About Us

Wednesday, December 30, 2015

Throwback 2015



PERIBADI

Tak tahu nak nilai macam mana bab ni. Tapi Rasa tahun ni banyak benda yang buat saya lebih positive & lebih kuat berbanding sebelum ni. Permulaan tahun tak berapa baik sebab saya masih tak dapat betulkan balik azam baru saya untuk tahun ni. Banyak jugak yang tersasar dari landasan sepatutnya. Sampaila satu tahap saya rasa saya perlu “berkeras” dengan diri sendiri kalau tidak sampai bilapun saya tetap akan berada di tempat yang sama. 

Ada beberapa ujian kecil yang berlaku dalam tahun ni. Saya belajar untuk lebih bertenang, berfikir sedalamnya dalam buat keputusan & lebih bersabar. Belajar untuk lebih rasional dalam mengawal emosi. Even hakikatnya, saya jenis orang yang suka berterus terang, jenis yang akan mempertahankan diri kalau saya di pihak yang benar, tapi ada waktu2 tertentu saya terpaksa akur yang berdiam tu lebih baik.  Saya ambik pengajaran dari situ. Orang boleh cakap dan judge apa saja tentang kita walaupun hakikatnya banyak yang mereka menilai tanpa tahu realiti yang sebenar. Kalau perkara tu tak betul, akan timbul fitnah.

Anggaplah semuanya ujian dari Allah untuk buat kita lebih kuat. Mungkin ujian tu  juga balasan dari dosa2 yang pernah kita buat dulu.   Sebab kita pun xlekang dari dosa. Pernah buat salah. Mungkin ujian tu jugak sebagai peringatan dari Allah swt yang kita terlalu leka berbuat dosa tanpa kita sedar. Dan ujian tu akan buat kita berbalik kepada-Nya.



Saya belajar untuk lebih berhati-hati dalam apa jer benda saya buat. Baik dalam perbuatan ataupun pergaulan.  Ambik ikhtibar dari apa yang  berlaku. Hidup kita tak selamanya di atas dan selamanya manis. Kena beringat selalu.

 Berbuatlah baik walaupun dengan kebaikan yang kita buat tu kita akan kehilangan apa yang kita ada dan akan berdepan dengan fitnah dunia.



 Apa yang saya selalu ingatkan diri sekarang ni, Jaga hati,Jaga mulut,  jaga niat, jaga perlakuan  & selalulah beringat tentang kematian. Sebab hidup ni tak lama. Bila2 masa Allah akan panggil kita kembali pada-Nya. Nak jaga hati & mulut bukan mudah. Tapi itula yang paling banyak meletakkan kita dalam dosa.  Semoga dipanjangkan umur & diberi kesempatan untuk perbaiki diri & dapat mati dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Amin…


FAMILY

Alhamdulillah…masih bahagia bersama family kecil & family besar saya. Semoga Allah terus panjangkan tempoh pinjaman insan2 kesayangan ni di sekeliling saya ni. Tak ada perkara yang lebih indah & mahal dalam hidup ni melainkan kebahagian bersama keluarga tersayang. Ada beberapa ujian untuk keluarga besar kami tahun ni. Ujian tu jugak buat hubungan kami lebih kuat & akrab. Semoga tahun 2016 nanti semuanya baik2 untuk kami sekeluarga.

Masih bertiga pada tahun 2015 =).

Alhamdulillah….saya bahagia dengan keluarga kecil kami ni. Bahagia dikurniakan suami & anak yang baik yang menjadi pendamping & pelengkap hidup.  Doa saya setiap hari semoga Allah terus bagi kesempatan untuk saya terus merasai kebahagian bersama suami & anak. Diberi kesempatan untuk mendidik & melihat anak membesar dengan baik. Mudah-mudahan ada rezeki untuk kami tambah ahli keluarga lagi lepas ni. Saya tak nak berharap tinggi soal rezeki anak ni. Allah tahu waktu bila yang terbaik untuk dia bagi rezeki tu pada kami. Sebab ni di luar kuasa kita. Sebagai manusia kita mampu berdoa & usaha, selebihnya tawakal. Kalau belum ada rezeki, saya tetap bersyukur dengan nikmat & rezeki-rezeki lain yang Allah dah beri sekarang. Hargai apa yang kita miliki sekarang sebaiknya. 

