About Us

Wednesday, February 29, 2012

Update: terjah Roadshow ABPBH & Pameran Pengantin

Assalammualaikum...hari ni 29hb 2 kan? 4 tahun sekali baru nak jumpa tarikh macam ni. For those yang sambut birthday dan anniversary on this day, happy birthday and happy anniversary saya ucapkan. Last week, saya pergi pameran pengantin with my friends. Kebetulan ada roadshow ABPBH sekali dekat SACC mall..Kiteorang tak tahupun. Park kereta dekat SACC mall then nampak ada banner roadshow ABPBH. jalan2 jelah. Tak pernah pergipun selama ni walaupun tiap2 tahun dia buat sebab saya kurang minat pergi konsert or show2 artis. Tak pernah gi pun.Huhu.. kiterog cuci matalah jugak dekat situ. Tak adalah duduk seharian tengok show artis2 yang ada. Banyak habiskan masa jalan2 dekat pameran pengantin cuci mata apa yang patut sebab tahu memang xad nak booking apa-apa dekat situ melainkan kad kahwin. Yup! saya dah booked kad kahwin untuk majlis saya nanti. Booking awal sebab dah jumpa kad yang murah dan simple. Nanti saya cerita pasal kad kahwin tu. Ok..hari ni just nak tunjuk gambar yang berjaya di snap hari tu. Tak banyakpun ambil. Banyak gambar saya je..hehehe..









Baru teringat yang pada 1-3 March ni ada Fiesta Kerja kahwin dekat Plaza Alam Sentral. For b2b yang mana nak cari idea untuk wedding dan booking apa yang patut bolehlah datang ke sini. Ehm..sayapun tak pernah pergi pameran tu. Tak tahu nak pergi ke tidak..kalau ada masa free, akan pergi. Jom!

Tuesday, February 28, 2012

Kerja 3 in 1- Bila Mood SUPER Busy Sudah Mari...


Rasa diri dah macam orang VIP dah. Busy memanjang... tapi sekurang-kurangnya orang VIP ada orang suruhan yang tolong buat kerja, tolong jaga makan minum mereka tapi saya??? Kena buat sorang-sorang. Huhuhu...rasa macam dah tak cukup masa je nak buat semua benda dalam 1 masa. Aiseh..time tengah bersemangat waja nak buat itu inilah semua benda nak datang bertimbum-timbun. Semua nak kena siap on the same time! Ranap terus semangat yang disimpan berhari-hari. tensyennye!

Mana masanya nak siapkan INI


Abaikan pandangan meja office yang sangat semak. Mana ada meja designer yang tak bertimbun dengan drawing kan? Lebih2 lagi time super duper busy!

 Kerja office yang bertimbun-timbun. Project yang semuanya nak siap cepat. Deadline yang makin hari makin dekat. Dah macam lipas kudung dah saya, buat ini kejap, buat itu kejap. Itu belum masuk nak melayan call dari bermacam jenis orang. Sampaikan orang dekat office cakap. "Imah, lepas ni you tak payah nak diet for your big day. This project pun dah cukup untuk buat you kurus"..hahaha..ye ke? Saya rasa macam makin nak membulat je nih. Then, saya dah PASTI yang sehingga bulan 7 ni saya akan selalu balik lambat, working on the weekend day. Huhuhu...harus bekerja gigih supaya semua benda dapat siap on time. Pray for me!


Then, Mana lagi masa nak siapkan INI



My DIY project yang baru 1 je dibuat. Preparation on my big day yang cuma tinggal tak sampai 6 bulan saja lagi. Mana nak beli itu, beli ini. Mana time nak kelam kabut nak ikut semua prosedur kawen. Pening2 sebab sampai bulan 7 ni saya sangat busy. nak cutipun tak senang hati. Maybe curi time weekend untuk balik kedah dan uruskan apa yang patut.

Then, Yang INI jugak harus diberi perhatian





Manuskrip untuk Novel Kerana Cinta Itu. Rasa macam nak nangis je sebab nak siapkan manuskrip ni. Geram sebab banyak sangat benda yang saya buat salah masa menaip untuk novel ni dulu. untuk edit bab2 lepas pun ambil masa berbulan-bulan. Typing error, standard pharagraph, tatabahasa....semuanyalah! salah. Itulah, dulu main hentam kromo je tulis. Bertahun-tahun baca novelpun saya tak pernah nak teliti format tulis novel. Bila sibuk nak siapkan manuskrip, baru rasa menyesal sangat. Nak nagis pun ada. Idea tak pulak nak datang mencurah-curah. tapi untuk ini, nak tak nak..penat2 pun saya usahaa jugak untuk bukak laptop dan mengedit. Ada lagi 30 bab yang nak disiapkan. Huhu..Mampu ke? Apapun, mesti siapkan jugak sebelum saya kahwin. Huhuhu...


