About Us

Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Thursday, September 22, 2016

Ourbaitijannati- House Renovation Update- Lampu Dan Kipas

Lampu & kipas adalah benda paling penting bila dah dapat kunci dari developer. Sebab tu awal2 lagi, kiteorang settlekan bab lampu & kipas dulu. Rumah baru siap memang  kosong je la dapat.  Tapi, yang bestnya kita boleh pilih lampu & kipas ikut citarasa kita sendiri. Lepas tu boleh buat plan nak letak lampu or kipas bahagian mana, kira boleh buat wiring plan semula. Even harga kipas dan lampu takdela mahal mana (ikut brand & spec jugak) tapi bila nak kena beli semua serentak dah tentula banyak jugak kos nya.

LAMPU

Untuk lampu semua ruang termasuk bilik dan toilet saya pakai yang jenis downlight LED tu je. Yang jenis attach dekat lantai atas.Ada banyak sebab kiteorang pilih lampu macam ni. First,  sebab lampu dia terang even size kecil, Second, Jimat ruang. Sebab shape lampu ni bulat & square je. Untuk ruang2 yang kecik sangatla membantu tambah2 kalau letak antara kipas kan. Jimat space. Lepas tu lampu macam ni sangatla energy saving. Boleh nampak sebab bil elektrik kiteorang lebih murah berbanding duduk rumah sewa dulu. Untuk ruang tamu & ruang makan pakai downlight LED untuk ceiling.




Master bedroom pakai 2 ketul je lampu ni




Ruang Pintu masuk

Range harga lampu LED ni kiteorang beli dalam RM 20 -RM 30++.

 *Untuk gambar lampu LED downlight dalam bilik boleh refer dekat gambar kipas dekat bawah

Untuk lampu hiasan tak beli banyak sangat. Beli yang mana untuk gantung dekat atas je sebab senang nak buat wiring siap2 kan. Just beli lampu untuk meja makan, counter bar & dekat luar rumah ( depan entrance gate).


 Simple je lampu meja makan ni. Harga pun murah je. RM 89 kalau tak silap. Lampu ni pilihan husband.


Dan kiteorang memang akan on lampu ni setiap kali makan malam. So memang function lampu ni memang bukan sekadar hiasan. Sebab memang hari2 akan on time dinner.

Lampu bar counter. Lampu ni paling pening nak pilih sebab rasa semua lampu dekat sana cantik2. Kelabu mata ni ha..Last pilih yang ni. Yang kelakarnya, salah beli bulb lampu. Sibuk sangat nak semua bulb LED terlupa yang ni patutnya ambik yang jenis clear bulb. Kihkih. So takpe, nanti baru beli bulb yang clear tu ganti . Baru la nampak klasik =)




Lampu ni harga RM 100++.

Untuk lampu luar lagila murah kiteorang beli. RM 49 je. Lupa nak snap gambar. Nanti saya update semula gambar dekat sini. Bulb lampu hiasan pun semua ambik yang LED sebab nak jimat elektrik. cuma warna lighting je ada yang putih & oren.

Pasal lampu tak kisahla nak pakai macam mana tapi mentol better ambik yang led. lepas tu kena tengok watt lampu jugak. Ada setengah lampu watt sikit jer tapi cahaya dah cukup terang. Ada setengah lampu guna jumlah watt yang banyk. so, memang kurang economical la. Apapun pilihla yang menjimatkan tenaga & design ikut citarasa nasing2.

KIPAS 

Bab kipas, kiteorang tak meletakkan pasal “brand” popular sangat time pilih ni. Sebabkan dah ada pengalaman guna kipas brand Panasonic & KDK, so untuk rumah sendiri nak try brand lain pulak. Dua2 ada pro & cons pada mata kami. Mula2 memang nak pilih kipas KDK sebab hasil pengalaman sendiri memang tahan lasak cuma ada certain model,  motor dia  agak “bising” sikit.  Satu lagi  sebab design kipas KDK tak berapa nak “berkenan sangat ” dekat mata saya dan husband. If yang kami berkenan & macam spec kami nak, harga luar bajet la pulak. huhu…hasil survey pengalaman orang lain, kawan2  & officemate so kiteorang beralih la pada brand alpha. Sebab harga lebih murah & ada banyak design cantik2. Walaupun kipas tu setakat berputar dekat atas, ada beberapa faktor penting yang kena titik beratkan masa pilih kipas.

-Tahan lasak
-Warranty lebih dari 3 tahun
- Maintainance service yang ok (senang nak panggil maintainance bila kipas problem ke apa)
-Angin sejuk & best ( Klu boleh nak yang 5 level speed angin)
-Bunyi Senyap
-yang pakai Remote control.
-Cantik di mata kami. hihihi.

Kipas 3, 4 atau 5 blade??

Ramai orang pening nak pilih berapa blade kipas ni. Samala saya dulu. Ingat lagi banyak blade lagi sejuk  anginnya. Kihkih…padahal yang sebenarnya ikut keluasan kawasan. If kawasan yang besar elok pakai yang 3 blade. Sebab angin lebih menyeluruh pada space yang besar.  Kalau yang kawasan kecik sikit ambiklah yang 4 atau 5 blade.  Angin lebih tertumpu di bahagian bawah. Sebab rumah kiteorang kecik, kiteorang ambik yang 5 blade semuanya. Lepas tu semua 5 speed level. Jenis dasar penakut “kepanasan di rumah” terutamanya bila sampai time el nino nino. Hihi..Maklumlah belum ada bajet nak beli air cond. Mampu buat wiring air cond saja dlu. Sebelum tu, kiteorang  dah test dulu kelajuan angin dia dekat kedai dan rasanya mmg sejukkk…...

