About Us

Monday, January 30, 2012

Review: Filem Sumpahan Kum Kum

Dah lama saya tak tengok filem seram dekat panggung wayang selepas Paranormal Activity. Bukan tak minat dah tapi sebab takut tak best dan tak berbaloi. Dahlah harga tiketpun mahal tapi Filem entah apa2. Sebab tu kadang2 lagi rela tengok filem omputih dari filem melayu. Bukan tak sokong filem tempatan, tapi kadang2 ada yang tak puas hati, tiada KUALITI dan rasa membazir jer tengok.

 Tapi Filem Sumpahan Kum Kum ni saya tengokpun secara kebetulan. Tengah jalan2 dengan my best friend cari hadiah kawen untuk kawan kiterang, tetiba je rasa nak tengok filem ni. lagipun ada baca review beberapa penonton yang dah tengok filem ni. Diorang cakap seram! So, si pengemar horror movie ni nak jugaklah tengok.



Bagi saya SERAM!!! Selepas filem "Jangan Pandang Belakang" saya rasa Filem ni adalah filem ke-2 melayu yang memang betul2 seram. Itu pandangan sayalah. Lagipun cerita hantu Kum Kum ni pernah menggemparkan negara kita suatu ketika dulu. Sapa yang masih ingat tentang cerita perempuan berpurdah naik kereta kancil putih cari anak gadis sunti untuk hisap darah? perempuan tu kononnya dah langgar pantang dari tengok cermin 44 hari. Akibatnya wajah dia bertukar hodoh. Untuk pulihkan semula wajah dia tu, dia perlu minum 99 darah anak gadis sunti. Filem Hantu Kum Kum ni adaptasi dari cerita nilah cuma dia ada ubah sikit2 tapi tetap best!!!

Bagi yang sukakan filem seram, pergilah tengok filem ni. Tak rugipun! Hehehe..Besttt!!!!

Friday, January 27, 2012

DIY (Do It Yourself) Untuk Kahwin


Kenapa Mesti DIY?

-         Mesti DIY sebab untuk menjimatkan budget. Saya ni bakal pengantin EKONOMI so, kenalah berbajet bajet dalam berbelanja. Huhuhuhu…

-         Memenuhi kehendak hati sendiri. Mahu yang cantik, tapi tak cukup duit nak beli, so kenalah rajin DIY sendiri kan? Lainlah kalau ada orang nak tolong sponsor.hohoho..itu tak cukup tapak tangan, seluruh muka bumi ni saya tadahkan..hehehehe.

-         Nak elakkan pembaziran. Bukan sebab kedekut punya orang ok! Ops! Satu lagi sebab saya ni orangnya “pecinta alam”, “Green Girl”, apa-apa benda yang membawa kepada Pembukitan “Sampah” WAJIB dielak. Sayang bumi tau!

-         Mahu kasi “EXERCISE” pada jari jemari tangan dan kaki untuk berseni sikit! Otak jugak harus dibuat kerahan tenaga supaya sentiasa aktif mencari idea supaya impian nak jadi Permaisuri Berhari-hari Sehari termakbul hendaknya. Clap! Clap! Clap!

List Benda Yang perlu DIY

  1. Hantaran Kahwin

-         Masih mencari idea untuk hiasan hantaran nanti. Masa bertunang dah buat bunga tisu, kawen plan nak buat benda lain plak. Tapi xdapat idea lagi.Huhu..any idea? Maybe akan dapatkan bantuan otak2 sepupu dan mak sedara untuk ini.

2.      Goodies Bag or Doorgift

-         Yang ni memang dah decide nak guna brown or white paper bag jer. Selain murah, beg ni jugak environment friendly. Taklah sakit hati sangat tengok orang buang bersepah-sepah time majlis tu nanti. Beli bag tu then deco-deco sikit dah siap! Dalam tu saya decide nak bagi makanan jer semuanya. No benda2 macam sapu tangan, sudu garfu, keychain bagai. Senang sikit tetamu nak telan dari simpan jadi hiasan atau buang dalam tong sampah!

Cantik kan? Sumber Pak cik Google


3.      Veil Nikah

-         Yup! Saya nak DIY sendiri sebab my dreaming veil nikah yang ready made harganya amat mahal. So, saya akan DIY sendiri. Barang semua dah siap beli. Dalam proses untuk DIY. Nanti dah siap, saya akan tunjuk dekat sini. Need your comments tau nanti!

4.      Bunga Telur @ pahar

-         Ini pun nak buat sendiri setengah. Setengah lagi beli. Tapi xnak wat banyak sebab membazir jer. Yang belipun nak cari yang murah2. Orang bukan makan telur sangat dah sekarang ni. Mahu menggeletar jari kalau semua nak buat sendiri kan? Saya decide nak buat bunga tisu carnation sebagai bunga telur nanti. Ni Mak Teh saya punya idea. Dia ajak buat sesama! Hehehe..