KERJAYA

Masih bekerja di tempat yang sama. Pernah terniat nak cari kerja tempat lain, tapi batalkan hasrat tu lepas Allah makbulkan  hasrat hati & doa saya. Alhamdulillah….Dah nak masuk 5 tahun dah ( bulan 1 ni genap 5 tahun) saya kerja dekat sini. Banyak yang saya belajar & timba pengalaman dekat sini. Majikan yang baik &  Dikelilingi officemate yang baik2. Cuma cabaran kerja tu normal la. Saya anggap semua tu pengalaman berharga untuk saya.  In sha Allah akan try improve diri lagi lepas ni. Banyak lagi benda saya kena tahu dan belajar. Belum ada sebab saya nak keluar dari sini sebab semuanya masih ok. Baik dari gaji, environment dan lain2. Dah cukup untuk saya.  Tak semua tempat kerja tu  perfect kan?mesti ada jugak kekurangannya . Kalau tempat kerja tu dah buat kita selesa & happy, tupun dah cukup.

BUSINESS

By Adeenda dah genap setahun lebih tahun ni. Masih lagi beroperasi sampai sekarang. Macam tu jugak dengan bisnes sewaan veil. Masih lagi beroperasi. Dah masuk tahun yang ke-4 dah. Alhamdulillah…sambutan pun sangat baik. Sebab ni bisnes kecil-kecilan & part time,  saya buat setakat yang termampu. Pernah berangan nak kembangkan lagi buat bisnes lain tapi terpaksa hold sebab kekangan masa dan tak boleh nak terikat banyak commitment kerja dalam 1 masa. Sebab semua kena manage time dengan baik. Sama rata untuk kerja dan family. Untuk fizikal & rohani. Bab ni saya berterima kasih sangat dekat husband sebab banyak bagi support & tolong. Selagi ada keupayaan, masa dan rezeki In sha Allah akan terus berbisnes. 

WHISHLIST

Banyak hasrat yang dah tercapai tahun ni. Alhamdulillah…ada jugak yang kena carry forward ke tahun depan. Takpe, mana tahu next year ada rezeki untuk capai hasrat tu kan? In sha Allah.

Tahun ni kiteorang berjalan-jalan dalam negara saja. Sambut seruan kerajaan cuti2 Malaysia gitu. Jalan yang jauh sikit, langkawi, sabah & penang. Yang lain, setakat pergi dekat2 macam melaka & perak. Dekat saja. Hihi..Tapi every weekend jarang terperap dekat rumah. keluar jugak jalan dekat2.Lagipun beberapa bulan ni husband sangatlah busy dengan kerja. Jadual padat & kalau nak ambik cuti pun susah. Sebagai isteri, saya faham tanggungjawab & tugas dia.

Tak kisah pergi  mana-mana pun asalkan dapat spend time masa kualiti bersama kan. Even duduk dekat rumah pun, quality time tu yang penting.

Ada jugak barang2 yang saya berangan nak beli tahun ni berjaya di beli. Ada jugak yang saya batalkan hasrat hati untuk beli bila rasa benda tu tak penting,  sebab sekarang  banyak benda yang kena cut cost & berjimat. Untuk goal saving tahun ni pun, Alhamdulillah saya berjaya capai. Rasa happy sangat sebab berjaya disiplin & kawal nafsu berbelanja walaupun godaan dekat Instagram sangatlah banyakkk....hahaha. Rasa macam semua benda nak beli.

Banyakla planning kiteorang untuk family tahun depan. Banyak yang kena disiplin bab2 peruntukan masa dengan family, bab2 agama, dan lain2. In sha Allah nak try buat yang terbaik untuk keluarga next year sebab Fayyadh pun dah makin besar dan makin faham apa kita buat & cakap. 

Semoga tahun 2016 ni bawa lebih banyak kebaikan & perubahan positif buat kami sekeluarga. Semoga makin kuat berhadapan dengan apa-apa  ujian. In sha Allah.. 

Sunday, December 27, 2015

Teknik berbelanja Dan menyimpan Cara Saya

Lagi beberapa hari je nak masuk tahun 2016. Sebabkan ada yang mintak saya share cara saya berbelanja & menyimpan, saya share sikit dekat sini. Sebenarnya, saya pernah share sikit2 dekat blog ni dulu. Boleh cari dekat label "kewangan" @ financial.

