About Us

Wednesday, November 26, 2014

Perkembangan Fayyadh 9 Bulan



Alhamdulillah.25 november lepas Fayyadh genap 9 bulan.  Macam biasa mama akan update perkembangan si kecik ni sehinggalah dia boleh berjalan. Hihi..

Gusi membengkak je. Tak Nampak rupa la giginya. Hari tu ingat dah ada tapi tengok balik tak ada pun. Hihi..

Dah boleh duduk sendiri. Tapi position tangan kena landing ke tepi. Kelakar tengok cara dia duduk. Macam posing duduk tepi pantai pun ada.

Umur 8 bulan 3 minggu baru pandai mengesot ke depan. Lajuuu!!!

Dah merangkak tapi malas. Suka merangkak sikit lepas tu terus mengesot. Takpun duduk.  Berat badan gamaknya. Hihi

Dah pandai cari position nak turun dari katil atau sofa. Dia akan pusingkan badan ke belakang untuk menggulusur turun. Tapi tak pernah biar dia turun sendiri.

Dah mula berpaut dekat badan kita or perabot nak berdiri. Tapi still huyung haying lagi. Hahaha….
Makin kuat makan. Mama kena tambah lagi kuantiti makanan untuk bekal dia sebab tak cukup. Bila Nampak orang makan, dia pun nak makan jugak. Huhu....so..sekarang prepare bekal untuk dia yang cukup sampai ke petang.

Masuk 8 bulan lebih kurang minum susu waktu siang. Banyak nak main dengan makan. Tapi bila malam, memang banyak minum susu.  Dia nak direct feeding je.

Suka makan ubat! Yeay!!! Kalau tak dulu kemain lagi tutup mulut rapat2 bila kita nak bagi makan ubat. Tapi sekarang siap nganga mulut awal2 bila Nampak kita nak suap ubat. Tapi lepas tu buat muka pelik tapi tetap telan. Hihi..

Dah boleh behave dah. Boleh main sendiri kalau kita tinggal kejap buat kerja rumah. Before ni, kena duduk dekat2 dia je. Sekarang takpe dah. Mana taknya, sibuk explore rumah. Kabinet Tv habis dia bukak. Tarik2 benda dalam tu. Meja kopi pun surat khabar letak bawah tu dia Tarik koyak-koyakkan. Ada je aktiviti dia kan..pantang tinggal kejap. Hihi..

Dah pandai sayang2 mama. Dah pandai nak peluk sayang kita. Nak manja2 lentok dekat bahu. Itu yang mama rindu sangat setiap kali kena tinggal dekat pengasuh sebab gi kerja.




Friday, November 21, 2014

Holiday Di Cherathing

Entri terperam...dah lama dah sebenarnya holiday kami ni. Masa bulan August hari tu. Sekarang, baru ada masa nak update. Ni kira percutian pertama kami 3 beranak. Masa ni Fayyadh baru 5 bulan. Baru dapt bawak dia gi bercuti. Hihi..

Masa ni pergi main terjah je. Takde booking2 hotel melalui internet. Tapi kebetulan, suria cherating ada buat walk in promotion Bilik deluxe mengadap laut RM 180 semalam. So, apalagi grab je, Murah .

Masa mula2 sampai cherating saya pelik sebab tak nampak pun pantai dari jalan besar. haha..rupanya pantai cherating ke dalam sikit dari jalan raya. Kawasan sunyi sikit la bagi saya. Cuma yang kita boleh perasan tu kawasan pelancongan sebab banyak gerai2 dekat luar yang jual cenderamata.

Jalan nak masuk suria cherating lagila. Horror je rasa. kiri kanan hutan. Tapi bila sampai, nampak laut dekat depan, masya Allah cantiknya. Mula2 aim nak stay dekat impiana or holiday villa tapi dua2 resort dah fully booked. So, kami check in dekat suria cherating je la. So far, ok. Bila stay hotel yang ada private beach memang keja mengadap laut je la. Hihi..

Cantikkan? biru jer laut...

