About Us

Monday, October 10, 2011

Mana Tempat Yang best untuk Bercuti?

Mood stress + busy jer sekarang ni. Rasa macam nak lari jauh2 dari sini dan pergi bercuti. Tapi dekat mana erk  tempat-tempat best dalam negara ni? Dah bertahun jadi anak Malaysia ni tapi banyak lagi tempat-tempat menarik yang tak sempat di jengah. Huhuhu......


Ikutkan hati + Naluri + Jiwa saya ni kalau boleh nak pergi bercuti tempat-tempat peranginan macam island denagn kawasan bukit or gunung. Suka tempat macam tu sebab rasa rileks, aman....tak crowded dengan bermacam jenis orang. Rasa tenang jer jiwa. Actually, dah lama sangat saya tak pergi bercuti tempat-tempat macam tu. Bukan taknak, tapi masa yang tak ada. Malam ni saya try google cari tempat-tempat yang best untuk dikunjung dalam Malaysia. Dan saya teruja dengan tempat-tempat ni...


PULAU REDANG






Bersih jer nampak pantai dia. kalau buat snorkeling dekat sini mesti best sbb laut dia cantik. Ikan pun banyak


PULAU PERHENTIAN




Dah lama saya teringin nak pergi sini tapi belum sampai-sampai jugak. Huhuhu...


FRASER HILL




saya tak pernah pergi lagi tempat ni tapi suka dengan suasana dia. Ada bukit bukau. I like it!!



CAMERON HIGHLAND




Dah pernah pergi cameron tapi rasa macam nak pergi lagi sebab saya suka suasananya..hehehehe.Lagipun bukan jauh sgt dari Shah Alam ni


PULAU SIPADAN




Subhanallah...Pulau Sipadan ni snagat2 cantik! Saya suka sangat. Hope satu hari nanti saya dapat datang ke sini. Aminn..

Semua tempat best-best kan? hehehe....tapi still lagi nak cari mana-mana tempat bercuti dekat Malaysia ni. Kalau korang tahu, jomlah share dengan saya =)

Thursday, September 29, 2011

Mengikut Adat

Soal adat dgn orang tua-tua xboleh dibuat main =(
Walaupun saya rasa niat saya baik,
Tetapi kalau dah parent saya cakap tak boleh tetap tak boleh..
Itu belum masuk cakap "atuk & nenek" saya..
Entah apa pula syarahan yg keluar dari mereka kalau tahu

Ok..
Saya akan mengikut adat,
Selagi selari dengan agama kita saya akan ikut,
kerana saya terdidik dalam kelaurga yang masih mengamalkan adat & adab melayu

ok mak.
Thank's for your longer lecture!
Panas gak telinga saya ni mendengar....
Hehehehe..
Love you so much!

Sunday, September 25, 2011

Lansing Dengan ini?

Pernah tengok benda dekat bawah ni?

Tipulah kalau korang cakap  tak pernah tengok kan....

Saya ingat lagi masa sekolah dulu banyak gila benda ni dalam stor sukan. Cuma memang jenis rotan halus tu..xlah warna warni mcm ni.

Gelung rotan ni memang favourite saya masa sekolah dulu. Siap boleh bertaruh dengan kawan siapa yang boleh "gelek" paling lama lagi.Hehehe.....



Ok, saya cuma nak share yang saya ada terbaca dekat magazine yang senaman gelung rotan ni boleh lansingkan badan. 
Hahaha...Macam best jer kan? saya amatlah excited nak try.  Terus petang tadi saya gi cari benda ni dekat Giant. Mujurlah ada! tapi saiz dia besar sikit lah..tak macam yang dalam gambar ni..


Ok..lepas ni nak try bersenam dengan benda ni pulak. Hope memang betul lah boleh lansing! Hehehehe...

Saturday, September 24, 2011

Boleh memaksa dalam perkahwinan?

Ok, semalam saya dah housemate ada membincangkan pendapat mengenai perkahwinan paksa sewaktu menonton drama Tahajud Cinta di TV3. Isu ini memang sensitif dan saya akui ilmu agama saya belum cukup tinggi.Ada yang berkata tak sah hukumnya perkahwinan paksa. Namun setahu saya, ayah dan datuk memang boleh mengahwinkan anak perempuannya tanpa meminta persetujuan dari anak perempuannya terlebih dahulu. Means, dia boleh memaksa tetapi dengan syarat pasangannya mestilah sekufu. Saya belum lagi merujuk persoalan ini pada mereka yang lebih arif tentang agama, tetapi saya ada juga mencari maklumat ini di internet. Ok, ini yang saya dapat.




Susunan Wali Dalam Perkahwinan


  1. Bapa
  2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas
  3. Saudara seibu sebapa
  4. Saudara sebapa
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
  6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
  7. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
  8. Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
  9. Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
  10. Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
  11. Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.
  12. Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar denganwali ab’adh.
    Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya. WALI MUJBIR
    Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu :
    1. Wali mujbir :iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.
    2. Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.
    3. Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.
    Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
    (Riwayat At-Tarmidzi)
    Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.
9) Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya
  1. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
  2. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
  3. Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
  4. Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.
  5. Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.

Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
  1. Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
  2. Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
  3. Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.



Rujukan :IslamGRID

Tuesday, September 20, 2011

Kena “pekakkan telinga” kalau nak buat kenduri Kahwin Yang Standard“Biasa2”

Assalammualaikum…

Hujung-hujung tahun dah jadi trend untuk orang mengadakan kenduri kahwin. Maklumlah, hujung tahun cuti sekolah kan panjang. So, mudahlah saudara mara dan rakan taulan nak attend majlis kahwin kan. List kawan saya yang berkahwin hujung tahun ni pun dah berderet. Selang sehari atau seminggu jer mesti ada kenduri yang perlu saya hadiri. Hehehehe..Meriah sungguh!



