About Us

Thursday, October 27, 2011

TIPS BERJIMAT: Yang Korang perlu RAJIN & MALAS


Mari berjimat cermat! Banyak benda yang saya plan nak buat dan beli di masa hadapan. So, banyaklah juga duit yang diperlukan. Sekarang baru kerja 10 bulan, single lagi,,,so memang tak banyak sangat komitmen saya. Tetapi untuk masa2 hadapan, bila saya nak kahwin, nak beli rumah,dah ada anak..mesti perlukan duit yang banyak kan? Sebab tu saya rasa penjimatan itu HARUS!

Bagi saya, ada banyak benda yang kita boleh buat untuk berjimat. Tapi kalau nak saving yang lebih banyak dalam masa  yang singkat, so..banyaklah benda yang kita perlu RAJIN kan diri dan MALAS kan diri. Ini tips dari saya



Yang perlu RAJIN:

  • masak sendiri makanan sebagai bekal makanan tengahari di office dan di rumah

saya dah buat benda ni since saya masih belajar lagi. Memang jimat walaupun       saya masak untuk seorang. Dalam seminggu saya Cuma berbelanja lebih kurang RM 40 ringgit (sebab harga barang dah naik) untuk beli sayur + ikan+ ayam+ sotong +udang+buah-buahan . Beras saya beli yang 5kg tu boleh makan untuk sebulan lebih Cuma 13 ringgit je sekampit. Bila masak sendiri, saya boleh makan untuk pagi, tengahari dan malam. Kalau beli, saya mungkin perlu mengeluarkan paling kurang RM 12 sehari (kadang2 terlebih). Saya boleh jimat dalam 50% juga jika masak.

  • Basuh sendiri kereta or Motor dari hantar ke Carwash.                            

Selain berjimat, kita akan rasa lebih puas hati. Mencuci pun satu senaman jugak tau! Hehehehe..Bolehlah jimat RM 10.

  • Cuci dan lipat baju sendiri dari hantar ke Dobi.

Kos untuk dobi bukannya murah. Mahal jugak. Tak salahkan kalau rajin sedikit   untuk berjimat. Bersifat rajin tu kan bagus. Hehehehe…

  • Buat sendiri benda yang kita rasa boleh di buat berbanding beli or tempah

Contohnya macam kotak untuk simpan barang, buku catatan..hantaran perkahwinan, langsir dan sebagainya. Macam kotak & buku korang boleh guna jer balik barang2 terpakai untuk buat. Tak perlu nak membazir untuk membeli benda baru. Try kreatifkan diri. Ni salah satu cara untuk tambahkan daya kreativiti korang selain boleh berjimat!

  • Rajinkan Diri membaca secara online

Rajinkan diri membaca bahan bacaan dari internet dari membeli majalah or surat khabar. Kalau malas baca, tengok berita dekat TV pun ok. Saya tahu ramai orang suka membaca. Sayapun! Tapi untuk berjimat-cermat, belilah bahan bacaan yang penting sahaja. Lagipun dekat internet macam-macam benda dah ada. Korang boleh baca free jer dekat situ.



Yang perlu MALAS:

  • Malaskan diri untuk keluar bersuka ria or berfoya-foya setiap kali hujung minggu.

Untuk keluar bersuka ria memerlukan duit yang bukan sedikit. Nak gi makan-makan, window shopping. Walaupun niat asal kita kekadang nak window shopping jer tapi selalunya mesti gak ada benda yang terbeli. Iya tak?Untuk jenis orang yang tak boleh kawal nafsu beli belah tu eloklah malaskan saja diri korang pergi tempat-tempat macam tu tanpa tujuan. Kalau ada benda nak beli baru pergi. Tapi, mesti beli benda yang perlu jer. Ingat tu!

  • Malaskan diri untuk  tengok wayang

Ini betul. Even kita rasa tengok wayang tu salah satu cara untuk release kan tension tapi hakikatnya duit untuk tengok wayang tu bukannya sikit. Kalau filem baru dah 14 ringgit. Itu belum campur kos kunyah2 pop corn dan sebagainya. Teknologi canggih macam sekarang kejap je cerita2 macam tu boleh tengok dekat internet. Bukan tak boleh tengok, tapi tak perlulah setiap minggu nak tengok wayang. Memang tak dapat nak berjimat la..

