About Us

Monday, November 9, 2015

Bercuti ke Sabah 2015 – itinerary Day 1


Ok..setelah 5 bulan lebih balik dari sabah baru ada masa nak update dekat sini. Sebenarnya, lepas balik hari tu lagi nak update tapi sebab incident gempa bumi dekat sana, nak menghormati keadaan time tu, so postpone dulu. Bila postpone,lama-lama  terus lupa. Hahaha…Mujur pergi sana memang ada planning book. Segala benda dah write down dalam tu. So, bolehla rujuk balik untuk update dekat blog. Hope, dapatla tolong serba sikit bagi maklumat bagi sesiapa yang plan nak bercuti ke sana.

Kiteorang sampai airport KK lebih kurang pukul 10.30 pagi. Oh ya, untuk ke sabah tak perlu passport pun. Just bawak IC sahaja.  Hari pertama dekat sana, kiteorang tak sewa kereta. Dari airport, naik teksi je untuk ke hotel. Kos dari KK international airport 2 ke hotel kiteorang dekat Gaya street kota kinabalu RM 20 lebih. Agak mahal jugakla kos teksi dekat sini. Tapi still boleh jimat dari sewa kereta.


Pagi2 dah kena naik flight. Mujur Fayyadh dalam flight tidur je. lega hati mama & abah. Hihi..



Dah sampai airport KK


Pulau Sapi & Pulau Manukan

Sampai hotel, kiteorang terus letak barang & tukar pakaian untuk ke pulau. Kiteorang pilih hotel yang dekat dengan jetty jesselton. Hotel Little gaya. Kalau nak ke pulau2 ni, kena naik boat dari jetty jesselton. Kiteorang jalan kaki lebih kurang  5-10 minit je dari hotel untuk ke sini.
Dekat sini, memang banyak kaunter tiket untuk naik boat. Ada macam2 pakej la untuk sewa. Kalau nak ambik pakej snorkelling ke apa semua ada. Tapi kiteorang pilih nak pergi pulau saja. Hihi..

Waktu operasi boat adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.



Boleh beli riket dekat kaunter2 dekat dalam ni

Jesselton Point

Sedikit tips, kalau nak gi island hooping untuk semua pulau yang ada, elok pergi time pagi. So, petang dah boleh balik. Sempatla melawat ketiga-tiga pulau. Tapi kiteorang plan pergi dua pulau je sebab pergipun dah pukul 12 tengah hari kan. Kalau ambik tiga pulau, takut tak sempat nak spend time lama sikit untuk satu pulau je. Banyak yang cakap pulau sapi & pulau manukan lebih cantik, so kiteorang decide ke sana saja.
Harga Tiket:
Pulau sapi & Pulau manukan = RM 26.20
Yuran jetty = RM 7
Sewa Life jacket = RM 10 ( yang ini kalau nak sewa untuk mandi manda dekat pulau. Atas boat   memang dah sediakan life jacket. Kiteorang tak sewa pun)
Yuran Taman = RM 3 ( yuran untuk semua taman laut)

Total : RM 36. 20 / Seorang
·         Kalau nak sewa life jacket dll ada extra charges


Kiteorang Plan nak makan dulu or tapau makanan before naik boat ke pulau, tapi tak sempat sebab masa beli tiket boat dah nak gerak.  Yang ni memang dah lari dari plan asal tapi apa nak buat, boat dah nak jalan. Maka, redha la  mengadapla makanan mahal dekat pulau nanti. Kiteorang sempat beli air je nak bawak ke pulau. Tapi roti & biskut dah siap2 bawak dalam beg. Senang nanti bila lapar boleh makan. Lebih2 lagi fayyadh la..hihi

Jesselton jetty

Boat2 dah menunggu nak bawak penumpang ke pulau

Naik boat. Mengucap panjang. Huhu…sebab speed boat. Laju tu boleh tahan lagi. Bab terhentak-hentak tu paling sadis. Huhu..rasa melambung-lambung & sakit montot. Hahaha.. Mujurla kejap je naik boat. Tak sampai setengah jam pun dah sampai. Fayyadh memang cool giler. Muka happy je kena angin & air laut yang terpercik dekat muka. Senyum je suka. Mama yang cuak lebih. Hihi…Tapi best! View memang cantik. Laut biru jer…

Biru jer air laut 

Excited tapi takut. HIhi..

Maaf, muka saya macam apa lagi. Dengan letihnya, dengan tak berbedaknya. Haha..Memang jenis kalau nak turun laut tak suka tempek apa2 dekat muka melainkan sun block.



PULAU SAPI

Hentian pertama kiteorang dekat pulau sapi. Sampai je jetty terus rasa masha Allah..cantiknya!!! tak tau nak describe macam mana. Memang cantik sangat pulau sapi ni. Dengan air laut yang hijau nak biru. Dengan pulau2 keliling dia. Hmm..cantik! view memang cantik! Dari atas jetty boleh nampak dasar laut. Comel tengok ikan berenang dalam tu. Clear water! Jatuh cinta untuk kali ke-20! Hihi..