Selalu saya amalkan teknik dekat bawah ni setiap kali dapat gaji:

1. SAVING SEBAGAI COMMITMENT


Jadikan "saving" setiap bulan sebagai commitment bulanan. Anggap saja saving yang kita buat setiap kali dapat gaji adalah "commitment" sama macam duit yang kita spend setiap bulan untuk bayar hutang bank dan bil2 bulanan. Bila kita dah anggap tu commitment kita takkan culas nak bayar. Nak tak nak setiap bulan wajib "bayar" untuk saving. Masukkan saving tetap setiap bulan ni dalam list monthly commitment kita. Dapat gaji, "bayar" untuk saving, hutang2 & balance yang tinggal untuk berbelanja.




2. BAHAGIKAN JENIS-JENIS SAVING

Bahagikan jenis saving yang kita buat setiap bulan. sebab tak semua saving yang kita buat untuk "long term saving". Ada jugak yang berbentuk "short term". Buat pecahan saving ikut jumlah peruntukan.

Macam saya, saving for long term saya akan simpan dalam simpanan yang berbentuk pelaburan contohnya asb & tabung haji (Saving sendiri bukan asb loan). Saving untuk long term ni macam untuk retirement, property, haji & umrah & dana kecemasan masa depan yang kita tak tahu apa akan jadi & jugak saving untuk masa depan anak.(akaun khas untuk anak).

Untuk short term terpulang pada masing2 nak simpan macam mana. Dalam bentuk tabung atau dalam bank. Simpanan short term ni untuk:

- maintainance & insurance kereta dalam setahun
-kalau ada rumah, duit cukai2 tahunan yg perlu byr
- emergency (barang @ kereta rosak dll..)
- balik kampung
- vacation
- shopping
- whishlist

Setiap bulan buat je simpanan untuk benda2 short term ni. Bila dah buat saving setiap bulan, senang nanti bila nak guna duit tak perlu nak tunggu gaji masuk. Bila gaji masuk pun sebab kita tak plan dari awal takut tetiba tak cukup duit. Sebab tu better buat saving dari time awal2 dapat gaji. Selain senang nak berbelanja kita pun takkan terguna duit saving sesuka hati. Kita tahu saving tu untuk apa & bila masa patut kita gunakan. Dah divide siap2 kan. Kalau buat simpanan untuk saving short term dalam bank, sila gunakan bank lain selain bank gaji.

3. BUAT SAVING "Tak sengaja"

Selain kaedah saving dekat atas, boleh try praktik jugak saving secara tak sengaja ni. Yang ni praktikkan cara menabung yang pakai tabung tu. Simpan syiling or duit kertas ikut kemampuan kita setiap hari. Macam saya tak banyak yang saya spend untuk tabung ni. Lebihan syiling dengan wang kertas RM 1 atau RM 5. Walaupun sikit2, lama2 jadi banyak.



4. ASINGKAN DUIT BELANJA SIAP2

Selalu setiap bulan, untuk benda2 bukan bil ni kita dah tahu kita akan spend berapa banyak setiap bulan kan tolak bab makan. Macam saya, saya akan keluarkan& asingkan duit petrol, toll & parking kereta dekat office masuk dalam dompet khas untuk benda ni. So, bila dah asingkan siap2 masuk dompet lain (klu tol top up touch n go siap2 untuk sebulan), jadi senang nak berbelanja. Duit yang tinggal dalam Bank gaji hanya untuk makan & keperluan harian. Selalu kalau ada balance duit petrol & parking ni saya masukkan dalam tabung saving.

5. DUIT "EXTRA" JANGAN SEMUA DIBELANJAKAN

Macam saya, kalau dekat office memang ada dapat duit claim setiap bulan untuk parking, milleage keluar gi meeting semua. Tapi setiap kali dapat duit claim, saya akan masukkan dalam "short term saving". Saya takkan tunaikan cek & gi shopping macam tu jer. Apa2 masuk dalam saving short term dulu. Sebab saving short term ni ada yang ada target & dateline masing2 bila patut saving tu cukup.

Macam tu jugak duit hasil business. 50% untuk digunakan. 50 % lagi masuk saving long term. Saya tak gunakan duit business sebagai bayaran untuk commitment bulanan saya setiap bulan. Sebab ni business part time saja.  Hasil kewangan utama tetap dari kerja full time saya. So, biarlah commitment bulanan saya dari situ saja & hasil business kecil-kecilan tu untuk saving & untuk banda2 "reward diri sendiri"  macam nak beli apa yang teringin nak beli atau pun masuk dalam tabung travel.