Comel jugak bunga tisu ni bila jadi bunga telur kan? sumber:Pal cik google


5.      Langsir Rumah

-         Mari menjahit! Saya decide nak tukar langsir baru untuk ruang tamu Dan bilik pengantin rumah saya sebab dah nak masuk 4 tahun dah tak tukar baru. Saya jahit sendiri semua langsir dekat rumah. Tapi sebab dekat shah alam ni saya tak ada mesin jahit, kena tunggu balik kampung dulu baru leh jahit. Huhuhu…

6.      Bilik Pengantin

-         Yang ini memang saya akan DIY sendiri jer sebab saya suka bilik yang simple dan tak crowded dengan macam-macam hiasan. Just make it simple but nice! Enough!. Bukan nak tangkap gambar bergolek-golek tak bangun dah pun dalam bilik tu nak berhias bagai. Ye tak?Hahahaha!

I want something simple like this =) (sumber:Pak cik google)


7.      Baju Bertandang

-         Dah decide, di sebelah bakal suami nanti, lebih banyak penjimatan harus dibuat. Kos sewa menyewa dekat area tempat dia lebih mahal dari tempat saya. Bagi saya kos untuk sewa sepasang baju+ make-up dengan harga dekat RM 700 sangatlah mahal dan tak berbaloi. Baju saja kot! Itu belum campur kos pergi balik nak survey baju, fitting baju. Semua tu kena duit! Kalau nak sewa satu tempat yang sama dekat kedah , kos sewapun mesti mahal jugak kan? Nak sewa bukan sehari. So, baik saya beli saja yang ready made. Harga lebih murah dan baju tu hak milik kita. Tapi untuk elak pembaziran, dan baju tu boleh diguna semula, saya ingat nak beli dress labuh or jubah jer. Veil nak DIY sendiri jugak. 
Jubah Moden


8.      Make-Up Nikah & Bertandang

-         Purata harga untuk make-up nikah dan sanding adalah RM 250++ sekali make-up. Mahal gak kan? Saya ingat nak ambil make-up untuk sanding dekat umah saya jer. Nak gak rasa orang solek muka saya kot2 karang jadi cantik macam neelofa ke, Fazura ke? Maya Karin ke? Best jugak kan?hahaha….mimpi jelah sebab diorang tu semuanya dah memang cantik asli lah!Untuk nikah dan majlis bertandang make-up sendiri jer nanti. Nak jimat punya pasal. Ye! Saya tak pandai make-up sangat. Tak takut ke muka bertukar jadi alien yang sesat dekat bumi ni?Hahaha! Practice make perfect right? So, saya ada masa 7 bulan untuk belajar make-up dari youtube or blog2 kecantikan. Saya nak make-up yang neutral dan tak tebal sangat. Doakan budak kedekut ni ya semoga saya berjaya make-up nanti!



Monday, January 23, 2012

Cuti Yang Tak Macam Cuti

Assalammualaikum......korang sihat? Saya alhamdulillah dah semakin ok walaupun belum sepenuhnya sihat. Masih ada kudrat untk menulis disini. Huhuhu...Hari ni dah masuk hari ke -5 saya tak sihat. Demam, batuk, sakit tekak dan selsema. Complete set! Tapi demam, alhamdulillah dah ok. Bekalan ubat yang doktor bagi masa hari pertama sakitpun dah habis, tapi sakit tak juga sembuh2. Huhuhu...

kali ni demam saya agak teruk sampai saya lansung tak boleh tido, badan menggeletar kesejukan, tubuh membahang panas dan batuk tak henti2 sampai sakit dada dan seluruh badan. Huhuhu...sedih. Tekak pun sampai luka dan bengkak sebab asyik batuk. Dapat pulak batuk kering, memang sakit sangat. Semalam, saya kuatkan semangat pergi jumpa Dr lagi. Lepas check, Dr cakap tekak saya bengkak + merah +luka. Dr tambah lagi ubat dekat saya. Kadang2 rasa macam nak termuntah jer asyik telan ubat2 ni tapi demi nak cepat sembuh kenalah bertahan. Selama 5 hari saya tak lalu makan lebih2 lagi nasi. Makan dua tiga suap dah stop. Rasa nak termuntah bailk. Mulut rasa pahit. Tapi sebab taknak perut kosong, makanlah juga biskut dan roti sikit. Perut nipun bila time demam, asyik ngidam nak makan benda benda mahal jer, pizzalah, mcd lah, kfc lah..terpaksalah saya turutkan. kalau tak, satu bendapun tak boleh makan..seyes, sangat sadis terasa hidup time ni.

Kalau dicampur-campur cuti weekend +public holiday semuanya ada 4 hari. Tapi dicampur pulak dengan MC saya yang 2 hari tu, total cuti saya adalah 6 hari. Alhamdulillah...mujur saya sakit time cuti. Bolehlah jugak berehat dan tido di rumah walaupun xdapat berbuat apa2. Nak buat macam mana, dah takdirnya begitu. Harus sabar dengan dugaan sakit yang Allah berikan. Harap-harap esok saya dah ok sebab cuma tinggal sehari sahaja lagi nak recover, sebab lusa dah keja. Huhuhuhu.....