View dari tingkap bilik hotel kami =)
Yang best, masa kami stay hotel ni hari tu tak ramai sangat orang. So..best nak jalan2 dekat kawasan resort. Tepi laut....kami tak pergi pun pantai awam dia. jalan2 dekat pantai hotel ni je.

Kemain lagi Fayyadh bersantai dengan abah dia tepi pool. Nak mandi abah dia tak kasi. Tengok jela..

Banyak aktiviti menenangkan jiwa & relax2 je dekat sini. Kami tak gi pun melawat penyu semua tu. Tak sempat sebab stay semalam je.  Tapi malam memang gi makan seafood dekat sini. Rasapun not bad. sedap jugak. sotong celup tepung dia best! fresh. Memang kalau nak rasa tenang2kan jiwa sambil tengok pemendangan indah memang best stay dekat cherating sini. Tak perlu nak keluar jalan jauh2. Dalam resort pun dah sesuai untuk bersantai.

Tapi kami ada jalan2 dekat kemaman jugak. Dekat je dengan cherathing. Sini kan banyak makanan yang best. Asal bab mkan2 memang saya on aje. Hihi..keropok lekor, satar dekat kemaman ni sedap!! kalau datang sini mesti try!

Ok..layan jela gambar.



Ok..kita selfie!!






Gambar makanan takde. Semua dalam phone husband. Hihi....Best datang sini bagi saya. Kalau dari KL dalam 3-4 jam je. 


Wednesday, November 19, 2014

Excited seorang ibu!

Saya pernah bgtau kan yang fayyadh tak pandai menyusur ke depan & merangkak statik lansung tak gerak? Dia tau gostan je dgn bepusing & bergolek.Hihihihi...

Pagi ni bangun tido tetiba nampak dia menyusur ke depan dengan laju!!! Pejam celik je kita ni tengok. Eh, betul ke dah boleh menyusur ke depan?tekejut ok!!! Sebab dah pikir dia takkan menyusur dah. Maybe duduk dan berjalan terus. Huhu..

Alhamdulillah..pagi ni dah boleh menyusur ke depan. Lajuuuu!!! Excited sgt kita ni tengok. Yeay!!! Dia bukan setakat menyusur. Siap buat pakej merangkak ckit..lps tu menyusur. Hahaha...lawak tengok!!

Perkembangan setiap budak lain2. Ada yang cepat ada yang lambat. Kalau lmbt, jgnlah dikata anak tu tak bijak. Kecik hati mak nya tau. Yang penting anak kita sihat & perkembangan semuanya baik2. Sayapun tak suka bandingkan anak2 orang. Lambat atau cepat selagi baik kata doktor tak perlu nak risau & stress sangat. Nikmati je saat2 manis tengok perkembangan dia dari hari ke hari.

Ok. Tu je nk cerita. Rasa happy sangat2 masuk kerja pagi ni =)

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tuesday, November 18, 2014

Sering Terlupa Nikmat Rezeki Yang Bukan Dalam Bentuk Harta & Wang Ringgit

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah…syukur Ya Allah..

Rasa nak menitis air mata , nak menangis sangat2 masa type entri ni. Tak tahu Kenapa lately ni hati, jiwa ni rasa kosong. Yang ada, rasa sebak & sedih. Allah jer yang tahu. Sebab tu saya ambik masa diamkan diri. Cari ruang untuk muhasabah diri sendiri. Buang jauh2 rasa tak sedap dalam hati ni. Allah…..

Ada ‘sesuatu” yang terjadi dalam kehidupan saya. Benda yang asyik saya persoalkan berkali-kali. Rasa tak puas hati, rasa teraniaya, rasa sedih, rasa nak nangis. Saya cuba bersihkan hati saya sebersihnya tapi saya gagal. Rasa “tak best” tu tetap jugak datang. Saya tahu, saya dah masuk dalam golongan yang tak bersyukur waktu tu. Huhu…Apa saya buat, saya banyk membaca.Saya banyak muhasabah diri saya. Saya banyak dengar ceramah2 yang bagi semangat pada saya. Suami jugak banyak bantu bagi kata semangat. Alhamdulillah..selepas beberapa hari ni saya dah rasa redha dengan apa yang Allah tetapkan untuk saya. Redha & positive dengan apa yang berlaku.