Lagi tips, dekat sini ada banyak agent boat, so kita kena ingat dengan agent mana kita beli tiket. Kena ingat warna baju diorang pakai. Dengan nama agent ( company tu). Sebab bukan semua boat kita boleh main naik je. Kena naik boat ikut agent yang kita dah bayar. Senang je. Ingat nama agent dengan warna T-shirt diorang pakai. Macam kiteorang hari tu agent pakai T-shirt warna kuning. Nama syarikat borneo ape tah. So, nak pergi dan balik semua tanya diorang je. Selalu diorang akan inform kita pukul berapa boat nak gerak. So, senang kita nak budget masa.

Kiteorang kena bayar yuran taman RM 3 seorang tu dekat Pulau sapi. Kalau dah bayar dekat pulau sapi, nanti masa pergi pulau manukan tak payah bayar dah. Sebab yuran tu merangkumi semua taman laut.

So..enjoy la kiteorang dekat pulau sapi!!

subhanallah..jernih sangat air. Tapi Fayyadh penakut air. Hahaha..kena mainkan kaki dia sikit2 dengan air baru dia nak turun

Tak besarpun pulau sapi ni. Pusing2 situ jugak jumpanya. Hihi…ada banyak khemah makanan sebab kiteorang datang time lunch. Yang ni untuk yang ambik by pakej la. Diorang sediakan makanan lagi. Kiteorang beli makanan dekat situ. Sebab lapar, gasakla walau mahalpun. Air mujur dah bawak.

Nasi goreng menangis harga. Sempoi macam ni pun RM 10 sepinggan!






Cantik kan air laut dekat pulau sapi ni? Biru hijau. jernih jer..

Semua harga dah letak dekat papan tanda ni. Taman2 sabah




Tengah tunggu boat nak ke pulau Manukan





PULAU MANUKAN

Lepas puas pusing Pulau sapi, kiteorang ke pulau manukan pulak. Pulau yang paling besar di antara pulau sapi & pulau mamutik. Jatuh cinta lagi untuk kali ke-30! Hahaha…Cantik pulau manukan ni! Tapi cantik & bersih lagi pulau sapi. Pulau manukan ni pesisir pantai dia luas..so bolehla jalan2 tepi pantai & sekitar pulau. Rasa tenang & fresh sangat!

Sebabkan kiteorang datang dah petang, so orang tak ramai sangat. Banyak yang dah beransur balik. Hihi..so takla bersesak sangat. Dekat sini pun ada gerai2 makan. Tapi harga memang mahal la…nak minum air kelapa pun RM 10++ sebiji ok. Lap peluh tengok harga. So, prepare la bawak makanan sendiri kalau nak jimat.


Boleh nampak batu2 dan rumpai laut dalam ni

Cantik kan?


Bersih je pantai dekat sini. memang di jaga elok




Budak kecik ni suka je main pasir dekat pantai tapi penakut air! hahaha..menjerit taknak masuk air laut. Tapi bab melawat kawasan nombor satu. happy kemain lagi.


Sempat jugak kiteorang bagi ikan makan. Hihi..lempar roti je. best tengok ikan berebut nak makan roti


Puas main2 air & pasir dekat Pulau manukan, kiteorang naik boat untuk balik ke kk semula. Alhamdulillah…speed boat time balik ni lebih stable. Takde melambung-lambung. Respect dengan penumpang yang dalam boat sama dengan kiteorang. Semua suruh kiteorang duduk belakang & dekat tengah sebab bawak baby. Sampai ke jetty, kiteorang terus balik ke hotel untuk mandi & rehat. Rasa penat tapi enjoy & happy sangat!


Malamnya, kiteorang keluar jalan2 kawasan dekat2  hotel jer. Tapi sini sebab malam awal kan. Pukul 6 dah macam senja. Kiteorang pergi makan dekat suria sabah je. Shopping mall ni belakang hotel kiteorang je. jalan kaki saja. Sebabkan esok pagi2 kiteorang nak gerak ke kundasang, so balik hotel awal untuk rehat & tidur. 


Suria sabah shopping mall


UPDATE : ( boleh klik link di bawah untuk baca update pasal percutian ke sabah)

Itinerary Sabah- Day 2
Itinerary Day 3- Part 1
Itinerary Day 3- Part 2
Itinerary Day 4
Review Hotel Mount Kinabalu 
Tips Ke sabah 
Planning & Bajet ke sabah

Thursday, November 5, 2015

Fayyadh dah 3 kali Masuk Hospital



Dah 3 kali Fayyadh kena tahan wad. Semua punca yang sama. Muntah-muntah. Lama nak menulis pasal ni. Tapi bila sampai kali ke-3 Fayyadh admitted baru saya berkesempatan nak menulis.
First, dia admitted masa masih dalam pantang. Bagi susu je muntah, susu je muntah. Bukan sikit tapi banyak. Sampai saya naik takut nak bagi dia minum susu. Kalau tak bagi, takut dehydrate. Malam2 terus bawak gi emergency Hospital Jitra, kedah. Doktor check, semuanya ok. Siap kena buat x-ray lagi. Kesian sebab anak baru belasan hari dah kena buat x-ray. Huhu….ada jangkitan kuman sikit dekat paru2 dia tapi sikit sangat.  Dr cakap tak bahaya sebab sikit sangat. Kena tahan dekat hospital 2 malam untuk diorang pantau. Sepanjang dekat hospital Alhamdulillah dia takde muntah2. Masuk hospital terus ok je Fayyadh ni. Suka duduk hospital kot. Huhu.. Sebabkan doctor check semua ok, so boleh discharge.