KAD KAHWIN


Ok, berbalik pada topik asal. Last week, saya ada temankan my best friend gi survey kad kahwin & bakul hantaran dia sekitar Shah Alam. Yelah, dia nak kawen awal tahun depan, so dah kena start preparation. Saya yang temankan dia sebab tunang dia duduk jauh. Dari satu kedai ke satu kedai kiteorang pergi tapi kad kawen yang dijual semuanya mahal2. kadang2 tak masuk akal pun ada. Kad yang simple dan nampak biasapun boleh jual 70 sen sekeping. Kalau nak buat untuk 1000 undangan dah 700. Bagi orang yang baru bekerja macam kiteorang ni sangat2lah membazir. RM 700 untuk dibuang dalam tong sampah? ( memang betulpun sbb wedding card mmg akan dibuang sebaik majlis selesai). Bukankah membazir namanya. Lainlah kalau memang berkemampuan dan kad tu cantik sangat2..tak kisahlah kan. Kalau yang harga RM 1.20 tu lagilah..walau cantik sangat2 dengan design yang sweet2 gitu tapi bila nak order untuk 1000 kad, ambik kau RM 1200 kena bayar! Nilai yang sangat mahal untuk golongan sederhana macam kiteorang ni. Dahtu kad tu orang buang macam tu jer..huhuhuhu. Last2 kiteorang survey jer dalam internet sebab ada kawan kiteorang yang baru kawen awal bulan hari tu order dekat internet je. Harga 15 sen sekeping untuk 1000 kad. Murah, simple dan cantik! Kadpun colourful dan kertas keras. So, last choice dia cakap nak order online jer..senang.Kalau dekat kampung saya, orang pakai kad undangan yang jenis fotostat tu jerpun. Yang penting keikhlasan kita nak panggil orang datang kenduri bukan pasal kad cantik atau tak. Kad fotostatpun kalau kita ikhlas mengundang, orang datang jugak. Kalau tak mampu, tak perlu nak berlagak macam mampu.Lantaklah orang cakap kita kedekut ke apake dah setakat itu jer kemampuan dan budget kita. pekakkan jer telinga kalau orang cakap “kad kawen kita ni murah”. Ingat, yang keluarkan duit bukan diaorang tapi kita!

BARANG HANTARAN

Pasal hantaranpun satu hal jugak. Mentality orang sekarang selalu nak benda yang branded2 lah, facial product jenama SKII lah apelah…nak perfume yang mahal2 padahal ramai yang pakai product tu sekali jerpun. Lepas tu dah xbeli dah sebab tak mampu. Tapi zaman sekarang lagi best, xmain la yang biasa2 dan murah2. Kalau boleh nak hantaran Set barang kemas,Laptop, I phone, I pad….kalau dikira semua tu entah berapa ribu dah berhabis hanya untuk hantaran. Belum campur decoration hantaran yang nak guna fresh flowerlah, kristal lah…alahai... Pernah saya baca dekat internet ada sorang tu bercerita, masa hantaran dari pihak suami, dia ada bagi set produk muka Safi. Yang dia geram bila ada beberapa orang mengutuk kata hantaran dia lansung tak ada class. Padahal si pengantin perempuan ni rasa, dari dia minta benda yang dia tak pernah pakai, baik dia minta produk muka yang memang dia pakai. Lantaklah jenama apapun. Dah itu yang dia guna selama ni. Kalau asyik fikir pasal mulut orang yang mengata, sampai bilapun orang takkan berhenti mengata! Yang susahnya kita sebab kena berpenat jerih + berhutang sebab nak nampak semuanya sempurna di mata orang. Jangan layan sangat statement..”alah kawen ni sekali jer seumur hidup. Biarlah nak berhabis sakanpun..”. Kalau yang mampu dan kaya takpe . Masalahnya untuk yang budget ekonomi ni..huhuhuhuhu…

MAKANAN UNTUK TETAMU

            Ayah saya selalu cakap. Apa yang paling penting dalam sesebuah kenduri itu adalah jamuan makanan untuk para tetamu yang datang meraikan hari bahagia kita. Setiap tetamu yang datang akan medoakan kebahagiaan kita yang baru berumahtangga. Ada baiknya kita melayan mereka dengan baik. Jangan sibuk nak berhias itu ini sampaikan makanan untuk tetamupun tak cukup. Hidangan pun sekadar cukup2 makan. (Tapi membazirpun tak boleh juga). Kalau makanan tak cukup, tak bersih  sampai tetamu keracunan makanan, cirit birit…..jangan sampai jadi macam tu.


