Rasa tahun 2016 ni topik paling hangat dekat media social
atau dekat mana2 adalah tentang taraf hidup yang makin tinggi & cara
berbelanja. Dari kes pelaksanaan Gst, kenaikan harga barang, petrol, tol &
public transport memang isu besar la untuk kita rakyat Malaysia. Tambah2 yang
golongan berpendapatan sederhana & rendah ni. Memang terasa la…hari2 duit
keluar macam air kan. Huhu..
Financial planning sangat2 la penting. Saya takdela pandai bab
financial ni. Awal2 kerja dulu pun terjebak dengan sikap boros jugak. Yelah..baru
belajar pegang duit sendiri, dapat je sibuk nak beli itu ini. Menyimpan pun
kejap2 korek balik tabung. Hahaha…Ilmu tentang cara berbelanja dengan menyimpan
sangatlah sikit. Sampaila lepas decide nak bertunang & kahwin barula sibuk
fikir macam mana nak kumpul duit nak kawen. Baru tahu nak berjimat &
belanja dengan berhemah. Memang disiplin sangat2 time tu sebab bergantung
sepenuhnya pada duit gaji. Mana yang tak penting semua saya cut cost. Huhu…..apapun
tetap bersyukur sebab akhirnya dapat jugak kahwin dengan duit hasil simpanan
sendiri tanpa perlu berhutang. Alhamdulillah…
Lepas kahwin saya mula beli buku2 pasal financial. Banyak
bincang dengan husband pasal family financial planning & so on. Sikit2 demi
sikit saya improve cara saya berbelanja & buat saving. Mula2 rasa macam
susah jugakla tapi saya decide untuk ikut cara saya sendiri. Cara paling selesa
& ikut kemampuan saya. Bila selalu buat dengan disiplin, Alhamdulillah sampai
sekarang saya masih lagi praktikkan cara yang sama. Rasa hidup lebih teratur
bila ada financial planning ni. Memang it Woks for me la.
Sebenarnya, tak kisahpun kita nak saving ikut kaedah mana,
yang penting disiplin. If semangat nak menyimpan je ada, tapi disiplin takde
memang hancur la…..tak kisah pun berapa banyak kita boleh simpan dalam sebulan asalkan kita
disipilin. If takde disiplin, simpan berapa banyak amount pun last kita akan
korek balik jugak saving tu bila nafsu berbelanja tu datang kan? Apa2 ikut
kemampuan sendiri dalam berbelanja & menyimpan. Sebab masing2 pendapatan, commitment
& cara hidup tak sama kan. Tak boleh nak samakan kemampuan kita dengan
orang lain.
Saya tahu zaman sekarang semua tekankan tentang saving,
saving, saving. Betul. Saving tu penting. Tapi dalam masa sama tak salah pun kalau kita
nak reward diri sendiri lepas penat berhempas pulas bekerja. Bekerja untuk tampung
hidup dan dalam masa sama kita tetap nak jugak rasa “senang” even dalam ruang
yang agak “terhad”. Teringin nak beli
itu ini kan. Kadang2 Bila kita hidup terlalu sayangkan duit, whatever semua nak
cut cost, sibuk kumpul harta dunia, terlalu
berkira dengan diri sendiri & family akan buat kita jadi “kedekut”. Beza
tau antara “saving” dengan “kedekut”. Camne ye nak describe bagi orang faham? Ke
korang faham maksud saya. Hihihi…memang kita patut tekankan hidup “berjimat” dalam
hidup. Tapi kalau extreme sangat berjimat, perkataan ‘berjimat” tu akan tukar
kepada “kedekut”dan “berkira”. Kita rasa
berkira nak keluar duit apa2 untuk berbelanja sedangkan kita sebenarnya dah
dalam range lebih dari mampu untuk beli benda tu. Kalau tak mampu tu lain kira. Sayang rasanya
kalau kita tak nikmati apa kita ada, dan merasa nikmat hidup. Untuk “menikmati”
banyak yang tak perlukan kos besar pun. Tapi bukanla sampai “0” kos.
