About Us

Tuesday, December 31, 2013

Cerita Suka Duka Tahun 2013


Hari terakhir di tahun 2013. Sekejap je kan masa berlalu. Tau2 dah nak masuk tahun baru lagi. Dan of coz lah bertambahla lagi umur. Ok..makin tua! Hehe..
Disebabkan hari ni last day untuk tahun 2013, nak wat entri flash back suka duka untuk tahun ni.

Dapat Hidup Sebumbung Dengan Husband

Alhamdulillah…..lepas 6 bulan hidup ber PJJ, finally dapat jugak tinggal sama-sama dengan husband. Memang  bersyukur sangat2. Terubat segala pengorbanan duduk jauh selama ni. Start bulan 3 tahun ni officially dapat tinggal sebumbung dengan husband.  Bila dah tinggal bersama memang banyak benda yang kami boleh buat sama-sama. Perjalanan rumah tangga lebih teratur berbanding masa tinggal PJJ dulu.

Kerjaya

Kejap je saya keja dekat penang dulu. Dalam masa 3 bulan, then bila husband dapat kerja baru, ikut dia pindah sini. Dapat offer untuk bekerja semula dekat office lama. Alhamdulillah…..memang sebolehnya saya nak kerja tempat lama. rezeki kawen. Husband dapat kerja baru yang lagi better dari dulu & saya pulak ada kenaikan sikit gaji berbanding dulu.  Ikutkan tempat kerja sekarang gaji xdela banyak mana, tapi Alhamdulillah cukup. Memang kena berjimat jugakla.  Tapi yang saya suka tempat keja lama ni sebab environment dia . dari segi masa keja, officemate, tuntutan keja, cuti dan lain2 benefit yang tak semua company leh bagi. Paling penting, rasa enjoy je gi keja.  Dari segi duit & environment memang saya akan dahulukan environment. Lagipun lepas kawen memang kena bagi komitmen lebih pada family kan. Husband pun prefer saya stay keja dekat sini je, senang katanya. As long as xde masalah apa2 lagi, stay saja. Takpela gaji kurang sikit, yang penting saya tak tension dan stress sangat bekerja. Bersyukur dengan apa yang ada.

Dugaan Cakap-Cakap Orang

6 bulan pertama tahun 2013 yang penuh dugaan cakap-cakap orag soal anak. Kalau korang bukan kategori bunting pelamin pasti korang pun faham apa yang saya rasa. Yang memahami Alhamdulillah..tetapi yang asyik mempertikaikan rezeki anak ni, saya harap sangat yang dia diberi petunjuk yang rezeki anak tu bukan terletak pada tangan kita.  Dan yang pasti ketetapan Allah itu yang paling terbaik untuk kita. Cuma yang saya boleh buat time ni sabar, try kuat semangat & positive kan diri dengan kata-kata orang. Anggap pertanyaan-pertanyaan tu sebagai tanda orang ambik berat & kritikan mereka sebagai cabaran hidup. Mujurlah family kedua2 pihak faham. Husband sangat2 supportive. Itu dah cukup bagi saya. Orang lain tu anggap je macam lalang.

Pregnant!

Saat yang paling dinanti dalam kehidupan kami suami isteri. Ikutkan hajat, memang nak rasa timang anak sendiri tahun ni tapi x tercapai. Tapi Allah bagi rezeki untuk merasa naluri ibu tu since tahu si kecil ni ada dalam rahim. Rasa syukur sangat2 sampai menangis bila tahu dah pregnant. Tahun menjadi seorang mom to be. Enjoy sangat2 pregnancy moment walaupun berat badan naik berkilo-kilo..hehe. Due date hujung bulan 2 tahun depan, semoga segalanya dipermudahkan dan selamat.Risau jugak. huhu..

Jalan-Jalan

Masih berjalan di dalam Negara. Hehe..angannya tahun depan nak melancong ke luar. Siap beli tiket dah tapi burned cenggitu je sebab time tu tengah menunggu hari nak lahirkan si kecil dalam perut ni. Hehe..melancong dalam Negara pun best jugak sebab yang penting leh spend banyak masa dengan husband. Kira tahun ni banyak tahun untuk kami spend masa berdua je la kot. Hehe….




Part Time Business

Taktaula nak panggil part time business ke apa. Tapi kalau bab menyewa veil pun kira business kecik2 jugakla kan. Kira tahun 2013 ni la tahun murah rezeki dalam bidang ni. Alhamdulillah..rezeki anak jugak =)

Blog

Sebenarnya kan, tahun 2012 ni pencapaian blog kalau diikutkan paling baik berbanding tahun lepas dari segi pageview dan followers. Tapi dari segi update blog memang banyak terjunamla dari tahun lepas. Entri kurang dekat separuh kot dari tahun lepas. Apela pemalas nak update blog lepas jadi bini orang ni. Lepas jadi mak orang tak taula macam manna nanti kan..hehe. apepun tq bagi yang rajin menyinggah di sini. Rezeki Nuffnang pun Alhamdulillah... Sekarang ni pun every month dapat BE. Rezeki anak sama sebab kalau ikutkan maknya bukan rajin sesangatpun update blog. Hehe..

Kematangan

Tahun yang banyak mengubah diri sebenarnya. Dari pelbagai sudut. Sebenarnya masih dalam proses untuk jadi manusia yang lebih baik. Lagipun dah nak jadi mommy dah pun, sampai bila la nak di perangai yang lama. Usiapun makin meningkat. Try berubah secara istiqamah walaupun ada masa terbabas jugak. Huhu….Sebenarnya bila dah kawen ni banyak jugak yang ubah personality dan sikap kita. Mungkin tak drastic tapi sikit2 tu adala kesedaran



Itu jela kot yang leh cerita pun. Rasanya semuanya baik2 je tahun ni. Bahagia..Alhamdulillah. Hope tahun 2014 lagi better la dari tahun ni..Amin..

