About Us

Tuesday, January 10, 2012

Cek Pertama dari Nuffnang. Thank You Semua!

Alhamdulillah...

Setiap kedukaan pasti ada penawarnya right?
cek ni baru dapat semalam.
Happy =)


Thank You Nuffnang ! Thank You korang! Thank You pada semua yang membantu saya menaikkan traffic untuk blog Menjaring Impian ni. Jasa korang sangatlah tak terbalas! Love you all so much!

ops! sebagai menghargai jasa korang, korang boleh wat request dekat sini, entri apa yang korang nak saya buat dan saya akan usaha untuk penuhi request korang tu! 

Alhamdulillah....
rezeki nak kawen.Boleh simpan untuk kawen nanti.hehehe...

Monday, January 9, 2012

Dugaan "mulut-mulut" Orang selepas Bertunang

Belum cukup sebulan saya bertunang dah macam-macam "cakap-cakap" orang yang saya terima. Tak kiralah dari kalangan sahabat, teman sepejabat atau mereka yang sekadar kenalan. The most important things, bersabarlah!

Bermula dari hantaran yang terlalu simple, majlis pertunangan yang teramat simple, tanpa pelamin, hiasan bilik tidur dan cincin pertunangan yang simple....semuanya jadi bahan orang nak mengata. Saya bersyukur kerana kesabaran saya masih lagi ada. Emosi saya masih terkawal. Apa yang orang cakap, saya cuma diam saja. Kadang2 saya balas juga dengan alasan yang boleh buat mulut mereka terkunci rapat.

Saya pelik, kenapa orang sibuk nak mengata sedangkan majlis ini majlis saya?
Saya yang bertunang, saya yang nak majlis begini, saya yang pilih cincin begitu, kenapa orang nak mengata?
lainlah kalau saya ada sediakan service untuk majlis pertunangan mereka,
Bolehlah nak complain bagai.
Pelik!

Saya bukan orang kaya
Saya juga bukan seorang yang bergaji lumayan
Walaupun saya bekerja, tapi setiap sen yang saya dapat saya guna dengan berhemah
Membazir jauh sekali
Saya tak rasa saya patut berpenat jerih dan bersusah payah, menderita demi dapatkan majlis mewah untuk puaskan hati & MATA orang lain
Sedangkan hati saya sedih kerana wang yang keluar macam air..
Saya bukan nak majlis begitu tapi saya terpaksa buat begitu supaya orang pandang saya hebat!
Huh! Itu bukan cara saya!
Saya terpaksa buang rasa ego dan malu supaya saya tak tersiksa di kemudian hari

Perkahwinan itu jalan halal untuk saya dan pasnagan
Dalam Islam tak sebutpun kena bermewah dan buat besar-besaran majlis pertunangan
Tak sebutpun kena buat itu ini
Asalkan tetamu yang hadir puas hati
Saya dah cukup gembira..

Biarlah orang nak mengata itu ini
Yang keluar duit bukannya mereka...
tak apalah..saya maafkan kata-kata mereka
Semoga suatu hari nanti mereka sendiri akan merasakan
Betapa NIKMATnya membuang rasa ego dan MALU untuk kebahagiaan diri sendiri
dan betapa SAKIT dan DERITA nya menjunjung ego dan malu supaya nampak HEBAT dimata orang lain sedangkan diri sendiri memang tak mampu!

Huhuhu..maaf sedikit emosi. Sekadar melepaskan rasa kecewa dengan sikap manusia yang susah di kikis.

Pada para B2B sekalian, jangan malu melakukan sesuatu yang SIMPLE dan bersabarlah dengan setiap kata-kata orang. Pasti ada hikmah dan ganjarannya di kemudian hari

Sunday, January 8, 2012

Sakit Kaki bahana panjat Gunung

Sakit!
Nak bergerak sikit pun saya dah mengaduh sakan..Lama sangat dah saya tak panjat gunung atau bukit. Last naik kira-kira 2 tahun lepas. Staminapun xcukup kuat. badan pun x fit. Walaupun dah warming up, tetapi tetap sakit teramat sangat.

Hari ni saya mahu rehat dan tidur. nanti saya akan update pasal ekspedisi mendaki 2 gunung. Saya berjaya tau! tapi kaki jer yang sakit..
Tak tahu macam mana nak gi kerja esok..Huhuhu..

Saya ke sini semalam....