Hihi..Macam mak saya cakap, Kumpul banyak harta dunia pun kita tak tahu hidup
kita lama mana. Takut kita just kumpul jer tapi tak sempat nak merasa. Cukuplah
kalau kita kumpul harta cukup untuk diri kita & family. Cukup untuk “senang
& selesakan” kehidupan kita. Tapi
dalam masa sama kita masih dapat nikmati keselesaan hidup masa sekarang dengan
orang yang kita sayang. Sebolehnya taknakla jadi hamba duit. Kerja siang malam
banting tulang tapi takde apa yang kita bagi untuk diri sendiri. Hanya penat
semata. Kebahagiaan hidup tak semua datang dari duit & kelansungan hidup
memang perlukan duit. 2 benda berbeza tapi tetap perlu di ambil berat.
Kalau kita teringin nak beli apa-apa tak salah pun nak beli
sebagai reward pada diri sendiri. Manusia ni ada keinginan & kehendak. Benda
tu memang normal. Cuma, kalau benda kita
teringin nak beli tu harga mahal, kenala
simpan sikit demi sikit untuk beli kan. Yang salahnya kalau kita berbelanja nak
beli apa kita nak ikut nafsu & berlebihan Lepas tu berhutang sampai kita
sendiri yang susah & tak mampu nak bayar. Last, semua benda jadi tak cukup
dan kewangan asyik sesak je sebelum hujung bulan. Itu yang salah sebenarnya.
Sebab berbelanja di luar kemampuan.
Saya memang bab reward diri sendiri tak pernah berkira baik untuk shopping, makan ataupun travel tapi tetap kena dalam range budget la. Memang gila la kalau main beli tak ikut budget. Mau menangis tengok duit yang tetiba kering kontang macam tu jer…huhu..
Samala husband pun. Dia selalu cakap…”dah penat kerja, kenala
reward diri sendiri dengan buat atau beli apa kita suka”. Sayangla kalau kita
yang kerja penat2 tapi takde apa pun
kita bagi pada diri kita untuk merasa. Semuanya untuk benda lain….paling sadis
kalau kita sendiri tak tahu mana pergi semua duit tu. Sobs..
Tapi, kiteorang pun bukanla senang mana. If nak beli apa2,
nak pergi travel ke apa tetap jugak kena menyimpan. Simpanan untuk “suka ria”.Untuk
travel or beli apa yang diidamkan. Takde maknanya la nak beli apa main beli jer….sebab
belum cukup kaya nak buat macam tu. Saya nak bebrbelanja pun tengok2 jugak. If
quality sama tapi ada tempat yang dapat lagi murah, saya akan pilih beli dekat
tempat murah. Sama jugak dengan beli time sales. Untuk travel, If budget belum cukup, lepas tu susah nak
cuti, tapi teringin nak berjalan, kiteorang jalan dekat2 jer macam pergi taman
tasik ke, pergi taman botani kayuh basikal sama2, or apa2 aktiviti yang tak
perlukan duit sangat janji quality time
dengan family tu ada. Lepas tu dapat release tension lepas mengadap kerja
sepanjang weekdays. Tak semua perkara nak reward diri sendiri
perlukan duit yang banyak. Kita still boleh berseronok dengan budget yang
limited. Hihi..
Apapun bila dapat gaji, simpanan tu wajib didahulukan.
Hadiah dekat diri untuk masa2 tua & susah kelak. Kita tak tahu hari depan
macam mana kan. Apa ujian yang akan datang. Entah kot tetiba hilang kerja ke apa.
Sebab tu saving tu wajib. Lepas tu
barula settlekan semua komitment bulanan. Bayar itu ni. Yang lebih baru guna untuk beli
benda yang teringin nak beli, nak makanla or apa2 yang teringin tu.