  • Malaskan Diri untuk kerap makan fast food

Sapelah tak suka makan fast food kan? McD, KFC, Pizza….dan sewaktu dengannya memang boleh buat kita tergoda2 nak makan tapi harus diingat nak beli fast food kosnya bukan sikit. kalau hari-hari makan fast food, boleh kopak jugaklah poket korang kan? So..malas2kanlah diri tu ye dari asyik membeli di sana. Bukan tak boleh makan, Cuma kurangkanlah…kan banyak boleh jimat?


  • Malaskan diri untuk bergayut berjam-jam dengan pakwe or awek korang di telefon

Saya tahu ramai yang tengah angau bercinta suka bergayut berjam-jam di telefon.Tambah2 yang muda remaja kan? Normallah tu…orang tengah hangat bercinta kalau boleh taknak berenggang lansung dengan telefon. Kalau yang pakai prepaid tu jenuhler asyik top-up je kejanya. Kalu yang pakai bil, makin melambung-lambung pulak bilnya. Sudahnya, duit kita asyik habis untuk telefon saja. Kalau boleh, cuba buat perhubungan secara “matang”. Kalau nak jimat korang leh guna YM ke, sembang on FB ke, skype ke…lebih jimat. Tak perlu bergayut berjam-jam setiap hari untuk pastikan dia sentiasa sayang pada korang.  



     
Ok..ni je tips yang saya nak kongsi di sini. Walaupun wang yang disimpan tak sebanyak mana setiap bulan, tetapi bila disimpan setiap bulan akan jadi banyak juga kan? Tambah2 dengan taraf kehidupan yang semakin meningkat. Tak boleh nak harapkan gaji sentiasa naik sebab kalau gaji naik, selalunya barangpun akan naik sama . Tapi yang lebih parah bila gaji tak naik tapi barang naik.Huhuhu….sape nak tolong tu? Apapun, berjimatlah untuk masa hadapan!

Sunday, October 23, 2011

Tolong! saya dah jatuh cinta dengan Bunga Bleeding heart


Bleeding Heart...cantik dan sangat unik. Orang yang "terluka hati" msti lagi suka tengok bunga ni kan? Namapun bleeding heart. Walaupun namya sadis tapi rupanya seyes cantik! tak tahu nape sejak seminggu dua ni saya tak jemu2 tengok kecantikan bunga ni. Bentuk yang unik macam love. Kalaulah saya dapat tengok bunga ni depan2 mesti best! tapi dekat Malaysia tak ada bunga ni.Huhuhu..




















Saturday, October 22, 2011

20 spesis Drebar Di malaysia


1. Spesis Ghaib.
Dia suka tampal sticker kat cermin tingkap dia. Kita pun tak tahu siapa yang bawa kereta sebab tak nampak muka dia. Kita pun bimbang juga, manalah tahu kereta jalan sendiri tanpa pemandu.

2. Spesis Perasan.
Dia suka ikut lorong tengah yang dikhaskan untuk kereta yang dipandu laju. Dia pakai kereta VW antik. Tapi dia perasan dia pakai Ferari.

3. Spesis Sadis.
Dia bagi signal kanan kat sebatu. Tapi bila sampai kat simpang, dia belok kiri. Sabar jer lah.

4. Spesis Tegas.
Dia bagi signal kanan dan serentak dengan itu dia pun belok kanan. Kita kat belakang ni terpaksalah brek pakai dua belah kaki ! Menyampah betul !

5. Spesis Dermawan.
Dia suka suruh semua orang kiri kanan jalan dulu. Kadang2 kereta kat belakang dia dah berderet dekat sebatu. Rasa nak angkat kereta dia letak kat tepi !

6. Spesis Malang.
Dia tunggu nak ambil parking kereta orang yang baru masuk keretanya dengan membawa barang2. Dia ingat orang tu nak keluar. Rupanya orang itu nak tidur, sementara menanti isteri dia gunting rambut.

7. Spesis Khayal.
Dia dari KL nak balik Senawang. Dia lupa nak keluar tol Senawang. Sedar2 dah sampai Tambak Johor. (Bukan saya lah!)

8. Spesis Keliru.
Dia selalu termasuk jalan yang ada tulis "no entry". Kemudian dia buat-buat heran, lepas tu cakap "ehh bukan ke semalam jalan ni boleh masuk" kepada orang yang tengok dia.