Friday, January 6, 2012

DIY: Tutorial Buat Bunga Tisu Carnation

Sorry agak lama baru saya nak buat entri pasal bunga tisu carnation yang saya buat masa time bertunang hari itu. Ok, sekarang baru saya teringat nak buat entri pasal ni.

Seperti yang saya cakap before ni, bunga ni boleh buat dari 2 jenis kertas. Kertas crepe dan kertas tisu. Boleh rujuk entri saya yang lepas untuk tahu perbezaan carnation dari 2 jenis kertas ni di SINI

Untuk buat bunga ni, saya lebih prefer kertas tisu sebab jenis kertas yang lebih keras dan bunga tak mudah kemek. As I know, bunga tisu carnantion ni boleh digunakan sebagai pormander ball, hiasan pelamin dan hantaran. Ada jugak gunakan sebagai bunga telur dan bunga pahar.

Bunga telur @ Bunga pahar
Hantaran
Pomander Ball
 Ok..saya tak pandai nak buat tutorial dekat sini. Tapi, saya akan bagi link blog yang ada wat tutorial macam mana nak buat bunga ni. Korang boleh rujuk di

blog Story of My Chantique

atau belajar buat dari video youtube ni



selamat mencuba!

Tuesday, January 3, 2012

Harapan Di Ulang Tahun Kelahiran Ke-25

Alhamdulillah…..syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk merasai kehidupan di dunia ini. Hari ni, genaplah 25 tahun usia saya. Terima kasih mak kerana sanggup menempuh susah dan sakit untuk lahirkan saya ke dunia. Sayang mak sangat2!


Setengah orang cakap umur 25 ni dah boleh sambut Jubli perak. Usia 50 tahun pulak sambut jubli emas. Hehehe..yelah kot. Umur 25 dah di kira suku abad kan? Perasaan saya taklah se best time kecik2 dulu. Pantang birthday jer mesti sambut ramai2 dengan family. Ada kek, hadiah. Tapi bila dah berusia ni, hadiah tu kadang2 ada juga dapat. Kek pun sama. Last year ada jugak orang bagi. Tahun ni saya rasa macam nak beli sendiri dan hadiahkan untuk diri sendiri. Hehehe…….ok apa. Sebagai tanda saya menghargai diri sendiri. Tak salahkan?

Sambut Birthday jugak walaupun sorang2..hehehehe

Saya selalu mulakan azam baru di usia baru. Sebab saya lahir awal tahun, time tulah saya akan mulakan azam saya. Semoga Allah panjangkan umur saya, murahkan rezeki saya dan berkati hidup saya di dunia dan akhirat. 

Di usia 25. Saya...

1. Mahu Menjadi Insan Yang Lebih Baik


Saya mahu menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang lalu. Saya berazam untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Ingin menjadi Hamba, anak, saudara, sahabat dan perkerja yang lebih baik.

Hope My dreams come true


2. Mahu Menjadi Seorang Isteri
Antara impian terbesar saya tahun ni adalah untuk bergelar seorang isteri. Saya rasa saya dah bersedia untuk berkahwin dan membina keluarga sendiri. Sekarang, saya lebih kepada persiapan mental dan fizikal untuk berumahtangga. banyak benda yang saya harus tahu dan bersedia before kawen ni. Nak lebih rajin, lebih mahir dalam semua hal dan tenang dalam menghadapi masalah di kemudian hari. Nak belajar masak macam-macam. Risau oo..nak kawen ni. Macam-macam saya fikir. Hehehe..Semoga jalan saya menuju ke alam perkahwinan ini dipermudahkan dan diberkati Allah. Insya-Allah.



3. Mahu Bergelar Seorang Penulis Novel
Saya sudah mencapai impian saya untuk bergelar seorang Engineer pada tahun lepas. So, tahun ni saya berharap saya akan bergelar seorang penulis novel. Selagi novel saya belum siap dan diterbitkan, saya belum layak untuk dipanggil seorang penulis. Insya-Allah...saya berharap sangat tahun ni impian saya menjadi nyata.



4. Pergi Melancong Ke  Salah Satu Pulau Tercantik Di Malaysia =)
Saya tak berkesempatan untuk pergi melancong pada tahun 2011. saya cuma sempat bercuti ke Port Dickson jer. Itupun sebab ada reunion. Bagi saya PD tak menepati citarasa pelancongan saya. Huhuhu..=( Tahun ni saya nak juga pergi bercuti ke pulau-pulau yang cantik di malaysia. Pulau redang ke, Pulau Perhentian ke..harap-harap dapatlah saya menjejakan kaki ke sana. Doakan saya k!