Susun Atur: Tempat Letak Surat


Hari ni nak share dengan korang satu benda simple yang senang di susun atur dekat rumah. Tempat letak surat.Tapi cara saya takde la lain pun. Rasa maybe sama je macam orang lain. Kalau dapat surat atau bil2, saya tak suka letak merata-rata atau secara berterabur sebab takut hilang. So, harus ada bekas untuk letak surat2 ni..

Saya guna bakul je untuk letak surat. Simple je kan?




Simple dan senang jugak. Selalu tak biar surat ni lama2 dalam ni. Akan ambik masuk dalam file lebih-lebih lagi  bil2 supaya lagi senang nak refer. Then, kalau rasa xperlu, memang buang terus je. simpan lama2 pun buat penuh je kan? Lepas tu nak mencri balik pun susah. hehe..

Korang simpan surat2 dekat mana?

Monday, December 30, 2013

Set bersalin Moden & Tradisional Pilihan Berpantang

Bila dah settle barang2 baby sibuk survey barang2 mommy pulak. banyak sangat produk dekat pasaran. semuanya macam best-best je. baca review banyak2 sampai berpinar biji mata. hehe....
Kalau ikutkan cara berpantang dulu2..memang semua guna bahan semulajadi & asli je. Ada yang tolong cari. Tapi zaman sekarang, tak semua tempat leh cari kan herba2 ni..so memang kena beli yang dah siap dipaketkan. kira asli jugakla kan..hehe.




Saya prefer untuk ambik set moden untuk dalaman & tradisional untuk luaran. Sebab jamu ni tak semua badan yang  serasi nak makan. Lagi satu kalau baby kena jaundice memang xleh makan jamu2 ni. So..bab jamu2 memang tolak dulu la time berpantang nanti. Setelah survey2..baca banyak review dan recommendation from kawan & officemate, so saya decide ambik set bersalin shaklee. Selain harga yang mampu milik, suppliment dia kebanyakannnya untuk kegunaan lebih dari sebulan. means, ada yang untuk 2 bulan, 4 bulan dan 6 bulan. So..kalau dikira2 memang jimatla....Nak komen lebih2 pun, saya belum try lagi. In sha Allah lepas bersalin & guna set ni nanti saya akan buat review tentang set ni.


Saya ambik set asas je dulu. Kalau serasi baru nak tambah dengan set penyusuan. Tengok macam mana nanti


Untuk tradisional..saya tak beli satu set. Saya pilih2 jugak. Tapi mostly dari tanamera la. Saya beli mana yang saya rasa nak guna je. Ikut bajet. hehe..Sebab kalau ambik satu set takut saya tak guna semua. Tak nak membazir. Baca review dan tanya kawan2..saya decide sendiri nak beli yang mana. Bengkung saya ambik brand lain. Bukan tanamera. Untuk full product yang saya ambik, nanti lepas dah guna saya buat review ok. Harap2 berkesan la..hehe.

Baca banyak good review dari product tanamera

P/:s Alhamdulillah...tercapai target nak settle barang baby & mommy masa time 7 bulan

Saturday, December 28, 2013

Jauh kelapa Muda ni mari!

Hujung2 pregnancy ni orang cakap elok minum air kelapa muda. selain untuk bersih & licinkan kulit baby, nak mudahkan bersalin jugak. Tapi dekat sini nak cari buah kelapa fresh2..bukan semua tempat ada jual. Sebab tu certain orang prefer ambik minyak kelapa dara je. Tapi minyak dgn air xsama kan? function lain2 kot..hehe..

Ni buah kelapa pandan kiriman mak dengan ayah dekat kampung!Diorang kirim dekat sedara saya yang  balik kampung baru2 ni.  even x pregnant pun saya memang suka minum air kelapa pandan ni sebab bau dia wangi macam pandan. lepas tu rasa air dia manis, sedap....ingat ke mak nak kirim dua tiga biji je.tapi sampai 3 tangkai ok! hehe...


Baby..jauh tau buah kelapa ni mari. Dari kedah lagi..moga bermanfaat & berkhasiat buat kamu ye baby!


Hasil tangkapan di Baby Kiko warehouse Clearance sale

Cerita sebulan yang lepas. Fuh....apala pemalas benar mom to be ni nak update blog. suka peram entri lama2 baru nak update.

Warehouse ni buat dekat kilang kiko dekat puchong. First time datang sini. Semangat benar nak pergi sebab brand kiko kan.  Mana tau leh dapat harga murah. Masa pergi sini dah set dalam otak, nak cari baju dengan seluar jeans je untuk baby.

So..nila hasil tangkapan dekat warehouse baby kiko sebulan yang lepas..


Yang kelakarnya husband pilih stokin kebanyakan warna  putih  dan hitam untuk baby. sabar jela....total harga keseluruhan 100 ringgit untuk semua barang dalam gambar ni. murah !sebab dapat grab 2 seluar jeans dengan satu overall untuk baby.  selalu jeans dengan overall kan harga mahal.

Tengok bajupun dah boleh agak kan gender baby? no more secret la kan.. hehe...

Tuesday, December 24, 2013

Nak Pindah. Sibuk Cari rumah sewa lagi



Hasrat nak pindah rumah memang dah lama sangat2 pendam. Since berpindah dari kulim dan masuk rumah sewa sekarang ni memang awal2 lagi dah decide dengan husband yang rumah ni untuk sementara saja. Masa tu sangat2 urgent nak rumah sewa. Dari kulim nak pindah shah alam memang tak sempat nak survey rumah. Husband dapat kerja baru cepat sangat, lansung tak bagi masa untuk kami yang jauh ni cari rumah. Saya urgent nak rumah sewa then terus ambik je rumah sewa kawan saya. Dia keluar dari rumah tu sebab dah beli rumah. First time tengok environment rumah sewa sekarang memang hati lansung tak suka Cuma yang boleh terima keadaan rumah tu  baik. Tapi sebab time tu rumah tu je yang kami ada, so pasrah je masuk. Tak tau nak tinggal dekat mana dah dalam masa yang singkat.