Ni gambar masa umur Fayyadh belasan hari. First time warded sebab muntah2. Lain kan muka dari sekarang? Time ni ada kuning sikit. 


Second, masa umur dia 9 bulan lebih. Sama jugak. Sebab muntah2. Huhu…Sampai sekarang saya takut kalau Fayyadh start muntah2. Minum or makan apa je muntah. Minum susu muntah. Orang cakap kalau anak muntah jangan bagi susu. Tapi bagi air masak pun sama, muntah jugak. Muntah sampai pucat2 muka. Tak bermaya. Tapi takde demam or cirit birit. Memang takut. Gigil2 badan saya ni. Nangis tengok keadaan anak. Sampai naik lembik. Cepat2 bawak pergi hospital. Kena tahan wad. Alhamdulillah…dia tak dehydrate. Time ni semalaman je dekat hospital. Doktor ambik sample darah, urine dengan najis dia buat test. Masa ni dapat detect ada infection dalam urine dia. Lepas tu doctor buat scan jugak dekat Fayyadh. Nak check system badan dia. Bahagian buah pinggang semua nak tengok ada tak yang tak normal. Salah satu punca anak muntah ada kaitan dengan saluran dekat buah pinggang. Saya teringat dulu masa pregnant dekat Fayyadh pernah buat details scan. Time tu semua normal, tapi tak tahula kalau ada yang tak normal yang terlepas pandang. Setuju je bila doctor nak buat scan. Alhamdulillah, hasil scan semua normal.

So, puncanya adalah urine infection.  Rasa bersalah dengan diri sendiri sebab mungkin tak jaga Fayyadh perfect. Mungkin persekitaran, mungkin ada yang tak kena dengan makanan dia. Huhuhu..rasa bersalah  sangat sebagai ibu (T_T). Rasa down ya amat masa tu. Huhu… Tapi doctor terangkan adanya infection (bakteria tak baik dalam air kencing) bukan semata-mata sebab tu. Ada sebab lain. Sebenarnya bakteria tu memang dah sedia ada dalam badan. Tapi kadang ada faktor yang menyebabkan tiba2 bakteria tu jadi jahat. Terus sedarkan diri balik. Ni ujian Allah. Kalaupun kita dah jaga anak sehabis baik, dah protect semampu boleh, kalau nak sakit tu bukan semuanya salah kita. Sakit tu ujian untuk kami. Saya keep positive je pasal ni. Mungkin ada hikmahnya.
So, Fayyadh kena on antibiotic untuk 5 hari. First antibiotic ambik result failed. Bakteria tu still ada. Malah, macam lagi kuat pulak. Huhu… Doktor tukar lagi antibiotic. Masa ni memang berdoa sangat2 yang bakteria tu mati. Sebab ada sikit je antibiotic yang ada untuk lawan bakteria ni. Kalau still failed, last cara kena admit sekali lagi untuk seminggu dalam ward untuk on antibiotic yang lain pulak. Drip masuk terus dalam badan. Huhu…Alhamdulillah…second antibiotic tu berjaya. Bakteria tu dah mati. Syukur sangat2. Berulang alik kiteorang setiap minggu ke hospital jumpa doctor masa tu. Rasa nervous jangan cakap la. Tiap kali masuk bilik doctor mesti takut nak tau result. Tapi Alhamdulillah..semua ok. 




Muka happy je budak kecik ni masuk hospital. Tiap kali masuk hospital, terus hilang muntah2. Sampai sekarang mama pelik. Suka duduk hospital agaknya. Hihi..



Third, baru2 ni. Last week. Fayyadh muntah2 lagi. Allah…..kadang hilang punca rasa. Sebab memang dia jenis kalau ada tak kena sikit, muntah. pelik sebab dari hari sabtu masa dia start muntah tu memang takde makan luar ke apa. Dan dia makan semua yang biasa dia makan. Lepas tu muntah saja, takde cirit birit.  Cuma kali ni  sampai dah masuk hari ke-2 still tak ok. Sebab dia tak nak makan. Nak minum je. Tapi kalau minum pun muntah. Minum air masak pun muntah. Bukan sikit. Banyak. Tengah tidur pun boleh tiba2 muntah. sampai habis basah satu badan. Sayu hati ni Allah je tahu. Takut  kalau jadi apa2 dekat Fayyadh. Mintak2 sangat takde benda yang serious. Pukul 12 tengah malam terus bawak Fayyadh gi bahagian emergency dekat hospital. Patutnya kena tahan wad malam tu even doctor cakap dia tak dehydrate. Tapi sebab takde doctor pakar malam tu, kiteorang mintak nak bawak dia balik. Esok pagi2 datang hospital semula. Pagi isnin tu dia still muntah before pergi hospital. Lepas jumpa paed pun muntah lagi. Kena tahan wad untuk dipantau. 3 hari 2 malm jugak berkampung dekat sana. Kena masuk air sebab dia dah dehydrate sikit. Kesian anak..huhu. Memang tak sanggup nak tengok masa kaki dia kena cucuk jarum untuk ambik darah & masukkan air. Sebab kalau nak cucuk dekat tangan, cari urat memang tak nampak. Terpksa masukkan air dari kaki. Masa warded, macam2 test diorang buat dan semuanya result ok. Virus saja. Tapi tak tahu dari mana punca virus sebab kalau dari makanan, dia kena food poisoning mesti dah cirit birit sekali. Tapi Fayyadh muntah saja. Masuk hospital baru perasan dia cirit sikit. Tupun sekali  dua je saja sehari. Tak lebih dari 3x.