Sabar, sabar,sabar..dugaan je semua ni. harus bijak mengurus MASA!

Sunday, February 26, 2012

MY Current DIY Project

Agak-agak apalah yang saya tengah  DIY sekarang?







Sejak last month saya hanya tertumpu untuk buat benda ni aje. Tak ada masa sangat nak buat. Buat sikit, then berhari-hari tak buat. Bukan malas, tak sempat.hehehe.. Dah hampir 70% siap. Bakal update bila dah siap sepenuhnya nanti...

Thursday, February 16, 2012

Pandangan Ustaz Nor Amin Tentang Perkahwinan. Panduan Untuk Semua

 Dipetik Dari sumber Blog Ustaz Nor Amin

Jangan Berlebihan & Menunjuk-nunjuk Dalam Perkahwinan

 

 


Salam persahabatan kepada semua, mudah-mudahan anda semua dirahmati Allah. Musim percutian adalah musim kenduri perkahwinan yang menyatukan antara lelaki dan perempuan dalam ikatan perkahwinan yang sah. Perkahwinan dalam Islam adalah merupakan sunnah Rasulullah saw yang menggalakkan umatnya yang berkemampuan untuk berkahwin. Fadhilat perkahwinan sangat besar kepada sesiapa yang akan dan telah mendirikan rumahtangga. Di antara fadhilatnya ialah terhindar dari perbuatan maksiat, terhindar dari penyakit, sihat anggota badan, fikiran menjadi tenang, memiliki zuriat, memperolehi pahala, solat menjadi khusuk dan sebagainya.

Untuk memperolehi perkahwinan yang diberkati oleh Allah, mestilah setiap pasangan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw. Perkahwinan tidak boleh berlebih-lebihan, tidak boleh keterlaluan, tidak boleh bermegah-megah, tidak boros, tidak menjadikan kenduri sebagai tempat membuat maksiat, pengantin menutup aurat, tidak bersanding kepada orang ramai, tidak mencampurkan budaya Islam dan budaya bukan Islam dan banyak lagi. Tetapi malangnya umat Islam di Negara ini tidak melaksanakan perkahwinan mereka secara Islam, mereka hanya mengikut syariat Islam ketika hendak akad nikah di masjid, sewaktu pertunangan dan waktu-waktu upacara keagamaan sahaja. Sebab itulah, orang sekarang ini banyak yang bercerai dan banyak menghadapi masalah dalam rumahtangga mereka. Ada yang berkahwin tidak sampai setahun bercerai, ada belum kenduri lagi sudah bercerai, ada kawin pagi malam sudah bercerai dan berbagai-bagai lagi. Akhir sekali anak-anak yang menjadi mangsa, anak-anak diabaikan sehingga mereka terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya. Ini salah siapa dan tanggungjawab siapa? Fikir-fikirkanlah jawapannya….


Pandangan Saya Mengenai Masalah ini

Orang sekarang ini dikenali segabai orang moden dan tidak lagi mengamalkan adat-adat atau syariat Islam dalam perkahwinan mereka. Orang sekarang bercinta dahulu sehingga kenal habis semua sifat dan tingkah laku pasangan mereka. Ada pasangan sehingga terlanjur melakukan zina atau maksiat dengan alasan mereka saling mencintai dan akan berkahwin kemudian. Orang yang tahu sikit-sikit agama, menggunakan alasan agama dalam menghalalkan percintaan mereka untuk meneruskan niat dan keinginan nafsu mereka, alasan mereka ialah bercinta tidak menjadi masalah selagi mana cinta itu tidak laqa (lalai) dan cinta untuk mencari pasangan mereka untuk dijadikan isteri atau suami yang sah.

Sebenarnya Islam telah mengajar umatnya untuk menjalinkan percintaan sesama manusia. Islam mempunyai kaedahnya yang tersendiri seperti merisik, meminang, akad dan kahwin (kenduri). Inilah cara Islam untuk mencari jodoh dan menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kalau dilihat orang tua-tua dahulu berkahwin tanpa kenal dan cinta, mereka bercinta dan kenal selepas mereka kahwin, mereka kekal bahagia. Sebenarnya tiada istilah bercinta dahulu sebelum berkahwin, sebab orang yang bercinta dahulu sebelum kahwin, lazimnya mereka akan rasa jemu dengan pasangan mereka sebab mereka telah mengetahui segalanya tentang pasangan mereka semasa bercinta. Pasangan yang pernah melakukan maksiat, berpegangan tangan dan sebagainya, maka Allah akan menarik nikmat tersebut ketika mereka telah berkahwin nanti.

