About Us

Friday, April 26, 2013

Rezeki Jumaat Dari Nuffnang



Alhamdulillah...kali ke-4 cash out duit dari Nuffnang. Simpan sikit2 lama TAK jadi bukit..hehe.....

Saya bukan blogger famous & sangat2 active. Ala2 kadar & cuma tahap hingusan. Tak de maknanya dapat cash out duit besar2 every month. Itu blogger famous je dapat. Untuk blogger "kecik" ni kenala kumpul jugak sikit2.

Tengoklah...selama 2 tahun lebih saya ada blog baru 4 kali cash out duit. Tupun kena simpan jugak dari bulan ke bulan sampai saya rasa "amount" tu dah sesuai sangat di cash out kan. Menulis tu hobi, tapi bila ada rezeki dari blog, tumpang syukur & gembira....



Saya menulis & merapu di sini sesuka hati saya =) . Lama dah xberapa nak aktif sangat menulis tapi Nuffnang ada jugak bagi BE. Tq Nuffnang! (Bulan depan bagi BE lagi tau!hehe..) Hari ni BE dah tukar jadi metered. So, apa lagi...laju2 tekan button cash out . Sebenarnya dah lama tunggu nak cash out ni . hehe... Thank you buat semua readers yang rajin menjenguk blog kecik saya. Thank you jugak pada mereka yang "tak sengaja" menyinggah baca tulisan2 saya . Sangat2 menghargai ( ceh..ucapan bajet macam menang ABP pulak.hahaha...). Apapun, Sayang korang semua =). Salam Jumaat



p/s: Tengah fikir apa nak beli pulak kali ni bila dapat cek dari Nuffnang. Err..Tupperware maybe? hehe..

Monday, April 22, 2013

Kadang-Kadang Boleh Hilang Sabar Dengan Orang Yang Tak Ada sivik!




Saya rasa macam x boleh nak adapt dengan environment kawasan rumah sewa saya sekarang. Dulu, before kawen, saya duduk kawasan sini tapi xlah rasa seteruk ni. Memang menguji kesabaran sungguh.  Rasa menyesal pun ada jugak tapi nak buat macam mana time pilih rumah ni  kiteorang urgent nak cari rumah. Sebab saya fikir saya dah pernah duduk kawasan ni, so saya rasa ok , Saya memang suka duduk shah alam. Tapi keadaan rumah sekarang ni memang totally xsama lansung mcm rumah lama!Huhu..

Saya boleh adapt kalau ada sikit2 kekurangan rumah. Takpe, itu leh repair, leh di touch up apa yang kurang. Tapi kalau mulut2 dekat luar rumah yang asyik terpekik terlolong , gaduh, pengotor cam ne nak adapt? Kalau sekali dua saya boleh lagi sabar tapi kalau dah dalam masa sebulan ni lebih dari 10 kali buat hal memang kesabaran dah menipis! Paling xboleh tahan bila pukul  10.30 malam boleh pulak gi pasang screen besar dekat kawasan rumah lepas tu buka lagu kuat2. Memang kuat sangat2 sampai rasa nak pecah telinga. Dalam rumah buka TV pun lansung xdengar suara. Kena buka kuat2..memang sakit jiwa. Then suka main mercun yang bunyi letupan kuat gila tu. Boleh pulak dia baling mercun tu dekat kawssan parking keta? Kalau kena kereta orang macam mana? Kalau cermin keta pecah dia nak ganti ke?Geram! Geram! Geram! Memang jenis taka da sivik! Macam nak suruh mereka ni gi kelas sivik. Belajar sama etika hidup berjiran. Hormati hak ketenteraman awam. Huhu….

Mujur tahap marah saya belum sampai macam orang ni. hehe....