5. Mahu Turunkan berat badan!
Hahaha..the same dream! Hope so lah tahun ni saya dapat turunkan berat badan saya dan capai berat badan yang saya target selama ni. Tahun 2010 & 2011 adalah tahun penambahan berat badan secara mendadak. Hampir 10 kg berat badan saya naik. Harap-harap lemak2 degil yang teramat degil ni dapat di hapuskan! Saya pernah berdiet selama seminggu dengan melakukan pemakanan teratur. Tak makan makanan bergoreng, berminyak. Banyak makanan yang di stim or rebus, exercise, jogging dan saya hilang hampir 2kg dalam tempoh tu! Best kan? Tapi disebabkan malas dan penyakit teringin makan itu ini berat badan saya masih di tahap yang sama.

At least sekurus time ni dan boleh pakai baju ni semula. Sekarang saya tak boleh pakai baju ni lagi dah! Huhuhu...

Taknak Jadi Macam Time ni dah..



Itu jer azam2 penting saya dalam usia 25 tahun ni. Saya akan terus berusaha dan berdoa untuk capai setiap satu darinya. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa saya ni. Aminn....

Sunday, January 1, 2012

Hari Terakhir 2011- Melawat istana penuh Misteri (Kellie's Castle)

Saya meraikan hari terakhir tahun 2011 di Batu Gajah,Perak. Saya pergi sanapun sebenarnya nak attend kenduri kahwin akak housemate . Bukan niat gi jalan2 pun..huhuhu... Dah terlajak ke Batu gajah, terus kami singgah ke Kellie's Castle yang cuma terletak di tepi jalan.


Korang pernah dengar pasal Kellie's castle ni? Kalau saya, bila sebutjer Kellie's castle, kepala otak saya cuma fikir " istana berhantu". Kisah misteri dan menyeramkan istana ni pernah saya baca dalam majalah Mastika. Itu yang buat hati saya teringin sangat nak melawat ke sini. 




Perasaan saya bila melawat istana ni?


Kagum!  Seyes, saya sanagt kagum dengan senibina istana ni yang nampak cukup sempurna dan classic. Hebatkan orang dulu2 buat kerja-kerja membina istana ni tanpa bantuan teknologi macam zaman sekarang? Mereka menggunakan sepenuhnya tenaga kerja manusia. Sejak dibina dari tahun 1906..sampailah sekarang..istana ni masih lagi berdiri kukuh. Hebat2!




Paling saya suka tentang istana ni ialah tentang bilik, tangga dan terowong RAHSIA yang ada di dalamnya! Satu langkah keselamatan yang di ambil oleh William Kelly (Pemilik Kellie's castle) jika berlaku sesuatu yang tak diingini.  Bijak betul! tetiba jer saya rasa macam nak buat tangga dan bilik rahsia ni bila ada rumah sendiri. Yelah kan, walau zaman sekarang ni tak berlaku lagi peperangan macam time dulu2 tapi kadar jenayah bersepah-sepah.


Ok. jom Kita imbas balik kisah disebalik Istana yang dikatakan penuh misteri ni




          William Kelie Smith di lahirklan pada 1 Mac 1870 di Dallas, Scotland dan berhijrah ke Malaya ketika itu berumur 20tahun untuk mencuba nasib di sini. Pada tahun 1905 beliau mendirikan Rumah Kellas, dan pada 1909 batu asas kedua untuk istana ini di dirikan atas dasar kasih sayang beliau pada isterinya.

            Di katakan beliau menggunakan khidmat pekerja dari Madras seramai 70 orang dan bahan binaan utama seperti batu-bata dan juga marmar di import dari Italy. Banyak tragedi berlaku ketika pembinaan istana ini dan ramai pekerja binaan terkorban akibat penyakit ganjil ketika itu dan memaksa beliau mendapatkan pandangan alternatif dari segi spiritual. Mengikut nasihat dan kepercayaan dari ilmuan India, Tuan Kellie mesti membina sebuah kuil untuk mententeramkan tuhan mereka.