Hantaran berlebihan dan menyukarkan bakal suami untuk berkahwin, hal ini memang saya tidak setuju dengan sesetengah masyarakat yang meletakkan harga hantaran begitu tinggi. Kononnya anak mereka kelulusan tinggi, anak perempuan mereka cantik dan sebagainya. Saya nasihatkan kepada semua, janganlah meletakkan harga hantaran berlebihan dan jangan sesekali memberatkan bakal suami dengan masalah hantaran ini. Ambillah hantaran dengan sekadarnya sahaja untuk melepaskan kos perbelanjaan kenduri dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Biarlah hantaran dan mas kahwin sekadarnya sahaja dan tidak memberatkan bakal suami, kerana sesiapa yang mengambil hantaran dan mas kahwinnya sekadar kemampuan bakal suaminya, maka perkahwinan mereka akan diberkati Allah. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).

Pasangan yang ingin berkahwin dengan membuat pinjaman bank untuk perbelanjaan perkahwinan mereka kurang keberkatannya, kerana duit dari hasil hutang, sedikit sebanyak akan tersangkut dengan riba bank, apabila wang perkahwinan bukan dari sumber titik peluh sendiri, maka kurang rasa kesusahan dan kenikmatannya apabila memiliki seorang isteri. Biar susah mengumpulkan duit untuk berkahwin, apabila dapat isteri dengan titik peluh empat kederat sendiri, kita akan rasa satu kepuasa dan kenikmatannya, kerana isteri yang diidamkan selama ini dapat dengan penat lelah sendiri. Pepatah melayu mengatakan bahawa “selalunya perkara yang susah dimiliki ini akan dihargai dan akan dijaga sebaik mungkin.”

Sebenarnya boleh buat pinjaman bank untuk perbelanjaan kahwin jika tidak berkemampuan setelah berusaha, memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi juga, kerana gaji bulanan sangat kecil. Maka bolehlah untuk buat pinjaman perbelanjaan kahwinnya. Elakkan tunggakkan hutang kahwin tidak berbayar, kerana dikuatiri perkahwinannya tidak berkat dan menghadapi masalah dihari akan datang nanti. Perbelanjaan kahwin ini biarlah dari sumber rezeki yang halal dan berkat, kerana hal ini mempengaruhi perkahwinan dan zuriatnya. Apabila rezeki yang halal digunakan sebagai perbelanjaan kahwinnya, maka Allah akan menurunkan keberkatan kepadanya dan keluarganya, Allah akan sentiasa memelihara keluarganya dari perkara-perkara maksiat dan dosa.

Kenduri kahwin yang berlebihan akan berlakunya pembaziran dan kelalaian dan jauh dari apa yang dikehendaki oleh syariat Islam. Masyarakat sekarang berbangga dengan dirinya apabila melaksanakan kenduri besar, kenduri yang hebat, ada lagu, ada DJ, ada persandingan, ada persembahan silat dan banyak lagi. Cuba fikir, sebenarnya kenduri kahwin ini hendak mencari keberkatan atau hendak mencari kemegahan? Jika hendak mencari keberkatan, biarlah kenduri itu dihiasi dengan perkara-perkara yang berlandaskan dengan syarak Islam. Jangan adakan persandingan, jika adapun biarlah bersanding dihadapan keluarga sahaja atau ditempat yang tertutup, bukan untuk ditunjukkan kepada tetamu yang datang. Pakaian penganting mestilah menutup aurat dan tidak bersalaman dengan bukan muhrim, kerana perkara yang haram tetap haram dan perkara yang halal tetap halal. Jangan memasang lagu-lagu yang laqa (lalai) atau berunsurkan cinta dunia, lagu Hindustan, lagu melayu dan sebagainya, kerana malaikat tidak datang ke kenduri yang memasang lagu-lagu lalai untuk memberikan rahmat. Boleh untuk berlagu, tetapi biarlah lagu-lagu nasyid, selawat dan bacaan Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud :

"Janganlah kamu bertabarruj (menunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab : 33).

Carilah keberkatan dalam perkahwinan kita semua, kerana keberkatan itulah yang akan membuatkan perkahwinan kita kekal bahagia, biarlah perkahwinan berlandaskan kepada syariat Islam, alam berumahtangga memerlukan orang yang menghayati Islam untuk membimbing keluarganya kearah yang dikehendaki oleh Islam. Keluarga bahagia ini mestilah berlandaskan Islam dalam semua amalan rumahtangga mereka. Anak-anak yang akan dilahirkan juga akan mudah ditarbiah, mudah ditegur dan taat kepada kedua ibu bapa, kerana ibu bapa tersebut meletakkan prinsip perkahwinan Islam ketika mencari jodoh, semasa kahwin dan selepas kahwin. Maka sebab itulah mereka memperolehi zuriat yang baik. Apabila keluarga yang mengamalkan kehidupan Islam, maka secara tidak langsung akan melahirkan masyarakat Islam yang saling hormat menghormati, ingat mengingati antara satu sama lain dan beriman dan bertaqwa kepada Allah. Dari sinilah masyarakat Islam dapat digelar sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan) dan khairul ummah (umat terbaik).