Dari hari first dia muntah sampaila hari ke-4 memang lemah je. Tak bermaya. Nak tidur je. Masuk hari ke-5 baru ok sikit. Tupun tak nak makan. Nak minum saja. Alhamdulillah…senang jaga Fayyadh dekat hospital. Takde nangis or merengek sangat.  Cuma susah sikit nak bergerak sebab kaki dia berbalut la. Tak boleh berjalan. Duduk katas katil & nak buat apa kena berdukung. Kesian dia…Paling worst sekali, kaki dia bengkak sebab air botol ke-2 tak betul2 masuk . Huhuhu..sedih hati mama ni ha tengok kaki anak sampai bengkak. Huhu…Mujur lepas tu bila diorang dah stop masukkan air, dia start berjalan sikit2 dah surut sikit bengkak.



Kaki bengkak. Huhu..sedih tengok. 2 botol air jugakla kena masuk. Sebab darah dia pun dah kering sikit sebab kurang air. Minum je asyik muntah semula kan. Huhu...



Alhamdulillah…sekarang dah ok. Tapi hati still tak kuat if benda yang sama berulang lagi. Sampai sekarang pun saya jadi mengeletar kalau Fayyadh start muntah. macam fobia jadi macam dulu lagi. Tak kuatla nak handle sendiri bila anak sakit. Huhu....Memang doa sangat2 Fayyadh sihat selalu. Takde sakit yang serius. Dugaan untuk kami sekeluarga. Semoga Fayyadh membesar dengan sihat, kuat semangat, panjang umur dan jadi anak yang soleh. 

Friday, October 30, 2015

Allah Maha Mendengar


Salam Jumaat korang!


Rasa happy sangat hari ni. First, sebab Fayyadh dah makin sihat. Fayyadh masuk hospital dari isnin pagi sampaila tengahari rabu lepas. 3 hari 2 malam berkampung dekat hospital sebab anak tak sihat. Huhu.. Pasal tu In sha Allah nanti saya akan tulis lain entri. Alhamdulillah..Fayyadh dah makin aktif cuma makan je tak sebanyak dulu. Take time kot.

Second, ada benda yang buat saya happy sangat hari ni. Tapi bukan pregnant ya. Moga ada rezeki untuk itu. Pasal lain. Sesuatu yang saya berharap tapi dalam redha. Berserah pada Allah. Dan saya tahu Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah..hari ni dapat good news. Tanpa di duga, paling terkejut berita gembira tu sama macam suara hati saya.

Allahhu.... memang hampir menitis air mata...

Allah maha mendengar. 

Allah tempat meminta..

Alhamdulillah....

syukran..


Thursday, October 22, 2015

Jerebu! Ajar anak pakai haze mask


Jerebu makin teruk minggu ni . Memang berkurung dalam rumah. Keluarpun kalau nak pergi kerja. Benda paling risau time jerebu ni dah tentu2 la keselamatan anak. Risau dengan kesihatan dia disebabkan udara yang sangat tak sihat ni. Shah alam kan teruk jugak jerebu. Masa selasa lepas, tengok keadaan dah macam IPU 300 lebih dah tapi dekat media cakap 200 lebih. Huhu...boleh rasa teruk sebab time drive pun berapa meter je yang nampak clear view. Sampaikan bumbung tol pun bila dekat sikit baru nampak. Selalu drive dari jauh dah nampak. Hmm...risau kan?

Tapi tengok semalam & pagi ni dah kurang sikit berbanding selasa lepas.

Sekarang ni Babysitter dia bercuti sebab anak dia sakit. Semalam saya & husband ambik cuti sebab ada urusan penting. Plan, nak hantar Fayyadh dekat babysitter dia tapi babysitter dia cuti. Terpaksa bawak Fayyadh sekali keluar. Risau. Tapi terpaksa. So, memang saya dah ajar Fayyadh awal2 lagi untuk pakai haze mask.

Senang ke?

Ikutkan takdela senang masa mula2 nak ajar sebab dia mesti nak buang. Mana selesa kan letak benda tutup mulut & hidung. Tambah dia baby lagi, manala faham kenapa kita suruh pakai. Tapi kena pujuk sikit, lepas tu saya dengan husband pun kena pakai jugak. Baru nak dia pakai.