          Tuan Kellie meghabiskan banyak wang ringgit dan kekayaannya untuk pembinaan rumah ini namun tidak juga berjaya di siapkan kerana perang dunia pertama meletus dan memperlahankan proses pembinaannya.Istana ini mempunyai menara setinggi 6 tingkat dan mempunyai acra Moorish yang banyak dan mempunyai seni ukir Greco Roman. Pada tahun 1926 Tuan William Smith Kellie pergi ke Lisbon Portugal untuk lawatan singkat ke sana namun dia meninggal dunia akibat radang paru-paru. Isteri beliau di Malaya sangat sedih dan kecewa lalu dia berhasrta untuk balik semula ke Scotland dan menjual bangunan ini kepada sebuah syarikat British bernama Harrisons and Crossfield. Istana ini tidak siap hinggalah ke hari ini dan ada lagenda mengatakan roh hantu tuan Kellie sentiasa berlegar di beberapa tempat di istana ini. Selain itu terdapat leganda mengatakan terdapat terowong rahsia yang menghubungi kuil yang berhampiran dengan istana ini.



             Hal ini diperkukuhkan lagi dengan berita penemuan terowong pada Jun 2003 ketika projek pembesaran jalan di lakukan di sepanjang 6 kilometer Gopeng-Batu Gajah, pekerja pembinaan secara tidak sengaja tergali sebahagian terowong yang dipercayai menghala ke kuil Hindu berhampiran. Ia dijumpai ketika pekerja excavator tergali struktur kayu bawah tanah, pihak muzeum ketika itu tidak memberikan apa-apa pengesahan namun berjanji akan melakukan siasatan lanjut.

              Sejarah bagaimana Tuan Kellie berjaya di sini adalah ketika beliau berhijrah ke Malaya di usia 20 tahun itu, beliau berjumpa dan berkenalan rapat dengan kontraktor bernama Alma Baker di Pulau Pinang, Alma baker adalah kontraktor ladang di Kinta dan Tuan Kellie membantu beliau membina jalan awam di Selatan Perak, serta menjadi rakan kongsi Alma Baker dan membeli 960 ekar tanah di Daerah Kinta untuk menanam pokok getah, kemudian estet itu dinamakan sebagai Kinta Kellas. Selain itu Tuan Kellies juga dikatakan menceburi perniagaan di bidang pengalian bijih timah dengan tertubuhnya lombong bijih timah dan syarikat Kinta Kellas Dredging Company.

              Dikatakan bahawa William Kellie Smith membuat lawatan singkat ke Britian dulu, dan sebab lawatan ini tidak di ketahui dengan kukuh namun ada mengatakan ia menghadiri reunion singkat dengan isteri dan anak-anaknya. Anthony telah dihantar pulang ke kampung halaman untuk menyambung pelajarannya di sana dan Agnes (isteri Tuan Kellie) menemaninya. Sekembalinya ke Europe, Tuan Kellie membuat detour ke Lisbon, Portugal untuk mengambil lift untuk istana Kellie yang telah dipesan dulu namun dia tidak berjaya pulang ke Malaya kerana meninggal dunia akubat penyakit radang paru-paru. Pada December 1926 William Kellie Smith di kebumikan dia British Cemerety dan isteri beliau Agens menjual semua share dalam syarikat dan juga semua ladang yang ada, hingga kini dia tidak lagi datang ke Malaya.



Koridor utama di tingkat atas.




koridor utama di tingkat bawah. Di koridor ini ada diletakkan nota bahawa roh Tuan Kelly pernah dilihat beberapa kali merayau rayau di kawasan ini

Tangga Rahsia Yang menuju Ke bilik Rahsia. Bilik ini boleh dijadikan tempat persembunyian jika berlaku kecemasan. Tangga-tangga rahsia juga terdapat di semua bilik yang menghubungkan antara bilik dan luar rumah

Thursday, December 29, 2011

Statistik Penceraian Yang Makin Meningkat. perkahwinan zaman sekarang makin rapuh?

  • Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.
  • Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.
  • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.
  • Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta ‘kekasih gelap’, ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan. 

Sumber Utusan Online

Berita pagi hari yang buat saya tersentap sendiri. Mudahnya orang bercerai birai sekarang kan?huhuhu..walaupun peneceraian tu perkara yang halal tetapi juga perkara yang dibenci Allah...Nauzubillah..minta-minta dijauhkan. Time bertunang ni pun 'mencabar" jugak sebenarnya. Hari-hari nak berselisih faham, nak gaduh. huhu..dugaan...