Nikmat hidup ni banyak. Bukan terhad pada wang ringgit & harta. Rezeki tu datangnya bukan semua dalam bentuk duit. Bukan dalam bentuk harta.

Saya patut bersyukur sehingga saat ini saya masih punya keluarga, mak ayah, adik kakak, saya masih punya suami, punya anak.  Rezeki kasih sayang dari mereka masih ada. Alhamdulillah..

Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni saya masih ada rumah untuk berlindung. Rumah yang selesa buat kami biarpun hanya rumah sewa. Rezeki untuk berteduh dari hujan panas & gelap malam.

Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni saya masih ada rezeki untuk makan & minum dengan selesa tanpa perlu mengikat perut. Rezeki untuk menghilangkan lapar & dahaga sedangkan orang lain ada yang terpaksa mencatu makanan kerana kekurangan wang (T_T)

Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni saya masih dilimpahi bahagia dan kasih sayang dari insan2 sekeliling saya. Saya tak sendiri. Suami saya di sisi saya. Anak saya bersama saya. Mak ayah, mertua, family walaupun jauh tapi hubungan kekeluagaan masih erat. Tak ada selisih faham apa2. Masih ada yang ambil berat & sayangkan saya.

Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni, saya masih sihat. Saya masih berkudrat untuk jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri & ibu. Saya masih sihat untuk bekerja membantu suami. Saya masih diberi peluang untuk meraih pahala dengan setiap penat lelah saya dalam menjaga anak & suami. Alhamdulillah…

Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni, saya masih diberi kelapangan masa. Saya masih menjadi manusia yang normal rutin hidupnya. Saya banyak masa bersama suami & anak. Saya masih ada masa untuk diri sendiri, untuk beristirehat. Masih diberi kelapangan masa untuk beribadat & menjenguk ibu & ayah. 

Saya patut bersyukur sebab sehingga waktu ni, saya masih diberi kelapangan hati dan fikiran dari dihujani bebanan kerja, bebanan hidup, masalah kewangan, masalah keluarga. Alhamdulillah…hati & jiwa dan otak  saya masih tenteram. Saya diberi nikmat anak & suami yg baik. Yg tak banyak ragam. Yang mudah dijaga. Ni satu nikmat. Satu rezeki..

Kadang saya rasa saya tamak. Saya dah mintak macam2. Saya dah dapat macam2. Tapi saya nak mintak lebih, lebih, lebih lagi. Tapi apa yang saya buat? Yg saya usaha untuk hidup saya kepada Allah?

Allah....sedih bila fikir. Memang saya bukan yang terpilih untuk rezeki wang ringgit melimpah ruah tapi apa yang ada sangat mencukupi. Sudah cukup selesa walau tak mewah. Alhamdulillah...saya bersyukur sangat.

Kadang saya fikir, kalau saya tak diberi 'ujian' ini mungkin saya terus leka. Rasa tak puas hati tu selalu ada.ujian ni tanda Allah sayang kita. Allah sedarkan saya dr terus lara. Alhamdulillah...

Rezeki tu pelbagai bentuk. Redha. Qanaah. Dan sentiasa bersyukur. Alhamdulillah...


Posted via Blogaway

Iklan : Veil & Dress Nikah untuk disewa

Khas untuk b2b yang tengah cari baju & veil untuk di sewa untuk wedding korang!!! saya buat iklan baru sebab loading dekat page entri lama dah berat sangat. Hihi..