Kadang2 saya kesian tengok cleaner yang sapu sampah dekat kawasan rumah. Pagi dia menyapu petang je confirm sampah penuh. Lansung tak leh nak jaga kebersihan Awam. Dah makan, buang la dekat tong sampah. Ni main baling2 atas lantai, atas tangga. Memang dasar pengotor dan pemalas. Yang tahu melalak tak kira siang malam. Mabuk, bergaduh pukul dua tiga pagi sampai jiran nak tidur pun tak boleh.
Kadang2 ikutkan hati macam nak pindah cepat2 tapi disebabkan baru sangatje penat mengangkut barang pindah randah ni, sabar sahaja yang mampu. Then, husband cakap, kita try survey2 rumah. Kalau ada yang ok, kita beli terus then pindah. Xpayah nak berpindah randah banyak kali. Ignore je mereka tu. Sabar jelah. Selagi rasa boleh sabar, kita sabar. Sayang kawasan rumah dkt dengan semua kemudahan, gi keja pun dah xjamed sgt, rumah maksu saya pun dekat. Bila husband gi outstation dgn kursusu boleh tumpang rumah dia. semua benda ada Cuma jiran je yang jadi masalah.

Sabar sajalah yang mampu…

Friday, April 19, 2013

Air Untuk turunkan berat badan!!!!




Macam tak caya je kan dengan minum banyak air putih/suam/masak boleh buat kita kurus. Tapi ni cerita betul ok. Tanyalah apa juga produk untuk kurus/ kesihatan yang ada dekat pasaran. Diaorng akan syorkan kita minum banyak air putih masa guna produk tu. At least 8 gelas sehari atau lebih baik dalam 3 hingga 4 liter sehari! Kalau Tanya dekat doctor pun sama. Dia akan nasihatkan kita minum banyak air dalam proses pelansingan badan. Tapi, bukan semua air boleh bantu kita untuk turunkan berat badan. Hanya air kosong/ air suam/ air putih atau segenerasi dengannya saja yang bagus & harus di minum.  Say no to pepsi, coke & air manis2 ok! Yang tu tak membantupun untuk kurus. Mengemukkan badan lagi adalah..Sob..sob…




Macam mana air boleh tolong kita untuk penurunan berat badan?

1) Minum banyak air buat kita rasa kenyang. So, bila dah kenyang, mesti xkan makan banyak2 kan? sebab tu dinasihatkan minum air sebelum makan =)

2) Air membantu mengurangkan kolestrol dalam badan. Kolestrol=lemak. So, lemak harus dinyahkan dari tubuh badan sebab kalau simpan lama2 jadi lemak tepu. lepas tu lama2 jadi gemuk. huhu..

3) Air membantu sistem penghadaman. yup! ini sangt2 penting. Orang selalu cakap, orang yang sembelit tu sebab dia kurang minum air. So, kenalah minum air banyak2 supaya sistem penghadaman lancar!

4) Air membantu hati berfungsi dengan baik. Hati dalam badan kita ni fungsinya metabolizes lemak.So, kalau nak singkir lemak, hati perlukan air untuk melancarkan proses penyingkiran lemak. Kalau hati tak berfungsi dengan baik, maka banyaklah lemak yang tersimpan dalam badan.



5) Air menyah toksin dalam badan. Hari2 kita makan, kita tak tahu berapa banyak dah toksin yang terkumpul dalam badan kita ni disebabkana makanan-makanan yang tersimpan. So, kenalah detox dengan minum banyak air. Bila badan tak ada toksin, proses penurunan badan akan berjalan dengan lancar =)

6) Air membantu meningkatkan kadar metabolisma badan- Bila kadar metabolisma rendah, so makan apapun cepat je naik badan. Selalu kita tengok orang yang kurus, makan cam banyak jugak tapi berat badan tak naik pun. Tu sebab kadar metabolisma dia tinggi. So, nak tinggikan kadar metabolisma badan salah satu caranya ialah minum banyak air.

7) Air membantu meneutralkan asid dalam perut. Ni penting sebab kita tak tahu dah berapa banyak asid tersimpan dalam perut sebab makanan-makanan yg kita ambil. sila neutralkan dengan minum banyak air ok!



Dan banyak lagi khasiat air ni....boleh google sendiri untuk lebih details. Disebabkan sekarang ni saya masih "on diet".(diet yang tahap ringan sederhana je! slow2 buat tak drastik sebab takut badan terkejut. heehe..), so banyak jugak saya saya buat reasearch pasal makanan & minuman. Memang semangat nak turunkan berat badan sampai capai berai ideal saya semula. Saya try buat cara  semulajadi without taking any slimming pils, Benda pertama yang saya usaha buat, minum air at least 4 liter sehari! 