Tuesday, December 27, 2011

Azam 2011- Yang Tercapai & Tidak

Lagi 4 hari akan berlalu tahun 2011...and say hello to 2012! Bila bermulanya tahun baru pasti ramai yang mula berazam macam2 kan? sayapun! Tapi azam tanpa usaha hasilnya pasti mengecewakan. Huhuhu... Banyak benda yang saya mahukan dalam tahun ni. Ada yang tercapai dan ada yang tidak. Tapi, Alhamdulillah..saya bersyukur dengan apa yang saya dapat pada tahun ni.




Azam Yang Berjaya Direalisasikan =)

1. Menjadi Seorang Engineer

Alhamdulillah...ini impian saya sejak dari bangku sekolah. Start saja saya ambil course Civil engineering since sekolah teknik, memang inilah cita-cita saya. Syukur....saya dipertemukan dengan syarikat yang memenuhi citarasa saya. Setelah hampir setahun saya bekerja disini, dan saya rasa sangat selesa dan happy =)

2. Membeli Kereta

Finally, setelah sekian lama berharap, saya dapat juga membeli kereta sendiri. Alhamdulillah..saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya. Thank's juga untuk family dan rakan-rakan yang ajar saya bawa kereta. Hahahaha..lesen kereta dah 5 tahun lebih saya pegang, baru tahun ni saya berani drive. Selama ni motorsikal tulah transport saya ke hulu hilir. Hujan panas, itu aje harta saya. Now, kehidupan saya rasa lebih selesa bila dah ada kereta ni.

3. Berkongsi Rezeki Dengan Family

Tahun ni tahun pertama saya bekerja dan saya seronok kerana boleh berkongsi rezeki yang saya perolehi dengan family. gembira jer rasa bila adik-adik suka hati bila dapat beli barang yang diaorang nak. Hati saya rasa puas bila dapat menolong family apa yang patut.

4. Mengaktifkan Diri Dalam Bidang Penulisan

Saya mahu menulis novel dengan lebih baik pada tahun ni. Banyak benda yang saya belajar tentang penulisan novel walaupun secara tidak formal. Malah, saya rasa gembira bila ada pembaca yang tertunggu-tunggu karya dari saya. Saya anggap tahun ni adalah latihan untuk saya supaya dapat menyiapkan sebuah novel yang baik.

5. Mengenalkan Encik PH Kepada Family

Empat tahun saya berhubungan dengan Encik PH. Bukan secara rahsia. Family saya tahu cuma mereka tak pernah bertanya dan rasa ingin kenal siapa teman lelaki saya. Lagipun, saya menghormati prinsip mak ayah saya yang tak suka saya bawa balik lelaki ke rumah selagi belum mencapai kata sepakat untuk berkahwin. Mereka tak suka lelaki selalu datang ke rumah saya tapi belum tahu bila hendak berkahwin. nampak tak manis. 4 tahun kami bercinta jarak jauh. memang saya jarang berjumpa dengan Encik PH. Tapi saya bersyukur sebab sampai saat ini hubungan kami masih lagi bertahan. Paling best, saya kini sudah menjadi tunangan Encik PH. Plan "bertunang" lansung tak masuk dalam impian saya tahun ni....tapi sudah takdir dan saya terima dengan penuh kesyukuran,


Azam Yang Gagal Direalisasikan =(

1. Menyiapkan Manuskrip Novel Kerana Cinta Itu 

Sedih! seyes saya sangat terkilan sebab gagal siapkan manuskrip untuk novel sulung saya ni. Hmmm...saya mengaku yang usaha saya kurang. Tapi yang sebenar-benarnya saya kekeringan idea dan ilmu. Tapi saya try belajar dari kesilapan. Menghasilkan sebuah karya tak semudah yang saya fikir. Susah! Huhuhu...hope tahun 2012 nanti novel ni berjaya disiapkan. Insya-Allah...