Untuk semua b2b...kita doakan semoga majlis kita berjalan lancar. Insya-Allah..mudah mudahan majlis perkahwinan kita mendapat keberkatan dan keredhaan ilahi..dan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat dalam berkat dan rahmat-Nya..Amin... (Sharing is caring)

Jom singgah ke blog Ustaz Nor Amin..banyak lagi info bermanfaat ada di sini http://www.ustaznoramin.com/ 

Tuesday, February 14, 2012

Bila Adat Perkahwinan Lama Di“Modern”kan......


1. PELAMIN

Pelamin Dulu-Dulu

Dulu2 orang melayu ada yang tak sanding atas pelamin. Akad nikah je. Kalau nak sanding, boleh sanding bawah pokok …Letak kerusi 2 buah. lepas tu buat back drop daun kelapa, pintu gerbang pun dari daun kelapa. Dah siap! Mudah dan jimat kos! 

Pelamin Sekarang  

Pelamin sekarang ada macam-macam style dan nampak mewah dan modern. Ada jenis ber panel, tiang rom la, tiang parsi la..pelamin telur la..macam-macam. Harga pun sampai cecah ribu ringgit. Kerusi pun dah up to date. Guna sofa, kerusi cleopatrala, kerusi sampan..sofa tinggi la..macam-macam. Yang penting ada duit, semuanya jadi…susah nak jumpa pelamin yang berkonsepkan adapt melayu dulu2. means macam pelamin diraja ke. Pelamin ukiran kayu ke..semuanya banyak style English..huhuhuhu



2. HANTARAN

Dulu-Dulu

Walaupun time tu saya masih kecik-kecik, saya masih ingat dulu2 orang bagi hantaran kebanyakannya gula, garam, syumi, gula-gula, buah…gula dan garam tu buat bentuk macam-macam. Jadi lada merahlah, jadi sotongla (guna span), syumi pulak gubah bagi jadi macam buah jambu air. Kreatif! Kalau sekarang bagi gula dan garam..  memang sakitlah nak tadah telinga dengar orang duk mengumpat! Hahaha….



Sekarang

Sekarang ni style hantaran semuanya memerlukan banyak belanja. Hiasan untuk hantaran saja dah cecah ratusan rinnggit. Manik berantai, fresh flower, artificial flower dan macam-macam. Dulang hantaran pun macam-macam style sekarang. Jenis sarngkar lah, raga lah.. Itu belum campur dengan barang hantaran yg semuanya “modern” style. Beg tangan, kasut dan wangian maybe kedengaran biasa. Tapi kalau i-pad, i-phone. Laptop semua tu kira hebatlah kan? Untuk hantaran sajapun boleh cecah ribuan ringgit.



3. BUNGA TELUR

Dulu-Dulu

Dulu-dulu bunga telur semua orang buat sendiri jer. Guna crepe paper, straw, plastic, macam-macam. Jimat kos. Lagipun bila ada kenduri, ramai jiran tetangga yang kasi bunga telur. Tak perlu nak buat banyak-banyak. Simple jer tapi best sebab boleh tengok macam-macam style bunga orang buat. Dulu, hidup bermasyarakat tu best dan erat. Tak macam sekarang. Jiran sendiripun belum tentu kenal. Bunga telur dulu cucuk dekat batang pisang atau buah betik je. Jimat..tak yah nak beli bekas pahar tu..

Sekarang

Bunga telur lebih moden. Harga pun dalam seringgit gak sebatang. Orang suka beli je sekarang, malas nak buat dah. Beli-belipun, harga mahal jugak. bekas cucuk bunga telurpun orang beli. Mana lah nak jumpa batang pokok pisang dekat Bandar ni ha..kalau adapun, orang malu nak guna..huhuhu


4. BAJU PENGANTIN

Dulu-Dulu

Dulu-dulunya style lebih classic dan memang macam baju tradisi orang melayu. Kebaya, songket, kebarung dan kurung. Selalu orang tempah atau jahit sendiri je. Xcrowded sangat. Jarang orang sewa. Siap pinjam2 pun ada. Agaknya time tu butik pengantin xbanyak kot. Tapi suka jugak wedding dress dulu2..simple, klasik dan nampak lebih kemelayuan. 