Bulan pertama masuk situ, bermula la episod yang sangat2 menguji kesabaran kami berdua. Saya tak pernah nak bercerita dalam blog pasal ni sebab malas nak stress kan lagi kepala. Apa yang boleh kami cakap environment & keadaan sangat teruk. Tapi nak terus pindah rumah lain bukan kerja senang. Dahlah banyak dah duit habis untuk kos pindah rumah dari kulim ke shah alam. Kos lari sewa saja memang cecah ribu ringgit. Tu belum campur deposit masuk rumah. Letih kerja2 packing & unpack barang pun satu hal. Nak pindah on the spot memang tak dapatla. Then lepas pindah dalam 3 bulan  saya disahkan pregnant. Awal2 pregnancy tu selalu bleeding lagila takleh nak pindah rumah dalam masa terdekat. So..kami try accept segala kekurangan yang ada. Bukan hal rumah tapi environment dekat luar. Teruk..memang rasa tak selesa dan banyak sangat gangguan. Tapi saya xnak mengeluh..xnak susahkan husband, try terima kekurangan yang ada.

Start bulan 11, kami mula survey2 rumah untuk disewa. Belum ada perancangan nak beli rumah di sini disebabkan kerja husband yang bakal berpindah-pindah ikut tapak project. Maybe dalam 2 tahun lagi dia akan pindah ke negeri lain pulak. Tak pasti..dan saya memang xnak PJJ. In sha Allah..nak ikut je mana dia pergi. So..pasal nak beli rumah untuk duduk dekat sini memang xde perancangan tapi nak beli rumah untuk investment memang ada. 

Alhamdulillah..dalam sibuk2 kami cari rumah untuk sewa, tetiba dapat tau company husband ada bagi elaun rumah lepas dia kena transfer ke tapak project dekat klang. Alhamdulillah..rezeki baby.

Sekarang..masih lagi survey rumah. Kalau boleh bulan 1 ni nak pindah sebab dah tak tahan sangat2 dah duduk rumah sekarang. Banyak benda yang tak boleh diterima dah..lama dah bersabar. Susah jugak nak cari rumah area shah alam ni. Harga yang melampau mahal then Tambah pulak banyak yg kena berurusan dengan agent. Try jugak cari kawasan lain tapi xjumpa lagi yg direct owner.  Kami kalau boleh nak direct owner. Huhu....


Saturday, December 21, 2013

Pedih ulu hati dan senak ketika kehamilan



Buat bakal-bakal mommy, Korang pernah tak rasa pedih ulu hati & senak time tengah preggy ni? symptom ni sebenarnya normal untuk preggy woman. Tapi kan..kalau kerapa jadi mesti rasa xselesa jugak kan? so..macam mana nak atasi? so..dekat sini saya share info tentang macam mana Gaviscon membantu wanita hamil di luar sana untuk atasi masalah pedih ulu hati & senak ketika kehamilan.

Kehamilan adalah salah satu pengalaman unik yang hanya difahami oleh kaum hawa. Ketika ini, hubungan erat terjalin antara anak dan ibu. Pada ketika ini jugalah ibu-ibu inginkan persekitaran yang terbaik untuk kehamilan dan jauh dari kesulitan yang berkaitan dengan kesihatan. Hanya yang terbaik dalam segala-galanya dalam menyambut kelahiran anak tercinta, itulah hasrat semua ibu di dunia ini.

Namun demikian, tempoh kehamilan juga datang dengan situasi yang kurang menyenangkan kepada ibu-ibu. Antaranya pengalaman yang tidak dielakkan ole para ibu ialah pedih ulu hati dan senak. Maka, adalah penting bagi ibu-ibu untuk mengetahui mengapa pengalaman tersebut berlaku dan bagaimanakah untuk menghadapinya.




Salah satu punca mengapa wanita hamil lebih kerap mengalami pedih ulu hati san senak ialah perubahan hormon dalam badan ketika kehamilan. Hormon Progesterone yang mengendurkan otot-otot badan ketika kehamilan menyenangkan asid perut mudah mengalir ke ruang esofogus kerana keberkesanan otot injap perut juga dipengaruhi oleh Progesterone. Selain itu, janin yang membesar dalam kandungan ibu setiap hari menyebabkan asid perut mudah mengalir ke esofogus kerana tumbesaran janin memerlukan lebih banyak ruang setiap hari dan mendekatkan asid perut kepada rongga esofogus. Dalam ini, jikalau ibu-ibu tidak menjaga pemakanan dan aktiviti-aktiviti harian mereka ketika kehamilan, pengalaman pedih ulu hati dan senak mungkin bertambah serius.

Pengalaman-pengalaman yang kurang menyenangkan ini bukan tanpa penyelesaiannya. Beserta dengan post ini adalah infografik yang disediakan oleh Gaviscon untuk wanita-wanita hamil, dengan harapan dapat membantu mengurangkan pengalaman yang kurang menyenangkan di antara wanita-wanita hamil


untuk mom to be yang selalu alami masalah ni, bolehlah try gaviscon!

Wednesday, December 18, 2013

Pregnancy Check Up 30 Minggu


Semalam gi check up untuk 30 minggu. Alhamdulillah….kesihatan masih baik. Semua ok. Berat naik lagi 2kg. kali ni lebih. Kuat makan sekarang ni. Xataula…kekadang makan nasi sepinggan pun rasa lapar lagi. Tengah2 malam pun leh terjaga sebab lapar. Tapi sebab nak control jugak berat badan, bangun minum air atau makan buah je. Kedudukan uri pun dah normal. Kepala baby pun dah ada dekat bawah. Hope baby stay macam ni sampaila nak deliver nanti. Anggaran berat baby pun dah 1.42 kg. Doktor cakap normal sebab perkembangan baby dah ikut minggu. Kalau setakat beza dua tiga hari dengan due date yang scanner bagi kira ok.


