About Us

Wednesday, December 24, 2014

Persaingan sesama Ibu? Prejudice? paranoid? Fanatic?

Assalammualikum korang!

Fuh..lama tak update blog. Seminggu sekali je update sekarang ni. Alhamdulillah...Saya sihat. Fayyadh je yang tak berapa sihat. Hari ni demam. Pasal Fayyadh saya akan cerita next entri.

Hari ni saja nak share dengan korang pasal "pesaingan tanpa sedar" sesama ibu moden. Tak tahulah korang perasan tak trend ni. Maybe perasan. Maybe tak. Tapi ni pandangan peribadi saya. Takde niat nak burukkan sapa-sapa.

Jadi ibu. Apa yang kita nak pada anak kita? Yang terbaik kan. Kalau boleh nak buat yang paling terbaik. Nak perfect. Semua ibu-ibu ada impian yang sama. Nk tengok anak membesar tanpa kekurangan apa-apa. Nak anak membesar dengan sihat. Kita bagi yang terbaik tak kiralah dari segi makanan dia, pendidikan dia, perhatian..semua yang terbaik. In sha Allah...

Tapi, yang jadi isu bila kita fikir apa yang kita buat terbaik untuk anak kita tu satu kebanggaan sampai mengguris perasaan orang lain. Contoh, Kita berjaya fully breastfeeding. Kita berjaya bagi anak kita susu badan sepenuhnya. Alhamdulillah tu rezeki kita. Tapi, perlu ke nak kecam ibu-ibu yang bagi formula milk (FM) dekat anak? Perlu ke nak tuding jari ibu yang bagi FM ni pemalas, malas nak pump semua? Perlu ke nak kecam anak ibu yang bagi Fm ni kurang bijak dari yang Fully bf? Kadang dalam tak sedar kita dah guris perasaan ibu-ibu lain. Kita tak tahu apa situasi diorang. Ada ibu yang berusaha nak bf anak sepenuhnya. Usaha berubat, makan macam-macam nak bagi susu ada. Tapi gagal. Tolonglah jangan kecam diorang. Setiap ibu mahu yang terbaik. Tapi bila gagal, mungkin rezeki diorang takde dekat situ. Kita boleh bagi moral support, suggest diorang tapi bukan pandang serong atau kecam. Situasi kita tak sama. Jangan kata aku boleh, takkan dia tak boleh. Kita bukan berada di tempat yang sama (T_T). Kadang2 dekat group2 Fb saya tengok mudah sangat nak kecam ibu lain. Sampai kdang orang takut nak tanya apa-apa soalan. Senang je nak kena bahas. Huhu..Satu lagi, kita yakin ke kalau rezeki susu untuk anak first tu ada, yang seterusnya tentu2 ada. Rezeki tu bila2 Allah boleh tarik kalau kita riak sangat. Hari2 nak up gambar hasil pump. Kadang boleh bagi semangat tapi kadang boleh jatuh riak. Sebab susu ni rezeki. Ada orang makan macam2 pun tak jugak keluar susunya. Huhu...Paling teruk, sampai yang nampak bagi anak minum susu dalam botol pun cakap sampai hati bagi Fm padahal orang tu bagi susu badan. cuma pump masuk botol. Ni paling teruk kronik fanatiknya pada saya. Takleh tengok orang bagi anak susu dalam botol. sedap je nak hentam!

Kadang pasal bagi makan anak pun orang nak kecam. Tak masak sendiri. Bagi nestum. Bagi makan macam-macam tak ikut table. Ok....bab kena bagi anak makan lepas 6 bulan tu betul. Memang betul. Mana yang salah kita boleh tegur tapi cara baik. Tapi bukan prejudice. Bukan menghentam. Kalau kita tahu pasal ilmu tu, kita tak boleh nak anggap semua orang tahu. Jangan sesuka hati nak kecam. Kalau kita berjaya masak macam2 untuk anak kita, berjaya bagi homemade food dekat dia, tolong jangan kecam ibu2 yang tak sempat nak buat macam tu. Kita tak tahu situasi dia macam mana. Mungkin dia banyak kerja lebih masa. Tak sempat nak prepare apa2. Kerja shift sampai lewat malam. Kadang2 terpaksa bagi anak nestum. Boleh bagi semangat, bagi cadangan tapi bukan mengutuk. Jauh beza antara mengutuk dengan bagi nasihat. Kita bangga anak kita just makan hasil air tangan kita. No sugar. no salt sampai 2 tahun. Tapi ada ibu yang  lepas setahun dah bagi anak sugar & salt. Pilihan masing2. Setiap ibu tahu mana yang terbaik untuk anak. Dan kalau consult dr pun, ada yang cakap tak perlupun tunggu sampai 2 tahun.