Sekarang

Sekarang nya style wedding dress memang cantik2.,superb dan macam2 style..boleh perasan macam artis kejap bila dapat pakai baju cantik2 macam ni. Hehehe…Tapi fesyen memang bukan sepenuhnya tradisi melayu la... Even baju kebaya dan baju kurung pun dah design macam style kebudayaan lain. Nampak elegance dan cantik tapi hargapun cantik gak. Sewa pun mahal jugak. Huhuhu…kalau ambik pakej siap semua benda pun ribu riban gak la...huhuhu




5. INAI

 Dulu-Dulu 

Orang pakai Inai dekat jari je. Ambik daun inai dari pokok tu. Selalu inai daun ni warna cantik dan kekal lama. Warnapun merah


Sekarang

Orang melayu ni suka tiru style budaya lain pakai inai. Lukis inai dah macam inai orang india dah. Ada setengah ustaz cakap, dah macam tatoo. Cantik ke? tak tahulah bagi korang. bagi saya tak cantikpun. Certain orang pakai inai bagi jadi warna hitam, bukan merah. Hmm..macam2 style ye sekarang nih. Dah jauh benar dari adat melayu dulu2... Yang ini pun kena duit jugak nak suruh org lukis inai..




6. KENDURI

Dulu-Dulu

Majoriti orang buat kenduri dekat rumah sendiri. Makanan pun disediakan secara bergotong-royong. Time dulu hidup bermasyarakat ni memang kuat bond nya. Ada saja saudara mara dan jiran tetangga yang datang menolong. Best kenduri dulu2. Makanpun secara berhidang. Rumah pengantin memang riuh rendah dengan kunjungan orng ramai, Best! dekat kampung masih banyak lagi yang buat kenduri di rumah sendiri dan secara gotong royong. Boleh bersembang dan bertegur sapa tanpa rasa kekok. tak rasa formal pun. best sesangat! Dekat bandar semua ni  dah tak ada.



Sekarang

kenduri banyak guna khidmat katering dan buat dekat dewan. Mungkin faktor tak ada siapa nak tolong, masalah kesesakan laluan ke rumah dan banyak faktor lain, dewan adalah pilihan utama di kawasan bandar. Katering memang yalah...susah nak jumpa jiran dan saudara mara yang ikhlas menolong macam dulu2. Dekat bandar, semangat kejiranan tu tak kuat macam di kampung =( . Sewa dewan, upah katering semuanya memerlukan belanja yang tinggi. Boleh cecah belasan ribu ringgit hanya untuk dua benda ni aje..


7. FOTOGRAFI

Dulu-Dulu

Selalu gambar kawan-kawan tangkapkan. Tangkap pun masa hari kawen je. Itu je. Outdoor semua tu tak ada. Yalah, kamera dulu-dulu manalah canggih mana. fotografer pun tak ada. Main snap sendiri je. tapi cukuplah..ada jugak gamabr kawen yang boleh disimpan untuk kenangan.

Sekarang

Dah banyak pakej fotografi perkahwinan. untuk pre-wedding lah, engagement lah, nikah, resepsi, outdoor, bertandang. Semua ada. Tunggu keluar duit je bayar. nak album macam manapun boleh pilih. sticky album, custom album..story book..semua ada. Dan service nya tentu sekali terbaik sebb memang fotografer berpengalaman kan. pandai cari dapatlah gambar yang cantik2. nak buat video pun boleh. Untuk ini saja pun boleh cecah ribu ringgit jugak.huhuhu...


8. KAD KAHWIN 

Dulu-Dulu

Kad kahwin jenis kertas A4 lipat empat yang fotostat. tapi yang zaman sebelum tu xpasti pulak saya, panggil mulut je kot. maklumlah..semangat kejiranan tinggi, majoroti orang sekampung tahu rumah masing2. Tapi dekat kampung saya masih banyak lagi kad kawen macam ni. simple dan murah. memang majoriti kad kahwin dekt kampung saya mcm ni.hehehe..Takpe, yang penting ikhlas mengundang =)


Sekarang

Dah jadi trend kad kahwin cantik-cantik. Jenis ada gambar sendiri la, boleh buat kalendar lah..macam-macam. harga pun mahal jugak. Untuk kad kahwin pun boleh cecah 1k jugak kalau dibuat dalam 1000 cetakan. huhuhu..tupun dah devide pada dua pihak. Sebab tu setengah orang suka undang dekat facebook je. nak pos kad pun, setempun paling kurang 60 sen. itu harga setem. 



Kalau ikutkan..banyak lagi benda yang nampak perbezaan tentang adat perkahwinan dulu dan sekarang. Kadang-kadang rasa macam adat yang bebankan diri untuk kahwin, tapi bila difikir-fikir balik, kemodenan adat tu yang buat kos perkahwinan melambung tinggi. Sebab tu majlis kenduri untuk satu pihak saja paling kurangpun boleh sampai belasan ribu ringgit. Ada jugak sampai puluhan ribu ringgit. Mana tak ramai pasangan sekarang tak buat pinjaman peribadi untuk kawen. Banyak betul kan? Sekadar perbandingan peribadi. ukur bajet di poket sendiri. kalau mampu, buat,tak mampu buat yang wajib je. Yang penting kehidupan lepas kahwin mesti kena ada simpanan duit. Itu yang paling penting...


