About Us

Friday, February 27, 2015

Tazkirah Jumaat. Jom bersihkan Hati!

Jom sama-sama bersihkan hati!






Untuk article penuh boleh rujuk link sumber di bawah.

Sumber: Langit Ilahi

Wednesday, February 25, 2015

Happy Birthday Fayyadh!



Hari ni genap setahun umur Fayyadh. At the same time genap setahun jugalah  saya & suami bergelar “mama” & “Abah”.

Terasa macam baru semalam je saya lahirkan Fayyadh.

Terasa baru lagi merasa bau2 syurga dari tubuh montel dia.

Terasa baru sangat tengok dia senyum, meniarap& menyusur

 Terasa baru sangat!

Cepatnya masa berlalu…..

Betul lah orang kata, bila anak dah besar kita akan rindukan masa-masa kecil dia. Sekarang Fayyadh baru setahun tapi saya dah mula rindu masa2 dia baru lahir (T_T ). Macam tak percaya jer kami mampu jaga khalifah kecil ni dengan baik. Dah setahun pun…Dulu masa Fayyadh baru lahir, memang risau fikir macam manala nak handle baby, nak mandikan baby, nak make sure perut baby tak masuk angin, apa nak buat kalau anak demam, anak sakit? Macam-macam saya fikir tau. Dengan family & family in law jauh. Takde tempat nak merujuk melainkan doktor dan kawan-kawan.  Tapi saya & suami berjaya juga  harungi bersama. Memang kekuatan & kesabaran tu Allah bagi setiap ibubapa. Walau mula dari tak tahu apa2, tapi untuk anak kita boleh hadapi semuanya. Saya jenis mudah mengelabah & panic sikit kalau anak sakit. Kalau Fayyadh start muntah2 je memang badan saya terus mengeletar. Takut, risau. Memang tak fikir lain, fikir bawak jumpa doctor.
Anak kesayangan mama ni dah setahun pun umur!

Untuk Fayyadh..

Mama nak Fayyadh tahu, yang mama & abah sayang sangat2 dekat Fayyadh.
Fayyadhlah pengarang hati mama, Penghibur mama, pengubat jiwa mama..
Fayyadh jugak kekuatan mama.
Harta dunia akhirat yang mama ada. Pinjaman terindah dalam hidup.

Banyak yang mama belajar dari Fayyadh. Erti sabar, erti kuat, erti jangan putus asa, erti menghargai apa yang kita ada.


Mama minta maaf andai selama mama jaga & besarkan Fayyadh ada terkurang sana dan sini. Mama still lagi berusaha untuk jadi ibu yang baik, yang lebih memahami anak mama ni. In sha Allah, mama akan usaha baiki lagi mana yang kurang supaya mama boleh didik & jaga anak mama ni baik2.

Semoga Fayyadh panjang umur, sihat selalu, jadi anak yang bijak, yang soleh dan berjaya dunia akhirat.




Monday, February 23, 2015

7 Tahun sudah!

Begitu pantas masa berlalu..

Tak sedar, hari ni 23.02.2015 genap 7 tahun sudah perkenalan erat antara saya dan suami.

7 years & still counting..

Walaupun dah 7 tahun kenal, tapi hidup bersama baru 2 tahun setengah (berkahwin). Alhamdulillah..





Kami kenal waktu masing2 tak punya apa-apa. Tak punya kerjaya, tak punya pendapatan, tak punya harta. Yela..masa tu masing2 study lagi. Yang ada, keikhlasan hati budi saja.

Kalau dihitung, Dah banyak yang kami lalui sepanjang 7 tahun ni. Susah senang sama2. Bagun dan jatuh sama2. Dulu masa time couple, jauh2 (pjj),  honest x banyakpun yang kami boleh kenal dri masing2. Tapi lepas Kawen, barula kami lebih mengenali. Baru belajar sesuaikan diri untuk hidup bersama satu bumbung.

Apa yang pasti, dia jodoh yang Allah pilih untuk saya. Dia lelaki yang Allah pilih untuk jadi suami saya. Saya bersyukur dengan jodoh yang telah Allah tetapkan ini. Memang kami serba kekurangan. Dia atau saya. Ada saja compang camping sana-sini. Tak sempurna manapun. Tapi, bila saling melengkapi, yang kurang itu jadi baik & sempurna saja di mata kami.


Ada ke bezanya lepas 7 tahun ni?

Dah tentu banyakkk... sangat bezanya!

First sekali, saiz badan kami yang kian melebar dengan jayanya. Hahaha....Lebar secara berjemaah gitu!

Yang lain rasa yang berubahpun disebabkan atas dasar tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu & bapa. Perubahan disebabkn peningkatan usia. Haruslah jadi  lebih matang & bertanggungjawab kan.