2. Menurutkan Berat Badan

Target saya mahu turun 5 kg tapi saya cuma berjaya turunkan 2 kg. Huhuhu...azam saya nak dapatkan kaki yang kurus dan sihatpun tak tercapai jugak. Huhuhu...sedih2. Setiap tahun saya azamkan benda yang sama tapi asyik failed je! Takpe, cuba lagi tahun depan! hehehe...taknak give up

Friday, December 23, 2011

DIY Hantaran Pinggan Putih & Bunga Tisu

             Hantaran yang sangat simple tapi dibuat sepenuhnya oleh saya. Saya suka something yang tak terlalu serabut, mudah, ringkas dan tak membazir. Kalau boleh, benda tu boleh digunakan semula.Hehehehe...saya memang dah lama bercadang nak gunakan pinggan & mangkuk putih sebagai dulang hantaran sebab lepas lepas ni boleh digunakan semula untuk makan. So, xadalah kita buang macam tu atau buat hiasan. Huhuhu...Pinggan & mangkuk putih ni saya ambil yang brand milamine( Plastic sebab takut pecah). Saya pergi beli dekat PJ old town. Mulanya memang saya tak tahu nak beli dekat mana sebab survey banyak tempat semua mahal dan tak memenuhi pinggan citarasa saya. My officemate yang cadangkan beli dekat area PJ old town. Dekat situ ada banyak kedai yang jual pinggan dan barang plastic. Murah jugak selepas tawar menawar dapatlah sebiji pinggan RM7. Dekat Jusco saya tengok harganya RM 11.50. Jimatkan? Lepas ni saya boleh guna untuk hantaran kawen pulak, lepas tu, guna untuk makan lepas kawen nanti. Jimat dan berbaloi =)


Mangkuk Putih Yang kecil Harga RM 8 dan yang Besar RM 10.50

Pinggan Putih  bentuk empat segi. Sorry gambar terbalik tak tahu nape gambar ni xnak di rotate =(

                Saya memang belajar buat bunga tisu tapi tak terfikirpun nak guna sebagai hantaran. Tapi bila dah belajar buat saya rasa why not saya guna jer sebagai hantaran? Lagipun murah dan mudah. Jimat sikit kan? Saya buat bunga ni menggunakan kertas crepe (yang warna pink terang) dan kertas tisu (warna pink lembut). tapi saya lagi suka guna kertas tisu sebab keras dan bunga tak mudah terpenyek. Hehehe...Kertas crepe murah jer harga sekeping RM 0.80 boleh dapat 8 kuntum bunga. Kertas tisu sekeping RM 0.90 boleh dapat 4 kuntum bunga sahaja. Korang boleh beli kertas ni dekat kedai bunga. Kertas crepe tu saya beli dekat Popular jer. Sekejap jer saya siapkan bunga-bunga dan daun ni. Mudah sangat.

Kombinasi warna terang dan lembut


Bunga carnation dari kertas tisu

Bunga carnation dari kertas crepe

Daun yang tak berapa menjadi. Punyalah berjimat sampai daunpun saya nak buat sendiri. hehehe...

Bunga dan daun siap untuk dibawa pulang ke kampung

Dan hasilnya...biasa2 saja sebab dibuat dalam keadaan kelam kabut. Memang tak seperti yang saya harapkan tapi seronok sebab bakal mak mertua puji bunga yang saya buat ni cantik =)
Try2 guna kain tuala tapi xjadi bagi time tunang sebab semua sedara suruh kasi benda2 manis jer..hehehe. ni masa try2 je hias 

yang ni masa saya try2 jer...huhu








Simple kan? Saya harap time saya kawen nanti saya boleh buat lebih baik. Time ni saya kesuntukan masa untuk hias hantaran =(

Bunga tangan pun saya gunakan bunga tisu (yang dibuat dari kertas crepe). Lebihan kertas yang saya buat masa tengah gatal tangan nak wat bunga tisu ni. hehehe...sekarang saya dah pandai sikit2 buat beberapa jenis bunga tisu. Lepas ni saya nak try buat bunga lain pulak untuk hantaran kawen =)

Wednesday, December 21, 2011

REVIEW: Majlis Pertunangan Saya Yang SIMPLE


Majlis Yang simple untuk Orang yang simple macam saya =)  Saya tak kisah dah “cakap-cakap” orang, saya tak “malu” kalau orang tengok majlis saya yang simple begini sebab saya dan keluarga dah puas hati dengan kelancaran majlis tersebut. Begitu juga dengan family Encik Tunang.

Emak dan ayah saya mengutamakan makanan untuk para tetamu. Bagi diorang hal lain tak penting. Untuk majlis pertunangan saya ni, ayah saya cuma minta family Encik Tunang bawa sebentuk cincin  sahaja. Tak perlu barang hantaran iringan, tak perlu cincin merisik….mudah kan? Sayapun tak kisah. Saya hanya menurut kata ayah dan emak. Tetapi, bila family Encik Tunang nak juga bawa barang hantaran walaupun yang simple2,  sayapun buatlah juga hantaran untuk dibalas. Memang sangat ringkas! Hehehe…Tapi saya buat dengan seikhlas hati saya tau! 