P/s: Semua gambar adalah dari carian google. Gambar sekadar hiasan. tak ada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati. Entri berbentuk pendapat peribadi, bukan berkaitan dengan wedding sendiri atau menujukan pada mana-mana pihak. Peace =)



Monday, February 13, 2012

Dilema Nak Kahwin..Duit Oh Duit..

Bila nak kawen masalah pertama tentu sekali berkaitan DUIT. huhuhuhu..xspecially untuk B2B ekonomi dan budget macam saya ni ..even cakap dah cukup duit nak kawen pun mesti ada jugak terkurang sana sini. tak cukup la..susah betul la nak dapat yang terlebih DUIT. Masalah jangan cakaplah....sentiasa ada. Hal orang mengata ke apa ke tu saya tolak tepi. malas nak fikirkan sangat cakap-cakap orang. Silap haribulan diri sendiri yang merana.

Macam saya, walaupun nak buat majlis yang simple, kos belanja banyak jugak. tetap ribu riban. Dapat pulak, saya lansung tak dapat guna duit hantaran kahwin untuk belanja kenduri. Sponsor adik beradik jauh sekali sebab saya sorang je yang bekerja. hal2 rumah ke apa ke semua atas saya. Guna duit sendiri 100% untuk majlis kahwin saya nanti. Dah memang macam tu tradisi turun temurun family saya. Untuk kenduri, kena guna duit sendiri. Tak guna duit pihak lelaki. Saya kenalah ikut sebab saya nak kawen kan? huhuhu...Duit hantaran akan jadi milk saya sepenuhnya atau mak ayah saya ke, itu saya tak pasti. Ke half-half ye? Hahaha..malas nak tanya parent pasal tu. Biarlah diaorang tentukan saja pasal hal tu.

Bila difikirkan balik, memang banyak sangat duit saya kena keluarkan untuk kenduri nanti. Saya memang taknak bebankan tunang saya sebab dia sendiripun nak kena simpan duit untuk kenduri sebelah dia. Itupun wat simple gak. Dengan pendapatan saya dan tempoh masa yang singkat, saya memang prefer majlis yang simple aje. So, memang banyaklah benda yang saya kena DIY sendiri. Duitpun kena berjimat gila walaupun saya rasa saya dah banyak berjimat. kena jimat lagi ni. Cut cost mana yang tak perlu sebab sumber pendapatan saya hanyalah pada gaji bulanan semata-mata. Itu belum campur duit simpanan untuk renew roadtax motor dan kereta.  Banyak kan? Tapi saya taknak rasa TERBEBAN dan STRESS. Saya cuba relax dan taknak fikir sangat sebab saya percaya rezeki Allah ada untuk orang yang berniat untuk mendirikan masjid. Saya taknak tangguh kawen semata-mata nak majlis yang perfect dan grand. Takpelah...yang penting akad nikah tu. Saya mahu hubugan kami ni segera menjadi HALAL.



Biarlah....simple pun sebab itu je kemampuan saya. Sebolehnya saya taknak berhutang bagai atau buat loan semata-mata untuk kawen. Saya tahu RISIKO TERBESAR saya adalah umpatan orang dan kata-kata orang. Takpe, orang mengata saya dapat pahala kan? Sabarjelah.....sekarang yang baru settle baju nikah dan baju bertandang. Hantaran kawen pun dah ada beli sikit2. Baju nikah dan bertandang saya beli yang ready made je.Simple dan plain. Nanti saya nak DIY sendiri tambah pearl dengan fabric flower sikit.Veil nikah dan bertandang pun DIY sendiri.Saya kena prepare dah sikit2 walau lambat lagi nak kawen sebab semua benda saya nak kena settle sorang.Huhu..sedih! Tunang pulak duduk jauh. Masing2 kena settle sendiri. Huhuhu..


Banyaknya benda yang saya kena buat sendiri.....Ya Allah...semoga saya diberi masa, tenaga dan rezeki lebih untuk siapkan semua ni. Amin....

Yeay!!! Dapat Anak Menakan Lagi =)

Yeay! Suka hati sebab semalam 12.2.12 kakak saya selamat melahirkan anak keduanya. Cantik kan tarikh? Syukur alhamdulillah....I get another niece! Ingat ke nak dapat baby boy..tapi baby girl gak. Takpe2, yang penting semuanya selamat.

Congratz to Akak & Abang Wan =)

Seronok rasa sebab dapat anak menakan lagi. Dekat kedah, kiteroang panggil anak saudara tu "anak menakan", dan mak sedara tu "mak menakan". Tapi, saya tak sempat lagi nak tengok baby. Insya-Allah..bulan depan atau bulan 4 ni saya akan balik kampung. Boleh melawat akak dan baby. Kesian dekat akak sebab kena operate lagi kali ni. Dia berharap sangat boleh bersalin normal untuk anak ke-2 ni. Tapi, tak boleh juga. Huhuhu...Takpelah, yang penting semuanya dah selamat.