Banyak kan? kadang2 rasa macam kembung je perut ni. dulu time xdiet, saya minum 1.5L je. Tupun saya dah rasa macam saya jenis kuat minum air padahal belum sampai tahap tu lagi! huhu.... Sekarang try 3atau 4 liter sehari. Dekat office, if tak kena keluar gi site or meeting saya try la habiskan 3 hingga 4 botol 1L air tu. Kejap2 asyik berulang ke toilet sampai officemate pun perasan nape saya minum air banyak2 sebab selalu kerap gi toilet..hehehe. Penat gak. Nak sihat & turunkan berat punya pasal....hehe. 

Nanti saya share pasal diet saya pulak ok! saya dah turun 2kg lepas 2 minggu lebih  kawal pemakanan (saya tidak melalui diet ketat) , minum banyak air kosong & senaman ringan.  Mood Happy!

Thursday, April 18, 2013

Review Veil Rental: #3 Adilla Yang Manis & Ayu


Review veil lagi...


Thanks Adilla sebab sewa veil ni dengan saya. Hampir2 dia tak dapat sewa sebab clash tarikh dengan penyewa lain. Tapi last2 dapat jugak sewa sebab majlis nikah dia di awalkan.




Saturday, April 13, 2013

Avon MasterCook In da house! Yeay!



Saya dah lama "mengidam" nak beli Avon Master cook ni. Pertama, sebab dia non-stick fry pan. Lepas tu boleh masak macam2 dalam ni. Nak panggang, nak goreng, nak rebus, nak buat kek, roti jala, semua boleh.   kedua, sebab akak dekat office selalu promote benda ni best. Dia asyik cakap best, best, best. Mau tak tersangkut nak beli sama. Ketiga, sebab saya suka masak. So, saya rasa tak rugi beli kuali mahal2  sebab saya boleh guna main masak2 lagi dekat dapur. wah..wah....kalau kuali best, barulah syok nak main masak2 kn? Barulah makanan akan jadi sedap hingga menjilat jari kan?kan?(silalah setuju!) haha......

Saya dah ada kuali jenis 'non-stick' ni tapi xtau nape saya tak berapa berkenan nak guna. maybe yang tu "standard"nyer quality je kot. Last2 saya simpan je dalam box dekat stor. Lagi suka guna periuk dan kuali yang dah biasa guna dari zaman bujang dulu. Tapi, bila saya tengah "on diet" sekarang ni, saya malas nak panggang2 ikan or ayam dalam oven. Oven tu nak buat tempat bakar kuih dengan kek je (macamla pandai sangat buat kek! beli kek je yang pandai. hik..hik..). So, saya decide beli benda ni. lama tau mengidam nak beli! Harga Jualan RM 189.90.

Geraam tau tengok benda ni. hehe....


Kebetulan ada dapat cek dari Nuffnang, (thank you Nuffnang! sayang kamu lebih2..hehe), so saya decide nak beli something dengan duit hasil berblog tu. Cek dapat masa bulan 2, tapi  saya simpan je cek tu. Tak tunaikan pun sebab masih fikir nak beli apa.  Last2 decide nak beli benda ni. Saya top up sikit duit  dan

Tadaaa.......


Avon MasterCook Fry pan In Da House!!






Sungguh excited si isteri gi beli sendiri fry pan ni dekat Butik avon. Dapatlah diskaun 10% sebab saya ahli avon. Jimat sikit!. Bila sampai rumah tersengeh-sengeh depan Encik suami. Sampai si suami naik pelik napela wife dia ni teruja terlebih. Beli kuali cam gi beli baju la pulak. excited kemain padahal kuali je pun! Haisy..orang laki mana paham perasaan si isteri2 yang "hantu" barang2 dapur ni kan. Bagi diorang periuk is periuk, kuali is kuali. Mana tau best ke idak gunanya. nampak sama je.  Betul x? Saya lepas kawen memang suka belek & beli barang2 rumah ni. Ni  habit baru lepas kawen  (^_^)

Pemegang penutup ni encik suami tolong pasangkan. Kesian tegok si isteri teruja melampau sampai xtau wat apa. haha...