Tuesday, January 17, 2012

Review Filem: The Darkest Hour



Baru berkesempatan tengok filem ni last weekend. Sambil jejalan shopping barang, saya singgah tengok wayang sekali. Dah ada orang belanja, saya setuju aje.hehehe… Filem ni dah lama saya tunggu sebenarnya. Berkali-kali asyik tengok trailer jer, lastly dapat jugak tengok. Nak tengok movie melayu saya memang malas sebab rata2 filem melayu sekarang asyik bertopikkan benda yang sama. Seram, seram, seram! Walaupun saya suka tengok filem seram, tapi kalau asyik benda yang sama jer tengok bosan jugak. Huhuhu…
            The Darkest Hour ni filem berkisar di Negara Rusia. Pelakonnya pun saya tak kenal. Ia berkisar tentang 2 orang pelancong lelaki dari UK yang datang ke Rusia  atas dasar kerja dan melancong. Time awal filem, memang saya tak  berapa nak faham sangat macam mana diaorang boleh berjumpa dengan 2 orang gadis lain yang juga dari UK. Tak boleh nak review dekat situ sebab memang tak faham. Huhuhuhu..
            Bagi saya filem ni best dan ada kelainan tentang dunia sains. Ia berkisar tentang suatu kuasa elektrik atau jalur cahaya yang datang dari langit menyerang Bandar rusia. Ia menyerang semua tempat yang ada lampu dan elektrik. Manusia pun diserang juga sebab manusia ni berdarah panas kot. Yang dasyatnya, benda ni boleh datang serang sepantas kilat untuk hancurkan seluruh tubuh manusi tanpa tinggal sezarah pun! Dasyatkan? Dalam filem ni dioarng gambarkan Bandar Rusia macam ditimpa malapetaka besar sehingga semua orang mati. Hanya beberapa orang sahaja yang terselamat dan cuba melawan “benda” tu. For me, filem ni sangat best! Ia buat kita berfikir macam mana nak melawan sesuatu yang kita tak nampak. Ada aplikasi sains dalam filem ni. 


            Saya rasa filem ni macam ada kesinambungan sebab ada beberapa benda yangtak dijelaskan secara terperinci. Macam apakah “Kuasa” yang menyerang Bandar Rusia tu? Yang saya tahu “kuasa “ tu dahgakan makanan yang ada di perut bumi Rusia macam kuprum dan lain2. Itu tujuan dia menyerang tapi xdijelaskan lebih terperinci. Mungkin dalam Part 2 nanti semua persoalan tu akan dijawab.
            Effect lepas saya keluar dari panggung bila filem ni habis ditayangkan, saya rasa takut dengan lampu! Hahahaha..bayangkanlah hidup dalam ketakutan dengan serangan benda yang korang tak nampak. Kuasa elektrik or electromagnet yang bila tersentuh jer boleh menghancurlumatkan tubuh korang? Ngerinya! Untuk yang suka pada filem fiksyen dan sains, pergilah tengok filem ni. Tak rugi pun!

Ni trailer filem ni




Monday, January 16, 2012

Anggaran Kos Untuk Majlis Pertunangan (Simple)

Ramai kawan-kawan dan bakal B2B bertanya kepada saya berapa sebenarnya anggaran kos untuk bertunang. Saya dulu before bertunangpun asyik google sana sini nak tahu berapa sebenarnya budget untuk bertunang ni. Tapi xbanyak info yang saya dapat. Kebnyakannya over dari budget saya dan lebih dari kemahuan saya.

Saya suka merancang perbelanjaan saya dengan menggunakan spreadsheet dekat microsoft excel. Maklumlah saya dulu pernah buat kerja2 QS, so saya dah mahir sikit guna Excell untuk wat calculation. Just masukkan formula dan apa yang nak di kira, semuanya akan dikira secara automatic. Saya malas nak tulis dalam buku sbb nak kena tekan sendiri calculator. Guna excel lebih mudah dan tersusun. 

Ini contoh spreadsheet saya. korang boleh buat sendiri nanti(sila klik untuk tumbesaran..hehehe)


Total cost untuk bertunang walaupun secara simple ni 2k termasuklah cost atas jalan ( kos rombongan meminang + Tol + Petrol + makan minum). Itupun saya agak2 ja kira sekali berapa kos mak ayah saya habiskan untuk makanan para tetamu sbb itu parent saya support. Saya Cuma tambah mana yang kurang jer.  Simple macam nipun banyak cost jugak kan? Sebabnya saya dan encik Tunang berlainan negeri. So, cost atas jalan saja dah cecah ribu ringgit. Untuk rombongan datang meminang, memang encik tunang sendiri keluarkan duit untuk support duit minyak, tol dan makanan rombongan. Sebab tu saya dan Encik Tunang taknak berhabis duit banyak untuk majlis ni. Banyak lagi duit yang digunakan untuk benda lain yang orang tak nampak. Itupun kami x sewa homestay sbb semunya dah fully booked. Ahli rombongan tidur di rumah sewa encik Tunang di Kulim yang jauhnya hampir  2 jam juga dari rumah saya. Tapi time nikah nanti memang kena sewa homestay sbb lebih selesa  dan dekat. Jimat masa dan diaorang pun xlah letih sangat.

Saya tak ada sewa pelamin, upah make-up dan baju. Semua sendiri2 dan simple. Upah make-up saja tak silap saya 200 ringgit. Untuk kos sewa dan ambik pakej bertunang rasanya dalam 500 ringgit. Itupun disewa. Kos fotografipun 500 ringgit jugak. Saya tangkap gambar sendiri jer. Kos makanan saya tak tahu nak anggar sebab ayah saya upah orang masak untuk 150 orang makan. Tetamupun semua sedara2 terdekat. Tapi sebab family kami besar, itu yang ramai. Barang beli sendiri. Kos upah murah jugak 50 ringgit untuk 2 jenis lauk, ayam masak merah dan kari daging dengan rebung. Ikan pekasam goreng, nasi, air dan ulama-ulaman kami prepare sendiri.Ayam kampung sembelih yang ayah dan mak saya bela. Yang lain2 semua beli. Kalau ambik catering kalau 1 kepala RM 6, untuk 100 orang dah 600 ringgit. Itupun harga negeri kedah ni ha..kalau area KL adan selangor mahal lagi kot. So, korang budget2lah dengan penuh berhemah. Janji semua orang puas hati.