PERSEDIAAN SELEPAS KAHWIN

            Bagi saya, persediaan lepas kahwin yang lagi penting sebenarnya. Dalam budget kahwin mesti fikirkan pasal hal ni. Dekat mana nak tinggal, kos sewa rumah, duit deposit rumah, kelengkapan rumah dan hal2 lain. Yalah, nak mulakan kehidupan baru berdua pun perlukan duit. Kalau yang tinggal dekat area KL dan lembah Klang ni kos sewa rumah bukan murah. Kos rumah flat style apartment dekat area saya tinggal nipun dah RM600- RM800 sebulan. Yang rumah teres jangan tanyalah sebab selalunya harga mau RM 1000++.Kalau deposit 2 bulan + 1 month sewa dah jadi RM 1800 (kalau kos rumah RM 600). Itu tak masuk lagi dengan barang2 rumah macam TV, Peti ais, dapur, mesin basuh, katil dll. Kalau yang dari bujang tu dah beli oklah. Tapi fikirkan jugak kos sewa lori dan upah orang angkut barang. Hmm..banyak jugak belanja kan? Itu belum campur kos untuk anak bila bakal timang anak nanti. So, budgetlah duit dengan penuh berhemah. Jangan terlalu pedulikan “cakap2 orang” sampaikan kita sendiri yang merana…pengantin baru lain sibuk ber”honeymoon” korang asyik bertengkar suami isteri sebab duit yang tak cukup2. Sampaikan nak makanpun kena ikat perut sebab hutang keliling pinggang!


Wah! Saya bercakap macam orang dah kahwin pulak gayanya.Hehehehehe…. Sekadar berkongsi pendapat dari pengalaman orang sekeliling dan pembacaan saya. Tak ada niat nak mengata pada mana2 pihak. Ini pendapat peribadi. Suka atau tak, itu hak korang =). Apapun, yang bakal berkahwin saya ucapkan “selamat pengantin Baru”. Semoga kehidupan baru korang selepas ini sentiasa dalam limpahan kasih-Nya. Aminn…

Friday, September 16, 2011

Filem Kemerdekaan Yang Buat Saya Menangis. Korangpun mesti tengok!

                Selamat Hari Malaysia semua! I proud to be Malaysian..Alhamdulillah....bersyukur ke Hadrat-Nya kerana kita masih lagi dalam aman dan makmur. masih bebas dari peperangan dan huru hara seperti di negara luar. Alhamdulillah...syukur Ya Allah. Dari kecil-kecil dulu, saya sangat suka menghayati sejarah negara. So, dekat sekolah,. subjek sejarah is my faveret subject. Membaca buku sejarah tak ubah macam membaca sebuah cerita atau novel. Bermacam cerita dan kisah lalu yang ada tercatat di dalamnya. Sebab itu, saya sentiasa pastikan saya akan skor A dalam subjek ini.Hehehehe...

               Tapi, saya tahu, tak semua orang sukakan sejarah. Bak kata kawan saya, boleh mengantuk bila baca dan tengok cerita sejarah. Boring! Huhuhu...itu pendapat masing-masing tapi bagi saya, sebagai rakyat Malaysia yang mengakui menyintai tanah air sendiri, ada baiknya kalau kita mengetahui tentang sejarah negara kita serba sedikit. Jangan jadi rakyat sekadar nama sahaja. Contoh mudah, korang boleh tengok filem-filem berunsur kenegaraan untuk tahu serba sedikit sejarah negara kita. Dekat sini saya bagi 2 tajuk filem hebat yang wajib di tonton. Hope korang yang tak pernah tengok lagi akan tengok filem ni.



1) 1957: Hati Malaya- Super duper best! Sedih dan sayu sangat bila tengok perjuangan rakyat tanah melayu dulu nak merdekakan negara kita. Menitis air mata saya dalam beberapa babak dalam filem ni.



2) Leftenan Adnan- Berbangga dengan tahap keberaniannya mempertahankan negara

Tuesday, September 13, 2011

The Cave of The Golden Rose - Cerita Yang Buat Saya Adik Beradik Menempek Depan Tv

Ingat lagi, time saya sekolah dulu2, cerita ni memang boleh buat saya,adik dan kakak sanggup tidur lambat tiap malam. kemain lagi kami bertiga melangut depan Tv semata-mata nak saksikan cerita yang penuh magis dan adventure ni. Mak pun dah tak larat bising dah suruh tido sebab esok nak gi sekolah. Sampailah sekarang, bila umur saya dah 24 tahun, cerita ni sentiasa melekat di hati saya. TCOTGR memang fantasy film series terbaik buat saya sebab walaupun dah berbelas tahun berlalu, cerita ni masih segar dalam ingtan saya. Minat tu tak pernah hilang.

Untuk peminat2 series ni, jangan lupa ulang tayang cerita ni di TV9 setiap Ahad jam 10 malam yang bermula sejak minggu lepas. Sama2 kita saksikan aksi Fantaghiro, Tarabas dan Romualdo.Seronoknya! Dah lama benar saya tunggu cerita ni diulang tayang!







Wednesday, September 7, 2011

10 Hari Yang Indah




Alhamdulillah….perjalanan pergi dan balik saya ke Kedah semuanya selamat dan lancar. Syukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia ini. Saya mula bekerja semalam tapi baru hari ni nak terhegeh-hegeh nak update blog yang dah mula berhabuk ni.Hehehehe…rindu bangat sama ini blog! 10 hari dekat kampung bermakna 10 hari jugakla saya offline dari aktiviti internet saya. Masa yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk beraya dengan family, sanak saudara dan kawan2. Memang tak terasa pun nak online. Dah lupa semua benda yang saya selalu saya buat bila sorang diri dekat Shah Alam ni.

Sambutan Aidilfitri kali ni meriah sama seperti tahun2 sebelum ni. Disebabkan saya masih memegang status “bujang” dan “Bujang sulung” (sebab akak saya dah kawen), banyakla tugas-tugas rumah yang tergalas di bahu saya. Malam raya pukul 3.30 pagi baru saya masuk tido disebabkan kelam kabut siapkan itu ini untuk raya. Hari raya, lepas saja zohor saya dah tertido sebab kepenatan.Huhuhu…Saya bangunpun bila ada saudara datang berkunjung ke rumah. Apa2pun, saya tetap rasa seronok. Ditambah pula, raya tahun ni adalah kali pertama selepas saya bekerja. Saya pula bagi duit raya dekat orang. Tak macam dulu lagi.Hehehehe…

 Lebih  bermakna bila Aidilfitri tahun ni saya menerima kunjungan pertama si dia ke rumah keluarga saya. Alhamdulillah..penerimaan keluarga sayapun baik. Harap-harap tak ada halangan untuk kami melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan ini selepas ini. Insya-Allah…Doa2kan saya.