Alhamdulillah.....mudah kerja saya. Bila lalu kawasan terbuka je  memang pakai mask. Bila masuk dalam office, dalam kereta baru bukak. So, Fayyadh memang ok. Takde pun nak tanggalkan mask. Padahal lama jugak kita pakaikan. Kalau parent buat, in sha Allah anak pun akan ikut. tambah2 baby yang memang fasa2 suka meniru apa parent dia buat kan.

So, jaga kesihatan diri & keluarga masa -jerebu ni. Kalau boleh, stay je dekat rumah kalau keadaan masih tak ok. Tapi kalau terpaksa jugak keluar, pakaikan diorang haze mask.  Kesian baby ni  sebab kecik2 dah kena hidu udara tak sihat. Huhu...



Wefie dengan mama =)

Friday, October 9, 2015

Alkisahnya Baju Menyusu: Yang Lebih Praktikal, Cantik & Selesa


Asalammualaikum korang!

Alhamdulillah..dah almost 1 tahun 8 bulan dah menyusukan fayyadh. Syukur Alhamdulillah…Even bukan rezeki saya untuk Fully Bf Fayyadh since dia lahir, tapi Allah bagi rezeki untuk menyusukan dia sehinggalah saat ini. Fayyadh memang bf je kalau dengan saya. Dekat pengasuh baru top up FM. In sha Allah..lagi 4 bulan je nak cukup 2 tahun. Moga tercapai impian nak susukan Fayyadh sekurang-kurangnya sehingga dia genap 2 tahun. Amin…

Bila dah breastfeed anak, selain breast pump & storage bag, 2 benda lagi yang penting bagi  saya nursing wear & nursing cover.  Tapi nursing cover, senang cari. Kalau tak ada nursing cover, selendang or pashmina pun boleh buat cover tapi…Fayyadh..hmm..awal2 dah tak tolak nursing cover. Rimas kita tutup2 time dia nak menyusu. Amboi sangat tau. Sudahnya, nursing cover saya hanya guna dekat Office. Buat cover dalam surau time nak pump susu. Hihi…Baik yang dalam, atau yang luar, Dua2 sama penting. Sebab memudahkan kerja penyusuan anak. Lebih2 lagi bila dekat luar.

So, ada beberapa perkara yang saya kena ambik berat pasal pemilihan baju menyusu ni. Soal breastfeeding friendly, soal praktikal, design, cutting (harus tutup aurat & loose cut) & tahap keselesaan. Yup! Ciri2 ni sangat penting tau. Sebab bila dah jadi ibu rasa macam dunia saya berputar 360 darjah. Semua dah tak sama macam dulu. Mana nak kejar masa siapkan itu ini. Mana dengan anak menangis nak menyusu, merengek nak itu ini. Haha… kadang rasa macam hantu kak limah dah rupa diri. Kalau pakai baju biasa yang bukan versi breastfeeding friendly alamat lagi menyusahkan kerja. Bertambah kelam kabut. Anak dahlah jenis lambat sikit bagi, mau meraung macam kena pukul. Kalau dekat rumah takpe lagi, kalau dekat luar? Boleh bayangkan tak? Huhu…stress tau.
So, pemilihan baju sangat2lah penting. Lagi better kalau baju tu menyenangkan kerja kita bf anak dekat public.  Bila ibu selesa, in sha Allah anak pun selesa. Dan paling penting, lebih praktikal & mudah.

Hmm…kalau cerita pasal nursing wear ni ada 3 jenis tau. Jenis hidden zip, butang & jenis yang selak. Tiga2 jenis ni saya ada. Kalau tanya mana paling mudah & praktikal, saya suka yang jenis selak. Senang. Anak menangis nak susu, selak & bagi jer. Senang cerita. Anak kenyang, mama pun happy. Takdela stress nak bukak butang baju satu2. Sempat dulu anak menjerit & meraung. Takdela jugak terkial2 nak Tarik hidden zip sambil cover mana yang terdedah dengan tudung. Huhu…..Rasa mana-mana ibu pun pernah rasa situasi ni. Situasi nak direct feeding kan anak dekat luar. Rasa terkial-kias kalau pakai baju yang tak praktikal untuk menyusu. Sudahnya, sama2 akan stress. Hahaha…

Ok..balik pada topik entri ni. Bila banyak sangat situasi2 “tak terduga” boleh jadi time nak susukan anak dekat luar, so baju menyusu dah jadi satu kewajipan dekat saya. Setakat ada baju menyusu saja tak cukup. Tak boleh main rembat je mana2 baju menyusu. Kena ambik kira jugak kriteria lain. Kalau jenis yang ada zip, berapa panjang  bukaan zip tu. Ada setengah baju, panjang zip tak cukup sampai bawah dada tau. Susah jugak nak menyusukan anak sebab bukaan tu pendek.  Kadang design dah cantik, ada hidden zip tapi design bahagian dada kecik. Cutting kecik bawah ketiak, so..tetap rasa tak selesa nak menyusu. Tak selesa nak pangku anak masa dia nak breastfeed. Ni antara pengalaman yang pernah saya lalui bila salah pilih baju untuk menyusu. Tapi ni time awal2 Fayyadh lahir dulu la. Time tu main beli jer. Baru first time jadi ibu kan. Mana nak tahu. Yang style butang pun saya beli jugak dulu. Sudahnya, susah nk susukan Fayyadh. Terkial2 nak bukak butang sambil riba anak. Samala yang jenis zip pun.  Haha…sebab panik tengok anak nangis macam apa lagi. Haha..lawak bila ingatkan balik. 