Hari ni mood saya masih penat dan letih. Weekend lepas saya ke Terengganu, attend wedding best friend masa study dekat UiTM Arau dulu. Nanti saya update tentang wedding tu k.

Thursday, February 9, 2012

Susah nak Rasa Aman & Selamat Di sini

Alhamdulillah..dah selamat pulang ke Shah Alam. Kembali meneruskan rutin hidup seperti biasa. Kerja. kerja dan kerja..Kalau tak kerja mana nak dapat duit kan?Huhuhu...pagi tadi ada kes perempuan kena ragut depan office saya. pagi2 time orang sibuk nak gi keja, time tu jugalah si peragut2 ni sibuk nak meragut. Geram sangat2. Saya pernah jadi mangsa ragut dan saya tahu macam mana perasaan perempuan tu. Takut dan trauma!

Bila balik ke sini, saya tak pernah rasa setiap pergerakan saya "aman" dan "selamat". Setiap perbuatan mesti berhati-hati, alert dengan keadaan sekeliling, dengan orang. Hmmm..tak macam dekat kampung. Saya rasa selesa. Rasa "takut" tu tak ada sangat walaupun tetap kena hati-hati. Jenayah dekat sini bersepah-sepah. Ragut, cabul, rogol, simbah asid, samun, rompak, bunuh dah tak terbilang angkanya. Setiap hari ada aje jenayah yang berlaku. Kadang2 saya rasa macam peratus keselamatan disini sangat rendah.

Saya tak cakap dekat kampung tu 100% selamat dan tak ada jenayah. Ada. tapi tak sebanyak dekat bandar ni. Dekat kampung masih berani nak buka tingkap dan pintu rumah bila ada di rumah, masih berani membuka cermin kereta bila drive, masih selamba ke hulu hilir tanpa risau keadaan sekeliling, masih terasa biasa bila rumah tak berpagar atau bergril. Dekat sini, yang ada hanya ketakutan dan bimbangkan berjumpa dgn org jahat yang ada dimana-mana. Huhuhu...

Lagipun kehidupan bermasyarakat dekat bandar dan kampung memnag sangat jauh bezanya. Dekat kampung, satu kampung kita kenal tapi dekat bandar, jiran dekat dengan rumahpun belum tentu kita kenal..Bila apa2 berlaku, jiranpun kadang2 tak tahu. Hmm...entahlah. Ikutkan hati saya, memang lagi suka duduk di kampung tapi tuntutan kerja, dekat bandar ni jelah yang banyaknya. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar negara MALAYSIA ni sentiasa dalam keadaan SELAMAT dan AMAN.

Friday, February 3, 2012

Nak Jumpa Yang Tersayang

Insya-Allah..kalau tak ada sebarang aral, malam ni saya akan balik kampung. Naik bas je dengan mak teh saya. Masa time raya cina hari tu saya tak balik. Ingat nak atatend wedding kawan, tapi demam pulak. Tak pergipun. Hampir seminggu saya demam. Mujur tak kena denggi ke apa. Duduk rumah tanpa berbuat apa2. Datang kejapun bos suruh ambik mc lagi tapi kalau saya mc keja saya sapa nak buat kan?hehehe…

Ini Gambar paling latest saya dan family- Mereka yang sentiasa susah dan senang dengan saya


Bulan February ni Insya-Allah saya bakal dapat anak sedara ke-2. Tapi baby boy ke baby girl tak pasti sebab setiap kali scan, baby asyik nyorok je. Kepit kan main lagi. Nak kasi surprise lah tu! Tapi Dr cakap maybe baby girl. Best dan excited je rasa. Due date akak saya next week. Tapi kalau dia bersalin time saya balik ni lagilah saya suka. Tapi harap2 semuanya dipermudahkan. Kakak dan baby dua2 selamat dan sihat.


My mom adalah segalanya buat saya. Time susah dan senang memang dialah tempat saya mengadu. Time struggle gila dekat shah alam ni, kena ragut, kena rompak, kena ikut dengan lelaki, accident..sakit pinggang berbulan-bulan, prestasi belajar merudum, masalah kewangan, memang maklah kekuatan semangat untuk saya. Mak saya ada masa garang jugak tapi saya tetap nak bercerita macam-macam benda. Kena marahpun xpe asalkan mak sudi nak dengar. My dad memang garang. Bekas polis kot. Luar hal2 perasaan je saya akan report dekat ayah. Pasal motor rosak, keta, umah, semuanya dialah rujukannya.