Kali pertama memandu seorang dalam tempoh hampir 7 jam memang memenatkan tetapi tak terasa pun dek rasa seronok nak pulang ke kampung. Sehingga hari ini, saya masih lagi dalam “mood beraya”. Saya sedang berusaha fresh kan balik otak yang dah naik tepu ni disebabkan cuti yang panjang. Kena rajinkan diri untuk siapkan kerja yang banyak tertangguh. Deadline pun xlama dah…Tak terkejar pulak rasanya.Huhuhu…

Jom semua kita rajinkan diri !  Saya nak sambung wat keja pulak. Jumpa lagi =)



Friday, August 26, 2011

Balik Kampung..Yehaa!

                 Hari ni hari last bekerja before sambut hari raya. Seronok di hati jangan cakaplah..samapikan officemate tegur gaya saya tak ubah macam kanak-kanak nak sambut raya! hehehe...ye ke? Tak adalah...saya seronok sebab dah lama tak balik kampung. lagi satu, ini kali pertama saya baik kampung drive keta sendiri. Rasa teruja sikit. Risau pun ada...Insya-Allah..semoga semuanya selamat.Aminn...



                 Rumah family saya dekat kawasan kampung. Umah atok dan nenekpun sama. Kampung juga. Kampung saya dekat kedah...penuh denagn sawah padi yang susah nak jumpa dekat shah alam ni. Hehehehe....So, kemeriahan raya tu memang terasa sangat. kalau malam2 dekat kampung memang nampak meriah sebab hampir setiap rumah akan nyalakan pelita dekat kawasan rumah. Cantik! Malam2 saya suka ronda2 sekeliling kampung nak tengok lampu pelita tu.

                 Hari Raya  paling saya suka sebab time nilah nak jumpa sanak saudara, keluarga, kawan2 sebab semua orang akan berkumpul . kalau waktu lain susahlah nak jumpa. dapat pula ramai kawan2 yang dah kawen, mesti akan ikut suami diaorg. tak bolehlah nak konvoi raya beramai-ramai.Hehehe...

                 Buat semua kawan2, selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Hati2 memandu di jalan raya. Waspada selalu. kalau mengantuk tu janganlah nak kerah tenaga memandu juga, Rehat dulu. Semoga semuanya selamat pergi dan pulang =)


Tuesday, August 23, 2011

LAGU RAYA PILIHAN HATI


Kemeriahan raya dah mula dirasai. Sana sini orang asyik pasang lagu raya. Radio pun makin kerap putar lagu raya. Office sayapun dah dihias cantik dengan ketupat, kad raya dan sampul raya. Ops! Tak lupa juga bendera Malaysia sebab tahun ni kita akan sambut raya bersama merdeka! Yehaa!Hehehehe…Agak2 ada tak orang akan pakai baju melayu or baju kurung corak bendera Malaysia raya nanti? Ada kot...Kita tengok saja nanti okey…

            Dalam saya sibuk dengan kerja, saya juga suka dengar lagu raya. Rasa macam dah tak sabar sangat nak balik kampung. Rindu…huhuhu. Tambah2 lagi kalau dengar lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman. Semangat tu dah berkobar-kobar! Rasa macam nak terbang terus jer balik Kedah nu…Hahahaha..Satu lagi lagu raya paling saya suka tentu sekali Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Elina. Lagu tu happening dan best sangat!

My Favourite Song



            Betul cakap orang, walau sebanyak manapun lagu raya baru di radio tetapi tak ramai yang suka dengar. Orang tetap nak dengar lagu raya lama jugak. Kira lagu baru tu macam tak terkesan dihati berbanding lagu raya dulu-dulu. Tak Touching laa.... Huhuhu….Tambah2 kalau dengar lagu raya lama yang dinyanyikan dalam versi baru, memang boleh buat mood raya saya hilang terus. Kedengaran sumbang dan macam serba tak kena !  Bagi saya, kekalkanlah originality lagu tu dan xperlu ditokok tambah sebab hasilnya memang amat menghampakan =(

            Itu cuma pandangan saya. Lain orang lain pendapat kan? Hehehe..so, apa lagu raya kegemaran korang pulak?

Monday, August 22, 2011

Mood RAYA dah bertukar jadi Mood BUSY

Last week saya dah berangan-anagn minggu ni saya boleh rileks sikit sebab tak ada kerja urgent yang perlu disiapkan. Mood saya time tu memang nak balik kampung jer,nak raya. Rasa macam badan jer dekat selangor ni tapi hati dan perasaan semua dah di eksport ke kampung..hehehehe.

Tapi itu cuma angan-angan saya sajer sebab realitinya mestilah TIDAK kan? Ingat company sesuka hati bayar gaji saya untuk bersenang senang dan bermalas malasan ke? Hehehehe.... Pagi tadi masuk kerja dah bersusun drawing architect diletakkan atas meja saya, tunggu masa untuk saya design. Time tu, terus mood RAYA saya hilang. Banyaknya keja yang nak di settlekan before balik kampung ni...Huhuhu.... Aiseh..ingat ke boleh bersenang lenang tetapi terpaksa bersusah payah pulak..huhuhuhu. Nak buat macam mana, dah namapun keja, kenalah siapkan. Lainlah kalau saya ni BOS boleh main arah orang jer tolong siapkan. Itu lagi best!