Kejap je kan dah 30 minggu. Bila dah masuk ke angka “3” ni rasa nervous la jugak. Hope segalanya dipermudahkan. Kaki pun dah mula rasa sakit kalau pijak lantai. Kena pakai selipar lembut dalam rumah. Perut pun makin besar. Rasa berat bahagian depan. Nak jalan laju2 sangat pun xleh. Kena hati2 jugak. Hehe….Kekadang ada rasa cramp dekat perut bahagian kanan. Risau gak kalau ada pape xkena, tapi doctor cakap normal. Masuk third trimester memang start alert sangat2 dengan pergerakan baby. Kena kira pergerakan dia jangan kurang dari 10 kali sehari.  Kalau dia kurang gerak, memang kena terus gi hospital.  Sekarang ni banyak kes kan baby meninggal sebab lemas dalam perut. Doa mintak  dijauhkan semua tu. 

Tuesday, December 17, 2013

Survey bengkung Untuk kegunaan Time berpantang

Saya sekarang tengah survey bengkung untuk digunakan time berpantang. ye..sekarang ni time untuk lengkapkan barang mamanya pulak. Si kecil tinggal 2 item je lagi xbeli tapi dah aim nak beli dekat mana. Ni penyakit gi kedai dah jumpa barang yang dicari tapi rasa nak survey lagi kot2 jumpa  kedai lain yang bagi diskaun dan harga lebih murah. hehe...

1) Bengkung Lilit 

Bab bengkung ikut hati saya suka bengkung yang style dulu2..yang lilit panjang2 tu. mak saya cakap jenis ni cepat lansing perut. mahu tak lansingnya...panjang bengkung bermeter-meter. jenuh nak pusing satu badan. dapat pulak kalau kena pakai sendiri. Kang pusing2 jadi mumia pulak. Hehehe....Tapi mak saya kata, dulu2 orang pakai ikat kat tiang tengah rumah. lepas tu pusing la badan dengan bengkung tu sampai ke tiang. Ada yang ikat dekat tombol pintu. Saya nak sangat pakai bengkung ni sebab saya jenis kulit tebal, time preggy pun perut besar jugak, so perlu kerja keras untuk kempiskan balik perut ni. Tapi kelebihan bengkung macam ni bukan setakat kempiskan perut, boleh jugak kecikkan punggung dan paha kalau rajin lilit sampai ke bawah. hehe...kena kuat semangat & rajinlah jawabnya  kalau nak pakai bengkung macam ni. nak kempis balik perut haruslah kena rajin kan. Usaha lebih sikit. Fuh..harap sangat kuat semangat.

kelebihan: kejap, lebih kemas, masa lebih singkat untuk dapatkan perut yang kempis jika dipakai secara konsisten, boleh adjust

Kekurangan: Susah time nak pakai dan buka




2) Bengkung zigzag/ beroda

Satu lagi, saya minat jugak style bengkung macam yang tengah hot sekarang ni, bengkung zigzag atau nama lain bengkung roda. Bengkung style ni ramai yang suka pakai sebab lebih mudah. tak perlu bantuan orang, leh pakai sendiri je. jimat masa.


kelebihan: sederhana kejap,  kemas, mudah dipakai dan dibuka

Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, perlu pilih saiz yang betul dengan ketinggian & saiz badan before preggy




3) Bengkung Bertali


Bengkung bertali ni lebih kemas ikatan dia berbanding bengkung zigzag tapi cara pakai sederhana mudah. Yang nipun best jugak. Boleh pakai time berdiri atau sambil baring.


kelebihan: sederhana kejap,  kemas, sederhana mudah untuk  dipakai dan dibuka

Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, perlu pilih saiz yang betul dengan ketinggian & saiz badan before preggy




4) Bengkung Moden


Bengkung ni paling senang & mudah dipakai. Ambik masa yang singkat & rasa lebih selesa. R amai ibu2 moden yang pilih bengkung macam ni sekarang. lebih2 lagi yang kena berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua yang lebih berpengalaman. Ada jugak yang guna bengkung ni lagi lepas habis berpantang pun. sebab saiz dia yang tak tebal sangat, so leh pakai untuk aktiviti luar rumah atau ke pejabat. Sangat memudahkan pergerakan.


kelebihan: sederhana kejap,  sederhana kemas, sangat  mudah untuk  dipakai dan dibuka. Pilihan untuk yang bersalin secara c-zer

Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, kebanyakan hanya cover area perut sahaja berbanding bengkung lain yang boleh cover area  bawah dada, punggung & paha. Kena pilih betul2.





Still berfikir lagi nak pilih yang mana. Saya decide nak beli 2 jenis bengkung. Kalau boleh nak la yang selesa & mudah dipakai. Tapi dalam masa yang sama nak bengkung yang bagi hasil yang maksimum. Tapi nak kurus pun bukan kerja mudahkan. perlu konsisten jugak pakai. kalau harap bengkung best, tapi kita malas berbengkung pun xguna jugak kan?

Korang rasa mana yang ok? saya nak beli 2 je ni. Senang nak tukar2..hehe.


Monday, December 16, 2013

Checklist & Bajet Untuk beli barang baby


Selaku mantan b2b ekonomi, of cozlah masa time jadi mom to be ni pun bab2 bajet dan checklist ni mana boleh lari jauh dari saya kan. planning tu sangat2 penting. Almaklumlah, saya & husband bukan kategori yang bergaji besar, yang nak beli barang boleh keluar duit tanpa fikir apa-apa. Duit berkepuk-kepuk. Tak!  Semua kena ada bajet. kalau tak mampu, still jugak kena menyimpan dari awal untuk beli barang2 yang kita nak.Bila dah kawen ni lagilah kena plan betul2 bab financial ni. Tapi kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. Cuma kena pandai manage ja.

Sebenarnya kan, saya pun macam mom to be yang lain. bab barang baby, persiapan semua tak tahu. Blurr...Time mula2 jenguk2 & jeling barang baby pun jadi blurr. Tak tau nak beli apa. Time tu dalam 3-4 bulan preggy, memang saya tak prepare checklist lagi. tak tahu nak kena beli apa dulu, barang apa yang penting, sampaikan baju baby pun tak tahu nak pilih. So, kalau korang masa mula2 blurr nak beli barang baby, don't worry. Siapa yang baru first time preggy pun akan alami benda yang sama. hehe..