Kadang pasal taska, pasal nursery, pasal toys pun ada yang nak berbalah. Nak berlumba. Nak berjeles bagai. Kadang ada yang kecam ibu ni buat itu. Ibu ni buat ini. Ibu ni bagi anak duduk dalam walker. Dalam buai, bagi puting dekat anak. Ibu ni tido asing dengan anak dan macam-macam hal lagi. Samalah bab baby wearing. Pun banyak yang berbalah...Betul. Kita nak yang terbaik. Tapi bukan dengan cara fanatic, paranoid sampai nampak apa orang buat semua salah.Kita je betul. Sampai pergi mana dalam hati asyik nak kecam orang je.  Bab kewangan, kemampuan kita tak sama. Kadang orang tu tak mampu, tak tahu, tak boleh nak judge semua orang berilmu macam kita. Berkemampuan macam kita.  Boleh mengur tapi ada cara. Ni kadang tegur terang2 nak malukan orang tu dekat media sosial. Boleh je pm dia. Cakap sendiri..

"sis.. maaf ya. setahu saya cara sis ni tak digalakkan.....bla bla.."

Boleh je kan pm? Ni hentam beramai-ramai dekat Fb, dekat Ig dah macam memalukan ibu tu pulak. Kesian! Huhu...

Fikir macam nilah. Mungkin kita terbaik dalam sesuatu benda tapi belum tentu kita terbaik dalam sudut lain. sekarang, kita nampak kita je yang paling bagus. Tapi mana tahu, ibu2 yang sekarang ni kita duk hentam, yang kurangnya banyak dari kita, tapi mampu bagi pendidikan agama yang baik dekat anak diorang. Mampu jadikan anak dia anak yang baik akhlak. Mungkin anak tu tak merasa susu ibu, tapi rezeki anak tu dapat ibu yang bagi perhatian 24 jam dekat dia. Ibu yang bagi bimbingan agama yang cukup untuk dia even sekolah tak pandai mana.

So..tolong jangan jadikan anak tu satu persaingan sesama ibu. Nanti bila anak dah besar..ada pulak yang bersaing anak siapa paling pandai, anak siapa yang paling aktif..paling itu. paling ini..dunia ibu2. Fokus saja pada anak kita. Jangan kecam cara parent lain didik anak diorang. Sebab tu cara diorang. Yang penting kita usaha buat yang terbaik untuk anak kita.

Kan?

Ikhalas dari saya, ibu yang tak sempurna.

Monday, December 15, 2014

Tiba2 Sunyi. Rindu

Baru lepas hantar Mak mertua & adik2 ipar dekat stesen bas semalam. Diorang dah balik kampung. Sedih pulak rasa. Dah seminggu lebih rumah kiteorang riuh rendah. Fayyadh super happy sebab ada nenek, pak sedara & mak sedara main dengan dia. Layan dia. Eh..badan diapun kian montel bila tok ummi dia jaga! Boolatt. Hihi..

Sepanjang seminggu diorang datang tolong jagakan Fayyadh sempatla bawak diorang jalan-jalan dekat sini. Sempat jugak request dekat ummi nk makan ketupat sotong. Buat macam balik rumah sendiri, request dekat mak masak makanan feveret. Bila dah kawen dengan orang kelantan, banyak makanan kelate yang dah jadi feveret saya. Mula2 dulu segan nk cakap teringin nak makan apa dekat mak mertua, bila dah lama kawen xde segan dah. Dulupun, saya segan nak masak sebab risau makanan tak sedap. Tak sehebat mertua, tapi lama2 dah yakin sendiri. Masak je macam biasa.

Alhamdulillah..rezeki saya dapat keluarga mertua yang baik. Yang boleh layan saya baik tanpa anggap saya orang luar. Hope lepas ni pun hubungan ni berterusan baik. Aminn..

Semalam, hantar dioarang balik suami saya mengalir jugak air mata. Sedih ummi & adik2 dah balik kampung. Sayapun rasa sebak sama. Kadang bila dah ada family sendiri memang jadi rindu nak luang masa dengan parent & adik beradik kan. Rindu zaman2 sekolah. duduk sebumbung dulu. bila dah masing2 sambung belajar, kerja & dah kawen masa tu automatic dah kurang. Dalam tak sedar kita dah kurang banyak masa untuk spend dengan parent & adik beradik kita. Rindu...