Nila kipas pilihan hati kiteorang untuk rumah kecil kami

Ruang Tamu & ruang Makan




Untuk ruang tamu & ruang makan kiteorang pilih design yang sama je. Warna hitam. Sebab dah insaf pakai warna putih senang nampak kipas kotor. lepas tu yang ni senang nak bersihkan sebab material blade dia jenis yang senang nak cuci. Kiteorang pilih kipas ni salah satu sebab dia ada "wind speed" so angin dia mmg sejuk. lepas tu kalau fefeeling macam nak rasa angin sempoi2 tepi pantai boleh pilih "natural wind"...rasa macam angin dekat tepi pantai je. Tak de dengar bunyi lansung kipas ni. Senyap je. Ada lagi beberapa function lain yang best. Overall, memang puas hati sangat dengan kipas angin ni selama 4 bulan pakai. Hihi..hopefully akan terus berpuas hati untuk tahun-tahun seterusnya.

Harga RM 400++. beli dekat house of lighting puchong.


Ruang Makan



Master Bedroom

Untuk master bedroom, kiteorang pilih yang harga lebih murah sikit tapi ada "wind speed". Yang ni pun sama ada macam2 function macam kipas dekat ruang tamu & ruang makan. Tapi harga lebih murah. RM 300++. Puas hati sebab sejukkkk...lepas tu bunyi senyap je.





Bilik ke-2 & ke-3

Untuk bilik ke-2 & Ke-3 kiteorang ambik design yang lebih simple harga lebih murah sebab bilik lebih kecil & jarang guna sangat. Tapi tetap nak yang 5 blade & ada 5 speed level. Tapi yang ni takde "wind speed" la. Tapi angin tetap sejukkk. Best. Ikutkan bilik ke-3 nak ambik baby fan sebab size bilik ke-3 mmg kecil tapi sebab risau macam kecik sangat baby fan ni so ambik yang size biasa. Last bila nak pasang dekat bilik rasa menyesal tak ambik yang baby fan! haha...sebab rasa besar pulak kipas tu dengan bilik yang kecil. Tapi still ok je nampak bila dah pasang. Baby fan tu sejukk kot. so korang nanti kalau ada bilik yang kecil bolehla try beli baby fan! . Untuk Warna, kiteorang pilih warna silver sebab masa tu stock warna hitam dah habis. Ok jugak warna silver dekat mata kiteorang ni.

Bilik ke-2


Bilik ke-3


Harga kipas ni RM 200 ++ .

Brand alpha ni diorang punya maintenance service pun ok dan cepat. Hari tu kipas tak berpusing lepas pasang, orang wireman kata kipas yang rosak. So panggillah orang maintainance dia datang tengokkan. Fast response. senang je buat appointment.  Dia datang terus ke rumah. Kita just tunjuk resit belian je sebab warranty diorang 3 tahun. Tapi bila datang check, ok je kipas berpusing bila diorang on guna generator diorang bawak . Wiring je ada salah sikit. So, orang wireman kena betulkan sikit wiring yang dia buat. so saya puas hati dengan service maintainance diorang.


Dapur

Disebabkan ada pengalaman rasa "panas" masa tengah prepare barang2 nak masak dekat dapur masa duduk rumah sewa dulu, so saya bertekad rumah sendiri harus ada kipas dekat dapur. Lantakla dapur rumah kecikpun. tetap nak letak kipas. Malas nak letak kipas jenis stand tu. So, sebab ruang terhad, saya decide untuk letak kipas dinding je dekat dapur.




Tadaa!! beli kipas brand panasonic untuk dinding. Harga RM 100++ saja. Malas nak beli jenis remote control sebab bukan tinggi mana pun gantung. So ambik yang biasa saja.

Budget 

Berapa bajet nak beli lampu kipas untuk rumah apartment ni?

Macam saya cakap hari tu overall harga untuk beli semua kipas & lampu termasuklah lampu hiasan & bulb dalam RM 2600. Tapi jumlah ni pun bergantung pada brand & berapa unit kipas dan lampu kami beli untuk rumah kami. Apa2 memang kena survey harga so dari situ boleh letak bajet kita untuk beli lampu & kipas ni. Kiteorang pun survey dulu harga lampu & kipas before rumah dapat kunci so boleh agak overall bajet.  Lagipun, kiteorang memang banyak buat wiring tambahan untuk lampu & kipas ni.

Apa-apapun betterlah merancang dari awal. Bab wiring & beli lampu kipas sangatla berkait rapat. Kalau rasa nak pasang lampu hiasan ke, spotlight ke dekat rumah better lukis plan siap2 atas kertas. Sama jugak dengan tambahan lampu. So, buat wiring awal2 . Lampu kalau takde bajet takpe boleh beli kemudian. Bagi ada yang basic je dulu. Tapi wiring tu penting untuk buat dulu (kalau nak yang jenis tanam dalam). macam kiteorang ni la. Wiring aircond dah buat dulu untuk bilik & ruang tamu. Tapi air cond tak beli pun lagi. Tunggu benda2 penting settle dulu baru la kumpul bajet untuk beli air cond pulak. Buat masa ni memang dah rasa sejuk & tak perlukan air cond lagi. Hihi..

ok, tu jela serba sikit yang saya boleh share. Ambik masa yang lama untuk upadate walaupund dah settle benda ni semua dari bulan 5 lagi. 4 bulan baru nak berupdate. Huhu..Lepas ni saya try habiskan cepat semua entri berkaitan house renovation yang terperam dekat draft tu. In sha Allah..

*semua lampu & kipas kami beli dekat House Of Lighting Puchong.

Monday, August 1, 2016

OurBaitiJannati- House Renovation Update- Beli Lampu & Kipas Rumah Di House Of Lighting Puchong

Ok, bab kipas dan lampu untuk rumah kecil kiteorang ni. memang kiteorang takde survey sangat pun. Before dapat kunci rumah dulu, kiteorang just jalan-jalan pergi kedai lampu dekat-dekat jer. Just nak survey harga & buat bajet sendiri.Sebab kalau tak survey memang tak boleh nak agak berapa bajet untuk satu rumah untuk pasang lampu & kipas.