Bab duit, memang kena simpan dari awal. Bila dah tau preggy dalam sebulan atau sebulan lebih tu terus simpan duit untuk keperluan baby secara konsisten setiap bulan. memang tak tahu nak beli apa, tapi simpan je. saya siap buka akaun bank lain lagi untuk simpan duit untuk keperluan saya time preggy, beli barang baby & berpantang. Dalam bab ni, saya & husband bincang dari segi simpanan kami dan pembahagian barang yang nak dibeli. Then, bila dapat duit extra ( selalunya duit claim) kami akan simpan jugak sikit dalam bank baby. So, kalau plan financial awal2, time nak beli barang baby atau nak  pergi baby expo ke, tak perlu nak tunggu  duit gaji masuk baru nak shopping. penting tau simpanan awal untuk golongan macam kami ni. lagi satu, kami yakin dengan rezeki Allah bagi. Taknak fikir lansung yang duit tu satu beban. Kita belanja ikut kepentingan & kemampuan, In sha Allah cukup. Setiap anak ada rezeki masing2. Kita sebagai parent ni menumpang rezeki anak jugak.

ok, stop bab simpanan & financial planning. masuk bab checklist barang baby. Yang ni masa start 4 bulan baru sibuk nak men"google" dan buat checklist. Saya baca banyak blog then buat checklist sendiri. Saya dahulukan mana yang penting. sambil tu ada tanya family & kawan2 yang ada anak mana yang penting & tak penting untuk persediaan awal barang2 baby & mommy. Saya dahulukan mana yang penting. tak semua benda nak beli sekaligus time preggy ni. lepas baby keluarpun ada barang yang boleh dibeli. bab ni, husband agak control jugak. Dari segi duit untuk anak, memang kami tak berkira. Bila dah tahu bakal jadi ibu & ayah memang kami nak yang terbaik untuk si kecil. Tapi bukan cara berbelanja berlebihan untuk dia. Banyak persiapan lain yang harus difikir exspecially persediaan mental & fizikal. Husband selalu cakap..fikir dulu mana nak beli.penting ke tidak, boleh guna lama ke tidak. tengok cara mak2 kita berbelanja untuk anak-anak.Tapi anak sulung, biasalah..excited nya harus lebih. Tapi harus kawal jugak nafsu membeli ni..hehe..

Ok..bab checklist saya memang suka buat spreadsheet dalam excell. Entahla..rasa cara ni lebih senang. saya bahagi kepada empat bahagian.

Checklist baby ( new born)- persiapan untuk kelahiran baby
Checklist Mommy- Persiapan berpantang/ maternity
Checklist baby (after deliver)- barang2 baby yang nak dibeli/ consider untuk dibeli lepas baby lahir
Checklist by month/ item- Senarai detail barang2 baby & mommy yang dibeli mengikut bulan, item & lokasi.

Semua checklist ni saya letak peruntukan bajet & jugak harga sebenar. Bajet tu penting sebab kita nak tahu berapa nak kena spend. tapi kan, saya letak je dulu bajet tu ikut angaran saya sebab sayapun tak tahu berapa bajet yang perlu letak untuk barang2 tu masa mula buat checklist. Bila dah tau bajet, senang la nak membeli kan..Lagi satu saya letak jugak jumlah item yang nak dibeli. Nipun berdasarkan survey ke blog2 orang then nasihat dari kawan & family. Bila dah ada checklist, senang la nak membeli. takdela blurr lagi..hehe

So..ni contoh spreadsheet yang saya dah buat.

yang ni bahagian checklist utk persiapan baby baru lahir 

Yang ni persiapan mommy nya pulak..


Yang ni checklist untuk barang2 baby lepas baby deliver nanti. Yang ni bagi saya boleh beli lepas baby deliver. Tapi  kami dah survey2 item bawah ni.



Dan last sekali checklist by month/ item. Saya start membeli time dah 5 bulan lebih preggy. So, saya tulis setiap barang yang saya beli, harga & lokasi. Bukan berkira pasal duit tapi nak tahu berapa bajet yang betul untuk persediaan awal ni. Then boleh jugak tahu sama ada kita still under budget atau dah ter over. hehe..Dan satu lagi boleh jugak jadi panduan untuk bakal mommy yang lain. Sharing is caring right?



setakat ni itu aje yang sempat share. In sha Allah nanti saya try share overall bajet k. Maybe leh jadi panduan untuk bakal mommy yang lain sebab saya dulupun tak tahu berapa bajet untuk barang2 ni. Sebenarnya, bajet ni bergantung pada kita jugak. Mana yang kita patut beli lebih, mana yang tak perlu beli lagi..so, penting tau checklist & bajet ni.  Lagi satu kena rajin jugak survey harga sebab kekadang dekat baby expo pun tak semua murah. tapi macam saya, kalau rasa harga barang tu berpatutan , saya beli je sebab tak sempat sangat nak terjah semua baby expo. Kadang2 weekend ada hal lain. Huhu..

Disebabkan ramai yang request checklist baby ni, so saya bagi link untuk korang download dekat bawah ni






IKLAN:

Jemput singgah online shop saya by Adeenda untuk lihat & beli koleksi barut,bedung & tungku baby yang comel2 dengan harga yang murah..





Thursday, December 12, 2013

Pengalaman Trimester Kedua


Alhamdulillah..berjaya lalui trimester kedua.  Banyak pengalaman manis dalam trimester ni untuk dikenang. Trimester yang saya rasa lebih selesa & bertenaga berbanding trimester pertama. Tapi ada jugak sakit2 lain yang menyerang. Ok..itu kejap lagi saya cerita. Sekarang nak list kan dulu apa saya alami sepanjang bulan ke-4 hingga ke-6 mengandungkan khalifah kecil ni.