1) Veil & dress Rental By As:



Baju bertunang, nikah dan sanding (termasuk veil untuk disewa!!!!
korang ada nak sewa baju yang lengkap dengan veil untuk hari bahagia korang? boleh terjah blog kawan saya ni sebab dia ada sewakan baju dan veil untuk majlis pertunangan & pernikahan. Sila ke SINI atau contact as dekat nombor ni 0122421745

2) Veil & dress Rental By Nurin:









Kalau korang tengah cari dress & veil yang cantik seperti warna di atas, bolehla sewa dengan Nurin. Apa2 contact dia k. Ni nombor dia 0102207871

3) Halfmoon@ veil Rental By Fika:










shawl halfmoon yang cantik ni boleh jugak digayakan sebagai veil. Cantik...kemas terletak. warna light pink. Untuk details korang boleh contact kawan saya, Fika 0166016864


4. Veil Cream By Tqah




Tudung & veil yang cantik dari Tqah =)

Tudung Nikah 2 in 1 (tudung + veil) include inner neck awning
cream colour/light champange
material soft chiffon + heavy beaded
wassap 0196348003 for price 

Friday, November 14, 2014

Clearance Sale Barut Baby!!!!

By adeenda tengah buat ckearance sales utk barut baby macam dalam gambar ni.
Murah!!!
6pcs RM 30 jer!!!
Tapi untuk pembaca blog saya saya bagi
6 pcs RM 30
Free postage!!!
Free postage!!!
Murah kn?
Whatsapp 0196310065 untuk order =)
Jgn lupa bgtau yg korg pembaca blog saya tau untuk dapat free postage!!!


-PROMOSI DAH TAMAT- Tapi ada banyak pilihan untuk barut design baru
Posted via Blogaway

Serum Muka Yang Murah Tapi Berkesan!!


Masalah saya masa preggy dulu adalah kulit muka yang sangat kering & kusam. Siap pakej bintik2 jerawat pasir dekat dahi lagi. Lepas bersalin, jerawat pasir tu hilang. Tinggal parut pudar sikit2 je. Tapi yang tak best, masalah kulit kering dan kusam tak hilang!

Sampaikan nak apply bedak dekat muka pun buruk rasa. Bedak tak nak lekat smooth sebab kulit kering. Dah minum banyak air, tukar pencuci muka, makan banyak buah still sama. Kusam & kering. Huhu..

Saya bukan jenis suka try macam2 produk muka sebab muka jenis sensitif. Kalau tak serasi lagi parah jadinya. Memang takut nak mencuba. Lagipun, bukan ada masalah kulit yang serius sangat. Fikir punya fikir..google sana sini saya rasa nak try cari natural sources je untuk rawat masalah saya.

Olive oil & Honey!!!



Disebabkan dua benda ni memang since preggy dulupun memang ada dekat rumah, so saya guna mana yang ada. Saya try sapu olive oil + Honey setiap malam. Kadang saya pakai sekejap lepas tu basuh bersih2. Kadang saya pakai semalaman. Effect paling cepat nampak, bangun pagi, muka rasa lebih lembut & lembab. Olive oil kurang sikit rasa melekit kalau pakai dekat muka. Tapi honey memang melekit sikit, So kena sapu sikit2 je ala serum gitu. Hihi...

Boleh jugak buat mask. Saya siap simpan olive oil & honey dalam botol yang senang nak picit. Bila nak guna, just picit dia. Tapi honey better beli botol yang jenis pump body shower tu lagi senang pump. Ni sebab saya beli dekat DAISO 2 botol RM 5 tu yang letak dalam ni je.

lepas 2 minggu pakai memang muka dah jadi lembut, tak kering dah. Lembab dan paling penting tak pakai makeup pun tak nampak kusam dah, Lepas 2 minggu, saya just pakai seminggu dalam 3 kali je. Kalau weekend rajin saya akan buat masker olive oil + lemon. bagus untuk kulit jugak. Senang je kan?

Paling penting murah, selamat, halal dan berkesan!!!

Yeay!! double jimat duit =). Guna apa yang ada dekat rumah je.

So ni hasil lepas 3 minggu saya amalkan olive oil & honey sebagai serum muka. Hihi..

No filter!!! No camera 360!!


Muka togel tanpa secalitpun makeup. Confident masuk office pagi2 tak pakai bedak sehama pun. Foundation pun tak. Lipstick, eye liner pun tak pakai. Pucat sikit dengan mata sembab tapi yang penting confident!!! hihi...