Saya memang setiap bulan ada peruntukkan sedikit duit untuk
shopping. Tapi sayapun bukanla jenis yang shopping setiap bulan. Kadang 3 bulan
sekali baru nak shopping benda2 “kehendak” ni. So kalau bulan tu saya tak guna
untuk shopping, saya simpan jela duit tu. Sebab kalau tetiba nanti nak beli
apa2, senang saya beli jer . Untuk travel pun sama, saya dengan husband memang
ada tabung travel sendiri. Bila mood bercuti dah “on”, tabung pun dah cukup
untuk bercuti, boleh ambik leave, terus
pergi jer tanpa fikir soal gaji dah masuk ke belum. Sebab sebolehnya taknak
reward apa2 untuk diri sendiri bergantung pada bila duit gaji masuk. Kiteorang dah
biasa setiap bulan ada jer saving sikit2 untuk benda2 “reward diri sendiri” ni .
Tak kisah nak guna ke tak duit untuk “reward diri sendiri” tu bulantu, simpan
je. Samala dengan duit emergency dan lain2. Simpan jer tiap kali dapat gaji even
bulan tu guna ke tak duit. Rasa cara ni
menyenangkan kiteorang dalam berbelanja.
Tak tahu macam mana cabaran untuk Tahun 2016 kelak. Rasa
mungkin lebih mencabar kalau keadaan ekonomi masih tak berapa nak stabil. Hope tahun 2016 ni ekonomi negara kita lebih baik. In sha Allah..
Banyak jugak la financial planning kiteorang untuk next year sebab banyak benda nak kena buat & settle kan. Banyak nak guna duit baik untuk Bneda2 "keperluan ataupun kehendak". Tapi semestinya apa2 pun keperluan tu dah jadi keutamaaan dulu. Lepas tu baru kehendak. In sha Allah mintak2 dapat lalui dengan baik & dapat tingkatkan lagi saving. Sebab as manusia, kita just mampu merancang je, selebihnya tawakal pada Allah. Sebab hanya Allah sebaik-baik perancang. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Amin…
Banyak jugak la financial planning kiteorang untuk next year sebab banyak benda nak kena buat & settle kan. Banyak nak guna duit baik untuk Bneda2 "keperluan ataupun kehendak". Tapi semestinya apa2 pun keperluan tu dah jadi keutamaaan dulu. Lepas tu baru kehendak. In sha Allah mintak2 dapat lalui dengan baik & dapat tingkatkan lagi saving. Sebab as manusia, kita just mampu merancang je, selebihnya tawakal pada Allah. Sebab hanya Allah sebaik-baik perancang. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Amin…
p/S: Dah mula prepare financial planning book untuk next year. Hope
semuanya dipermudahkan..
baguslah siap beli buku financial planning lagi.. ce share tips menabung awak.. macam mana awak buat and it works for u rite?
ReplyDeleteya.saving tu penting.sikit2 lama3 jd bukit.dah plan jugak utk financial next year.
ReplyDeleteimah..
ReplyDeletesama la.. agak risau dengan financial dan ekonomi malaysia sekarang.
nasib baik ada saving sikit2 dalam asb.
tambahan pulak, kami dua - dua orang keje swasta takde pencen, so kena la saving dan plan untuk masa depan.
mungkin kami nak kena ada lebih dari 1 aset macam rumah atau tanah.
kalau tua, mungkin ada duit sewaan mahupun boleh cucuk tanam kat tanah.
Namun, rewardkan diri tak dilupakan.
Walaupun takleh bercuti ke luar negara, tapi still boleh bercuti dalam malaysia.
rewardkan diri dengan barang deko rumah, makan2. walaupun bukan setiap bulan..
kami doakan semoga 2016 lebih baik untuk imah sekeluarga.dimurahkan rezeki, dan sentiasa dalam kasih sayang allah
info sangat best. saya pon dah start belajar tips menyimpan dengan bijak.share la macam mana awak plan financial awak?
ReplyDeleteSamalah..cik mah pun bukan kaki shopping...cuma kdng tu reward diri sendiri je...
ReplyDeleteSaya menyimpan untuk shopping.. Dari dulu sampai sekarang..Tak boleh hilang habit tu..
ReplyDeleteSaya simpan duit sekolah sampai x guna sesen pun walaupun sekolah balik lmbt , tapi reward untuk diri sendiri pun x pernah buat contohnya beli aiskrim seringgit pun xnk takut suit habes๐๐
ReplyDelete