 So, minggu ni saya betul2 busy =(
 Nak menulis novelpun dah tak cukup  masa.
Sedih..huhuhuhu...=(

Sunday, August 7, 2011

Cara Saya Atasi Masalah Jerawat


Cakap pasal jerawat, mostly semua orang tak suka kan? Saya pun! Tambah2 kalau jenis yang besar gedabak, dapat pula naik dekat hidung, mak ai, sakitnya tuhan saja yang tahu. Ssatu lagi, jerawat ni kalau dah surut tu, suka pulak tinggalkan parut. Lagilah bertambah tambah tak suka..huhuhuhu.

kawan-kawan saya selalu cakap saya beruntung sebab tak ada jerawat dekat muka. Hahahahaha....memang saya nak tergelak bila ada orang cakap macam tu. TIPU lah kalau saya cakap saya TAK PERNAH naik jerawat! Sampai sekarangpun still naik jerawat lagi tau. Cuma tak teruk macam dulu. Ada waktu tertentu jer..

Ni muka saya tengah berjerawat pada awal atahun 2008. tapi ni kira dah ok sikit dari time 2006 sebab masa tu lagi banyak jerawat.

Bercakap pasal jerawat ni, dulu saya pernah alami masalh jerawat + parut jerawat yang agak serius. Walaupun bukan kategori jerawat batu yang bernanah tu, tapi jerawat tetap penuh dekat muka especially dkt bahagian pipi, hidung & dahi. Menyampah pun ada sebab jerawat tak reti nak surut2. makin bertambah tambah.

Pipi saya penuh dengan parut jerawat time tu (2008)


Tahun 2009- Jerawat dah sikit yang tinggal. Bekas2 jer..


2010- Jerawat & parut dah hilang..

Semua gambar diatas adalah without make-up (bedak sahaja) & adopt photoshop edit tau.
Nak tahu apa saya buat nak surutkan buang semua jerawat tu?
Meh saya nak story sikit...

# Tukar Pencuci Muka Baru

Ni langkah pertama saya buat sebab saya fikir mungkin my face wash tu tak ok dengan saya. Adik lelaki saya dulu ada jerawat batu banyak dekat muka dia. saya tengok dia guna pencuci muka OXY + bedak sejuk untuk hilangkan jerawat dia dan memang sangat2 berkesan. So, sayapun apalagi, tiru style dialah.Pakai OXY nye facial care. Tapi bedak sejuk tu saya jarang2 pakai. Saya pakai face wash, toner & moisturizer OXY. Mula2 pakai memang tak nampak perubahan sangat, cuma saya rasa muka saya dah kurang berminyak sikit dari dulu. Tapi, saya continue jer pakai sampai nampak kesan dia. Saya pakai OXY ni lama jugak. Adalah dalam tiga tahun. dan saya memang puas hati denagn produk ni. For me, kalau nak pakai sesuatu produk tu, jangan harapkan kesan yang cepat. Slowly..take time jugak. Yang penting sabar. kalau asyik tukar2 pencuci muka, takut muka akan jadi lebih teruk. Sekarang saya guna Olay pulak sebab muka dah tak ada jerawat mcm dulu.

OXY face product


# Pakai ubat jerawat

saya try guna OXY nye ubat jerawat tapi tak jadi apa2 pun. Jerawat tak surut2. maybe tak sesuai dengn saya. Saya gi farmasi & ada akak dkt farmasi tu suggest saya pakai ROJER (ramuan Obat jerawat). Ubat ni indon nye mari. tak silap bawah puteri binari kot. For me, ROJER ni sangat2 berkesan dekat kulit saya, sebab dia bukan saja kecutkan jerawat yang baru naik tu, tapi buang parut jugak. Saya apply dekat tempat jerawat tu sampailah dia surut dan hilang parut. Tapi saya pakai krim jer. Pil dia saya tak ambik. Dekat kedai jamu or Mydin ada jual krim ni. 


# Ambil Supplement 

Dulu, saya ada amalkan makan jamu untuk kesihatan dan kecantikan tubuh. Saya pakai yang Mustika Ratu nyer brand. Pil perawatan remaja Putri. Vitamin C pun saya ambil jugak sebagai supplement tambahan. Kesannnya memang nampaklah especially dari segi kesegaran tubuh dan jerawat tu. Jerawatpun dah tak suka nak naik banyak2 dah. Tapi, sekarang saya suka ambil natural sources jer,. means..saya banyakkan makan sayuran dan buah2 setiap hari. Semua orang tahu, buah sangat kaya dengan vitamin c dan antioksida yang baik untuk kulit. So, saya pastikan saya akan buah setipa hari.tak kiralah apa jenis buah pun. 



# Banyakkan Minum Air Putih

Biasakan minum air putih banyak setiap hari. Sebab air bukan saja baik untuk kesihatan badan, melancarkan sistem perkumuhan tubuh tapi melembabkan kulit secara semulajadi. So, pastikan korang minum banyak air putih ya!Bukan air manis!

# Cara Penjagaan Kulit Style Saya

 ni tips dari saya untuk elak jerawat bermesra mesraan dengan kulit kita..

* Jangan share alat2 make-up or bedak korang dengan sesiapa termasuklah adik beradik sekalipun. Ini penting sebab lain orang lain jenis kulit. Kalau terdesakpun, gunakan berus or span yang lain.
 