Muka memangla tak flawless & licin macam orang lain. Tapi dah ada banyak perubahan berbanding masa pregnant & lepas bersalin dulu. Saya dah dapat balik kulit asal saya!! 

Benda jimat & berkesan harus di share. Kalau korang ada masalah kulit macam saya try la. In sha Allah berkesan.

Wednesday, November 12, 2014

Tips Terbaik Untuk bakal Pengantin Kumpul Duit kawen & Beli Rumah

Tips ni saya jumpa dekat Fb pakar bab2 ASB & hartanah Khairul Ezuwan  waktu tengah study bab2 hartanah ni, Nice sharing. Tips2 dia sangat bagus di amalkan dari awal exspecially untuk b2b yang baru habis study dan dapat kerja. Boleh fokus untuk simpan duit kahwin tanpa buat loan & dalam masa yang sama boleh beli rumah sendiri.  





Miliki Hartanah bukanlah sesuatu yg terlalu sukar bila anda tahu aturannya:
Rata2 mereka yg baru bekerjaya akan membeli Rumah selepas 3 ke 5 tahun slps mereka mula bekerjaya. 3 tahun yg pertama biasanya mereka lebih fokus utk berkahwin.
Gaji utk seorg yg graduate hari ini contohnya RM3000. Seorg Lelaki A, dan seorg wanita B yg bakal menjadi isterinya.Cuba ikut aturan ini.
1. Jangan Beli kereta. Klu nk Beli pon Beli yg second hand & Murah.
2. Buat loan ASB RM200K, kemudian potong buku ASB dgn gunting & campak dlm tong sampah. Di sini anda terpaksa simpan RM1200 setiap bln secara paksa & jgn fikirkan soal simpanan utk kawin dah (jika plan nk berkahwin 3 thn selepas bekerjaya)
3. Galakkan pasangan anda utk bersama2 membuat pinjaman ASB 200K dan gunting juga buku ASB tersebut. Commit setiap bln RM1200 juga.
4. Selepas 3 thn, bila cancel pinjaman ASB tersebut, anda sudah mempunyai simpanan RM60K ++. Bakal Isteri anda juga ada simpanan RM60K++. Jumlah cash ada RM120K. Gunakan RM20K utk Perkahwinan anda. (Jgn terlalu Boros utk majlis Perkahwinan)., anda masih berbaki RM100K.
5. Rumah pertama: Beli Rumah Lelong, gunakan 1 Nama shj.contohnya Rumah berharga RM80K, anda deposit 10%, RM8K, yg lain buat atas loan Rumah. Bayaran bulanannya adalah RM400, kemudian setup Rumah tersebut fully furnish dgn cost lbh kurang RM2K (boleh tanya pakar2 sublet), anda boleh sewakan RM800 sbln. Pastikan anda buat tenancy agreement dan duit sewaan dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan.Utk cari Rumah Lelong, sy galakkan anda berurusan dgn Hafiz Ejen Lelong, mmg terbaik. Wan Infolelong juga dlm Lelong & sewaan property. Gunakan pengalaman mereka ini.
6. Selepas beberapa bulan menyewakan Rumah, mula kan pencarian anda utk Rumah utk kegunaan anda sendiri. Contohnya Rumah yg anda ingin Beli berharga 400K. Joint financing dgn wife utk Beli Rumah ini samada subsell, Lelong atau pon under construction. Ini bermakna anda perlukan cash lebih kurang 50K utk membeli Rumah ini. Jika anda pandai, kos ini juga boleh dikurangkan seminima mungkin. Pd waktu ini KWSP akaun 2 anda suami isteri mungkin mencukupi utk menampung kos2 ini. Jika pinjaman Rumah ini RM360K, installmentnya lebih kurang RM1700. Standing instruction bayaran dari akaun suami.
7. Beli lagi sebiji Rumah Lelong atas Nama isteri, harga contohnya 80K, bayaran bulanan RM400, sewakan fully furnish RM800. Klu bank isukan ada commitment tinggi atas Rumah yg joint td, ckp suami sy yg bayar, tunjukkan statement yg menunjukkan SI dr akaun suami.
8. Lihat disini utk 3 Rumah anda yg berharga RM560K, kos bulanan anda RM2500 - RM1600 (Sewa Rumah). Kos anda cuma RM900. Berapa byk lg cash si tangan anda?
9. Kalau nk yg RM900 tu pon habis free pon sy ade tekniknya. Dah x larat nk tulis.
-KEY-