Dalam budget bertunang ni, ada yang memang digunakan lagi untuk kawen. So, boleh berjimat disitu. Untuk yang satu negeri, memang boleh berjimat lagi, tapi yang jauh negeri tu, belanjalah dengan penuh berhemah. Banayk hidden cost yang orang tak tahu. Biarlah apa orang nak cakap, orang bukan tahupun susah payah kita. Untuk kawen dan lepas kawen lagi banyak duit nak pakai. Kalau boleh DIY sendiri, buat jer sendiri. Macam hantaran tu, kalau nak upah, mahu satu dulang 50 ringgit, 7 dulang dah 350 ringgit. Baik buat jer. Kalau ada sedara mara yang dah ada dulang, pinjam jer kejap. Saya terpaksa beli sebb tak ada nak pinjam dekat sedara. Diaorang dulu kawen menyewa jer. Nanti boleh adik2 guna. Lagipun pahar dekat Mydin tu murah jer RM 12.90 satu. Kalau sewa sebiji RM 5. Dua kali sewa untuk bertunang dan kawen dah RM 10. So, beli jelah..RM 12.90 saja. Nanti boleh adik2 dan sepupu guna. Taklah membazir.


Update!!!! B agi yang nak Buat bajet Untuk Bertunang & Kahwin Boleh Ke Link SINI. Saya ada cerita pasal soft copy spread sheet bajet Tunang & kahwin

Thursday, January 12, 2012

Mana Nak Dapatkan Kertas Tisu Berwarna?

Lately ni, lepas saya buat entri pasal DIY bunga tisu, ramai yang bertanya pada saya dekat mana nak cari kertas tisu dan kertas crepe ni. Enti ni khas untuk mereka yang bertanya.  Kedua-dua kertas ni berbeza teksturnyer. Kertas crepe teksturnya kasar tapi agak lembut dan lebih mudah untuk dibentuk. Yang xbest, kertas crepe ni mudah terpenyek. Kertas tisu pulak lebih keras, licin dan kemas. Susah sikit nak terpenyek or terkoyak. Tapi, masa korang buat bunga Carnation, nak lipat tu susah sikitlah sebb kertas keras sikit kan. 



1. Kertas Crepe

Korang boleh dapatkan dekat Mydin. Tapi dia jual satu paket yang ada bermacam warna. Harga sepeket dalam RM 3.20 kot. Dalam tu ada 10 keping crepe paper bermacam warna. Untuk praktis & cuba-cuba buat bunga, korang boleh beli yang jenis macam ni dulu. Sebab murah.

Satu lagi korang boleh jugak beli dekat POPULAR. Sekeping dalam 80 sen tak silap. Crepe paper ni jenis yang panjang sikit. Ada bermacam warna yang dijual dekat situ. Cari jer dekat area kertas pembalut hadiah, manila card, mesti ada dekat situ.

Dekat kedai yang jual barang-barang hiasan pengantin, bunga telur pun ada jual. Korang cakap je nak beli kertas ni. Mesti dia tahu. Majoriti kedai yang jual bunga dan barang2 hantaran dan cenderamat kawen ada jual kertas crepe ni. Harga pun leh dapat 50 sen ke atas.
Ini kertas crepe

2. Kertas Tisu

Yang ini memang saya jumpa jual dekat kedai bunga, kedai jual bunga telur dan hantaran pengantin jer. Kalu korang duduk dekat area Shah Alam, korang boleh beli dekat kedai bunga seksyen 9 (sorry nama xingat) yang sederet dengan bank Al-Rajhi. Lagi satu kedai bunga yang dekat deretan kedai sebelah Plaza Shah Alam. Dekat dengan kedai perabot dan klinik (nama kedai xingat jugak.Huhuhu..) Dua2 kedai ni ada jual. Harga area 90 sen ke 1 ringgit sekeping.

Kedai bunga dekat tempat lain saya tak pasti. Lepas ni saya nak try tengok2 dekat kedai bunga dalam Semua House pulak. Kot2 ada jual dekat situ. Sebab situ banyak kedai barang2 pengantin yang murah. Mana tahu harga kertas tisu dekat sana lebih murah kan?hehehe… Kalau ada, nanti saya update dekat sini ok!



Harap info di atas ni dapat menjawab soalan korang semua.


UPDATE!!!! 

Ni address kedai jual Bunga seksyen 9 shah alam  tisu tu

1) Kedai bunga Dwi Touch
       No 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B Seksyen 9 40100 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, Selangor

2) Kedai bunga Sayangku Handcraft Sdn bhd
     No.24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/g Seksyen 9 ,
     40000 Shah Alam, Selangor D.E


Kedai bunga dekat seksyen 18 shah alam pun ada jual. Kedai tu letak dekat deret belakang sekali, bertentang dengan Mydin, tapak pasar malam.