Disebabkan banyak yang bagi feedback tempat femes ames untuk beli lampu dan kipas adalah dekat House Of lighting Puchong, kiteorang memang aim nak pergi sana jer terus. Untuk lampu & kipas ni, kiteorang beli awal sikit. Dalam seminggu lebih sebelum dapat kunci rumah. Taknak beli awal sangat, sebab setiap item yang ada warranty ni diorang kira warranty dari tarikh kita beli. So, bila dah ada ura2 nak dapat kunci, terus kiteorang gi beli dekat sana. So, nanti bila dah dapat kunci rumah dah boleh proceed untuk renovate terus je.

Dekat mana House of lighting ni? Ok ni address nya:




Address : 

29-31-33-35, Jalan Bpu 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia

Busines Hours : 
    
Selasa Hingga Jumaat :10:30PG–8:00PTG


Sabtu10:30PG–8:00PTG

Ahad
12:00–5:00PTG
Isnin                            : Tutup

Nak senang, korang waze aje. Lagi mudah nak sampai ke sini =).

Kalau bab beli lampu kipas, sini memang banyak sangat choice. Sampai naik pening tak tau nak pilih yang mana satu. Hihi,...semua cantik2. Semua nampak menarik. Tu belum campur lenguh leher ni haa...asyik mendongak jer tengok lampu & kipas.hihi..

Kiteorang plan nak beli kipas & lampu untuk setiap area rumah dekat sini. Lampu downlight untuk plaster ceiling je kiteorang tak beli. Sebab ambik dengan contractor buat plaster ceiling. Sebab harga dia bagi murahla jugak. Tupun, sebab plan ambik yang simple jer. 

Untuk pengetahuan korang, sini kalau weekend memang ramai sangat-sangat orang. Rasa macam majoriti yang tinggal area klang valley ni datang beli lampu & kipas dekat sini. Memang crowded. Siap kena ambik nombor lagi ok time nak bayar. Tapi jangan risau sebab bagi saya service diorang cepat & efficient. Staff dia ramai yang boleh assist kita ikut bahagian.

Kiteorang pergi pagi2. Time dia baru nak bukak kedai. Dapat parking pun betul2 depan kedai. Alhamdulillah...Tupun orang dah ramai dah datang masa nak buka tu. Cuma tak crowded la..still selesa nak pilih lampu & kipas. Bila time  kiteorang tegah tunggu nak bayar baru ramai gila.

Ok..belanja sikit gambar masa kiteorang dekat sana

Banyak betul lampu dekat sini

Time kiteorang tunggu dia ambik stock barang2 kiteorang nak beli orang dah mula ramai =)

Koleksi kipas yang ada dekat sana. Macam2 brand ada


Suka sangat tengok kipas macam ni. Stylo sangat. Cantik!! tapi harga pun cantik (T_T)




Tak susah sebenarnya nak beli barang dekat sini. Even ramai orang, tapi staff dia ramai. Better datang awal kalau nak beli time weekend. Nak lebih selesa, pergi weekdays. Oh ya, dekat sini staff diorang ada specific tugas masing2. Ada yang bahagian promoter, bahagian ambik stock, bahagian check barang (testing), bahagian pembayaran & bahagian angkut barang ke kereta customer. Pendek kata, urusan jual beli dekat sini rasa smooth je. Takdela sorang staff tu je nak buat semua. Kita boleh kenal diorang bahagian mana dengan warna T-shirt diorang pakai. Kalau yang warna kuning tu yang layan customer, kira promoter la yang assist kita nak beli itu ini. Yang bahagian testing barang tu pakai  warna biru. Semua pakai T-shirt House of lighting. Siap ada nombor lagi dekat baju. Warna je tak sama sebab ikut tugas masing2.




 Satu lagi, dekat sini pun ada vending machine in case korang dahaga air kan. yelah, makan masa berjam jugakla nak settle semua. Nak pilih 1 barang pun bukan boleh decide seminit dua. Tambah kalau yang nak beli macam- macam barang macam kiteorang ni. Memang makan masa berejam jgk la..



Time nak bayar je kena ambik nombor. So, lepas settle test semua barang, just tunggu untuk buat payment saja. Settle semua, ada orang yang tolong angkut dan susun barang kita dalam kereta. So far, puas hati beli dekat sni. Banyak pilihan, harga pun consider murah & berpatutan. Senang sebab semua benda ada dalam 1 tempat. Harga diorang memang harga tetap. Apa yang kita nampak dekat tag lampu & kipas, harga tu la kita bayar. Tapi ada jugak setengah item yang ada diskaun. yang tu kena tanya promoter dia.

Ni hasil membeli dekat sana. Penuh bahagian belakang kereta. Hihi..



Total habis dekat sini RM 2600 untuk lampu & kipas satu rumah. Puas hati sebab masih dalam bajet kiteorang.

Hmm..Harga ni pun ikut brand & quantity barang jugak. Ada brand yang lebih murah & ada yang lebih mahal. So, dekat sini macam2 pilihan ada. Dari yang murah sampaila yang mahal. Kira sesuai dengan bajet masing2 la.

Apa kiteorang beli? In sha Allah next entri saya akan update. 

Tuesday, July 19, 2016

Ourbaitijannati: House Renovation Update- Wiring

Wiring ni antara part paling penting saya rasa untuk bahagian rumah. Mostly, banyak yang akan buat wiring untuk rumah baru sebab sesetengah developer tak bagi banyak pun point elektrik macam plug, point kipas, air cond, water heater & etc. So, kalau nak lebih kena tambah sendiri.Tapi kalau developer dah buat semua tu memang rezeki sangat. Tapi rumah kiteorang memang takde banyak pun. Ada point yang basic je. Paling tak best, point kipas pun dia bagi dekat ruang tamu jer. Yang lain semua kiteorang tambah sendiri.

