About Us

Tuesday, April 29, 2014

Dugaan bila anak kuat menangis (Sawan tangis)


Sawan tangis. Korang pernah dengar x? Sawan tangis ni biasa terjadi pada baby. Selalunya baby akan jadi kuat sangat menangis. Kira saban waktu kejanya nangis,nangis..nangis.
Itu yang saya dengan husband kena hadapi bila fayyadh boleh dikatakan sepanjang masa asyik menangis. Sejak dia lahir  dia asyik menangis je xkira masa. Siapa yang pernah alami situasi macam ni mesti faham. Betapa keadaan ni benar2 menguji kesabaran saya dan suami. Boleh kata kalau xkuat, memang saya boleh kena angin meroyan.

Dari hari pertama fayyadh di bawa balik ke rumah kami di shah alam memang dia asyik menangis. Dahlah masa ni ada saya & husband je. Memang menggelabahla dua2 orang xtau nak buat apa. Bagi susu nangis, try dodoikan nk bg tido pun nangis. Nk tukar pampers dia nangis, nak mandipun nangis.  Memang kami bjaga malam sebab dia asyik menangis je. Memang rasa takut dan risau sangat. Memang tunggu masa je nak balik kampung. Penat dan lemah jangan cakapla. Saya baru je lepas bersalin time tu. Takde istilah rehat masa ni. Yang fikirkan pun macam mana nak buat bagi fayyadh berhenti menangis. Dia dah ar jenis menangis sampai teketar2 mulut. Menjerit sampai hilang suara. Kuat gila. Memang kita yang dengar ni pun jadi panik.



                               
fayyadh dah genap 2 bulan =)





Hari ke-3 dilahirkan fayyadh kna jaundice. So..dia x menangis sangat. Banyak tido je. Pasal jaundice ni saya akan cerita dalam entri lain. Tapi lepas ok je jaundice dia, perangai lama dia datang balik. Menangis xnak berhenti. Bayangkan dari pukul 4 pagi sampai pkul 3 pagi keesokannya pulak dia asyik menangis. Saya sampai hilang punca. Stress sgt sebab tak tahu dia nangis kenapa. Mak dengan ayah saya pujuk pun tak jalan. Husband dh balik shah alam sebab dia dah start keja. Saya menangis sebab rasa tertekan sebab tak boleh diamkan dia dari terus menangis. Dengan badan yang lemah lagi. Tak tidur lansung memang perit sangat rasa. Saya takut anak saya jadi kejang atau kna sawan sebab menangis teruk sangat.

Dari tak nak bagi anak tido dalam buai saya terpaksa bagi sebab dia nangis teruk sgt. Bila masuk buai dia bertenang pulak. Mudah sikit dia tidur. Itupun mmg ayun slow sangat. Saya ikhtiar baca ayat2 al-quran dkt dia.sebab takut dia nampak benda2 pelik. Check jugak kalau perut dia kembung tapi perut lembut je. Bawak g klinik pn doktor cakap dia sihat. Ayah saya ada jugak gi berubatkan fayyadh lepas dia menangis teruk dari pagi sampai ke pagi pulak.  Lepas tu alhamdulillah dia ok sikit. Tapi tak sepenuhnya. Huhu..

Masa balik berpantang di kelantanpun, perangai suka menangis dia tak kurang. Macam tu jugak  Tapi mujur mother in law pun banyak tolong pujuk dia. Rupanya MIL ckap husband saya masa baby dulupun macam fayyadh. Kuat menangis. Lagi teruk dari fayyadh. Maybe fayyadh ni menurun abah dia. Suka menangis. Memang kena sabar banyak. Mula2 dulu memang stress. Tapi bila dah berhari- hari dengan dia saya dah jadi terbiasa. Dah mula faham sikit apa dia nak. Apa nak buat bila dia menangis teruk. Memang rasa terkial-kial nak handle anak sebab ilmu satu apapun takde. Tapi saya tau saya mampu buat sebab Allah takkan duga saya lebih dari kemampuan saya.

