Kisah 4 bulan lepas, baru sempat nak meng update dekat blog. Busy benor tuan blog ni sampai nak taip 1 entri pun makan masa banyak hari =P. Tapi, at least ada jugak update kan even lambat sikit.
Ok, balik pada tajuk asal. Cerita pasal klinik gigi. Sebenarnya, dari last year lagi dah rasa tak selesa dekat 2 batang gigi depan ni ha. Rasa macam gigi nak tertanggal pun ada. Kadang2 siap termimpi-mimpi lagi gigi depan ni patah. Serammmm......Kalau gigi belakang patah ke, tercabut ke, takpelah jugak. Orang tak nampak. kalau gigi depan? Mau tak pasal2 orang panggil "nenek" . Tua sebelum usia. (dahla sekarang pun dah nampak tua dari usia sebenar, kalau gigi depan takde lagi-lagilah bertambah ke"tuan" diri ni. Oh NO!NO! ).
Sebenarnya, saya dah refer klinik government dah. Ikutkan kena buat balik rawatan akar dekat gigi depan ni sebab dah nampak tak sihat. Sebelum dia mati & sebelum jadi dicabut & jadi rongak eloklah buat rawatan akar. Tapi sebab klinik saya pergi tu tak boleh buat treatment at the same day. Kena by appointment & ada hari tertentu, dengan x-ray pun takde so malas nak buat. Dr just bagi antibiotic saja untuk kurangkan rasa sakit. Tapi dalam hati dah pasang planning nak buat dekat private je. Sebab senang boleh pergi weekend saja.Malas nak buat appoinment & follow up time weekdays. Sebab bila kerja, bukan banyakpun cuti. Kalau ambik time off pun setakat 2 jam je boleh. Tupun masa menunggu memang lebih dari 2 jam campur perjalanan semua. Campur rasa takut sebab pernah ada bad experience pasal gigi, lagilah cuba nak ngelat. Takut sejarah berulang. sobs..Rasa macam nak try private la pulak kali ni walaupun kena keluar lebih duit. Huhu..
Tapi, sebab tak tahu klinik mana yang ok, so asyik tertangguh je rasa hati tu sampaila satu pagi tu, rasa gigi depan tempat yang kena tampal tu serpih. Terus risau tahap gaban. (T_T). Menyesal tak sudah2 sebab tak jaga gigi betul2.Risau betul kalau hilang gigi depan ni. Huhu....time ni dah terbayang-bayang muka senyum nampak gigi rongak. Kihkih.....takutnya.So, masa tu plan nak pergi klinik dekat rumah je. Baca review sikit2, so saya pilih ke klinik Pergigian Prime Setia Alam.
|
Inilah kliniknya.,...dekat pusat komersial setia alam. Deret kedai yang depan sekali. sebaris dengan Bank RHB, Hong leong Dan bank2 lain. Tapi klinik ni sebalah Am bank je. Dekat tingkat 1
Oh ya, nak ke sini still kena buat appointment. Tapi time saya datang tu, weekdays. Kebetulan cuti jaga Fayyadh yang demam. So, buat appointment petang, mintak husband jagakan Fayyadh sebelah petang & saya ke klinik. Datang sorang jela sebab husabnd kena jaga Fayyadh tak sihat masa ni.
Waktu operasi Klinik
Lokasi klinik dekat Tingkat 1. Dekat tingkat atas farmasi Health Lane |
Hari saya datang, tak ramai pun orang. Tak sempat nak snap banyak gambar sebab sibuk melayan rasa tak selesa dekat gigi. Ni sikit tempek gambar
|
Kaunter Registration |
|
Bilik Rawatan
|
Saya plan nak buat scaling sekali time ni. Ha...punyala lama tak buat scaling gigi kes takut datang klinik. Hihi.. . last buat masa dekat university dulu.Lepas tu non ado. Teruk betul. Haha.. Dah bertimbun plaque dalam gigi ni ha baru sibuk nak datang cuci. Even hari2 kita gosok gigi macam biasa & kumur pakai listerine pun still kena datang buat scaling dekat klinik gigi sebab segala plaque lagi mudah dibuang. Seriau jugak sebab gigi sensitif kan. Tapi demi kesihatan & kebersihan gigi ku redahla jugak.
