Buat bakal-bakal mommy, Korang pernah tak rasa pedih ulu hati & senak time tengah preggy ni? symptom ni sebenarnya normal untuk preggy woman. Tapi kan..kalau kerapa jadi mesti rasa xselesa jugak kan? so..macam mana nak atasi? so..dekat sini saya share info tentang macam mana Gaviscon membantu wanita hamil di luar sana untuk atasi masalah pedih ulu hati & senak ketika kehamilan.
Kehamilan adalah salah satu pengalaman unik yang hanya
difahami oleh kaum hawa. Ketika ini, hubungan erat terjalin antara anak dan
ibu. Pada ketika ini jugalah ibu-ibu inginkan persekitaran yang terbaik untuk
kehamilan dan jauh dari kesulitan yang berkaitan dengan kesihatan. Hanya yang
terbaik dalam segala-galanya dalam menyambut kelahiran anak tercinta, itulah
hasrat semua ibu di dunia ini.
Namun demikian, tempoh kehamilan juga datang dengan
situasi yang kurang menyenangkan kepada ibu-ibu. Antaranya pengalaman yang
tidak dielakkan ole para ibu ialah pedih ulu hati dan senak. Maka, adalah
penting bagi ibu-ibu untuk mengetahui mengapa pengalaman tersebut berlaku dan
bagaimanakah untuk menghadapinya.
Salah satu punca mengapa wanita hamil lebih kerap
mengalami pedih ulu hati san senak ialah perubahan hormon dalam badan ketika
kehamilan. Hormon Progesterone yang mengendurkan otot-otot badan ketika
kehamilan menyenangkan asid perut mudah mengalir ke ruang esofogus kerana keberkesanan
otot injap perut juga dipengaruhi oleh Progesterone. Selain itu, janin yang
membesar dalam kandungan ibu setiap hari menyebabkan asid perut mudah mengalir
ke esofogus kerana tumbesaran janin memerlukan lebih banyak ruang setiap hari
dan mendekatkan asid perut kepada rongga esofogus. Dalam ini, jikalau ibu-ibu
tidak menjaga pemakanan dan aktiviti-aktiviti harian mereka ketika kehamilan,
pengalaman pedih ulu hati dan senak mungkin bertambah serius.
Pengalaman-pengalaman yang kurang menyenangkan ini bukan
tanpa penyelesaiannya. Beserta dengan post ini adalah infografik yang
disediakan oleh Gaviscon untuk
wanita-wanita hamil, dengan harapan dapat membantu mengurangkan pengalaman yang
kurang menyenangkan di antara wanita-wanita hamil
memang selalu sgt jadi ni..tmbh dh masuk 3rd trimester.mmg sakit wooo huhuu
ReplyDeleteDone follow sini.. Jemput singgah blog saya.. www.sayeshukepink.com
ReplyDeleteSemoga semua ok-ok je ye..
ReplyDeleteHope pedih ulu hati ni cepat recover lepas makan gaviscon ni.
Ha kalau pedih-pedih tu boleh jer ambil antacid. tp elakkan yg ade simethicone
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Redakan Pedih Ulu Hati Semasa Hamil
ReplyDelete