So..lepas dari tu saya jadi lebih teliti nak pilih baju menyusu. Kalau korang tengok dekat oversea..mostly diorang banyak guna baju2 yang jenis selak je. Senang nak bf baby dekat public. Contoh macam bawah ni..



Ni contoh baju style selak tu. Hihi..nampak senang kan? Tapi as muslim, mestilah kita nak cari baju yang design cover aurat & sesuai dipakai kan.

So, bila dah cakap tentang ciri2 penting dekat atas ni soal pemilihan baju menyusu, saya nak share dengan korang satu butik yang sangat best jual nursing wear untuk muslimah ni.


Butik ni memang femes dikalangan ibu2 yang menyusukan anak. Harga memang berbaloi sangat. Salah satu sebab saya suka baju nursing mumsluv ni baik yang jenis dress, kurung, blouse atau T-shirt, adalah design dia memang khas untuk ibu2 yang breastfeeding. Tak payah nak risau soal cutting, tak payah nak risau soal bukaaan dekat bahagian dada. Memang perfect design. Memang diorang design exclusive untuk bf moms. Yeay!! Selesai masalah nak cari baju menyusu yang perfect! Yang memahami kehendak ibu waktu menyusukan anak.  Tak payah pening2 kepala lagi. Oh ya, baju mumsluv banyak design jenis selak je korang. Memang design feveret saya. Jenis selak & Tarik. Senang sangat! Lepas tu design pun cantik2 & sangat up to date. Kalau dah tak menyusukan anak pun still boleh pakai. Sebab kalau tengok sekali pandang tak nampak lansung macam baju menyusu.  Material yang digunakan pun sangat selesa.  Ni antara design baju2 mumsluv yang saya sangat berkenan. Cantik! Material kain pun best!

1) Nursing Dress/ Jubah

Dress Syaurah 

 
Dress Syifa

2)Nursing  Baju Kurung 


Ainy Modern Nursing Kurung

Ainy Modern Nursing Kurung
3) Nursing Blouse 

Nuha
Myra

4) Nursing T-Shirt

Arissa 


Satu lagi, baju Mumsluv dah ada sekali dengan nursing inner. Apa tu nursing inner? Ha... nak cerita dekat korang, sayapun lepas anak 3 bulan baru saya tau betapa pentingnya nursing inner ni. Before ni pakai inner biasa, so kurang praktikal. Kalu nursing inner dia ada bukaan sikit dekat bahagian dada. Pakai  nursing inner ni  penting untuk cover mana2 bahagian aurat yang terdedah sewaktu kita menyusukan baby. Lebih tepat, dia cover bahagian dada kita dari terdedah.  Baju mumsluv banyak yang design sekali dengan nursing inner.  Mudah kerja. Selak jer..lepas tu Tarik inner sikit untuk susukan anak. Aurat pun In sha Allah terjaga elok sebab memang dah tutup mana yang sepatutnya ditututup. In case nak nursing dekat public  pun mudah. Tambah2 kalau anak jenis tak suka kita pakai nursing cover.  Just cover sikit dengan tudung dah cukup.Huhu…tak risau sangat dah bab aurat tak terjaga.  Bukan setakat boleh pakai keluar, tapi boleh jugak dibawak ke pejabat.
Untuk mom to be yang tercari-cari maternity wear yang best, saya suggest korang cari dekat Mumsluv. Sebab design baju mumsluv ada jugak yang boleh dipakai waktu mengandung. Lagi best bukan setakat time mengandung je boleh pakai, lepas bersalin nanti boleh pakai lagi untuk menyusukan baby. Jimat kan?

Dekat mana nak tengok semua nursing wear  mumsluv ni?


Ok, dekat bawah ni saya kasi link dekat korang untuk add facebook & follow Instagram mereka. Tak lupa jugak website Mumsluv untuk lihat koleksi penuh pakaian yang ada.


Instagram : Mumsluv

Website : Mumsluv

Jangan lupa follow ok. Mumsluv selalu jugak buat sales. 

Sekarang ni dekat website ada sales 50% untuk selected item. 

Dress Marissa
 Dress marissa ni RM 80 je korang. Tengah sales! Hihi..

Dress Medina
Dress Medina ni pun tengah sales dekat website. RM 69.50 je!


Untuk yang sedang cari baju menyusu yang best, cantik, praktikal & menutup  aurat apa lagi, cepat2 pergi tengok dekat Mumsluv. Semua kriteria yang Bf moms semua ada dekat Mumsluv nursing wear. Design pun cantik2 & modern. 



Monday, October 5, 2015

Jaga Badan: Resepi Jus Untuk lansing & sihat.

 Hai Korang!