Perubahan Fizikal

Ni dah tentu2 lah kan perubahan paling ketara. Baby bump start menyerlah since masuk 4 bulan lagi. Setengah orang cakap 4 bulan macam awal sgt nak nampak baby bump kan, tapi saya time 4 bulan memang dah membuncit. Memang jenis perut tebal & banyak lemak kot awal2 dah nampak. Haha…Tapi seyes suka sangat masa tengok perut dah start membuncit sebab dapat rasa yang baby pun tengah memebesar dekat dalam perut ni. Hehe….So, time 4 bulan la baru orang mula perasan saya pregnant. Masuk 5 bulan & 6 bulan jangan cakapla..memang dengan jayanya perut ni membuncit & membulat. Hehe……
yang lain2 sama je kot macam mom to be yang lain, ada part2 badan ni yang membesar dengan jayanya. 

Cuma sedih sikit sebab dah mula banyak stretch mark dekat certain part dekat badan sekarang ni. Even saya ambik langkah pencegahan awal untuk halang stretch mark, tapi tetap jadi jugak. Jenis kulit jugak agaknya. Takpun sebab mom to be ni membesar dengan jayanya. Hehe…Tapi xkisahlah. Dapat peluang mengandung pun dah syukur Alhamdulillah…..part benda xbest jadi dekat badan ni tolak tepi. Untuk mengandungkan & lahirkan si kecil ni, saya xkisah buruk sikit rupa kulit ni. Lagipun, 9 bulan jugak nak tunggu nikmat kurniaan ni. Asalkan semua sihat saya dah bersyukur sangat.

Muka pun start sensitive sikit waktu ni. Jerawat macam ruam2 kecik banyak tumbuh dekat dahi. Tapi kalau pakai tudung memang xnampak sangatla. Mujur dekat dahi je, tak merebak sampai ke muka. Hehe…Kulit muka pun selalu kering. Kekadang ada jugak mengelupas sikit sebab kering kan. Perubahan hormon agaknya tapi bukan masalah besar la. Still ok..

Selera Makan

Bab makan memang tak pernah yang takde seleranya. Berselera je memanjang. Alhamdulillah..mengidam pelik2 memang takde. Teringin nak makan pun yang tak challenge lansung pun untuk husband cari. Nak makan semua benda yang senang cari. So, bukan kategori mengidam kot. Cuma time second trimester ni saya suka sangat makan jagung. Tak kisahlah jagung bakar ke, jagung rebus atau yang dalam cup tu asalkan jagung. Setiap minggu wajib makan. Satu lagi cendol. Yang tu memang favourite la dari dulu tapi masa preggy ni lagi rajin nak makan. Setakat ni itu je kot. Makanpun ok je semua takde lagi yang saya takleh makan atau bau lansung sepanjang preggy. Alhamdulillah masih ok.

Perubahan Emosi

Rasanya bab ni aje yang husband kena sabar banyak-banyak. Yang ni barula sangat challenging untuk dia. Isteri xde ngidam makan pelik-pelik tapi mood memang berubah banyak sangat. Jadi manja terlebih, sensitive terlebih, benda kecik2 pun leh terasa sampai nangis2. Memang teruk benor bila difikirkan balik. Tapi Alhamdulillah husband memang sabar banyak. Rajin pujuk. Rajin melayan. Takde biar bini sorang2 layan emosi..memang berterima kasih sangat-sangat dekat dia sebab memahami.

Aktiviti/ kerja

Rasa time ni kot paling aktif, paling kuat jalan. Masih jalan laju-laju lagi. Rajin buat kerja rumah, masak semua. Kira tak reti duduk diam. Perut dah besarpun jalan laju lagi sampai officemate saya cakap tak Nampak cam orang pregnant pun kalau tengok gaya jalan. Laju berdesus ja. Hehe..Tapi skrg dah start slow sikit dah jalan. Hehe..sebab time dah 7 bulan lebih ni rasa berat la nak bawak badan jalan laju2. Time 2nd trimester nipun saya rajin masak. Balik kerja masak, pagi2 pun rajin jugak masak bawak bekal gi office. Sempat jugak buat dua helai veil untuk disewa. Kira kuat lagi la time ni. Husband still macam dulu, rajin buat kerja rumah. Kekadang rasa tahap rajin dia melebihi si isteri.

Tahap Kesihatan

Tipula kalau cakap time ni takde rasa lenguh2, sakit badan, dan pinggang lansung kan. Rasa normal mom to be yang lain akan rasa benda yang sama kan. Saya kalau buat kerja banyak sikit, rasa lenguh jugak dekat pinggang dengan belakang badan. Kalau duduk atau berdiri lamapun xleh sebab rasa lenguh & sengal. Kalau dekat office, bila lama duduk saya akan bangun jalan2. Kalau tak, boleh kebas kaki. Sakit belakang. Tidur pun tak lena sangat. Malam mesti nak jugak terjaga. Kira tak senyenyak dulu la. Tapi still ok sebab kalau bangun untuk gi toilet atau tiba2 terjaga, tetap boleh tidur balik. Alhamdulillah..posisi tidur pun selalau bertukar. Rasa xselesa jugak. Huhu..ada jugak dua tiga kali kena simpul biawak time ni. Tapi tak kerap la. Sakitnya Allah saja yang tahu. Masalah lain xde. Sembelit atau pedih ulu hati saya xkena lagi. Setakat ni penghadaman mmg lancar, dapat membuang setiap hari. Maybe sebab rajin minum air & makan buah dan sayur hari2 kot.  Tapi time 3rd trimester nanti xtaula macam mana pulak kan.

 Orang cakap time trimester ni ramai yang kena sembelit sebab baby dah membesar penuhkan ruang rahim. Selalu orang cakap third trimester yang paling mencabar dan badan jadi makin tak selesa. Saya Cuma harap diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segalanya.