Nampak comel & kemas kan? Rasa tak sabar nak guna!

So...ni makanan pertama yang saya masak lepas beli fry pan ni....


Ikan panggang! haha....simple je kan?

Excited sangat nak memanggang ikan kan, so bila dah beli benda ni apalagi, terus panggang dalam ni. Terlupa nak snap gambar lepas ikan siap di masak. Hasil terbaik! Ikan cepat masak . 

Sekarang ni, rajin benar guna fry pan ni. Boleh masak macam2 dalam ni. Memang teman terbaiklah dekat dapur! suka sangat2. Memang berbaloi beli.



p/s: Tiap kali tengok benda ni mesti akan fikir blog. beli hasil dari duit berblog kan (walaupun saya bukan buat blog masak memasak. hehe). before ni bila cash out, duit tu saya guna utk beli barang kawen. Kali ni baru rasa nak beli something utk diri sendiri pulak. Sikit2 pun rezeki juga kan. Alhamdulillah....

Friday, April 12, 2013

Review Veil Rental: 2# Ellyfiesya Yang Cantik & Ayu

Assalammualaikum...


Hari ni saya upload lagi gambar penyewa veil dengan saya, Ellyfiesya. Urgent jugak time dia nak sewa veil dengan saya. Time tu saya kelam kabut nak pindah, x check email sangat. Mujur tetiba tergerak hati nak check email. Dengan Ellyfiesya, disebabkan time tu dah singkat, urusan sewa semua by hand. Alhamdulillah...dapat jugak dia pkai veil ni even masa mula2 saya takut dia xsempat nak pulangkan sebab beberapa hari lepas tu ada orang lain nak sewa. Tapi dia sanggup datang sendiri ambil & pulangkan veil. sewa veil nipun dalam tempoh yang singkat. kesian dia...Apapun, thank you sebab sewa veil ni dari saya. Time nikah dia pakai veil ikut style dia tapi cantik dan gojes sangat.

Cantik dress dia  =)





Thursday, April 11, 2013

Review Filem GI Joe 2: Retaliation




Semalam, meluangkan masa dgn encik suami & adik tengok filem ni dkt TGV bukit raja. Hari rabu kan tiket wayang murah, so kiteorang decide gi tengok time ni. Dapatlah tengok Filem GI Joe 2 semalam.








Overall filem memang super duper best!!!! Tak tahu nak review camne (hilang idea nak review lebih2..haha, leh kasi komen je!) yang boleh cakap filem ni  memang best sangat2! Dari segi aksi, plot cerita, sound effect, teknologi, semuanya di garap kemas. Kira boleh buat korang kagum sendiri. Hebat!!!!  So, pada mereka2 yang suka filem bercorak penyiasatan dan aksi, korang kena tengok filem ni. Highly recommended!!

Scene aksi yang paling saya suka. Terpukau sekejap time ni. hehe..


Walaupun filem aksi, ada jugak part2 yang kelakar tau! Memang best. 





Ok. Thank you for reading =)

Monday, April 8, 2013

Review Veil Rental : 1 # Lina Yang sangat Cantik & Gojes!!


Assalammualikum....

Saya ada beberapa keping gambar penyewa veil nikah saya. Tunggu masa nak upload dekat blog satu persatu selepas dapat permission dari diorang. Ada jugak gambar2 yang saya belum dapat lagi. Alhamdulillah...tak sangka ramai yang berkenan dengan veil nikah saya hari tu. Even simple tapi ramai yang nak sewa sampai clash2 tarikh. Thank you sgt2!

Ok, Hari ni nak share dengan korang gambar Lina yang menyewa veil nikah dengan saya. Seyes, dia sangat gojes & cantik dengan my DIY veil. Tahniah Lina! awak memang ayu & cantik sangat time nikah hari tu.