Ada dua jenis wiring yang orang selalu buat. Sama ada jenis conceal ( tanam dalam) ataupun yang pakai conduit ( paip dari luar). Saya lebih suka yang jenis tanam dalam walaupun harga agak mahal sikit. Tapi yang penting,  nampak lebih cantik & kemas dari luar. So dinding akan nampak rata je.

Contoh Wiring plug jenis conceal (Sumber Google)

Diorang akan tebuk dinding, masukkan pipe yang ada wire. Lepas tu plaster balik

Yang ni contoh wiring jenis pakai conduit

Pipe tu akan nampak dari luar. 


Kalau nak buat wiring jenis tanam dalam ni better la buat masa awal2 before pindah. Sebab nak kena tebuk dinding memang rumah akan jadi berhabuk sangat & banyak serpihan simen. Basuh rumah 2-3 kali baru hilang semua habuk simen tau. Huhu.. (T_T). Tu kalau buat satu rumah la, kalau tambah sikit 1 atau 2 point okla. Takdela teruk berdebu dan berpasir rumah jadinya.

Untuk rumah kiteorang ni, kiteorang buat tambahan wiring untuk:

1. Plug - ada tambahan 12 plug baru. Tambahan dekat master bedroom, 2nd bedroom, entrance area, ruang makan, dapur, ruang tamu & yard.
2. Point air-cond - 2 point. Kiteorang buat wiring air cond untuk ruang tamu & master bedroom.
3. Lampu- 5 point. Tambahan point lampu untuk  meja makan, counter bar, entrance area, laluan antara bilik ke-2 & ke-3  & master bedroom. Ada jugak wiring untuk lampu downlight untuk plaster ceiling dekat dapur, ruang makan & ruang tamu. Yang ni dah masuk sekali dalam plaster ceiling punya kos.
4. Kipas - 5 point. Tambahan point kipas untuk ruang makan, dapur & 3 bilik.

Fuhh...banyak kan kiteorang tambah.Tupun rasa macam ada lagi nak tambah. Ikutkan kalau taknak tambah pun takpe. Just tambah point  kipas untuk ruang makan & master bedroom. Yang  lampu2 boleh pakai yang point sedia ada. Point lampu developer bagi memang cukup. Kiteorang just tambah yang untuk hiasan saja. Bilik master kiteorang tambah sebab buat 2 lampu. Plug pun sama. Kalau taknak tambah. boleh pakai extension. Tapi kiteorang fikir, alang-alang nak renovate buat terus je la wiring sekali. Nampak lebih kemas bila ada plug point. Kotor rumah pun sekali harung jer. hihi...Dekat dapur saja, saya tambah terus je 5 plug baru. Plug sedia ada dah 2 dekat dapur. tambah lagi 5. ha...dapur kecik cenonet tu pun sampai 7 plug. Taktaula kalau tak cukup lagi. Tapi, dapur memang banyak guna plug pun kan. 1 plug memang permanent guna untuk fridge. 1 plug pulak memang permanent guna untuk cooker hood.

kerja-kerja wiring ni la yang makan masa sikit. Untuk rumah kecil kiteorang dalam 4 hari setengah jugakla nak siap semua. Sebab banyak jugak kena tebuk dinding. kena tarik point dari DB sama. Tak boleh semua pakai lopping je. lepas siap semua kena touch up balik bagi dinding rata. Tapi bila dah siap semua rasa lega & happy.

Range harga untuk wiring point tanam dalam lebih kurang macam ni range harganya. Ni hasil compare market price dengan jiran2.

Lampu- RM 55- RM 90
Kipas- RM 65 -RM 100
Air cond- RM 120-RM 150
Water heater- RM 150
Plug- RM 55- RM 100

Kiteorang dapat harga pun dalam range ni jer.

Ok, pasal wiring ni sikit tips untuk korang masa pilih contractor untuk wiring. Masa mintak sebut harga dengan diorang, tanya untuk kos wiring tanam dalam ni ada charge tambahan tak? sebab kadang kontraktor ni dia bagi harga point saja. Dia tak bagi harga kos dia tebuk & touch up. Contoh, Ada kontraktor yang ambik wiring point untuk plug RM 50. Untuk tanam dalam & tampal balik  sekaki RM 10 sekaki. so, korang kena estimate jarak la. Ada jugak yang bagi harga RM 100 untuk plug termasuk conceal & touch up untuk 10 kaki. Kalau lebih dari tu diorang charge lain. Ada jugak kos untuk tebuk & touch up dinding kira harga lump sum. Depends conractor jugak.  So, dapatkan betul2 quotation dari contractor ok. Takut kang nanti lepas dah siap semua, ada pulak hidden charge untuk benda2 ni. Terkejut tengok bil nanti. Kos kiteorang untuk wiring ni saja termasuk upah pasang lampu & kipas dalam RM 2k lebih sikit. Sebab banyak yang tambah.

Upah pasang lampu- RM 10-RM 15
Upah pasang Kipas ceiling- RM 20 -RM 30
Upah pasang Kipas Dinding - RM 15

Harga lebih kurang macam ni la. So, kalau korang tengah plan nak buat wiring rumah bolehla bajet dah berapa kos nak kena prepare. Kiteorang tak boleh nak recommend contractor ni sangat. Sebab untuk touch up diorang buat tak berapa kemas sikit. Dah panggil buat balik pun still tak licin jadinya dinding. Huhu..last husband yang touch up balik. Gosok pakai kertas pasir bagi rata, touch up dengan simen kapur sikit lepas tu cat under coat. Tapi mujur tak banyak sangatla. Yang lain2 semua ok.