Perkembangan Baby

Time paling best sesangat sebab first time dapat rasa gerakan baby masa nak masuk 5 bulan. Ingat lagi time tu bila dapat je rasa dia gerak terus tertunggu-tunggu dia gerak lagi. Rasa excited sesangat. Husband pun excited tapi kesian dekat dia sebab dia tak dapat rasa pun gerakan baby time tu. Maybe time ni baby kecik lagi. Masuk 5 bulan dia start bagi kick dah. Aktif je gerak. Bila time 6 bulan baru la husband dapat rasa gerakan baby dekat perut. Suka betul dia..lama dah tunggu kan nak rasa baby tendang2. Hehe.masuk 6 bulan nak ke 7 bulan lagi best. Baby siap buat ombak lagi dekat dalam ni. Kekadang husband tegur, asal perut Nampak senget je ni? Hehe…babyla..dia suka duduk sebelah kanan kan. Itu yg kekadang rasa menyenget je perut ni. Buat apa la anak mama dalam perut ni ye? Macam main roller coaster dah. Leh rasa & Nampak gerakan badan dia gerak sana sini. Hehe..Tapi saya suka. Lagi suka bila dia gerak2 macam tu dari diam je lama xgerak. Kita jugak yang risau kan.

Kalau nak cerita semua memang panjang..nak cover kisah masa 4, 5 & 6 bulan mengandung kan. so, kita pendekkan aje ceritanya walaupun saya rasa macam berjela jugak entri kali ni.


Tuesday, December 10, 2013

Baby, Kita dah masuk Third Trimester la!

Alhamdulillah...

Begitu pantas masa berlalu. Rasa macam baru sangat je tahu yang diri ni pregnant, tahu2 sekarang dah masuk 3rd trimester. Hari ni dah genap 29 minggu. Baby..kita dah dalam third trimester tau skrg! hehe..

Nak cerita pasal pengalaman masa second trimester rasa macam berjela pulak panjangnya. Next time la story k. Memang enjoy sangat pregnancy moment. Tapi dalam masa ang sama, tetap berjaga-jaga. Doa sangat2 semoga semuanya dipermudahkan dan baik2 je. Amin..

Ikutkan banyak sangat entri pasal pregnancy & persiapan barang baby yang tak tertulis dekat blog ni. Suka bebenor peram entri lama2..sabor jelah..time pregnant ni mood swing sikit. Benda yang suka buat pun boleh jadi tak suka dah sekarang ni.

Sekarang, tangah survey2 barang untuk mommy nya pulak. ada sikit-sikit lagi yang tak lengkap. Hope dapat settle awal. Untuk baby dah settle, mommy nya aje yang belum. Banyak lagi yang tengh consider nak beli macam set bersalin moden, tradisional dan bengkung . Yang lain2 so far dah complete.

Wednesday, December 4, 2013

Breast Pump Mana yang Best untuk permulaan? Any idea??


Tengah survey2 nak beli breast pump ni. Tapi haru biru kepala ni fikir nak beli yang  mana satu. Baca review sana sini sampai berpinar bijik mata. Haha..ish, nak beli yang mana ni? Banyak betul yang berkenan . Banyak jugak review yang best2.

Ok..idaman hati memang nak beli double pump yang boleh guna manual, bateri dan elektrik supply. Kira 3 in 1 la tapi bila difikirkan balik, pump yang harga agak mahal ni baik beli lepas baby deliver. Nak tengok production milk dulu macam mana then ada kedai yang jual pump ni bagi test dulu guna dekat kedai diorang tengok ok ke tak pump tu dengan kita, baru beli. Yang ni best. Sebab leh test dulu baru beli. Banyak yang jual online harga murah compare beli dekat luar.  Saya aim nak beli dekat Pump on the go. Dioarang  jual online dan diorang ada jugak kedai sendiri. Yang best, kedai dia dekat je dengan office saya. So, plan pump idaman hati tu nak test dulu dekat kedai dia baru  decide nak beli yang mana. Tapi tu lepas baby keluar la kan baru leh test. Time ni dah ada susu. In sha Allah. Tapi ada satu lagi pump yang saya minat cuma dia jual online je. Kalau boleh pump kalau harga ratus2 ni saya suka gi beli sendiri dekat kedai. So, lepas bersalin nantila fikir nak beli yang mana untuk long term. 

Dulu, fikir nak beli yang manual je sebagai permulaan. Takut beli elektrik tangan lasak ni tak tahu guna, cepat je rosaknya. Hehe... Tapi bila fikir balik, beli manual pun xpe, yang bateri pun xpe. Kalau dpt yg boleh guna manual & bateri sekali lagi  tak rugi pun sebab leh guna dua2. Lagipun untuk travel, ringan sikit nak bawak. Kalau pergi dengan baby, senang direct BF je dekat dia. Pump bawak yang ringan2 je, yang senang nak guna. So, pump permulaan ni nanti leh guna untuk bawak travel. Yang satu lagi tu untuk guna buat stock ebm dekat baby & bawak gi office.


Ok..setakat ni saya berkenan dengan single pump elektrik & manual jenis yang ini..

Pilihan Utama:

SNOW BEAR ELECTRIC BREAST PUMP.



FEATURES
**************
✔ AUTOMATIC SUCK-RELEASE-CYCLE sama macam hisapan bayi
✔ 3-LEVEL of sucking modes. Boleh adjust FREQUENCY berbeza utk keselesaan paling optimum.
✔ LET DOWN CEPAT - Less than a minute
✔ SUSU SENANG DAN CEPAT KELUAR
✔ Suction KUAT dan TAK SAKIT
✔ CEPAT mengosongkan Miss 'B'
✔ PORTABLE DAN MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA
✔ Boleh pakai 4xAA BATTERY juga
✔ Parts SIKIT dan SENANG PASANG
✔ TIADA masalah backflow. CLOSED SYSTEM.
✔ KECIL dan RINGAN
✔ Kualiti material yang SOLID dan DURABLE - Rasa memegangnya sangat BEST macam pam mahal.
✔ SILICONE MASSAGER yang LEMBUT dan rasa BETUL2 MENGURUT Miss 'B'

- harga promosi Below than RM 200. Pump ni tengah hangat sekarang. Selalu sold out. 