Suami, ada setengah part yang dia agak strict dan bertegas sikit dengan saya. Pasal urusan masa, pasal solat, pasal mandi & bersiap ( tak suka saya berlenggah & bermalasan), pasal pentingnya 'family time'. Dulu masa couple, takdela tegur sangat. Dah kawen ni, banyakla kena tegur sebab itu tanggungjawab dia kan.

Saya? Yang paling ketara berubah lepas 7 tahun ni, Perangai buruk  lepas beranak ni ha. Mudah nak emo, nak angin, nak marah2. Mula nak berleter. Perubahan hormon barangkali. Sindrom orang lepas bersalin. Hormon x stabil. Haha...Tapi lepas 10 bulan barulah emosi ok sikit.
Alhamdulillah...Kadang tak sedar perangai dah berubah kalau takde orang tegur.

Yang lain rasanya sama je macam dulu. Kami tetap orang yang sama macam dulu.

Kalau awal-awal kenal dulu, saya merajuk, marah2 dia still tak jemu memujuk. Sampai dah ada anak sorang ni macam tula jugak dia. Dah 7 tahun dah.  Still lagi suka memujuk, buat lawak nak hiburkan saya yg tengah marah. Satu benda yang paling saya suka dengan husband. Tak kiralah saya yang mulakan pergaduhan antara kami or dia yang memulakan, end up memang dia yang akan pujuk saya jugak. Dan sampai hari ni, kalau bergaduhpun tak pernah melebihi 2 jam. Hope masa-masa ke depan pun kami still macam ni. In sha Allah..

7 tahun yang indah untuk kami berdua. Tambah indah lepas kehadiran Fayyadh.

Saya tak harapkan hubungan ni jadi bertambah-tambah indah. Kalau bertambah -tambah indah, itu satu bonus. Pada saya, cukuplah kalau kami mampu kekalkan kebahagiaan yang kami ada. Dah bersykur sangat kalau masih dapat kekalkan macam sekarang. Bahagia yang kami sendiri tahu, dengan cara kami sendiri. Paling penting, rasa sayang, kasih, cinta, perkara yang selalu kami buat dari dulu tetap kami kekalkan dari hari ke hari.

Bukan mudah nak buat hubungan tu berada di fasa yang sama tanpa rasa jemu.

Bukan mudah nak kekal romantik dengan suami @ isteri walaupun usia dah menginjak tua.

Bukan mudah nak jadi suami isteri ala "pengantin baru" hari2.


Paling penting, Bukan mudah nak bawa penghuni rumah tangga semuanya ke syurga.

Bukan mudah tapi takde yang mustahil kan?

Semoga rumah tangga kita semua  kekal bahagia selamanya

Tuesday, February 10, 2015

Social Life orang yang dah Berkahwin


Orang selalu cakap nak enjoy menjoi, nak bersosial seronok2 dengan kawan2 time bujang je. Nanti dah kawen dah tak boleh dah enjoy sangat. Hidup hari2 untuk kerja & untuk keluarga. Hari2 ulang benda yang sama. Itu benda yang saya selalu dengar dari dulu.


Tapi bila saya dah kahwin, dah alami sendiri saya rasa statement tu salah. Husband saya pun cakap benda yang sama. Siapa cakap dah kawen, dah ada anak tak boleh bersosial? tak ada life? Bolehla! cuma kena enjoy & bersosial cara orang yang dah kawen. Sebab ada limit tertentu & tanggungjawab yang harus digalas. So cara bersosial pun kena tukar sikit. Takdela sampai lupa terus!

Alhamdulillah..lepas kawen hubungan saya dengan kawan rapat & kawan2 lain masih macam biasa. Tak terputus apa2. Yang best, lagi eratkan silatul rahim sebab kita kenal pasangan kawan kita. Kenal anak diorang. Bila ada apa-apa,  kawan  datang rumah. Kiteorang gi melawat diorang dekat rumah diorang. Jumpa dekat luar. makan2 sambil borak2 cerita life masing2. Happy apa. Happy sebab perkahwinan tak jadi halangan oun nak terus berkawan. Ada jugak Plan nak bercuti sama-sama. Yang best, Saya pun kenal kawan2 husband. Dia Pn sma.

Ikut pasangan masing2 attend majlis or kenduri kawan. Takdela duduk rumah je tak pergi mana-mana. Orang jemput pergi kenduri, tak kenal kawan husband tak nak pergi. No. Kawen bukan bermaksud social life kita hilang trus. Ada. Cma sedikit berbeza.