Majlis yang serba serbi ringkas tetapi sangat meriah dengan makanan dan saudara mara yang datang bertandang. Penat memang penat, mana taknya sebaik sampai ke kampung, saya terus saja tolong mak ayah buat preparation untuk majlis bertunang. Penat memandu selama berjam-jam dalam kereta tak hilang lagi, saya terus ja mengemas dan menolong apa yang patut. Malam kahmis tu, ada beberapa saudara yang datang ke rumah untuk tolong kami menyiang rebung. Malam tu, pukul 3.30 pagi saya bari tidur.

Hari jumaat adalah hari untuk sembelih ayam. Hehehe…Bukan tak pernah saya buat kerja2 memproses ayam yang baru disembelih ni, tapi dah lama tinggal. Bapa saudra saya tolong sembelihkan 13 ekor ayam kampung spesis Gajah. Ayah dan emak saya tambah lagi 6 ekor ayam daging(ayam Bandar kot!) untuk dibuat masak merah. Hehehe..best tau kerja2 memproses dan mencabut bulu ayam ni. Suasana pulak riuh dengan gelak ketawa semua orang.

Sepanjang balik kampung, saya memang tak cukup tidur dan rehat. Memang busy betul. Semua benda nak kena buat tapi lega sebab ramai sedara dan jiran yang datang menolong. Ayam masak merah dan Gulai rebung bersama daging dan tulang lembu ayah saya upah kawan dia masak. Lebih mudahkan? Pihak kami cuma buat sambal belacan, sediakan ulam-ulaman, masak nasi, goreng ikan pekasam dan sediakan air. Sepeupu saya pula ada buat dadih sebagai pencuci mulut. Gulai rebung sangat sedap dan laku hari tu! Semua orang asyik minta tambah. Siap tapau bawa balik lagi!  Orang asyik bercakap tentang gulai rebung yang sangat sedap tu dari diri saya yang serba serbi simple ni!hahahaha… Betul ayah saya cakap, setiap majlis paling penting makanan. Bila tetamu semua puas hati, kitapun rasa seronok.







Kalau orang nak cakap saya dan family kedekut taknak wat majlis grand2 saya tak kisahpun. Saya dah bersedia untuk mendengar cakap-cakap orang. Sejak dulu saya di ajar untuk memuliakan tetamu. Buat dan berbelanja setakat mampu tanpa ada pembaziran. Kalau orang lain ada kemampuan dan boleh berbelanja lebih, tak apalah. Itu hak mereka. Tak perlu kita nak mengata atau menghalang.


Setiap orang ada majlis idaman masing-masing dan impian saya cuma mahu yang serba ringkas begini sahaja. Lgipun, majlis pertunangan saya tak mahu yang grand2. Bertunang belum menjanjikan sebuah perkahwinan. Saya sentiasa berjaga-jaga dan beringat tentang ini dan sentiasa berdoa agar sememangnya dialah  lelaki yang telah ditetapkan jodohnya dengan saya sejak azali untuk melengkapi hidup saya. Mudah-mudahan dengan izin-Nya kami berdua akan disatukan kelak. Doakan perhubungan kami ini di akhiri dengan ikatan yang sah. Kita hanya merancang, tapi dia yang menentukan-Nya. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik. Semoga impian kami untuk membina masjid bersama ini dirahmati dan dipermudahkan. Malah kami deberi kesabaran jiwa dan raga serta ketabahan hati dalam menempuhi alam pertunangan. Semoga saya sentiasa bersabar dengan “kata-kata” mereka. Aminn….



Monday, December 12, 2011

Gambar Jambatan Tercantik Di Dunia

Tower Bridge (London, England)




Golden Gate Bridge (San Francisco, US)




Sydney Harbour Bridge (Sydney, Australia)




Ponte Vecchio (Florence, Italy)




Gateshead Millenium Bridge (Gateshead, England)


Erasmusbrug (Rotterdam, Netherlands)


Westminster Bridge (London, England)


Millau Bridge (Tarn Valley,France)


Fehmarn Belt Bridge (Baltic Sea, Germany and Denmark)


The Kintai Bridge (Iwakuni, Japan)