Bila habis pantang, fayyadh dah ok ckt. Dah boleh dah letak dia dekat bawah. Dah boleh senyum2. Lega hati saya tengok walaupun bila tiba time tertentu dia kuat jugak menangis. Letak bawah pun tak boleh lama. Paling lama 5 minit lepas tu mesti nangis balik mintak angkat. Saya pun tak boleh jauh dari dia. Kena dalam radius 1m dari dia. Huhu..

Sekarang ni fayyadh dah 2 bulan. Dia menangis sangat2 pun bila dia lapar dengan mengantuk or rasa tak selesa. Tapi nangis memang kuatla. Macam kena pukul. Mungkin dah perangai dia macam tu kot. Asalkan dia sihat saya dah bersyukur sangat2. Alhamdulillah. Sbb kalau ikut doktor baby menangis ni bagus tapi kalau menangis sangat2 mak ayah yang runsing terlebih. Memang hilang punca dan jadi stress. Saya kalau kena tinggal berdua je dengan dia memang takut. Takut kalau dia start nangis teruk tak tahu nak buat apa diamkan dia. huhu... sapa yang pernah alami situasi ni mesti faham macam mana kn.Susah hatinya Allah je tahu.

Sekarang dah pandai menyembang dah dia. Suka senyum...hehe. kejap je kan dah 2 bulan. Harapnya bila dah 3-4 bulan nnti fayyadh tak menangis teruk lagi. Kiteorang suami isteri masih takut nak bawak dia kluar lama2 dekat luar sebab bila start dia menangis lama ambik masa nak diamkn dia.
Dugaan ni banyak hikmahnya bagi saya. Mula2 memang stress. Maybe time tu dalam pantang sama. Tapi lepas tu saya fikir positif. Allah takkan duga lebih dari kemampuan kami. Bila jadi macam ni.saya nampak saya jadi lebih sabar dari dulu. Memang kesabaran tu kena tinggi. Saya usaha untuk faham kehendak anak. Kalau stress saya akan istigfar banyak2 dan ingatkan diri ini amanah Allah. Ini anak saya. Saya kena sabar, sabar, sabar dan tak putus berdoa untuk fayyadh. Mungkin ni ujian untuk kami.


Sorry lama menyepi. Baru start keja 2 hari ni. Alhamdulillah fayyadh ok dengan pengasuh dia. Dia behave sangat. Maybe dengan saya dia nak manja lebih. Balik rumah still menangis macam selalu. Time tido je ok. Cuma takdela nangis tak berhenti macam dalam pantang dulu. Hehe..xpelah anak, dengan kamu apapun mama sanggup buat. Mama dan abah akan usaha buat yang terbaik untuk kamu sayang..semoga membesar menjadi anak yang soleh, yang sihat, panjang umur, dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Monday, April 14, 2014

"Cabaran awal" as new mommy

Saya nak ucap thank you sangat2 dengan ucapan tahniah korang atas kelahiran Fayyadh. Maaf sebab dah lama tak blogwalking ke blog2 korang. Busy sangat dengan new life sebagai ibu. In sha allah ada masa nanti saya akan berblog macam biasa. Tengah sesuaikan diri dengan keadaan baru =)

Dah lama nak kongsi pengalaman baru sebagai ibu dekat sini. Lepas habis pantang baru sempat nak menulis. Lama jugak xde entri baru dari saya kan?

Menjadi seorang ibu memang the best moment in my life selain menjadi seorang isteri. Maybe apa yang saya nak kongsi nanti akan ada orang yang pertikai atau tak setuju, tapi saya tak kisah orang nak cakap apa. pengalaman kita tak sama. Situasi dan keadaan berbeza. Hanya yang mengalami saja yang akan  faham.

In sha Allah next entri saya akan cerita tentang cabaran dan pengalaman saya dalam

1. Breastfeeding
2. Berpantang
3. Handle baby
4. Review product yang guna semasa preggy dan berpantang


Posted via Blogaway