9. Spesis Zalim.
Dia terus je masuk tempat parking yang kosong, walupun dia tahu ada orang lain yang dah sekerat hari tunggu nak masuk tempat tu.

10. Spesis Wara'.
Dia baca doa masa nak ambil kunci, baca doa lagi masa nak buka pintu, baca doa lagi masa nak start enjin, baca doa lagi masa nak undur, baca doa lagi masa nak bergerak. (Saya tak komplen, cuma nak cerita jer. Kan baca doa tu baik. Jangan silap faham). Kalau dia nak kongsi kereta dengan saya, kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan.



11. Spesis Selamba.
Semua spesis pemandu di atas saya boleh tahan lagi, tapi spesis pemandu selamba ini saya betul2 tak boleh tahan. Bila kita sampai kat simpang empat, kita pun berhenti sebab nak belok kanan. Tapi spesis pemandu ini elok jer melintas depan kita dan jalan terus ... langsung tak bagi signal. Lain kali kalau nak jalan terus, bagilah signal !

12. Spesis Penakut .
Dia suka ikut dekat2 dari belakang. Kita laju dia pun laju, kita perlahan dia pun ikut perlahan. Ntah apa yang dia takutkan !

13. Spesis Riak.
Dia ni hantar anak sekolah, kalau boleh nak kereta sampai masuk dalam kelas. Kalau makan kat restoran, kalau dapat kereta nak duk sebelah meja. Mentang2lah kereta dia Sang Kancil Super Turbo Hard Top Special Edition 660 cc.

14. Spesis Tamak.
Dia ni suka ikut tengah2 jalan. Kita nak potong kanan pun tak dapat, kiri pun tak boleh. Kalau parking pun gitu juga ... Kita nak parking kiri, tak muat ... kanan pun tak celus. Ikutkan hati mahu rasanya nak parking atas kereta dia !

15. Spesis "Herman".
Dia pakai kereta jenis BMW 740 bdsup - Model tahun 2010. Tapi bila kena hon sikit dek Kancil, dia punyalah terperanjat terus masuk dalam rumput.

16. Spesis Mamai Angau
Dia bawa kereta melelong-lelong. Kita pun tak tahu dia nak ke mana. Semua jalan macam dia yang punya. Asyik bercakap telefon dengan makwe dia. Kalau dia hantar SMS lagi haru kita. Kita bagi lampu atau hon, bukan dia dengar.

17. Spesis Ulu.
Dia ni agaknya tak pernah masuk pekan. Dia selamba je buang plastik bekas teh tarik dari tingkap kereta dia. Nasib baik dia tak buang buah kelapa. Kita bagi hon, dia tunjuk penumbuk. Dia langgar belakang kereta orang kat lampu merah, dia boleh marah "siapa suruh awak berhenti?".

18. Spesis Penyayang.
Dia ni kereta ada tapi jarang guna.. Kalau hari hujan ... dia naik motor pergi kerja. Takut kereta basah. Kalau balik kampung, lebih rela naik bas. Takut tayar keretanya dahaga haus. Malam hari pasang ubat nyamuk kat kereta. Tak apalah ... kereta dia. dia punya sukalah.

19. Spesis YB.
Dia ni suka angkat tangan dengan semua orang. Kalau berhenti kat lampu merah, orang kiri kanan semua dia angkat tangan. Kalau boleh dia nak keluar dari kereta dan salam sekali dengan dia orang.

20.. Spesis Cemas .
dia ni suka sangat ikut lorong kecemasan.


SUMBER: Ada officemate kasi.tengah bosan2 ngadap keja dekat office ni saya update entri dekat sini.hehehe..ada rasa macam spesis drebar dkt atas ni x?

Friday, October 21, 2011

Gambar Masjid Tercantik Di Dunia

Alhamdulillah....hari ni dah hari jumaat. Hari yang baik, entri yang baik. Hari jumaat adalah hari yang terbanyak umat islam berkunjung ke masjid (lelaki) untuk mendirikan sembahyanag jumaat. Setiap Masjid itu sudah lahiriahnya sedia cantik dan indah. Tetapi dalam entri saya hari ini saya nak update pasal masjid yang tercantik senibinanya di dunia.