* Jangan tidur selagi tak cuci muka dari make-up dan sebagainya hingga bersih. Ini penting.

* Bila melakukan aktiviti luar macam bersukan or hiking or picnic & so on..jangan pakai make-up. kalau saya, bedakpun saya tak pakai. saya Just pakai sunblock atau moisturizer yang ada spf sahaja. Ni penting untuk elak jadinya jangkitan kuman dekat kulit disebabkan percampuran peluh dan alat kosmetik. takut nanti jerawat lagi suka hati nak naik.

* kurangkan makanan berminyak macam kacang. Boleh makan tapi dalam kuantiti yang sedikit sebab nanti kulit korang akan jadi lebih oily.

* jangan pakai krim muka yang boleh buat kulit korang bertambah tambah berminyak. Kulit berminyak akan galakkan lagi pertumbuhan jerawat.

* bersabar untuk tunggu kesan apa2 barang yang korang guna. kalau kesan teruk, stop guna tapi kalau tak ada perubahan, bersabarlah sikit. Biar dia beri kesan secara perlahan2. sabar dan lihat sendiri hasilnya. kalau betul2 xok, baru lah tukar. tapi kalau yang kronik sangt jerawat tu, better jumpa Dr terus. lagi baik..



Ok...itu je tips dari saya berdasarkan pengalaman dan cara saya sendiri. Sorry kalau ada apa2 maklumat yang korang rasa tak setuju. Lain orang, lain cara. Sekadar berkongsi apa yang saya buat untuk cegah jerawat.
Selamat mencuba !
babai =)

Friday, August 5, 2011

JIKA DISANA ADA TEMPAT UNTUKKU…

Letih..
Penat…
Semuanya terasa serba kekurangan,
Banyak terlihat cacat dan cela..
Entah bagaimana untuk aku perbetulkan semuanya kembali
Kudrat bagaikan tiada daya lagi

Kosong..
Semuanya kelihatan tak berwarna..
aku tak nampak apa-apa jalan kesana
Otak tak mampu dikerah lagi
Ingin kuhenti langkah ini,
Kerana hasilnya bukan seperti yang diingini,


Ya Allah..
Jika Disana ada tempat untukku,
Jika disana, ada rezeki buatku
Kau kuatkanlah semangatku ini,
Kau kentalkan hatiku ini.
Agar aku mampu melangkah tanpa henti,

Ya Allah..
Jika kesana jalanku penuh liku,
Jika kesana lorongnya kelam dan kelabu,
Kau berikanlah aku petunjukMu,
Semoga aku kutemu jalan yang kucari,

Ya Allah,
Jika untuk kesana aku harus menangis,
Jika kesana, Aku harus berdepan dengan  sakit dan perit,
Kau tabahkanlah hatiku ini,
Kau kuatkanlah perisai jiwaku ini,
Kau berikan aku kesabaran yang tiada peri,
Agar perjalananku ini menemui titik noktahnya…..

Ya Allah,
Jika Disana Ada tempat Untukku,
Kau permudahkanlah segalanya….
Hanya padaMu sahaja tempat aku  meminta..
Amin Ya Rabbal Alamin….



Wednesday, August 3, 2011

Rindukan Ramadhan Bersama Tersayang

Masuk hari ini sudah tiga hari umat Islam berpuasa. Syukur Alhamdulillah kerana saya masih diberi kesempatan untuk saya merasai nikmat bulan ramadahan ini. Tahun ini masuk tahun ke-4 saya berpuasa di negeri orang. Jauh dari kampung halaman dan keluarga tersayang. mereka di sana dan saya sorang2 disini. Sape yang penah rasa mmg paham perasaan saya ni.Huhuhu..sedih tau. Dahlah selalu jugak kena bukak posa sorang2 dekat umah bila housemate asyik hilang memanjang. Saya cuma bertemankan TV jer..sangat sedih dan sadis.Huhuhu..

Saya rindukan masakan mak saya yang sedap tu!
Saya rindu nak bersahur dan berbuka puasa dengan family
Saya rindu nak gi pasar ramadahn dengan adik saya yag comel tu
Saya rindu nak gi solat terawih dengan mereka semua!
Saya rindu nak berbuka dengan wan, tok dan sedara saya dikampung!
Ya Alllah..saya sangat2 rindukan mereka!
Sob sob sob..huhuhuhuhu



Dulu, masa time saya belajar dekat sekolah Teknik Arau & UiTM Arau hampir tiap tiap hari mak dengan ayah saya datang melawat saya time bulan puasa. Mak bawa macam2 makanan dekat saya.Ikan bakarlah, asam pedas lah, kuih itu ini (mak saya sangat rajin buat kuih tau!).Time tu walaupun saya duduk hostel & jarang dapt buka posa dengan family tapi saya seronok sebab selalu leh makan masakan mak.Leh jumpa diaorang hari2. Kadang2 kesian jugak sebab mak ayah saya berbuka posa atas kereta sebab nak hantar makanan dekat saya. Terharu sangat2 tau....kesian mak saya, dahlah balik keja penat2, masak lepas tu hantar bekal dekat saya lagi. Saya tak bagi tapi mak nak hantar juga.Huhuhu...sedihnya bila ingatkan semua tu...