Bila dapat kenaikan gaji & bonus pun sama. Buat percentage berapa yang nak dibelanjakan & berapa banyak yang akan masuk saving. Jangan semua kita gunakan untuk belanja. Kalau duit sebelum increment dah cukup untuk tampung hidup, so increment tu masuk jela dalam saving "tabung settle hutang".  Bonus yang dapat pun boleh masuk dalam tabung ni sikit.  Tabung ni sebagai alternatif untuk kita settlekan hutang sedia ada macam hutang kereta, rumah & ptptn lebih cepat. (Pendekkan tempoh hutang).

6. BERBELANJA DENGAN BERHEMAH & IKUT KEMAMPUAN

Kalau perempuan ni banyka kalah dengan nafsu shopping, tergugat iman dengan title "sales". Sayapun sama tapi masih boleh control. Setiap kali nak beli apa2 kena kaji balik benda tu perlu ke tak. If banyak lagi baju2 yang boleh pakai dan masih elok boleh pakai dalam almari, had kan pembelian. Sebab taknak jadi kes sibuk nak beli baju baru tapi baju yang adapun ada yang baru sekali dua pakai. Apa2 ikut kemampuan. Tak salah membeli apa kita nak asalkan tidak berlebihan & sampai jadi membazir.




Ni teknik yang saya praktik selama 3 tahun lebih dan sangat berkesan untuk saya. Untuk korang yang baru nak try bab2 saving ni korang boleh pilih cara mana yang paling mudah bagi korang. Sebab bab saving ni ada macam2 teknik. Kita boleh ubah suai sikit & follow yang mana menyenangkan kita.

Apapun, kunci dalam menyimpan ni adalah disiplin, amanah & jujur dengan diri sendiri. Bila ada disiplin, kita akan disiplin menyimpan setiap bulan. Amanah akan buat kita bertanggungjawab dengan apa yang kita belanjakan & simpan. Kita takkan sesuka hati usik saving yang kita peruntukkan untuk satu2 benda. Jujur dengan diri sendiri & try berbelanja dengan berhemah dan jangan membazir.

Dalam sibuk menyimpan untuk harta dunia jangan lupakan simpanan untuk harta akhirat kita di sana juga ok. Sebab tu salah satu cara nak bersihkan harta dunia, murah & berkatkan rezeki kita, bantu orang yang memerlukan & bantu kita di alam sana nanti.

Semoga Tahun 2016 bawa lebih banyak kebaikan untuk kita semua. Amin..

Monday, December 21, 2015

Berbelanja: Antara Saving Dan Reward Diri Sendiri



Rasa tahun 2016 ni topik paling hangat dekat media social atau dekat mana2 adalah tentang taraf hidup yang makin tinggi & cara berbelanja. Dari kes pelaksanaan Gst, kenaikan harga barang, petrol, tol & public transport memang isu besar la untuk kita rakyat Malaysia. Tambah2 yang golongan berpendapatan sederhana & rendah ni. Memang terasa la…hari2 duit keluar macam air kan. Huhu..

Financial planning sangat2 la penting. Saya takdela pandai bab financial ni. Awal2 kerja dulu pun terjebak dengan sikap boros jugak. Yelah..baru belajar pegang duit sendiri, dapat je sibuk nak beli itu ini. Menyimpan pun kejap2 korek balik tabung. Hahaha…Ilmu tentang cara berbelanja dengan menyimpan sangatlah sikit. Sampaila lepas decide nak bertunang & kahwin barula sibuk fikir macam mana nak kumpul duit nak kawen. Baru tahu nak berjimat & belanja dengan berhemah. Memang disiplin sangat2 time tu sebab bergantung sepenuhnya pada duit gaji. Mana yang tak penting semua saya cut cost. Huhu…..apapun tetap bersyukur sebab akhirnya dapat jugak kahwin dengan duit hasil simpanan sendiri tanpa perlu berhutang. Alhamdulillah…

Lepas kahwin saya mula beli buku2 pasal financial. Banyak bincang dengan husband pasal family financial planning & so on. Sikit2 demi sikit saya improve cara saya berbelanja & buat saving. Mula2 rasa macam susah jugakla tapi saya decide untuk ikut cara saya sendiri. Cara paling selesa & ikut kemampuan saya. Bila selalu buat dengan disiplin, Alhamdulillah sampai sekarang saya masih lagi praktikkan cara yang sama. Rasa hidup lebih teratur bila ada financial planning ni. Memang it Woks for me la.  