Kalau rumah tengah buat wiring, kita kena pantau jugak. tambah kalau banyak point wiring yang buat. Sebab takut ada yang tak sama macam kita nak. Dan diorang pun tak faham sama.

Kiteorang bagi siap2 layout plan kiteorang dekat diorang. Mark dekat mana point sedia ada dan dekat mana yang tambah. Lukis & explain elok2 supaya diorang faham. Satu lagi, tanda jugak dekt dinding dekat mana nak letak plug, dekat mana nak letak air cond, lampu. Semuala. Bagitau jarak siap2 supaya takde kerja 2-3 kali kena buat. memudahkan kerja.

Tapi, part renovation ni sebenarnya ada lagi sikit tak settle lagi. Kiteorang ada nak tambah  paip  air untuk  ambil wuduk dalam bathroom sama. And ada lagi part lain. Yang penting-penting bab wiring Alhamdulillah dah settle.

Kiteorang habis untuk wiring dalam Rm 2k ++. Bagi saya agak murah sebab banyak penambahan yang kiteorang buat & semuanya conceal. So, memang tak nampak la conduit dekat luar tu.

Saya takde gambar sangat masa tengah buat kerja-kerja wiring ni sebab banyak husband yang pantau. Gambar banyak dalam phone husband. Drawing pun dia yang lukis semua. Saya akan update kemudian dalam ni nanti.  So, ini jela gambar yang ada dengan saya masa tengah buat kerja2 wiring dulu sebagi penyeri gambar untuk entri ni =).







Tambahan Plug  Untuk bilik ke-2



Hope sikit sebanyak dapat bantu korang yang tengah survey bab wiring.

Bab renovation ni semua settle Hujung bulan 5. Sebelum puasa lagi. Kiteorang pun dah selamat pindah rumah masa bulan puasa hari tu.  In sha Allah saya akan try update lagi pasal hal2 berkaitan renovation rumah ni untuk rujukan orang lain.  Cuma masa nak menulis tu jer yang tak banyak. Huhu..kenala tulis sikit2 dalam draft. Dah siap baru publish =)


Thursday, June 23, 2016

Ourbaitijannati: Renovation Update- Cerita plaster ceiling Part 2

Sambungan dari entri Part 1

Masa untuk diorang siapkan plaster ceiling ni just ambik masa 2 hari je untuk siap pasang. Dan setengah hari untuk touch up. So, far kerja diorang cepat. Agak berpuas hatila. Harga pun berpatutan. Ikut market price.

Harga plaster ceiling sebenarnya tak mahal pun. Dalam 1k lebih  jer untuk rumah kiteorang ni. Design L-box untuk ruang tamu & ruang makan. Design flat untuk dapur. Tapi, bila campur kos untuk lampu & wiring, so total dalam RM 3k jugakla untuk 3 ruang ni termasuk harga lampu & wiring . Macam saya cakap sebelum ni, plaster ceiling tak mahal. Yang buat kos mahal sikit untuk wiring point lampu & kos beli lampu. Lagi banyak lampu pasang, lagi bertambahla kos. Huhu....

Harga untuk plaster ceiling L-box mahal banyak dari yang flat. L-box dalam RM 17-Rm 18 sekaki. Kalau yang flat tu lebih kurang RM 3 je per sqft.  Beza banyak kan? Sebab tu cost dekat dapur murah jer sebab pakai ceiling biasa.

Nipun kiteorang tak letak banyak sangat pun lampu led downlight tu. Letak 4 je untuk ruang tamu, 4 untuk ruang makan & 3 untuk dapur. Mula2 rasa macam patut letak 6 biji lampu downlight untuk ruang makan dan ruang tamu, tapi rasa macam banyak sangat pulak. Dah macam tak saving energy electric la pulak. Padahal nak pasang lampu led ni salah satunya nak jimatkan elektrik. Hihi...Future kalau nak tambah baru difikirkan. Sama jugak dengan lampu T5  kena tambah lagi untuk setiap ruang. Untuk lebih lagi lighting tapi kiteorang nak buat sendiri.  Nak jimatt...hahaha. Sebab rasa lighting yang ada sekarang pun dah ok dah. Nak tambah kemudian ni. husband nak pasang sendiri sebab wiring point dah ada =). Memang sebolehnya nak berjimat. Mana yang boleh buat or tambah sendiri memang kiteorang buat sendiri. Cut cost mana yang boleh cut. Apa-apa buat tak boleh lebih dari bajet.

Ni hasil plaster ceiling kiteorang bila dah siap. Sorry takde gambar yang proper sangat sebab masa ambik ni kiteorang belum pindah pun lagi. Baru siap renovate and tengah cuci2 rumah. Sorry takde pulak gambar yang bukak lampu semua. Hihi..saya update kemudian la nnti dalam ni bila dah siap pasang semua.

Ruang tamu


Ruang makan

Dapur. Dekat dapur ni ada satu lagi lampu sebelah kiri tapi dalam gambar tak nampak. Ada drop ceiling sikit sebab situ kawasan beam. Diorang tak boleh nak buat semua sama drop sebab frame pintu dan tingkap ke yard lebih tinggi. So far, kiteorang rasa ok jer macam ni.



Sedikit tips masa nak buat plaster ceiling. Korang kena buat plan rumah, than mark dekat mana kawasan nak pasang plaster ceiling. Lepas tu bagi dekat kontraktor utk Dapatkan quotation harga. Mark siap2 berapa lampu dalam nak pakai. Berapa lampu downlight nak pakai. Senang dia boleh kira sekali harga untuk wiring sama. Lampu korang boleh beli sendiri. Kalau tak tahu nak design macam mana boleh mintak pendapat diorang la.