Kadang saya fikir, kalau panjang umur nak tengok Fayyadh membesar, macam nilah yang saya akan rasa. "Kehilangan" tanpa sedar. maybe bila dia umur 13 tahun dia dah menjauh sedikit dari saya. Start masuk sekolah asrama, lepas tu universiti, lepas tu start kerja, kawen...Dalam sedar tak sedar, masa 12 tahun tulah yang kena usaha spend masa  betul2 dengan anak. Sebab time inilah masa dia sentiasa ada depan kita. Duduk sebumbung dengan kita. Lepas ni, bila dia dah tahu hala tuju hidup dia, ada kehidupan sendiri mesti akan rindu semua tu. Sekarang, bila fikir sikit pasal nipun dah sebak rasa.


Tuesday, December 9, 2014

Anak. Kerja

Asaalammualaikum..

Hai korang!

Saja nak update cerita sendiri dekat sini. Alhamdulillah saya sihat. Cuma dalam seminggu lepas kuat sakit kepala. Migrain tahap sampai muntah2. Nak bangun pun tak boleh. 2 hari Mc. Siksa rasa. Dah buat spek baru. Power naik. Tetiba ada silau pulak. huhu...dulu takde. ambik cermin yang mahal sikit yang boleh protect mata dari Pc, Tv & phone.  Contact lenses pun dah tak boleh pakai yang lama dah. Kena pakai yang brand lain sbb nak add silau. Now, rasa lebih better dari dulu. Sesekali je sakit kepala. Kalau masih berterusan nak kena jumpa doktor balik. 

Fayyadh dah 9 bulan 2 minggu. Alhamdulillah dah makin sihat. Cuma masih kena follow up dekat hospital sebab ada infection dekat urine dia. Kena buat urine test sampai result urine dia clear dari apa2 infection. Doakan Fayyadh cepat sembuh.

Sekarang ni mak mertua dengan adik2 ipar ada dekat rumah. In law datang tolong jagakan Fayyadh kejap sebab pengasuh dia pergi umrah 2 minggu. Alhamdulillah Fayyadh ok dengan nenek, mak sedara & pak sedara dia. Rasa meriah sikir rumah bila ada family in law. selalu 3 beranak je. Hihi..Tak bawak lagi diorang jalan-jalan. Weekend ni In sha Allah.

Ada orang tanya saya kenapa bagi mak mertua jaga? Bukan mak sendiri? sebab mak mertua offer nak jaga, Ikutkan plan saya tak nak susahkan sapa2. Tak kiralah mak saya or mak mertua. Ingat nak hantar Fayyadh dekat Taska yang bayar by hari. Tapi sebabkan kesihatan Fayyadh tak berapa Ok, so prefer jaga sendiri. Ingat nak ambik unpaid leave dah jagakan Fayyadh sebab cuti tahunan pun tinggal 2 hari je lagi. Bergilir cuti dengan husband.Tu pun dia dah cuti 2 hari awal jagakan Fayyadh before mak  mertua & adik2 datang. Sekarang memang apa2 pasal anak bergilir cuti dengan husband. Tanggungjawab bersama kan.

Saya plan kalau kesihatan Fayyadh masih tak ok, nak ambik unpaid leave sebulan dua. Selasa depan ada next check up. Hope dah ok. Entahlah..bila anak tak sihat, malas dah nak fikir pasal kerja, pasal yang lain. Kalau kira2 simpanan yang ada, in sha Allah cukup untuk bayar komitmen bulanan & kegunaan saya selama beberapa bulan. Memang dah get ready untuk itu. Bisnes yang buat sekarang boleh la jadi back up sikit2. Anak segalanya sekarang ni. Tapi sekarang tengok Fayyadh sihat & ceria je.

preparation sekarang, siapkan kerja2 office mana yang tertunggak. If jadi pape kalau terpaksa bercuti panjang takdela susahkan orang lain kn. 




Tuesday, December 2, 2014

Doorgift Comel2 untuk pelbagai majlis

salam korang!

Sapa yang tengah cari doorgift kucing comel2 dengan harga yang murah bolehla beli doorgift dari Qaseh Mastura ni

Boleh isi gula2 dalam ni tau. Comel kan?








Harga 

Rm 1.20 satu termasuk isi gula2 untuk order 500 ke bawah.

Rm 1.00 satu termasuk isi gula2 untuk order 500 ke atas

untuk order boleh whatsapp 013-3805630 atau ke link Fb Qaseh Mastura