Anak pun try kenalkan dengan anak-anak kawan. Hope bila dah besar nanti boleh berkawan dengan anak-anak kawan kita. Mujurlah dapt suami yang tak sekat saya dalam berkawan janji ada limit. Siap boleh join lg. Sekali dua jmpa mmg dia malu segan. Lama2 dah jadi kawan dia dah pun. So rasa happy bila husband kita boleh berkawan dengan husband kawan kita. Boleh serasi. Memang tu yang nak.

Sama juga dari segi social life nak ke sana sini. Sejak kawen, rasa sama je kiteorang ni. Dah ada anak pun tetap berjalan gi sana sini cuma ada la limitnya. Ada tempat yang boleh bawak anak pergi. ada yang kurang sesuai. Ada aktiviti yang boleh buat, ada yang tak boleh. Yang ni yang bezanya dengan hidup zaman berdua or bujang. sesuai atau tak.

Tambah dah ada social media macam Fb, whatsapp, we chat semua lagila senang nak contact dengan kawan-kawan kn. Boleh jugk tambah kawan baru.

Tapi tu ar..kadang media sosial ni x sama macam jumpa real life. Kenal bersahabat depan2 kan. Lagi best kalau dapat jumpa & saling kenal mengenali macam dulu2  cuma tu ar...tak de masa. Kitapun sibuk dengan kerja, dengan family tapi tak adala sampai takde masa nk bersosial. Selagi tak bertentang dengan agama pada saya ok je.

Cuma kadang bila bnyk chat dekat whatsapp ni ada yang melalaikan jugak. Saya dulu banyak kali kena tegur dengan husband. Sekarang ni dah slow2 kurangkan. Kiteorang ada peraturan dekat rumah. Bila family time tinggalkan phone semua. Masa fokus untuk family je. contoh, nak makan tak boleh hadap phone. Nak main dengan anak pun sama. Gi bercuti pun. Siap off data plan. Macam tu jugak bila spend time dengan suami. Quality time dengan family tu still kena ada. Nanti terbiasa semua gi mana-mana asyik hadap phone je. dah kurang komunikasi sesama sendiri. Dah jadi kurang bercakap. Kurang bertegur sapa. Masing2 buat hal sendiri. Makan dekat kedai hadap phone. jalan2 sama2 hadap phone. Dalam kereta suami drive isteri belek phone. semuanya lah! dan paling takut bila nanti rindu saat tengok anak membesar depan mata. Bila tak spend time betul2 dengan anak. Mmg akan rindu msa dia msih baby.  Masa untuk bersosial dengan kawan2 jugak ada tapi ada masa nya. Kna pndai atur masa.

Enjoy je apa yang kita ada. Jaga batas. jaga pergaulan. Jangan abaikan rumah tangga. Ingat status diri as ibu & isteri. Jaga maruah suami.

Tu je yang penting.

Kita enjoy cara orang yang dah kawen. Best apa!


Wednesday, February 4, 2015

cuti-cuti Melaka 2014

Entri terperam dalam draft. Tapi nak jugak update walaupun bukan cerita baru.

Tahun lepas masa bulan 8, kiteorang ada gi melaka jalan-jalan. Tapi 2 hari 1 malam saja. Masa cuti hari merdeka. Risau jugak kalau jammed masa ke sana tapi Alhamdulillah tak jammed.

Masa dekat sini, kiteorang menginap dekat Hotel Mid City. Hotel baru. Tak susah cari hotel ni. Tak jauh dari dataran Pahlawan. Dalam waze ada. Masa ni hotel ni tengah buat promo dekat agoda. Harga semalam 100 lebih sahaja.

Inilah hotel Mid City melaka. ( gambar sumber agoda)





Hotel memang sangat selesa, bersih dan semuanya baru2. Sebab hotel pun baru, haruslah semuanya baru2. Bilikpun luas. memang puas hati sangat.

Hasil selfie 3 beranak dalam bilik


Dekat Melaka apa yang best?

Banyak tempat boleh pergi. Ni pun kunjungan ke-2 kami selepas berkahwin. First datang masa Fayyadh dalam perut lagi tahun 2013. Kalai ke-2 datang Fayyadh dah 6 bulan.

Boleh jalan2 dekat a Famosa, muzeum melaka, Menara Taming sari, naik beca, naik melaka river cruise, Tengok kapal besar,  pergi jonker walk, zoo melaka. memang banyak tempat nk jalan-jalan. Tapi sebab dah pernah datang, so kami pilih-pilih je tempat mana nk pergi. Lagipun sekejap je kan.

Tiket naik cruise RM 10.
Naik beca ikut pada jarak. Macam kami hari tu naik yang RM 20 sahaja.







Zoo melaka. Zoo pertama bawak Fayyadh pergi. kemain suka dia dapat tengok macam-macam haiwan dalam tu.






Makanan yang wajib try kalau pergi melaka?

Asam pedas
Coconut shake klebang.
seafood dekat Umbai

Mmg yummy!