Hmm...satu lagi, kalau boleh susun la lighting point tu cantik2. Yang korang rasa pengcahayaan tu ok. Pasal ni kiteorang ada buat silap sikitla. Sebab kiteorang letak lampu led tu semua dekat hujung2. Bila dekat hujung sebenarnya pencahayaan tu terhad compare kalau letak dekat ke tengah sikit. Dah tu, kontraktor kiteorang pulak takde bagi pendapat apa. Ikut je plan kiteorang bagi sebijik sebijik. Hahaha...Memangla nampak cantik letak dekat hujung tapi lighting macam kureenng.. sikit. Melainkan kalau letak banyak lampu. Tapi sebab kiteorang memang plan nak tambah lagi 2 lampu untuk ruang makan & living ( in sha Allah husband buat sendiri), so tak kisahla. Hihi...Sama jugak dengan lampu dalam (lampu T5) pun kena tambah lagi setiap ruang 1 lampu. In sha Allah lepas raya ni nak DIY sendiri. Yang penting nak wiring point & suis tu dah ada.

Dari segi nak jimatkan tenaga elektrik bila pakai lampu downlight Led ni, try buat suis dia asing2. memang kos wiring lebih sikitla nak kena bayar compare kalau kumpulkan 4 lampu dalam 1 suis. Tapi for long term, lebih menjimatkan elektrik. Kalau lampu downlight ada 4 dekat ruang tamu. Buat 2 suis. 2 lampu berkongsi 1 suis. so takdela tekan 1 suis menyala 4 lampu kan. Kita boleh bukak lampu yang mana penting je. Sebab even lampu led ni jimat tenaga, tapi kalau buat suis yang bukak serentak tak jimat jugak jadinya. kira balik total watt untuk semua lampu yang serentak dipasang. itu kalau 4 lampu. Kalau 6? 8 lampu dibuka serentak ?? Silap2 lebih lagi dari penggunaan lampu kalimantang. Hihi..Kiteorang pun bila stay ruang tamu kadang bukak 2 lampu je menyala. Hihi..terang je. Sama jugak dekat dapur. Even ada 3 lampu downlight buat 2 suis asing. Memang kos wiring untuk buat lampu semua dalam 1 suis lebih murah tapi kena plan untuk long term jugak. Dan mana yang menjimatkan.

Tu jela serba sikit tips untuk korang yang tengah plan untuk buat plaster ceiling dekat rumah. Kalau ada lagi info tambahan, saya akan update dekat sini =)


update contractor yang ok untuk buat renovation works & plaster ceiling:



Tuesday, May 17, 2016

Our baiti jannati : Rumah Pertama Kami

(entri draft terperam tahun 2015)

Alhamdulillah….tertunai jugak impian kami nak beli rumah tahun lepas.( Tahun 2015) . Setelah berkali-kali niat tertangguh, terhalang..Alhamdulillah…Allah permudahkan.  Kita just merancang tapi Allah tahu apa yang the best untuk kita kan. Kalau dikira-kira apa yang jadi time rumah2 yang kami hampir nak beli dulu, ada hikmahnya. Mungkin ini yang  terbaik buat masa sekarang untuk keluarga kecil kami. Sebab proses kami nak beli rumah ni dipermudahkan sangat.  Kami lalui dengan happy & tenang. Tak macam time usaha nak beli rumah subsale dulu. Ada jer yang menghalang. Mungkin bukan rezeki kami sama nak dapat rumah subsale,

Rumah pertama di kawasan lembah klang ni, target beli apartment dulu. Teres semua dah mahal2 lepas tu kalau yang murah lokasi agak jauh. Dan ada jugak faktor2 yang lain yang buat kiteorang tukar plan cari rumah for investment dulu. Rumah idaman? In sha Allah ada rezeki, akan sampai masanya nanti. Kami mulakan dengan rumah yang kecil dulu. Kawasan sini pun tengah nak membangun. Tengok future punya development kawasan ni In sha Allah macam2 ada. Tapi sebab harga yang ditawarkan mampu milik, so developer takde bagi offer best2. Proses nak beli hampir sama macam beli rumah subsale. Bayar booking, bayar deposit 10% dari harga rumah. Macam tu jugak dengan legal fees & so on. Takde free apa2 dari developer. Semua kena bayar sendiri. Selalu rumah baru banyak dapat free itu ini kan? Ada rebate la, early bird price la..Ada yang siap bagi free washing machine la..aircond la..Tapi yang ni takde.  Rumah ni husband yang beli dan bulan2 dia yang bayar. Tapi untuk kos masuk rumah baru & buat sedikit renovation, kiteorang kongsi duit. Namapun suami isteri. susah senang sama2 =).

Tak tahu kenapa rumah ni kami  tak ambik masa fikir panjang untuk booking.  Terus beli je. Maybe sebab harga dia sama. Lepas tu rumah baru.  Lokasi takdela dekat centre shah alam nu. Ke dalam la jugak. Tapi dekat dengan lokasi rumah sewa sekarang. Jarak ke tempat kerja lebih kurang dengan rumah sewa sekarang cuma tahap jammed je tak tahu la macam mana. standard la jammed time peak hour.  Design luar dia cantik walaupun cuma apartment. Ikutkan masa beli memang berharap dapat unit ground floor dan rezeki kami, dapat. Tupun memang dah last unit dah tinggal untuk ground floor.

Block Tak tinggi (husband tak suka block tinggi), 4 tingkat je, Ada provide  2 parking. Ground Floor. Senang. Parking kereta memang dia bagi betul2 depan pintu rumah je. Tak payah nak naik tangga lagi. Sebab dah biasa duduk rumah bawah ( rumah sewa kami duduk dulu, 2 buah rumah teres, satu flat) so memang prefer rumah bawah. Satu lagi, sebab ground floor kawasan dapur & yard lebih besar dari rumah tingkat atas. Design untuk unit ground floor, pintu masuk tak sama dengan rumah unit atas. So, pintu masuk unit ground floor bukan laluan orang nak naik tangga ke tingkat atas. Lepas tu tak mengadap pintu rumah orang. Setiap floor, just ada 4 unit je rumah. Setiap unit adalah corner lot. 