Sekarang bila duduk jauh macam ni, jangan haraplah ada orang nak hantar makanan dekat saya macam dulu2. Berbukalah sorang mengadap masakan sendiri! Jangan mimpi ada orang nak kejutkan saya bangun sahur dan siapkan makanan untuk saya lagi.Bangunlah sendiri..Huhuhuhu.Sedihnya...Saya rindu sangat saat saat macam dulu.

kalau diizinkan Allah, raya nanti mungkin saya akan sempat bersahur & berbuka beberapa hari saja dengan family dekat kampung. Walaupu sekejap, at least saya dapat juga merasa suasana macam tu. Seronoknya..Allah saja yang tahu. Walau jarak memisahkan kita, Saya sentiasa ingatkan mereka...Love them so much!

Tuesday, August 2, 2011

RAMAI PEREMPUAN TAKUT TUA?

Walaupun saya bukanlah dalam kategori “awet muda” dan “kekadang” nampak tua dari usia sebenar , saya tak berapa nak kisah sangat. Dulu memang terasa jugak bila sana sini pergi orang asyik panggil saya “kakak” sedangkan orang tu sama umur atau tua lagi dari saya! Hahahaaha…boleh buat saya terconfuse kejap. Saya yang tua atau dia yang perasan muda?

Dalam soal umur bagi saya perempuan lebih berahsia dari lelaki. Makin bertambah umur, makin berahsialah tentang usia sebenar. Sesetengah orang cakap, “umur” ni perkara yang sensitif. Tak boleh ditanya sebab ada sesetengah perempuan memang tak suka. Boleh bikin mereka naik angin! Hehehehe…Lebih lebih lagi dalam usia yang “matang” begitu belum bertemu jodoh, lagi lagilah perempuan akan berahsia tentang umur. Tapi kalau muka nampak muda, babyface dan comel mesti laju je jawab bila orang tanya umur berapa. Ada pulak siap suruh orang berteka teki lagi! Mestilah banggakan dalam usia “matang” macam tu still nampak cam budak2..bergetah, comel….Dapat pulak orang asyik memuji lagi bertambah seronoklah jawabnya.Yang dah nampak tua pula sedaya upaya taknak cakap usia sebenar sebab nanti orang akan mengata. nanti makin bertambah sedihlah jawabnya.



Bagi saya proses penuaan itukan normal. Tak perlu nak berasa takut. Tak guna juga kalau muka saja yang nampak muda tapi tahap kesihatan badan dah macam orang tua tua. Hehehehe..yang penting, badan yang sihat dan jauh dari bermacam jenis penyakit. Maklumlah, makin meningkat umur kita ni, makin tinggilah risiko untuk dapat penyakit. Kesihatan lebih penting dari kecantikan. Daripada sibuk nak berbotox, pakai susuk, suntik sana sini, habiskan duit puluhan ribu wat rawatan itu ini, lebih baik fikirkan cara yang terbaik untuk dapat badan yang sihat. Sayapun sama, walaupun belum ada penyakit kronik, tapi berat badan yang makin bertambah ni, nak jugak slim semula. Huhuhuhu..

                Memang semua orang nak muda, tetapi cara tu kenalah betul. Asas penjagaan kecantikan tu yang penting. Kalau kita yakin dengan diri sendiri, kita takkan rasa malu walaupun usia dah meningkat. Minda pun kena sentiasa positive..


Saya walaupun tak nampak muda & cantik, tetapi kecantikan kulit tu tetap kena jaga. Dah namapun perempuan kan.Hehehehehe….saya Cuma lakukan perkara asas je untuk jaga kulit wajah. Mencuci, menyegar dan melembab. Dulu time kulit saya bermasalah, saya ada juga makan jamu dan vitamin C dan E. Time tu masa jerawat penuh dekat muka. Tapi sekarang bila semua dah Ok, saya stop ambil. Satu lagi, saya pastikan saya akan makan buah dan sayuran setiap hari. Saya tak guna produk mahal2 untuk kulit. yang biasa je. Yang terbaik tak semestinya mahalkan? Yang penting sesuai dengan kulit kita.
           

Monday, August 1, 2011

Persiapan Ramadahan @ Syawal?

Dari semalam semua orang asyik bercerita pasal orang ramai di merata tempat. Pergi Pasaraya orang penuh, pergi shopping complex paring penuh, pergi pasar atau bazaar jangan cakaplah….penuh orang berasak asak. Kira hujung minggu lepas adalah minggu paling sesak dengan orang ramai di merata tempat. Sampaikan nak beli barang dekat kedai runcitpun kena beratur panjang!

Ayam, ikan, beras, minyak banyak yang dah out of stock. Laku sangat laku….kurma pun laku bangat sampai habis stock. Housemate saya sampai merungut, dia cakap orang beli barang macam esok nak darurat dah gayanya. Tak tahulah stock untuk bulan ramadhan ke, untuk raya. Jawapan saya, 2 in 1 lah tu. Untuk ramadhan dan untuk raya sekali. Senang  kan?



Sayapun bukan jenis yang last minute nak cari semua benda. Bila dah ada budget, terus je beli sebab taknak nanti last minute, budget pun lari. Hujung minggu lepas barulah saya kelam kabut nak cari baju raya dan beli langsir untuk rumah dekat kampung. Kuih raya je yang saya tak cari lagi. Ingat dalam bulan puasa ni baru nak cari. Barang makan xpe lambat sikit. Saya cuma beli barang basah dan barang dapur untuk puasa ni sebab sepanjang Ramadahan ni saya akan memasak.  So, stock makanan memang kena sentiasa ada.