Nak review yang doktor gigi dekat klinik ni baikla sangat. Suka2. Tak menyesal datang. Sebab doktor baik & lembut je bila bercakap. Takdela risau kena bebel la apa sebab tak jaga gigi. Huhu..Baik siap terangkan satu2 pasal root canal ni siap tunjuk gambar lagi. Tapi sebab dah lama punya cerita, dah lupa apa dr cakap. Hmmm... ;). Dr ni perempuan. Muda lagi. Dalam 30-an rasanya. Dia buat x-ray dulu dekat gigi yang sakit sebab nak make sure yang 2 gigi yang kena bat root canal (rawatan akar) atau 1 gigi je. So, lepas x-ray, 1 gigi je yang kena. Alhamdulillah....maybe sebab saya pernah jatuh masa main netball dulu, so gigi tu nampak macam kesan pernah cedera. Mungkin sebab tu jugak yang akar dia jadi tak berapa kuat. Campur infection lagi, So, kenala buat root canal supaya gigi sihat semula.
Apa tu root canal?
Hah..tak tahu nak describe macam mana. Yang saya tau rawatan akar ni diorang akan tebuk gigi kita, keluarkan segala kuman yang ada, yang menyebabkan berlakunya infection pada gigi, lepas tu masukkan ubat untuk kuatkan akar gigi semula. Lebih kurang macam nila bunyi ayat yang tak saintifik. Nak yang scientific sila pergi google. Takpun fahamkan proses dari gambar bawah ni..
proses rawatan akar ni kena datang 2 kali. First treatment masa first day saya datang tu. masa yang first ni just buat temporary filling & crown je. Kali kedua kena datang pulak lepas seminggu. untuk masukkan permanent filling. Masa ni doktor cuci jugak sekali lagi.
Sepanjang proses tu memang tak sakit sebad doktor memang dapat ubat kebas. Kalau tak, mau meronta-ronta..hahaha...proses scaling gigi pun tak sakit. Samala yang tampal pun. Selesa sebab dr baik, lepas tu lembut buat kerja. Memang highly recommended la. In sha Allah lepas ni pun nak datang sini je tiap kali nak buat scaling gigi. Dah janji dengan diri sendiri setiap 6 bulan paling lambat, nak datang buat scaling. Nak jaga gigi elok2 sebab taknak jadi macam ni lagi...Huhu..insaf (T_T)
kos scaling gigi bergantung pada keadaan gigi. Apa2 kos pun bergantung pada condition gigi kita. Macam saya hari tu scaling gigi kena RM 90 je. Lepas buat memang rasa bersih jer gigi. Nampak putih la sikit sebab dah polish sekali. Sayang pulak nak makan lepas tu. Haha...(statement sayang gigi la sangat). Untuk rawatan akar lebih Kurang RM 350. Phew....rawatan akar ni la paling mahal. Tapi memang standard rate macam tu. Huhu...Takpela, melayang duit untuk kesihatan gigi. Kalau tak dirawat lagi naya. Taknakla nanti kena pakai gigi palsu muda2 bila gigi depan ni takde.Huhu.. Kalau biar kang, Umur 29 tapi rupa dah macam nenek bercucu 1. Kihkih..tak sanggup (T_T)
Apapun. saya suka klinik gigi ni.Walaupun duit banyak jugak sekali keluar tapi berbaloi untuk jangkamasa panjang. Lepas 4 bulan buat treatment ni alhamdulillah gigi depan ni dah ok. takde lagi rasa sengal bisa ke apa. Hopefully okla sampai bila2. Amin.. Tapi kena jaga gigi la. kalau tak jaga, mesti jadi balik. Buat treatment sampai beribu pun kalau tak jaga elok2 memang takde guna jugak. So, imah, silalah insaf .huhu...
So, jomlah Jaga gigi elok2 !