Walaupun cuma rumah kecil, medium size, Tapi in sha Allah selesa untuk kelurga kecil kami. Kami plan nak tinggal dekat sini. Kalau husband transfer pergi mana-mana nanti tak pasti lagi nak sewakan atau jadi rumah hinggap je tiap kali datang Kl selangor. Tupun Bergantung pada keadaan. Tak tau apa yang berlaku future kelak.  Cuma, rasa syukur  tertunai hasrat nak beli rumah. Walaupun kecil, cukuplah. Dah rasa bersyukur dah dengan apa yang ada. Sebab bila fikir2 balik, elok juga tak terikat dengan komitmen bulanan yang tinggi time muda-muda  ni. Beli bawah kemampuan lagi baik. Tapi, beli rumah tak rugi sebab nilai pasaran makin naik.

Dekat mana lokasi rumah ni? Maaf tak boleh nak story dekat sini atas faktor keselamatan. Tapi masih dalam kawasan shah alam, selangor. Sekarang, rumah dah siap. Kunci pun dah dapat. Tunggu settle kerja2 renovation, nanti terus nak pindah masuk.

Just nak cakap, dalam membeli rumah, beli lah apa yang kita mampu. Bukan yang memebebankan kita. Tapi ambik kira faktor2 yang perlu di consider dalam membeli. Lain orang, lain citarasa kan. Try banyakkan saving. beli rumah walaupun yang murah  tetap melibatkan bayak kos. Bukan setakat kos downpayment 10% tu je. Huhu..If belum sampai lagi rezeki nak beli, jangan rasa sedih or rasa down or compare life kita dengan orang lain. Doa Allah permudahkan urusan kita. Perancangan Allah tu sebaik-baiknya untuk kita. Sampai masa, pasti ada rezeki kita =).




Monday, May 16, 2016

Our Baiti Jannati: Kisah kami mencari rumah Pertama

(entri draft terperam Dari tengah Tahun 2015)

Berkahwin di usia 25 tahun, target kami tahun pertama kawen sewa rumah, tahun ke-2 dah beli rumah. Target umur 27 tahun dah beli rumah. Tapi, bukan rezeki kami untuk dapat rumah masa tu. Rezeki anak yang datang dulu.

Alhamdulillah...Lepas bersalin tahun 2014, hujung tahun kami start survey & dapatkan info pasal jual beli rumah. Hmm..mula dari '0" knowledge, alhamdulillah..lepas tu macam2 tahu. Setakat baca tapi tak praktis memang susah nak faham. Tapi masalahnya, kami masih tak boleh decide nak beli rumah untuk stay or rumah untuk investment.

Disebabkan kerja suami kemungkinan besar berpindah-pindah ikut project so kami takkan stay satu tempat lama. Kalau PJJ pun, saya tak perlukan rumah yang besar. Ikut hati lebih selesa dengan rumah apartment kalau stay sendiri dengan anak. Rasa secure sikit. Tapi tu ar...banyak benda kena consider. Mula fikir, beli rumah untuk investment je. Kiteorang hidup menyewa. Sebab bukan nak stay lama pun satu tempat. Tapi, kalau fikir benda yang tak pasti ni sampai bila pun takde solution. So, cara senang beli je rumah yang di bawah kemampuan dulu.

Honest, kalau ikut keinginan hati rumah untuk stay mestila kami nak rumah atas tanah. Huhu..Dapat rumah teres setingkat pun jadila asalkan rumah bawah. Tapi, rumah teres kebanyakannya yang murah jauh dari tempat kerja. Even rumah subsale apartment pun dah susah nak jumpa yang murah, apatah lagi rumah teres. Flat seksyen 7 shah Alam  tu pun dah 200k lebih harga. Apartment lain jangan tanya ar..memang mencanak naik je harganya area shah alam ni. Teres kebanyakannya dah cecah 600k ke atas. Harga semua mau pitam. Memang betulla orang cakap banyak rumah mampu tengok je sekarang ni. Yang murah yang boleh dapat bawah 400k banyak dekat kawasan hujung2 shah alam. macam jalan kebun, puncak alam, still murah lagi la. Tapi tu ar..banyak benda kena fikir.

Mula2 kami plan cari rumah untuk investment. Tapi nak beli rumah low cost area selangor KL ni kena gaji husband wife bawah 5k. Kalau bujang kena bawah 3k. Memang tak dapatla. Ada syarat khusus pulak untuk rumah low cost ni. yala kalau fikir2 balik rumah low cost la paling senang nak cari orang untuk sewa. Kalau harga rumah bawah 100k, bulan2 bayar rendah. Sewa boleh mark up lagi. Tapi, tu ar susah pulak nak beli sebab ada syarat khusus. Kiteorang plan, nak sorang je  beli rumah. Memang tak nak combine loan untuk rumah first. Kemudian if ada rezeki beli rumah besar sikit baru combine loan. Kalau  beli rumah medium cost better la yang boleh kita duduk dan senang di sewa.  Kalau medium cost pulak tak banyak dah harga yang murah. Time survey ni pun banyak  dah 300k  ke atas. Huhu....Yang baru2 memang dah 400k ++. Sedih tengok harga rumah. Makin mahal dan tak sepadan dengan jenis rumah.Kadang bagi parking kereta 1 jer pun. Kalau area luar bandar harga macam ni dah dapat rumah teres 2 tingkat dah. Banyak2 rumah naik pun banyak jugak yang tengok kosong je. Banyak yang beli untuk invest jual or sewakan. Bila ada proses jual beli ni antara investor ni la yang buat harga rumah makin naik. Naik dan terus naik...tak seiring dengan pendapatan rakyat.