Thursday, November 6, 2014

Semua Nak Buat. Semua Nak jadi


Semalam saya rasa penat ya amat. Entahla....nak kata penat tenaga tak jugak. penat otak mungkin.... Sambil duduk depsn TV ckp dekat husband "syg penat la..penat..". Tapi bila tanya penat apa xtau nak jawab. Huhu...

Saya masih lagi full time bekerja. Before ni tak busy sangat. So rasa ok. Tapi petang semalam dah start busy. Ada 2 dateline nak kena kejar. Hmm..mintak2 cepatla siap. Balik rumah sekarang, tak masak sangat dah. Kalau masakpun, simple2 je. Semuanya menu yang dalam 15 minit dah siap. Husband yang suruh macam tu sebab maybe nampak saya penat kot. Kalau spend time banyak sangat masa dekat dapur, masak nasi berlauk, Lepas tu masa nak spend time dengan Fayyadh pun jadi sikit. Fayyadh dah ar style pukul 8-9 dah tido. Tak boleh tahan2..memang pkul 8 lebih dah tonyoh2 mata. Saya balik kerja pun dah pukul 7 sampai rumah. Ada 2 jam je nak mengempeng dengan diapun. 1 hari gi kerja berapa sangatlah masa dapat mengempeng dengan anak kan? Huhu....tambah sekarang ni dia dah jadi manja sangat2 . Kalau balik dari rumah babysitter tak nak kita jauh2 dari dia. Nak bekepit je. Kesian rasa....rindu sangat dengan parent dia. Kalau ambik dia dari kereta mesti tangan dia dua2 belah pegang muka kita. Macam rindu yang sangat2. Dengan senyum kemain lebar. Huhu.....sedih mamanya ni (T_T)

Online shop saya, By Adeenda pun dah sebulan beroperasi. Sambutan pun alhamdulillah baik. Dah 3 kali restock. Nanti kalau nak beli barut baby, meh beli dengan saya ye. Bisnes sewaan veil pun dah masuk 2 tahun beroperasi. In sha Allah..lepas ni nak masukkan dalam page by Adeenda jugak. Selalu sewa dari blog je, Tak pernah promote tempat lain. Ni pun dalam proses siapkan 2 lagi veil. Semoga dipermudahkan semuanya.

Novel. Ramai yang komen. Ramai yang email tanya bila saya nak sambung cerita? bila ramai-ramai tanya saya rasa nak cepat2 je menulis balik. Huhu...Tapi seyes, saya tak sempat lagi nak curi masa untuk minat yang satu ni! Maaf sangat2 pada yang menunggu tu..Huhu.....

Penat mungkin macam-macam nak fikir. Macam-macam nak buat. Engineer saya nak jadi, businesswoman pun saya nak jadi. Novel writer pun saya nak jadi. Tamak kan? semua nak buat. semua nak jadi. Macam mampu je nak jadi semua.  Tapi, honest tak semua saya dapat buat serentak. Huhuhu... Mujurlah husband pun banyak jugak tolong terutama hal2 keja rumah & bisnes.

Sekarang pun, saya fokus buat bisnes secara santai je. Sebab saya masih bekerja full time kan. Tak terniat lagi nak berhenti. In sha Allah boleh handle lagi. Saya tak boleh jadi macam impian saya. Saya buat apa yang mampu.

Apapun benda saya buat paling penting pada saya masa untuk diri sendiri dengan family. Saya tak nak life yang super busy. Sebab saya tahu saya tak mampu nak handlesemuanya.  Cukuplah secara santai macam ni. rezeki tu ada di mana-mana. In sha Allah. Asalkan niat kita baik.