Semoga Lina & suami berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah =)

Friday, April 5, 2013

Rezeki, Syukur & bersederhana


Assalammualaikum....lama x mencoret dekat sini. Aish, baru seminggu lebih je xmenulis tapi saya dah rasa lama sungguh. hehe... Saya cepat rindu nak menulis maybe minat dari kecik2 dulu kot suka tulis, tulis,..baca,baca...sebabtu bila lama sangat xmenulis rasa rindu bangat. Tapi bila busy, kenalah dahulukan benda yang penting dulukan. Yup! sejak sebulan yang lepas saya sangat2 busy. Macam2 benda yang nak diuruskan dan buat.

Alhamdulillah...saya & hubby dah selamat dah pindah ke bumi selangor ni sepenuhnya. Semua barang dah angkut datang sini. Letih sangat bila pindah randah ni. Walaupun duduk berdua, tapi barangnya berdozen-dozen. Sedih tau sebab ada perabot kami yang calar2 bila duduk dalam lori. Nak marahpun xleh sebab rasa kesian yang lebih. Kesian tengok orang teruk angkut barang2  sampai tingkat dua rumah kami. Walaupun kami tolong juga tapi kesian jugak dekat diorang. Memanglah bayar tapi xsampai hati nak marah. Mujur peti ais dengan mesin basuh xcalar sebab dah masukkan semula dalam kotak masa beli dulu. Take note, lepas ni nak pindah kena balut semua barang perabot supaya tak calar balar lagi. Sob..sob...

Awal2 pindah ahad lepas, sibuk menyusun atur perabot rumah, sibuk mengemas itu ini. best sebab leh mengemas sama2 dan cari idea susun atur perabot rumah. Rumah sewa kami xbesar manapun, kira oklah untuk sementara hidup berdua ni & before dapat beli rumah sendiri. itupun kami belum kemas habis sepenuhnya. Ada sikit lagi. Sambung weekend ni pulak mengemas.  Rasa sedih pulak bila dah tinggalkan kulim. Sungguh aman damai hidup dekat sana, tapi dah bukan rezeki kami dekat situ kan. Huhu...Streamyx pun dah pindah masuk umah sewa sekarang dah. Bolehlah online semula (^_^)

Hari ni hubby saya dapat panggilan telefon dari jabatan kerajaan. Alhamdulillah...dia dapat kerja dengan goverment. Tapi hubby terpaksa tolak sebab dia dah rasa selesa kerja dengan GLC sekarang. lagipun baru sangat dia masuk kerja denagn GLC, xkan nak berhenti pulak kan?

 Hidup kami dekat sini biasa-biasa je. Tak kaya, tak miskin. memadai dengan hidup secara sederhana. Masih banyak yang kurang dalam hidup, tapi banyak juga yang sudah kami miliki. Saya hanya fikir positif dalam tiap perkara. Apapun yang ditakdirkan, kena sentiasa rasa bersyukur. Bila terkurang dalam satu2 perkara, carilah benda yang terlebihnya, automatic kita akan rasa bersyukur & tenang.

Rutin harian dah xsama macam dulu. Sekarang dah tinggal sama2, banyak benda yang kami boleh buat bersama. Rasa seronok bila dah ada housemate semula! eh? eh? hehe..taklah sunyi sangat macam duduk dekat kulim dulu. Asyik dinding dgn TV je jadi peneman. Kerja rumahpun dah ada assistant, so penat tu dah kurang. (harus bersyukur bila dapat suami yang rajin ya isteri-isteri sekalian).

kerja pun ok cuma balik semula mcm dulu. Busy dan busy...Tapi still under control. Xpulak rasa stress sangat2 sampai nak hantuk kepala dekat dinding.  Sikit2 tu ya. Normallah bila kerja style kerja deadline kan. Hehe....DIY project lepas kawen nipun saya just sempat siapkan satu veil baru untuk disewa. Alhamdulillah..ramai yang minat nak sewa sampai clash tarikh sebab tu saya buat satu lagi veil baru untuk disewa. Nanti saya update entri tentang veil tu ok. sekarang veil baru tu ada org tengah sewa. itupun ambik masa jugak nak siapkan sebab kelam kabut dgn bermacam hal. Tempahan veil rasa tak daya nak ambik lagi. Cukup mana yang dah tempah sebelum ni sebab rasa xmampu nak buat semua benda. Sekarang, fokus saya seterusnya, tulis novel semula (^_^)