Sebenarnya, tak kisahpun kita nak saving ikut kaedah mana, yang penting disiplin. If semangat nak menyimpan je ada, tapi disiplin takde memang hancur la…..tak kisah pun berapa banyak  kita boleh simpan dalam sebulan asalkan kita disipilin. If takde disiplin, simpan berapa banyak amount pun last kita akan korek balik jugak saving tu bila nafsu berbelanja tu datang kan? Apa2 ikut kemampuan sendiri dalam berbelanja & menyimpan. Sebab masing2 pendapatan, commitment & cara hidup tak sama kan. Tak boleh nak samakan kemampuan kita dengan orang lain.

Saya tahu zaman sekarang semua tekankan tentang saving, saving, saving. Betul. Saving tu penting.  Tapi dalam masa sama tak salah pun kalau kita nak reward diri sendiri lepas penat berhempas pulas bekerja. Bekerja untuk tampung hidup dan dalam masa sama kita tetap nak jugak rasa “senang” even dalam ruang yang agak “terhad”.  Teringin nak beli itu ini kan. Kadang2 Bila kita hidup terlalu sayangkan duit, whatever semua nak cut cost, sibuk kumpul harta dunia,  terlalu berkira dengan diri sendiri & family akan buat kita jadi “kedekut”. Beza tau antara “saving” dengan “kedekut”. Camne ye nak describe bagi orang faham? Ke korang faham maksud saya. Hihihi…memang kita patut tekankan hidup “berjimat” dalam hidup. Tapi kalau extreme sangat berjimat, perkataan ‘berjimat” tu akan tukar kepada “kedekut”dan “berkira”.  Kita rasa berkira nak keluar duit apa2 untuk berbelanja sedangkan kita sebenarnya dah dalam range lebih dari mampu untuk beli benda tu.  Kalau tak mampu tu lain kira. Sayang rasanya kalau kita tak nikmati apa kita ada, dan merasa nikmat hidup. Untuk “menikmati” banyak yang tak perlukan kos besar pun. Tapi bukanla sampai “0” kos. Hihi..Macam mak saya cakap, Kumpul banyak harta dunia pun kita tak tahu hidup kita lama mana. Takut kita just kumpul jer tapi tak sempat nak merasa. Cukuplah kalau kita kumpul harta cukup untuk diri kita & family. Cukup untuk “senang & selesakan”  kehidupan kita. Tapi dalam masa sama kita masih dapat nikmati keselesaan hidup masa sekarang dengan orang yang kita sayang. Sebolehnya taknakla jadi hamba duit. Kerja siang malam banting tulang tapi takde apa yang kita bagi untuk diri sendiri. Hanya penat semata. Kebahagiaan hidup tak semua datang dari duit & kelansungan hidup memang perlukan duit. 2 benda berbeza tapi tetap perlu di ambil berat.



Kalau kita teringin nak beli apa-apa tak salah pun nak beli sebagai reward pada diri sendiri. Manusia ni ada keinginan & kehendak. Benda tu memang  normal. Cuma, kalau benda kita teringin nak beli  tu harga mahal, kenala simpan sikit demi sikit untuk beli kan. Yang salahnya kalau kita berbelanja nak beli apa kita nak ikut nafsu & berlebihan Lepas tu berhutang sampai kita sendiri yang susah & tak mampu nak bayar. Last, semua benda jadi tak cukup dan kewangan asyik sesak je sebelum hujung bulan. Itu yang salah sebenarnya. Sebab berbelanja di luar kemampuan.

Saya memang bab reward diri sendiri tak pernah berkira baik untuk shopping, makan ataupun travel tapi tetap kena dalam range budget la. Memang gila la kalau main beli tak ikut budget. Mau menangis tengok duit yang tetiba kering kontang macam tu jer…huhu..

Samala husband pun. Dia selalu cakap…”dah penat kerja, kenala reward diri sendiri dengan buat atau beli apa kita suka”. Sayangla kalau kita yang  kerja penat2 tapi takde apa pun kita bagi pada diri kita untuk merasa. Semuanya untuk benda lain….paling sadis kalau kita sendiri tak tahu mana pergi semua duit tu. Sobs..