Banyak2 rumah kami survey macam2 jenis yang kami jumpa. Banyak benda jugak yang kena consider. Kami banyak tengok rumah sekitar shah alam dengan kawasan2 dekat dia je sebab memang nak stay dekat shah alam je sebab dah biasa dekat sini. Lagipun saya dah stay shah alam dah 8 tahun dah. Rumah baru atau rumah lama. semua kami survey. Survey ambik pengalaman. Bila tanya kawan2 & sedara, banyak jugak yang ambik masa lama sikit survey nak beli rumah. Ada yang sampai setahun. Kami pun almost setahun jugakla.

Dalam tempoh tu, kami pernah dah booking dah satu rumah ni. Rumah teres setingkat. Harga RM 273k. Masa tu siap dah bayar deposit 3 % dekat agent (almost 9k jugak).  Dah sign dah surat setuju nak beli. Tapi sebab owner macam main tarik tali nak jual ke tak rumah tu, last dia tak jadi jual sebab rasa agent tu menipu. Mujurla dapat balik duit deposit 3% tu. Tapi ikutkan hati masa tu kiteorang macam belah bagi jugak sebenarnya sebab jarak rumah tu jauh sikit nak ke tempat kerja. Tapi sebab harga dia murah dan nak sama je dengan harga apartment dekat shah Alam ni tu yang husband rasa beli je. Sebab fikir teres lepas tu condition rumah memang cantik & kemas. Kira terjaga elok la. Tapi bukan rezeki kami kan. Lagipun, fikir2 balik ada hikmahnya jugak. Sebab faktor jarak & sebab lain sama.

Rumah kedua pun hampir2 booking tapi tak jadi sebab harga agent letak tinggi dari market price. Rumah kedua hampir nak booking ni apartment tapi ground floor. Nak jual harga RM 250k.Kawasan yang boleh kira hot area jugakla. Dekat dengan macam2 kemudahan. Tapi size rumah kecik sikit. 780 sqft je tapi condition memang cantik & nampak baru. Takde kerosakan apa. Tapi bila check dengan bank semua bagi harga rendah dari yang agent jual. kena top up banyak jugak kalau nak beli. So, tak jadi la jugak nak beli. Bukan rezeki lagi kan..

Rumah lain yang kami survey yang berminat nak beli apartment dekat area rumah sewa kami sekarang. Memang berkenan sangat sebab rumah baru, lepas tu tak tinggi ( husband tak suka rumah tinggi sangat). apartment ni dalam 10 tingkat je, Tapi harga mahal bagi saya masa tu. Rm 330k untuk keluasan 803sqft. .Huhu.... Nego2 dengan agent dapatla RM 310k. Ikutkan mula2 memang husband nak beli jugak. Dia yang terlebih berkenan dengan rumah tu berbanding saya. Maybe faktor kami dah selesa sama dengan kawasan rumah sewa sekarang. lepas tu rumah baru siap. Baru. Dah tanya beberapa bank semua memang lepas loan kalau nak beli guna nama dia sorang. Tapi bila call abah dia ( husband jenis apa2 masih suka mintak pendapat abah dia), terus abah dia cakap tak payah la beli. cari rumah lain dulu. Cari Yang bawah 300k untuk rumah first. Abah dia tak berapa nak setuju. Suruh survey lagi. Sebab sebolehnya dia tak nak kami ada commitment yang tinggi time muda & awal2 kawen ni walaupun beli atas satu je nama & dua2 bekerja. Bila fikir2 balik cakap abah tu memang betul.

Ada jgk rumah2 baru yg kami terlambat nak booking sebab dah sold out developer jual. Rumah teres setingkat. Bagi nama dalam waiting list developer kot2 ada yang loan reject. Tapi  waiting list pun, nama kami dah nama nombor belakang2 dah. Rumah harga affordable mmg ramai la yang nak kan? Huhu... Tunggu2 takde pulak panggil. Dah penuhla agaknya. Takde rezeki jugak.

So, lepas tu kami dah slow fikir pasal rumah. Slow2 la sikit cari. Kecewa jugakla sebab ada je halangan tiap kali nak beli rumah. Tapi, kami positive. Mungkin belum masanya. Dan belum jumpa yang sesuai. Masa ni tawakal je dengan Allah. Doa mintak yang terbaik untuk kami & dipermudahakan. Memang harap nak beli rumah sangat tahun lepas. Memang target paling lambat umur 28 dah ada sebiji rumah. Sebab tu salah satu wishlist kami.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak beli rumah. Rumah apartment jugak tapi baru. Harga murah dari semua yang kami survey before ni. Memang dapat jimat banyakla untuk monthly instalment. Tak sampai 1k pun bayar sebulan.  Masa beli tengah construction lagi. Developer jenis jual rumah lepas dah 60% construction. Rumah ni memang kami tak sangka lansung. Lepas tu urusan nak beli dipermudahkan sangat. Dari urusan loan, legal fees semua jadi mudah je. Alhamdulillah sangat. perancangan Allah tu lebih baik. Dia dah rancang elok2 dah semua untuk kita cuma kita jer tak tahu. Mungkin ni la hikmah bersabar kan. Allah tahu mana yang terbaik dan masa bila yang sesuai dia bagi rezeki tu dekat kita. Even rumah kecil pun dah bersyukur sangat. Ada jugak rumah sendiri.

Alhamdulillah, rumah kiteorang dah dapat kunci. Nanti saya try share apa yang berkenaan dengan nak masuk rumah baru & kos2 renovation. Tapi tak tahula bila sebab mood blogging sekarang memang banyak kelaut. Huhu..

Oh ya, Tq pada cik Hani sebab sudi menjawab banyak soalan & bagi tips masa saya dlm process cari rumah & tlg recommend lawyer. Hihi..Tq sangat2! Tapi xsempat nak guna lawyer tu sebab dah beli rumah dengan developer. Next time, in sha allah kalau ada rezeki beli rumah subsale pulak.