Satu lagi, boleh beli dekat Chow kit, kedai bunga vivian pun ada jual. sekeping 60 sen kalau xsilap. Ada macam2 warna.


dekat Semua House jalan masjid India pun banyak jual kertas tisu, crepe paper lembut, keras..semua jenis ada. Harga pun ok. Boleh pergi cari dekat sana juga. majoriti kedai jual barang kawen dekat Semua House ada jual kertas ni

Wednesday, January 11, 2012

Ekspedisi mendaki Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkok


Ini cerita weekend saya last week tapi baru hari ni sempat nak update. Letih dan sakit punya pasal sampai tak ada semangat nak menulis dekat blog. Lama sangat tak panjat gunung, sekali panjat 2 gunung terus mau tak sakit satu badan. Urat2 kaki tangan semua terkejut sakan. Yelah..selalunya bersenang lenang atas tilam dan sofa, tetiba hari tu dikerah sepenuh tenaga supaya membawa tuan badan ke puncak gunung, memang mengamuk sakan la dioarang kan? Hehehe…





Okey, mari bercerita pasal pengalaman hebat saya ke sana. Seawal 3.30 pagi saya dah bangun dan bersiap-siap. Pukul 4 pagi dah gerak keluar rumah. Kiteorang berkumpul ramai-ramai dekat Selayang sebelum bergerak secara konvoi beramai-ramai. Total ahli ekpedisi ni 29 orang. Best jer tengok sederet 8 biji kereta berkonvoi atas jalan tu. Rombongan ni boleh dikatakan rombongan satu Malaysia  sebab ada melayu, cina, India & siam. Tapi paling ramai siam lah sebb geng2 diaorang ni semua kaki gunung. Hehehe…Gunung2 ni terletak di kawasan Fraser Hill dan antara Kuala Kubu Bharu dan Raub, Pahang. 



Pendakian ke Gunung Gap mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Trek laluan amat kecil dan kekadang tak perasan pun laluan tu. Kami bergantung pada tag2 yg diletakkan pada pokok oleh pendaki2 sebelum ni yang dah sampai ke situ. Dekat gunung gap ni banyak pokok buluh dan duri. Laluan memang curam dengan tanah yang lembab basah. So, kenalah berhati-hati.Huhuhuhu..




Masa naik Gunung Gap pun saya dah rasa macam malas nak teruskan pendakian hungga ke Gunung Ulu Semangkok. Sebab rasa penat dan letih sangat. Mana taknya, laluan smeuanya jenis mencanak naik. Kepala lutut nipun rasa nak tercabut dah. Nafas dah semput. Tapi bila geng2 ekspedisi cakap, gunung Ulu Semangkok tu cuma ambil masa 1 jam dari gunung gap, saya ikut lah jugak naik. Tapi rupanya-rupanya bukan 1 jam tapi 2 jam! Huhu..so, tatal pendakian adalah 4 jam! Untuk ke Gunung Ulu Semangkok, pendakian lebih adventure & scary..kiri kanan gaung, so kena betul2 alert dengan kiri kanan jalan. Ada masa kena guna tali untuk turun dan naik. Sudahlah jalan smuanya jenis mencanak naik. Sakit kaki dan penat sangat2! Saya dan kawan kerap juga berhenti bila tak tahan sangat. Pancit!!! Hehehe…minum air xleh banyak2. Kiteorang akan makan benda manis macam coklat untuk kembalikan tenaga.





View dekat puncak kedua-dua gunung ni memang tak ada apapun. Tak ada view cantik untuk dipandang. Just pokok2 dan tumbuhan menjalar. Tapi The best thing dekat dua-dua gunung ni adalah Suhunya! Sejuk sangat! Feel like duduk dekat oversea ok! Mana taknya, bila bercakap pun keluar asap dari mulut ! hehe…sejuk tau. Walaupun badan ni berpeluh sakan tapi rasa nyaman jer..dengan angin yang kuat. Memang bestlah! 





Pengalaman ke sana adalah salah satu pengalaman indah dalam hidup saya lepas hampir 2 tahun tak mendaki. Sebab tu satu badan ni sakit2. Nak jalan pun slow gila. Gerak sikit dah mengaduh sakan!Hehehe..Tapi hari ni saya dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah….memang indah menikmati keindahan Alam sambil menghirup udara segar. Oh satu lagi, air kosong akan rasa teramat sedap dan nikmat bila berada di atas gunung! Hehehe….

Tuesday, January 10, 2012

Cek Pertama dari Nuffnang. Thank You Semua!

Alhamdulillah...

Setiap kedukaan pasti ada penawarnya right?
cek ni baru dapat semalam.
Happy =)


Thank You Nuffnang ! Thank You korang! Thank You pada semua yang membantu saya menaikkan traffic untuk blog Menjaring Impian ni. Jasa korang sangatlah tak terbalas! Love you all so much!

ops! sebagai menghargai jasa korang, korang boleh wat request dekat sini, entri apa yang korang nak saya buat dan saya akan usaha untuk penuhi request korang tu! 

Alhamdulillah....
rezeki nak kawen.Boleh simpan untuk kawen nanti.hehehe...