Posted via Blogaway

Tuesday, November 4, 2014

Macam Mana Nak Kurus Lepas Bersalin? Ini Pengalaman Saya !


Dulukan before bersalin memang rajin google sana sini cari tips macam mana nak kurus lepas bersalin. Risau kemain sebab masa pregnant memang badan naik bagi di pam-pam. Hehe..perut besar. Dengan badan serupa dinasour dah. Ada kawan gurau2 panggil saya dinasour! hahaha...Saya tak pernah share gambar pregnant dekat Fb, Ig semua. dekat blog pun takde yang nampak perut sangat. Sebab husband tak bagi expose gambar mengandung. Satu lagi sebab rasa diri buruk sangat rupa masa pregnant. Orang cakap mengandung anak lelaki muka berseri...tapi saya terbalik! muka sememah..kusam. Jerawat kecil penuh dekat dahi. Hihi..bab gemuk jangan cakap, memang juara!

Tapi, before pregnant, lepas kawen pun memang berat badan saya bertambah 12 kg! masa mengandung naik lagi 15 kg! Memang muka dah serupa pau! boolat...hihi..

before pregnant, berat saya 69 kg tau! bocor rahsia dekat sini sebab nak share experience. memang gemuk time tu. Makan tak ingat dunia. Masalah hormon sama. Huhu...Masa pregnant, 2 hari before deliver berat saya 84kg!!!! Besar kemain. Tak caye? Meh tengok gambar bawah ni.


Kiri- gambar masa pregnant. Kanan- Gambar sekarang. Pakai baju yg sama!






Tak boleh nak feeling2 macam scha dengan liyana jasmay time preggy. Berseri je. saya kusam! badan gedabak. Tapi mujur sihat2 je dan still aktif sampaila hari deliver. Alhamdulillah..

Alhamdulillah..lepas 2 bulan bersalin berat badan saya turun 20 kg! Jadi 64 kg je. kurang extra 5kg dari berat before bersalin. Lepas tu turun lagi 3 kg. so sekarang dah 61-62kg kg. kurus sikit dari before mengandung. Ada lagi 4-5kg kena buang nak balik ke berat before kawen. Huhu..Banyak tuh 5 kg nak buang!

Macam mana nak kurus lepas bersalin?

Saya takde makan product apapun. Just berpantang betul2 masa 44 hari tu. Lepas tu ikut pantang 100 hari untuk setengah sayur dan buah yang berangin. Saya tak strict sangat2. try and error jugak. Cuma saya rasa maybe jaga anak & breastfeeding yang bantu saya cepat turunkan berat badan. Tapi masih bukan kategori kurusla...huhu. tengah usaha nak capai berat before kawen.

Sekarang berat saya BMI dah ok cuma chubby je lagi. hihi..





Sebenarnya, berat kita boleh turun lepas bersalin. Memang tak yah risau!!! dalam tempoh berpantang tu mesti turun.Yang kena risau lepas 3 bulan bersalin. Macam mana nak maintain berat badan balik. Sebab banyak yg naik balik berat lepas 100 hari tu. hihihi...sbb dah leh makan macam2.hihi..

Doakan saya kurus tau! hihi..

Sunday, November 2, 2014

Teaser: New veil untuk disewa

Alhamdulillah.....dapat sambutan sewaan veil yang sangat mengalakkan. Rezeki kami sekeluarga. So, saya decide nak tambah lagi koleksi veil untuk disewa untuk elak pertindihan tarikh lagi antara customer =)


So, sekarang saya dalam proses siapkan satu lagi veil untuk disewa. Last buat veil baru bulan 11 tahun lepas. Masa tengah preggy. Lepas bersalin ni saya kesuntukan masa untuk kerja2 beading ni. Sekarangpun slow2 je buat. Ada beberapa  request suruh saya buat warna pink. In sha allah lepas ni.
Veil baru ni veil yang ke-6 untuk disewa. Kod veil 06.




Sambil buat keja sambil ditemani si kecik. Hihi..