Masjidilharam, Mekah




Masjid Nabi Muhammad SAW




Masjid Biru






Masjid-Masjid Di Borneo










Masjid Di Bahrain








Masjid Putrajaya, Malaysia




Masjid Zahir, Kedah malysia




Masjid Al-Mashun




Masjid Tercantik  Di Brunei














Masjid Sultan, Singapura




Masjid Baiturahman, Aceh, Indonesia





Wednesday, October 19, 2011

Negeri kelantan Bakal kenakan hukuman kepada pasangan yang sesuka hati bercerai?

Huh...panjangnya tajuk.hehehehe...teringat pagi tadi ada baca berita dekat the star yang negeri kelantan dalam perancangan untuk kenakan hukuman kepada pasangan suami isteri yang bercerai tanpa alasan yang sah.  Malah, kemungkinan hukuman penjara juga boleh dikenakan pada pasangan yang didapati bersalah. Memandangkan kes penceraian makin bertambah dari tahun ke tahun dan negeri kelantan juga berada di tangga ke-4 dalam negeri terbanyak yang menyumbangkan penceraian di negara kita, langkah sebegini mungkin akan di ambil. 


Yelah kan..sekarang ni soal kahwin cerai orang dah buat main-main. Mudah je nak bercerai atas perkara yang kecil. Kadang-kadang bile berlaku penceraian ni mangsanya anak-anak. kesian sangat. Kalau orang biasa yang bercerai ni mungkin kita tak nampak sangat tapi kalau artis bercerai mungkin semua orang tahu. Alasan senang je, tak ada jodoh. Reason yang orang tak boleh nak kata apa. tetapi kena ingat, penceraian itukan perkara halal yang paling dibenci Allah. Sebaiknya elakkanlah kalau setakat perkara kecik-kecik tu. Berkahwin atas dasar cintapun boleh bercerai birai. jauh beza dengan zaman atuk dan mak kita dulu. Berkahwin keluarga yang aturkan tapi bahagia hingga ke hujung nyawa. Bila bercakap tentang penceraian ni tak tahu salah siapa. bagi saya perkembangan teknologi dan persekitaran pun menyumbang pada kadar penceraian yg makin meningkat ni.yang penting, sama2lah kita doakan akan perkahwinan kita semua berkekalan dengan limpahan bahagia. Aminn...

Monday, October 17, 2011

Tengah gatal Tangan Nak Buat Bunga Tisu!

        Tetiba je hobi lama saya datang balik. Gatal tangan nak buat benda-benda kreatif ni. Hehehe..rasanya dah lama betul saya tak buat benda-benda macam nih. Time sekolah dulu jer rajin. Time orang sibuk buat benda pakai straw, pakai sabun..semua saya nak try buat. Bila dah masuk U dengan kerja ni ja yang jadi malas. 


            Tak sengaja, time saya sibuk berblogwalking minggu lepas, terjumpa pulak blog yang ada buat bunga tisu ni. Tetiba ja rasa teruja tu datang! Saya rasa nak sangat try. Saya mulalah google sana sini nak cari step untuk buat bunga-bunga tisu ni. Youtube pun saya search jugak. nak belajar buat bunga. lepas dah tahu serba sikit tu, sibukla pula mencari kertas tisu atau kertas crepe ni merata tempat. Last2 beli dekat MYdin sebab murah. 10 keping RM 3.60 jer kalau dekat kedai bunga sekeping 90 sen. Murahkan? sekeping kertas ni boleh buat 4 kuntum bunga carnation. Sebenarnya, buat benda ni boleh jadi macam terapi otak sebenarnya. Time sakit kepala + stress +tension tu datang, saya buat benda nilah untuk release kan tension dekat kepala otak tu.Hehehe.....tapi saya tengah belajar buat lagi. kalau boleh saya nak buat bagi cantik  macam gambar2 dekat bawah ni......
















