About Us

Sunday, November 27, 2011

Review Filem Puss In Boots

Puss yang sangat2 comel!!! geram macam nak picit2 jer muka si Puss nih....Seyes, masa tengok filem ni dalam panggung tadi memang perkataan "comel" yang paling kerap disebut oleh semua penonton. Kalaulah saya ada kucing macam Puss ni memang boleh buat kepala saya pening. Hehehehe....Kucing yang nakal dan dicop sebagai penjenayah. Playboy pulak tu! hehehehe...Tapi si Puss ni baik tau. Orang kampung dia jer yang tak tahu.



Bagi saya movie ni memang kelakar, santai dan happening!! Dengan sepasang boots yang sangat dibangakan oleh Puss, gayanya sahaja sudah cukup untuk buat penonton tak kering gusi. Macho tapi comel..hehehe. Geram betul saya tengok si comel ni. Tambah2 bila ada adegan dia menari dengan si Katty. Ini part yang paling best bagi saya dalam filem ni. Tarian dia nampak hidup dan sangat2 comel okey! hehehe...satu lagi bila si Puss buat muka kasihan dengan mata yang bulat, muka dia nampak very cute. Eii...geramnya saya! Hehehehe...




Pada korang yang sukakan kucing  dan suka tengok cerita cartoon, trylah tengok filem ni. Memang tak rugi. Best sangat2! Saya kasi 5 stars untuk filem ni. Lagipun saya ni peminat dan pencinta kucing, that's why saya nak sangat tengok filem ni! Hehehehe...



p/s: Tak sabar nak tonton Filem "Ombak Rindu" next week. Suka bila my favourite actress, maya Karin berlakon dalam filem ni. Hehehe..hope so, filem ni best macam novel lah..=)

Monday, November 21, 2011

Gambar Ular-Ular Laut

Saya penakut + sangat geli geleman dengan ular. kalau diminta pegang ular yang orang bela tupun saya taknak pegang. Takut! kalau mandi sungai, masuk hutan memang saya selalu berdoa moga2 tak terserempak dengan binatang ni. Rupa-rupanya ular ni bukan setakat boleh jumpa atas darat dan dalam sungai, dalam laut pun ada. Huhu..jom tengok!











Saya update gambar2 ni pun dah terasa meremang bulu roma. Huhuhu....

Friday, November 18, 2011

Tepung Goreng Ayam yang Sedap

Saya suka makan ayam! Sebab tu saya dah mula nak gemuk + comel macam ayam..hehehehe. Tapi tak adalah hari2 saya makan ayam. Mahu berlemak dan berpenyakit karang badan comel ni. Okey2. Stop bab intro. hari ni saya nak story pasal tepung goreng ayam yang best dan sedap. Ini bukan blog masakan ya tuan2 dan puan2. Ini blog sesuka hati saya. Sebab tu semua benda saya nak tulis, saya tulis jer...Tak ada specific2pun.hehehehe. Now, meh sini saya nak tunjuk tepung goreng yang sedap ala2 KFC. Tapi kalau korang nak guna tepung ni, korang kenalah pandai menggoreng ayam, Kalau tak, memang tak sedap!.Hehehe...


1) Tepung Goreng Serbaguna Cap NONA


Tepung goreng ayam or serbaguna brand Nona ni memang sedap. Saya suka goreng sotong, udang or cendawan guna tepung Nona ni. Sebab dia tak melekat dan gebu. Rasapun sangat sedap okey. Tapi, saya tambahkan sikit dengan tepung jagung & gandum untuk rasa yang lebih nyum nyum. hargapun murah. Kotak kecil dalam RM 1++ jer..


2) Tepung Goreng Ayam hot & Spicy cap BESTARI


 Yang ini syaa baru jer try semalam. Beli secara tak sengaja masa gi Giant last week. Ada akak tu tengah promo tepung ni dan suruh saya rasa ayam yang dah siap digoreng. memang sedap. Terus saya beli. Tapi harga agak mahal dari Nona lah. Kotak kecil je RM 2++. Tapi rasa memang superb! Yang bestnya tepung goreng bestari ni xpayah salut dengan telur  before gaulkan dengan tepung. Cara dia mcm style masak ayam McD (Maklumlah dulu saya nikan pembuat ayam dekat McD!Hehehe,,). Kena perapkan ayam bersama tepung yang dicampur air. Masa nak menggoreng, salutkan sekali lagi dengan tepung. Mudah jer. Tak silap saya, dia ada macam2 perisa macam mamak & original.


okey. Itu je saya nak share hari ni. Lepas ni bolehlah korang try ye!

Thursday, November 17, 2011

Monday, November 14, 2011

Days Without Make-up? Saya Tak Kisahpun…


Datang ke office tanpa make-up?
Saya selalau buat.
Keluar rumah tanpa bedak di muka?
Saya kerap juga buat..
Pakaian terlalu simple & x up to date?
Saya tak pernah pedulipun..
Yang penting saya rasa bersih, selesa dan saya yakin dengan diri saya..