Bila ada masalah, tak semua benda saya boleh cerita dengan mereka. Ada masa kena pandai survive dan selesaikan sendiri. Kalau hal penulisan novel, family memang lansung tak pernah tahu minat saya. Saya tak pernah share pun dan buat sengap2 je. Saya memang tak ada pendorong ke arah itu. Dari duduk dengan family lagi saya memang jenis independent. Nak beli apa-apa saya suka, saya usaha kumpul duit sendiri. Lepas SPM terus saya kerja part time nak cari duit poket. Time dekat UiTM pun saya buat part time kerja dekat McD cari duit. Kalau boleh taknak susahkan family. Dalam semua adik beradik, saya sorang sahaja yang bekerja. Kakak lepas kahwin terus jadi suri rumah. Adik lelaki kerja asyik tak tetap je. Dapat jadi polis, dia gi training tak sampai sebulan dia berhenti. Dia masih lagi mencari arah tuju. Adik perempuan masih bersekolah. Dah tingkatan 5. Saya bekerjapun, gaji bukanlah sebanyak mana. Baru keja kan. Yang mana boleh tolong saya tolong. Kadang-kadang rasa sedihpun ada bila nak kahwin ni. Sedih nak mulakan hidup baru dan ikut husband. Selagi saya masih single ni, saya cubalah buat yang terbaik untuk family. Adik beradikpun 4 orang je. Saya pulak banyak berperanan sebagai ank sulung…


Saya nak cepat balik sebab ada masalah yang kena selesaikan. Dugaan menimpa nimpa sekarang. Sabar jelah...Allah tahu apa dalam hati saya.

Wednesday, February 1, 2012

Pening-pening!

Assalammualaikum...wordless wednesday tapi saya xleh kurang menulis hari ni sebab mood masih pening2. Hahaha..tetap nak membebel di blog ni jugak. Huhuhu....Hari ni dah masuk bulan February. Kalau dihitung-hitung, ada lebih kurang 6 bulan lebih untuk saya buat preparation kawen. Bagi setengah orang cakap lambat lagi. Tapi bagi saya, masa berlalu begitu cepat, pejam celik pejam celik dah sampai hari yang dinanti. Insya-Allah....

 Tarikh Nikah

Untuk wat DIY project mmg cukup masa tu tapi kalau untuk booking barang, memang sekarang nilah waktunya. Tapi tarikh yang tepat untuk majlis saya tu belum dapat lagi. Yang saya tahu lepas raya puasa. Tapi tarikh yang tepat, belum lagi dua-dua family putuskan. So, kerja-kerja booking membooking memang tak boleh buat. Masih menunggu...tarikh ni kena dua2 pihak setuju.

Baju bertandang

Pasal baju bertandang, saya still lagi mencari. Hari tu gi jalan-jalan cari jubah moden memang saya jumpa yang saya berkenan. Tapi bila pakai, alamak! Senteng la pulak. Kalau nak ambil size lebih besar, menggelebeh pulak bila pakai. So, tentang baju bertandang tu masih lagi hanging..huhuhu...Patut ke saya sewa je ataupun saya gi tempah? Kalau nak tempah kena tahu kedai mana la pulak.Huhuhu...sedihhh

Love this dress style..Tapi tak jumpa dekat mana ada jual

   
Dress yang cantik dan simple macam ni...suka sangat! Lepas majlis still boleh guna balik baju ni. taklah membazir. Sumber http://non-cinderella-story.blogspot.com/ 
Hana Tajima punya wedding dress nipun simple dan sweet jer..saya suka jugak
Pasal Pakej perkahwinan

Ini satu hal jugak. Majoriti kawan-kawan saya yang ambil pakej perkahwinan semua cakap pakej2 yang digembar gembur murah tu sebenarnya banyak Hidden Cost. Aiseyy! Pakej yang ditawarkan setengah tu pelaminnya yang zaman dulu kala....style kerusi lama 10 tahun lepas. Ada kawan cakap pelamin tu ada yang berhabuk dan bersawang dahpun! Kalau nak modern sikit, kenalah tambah 200 ringgit. Nak kerusi macam sampan ke sofa tu, tambah lagi duit. bajupun kasi yg old fashion punya, bukan latest design, kalau nak yang modern style..tambah lagi 200...macam gitula....kadang-kadang fikir, bila ikutkan nafsu sangat ni, memang pokai la duit. Semua benda nak sempurna, duitpun banyak lah kena keluar kan? So, kena pilih betul2 dan cari harga yang berpatutan. Ikutkan adat & nafsu, urusan yang senangpun boleh jadi susah..haisyy...


Patutla orang bercinta sekarang suka ambil masa yang lama nak kawen sebab banyak sangat duit nak pakai. Ada yang berhutang bank lagi sebab nak kawen. Huhuhu...ikutkan adat dan nafsu memangla banyak guna duit. Kawen cara islam, yang penting akad nikah tu je...yang lain2 tu adat je...Entahlah, memang kena berjimat cermat. Kawen memang sekali seumur hidup. tapi taknaklah sebab SEHARI tu hutangnya bertahun-tahun...Ukur baju di badan sendiri. Berbelanja ikut kemampuan..lantakla apa orang nak kata, Janji hubungan tu HALAL!