Pilihan Kedua

Medela Harmony manual breast pump


What’s Included :

1 x Harmony breast pump
1 x Personal fit breast shield (M 24mm)
2 x 5oz breast milk bottles
1 x Bottle stand
2 x Solid lids
1 x Travel cap
2 x Spare membranes

Harga untuk promosi saya jumpa less dari RM 200. 

Pilihan Ketiga:

Unimom mezzo manual breast pump. Yang nipun banyak jugak yang cakap ok.



FEATURES
**************
✔ LET DOWN CEPAT - Less than a minute
✔ SUSU SENANG DAN CEPAT KELUAR
✔ Suction KUAT dan TAK SAKIT
✔ CEPAT mengosongkan Miss 'B'
✔ PORTABLE DAN MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA
✔ Parts SIKIT dan SENANG PASANG
✔ SENANG GRIP - Tak mudah jatuh. Rasa SOLID bila pegang.
✔ KECIL dan RINGAN
✔ Kualiti material yang SOLID dan DURABLE - Rasa memegangnya sangat BEST macam pam mahal.
✔ SILICONE MASSAGER yang LEMBUT dan rasa BETUL2 MENGURUT Miss 'B'
✔ MADE IN KOREA
✔ BPA FREE DAN FDA APPROVED

Yang ni harga promosi dalam RM 100. 

Any idea? saya dah minat sangat dengan snow bear breast pump tu. haha..sebab nak beli untuk permulaan. Korang suggest lah breast pump yang untuk mula2 pakai ni yang best? harga bawah 200 ringgit. Lepas deliver baru nak beli pump lain yang better lagi.

Tuesday, December 3, 2013

Pregnancy Check Up - 7 bulan ( 28 minggu)


Alhamdulillah...

Dah genap 28 minggu ni dah hari ni. Bersyukur sebab masih diberi kesihatan yang baik. Pagi tadi, continue routine check up dekat Klinik Ajwa. Alhamdulillah..semua ok. Hb, urine, blood pressure semua normal. Beratpun ok. Just naik 1kg saja dalam sebulan ni. Boleh tak rasa suka hati berat naik 1 kg je? hehe..since masuk 5 bulan hari tu berat naik paling tinggipun 1.5kg sebulan. Okla kan, sbb saya memang before preggy dah overweight. Taknakla naik mendadak sangat. Sekarangpun dah rasa montel..kalau berat naik melampau-lampau takut nak berjalan pun rasa susah. berat. Huhu...result darah yang buat masa last check-up pun dah tahu. Semua normal. Alhamdulillah..Hari ni kena cucuk kancing gigi. Tak pulak rasa sakit. Ada yang cakap, lengan sampai seminggu kan kebas2 lepas kena cucuk kancing gigi? Tapi saya setakat tengahari ni tak ada lagi rasa sakit.  Mintak2 okla kan. Dah masuk 7 bulan ni, start kena check up 2 minggu sekali dah. Sayapun dah dapat surat refer ke hospital tempat saya pilih untuk bersalin dari doktor dekat sini. So, dah leh start booking untuk bersalin dah. Hope semuanya dipermudahkan. Lagi seminggu nak masuk third trimester ( 29 minggu). Ya Allah..semoga semuanya baik-baik, saya & baby sihat dan dipermudahkan segalanya.

Sunday, December 1, 2013

Veil Baru Untuk disewa dah siap!

Alhamdulillah...

Lega rasa bila dua2 veil ni dah siap dijahit. Tak sampai sebulan ambik masa nak siapkan kedua-duanya. memang berpeluh jugakla mak buyung ni. Mana nak siapkan veil, dengan kerja dekat office pun berlambak-lambak..sampai rumahpun dah dekat malam. Masak lepas tu  menjahit lagi. Weekend pun kekadang takde dekat rumah. banyak aktiviti, tapi usaha jugak siapkan veil ni sebab bila dah 3rd trimester nanti tak nak dah wat keja-keja ni. huhuhu.....rasa lenguh2 dah  badan yang makin mendebab ni.

Veil ni pun simple jugak. sbb utk sewa sy xnak buat yg terlalu heavy then senang nak matching dgn baju. so, pearl pun pilih warna putih & silver saja. nipun sbb pkir veil nikah yg sewa hari tu rmai yg minat sewa. so..yg nipun kna buat ala2 veil nikah saya tu jugak.

ok..untuk first veil ni warna dia putih susu/ pearl white/off white. Untuk veil ni untuk bulan december 2013 dah fully booked tau. Kalau nak sewa saya buka untuk bulan january 2014 ke atas.  Sorry yang ni tak sempat nak ambik gambar kalau pakai sebab terus bagi dekat penyewa. nanti saya upload gambar dia pakai veil ni k as testimoni.

KOD untuk Veil ni : VEIL 04







Veil kedua.

Yang ni baru je siap semalam. capai la target nak siapkan hujung bulan 11. yang ni memang available. warna putih. memang betul2 putih. 









Kod Untuk Veil Ini: VEIL 05

* Abaikan muka mak buyung yang makin kembang dan terus kembang dengan jayanya..hehe. oh ya! veil ni ada sikit2 lagi saya nak touch up.

Harga kedua2 veil masih sama macam harga veil yang baru buat sebelum ni. RM 40 sahaja. Sebarang pertanyaan boleh email saya di norfahimah87@yahoo.com. Kalau berminat boleh booking awal sebab ada veil yang dah di booked hingga bulan may tahun depan.

satu lagi, ramai yang email saya untuk buat tempahan veil. maaf sesangat sebab buat masa ni memang saya tak ambik sebarang tempahan veil. Saya just sewakan veil yang ada saja. Sebab atas faktor kekangan masa,commitment lain  saya belum ready nak ambik mana2 tempahan. Sorry k...


Untuk lihat koleksi veil yang lain  untuk disewa, boleh refer Link SINI .