Sejak balik kampung dekat kedah  2 minggu lepas, dah mula rasa "tersedak + terhantuk" pasal isu kesihatan badan. Rasa macam dah lama je stop kawal2 bab makan. Last before puasa hari tu. Lepas raya sampaila ke raya haji, hmm..memang makan macam apa lagi. Tak ingat dunia. Sudahnya, makin berlemak-lemak badan ni. Penuh dengan lemak2 kasih sayang yang melekat kuat. Hihi..

Balik kampung hari tu tengok ayah pun dah mula control makan. Kiteorang melantak nasi lemak dekat dapur ayah tak makan pun. Pantang sikit katanya sebab nasi lemak banyak kolestrol. Tak elok makan selalu. Huhu... Mak memang dari dulu jaga makan. Semoga mak & ayah sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin...

Yela..bila dah makin berusia, macam2 penyakit mudah nak datang kan. Kencing manis, darah tinggi, obesiti, jantung..macam2 la. Paling takut kalau kena cancer. Sekarang ni, muda2 pun ramai yang kena kanser kan. Tu belum campur kes heart attack lagi.

Ok. Ni antara juice recipe yang kita boleh try buat dekat rumah.















Erk..yang juice hijau2 ni xtaula rasa macam mana. Tapi kalau combine dengan epal & lemon maybe rasa ok sikit kot. Tak pernah try tapi yakin mmg elok untuk kesihatan. Tambah bila blend raw macam tu je & minum.

Jom try!

Thursday, October 1, 2015

Fesyen Tudung Terbaru Masa Kini - Stylish & Cantik



Fesyen tudung sekarang dah sama naik macam fesyen baju. Sentiasa up to date dari hari ke hari. Sentiasa ada jer fesyen2 baru yang tengah “hot” dekat pasaran. Banyak sangat. Kelabu bijik  mata ni tengok! Hihi..Cantik2, stylish dan paling penting, menutup aurat. Kalau korang ingat time dulu2, mostly ramai yang pakai tudung bawal je kan? Paling sempoi, pakai tudung bawal tu ikat bawah dagu je. Haha…tak de nak berpin bagai. Sempoi sungguh. Time ni, fesyen tudung tak divariasi kan pun. Tudung labuh pulak mostly tudung kain licin yang macam tudung sekolah tu. Memang fesyen itu jer yang ada dekat kedai. Tak bawal, tudung sarung macam tudung sekolah tu. Hee….Cuma, saya ingat dulu, bawal ada dua jenis. Satu yang jenis kain cotton, satu lagi yang style licin tu. Tak ingat nama material tapi nak macam chiffon tapi bukan.  Lepas tu barula datang fesyen tudung awning, tudung Syria, dan selendang.

Selendang pun ada banyak jenis. Cotton shawl, wide shawl, glitter shawl, half moon, butterfly shawl dan macam2 lagi. Boleh pilih je nak gayakan yang mana satu. Sekarang ni, apa yang saya nampak, kalau style shawl yang ada sekarang, design dia labuh & lebar. Cukup panjang & lebar untuk kita style kan dalam macam2 gaya. Boleh adjust labuh mana yang kita nak dan menutup dada.  Itu yang saya suka sangat2 dengan trend tudung sekarang. Sebab ramai designer yang makin peka soal aurat. Design tudung banyak yang menutup dada. Dahla semua cantik-cantik. Siapa cakap perempuan berhijab tak boleh bergaya?

So, entri kali ni saya nak share dengan korang fesyen tudung terbaru musim ni. Fesyen tudung ni semuanya tengah hangat dekat ZALORA tau! Tudung yang cukup kriteria yang dikehendaki oleh semua wanita berhijab. Modern design, stylish, cantik & paling penting senang & ringkas untuk digayakan.  Jom kita tengok dekat bawah!





1.       Instant Shawl




Fesyen tudung Paling trending sekarang ni. Mostly ramai yang dah beralih arah ke instant shawl sebab mudah digayakan. Lagi satu, jimat masa untuk bersiap. Tak perlu nak lilit2 dan pakai banyak pin. Boleh adjust labuh ikut keselesaan. Tambah2 untuk para ibu yang sentiasa busy dengan urusan anak2 & kerja, memang senang pakai instant shawl je. Sarung je dah siap! Ringkas tapi still nampak bergaya. Hihi…Oh ya, instant shawl ni pernah jadi  fenomena yang melanda industri fesyen Muslimah negara kita masa mula2 diperkenalkan awal tahun lepas. Sekarang ni tak kira peringkat umur, semua suka pakai instant shawl. Baik yang muda ataupun yang dah berusia. Material pun ada macam-macam jenis, chiffon, crepe, lycra ataupun cotton.  Boleh pakai ikut keselesaan masing2.