Cantik itu subjektif. Ada orang dia rasa diri dia nampak sangat hodoh dan pelik tanpa make-up bertempek di muka. Sesetengah orang pula dia rasa dia akan nampak jelik dan kelakar bila bermake-up. Sampaikan bila orang nak make-up sikitpun dia dah lari sebab takut muka dia nampak pelik. Sebab tu saya rasa cantik itu subjektif. Kalau ditanya pada lelakipun, mereka ada bermacam pendapat. Ada yang suka tengok girls diaorang make-up tebal2, pakai cantik2....bergaya sakan. Ada juga yang suka tengok  natural beauty, simple dan tak terlalu sarat dengan bermacam hiasan. Lain orang lain pendapat. Yang penting bagi saya adalah keyakinan diri.  Jangan jadi mangsa make-up sudahlah... Sampaikan sesetengah orang terlalu taksub untuk kelihatan cantik hinggakan jadi paranoid kalau jumpa orang tanpa make-up dimuka.  Itu dah kira satu penyakit! Hehehe…


 Saya pernah ada kawan yang taksub dengan make-up sampaikan dia tak boleh nak berhadapan dengan orang ramai kalau dia tak make-up. Dia rasa dia kelihatan sangat hodoh tanpa make-up padahal kami semua rasa dia tetap cantik kalau tak make-up pun sebab orang dah memang cantik asli kan....Kalau dia terlambat bangun untuk ke kelas, dia lebih rela tak mandi dari tak make-up (Dia suka make-up lama2). So, selalulah dia gi kelas tak mandi pagi sebab pentingkan make-up. Hahahaha…Dengar macam kelakar tapi ini true story tau. Bila diri terlalu taksub dengan make-up, inilah jadinya..

Nak make-up pun kena ikut keadaan dan tempat juga kan. Takkan pergi pasar beli ikan pun nak bermake-up sakan macam nak pergi majlis makan malam? Hehehehe….Kalau saya, saya bergaya ikut mood dan keadaan. Asalkan nampak kemas dan bersih sudahlah. Kalau nak make-up dan bergaya ni saya selalu ikut pada mood. Kalau tengah sedih, tension dan marah..make-up tu jauh sekalilah saya nak pakai. Tempek bedak dekat muka pun dah cukup.Hehehehe..Ada masa bila terlambat datang office, bedakpun tak sempat nak tempek. Sampai office baru saya tempek bedak. Yang penting kita selesa dengan diri kita. Saya tak kisah dilihat tak up to date sebab bagi saya tak guna jadi hamba kecantikan sedangkan cantik tu sebenarnya atas diri sendiri. So, Yakinlah dengan diri sendiri… =)

Tuesday, November 1, 2011

Filem Paranormal Activity 3 Buat jantung Saya macam Nak Gugur!

Saya memang jenis suka tengok filem2 horror ni. Tak kiralah dari malaysia ke, Yang hollywood ke, yang korea or Thailand..semua saya nak tengok. Tapi tak semua filem yang memenuhi citarasa "seram" saya.

 Saya tengok Filem paranormal ni sabtu lepas dengan Encik PH. Ikutkan hati nak tengok Real Steel memandangkan ramai  sangat yang cakap Filem tu best tapi ticket full. So, kiteorang decide nak tengok Paranormal Activity 3 dengan harapan Filem ni best dan betul2 seram...

Mula2 start filem, memang tak da lansung kelibat hantu, cuma ada bunyi2 dan scene2 terkejut (Itupun dari pelakon sendiri bukannya hantu!)....Masuk pertengahan filem, memang buat jantung saya macam nak gugur ja. Dari muka concentrate pandang ke skrin terus beralih ke tepi. Tangan asyik tutup muka(Bukak sikit je bagi nampak screen tu kecil!). memang rasa seram sangat. Imej hantu yang hodoh2 memang tak ada dalam filem ni. Yang nampakpun bayang2 tupun tak clear sangat tapi seramnya melebihi tahap seram tengok filem yang hantu hodoh2. Mungkin sebab filem ni nampak real kot! Yang paling saya takut bila tengok hantu tu mengamuk sakan (hantu dalam rumah tu kerjanya mengamuk aje!) . Bukan saya je rasa macam tu, semua orang dalam panggung wayang pun takut sampai menjerit-jerit.

Paranormal Activity 3 ni mengisahkan tentang gangguan-gangguan menyeramkan yang dialami sebuah keluarga yang beru berpindah masuk ke dalam sebuah rumah. Hantu yang digelar "Tobby" yang menjadi rakan  anak perempuan mereka (Kristi) sering membuat gangguan sehingga memaksa Dennis (teman lelaki ibu Kristi) memasang kamera untuk merakam kejadian pelik itu disitu... Satu demi satu kejadian yang menyeramkan dialami keluarga itu hari demi hari...

Jalan cerita walaupun diambil sepenuhnya menggunakan rakaman kamera tetapi mudah difahami. Endingpun okey sebab penonton akan dapat jawapan pada semua gangguan-gangguan menyeramkan dirumah tu. Tak rugipun tengok filem ni sebenarnya sebab best dan seram! Pada yang suka tengok horror movie tu, bolehlah try tengok filem ni. Confirm korang tak rasa menyesal..hehehe