About Us

Tuesday, September 22, 2015

Jaga Muka cara malas!



Since jadi mak mak ni, memang semua benda nak cepat. Dah takde masa nak “manjakan diri” lama2. Mandi pun terkejar-kejar. Lambat sikit anak dah ketuk2 pintu bilik air.Hahaha.. Mana sempat nak “fefeeling” berspa di rumah bagai. Kadang keluar rumah elok je tudung. Start dukung anak je tudung dah senget benget. Pin yang elok bawah dagu terus senget ke tepi. Tu belum campur anak makan apa2 sedap je dia calit dekat tudung dengan baju mama dia. Memang bertabahla sangat2. Untuk anak, semua kena redha. Kadang takut nak tengok muka sendiri kalau jumpa cermin. Sebab memang boleh kalahkan gaya hantu kak limah! Hahahaha…


Ok, balik pada tajuk entri.Hmmm... Sejak beberapa bulan ni, saya dah takde nak tempek macam2 product muka dekat muka dah. Malas satu hal. Takde masa satu hal. (Alasan sgt!). Kalau boleh memang serba serbi nak cepat. Pagi2 kalut prepare bekal untuk Fayyadh. Lepas bye2 husband & Fayyadh barula turn saya nak bersiap gi kerja. So, memang takde masa nak belek & manjakan muka sangat. So, nak mudahkan kerja tapi still nak jaga muka saya pakai spray Miracle Bio water ni je…






Miracle Bio water bio essence!



Mula2 tahu pasal product ni dari kawan saya. Dia yang suggest pakai spray ni sebab sesuai untuk kulit kering & boleh jugak guna sbg spray badan & rambut. 3 in 1! So, sayapun beli. Harga 2 botol ni RM 30 lebih kot tak silap masa time promo dekat watsons. Satu simpan dekat rumah, satu taruk dalam handbag. Senang bila2 masa boleh spray je. Tapi sekarang dalam handbag saya beli yg botol kecik je, senang nak bawa gi mana2.

Kalau dekat office, time lepas solat tu sempatla spray2 muka & rambut. Rasa fresh jer.


Benefit





Bila guna spray ni, memang saya takde dah nak pakai toner, moisturizer & krim. Pakai yang ni je. Sebab mircle o water ni dah ada 20 manfaat. Sesuaila untuk orang yang malas & selalu terkejar masa macam saya. Lepas pakai benda ni memang kulit muka rasa smooth je, lembab & tak kering dah. hmmm…krim & pelembab dekat rumah tu ada je yang saya tak habis2 pun pakai. Sebab tak consistent nak pakai. Bila ada spray ni Alhamdulillah..tak pernah lupa lagi nak spray muka. Sebab senang kot. Just spray je & siap!  Hihi..


Saya guna sekali dengan pencuci muka miracle bio water. Dua2 saya puas hati. Sebab tu nak review jugak dekat sini.





kalau ada yang nak jaga muka tapi terkejar masa & jenis malas nak tempek macam2 seperi saya, memang saya suggest korang try produk ni. Highly recommended. Boleh try beli botol kecik dulu untuk try. Yg harga RM 5+ tu.Review ni hasil pengalaman saya sendiri selama berbulan2 pakai miracle bio water spray & foamy cleanser. Memang puas hati. Jimat masa tapi still dapat banyak kebaikan untuk kulit.


nota kaki: Saya masih amalkan serum olive oil + madu bila datag mood rajin. Satu lagi cara mudah bersihkan muka dengan air beras. Sambil cuci beras untuk dimasak, airtu guna buat basuh muka.

Tuesday, September 15, 2015

Kumpul "3 Saham" Sebelum Mati

Detik demi detik kita bernafas, jantung berdegup setiap masa..kita sendiri tak tahu bila kita akan berhenti bernafas. Bila jantung kita akan berhenti berdegup. Andai saat tu tiba, bererti kita telah pergi meninggalkan alam dunia ini.  Cepat atau lambat semua tu hanya Allah swt yang maha mengetahui. Mati tu pasti. Cuma bila & bagaimana cara kita mati itu rahsia Allh swt. Tapi, sementara masih diberi peluang untuk terus hidup, selain mengerjakan amalan untuk bekalan kita di sana, ada 3 saham akhirat yang harus kita kumpul sebagai bekalan kita di alam barzakhkelak. "saham akhirat' yang sentiasa mengalir pahalanya walaupun kita sudah meninggal dunia.