Bagi saya, apa yang penting untuk Ramadhan ni adalah persiapan diri dari segi akhlak dan ibadah. Persiapan Fizikal pun penting sebab nak sentiasa bertenaga buat kerja dekat office. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi juga perbuatan. Perbanyakkan amalan dan hindari perkara yang dilarang. Bulan ini bulan kita mengejar pahala. Semoga Ramadahan kali ini membawa seribu keberkatan buat semua. Insya-Allah…

Friday, July 22, 2011

Bila Saya nak Kahwin?



Soalan ini dah jadi soalan yang dah sebati denagn saya since about 8 months saya habis belajar. Jawapan
saya mudah saja, "Bila dah sampai jodoh, saya akan kahwin....".Kalau bukan setiap haripun pasti setiap minggu soalan yang sama saya dengar....sana sini orang bertanya, kadang-kadang rasa rimas jugak.Hehehehehe...itu belum campur sanak saudara dekat kampung yang bertanya bila saya nak menamatkan zaman bujang. Paling kerap nenek saya, maklumlah orang tua-tua, dia bukan suka tengok cucunya berkawan dengan lelaki lama-lama tanpa ikatan yang sah. Betul tu..kalau kahwin lagi baik sebab hubunganpun halal. Huhuhuhu...

Usia saya baru 24 tahun, saya rasa saya bukan sampai tahap "terdesak" lagi untuk punya suami.Niat tu memang ada tapi bila akan berlansung, saya tak tahu. kalau ada rezeki, cepatlah.kalau tak, terpaksalah saya terus menunggu. Bagi saya, soal jodoh ini sudah ditetapkan Allah SWT. Cepat atau lambat, kalau sudah tiba masanya, saya akan berkahwin juga. Insya-Allah.....Saya taknak menjadikan kesibukan atau sedang mengumpul duit sebagai alasan untuk tidak mahu kahwin. Bukan pasal tu, tapi belum sampai masanya. teman teman rapat sayapun ramai dah berkahwin takkanlah saya tak punya keinginan yang sama untuk ada keluarga sendiri.  Ada....Insya-Allah kalau umur saya panjang, akan tiba juga saat itu. Aminn...

Monday, July 11, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 32 (Part 1)





Maaf terpaksa remove n3 untuk bab ini kerana memberi laluan kepada proses penyiapan manuskrip untuk novel ini. Thank's pada semua yang menyokong saya selama ini =)

Sunday, July 3, 2011

Mula Terasa Kurangnya Keakraban Dalam Berkawan

Saya melalui kehidupan yang normal macam orang lain, zaman kanak kanak yang hanya tahu berseronok, zaman persekolahan yang penuh dengan kisah pahit, manis dan lucu dan zaman universiti yang mengenalkan saya dengan bermacam benda baru. Dari seorang yang serba tak tahu, saya menjadi sesorang yang kadang2 terlebih tahu! Hehehehe...Sekarang memasuki alam pekerjaan.terlalu awal untuk membuat penilaian tetapi bagi saya semuanya nampak baru dimata saya. kehidupan sosial saya tidak lagi seperti waktu belajar dulu. Pergi kerja sewaktu matahari baru nak naik, balik kerja pula time waktu dah hampir senja. Sampai rumah, makan, rehat dan tidur.Normal process setiap hari. Hujung minggupun saya tak banyak sangat nak keluar kesana sini. banyak duduk berehat di rumah ataupun ke rumah maksu saya. Kawan-kawanpun dah ramai bekerja di merata tempat. Boyfriend sayapun sama. Tak ada disini sebab bekerja di Pulau Pinang. So, saya masih lagi bersendiri dalam menguruskan semua hal.



Masa time belajar memang saya tak rasa lansung hidup saya ni "kosong" sebab saya selalu ditemani kawan-kawan kemana mana saja saya pergi dan buat. Tetapi bila dah bekerja, hubungan "berkawan" tu hanya terbatas diwaktu kerja pula. Lagipun bila bekerja, kita lebih banyak bertemu dengan golongan yang sudah bekeluarga, so tentu sekali hubungan "berkawan" itu ada batasnya.

Bila kawan kawan rapat saya sudah bertunang dan berkahwin, jurang "persahabatan" itu makin dalam pula saya rasakan. Saya tumpang bahagia dengan kehidupan baru mereka tetapi dalam masa yang sama saya tetap terasa sedih kerana "persahabatan" yang bertahun tahun terjalin tidak mungkin lagi seakrab dulu. mereka tidak mungkin dapat keluar berjalan jalan, makan, tengok wayang, shopping dengan saya seperti dulu. mereka juga tak mungkin dapat menemani saya selalu. Semua sudah ada tanggungjawab sendiri dan bagi saya, process ini adalah normal bila seorang perempuan sudah berumahtangga.



Seperti kata emak saya "Kawan akan pergi dan datang dalam hidup kita" lebih lebih lagi bila dah bekerja. Bila kerja ditempat lain, lainlah pulak kawannya. Bukan bermaksud kita lupa kawan tapi masa dan keadaan tak membolehkan kita sentiasa akrab dalam persahabatan. Sebab itu saya rasakan zaman sekolah dan Universiti adalah zaman yang paling sesuai untuk berseronok dalam berkawan. Nikmatnya bersahabat, hanya waktu itu saja yang terasa. Lagi satu, mungkin ketika diri masih bujang dan tak terikat dengan apa-apa komitmen. Waktu inilah yang paling sesuai untuk "enjoy" dengan kawan-kawan. Selagi saya masih sendiri, Insya-Allah saya akan mencuba untuk tidak sia siakan persahabatan yang ada. Dan jika diizinkan Allah, saya mahu kekal bersahabat walaupun dibataskan oleh jarak, masa dan tanggungjawab.