2.      Instant shawl ber “Awning”





Ha..yang ni pun tengah “hot” jugak sekarang. Apa yang best, instant shawl jenis awning pinless. Best kan? Tak perlu nak berpin pin atau pakai brooch lagi. Sarung je tadaaa! Dah siap. Tak sampai 5 minit pun.  Lagi best, sebab bahagian muka akan terbentuk elok je sebab ada awning. Boleh pilih samaada suka jenis yang awning keras atau lembut. Tudung ni sangat praktikal. Dahla cantik, senang nak pakai lepas tu jimat masa. Tak perlu pandai skill melilit shawl pun. Beli instant shawl je senang. Sarung je dah siap terletak cantik dekat kepala. Hihi…


3.      Tudung Hood express


Yang ni  fesyen tudung terbaru yang turut menjadi pilihan ramai wanita moden. Sebab apa? Dah tentu sebab tudung ni amat mudah dipakai! Just sarung je dekat kepala dah siap. Nampak modern & stylish. Sesuai sangat untuk digayakan secara kasual atau ke majlis-majlis tertentu.  

Semua cantik-cantik kan? Memang nilah tudung2 yang tengah hot sekarang. Korang boleh terjah Zalora untuk lihat semua koleksi tudung terbaru. Ada macam2 design & warna yang menarik. Harga sangat berpatutan dan korang mesti puas hati.

Kalau tanya saya, sekarang ni saya memang suka style tudung yang cepat & mudah nak digayakan. Tambah2 kalau tengah kejar masa, pagi2 nak pergi kerja. Mana yang paling mudah, yang tula saya akan capai dulu. Hihi..contoh macam tudung instant ni. Senang nak pakai kan? Jimat masa. Lepas tu kalau pergi travel, Berhenti untuk solat. Lepas solat, senang nak pakai balik. Terbentuk elok. Tambah2 bila ada anak kecik ni. Semua nak cepat kan. Hihi..



So, apalagi korang bolehla jenguk website ZALORA untuk dapatkan tudung2 macam dekat atas ni! Banyak sangat pilihan Tau!

Tuesday, September 22, 2015

Jaga Muka cara malas!



Since jadi mak mak ni, memang semua benda nak cepat. Dah takde masa nak “manjakan diri” lama2. Mandi pun terkejar-kejar. Lambat sikit anak dah ketuk2 pintu bilik air.Hahaha.. Mana sempat nak “fefeeling” berspa di rumah bagai. Kadang keluar rumah elok je tudung. Start dukung anak je tudung dah senget benget. Pin yang elok bawah dagu terus senget ke tepi. Tu belum campur anak makan apa2 sedap je dia calit dekat tudung dengan baju mama dia. Memang bertabahla sangat2. Untuk anak, semua kena redha. Kadang takut nak tengok muka sendiri kalau jumpa cermin. Sebab memang boleh kalahkan gaya hantu kak limah! Hahahaha…


Ok, balik pada tajuk entri.Hmmm... Sejak beberapa bulan ni, saya dah takde nak tempek macam2 product muka dekat muka dah. Malas satu hal. Takde masa satu hal. (Alasan sgt!). Kalau boleh memang serba serbi nak cepat. Pagi2 kalut prepare bekal untuk Fayyadh. Lepas bye2 husband & Fayyadh barula turn saya nak bersiap gi kerja. So, memang takde masa nak belek & manjakan muka sangat. So, nak mudahkan kerja tapi still nak jaga muka saya pakai spray Miracle Bio water ni je…






Miracle Bio water bio essence!



Mula2 tahu pasal product ni dari kawan saya. Dia yang suggest pakai spray ni sebab sesuai untuk kulit kering & boleh jugak guna sbg spray badan & rambut. 3 in 1! So, sayapun beli. Harga 2 botol ni RM 30 lebih kot tak silap masa time promo dekat watsons. Satu simpan dekat rumah, satu taruk dalam handbag. Senang bila2 masa boleh spray je. Tapi sekarang dalam handbag saya beli yg botol kecik je, senang nak bawa gi mana2.

Kalau dekat office, time lepas solat tu sempatla spray2 muka & rambut. Rasa fresh jer.


Benefit





Bila guna spray ni, memang saya takde dah nak pakai toner, moisturizer & krim. Pakai yang ni je. Sebab mircle o water ni dah ada 20 manfaat. Sesuaila untuk orang yang malas & selalu terkejar masa macam saya. Lepas pakai benda ni memang kulit muka rasa smooth je, lembab & tak kering dah. hmmm…krim & pelembab dekat rumah tu ada je yang saya tak habis2 pun pakai. Sebab tak consistent nak pakai. Bila ada spray ni Alhamdulillah..tak pernah lupa lagi nak spray muka. Sebab senang kot. Just spray je & siap!  Hihi..


Saya guna sekali dengan pencuci muka miracle bio water. Dua2 saya puas hati. Sebab tu nak review jugak dekat sini.





kalau ada yang nak jaga muka tapi terkejar masa & jenis malas nak tempek macam2 seperi saya, memang saya suggest korang try produk ni. Highly recommended. Boleh try beli botol kecik dulu untuk try. Yg harga RM 5+ tu.Review ni hasil pengalaman saya sendiri selama berbulan2 pakai miracle bio water spray & foamy cleanser. Memang puas hati. Jimat masa tapi still dapat banyak kebaikan untuk kulit.


nota kaki: Saya masih amalkan serum olive oil + madu bila datag mood rajin. Satu lagi cara mudah bersihkan muka dengan air beras. Sambil cuci beras untuk dimasak, airtu guna buat basuh muka.