Saya teringat pesanan ustaz kazim elias, kadangkala kita sibuk mencari harta dunia, saham dunia, berusaha untuk mengumpul  harta untuk waris kita bila kita tiada nanti, tapi kita selalu terlupa untuk tinggalkan harta yang boleh bantu kita bila kita mati kelak. Harta untuk diri kita sendiri. Kita terlupa untuk kumpul saham akhirat yang akan sentiasa "generate pahala" untuk kita walaupun kita dah tiada di dunia.




عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

PENJELASAN HADITH :
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai matlamat yang tertentu iaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:

1) amal jariyah

2) ilmu yang bermanfaat

3) anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.


Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.


1) Amal jariyah- Adalah amalan kita di dunia dalam bentuk sedekah, wakaf dan yang seumpamanya dengannya yang kita lakukan dengan seikhlas hati kerana Allah swt dan dengan niat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Contoh sedekah, sedekah di rumah anak yatim, fakir miskin, wakaf tanah untuk dijadikan masjid, pusat tahfiz dan apa saja sedekah/wakaf yang berguna untuk setiap makhluk Allah swt.

2) Ilmu bermanfaat-  Apa saja ilmu yang bermanfaat untuk orang lain samaada secara bentuk lisan, tulisan atau video yang mengajak orang ke arah kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas. Selepas kita tiada, benda2 inilah akan jadi saham akhirat kita. Ilmu yang kita kongsi, selagi diamalkan, dibaca, ditonton, digunapakai oleh orang lain selagi itulah pahala akan mengalir pada kita.

3) Doa anak yang soleh- Anak adalah harta yang tak ternilai harganya. Didiklah anak agar mereka menjadi anak yang soleh, yang taat pada Allah swt & Rasul. Mereka adalah harta kita dunia & akhirat. Doa anak yang soleh jugalah harta yang boleh kita bawa bila mati kelak. 

Banyak cara yang boleh kita buat untuk kumpul "3 saham akhirat" ni. Boleh baca lebih terperinci pasal ni dalam buku2 berkaitan saham akhirat, amalan setelah mati & blog2 mereka yang lebih arif. Mulakan kumpul saham2 akhirat ni dari sekarang sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Kita sendiri tak pasti apakah amalan yang sedia ada ni sudah cukup untuk membawa kita ke syurga bila kita dijemput-Nya. Semoga 3 amalan yang kita bawa ke dalam berzakh ni mampu menolong kita di akhirat sana. Sebab pahalanya sentiasa mengalir walaupun kita telah tiada sehinggalah kita semua dibangunkan di akhirat kelak untuk di hisab. 

Semoga bermanfaat. 

Friday, September 11, 2015

Fayyadh dah Boleh buat apa sekarang?


Memang ni soalan standard untuk “mak pak” yang ada anak kecik. Dari 1 bulan sampaila dia 2-3 tahun memang orang akan tanya perkembangan dia. Jangankan orang, kita sendiri pun excited tengok perkembangan dia dari hari ke hari.

So, apa perkembangan Fayyadh sekarang?

Fayyadh dah 1 tahun 6 bulan++. Gigi dah nak masuk 14 batang. Dah makin tinggi. Tapi badan takdela bam2 mana. Tapi mostly orang yang jumpa & dukung Fayyadh akan cakap badan dia “kejap”& “padu”. Kalau org utara cakap “mantap”. Tapi, rambut gitu jugak stylenya. Tak berapa nak lebat. Kihkih….Still kuat makan macam dulu. Tolak time tak sihat jer dia kurang sikit makan. Tapi waktu lain tetap juara. Masih kuat menyusu & kuat mengempeng. Manja ya amat.

Budak manja ya amat. 


