Sayang Kamu !!!

Friday, December 23, 2011

DIY Hantaran Pinggan Putih & Bunga Tisu

             Hantaran yang sangat simple tapi dibuat sepenuhnya oleh saya. Saya suka something yang tak terlalu serabut, mudah, ringkas dan tak membazir. Kalau boleh, benda tu boleh digunakan semula.Hehehehe...saya memang dah lama bercadang nak gunakan pinggan & mangkuk putih sebagai dulang hantaran sebab lepas lepas ni boleh digunakan semula untuk makan. So, xadalah kita buang macam tu atau buat hiasan. Huhuhu...Pinggan & mangkuk putih ni saya ambil yang brand milamine( Plastic sebab takut pecah). Saya pergi beli dekat PJ old town. Mulanya memang saya tak tahu nak beli dekat mana sebab survey banyak tempat semua mahal dan tak memenuhi pinggan citarasa saya. My officemate yang cadangkan beli dekat area PJ old town. Dekat situ ada banyak kedai yang jual pinggan dan barang plastic. Murah jugak selepas tawar menawar dapatlah sebiji pinggan RM7. Dekat Jusco saya tengok harganya RM 11.50. Jimatkan? Lepas ni saya boleh guna untuk hantaran kawen pulak, lepas tu, guna untuk makan lepas kawen nanti. Jimat dan berbaloi =)


Mangkuk Putih Yang kecil Harga RM 8 dan yang Besar RM 10.50

Pinggan Putih  bentuk empat segi. Sorry gambar terbalik tak tahu nape gambar ni xnak di rotate =(

                Saya memang belajar buat bunga tisu tapi tak terfikirpun nak guna sebagai hantaran. Tapi bila dah belajar buat saya rasa why not saya guna jer sebagai hantaran? Lagipun murah dan mudah. Jimat sikit kan? Saya buat bunga ni menggunakan kertas crepe (yang warna pink terang) dan kertas tisu (warna pink lembut). tapi saya lagi suka guna kertas tisu sebab keras dan bunga tak mudah terpenyek. Hehehe...Kertas crepe murah jer harga sekeping RM 0.80 boleh dapat 8 kuntum bunga. Kertas tisu sekeping RM 0.90 boleh dapat 4 kuntum bunga sahaja. Korang boleh beli kertas ni dekat kedai bunga. Kertas crepe tu saya beli dekat Popular jer. Sekejap jer saya siapkan bunga-bunga dan daun ni. Mudah sangat.

Kombinasi warna terang dan lembut


Bunga carnation dari kertas tisu

Bunga carnation dari kertas crepe

Daun yang tak berapa menjadi. Punyalah berjimat sampai daunpun saya nak buat sendiri. hehehe...

Bunga dan daun siap untuk dibawa pulang ke kampung

Dan hasilnya...biasa2 saja sebab dibuat dalam keadaan kelam kabut. Memang tak seperti yang saya harapkan tapi seronok sebab bakal mak mertua puji bunga yang saya buat ni cantik =)
Try2 guna kain tuala tapi xjadi bagi time tunang sebab semua sedara suruh kasi benda2 manis jer..hehehe

yang ni masa saya try2 jer...huhu








Simple kan? Saya harap time saya kawen nanti saya boleh buat lebih baik. Time ni saya kesuntukan masa untuk hias hantaran =(

Bunga tangan pun saya gunakan bunga tisu (yang dibuat dari kertas crepe). Lebihan kertas yang saya buat masa tengah gatal tangan nak wat bunga tisu ni. hehehe...sekarang saya dah pandai sikit2 buat beberapa jenis bunga tisu. Lepas ni saya nak try buat bunga lain pulak untuk hantaran kawen =)

13 comments:

  1. memang lain dr yg lain lah eiymah...hehe...cantik...

    ReplyDelete
  2. u duduk shah alam?
    nk minta ajar la buat bunga crepe ni..kita pon nk tunang. nk buat simple mcm u..cantik tau..puji la..coz usaha sendiri..good job. boleh x bg no hp u or email?

    ReplyDelete
  3. mati2 saya igt akak guna carnation.
    rupa2nya kertas tisu..
    cantiklah kak. dlm gambo nakpak real. ^^

    ReplyDelete
  4. blinkalltheday:Hehehe..saja nak wat yg simple2. TQ

    Mrs Noc: A'ah..dekat shah alam.Ni email saya norfahimah87@yahoo.com

    Nadiah_abdillah:Hehehe..banyak gambar yg masa wat trial lagi nampak mcm bunga hidup.

    ReplyDelete
  5. cantiklah bunga tisu tu..macam real je..nanti wat lah satu entry.. tutorial nak buat bunga tisu..hee

    ReplyDelete
  6. good job imah.. jimat, cantik dan berbaloi

    ReplyDelete
  7. tahniah...mana gambar tunang ?..kihkihkih

    ReplyDelete
  8. anonyous:TQ..Insya-Allah..lepas ni saya akan buat entri tentang tutorial buat bunga ni

    Maria: TQ =)

    Sofea: Saja taknak tunjuk lagi. Lagipun masa bertunang mmg xambil gambar dia.

    ReplyDelete
  9. cantiknya bunga..x sangka pulak k,imah buat sendiri.nnt leh la bljr buat bunga tu dgn k.imah..

    ReplyDelete
  10. sangat cantik..kat office kita pun org tgh dok gila buat bunga tisu tu ..tp diaorag guna tisu putih jer..dekat kelopak2 bahagian atas diaorg colourkn dgn pen merah..mmg cntik..nampak real..

    ReplyDelete
  11. ziety: hehehe...tq

    Permata Biru @ farah:hehehe..yelah. Bunga ni memang cantik!

    ReplyDelete
  12. dear,as berkenan sangat2 dgn pinggan putih yang square tu...boleh belikan tak?

    emel as di ct_norasfiza@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  13. cantik la bunge tu!! ambe buat xpernah jadi kah kah kah

    ReplyDelete

Blog Menjaring Impian ini wujud sebagai blog personal saya. Saya menulis tentang hidup saya, pandangan saya, apa yang saya lalui dan alami. Mungkin blog ini boleh menjadi kenangan buat saya tentang apa yang saya alami sepanjang menjalani kehidupan. Mungkin juga sebuah catatan untuk anak cucu saya kelak. Terima kasih kerana berkunjung dan ingin memeberi komen di sini. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa juga mencerminkan siapa kita di mata umum. Boleh komen dan kritik.. Walau bagaimana pun bentuk teguran dan kritikan, diharap dapat menjaga sensitiviti orang sekeliling dan orang lain bila anda berada di blog kerdil ini. Thank you. Peace =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...