Monday, January 9, 2012

Dugaan "mulut-mulut" Orang selepas Bertunang

Belum cukup sebulan saya bertunang dah macam-macam "cakap-cakap" orang yang saya terima. Tak kiralah dari kalangan sahabat, teman sepejabat atau mereka yang sekadar kenalan. The most important things, bersabarlah!

Bermula dari hantaran yang terlalu simple, majlis pertunangan yang teramat simple, tanpa pelamin, hiasan bilik tidur dan cincin pertunangan yang simple....semuanya jadi bahan orang nak mengata. Saya bersyukur kerana kesabaran saya masih lagi ada. Emosi saya masih terkawal. Apa yang orang cakap, saya cuma diam saja. Kadang2 saya balas juga dengan alasan yang boleh buat mulut mereka terkunci rapat.

Saya pelik, kenapa orang sibuk nak mengata sedangkan majlis ini majlis saya?
Saya yang bertunang, saya yang nak majlis begini, saya yang pilih cincin begitu, kenapa orang nak mengata?
lainlah kalau saya ada sediakan service untuk majlis pertunangan mereka,
Bolehlah nak complain bagai.
Pelik!

Saya bukan orang kaya
Saya juga bukan seorang yang bergaji lumayan
Walaupun saya bekerja, tapi setiap sen yang saya dapat saya guna dengan berhemah
Membazir jauh sekali
Saya tak rasa saya patut berpenat jerih dan bersusah payah, menderita demi dapatkan majlis mewah untuk puaskan hati & MATA orang lain
Sedangkan hati saya sedih kerana wang yang keluar macam air..
Saya bukan nak majlis begitu tapi saya terpaksa buat begitu supaya orang pandang saya hebat!
Huh! Itu bukan cara saya!
Saya terpaksa buang rasa ego dan malu supaya saya tak tersiksa di kemudian hari

Perkahwinan itu jalan halal untuk saya dan pasnagan
Dalam Islam tak sebutpun kena bermewah dan buat besar-besaran majlis pertunangan
Tak sebutpun kena buat itu ini
Asalkan tetamu yang hadir puas hati
Saya dah cukup gembira..

Biarlah orang nak mengata itu ini
Yang keluar duit bukannya mereka...
tak apalah..saya maafkan kata-kata mereka
Semoga suatu hari nanti mereka sendiri akan merasakan
Betapa NIKMATnya membuang rasa ego dan MALU untuk kebahagiaan diri sendiri
dan betapa SAKIT dan DERITA nya menjunjung ego dan malu supaya nampak HEBAT dimata orang lain sedangkan diri sendiri memang tak mampu!

Huhuhu..maaf sedikit emosi. Sekadar melepaskan rasa kecewa dengan sikap manusia yang susah di kikis.

Pada para B2B sekalian, jangan malu melakukan sesuatu yang SIMPLE dan bersabarlah dengan setiap kata-kata orang. Pasti ada hikmah dan ganjarannya di kemudian hari

Sunday, January 8, 2012

Sakit Kaki bahana panjat Gunung

Sakit!
Nak bergerak sikit pun saya dah mengaduh sakan..Lama sangat dah saya tak panjat gunung atau bukit. Last naik kira-kira 2 tahun lepas. Staminapun xcukup kuat. badan pun x fit. Walaupun dah warming up, tetapi tetap sakit teramat sangat.

Hari ni saya mahu rehat dan tidur. nanti saya akan update pasal ekspedisi mendaki 2 gunung. Saya berjaya tau! tapi kaki jer yang sakit..
Tak tahu macam mana nak gi kerja esok..Huhuhu..

Saya ke sini semalam....



Friday, January 6, 2012

DIY: Tutorial Buat Bunga Tisu Carnation

Sorry agak lama baru saya nak buat entri pasal bunga tisu carnation yang saya buat masa time bertunang hari itu. Ok, sekarang baru saya teringat nak buat entri pasal ni.

Seperti yang saya cakap before ni, bunga ni boleh buat dari 2 jenis kertas. Kertas crepe dan kertas tisu. Boleh rujuk entri saya yang lepas untuk tahu perbezaan carnation dari 2 jenis kertas ni di SINI

Untuk buat bunga ni, saya lebih prefer kertas tisu sebab jenis kertas yang lebih keras dan bunga tak mudah kemek. As I know, bunga tisu carnantion ni boleh digunakan sebagai pormander ball, hiasan pelamin dan hantaran. Ada jugak gunakan sebagai bunga telur dan bunga pahar.

Bunga telur @ Bunga pahar
Hantaran
Pomander Ball
 Ok..saya tak pandai nak buat tutorial dekat sini. Tapi, saya akan bagi link blog yang ada wat tutorial macam mana nak buat bunga ni. Korang boleh rujuk di

blog Story of My Chantique

atau belajar buat dari video youtube ni



selamat mencuba!

Tuesday, January 3, 2012

Harapan Di Ulang Tahun Kelahiran Ke-25

Alhamdulillah…..syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk merasai kehidupan di dunia ini. Hari ni, genaplah 25 tahun usia saya. Terima kasih mak kerana sanggup menempuh susah dan sakit untuk lahirkan saya ke dunia. Sayang mak sangat2!