Fayyadh belum pandai bercakap lagi. Kalau cakap Bahasa baby memang juara La. Ramah kemain. Macam2 yang dia duk pok pek pok pek tapi dia jela yang faham…hahaha. Siap suka menyanyi lagi tapi lagu apa dia je yang tahu. Macam2 lagu bahasa baby yang keluar. Kita yang dengarpun tergelak.  Tapi dah ada bebrapa perkataan yang dia dah tau sebut. Macam Kalau buku2, Fayyadh belum tunjuk minat lagi nak study ke baca ke apa. Bila kita tunjukan gambar2 dalam buku, memang dia tengok, lepas tu bosan. Dia ambik buku buat experiment sendiri. Bukak tutup. Tunggang terbalik semua ada. Kihkih…Dan saya & husband pun tak pernah push dia untuk study. Dia baru 1 tahun 6 bulan. Bagi kiteorang dia “too young” untuk push study & kenal macam2. bercakap pun belum pandai. Dia akan kenal semua benda naturally bila sampai masa. In sha Allah. Kiteorang biar je  dia explore dunia ni. Dunia baby yang dia patut rasa. Sesuai dengan umur dia. Husband selalu cakap “biar baby jadi baby”. Tapi, Kalau anak dah memang awal2 tunjuk minat suka baca, suka study bagusla.  Maybe kecenderungan baby tu ke arah tu. Dan bukan atas paksaan. Tapi, Fayyadh saya nampak minat dia lebih untuk explore physically. Sebab lelaki kot. Suka aktiviti fizikal. So, memang kiteorang  biar je dia main sebab main pun boleh kembangkan sel2 otak dia. Boleh kuatkan daya dia berfikir. Macam aktiviti2 home schooling pun banyak game yang boleh aktifkan minda anak2.

Dari dulu, fayyadh memang suka bola dengan apa2 je mainan transport. kereta ke, lorry ke, bas ke train semua dia suka. Kalau gi jalan2 dia nampak je mesti dia stop tengok. 

Pantang nampak benda dia suka! 


Tapi, setakat ni tak pernah lagi dia mintak dengan kita dia nak sangat benda tu. tengok jer dan pegang. Sebolehnya tak nak ajar dia mintak2 or kita sentiasa beli je apa dia nak. Sebab kalau terbiasa, nanti dia akan mengamuk & protes kalau kita tak beli apa dia nak.Sekarang ni ok lagi, kedepan nanti hope sangat dia sama. Faham kalau kita tak boleh belikan. Saya dulu memang dari kecik2 mak ayah dah ajar macam ni. 


Fayyadh dah tahu untuk gunakan tangan kanan dalam semua benda. Nak makan, nak ambik barang, nak bagi barang dekat orang, nak salam mesti guna tangan kanan. Awal2 dulu dia confuse jugak. Hihi..sekarang dah tahu dah. Mesti dahulukan tangan kanan.

Kalau keluar rumah mesti dah tahu mesti kena pakai kasut/ selipar. So, kalau dia keluar dekat pintu rumah, tak jumpa kasut dia memang dia hentam je pakai selipar saya dengan husband. Haha…sabar jela anak oi. Bila nak masuk rumah pun dia tahu kena bukak kasut dulu. Dia akan berdiri depan pintu tunggu saya bukak kan kasut baru masuk dalam rumah. Yang best, before masuk mana2  pintu, tak kisahlah pintu rumah ke, pintu bilik ke semua dia ketuk dulu. Cuma, bagi salam je tak pandai lagi.
Sekarang ni, Alhamdulillah dengar cakap & arahan walaupun tak pandai nak cakap lagi. Kalau kita tengok dia main lompat2 atas sofa, saya cakap “ Fayyadh turun bawah datang dekat mama”. Mesti dia stop lompat terus datang dekat saya. Kalau cakap “fayyadh bagi biskut tu dekat mama”, dia akan datang bagi. Sama jugak dengan arahan lain. Kalau suruh dia masukkan barang mainan dalam bakul mainan dia pun dia dah faham. Dia kutip sendiri simpan. Banyak jugakla  yang dia dah faham apa kita cakap Cuma tak tau nak cakap balik. Hihi… Cuma, bab manja nak mengempeng tu je masih sama. Haha…kalau dia nak saya time tu, mengikut jela kita gi kemana pun. Kalau mood tak baik, memang pegang kain kita ni sambil nangis padahal time tu mama sibuk nak masak. Fayyadh ada jugak masa2 nak "tantrum" or orang utara cakap "menyebai". Tapi tak terukla. Masih terkawal lagi. Tupun banyak kalau dia lapar or mengantuk. Memang mengamuk. Huhu..

Makin kuat meniru apa kita buat. Macam2 dah yang di tiru. Hihi..Memang fasa budak2 tiru apa parent buat. So, kena tunjuk contoh baik la. Bahasa pun kena jaga-jaga. Otak anak tengah macam span. Semua dia serap masuk.

Cabaran kuat adalah nak didik anak dalam adab, akhlak & agama. Memamg dari dulu kiteorang dah fikir nak tekankan bab ni dulu bila Fayyadh bawah 5 tahun.  Macam mana cara dia nak bergaul dengan orang, boleh tak dia nak urus diri sendiri ( tak payah pakai pampers dah, boleh pakai baju sendiri dll yg sesuai dengan umur), macam mana nak didik dia ada adab yang baik, tau hormat orang, tau berbahasa. Fuh..memang challenging sangat. Tambah2 bila saya rasa saya sendiri belum cukup baik. Banyak lagi yang kena perbaiki. Tapi untuk anak, tetap kena usaha baiki diri supaya senang nak bentuk anak. Parent role model anak2 kan.  Saya pun tak tahu macam mana, mampu ke tak. Macam mana nak buat? Huhu... sebab saya sedar saya sendiri pun compang camping sana sini macam manala nak jadikan anak saya anak soleh? Macam mana nak ajar dia? Allah...memang kena banyak berdoa & keep trying la. Sebab perangai & ragam anak2 tak sama kan. So, kena fikir cara terbaik nak educate diorang. Setiap parent mesti ada cara masing2 kan….tak boleh nak bandingkan or judge. Kita tahu apa yang terbaik & yang kita nak untuk anak kita.  


Semoga Fayyadh terus membesar dengan sihat,bijak serta jadi anak yang soleh. Dipanjangkan umur& dilindungi Allah swt selalu.  

Wednesday, September 9, 2015

Dapur Imah: Pemanggang Ajaib & Pressure Cooker


Ok ni cerita masak2 dekat dapur. Pemanggang ajaib ni beli tahun lepas tapi baru sekarang nak up dekat entri. Punyala lama peram. Hihi….dua2 barang ni beli dekat Lazada. Yg pemanggang ajaib tu, Happy call double sided pan beli masa tengah clearance sale dekat Lazada. Harga memang super duper murah! Normal price RM 200++ tau. Tapi, dekat lazada dapat harga RM 60 lebih sikit je masa tu. Ikutkan memang lama dah teringin nak double sided pan ni, senang nak panggang ayam, ikan, daging. Lepas tu boleh jugak masak macam2 dalam tu. Sebab bila bertutup macam tu, makanan lagi cepat masak. Lagipun, macam tak lengkap rasa dapur kalau takde benda ni. Hihi..banyak gunanya. Lepas tu non stick kan. nak basuh pun senang. Takde nak kena sental sangat. Memang best!
Ok share sikit gambar masa beli dulu..





Pasal  pressure cooker pulak, memang salah satu wishlist dekat dapur saya. Sebabnya, ada pressure cooker ni mudahkan kerja2 nak merebus. Tambah2 rebus daging. Masuk pressure cooker tak yah nak rebus lama. Tak sampai setengah jam masak je dah lembut daging! Jimat masa & gas. Sama jugak nak masak kacang kuda ke, kacang hijau ke. Tak yah nak rendam dulu ke apa. Masuk dalam periuk terus masak. 10-15 minit dah lembut! Senang sangat. Kalau nak rebus ayam tua @ ayam kampung nak buat rendang pun kejap je lembut daging ayam tu.  Cuma masa tu, macam  berani tak berani jugakla nak beli. Takut salah guna kang meletup. Kihkih…Tapi officemate ramai yang dah guna, so banyak tanya diorang. Banyak yang suggest beli brand butterfly.

Memang aim lama dah nak beli cuma tengah tunggu sales dekat Lazada baru nak grab. Harga pressure cooker kalau  medium size tak murah. Memang ratus jugakla. Huhu..Baru ni, time merdeka terperasan yang pressure cooker ni masuk dalam sales merdeka. RM 99 (8.5 L ) termasuk postage. Normal price RM 317. memang jimat!  Cepat2 la beli masa tu. Tak sabar nak guna untuk rebus daging. Kebetulan time tu ada kawan sekolah & UiTM nak datang rumah, so saya cadang nak buat nasi daging dekat diorang. Nak buat nasi daging, daging kena rebus bagi lembut baru sedap nak makan. So, dalam kuantiti yang banyak, pressure cooker sangat2lah senangkan & cepatkan kerja. Tak payah nak rebus lama2 untuk lembutkan daging. Hasil memang puas hati. Cuma masa mula2 guna macam pelik kenapa periuk bunyi macam cerek air mendidih jer..cuak jugak. Haha.. ..Yang penting, masa guna, ikut je instruction dia bagi. In sha Allah takde masalah.

Tak sempat nak snap gambar pressure cooker saya tu. Pinjam gambar Lazada untuk tunjuk dekat korang.




Setakat ni, itu je wishlist dekat dapur. Tak boleh nak berangan nak banyak benda sebab nanti nak pindah penat nak mengangkut. Hihi..Nipun beli sebab memang rasa penting & jimatkan masa memasak dekat dapur. Sebolehnya memang nak yang senangkan kerja . 

Tuesday, September 8, 2015

Bila nak tambah anak?


Fuhh... Ni soalan yang mula jengah2 telinga saya & husband bila Fayyadh dah genap setahun.  Tapi mostly dari kawan2 & secara bergurau. Dari family & saudara terdekat belum ada yang tanya. Sama je masa sebelum pregnantkan Fayyadh dulu, family memang takde yang buka mulutpun tanya pasal anak. Lega….sebab dapat family & family in law yang sangat memahami. Alhamdulillah..
Soalan ni macam ni  takkkan pernah habis kan? Bila bujang Tanya bila nak kawen? dah kawen Tanya pulak bila nak ada anak? Dah ada anak tanya bila nak tambah anak? Hihi..sampai bercucu pun takkan habis orang nak tanya. Ye tak?

Anak tu rezeki. Bukan dekat tangan kita nak mintak2 anak.  Nak ada2 kan anak. Yang tentukan semuanya Allah swt. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, selebihnya tawakal.

Bila dah ada anak sorang, mesti ada planning untuk anak seterusnya. “planning” bukan bermaksud tak nak tambah anak. Tapi planning atas faktor kesihatan & nak bagi perhatian lebih pada anak sulung.  Anak ni amanah Allah swt. Tak boleh main hentam kromo je jaga. Tak boleh nak buat endah tak endah. Tanggungjawab bukan sikit. Banyak. Taknakla tahu beranak je tapi tak tau nak jaga. Tak nak jugak bila emosi tak diurus dengan baik anak jadi bahan kita lepas geram.  Kesian anak. Sebab diorang belum tahu apa2 untuk jadi mangsa emosi parent sendiri. Anak tanggungjawab kita. Setiap apa yang kita buat dekat anak, akan dipersoal dekat akhirat kelak. Makan pakai dia, pendidikan dia, adab sopan dia, didikan agama dia. Bukan benda main2. 

Rezeki setiap dari kita tak sama. Ada orang boleh nak handle anak kecik rapat2. Ada orang tak mampu. Badan masing2 tak sama. So, jangan samakan kita mampu je beranak anak rapat2, kenapa kau tak boleh? Situasi lain2. Ragam anak-anak pun tak sama. Ada orang anak yang boleh main sendiri. Ada anak yang still nak parent berteman buat apapun. Kuat melekap. Tak nak dekat orang lain. So, mungkin sebab tu jugak parent buat planning untuk tak menambah anak dalam jarak yang dekat. At least lepas 2-3 tahun untuk dapat next baby. Orang selalu tekankan kualiti bukan kuantiti. Kalau anak ramai pun, tak terjaga, tak terdidik, tak cukup ilmu agama, silap2 boleh heret kita ke neraka sana. Nauzubillah...mintak dijauhkan.

Kalaupun orang tu still nak planning kita just hormat jelah pendirian dia. Jangan nak persoalkan sangat. Sebab setiap orang ada perancangan masing2. Kalau yang breastfeeding ni, banyak yang nak susukan anak sehingga 2 tahun baru ready nak tambah anak. Ada jugak sebab PJJ dengan husband, masih belajar lagi dan macam2 hal lagi. Dalam islam pun benarkan merancang anak yang bersifat sementara ni. Lagi satu, parent sendiri kena betul2 ready dari segi emosi & fizikal sebab kalau tak ready memang banyak yang akan jaga anak dengan “emosi” semata. Penuh amarah. Bukan kasih sayang. Ada yang mula gaduh suami isteri sebab saling salah menyalahkan bila timbul soal anak. Soal tanggungjawab. Yang jadi mangsa, anak. Lagipun, orang tau tanya je, yang tanggung semuanya kita. So, kadang memang kena "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" je apa orang nak cakap. Hmm...


Tapi, kalau dalam masa planning tu tiba2 pregnant, jangan la pulak sedih2 & nak tolak. Macam yang saya cakap, kita ni mampu planning je, yang tentukan Allah swt. Even dah plan pun, still “lekat” jugak anggaplah itu rezeki. Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Sekuat mana kita merancang takkan mampu lawan kuasa Allah swt. Allah saja yang tahu bila masa yang paling sesuai untuk dia bagi anak lagi untuk kita.

Kalau ditanya pada saya, bila nak tambah anak, soalan ni susah  nak jawab. Honestly, hadirnya Fayyadh dalam kehidupan kami berdua pun dah syukur Alhamdulillah. Dapat seorang anakpun dah bersyukur sangat2. Sebab saya dulupun  9-10 bulan lepas kawen baru pregnant. Dah pernah rasa macam mana perasaan teringin nak anak sangat2 masa tu. Dah pernah rasa sedihnya hati bila orang asyik persoalkan kenapa lambat dapat anak. Sekarang ni, saya just bersyukur dengan apa yang saya ada. Apa yang Allah dah bagi dekat saya. Saya dah cukup bahagia. Fokus sekarang, didik & besarkan fayyadh dengan sehabis baik. 

Ikutkan hati, memang teringin nak bagi Fayyadh adik tahun depan. Ikutkan memang kami sama2 dah ready untuk second baby. In sha Allah kalau ada rezeki. Sebab bila nak tambah anak, sama je konsep masa kita nak dapat anak sulung dulu. Bukan maksudnya bila kita dah ada anak sorang, dah tentu2 senang dapat anak seterusnya. Senang nak mengandung. Anak ni rezeki dari Allah swt. kalau Allah nak bagi, dia akan bagi. kalau taknak bagi, pasti ada sebab & hikmahnya. Kalau dia cepatkan or lambatkan pun semuanya bersebab. Baik fokus dengan apa yang kita dah ada, Nikmati apa yang kita miliki ni dengan penuh kasih sayang dari stress dan mengharap benda yang tak ada dan belum pasti.  Sayapun taknakla fikir sangat pasal hal ni. Lagipun, Fayyadh pun baru 1 tahun 6 bulan. baby lagi. Enjoy je tengok dia membesar depan mata. Inipun rezeki tak terhingga. Pedulikan apa orang nak cakap. Allah tahu mana paling baik untuk kita. Kita mampu doa& usaha selebihnya tawakal. 

Jemput baca entri saya tentang pandangan soal  anak, takdir & rezeki disini

Thursday, September 3, 2015

Kerja Full time. Berniaga Part time.

Sebenarnya, tak pernah terfikirpun nak buat bisnes. Sebab dah kerja fulltime. Dah ada fixed income setiap bulan. Lepas tu rasa macam tak pandai sangat nak berbisnes. Dulu, minat pun takde. Tapi, takdir Allah mana kita tahu kan. Bila dah mula terjebak dalam bisnes ni baru rasa seronok. Baru minat tu datang. 

Dah dekat 3 tahun saya dalam bisnes sewaan veil.Dari sehelai je veil saya sewakan, sekarang saya dah ada 10 helai veil yang saya buat untuk sewa. Alhamdulillah sangat. Tak sangka dari suka2 je DIY veil nikah dulu, lepas tu boleh jadi sumber rezeki. In sha Allah, selagi ada kemampuan & permintaan, saya akan terus sewakan & tambah lagi koleksi veil. Tapi buat masa ni, saya hanya terima sewaan veil saja. Untuk tempahan, saya belum ready lagi sebab kekangan masa melainkan pelanggan buat tempahan paling kurang 3 bulan awal. Yang tu saya akan pertimbangkan.

Online bisnes saya, By Adeenda pun dah hampir setahun beroperasi. Alhamdulillah..sambutan pun mengalakan. Ingat lagi masa mula2 nak start bisnes jual bedung & barut baby, macam2 saya fikir. Ada ke orang nak beli? sempat ke nak bahagi masa? dengan kerja office lagi, bisnes lagi. Macam mana nak promote? macam-macamla......tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, dengan dorongan husband & kawan2 saya beranikan diri mencuba.

Disebabkan saya kerja, saya just beli kain je. Untuk jahit barut saya hantar tailor. memang saya tak jahit sendiri sebab faktor masa & saya tak terror pun bab menjahit ni. Hihi.... Kerja saya cuma jual. Veil pun saya jahit bila ada kelapangan masa. Urusan pos memang husband banyak tolong. Mostly pos barang customer banyak dia yang buat. Cuma kadang2 kalau dia busy je saya yang akan pos. Tupun tak ganggu time kerja saya sebab saya akan gi pos barang pagi before masuk kerja. Pos office pun dekat jer dengan office.

Sekarang ni, saya tak rasa terbeban pun buat dua kerja dalam 1 masa. Kalau time dekat office, memang fokus kerja office. Saya takkan jumpa customer nak cod barang ke apa time office hour. Tapi whatsapp semua tu saya reply. Tupun time free. kalau tengah busy buat kerja office, kejar dateline, pergi meeting memang lambat la saya reply. Tapi kena minta maaf siap2 dekat customer la. Banyak customer yang faham kalau kita layan elok2. Lagipun bila buat bisnes part time ni bukan sepanjang masa nak kena jawab mesej customer. Bila ada order adala. So..ok je. Sikitpun tak ganggu waktu kerja. Bisnes online saya bukan besar. Ada customer yang sudi beli pun dah cukup Alhamdulillah.. =)

Cuma bab promosi je saya kurang. Sebab kekangan masa. Kalau ada masa free baru promote. Tupun sebab sama2 buat dengan husband, so ada masa dia akan tolong iklankan. Fokus utama kami tetap family, kemudian kerja dekat office. Lepas tu baru bisnes. Sebab part time je kan. Kalau tengah busy gila2 dengan kerja  kadang 1 bulan saya tak sempat nak promote or update apa2. Tapi saya percaya rezeki tu memang dari Allah swt. memang saya berserah pada rezeki masa tu. Bila kurang marketing, tapi tetap ada customer yang still order, memang semuanya rezeki dari Allah.  Alhamdulillah...

Saya belum terfikir nak berhenti kerja buat masa ni. Tapi bisnes ni sebenarnya saya buat sebagai backup plan if satu hari nanti saya terpaksa berhenti kerja. Sebabkan kerja husband akan bertukar2 tempat, dan sayapun akan ikut mana jer dia pergi, so bisnes ni sebagai backup la. Tapi nak teruskan bisnes yang sama atau try bisnes lain bergantung pada keadaan. Cuma, time tu saya dah ada pengalaman dah dalam bisnes. So, tak rasa kekok nak mulakan. Pernah husband buat lawak, kalau saya berhenti kerja nanti ikut dia pindah,dia suruh saya niaga "nasi kak wok" jer. Hahaha...macamla terror sgt nak masak. tak taula masa ke depan macam manakan. Kita just merancang je. 

Sekarang nipun saya rasa ramai je yang kerja full time tapi ada part time bisnes. Yang penting kena pandai bahagi masa je. Mana yang patut jadi priority dulu. Dalam hal ni, memang perlukan sokongan husband. If dapat buat bisnes sama2 lagi best. Sebab kita lebih memahami & boleh tukar2 idea. Cuma, saya lebih suka bisnes kecik2 macam ni jer yang tak ganggu masa family & kerja dekat office. Yang kita urus sendiri & buat secara santai.


Tuesday, September 1, 2015

Plan nak hadapi kegawatan ekonomi? Dah ready ke kita?

Isu ni memang tengah panas sekarang. Baik dekat media social, media cetak or Kaca TV. Isunya tentang Ringgit malaysia yang makin jatuh  & dijangka berlaku kegawatan ekonomi. Yang ada saving pun risau. apatah lagi orang yang takde saving kan? Kalau yang kerja swasta ni, takut kalau2 ekonomi tak stabil nanti gaji tak dibayar atau dibuang keja. Dah ada kes dah beberapa company yang start buang pekerja. Tak terkecuali company yang besar. Baru ni, Kilang Naza pun dah buang 42% pekerja sebab keadaan ekonomi yang tak menentu & hasil jualan yang merosot. Ikutkan memang sekarang ni semua company berusaha sehabis baik untuk dapatkan job. Masing2 harap dapat survive dalam keadaan ekonomi tak menentu ni.



Bila jadi isu2 macam ni, perlu ada planning sendiri. Baik untuk diri sendiri &family. Apa-apapun boleh jadi. Tapi persediaan tetap kena ada. Perancangan tu penting kan. Kalau baca buku pasal financial planning, untuk yang kerja makan gaji ni, kena ada saving minimum 6 bulan gaji. At least kalau berlaku apa2 emergency contoh macam dibuang kerja or tak dibayar gaji, saving yang ada boleh cover untuk kegunaan beberapa bulan before dapat kerja lain. Tapi nak dapat simpan 6 bulan gaji tu bukan dalam masa singkat macam sekarang ni. Sebab tu kena praktik dari awal kerja kena asingkan duit untuk saving. Bila dah beberapa tahun kerja baru dapat simpan 6 bulan gaji tu. Tupun bergantung pada disiplin masing2. Sikit ke banyak boleh simpan tak penting. Yang penting disiplin. Kalau tak, takdela pepatah "sikit2 lama2 jadi bukit" kan?

Dalam masa sekarang, tolak tepi dulu semua saving yang ada. Jangan usik duit saving tu kalau tak betul2 perlu. Fokus apa nak buat kalau betul orang cakap yang ekonomi akan gawat. Usaha lebihkan lagi saving, kurangkan belanja benda yang tak perlu & bukan keperluan. Ikutkan time2 merdeka memang sana sini sales, jualan murah. Husband saya cakap, "Jualan tengok nafsu". Sejauh mana boleh kawal nafsu. Nak beli apa2 yang semata-mata sebab kehendak kena tapis dulu. Tapis betul2 samaada berbaloi ke untuk beli. Usaha elakkan pembaziran dengan beli benda yang tak perlu & tak guna. Keperluan & kehendak tak sama bagi setiap orang. Tapi kalau sales benda keperluan, yang tu boleh beli. Sebab blh jimat duit. Contoh, pampers anak. Hihi..kena ambik peluang beli time murah.

Buat financial planning sendiri. Tetapkan berapa je bajet untk belanja bulan ni supaya kita tak terbeli benda yang tak perlu. Jangan tambah hutang. Jangan buat personal loan. Jangan tambah hutang credit card. Usaha sekerasnya untuk tak tambah hutang or apa2 commitment kewangan. Elak skim ansuran mudah dan lain2. Praktik, kalau nak beli apa2 bayar cash or guna debit card. Kalau kita sentiasa bergantung pada credit card time sesak2 & selalu banyak bayaran tertunggak, tu bukan petanda yang baik. Kita akan rasa insecure dengan diri sendiri. Rasa tak boleh nak independent dengan financial sendiri. Kita terlalu bergantung pada credit card bila kita takde duit. Bila ekonomi gawat, menambah hutang bukan benda yang baik. Sebab risiko dengan bank, ialah kadar interest akan naik.

Ada dengar orang cakap, macam mana kalau nanti duit2 kita dalam bank akan dibekukan bila gawat? macam mana kalau pelaburan kita dalam Tabung Haji & Asb pun tak boleh bawak keluar? Macam2 dah orang buat andaian. Takut kalau kita jadi macam Greece.  Tak tahu nak cakap pasal ni. Takkan nak keluarkan semua duitkan? takkan nak simpan banyak2 dekat rumah? Bahaya jugak. Ada jugak yang ambik saving dlm bank  & tukar dalam bentuk emas sebagai pelaburan. Mintak dijauhkan benda ni jadi dekat kita. Kalau dah sampai tahap akaun bank dibekukan tu memang teruk la. Tahun kegawatan ekonomi 1997-1998 dulupun takdela sampai tak boleh keluarkan duit. Cuma memang time tu banyak orang hilang kerja & gaji tak dibayar.

Cara lain, banyakkan bersedekah & tak lokek bantu orang yang memerlukan. Duit kita dapatpun, bukan 100% milik kita. Ada rezeki orang lain jugak dalam tu. Sedekah tu memang pembuka rezeki. Allah dah janji takkan berkurang rezeki seorang hamba yang bersedekah. Malah, Allah tambahkan lagi. Percaya pada rezeki. Rezeki dari Allah bukan manusia. Selalu kita usaha dulu baru tawakal kalau cari rezeki. Tapi yang betulnya, doa, jaga hubungan dengan Allah, tawakal pada Allah barulah usaha.  Rezeki yang Allah bagi kena urus dengan betul. Salah urus, memang kita yang akan susah.

Tipu kalau kata sikitpun tak risau pasal benda. Takut & risau tetap ada cuma taknakla terlalu fikir sangat2 pasal ni. Tak nak jadi cepat panik dan buat andaian sendiri. Bertenang, buat plan sendiri & try berbelanja berhemah. Ikutkan sekarang ni, harga barang pun dah makin mahal. Tambah dengan GST lagi. Paling best, banyak peniaga cukai SST (cukai sedia ada) tak buang pun. Dia pergi tambah GST lagi. Sistem yang betul, cukai SST tu kena buang. Baru add gst. Ni dah macam kena double tax dah. 10% + 6%=16%. Kalau ikut betul2 guideline GST tu takkan jadi harga naik mendadak macam ni.

Apapun jadi, samaada betul kita akan hadapi kegawatan ekonomi atau tak, yang penting persediaan kita. Apa yang kita boleh buat, dah ready ke kita? Nak tak nak, selagi hidup memang kena hadap. Doa2la sama-sama ekonomi kembali pulih. Dan keadaan tak seteruk yang dikatakan. Mana2 tips yang berguna untuk hadapi gawat ni kita gunapakaikan dalam hidup.