Cantik kan? Saya dah excited bangat dah ni nak try buat. hehehehe...Nanti kalau jadi, saya tunjuk dalam blog ni. Hope so, jadilah..hehehe =)

Saturday, October 15, 2011

Gambar2 Ukiran Unik Pada Buah Tembikai

Buah tembikai memang sedap dimakan. Tambah-tambah kalau yang sejuk, lagi sedap rasanya. Ingat lagi time saya kecik-kecik dulu saya suka makan buah tembikai yang dikorek isinya mnggunakan sudu. Hahaha....cara orang malas. Sebab time kecik-kecik tak pandai potong buah.lagipun mak xbagi pegang pisau. Cara senang, korek je isi buah tu guna sudu. Hehehehe...Tapi sekarang ni buah tembikai bukan setakat orang buat makan, malah diukir dan di hias cantik. Tapi ada jugak yang nampak pelik dan menakutkan. Erk! jom kita tengok..














































Friday, October 14, 2011

sikap seseorang berdasarkan negeri kelahiran? Ya ke?

Salah satu mentaliti masyarakat sekarang adalah  "judge a book by its cover" bukannye  "judge a book by its contents". Saya tak tahu bilakah statement macam ni akan berubah. Saya akui, dulu sayapun agak terpengaruh dengan kata-kata orang tentang sikap orang negeri itu, sikap orang negeri ini. Yalah....hidup bermasyarakat, mestilah benda-benda macam ni akan jadi topik bualan semua pihak. baik yang tua atau yang muda, pandangannya tetap sama.



"Jangan kawan dengan orang negeri X ni sebab orang-orang negeri X ni jenis kuat bomoh"
"Jangan couple dengan orang negeri Z ni sebab orang-orang negeri Z ni jenis perangai buruk. Suka kaum kerabat negeri dia ja"
"Jangan kahwin dengan perempuan negeri V ni sebab perempuannya malas dan pengotor. Merana kau nanti"

Dan ada macam-macam lagi ayat yang saya selalu dengar. mungkin orang negeri X,Y, V atau Q ni buat salah. mungkin beberapa orang yang bersikap buruk tetapi yang kena "sumpahan" dan "tohmahannya" seluruh rakyat senegeri. Takkanlah semua orang dalam negeri X,Y, V atau Q ni berperangai sama. Bukan ke lain orang lain sikapnya. kalau nak cakap perbezaan tentang budaya dan makanan tu memanglah betul tapi kalau tentang perangai ni memamg saya tak setuju.

Tak pasal-pasal salah segelintir saja semua orang nak tuduh semuanya sama. Tak logik lansung. Sedangkan dalam agama pun ada cakap, Allah jadikan manusia ni semuanya suci murni dan bersih dari segala noda, Kitalah yang mencorakkan sendiri hidup dan akhlak kita. Bukannya kalau lahir negeri ini, sikapnya memang automatic jadi macam negeri tu. Saya ada kawan dari pelbagai negeri dan kalau jumpa kawan yang negeri samapun sikap dioarang lain. Ada yang tak samapun macam yang orang selalu cakap kan. Bagi saya tak semua orang macam tu! Statement tu harus di ubah.

Yang saya kesalkan bila isu negeri ni selalu jadi halangan untuk berkahwin. banyak dah saya jumpa kisah macam ni. Pasangan tak dapat kahwin sebab kelurga tak suka si lelaki datang dari negeri Q. Tanpa tengok muka dan bersuai kenal, terus si lelaki di reject jadi menantu. Si perempuan terpaksalah ikut sebab dah itu kehendak mak ayah. Yalah, restu ibu bapa tu kan penting.

Entah sampai bila mentaliti tentang isu ini kan berubah sayapun tak pasti.

Tuesday, October 11, 2011

15 Bunga Tercantik Di Dunia

Saya sangat sukakan bunga..hehehhehe. Biasalah perempuan, mestilah suka bunga kan sebab bunga tu kan sifatnya cantik, warna warni...suci, romantik & melambangkan cinta (ya ke?hehehe...). Pendek kata bunga memang selalu dikaitkan dengan perempuan. Tapi korang mesti nak tahukan 15 jenis bunga yang tercantik di dunia? Saya dapat maklumat ni hasil dari pencarian saya dekat pak cik Google. Tapi ni nama in english yer. Jom tengok!


Canna





Cherry Blossom




Colorodo Columbine






Hydrangea






Lily of The Valley






Calla Lily






Black Eye Susan






Bleeding Heart






Blue Bells




Lantana




Rose






Oriental Poppy






Mussaenda Erythrophylla




Begonia






Ixora






Dendrobium





Subhanallah....betapa indahnya ciptaan Allah...