Setengah orang cakap umur 25 ni dah boleh sambut Jubli perak. Usia 50 tahun pulak sambut jubli emas. Hehehe..yelah kot. Umur 25 dah di kira suku abad kan? Perasaan saya taklah se best time kecik2 dulu. Pantang birthday jer mesti sambut ramai2 dengan family. Ada kek, hadiah. Tapi bila dah berusia ni, hadiah tu kadang2 ada juga dapat. Kek pun sama. Last year ada jugak orang bagi. Tahun ni saya rasa macam nak beli sendiri dan hadiahkan untuk diri sendiri. Hehehe…….ok apa. Sebagai tanda saya menghargai diri sendiri. Tak salahkan?

Sambut Birthday jugak walaupun sorang2..hehehehe

Saya selalu mulakan azam baru di usia baru. Sebab saya lahir awal tahun, time tulah saya akan mulakan azam saya. Semoga Allah panjangkan umur saya, murahkan rezeki saya dan berkati hidup saya di dunia dan akhirat. 

Di usia 25. Saya...

1. Mahu Menjadi Insan Yang Lebih Baik


Saya mahu menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang lalu. Saya berazam untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Ingin menjadi Hamba, anak, saudara, sahabat dan perkerja yang lebih baik.

Hope My dreams come true


2. Mahu Menjadi Seorang Isteri
Antara impian terbesar saya tahun ni adalah untuk bergelar seorang isteri. Saya rasa saya dah bersedia untuk berkahwin dan membina keluarga sendiri. Sekarang, saya lebih kepada persiapan mental dan fizikal untuk berumahtangga. banyak benda yang saya harus tahu dan bersedia before kawen ni. Nak lebih rajin, lebih mahir dalam semua hal dan tenang dalam menghadapi masalah di kemudian hari. Nak belajar masak macam-macam. Risau oo..nak kawen ni. Macam-macam saya fikir. Hehehe..Semoga jalan saya menuju ke alam perkahwinan ini dipermudahkan dan diberkati Allah. Insya-Allah.



3. Mahu Bergelar Seorang Penulis Novel
Saya sudah mencapai impian saya untuk bergelar seorang Engineer pada tahun lepas. So, tahun ni saya berharap saya akan bergelar seorang penulis novel. Selagi novel saya belum siap dan diterbitkan, saya belum layak untuk dipanggil seorang penulis. Insya-Allah...saya berharap sangat tahun ni impian saya menjadi nyata.



4. Pergi Melancong Ke  Salah Satu Pulau Tercantik Di Malaysia =)
Saya tak berkesempatan untuk pergi melancong pada tahun 2011. saya cuma sempat bercuti ke Port Dickson jer. Itupun sebab ada reunion. Bagi saya PD tak menepati citarasa pelancongan saya. Huhuhu..=( Tahun ni saya nak juga pergi bercuti ke pulau-pulau yang cantik di malaysia. Pulau redang ke, Pulau Perhentian ke..harap-harap dapatlah saya menjejakan kaki ke sana. Doakan saya k!



5. Mahu Turunkan berat badan!
Hahaha..the same dream! Hope so lah tahun ni saya dapat turunkan berat badan saya dan capai berat badan yang saya target selama ni. Tahun 2010 & 2011 adalah tahun penambahan berat badan secara mendadak. Hampir 10 kg berat badan saya naik. Harap-harap lemak2 degil yang teramat degil ni dapat di hapuskan! Saya pernah berdiet selama seminggu dengan melakukan pemakanan teratur. Tak makan makanan bergoreng, berminyak. Banyak makanan yang di stim or rebus, exercise, jogging dan saya hilang hampir 2kg dalam tempoh tu! Best kan? Tapi disebabkan malas dan penyakit teringin makan itu ini berat badan saya masih di tahap yang sama.

At least sekurus time ni dan boleh pakai baju ni semula. Sekarang saya tak boleh pakai baju ni lagi dah! Huhuhu...

Taknak Jadi Macam Time ni dah..



Itu jer azam2 penting saya dalam usia 25 tahun ni. Saya akan terus berusaha dan berdoa untuk capai setiap satu darinya. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa saya ni. Aminn....

Sunday, January 1, 2012

Hari Terakhir 2011- Melawat istana penuh Misteri (Kellie's Castle)

Saya meraikan hari terakhir tahun 2011 di Batu Gajah,Perak. Saya pergi sanapun sebenarnya nak attend kenduri kahwin akak housemate . Bukan niat gi jalan2 pun..huhuhu... Dah terlajak ke Batu gajah, terus kami singgah ke Kellie's Castle yang cuma terletak di tepi jalan.


Korang pernah dengar pasal Kellie's castle ni? Kalau saya, bila sebutjer Kellie's castle, kepala otak saya cuma fikir " istana berhantu". Kisah misteri dan menyeramkan istana ni pernah saya baca dalam majalah Mastika. Itu yang buat hati saya teringin sangat nak melawat ke sini. 




Perasaan saya bila melawat istana ni?


Kagum!  Seyes, saya sanagt kagum dengan senibina istana ni yang nampak cukup sempurna dan classic. Hebatkan orang dulu2 buat kerja-kerja membina istana ni tanpa bantuan teknologi macam zaman sekarang? Mereka menggunakan sepenuhnya tenaga kerja manusia. Sejak dibina dari tahun 1906..sampailah sekarang..istana ni masih lagi berdiri kukuh. Hebat2!




