri
Stress bila kerja banyak yang sia-sia..
Tak cukup masa..
tak cukup tenaga..
Semuanya...
Huhuhu.....

Mahu masa untuk diri sendiri....
Semoga semuanya dipermudahkan..
Dan cuba membahagi masa sebaik-baiknya..
Penat!

Sunday, March 25, 2012

Green Turquoise With Blue untuk Majlis Bertandang

Kenapa saya pilih warna Turquoise?
kebetulan sebenarnya. Saya tak pernah menetapkan tema warna untuk majlis perkahwinan saya. Mana baju yang saya rasa cantik dan sesuai dengan saya dan encik Tunang, saya grab je. tak kisahpun warna apa.Masa bertandang memang saya nak pakai dress yang simple je. Warna turqoise tupun saya pilih sebab tertarik dengan warna pada dress ready made yang saya beli. Tapi warnanya agak gelap dan nampak macam hijau.


Untuk baju bertandang memang saya DIY sendiri dari dress yang saya beli tu. Selain dari jimat, saya boleh pakai balik baju tu lepas selesai majlis bertandang nanti. Dress tupun plain je. tak ada apa-apa hiasan. Saya yang akan deco sendiri  dengan jahit bunga fabrik, lace (warna biru) dan pearl. Dress nipun dah 50% siap dijahit. Masih lagi in progress. Saya buat sikit2 sebab busy sama sekarang ni. Huhu..

Baju Encik Tunang Next week baru nak cari. Maybe beli kain je then pergi upah buat baju melayu. Kalau jumpa yang ready made dan sesuai untuk badan dia, beli terus je kot. Tapi warna baju dia harus lebih soft sikit dari warna dress saya.


P/s: Sebenarnya, banyak benda lagi yang tak settle. Baju kahwin untuk majlis di sebelah saya nanti pun saya belum cari lagi. Warna tema memang tak ada lagi sebab bergantung pada baju yang kami pilih nanti. Ingat nak sewa je. Tak tahu masih ada ke lagi baju yang sesuai untuk kami sebab selalunya orang booking awal2. tengoklah macam mana. kalau tak ada yang sesuai, kami decide nak pakai songket je nanti. Baju songketpun cantik apa? Next week baru nak balik kampung nak cari baju untuk di sewa, ambil borang nikah dan cari homestay untuk keluarga Encik Tunang. Mintak segala urusan  dipermudahkan.

Friday, March 23, 2012

Tetang Cita-Cita Asal Saya

Bila tengok TV kadang-kadang buat saya teringat tentang cita-cita asal saya sejak di bangku sekolah. Dulu, dekat sekolah cikgu suka tanya, "Bila dah besar nanti awak semua nak jadi apa?" macam-macam jawapan yang saya dan kawan-kawan bagi. nak jadi Cikgulah, doktorlah, polis la..semua ada. Semuanya perkerjaan yang kami nampak dekat mata kami. Luar dari tu, memang tak tahulah..hehehe. Dulu, bila orang suruh tulis cita-cita, saya tulis macam-macam jenis pekerjaan sebab saya sendiri tak tahu apa cita-cita saya.



Bila dah masuk sekolah menengah, baru saya tahu apa cita-cita saya sebenarnya. Saya nak jadi WARTAWAN. yup! kecenderungan minat saya adalah bercakap dan saya nak sangat jadi wartawan. Saya suka tengok wartawan yang buat liputan bermacam berita, boleh pergi ke segenap pelusuk dunia sebab nak dapatkan berita. Saya nampak macm best je kerja wartawan tu. Plus++ saya suka menulis. Tapi, saya taknak jadi wartawan surat khabar. saya nak jadi wartawan yang selalu buat liputan pasal orang asli ke, tempat-tempat menarik seluruh dunia ke....pasal environment ke, kerja-kerja yang memerlukan saya travel dan ke sana sini. Adventure....itu minat saya sebenarnya.

Tapi, bila saya cakap dekat mak saya masa saya form 3 dulu yang saya teringin nak jadi wartawan dan ambil course sastera terus mak saya cakap "Kalau jadi wartawan nanti susah nak jaga keluarga. Takut anak ke mana, suami ke mana".  Dalam umur 15 tahun saya tak fikir apa-apa pasal rumahtangga. Yang saya tahu, saya nak kejar cita-cita saya. Tapi, bila mak macam tak suka saya jadi wartawan, saya terpaksa lupakan cita-cita saya. Dulu, guru kelas saya pernah cakap dekat saya, hidup saya akan berjaya kalau saya ambil aliran sastera (sebab time tu saya ambil bidang sains). Entah ar....itu cakap dia berdasarkan kecenderungan saya time sekolah. tapi berjaya atau tidak saya dalm hidup, bukan dia penentunya.

Saya lupakan cita-cita asal saya tu sebaiksaja saya masuk sekolah teknik masa form 4. Tak apalah..mungkin bukan rezeki saya untuk jadi wartawan. Lepas tu, saya hanya fokus dengan bidang yang saya ambil sekarang walaupun saya tahu, minat saya tak sepenuhnya di situ. Tapi, saya cuba untuk minat apa yang saya belajar.

Bila saya dah meningkat dewasa, saya tahu. Kalaupun bukan kerana mak saya tak kasi saya jadi wartawanpun, saya tetap tak jadi wartawan. Kenapa? Sebab Allah dah tentukan rezeki saya bukan dalam bidang tu. Saya tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Sudah ditetapkan takdir saya begini dan semuanya pasti ada hikmahnya. Syukur..walaupun saya gagal menjadi seorang wartawan..saya masih ada peluang untuk berjaya dalam kehidupan saya sekarang. Dan saya redha dan bersyukur dengan apa yang saya kecapi hari ini.

Apa yang berlaku pada masa hadapan saya tak tahu. Mungkin saya akan bertukar bidang kerja siapa tahu kan? Apapun....yang penting, jangan menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidup.