About Us

Tuesday, September 15, 2015

Kumpul "3 Saham" Sebelum Mati

Detik demi detik kita bernafas, jantung berdegup setiap masa..kita sendiri tak tahu bila kita akan berhenti bernafas. Bila jantung kita akan berhenti berdegup. Andai saat tu tiba, bererti kita telah pergi meninggalkan alam dunia ini.  Cepat atau lambat semua tu hanya Allah swt yang maha mengetahui. Mati tu pasti. Cuma bila & bagaimana cara kita mati itu rahsia Allh swt. Tapi, sementara masih diberi peluang untuk terus hidup, selain mengerjakan amalan untuk bekalan kita di sana, ada 3 saham akhirat yang harus kita kumpul sebagai bekalan kita di alam barzakhkelak. "saham akhirat' yang sentiasa mengalir pahalanya walaupun kita sudah meninggal dunia.

Saya teringat pesanan ustaz kazim elias, kadangkala kita sibuk mencari harta dunia, saham dunia, berusaha untuk mengumpul  harta untuk waris kita bila kita tiada nanti, tapi kita selalu terlupa untuk tinggalkan harta yang boleh bantu kita bila kita mati kelak. Harta untuk diri kita sendiri. Kita terlupa untuk kumpul saham akhirat yang akan sentiasa "generate pahala" untuk kita walaupun kita dah tiada di dunia.




عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

PENJELASAN HADITH :
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai matlamat yang tertentu iaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:

1) amal jariyah

2) ilmu yang bermanfaat

3) anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.


Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.


1) Amal jariyah- Adalah amalan kita di dunia dalam bentuk sedekah, wakaf dan yang seumpamanya dengannya yang kita lakukan dengan seikhlas hati kerana Allah swt dan dengan niat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Contoh sedekah, sedekah di rumah anak yatim, fakir miskin, wakaf tanah untuk dijadikan masjid, pusat tahfiz dan apa saja sedekah/wakaf yang berguna untuk setiap makhluk Allah swt.

2) Ilmu bermanfaat-  Apa saja ilmu yang bermanfaat untuk orang lain samaada secara bentuk lisan, tulisan atau video yang mengajak orang ke arah kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas. Selepas kita tiada, benda2 inilah akan jadi saham akhirat kita. Ilmu yang kita kongsi, selagi diamalkan, dibaca, ditonton, digunapakai oleh orang lain selagi itulah pahala akan mengalir pada kita.

3) Doa anak yang soleh- Anak adalah harta yang tak ternilai harganya. Didiklah anak agar mereka menjadi anak yang soleh, yang taat pada Allah swt & Rasul. Mereka adalah harta kita dunia & akhirat. Doa anak yang soleh jugalah harta yang boleh kita bawa bila mati kelak. 

Banyak cara yang boleh kita buat untuk kumpul "3 saham akhirat" ni. Boleh baca lebih terperinci pasal ni dalam buku2 berkaitan saham akhirat, amalan setelah mati & blog2 mereka yang lebih arif. Mulakan kumpul saham2 akhirat ni dari sekarang sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Kita sendiri tak pasti apakah amalan yang sedia ada ni sudah cukup untuk membawa kita ke syurga bila kita dijemput-Nya. Semoga 3 amalan yang kita bawa ke dalam berzakh ni mampu menolong kita di akhirat sana. Sebab pahalanya sentiasa mengalir walaupun kita telah tiada sehinggalah kita semua dibangunkan di akhirat kelak untuk di hisab. 

Semoga bermanfaat. 

2 comments:

  1. entah apa amalan kita nanti kan..
    harap ada amalan jariah lain yang membantu jugak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!