Paling saya suka tentang istana ni ialah tentang bilik, tangga dan terowong RAHSIA yang ada di dalamnya! Satu langkah keselamatan yang di ambil oleh William Kelly (Pemilik Kellie's castle) jika berlaku sesuatu yang tak diingini.  Bijak betul! tetiba jer saya rasa macam nak buat tangga dan bilik rahsia ni bila ada rumah sendiri. Yelah kan, walau zaman sekarang ni tak berlaku lagi peperangan macam time dulu2 tapi kadar jenayah bersepah-sepah.


Ok. jom Kita imbas balik kisah disebalik Istana yang dikatakan penuh misteri ni




          William Kelie Smith di lahirklan pada 1 Mac 1870 di Dallas, Scotland dan berhijrah ke Malaya ketika itu berumur 20tahun untuk mencuba nasib di sini. Pada tahun 1905 beliau mendirikan Rumah Kellas, dan pada 1909 batu asas kedua untuk istana ini di dirikan atas dasar kasih sayang beliau pada isterinya.

            Di katakan beliau menggunakan khidmat pekerja dari Madras seramai 70 orang dan bahan binaan utama seperti batu-bata dan juga marmar di import dari Italy. Banyak tragedi berlaku ketika pembinaan istana ini dan ramai pekerja binaan terkorban akibat penyakit ganjil ketika itu dan memaksa beliau mendapatkan pandangan alternatif dari segi spiritual. Mengikut nasihat dan kepercayaan dari ilmuan India, Tuan Kellie mesti membina sebuah kuil untuk mententeramkan tuhan mereka.

          Tuan Kellie meghabiskan banyak wang ringgit dan kekayaannya untuk pembinaan rumah ini namun tidak juga berjaya di siapkan kerana perang dunia pertama meletus dan memperlahankan proses pembinaannya.Istana ini mempunyai menara setinggi 6 tingkat dan mempunyai acra Moorish yang banyak dan mempunyai seni ukir Greco Roman. Pada tahun 1926 Tuan William Smith Kellie pergi ke Lisbon Portugal untuk lawatan singkat ke sana namun dia meninggal dunia akibat radang paru-paru. Isteri beliau di Malaya sangat sedih dan kecewa lalu dia berhasrta untuk balik semula ke Scotland dan menjual bangunan ini kepada sebuah syarikat British bernama Harrisons and Crossfield. Istana ini tidak siap hinggalah ke hari ini dan ada lagenda mengatakan roh hantu tuan Kellie sentiasa berlegar di beberapa tempat di istana ini. Selain itu terdapat leganda mengatakan terdapat terowong rahsia yang menghubungi kuil yang berhampiran dengan istana ini.



             Hal ini diperkukuhkan lagi dengan berita penemuan terowong pada Jun 2003 ketika projek pembesaran jalan di lakukan di sepanjang 6 kilometer Gopeng-Batu Gajah, pekerja pembinaan secara tidak sengaja tergali sebahagian terowong yang dipercayai menghala ke kuil Hindu berhampiran. Ia dijumpai ketika pekerja excavator tergali struktur kayu bawah tanah, pihak muzeum ketika itu tidak memberikan apa-apa pengesahan namun berjanji akan melakukan siasatan lanjut.

              Sejarah bagaimana Tuan Kellie berjaya di sini adalah ketika beliau berhijrah ke Malaya di usia 20 tahun itu, beliau berjumpa dan berkenalan rapat dengan kontraktor bernama Alma Baker di Pulau Pinang, Alma baker adalah kontraktor ladang di Kinta dan Tuan Kellie membantu beliau membina jalan awam di Selatan Perak, serta menjadi rakan kongsi Alma Baker dan membeli 960 ekar tanah di Daerah Kinta untuk menanam pokok getah, kemudian estet itu dinamakan sebagai Kinta Kellas. Selain itu Tuan Kellies juga dikatakan menceburi perniagaan di bidang pengalian bijih timah dengan tertubuhnya lombong bijih timah dan syarikat Kinta Kellas Dredging Company.

              Dikatakan bahawa William Kellie Smith membuat lawatan singkat ke Britian dulu, dan sebab lawatan ini tidak di ketahui dengan kukuh namun ada mengatakan ia menghadiri reunion singkat dengan isteri dan anak-anaknya. Anthony telah dihantar pulang ke kampung halaman untuk menyambung pelajarannya di sana dan Agnes (isteri Tuan Kellie) menemaninya. Sekembalinya ke Europe, Tuan Kellie membuat detour ke Lisbon, Portugal untuk mengambil lift untuk istana Kellie yang telah dipesan dulu namun dia tidak berjaya pulang ke Malaya kerana meninggal dunia akubat penyakit radang paru-paru. Pada December 1926 William Kellie Smith di kebumikan dia British Cemerety dan isteri beliau Agens menjual semua share dalam syarikat dan juga semua ladang yang ada, hingga kini dia tidak lagi datang ke Malaya.



Koridor utama di tingkat atas.




koridor utama di tingkat bawah. Di koridor ini ada diletakkan nota bahawa roh Tuan Kelly pernah dilihat beberapa kali merayau rayau di kawasan ini

Tangga Rahsia Yang menuju Ke bilik Rahsia. Bilik ini boleh dijadikan tempat persembunyian jika berlaku kecemasan. Tangga-tangga rahsia juga terdapat di semua bilik yang menghubungkan antara bilik dan luar rumah