Tapi, kiteorang pun bukanla senang mana. If nak beli apa2, nak pergi travel ke apa tetap jugak kena menyimpan. Simpanan untuk “suka ria”.Untuk travel or beli apa yang diidamkan. Takde maknanya la nak beli apa main beli jer….sebab belum cukup kaya nak buat macam tu. Saya nak bebrbelanja pun tengok2 jugak. If quality sama tapi ada tempat yang dapat lagi murah, saya akan pilih beli dekat tempat murah. Sama jugak dengan beli time sales. Untuk travel,  If budget belum cukup, lepas tu susah nak cuti, tapi teringin nak berjalan, kiteorang jalan dekat2 jer macam pergi taman tasik ke, pergi taman botani kayuh basikal sama2, or apa2 aktiviti yang tak perlukan duit sangat janji  quality time dengan family tu ada. Lepas tu dapat release tension lepas mengadap kerja sepanjang weekdays.  Tak semua perkara nak reward diri sendiri perlukan duit yang banyak. Kita still boleh berseronok dengan budget yang limited. Hihi..

Apapun bila dapat gaji, simpanan tu wajib didahulukan. Hadiah dekat diri untuk masa2 tua & susah kelak. Kita tak tahu hari depan macam mana kan. Apa ujian yang akan datang. Entah kot tetiba hilang kerja ke apa. Sebab tu saving tu wajib.  Lepas tu barula settlekan semua komitment bulanan.  Bayar itu ni. Yang lebih baru guna untuk beli benda yang teringin nak beli, nak makanla or apa2 yang teringin tu.



Saya memang setiap bulan ada peruntukkan sedikit duit untuk shopping. Tapi sayapun bukanla jenis yang shopping setiap bulan. Kadang 3 bulan sekali baru nak shopping benda2 “kehendak” ni. So kalau bulan tu saya tak guna untuk shopping, saya simpan jela duit tu. Sebab kalau tetiba nanti nak beli apa2, senang saya beli jer . Untuk travel pun sama, saya dengan husband memang ada tabung travel sendiri. Bila mood bercuti dah “on”, tabung pun dah cukup untuk bercuti, boleh ambik leave,  terus pergi jer tanpa fikir soal gaji dah masuk ke belum. Sebab sebolehnya taknak reward apa2 untuk diri sendiri bergantung pada bila duit gaji masuk. Kiteorang dah biasa setiap bulan ada jer saving sikit2 untuk benda2 “reward diri sendiri” ni . Tak kisah nak guna ke tak duit untuk “reward diri sendiri” tu bulantu, simpan je. Samala dengan duit emergency dan lain2. Simpan jer tiap kali dapat gaji even bulan tu guna ke tak duit.  Rasa cara ni menyenangkan kiteorang dalam berbelanja.

Tak tahu macam mana cabaran untuk Tahun 2016 kelak. Rasa mungkin lebih mencabar kalau keadaan ekonomi masih tak berapa nak stabil. Hope tahun 2016 ni ekonomi negara kita lebih baik. In sha Allah..

Banyak jugak la financial planning kiteorang untuk next year sebab banyak benda nak kena buat & settle kan. Banyak nak guna duit baik untuk Bneda2 "keperluan ataupun kehendak".  Tapi semestinya apa2 pun keperluan tu dah jadi keutamaaan dulu. Lepas tu baru kehendak. In sha Allah mintak2 dapat lalui dengan baik & dapat tingkatkan lagi saving. Sebab as manusia, kita just mampu merancang je, selebihnya tawakal pada Allah. Sebab hanya Allah sebaik-baik perancang. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Amin…


p/S: Dah mula prepare financial planning book untuk next year. Hope semuanya dipermudahkan..
  


Friday, December 18, 2015

Tips Ke sabah



Planning

Ni benda paling penting! Kena ada planning. Kalau bukan jenis biasa dengan kawasan dekat sana. Kena study  sikit la. Lagi baik kalau korang buat siap2 buku notes unuk percutian dekat sana supaya semua benda jadi smooth je. Write down siap2 list tempat korang nak pergi, tempat makan yang best dengan hotel & transport korang sepanjang dekat sana. Kalau pergi time public holiday or school holiday pastikan booking awal.

Hotel

Sini banyak hotel. Tak perlu risau. Dari yang bajet rendah sampai bajet tinggi semua ada. Tapi nak booking hotel selain dari survey dekat agoda, Booking.com or website lain, try jugak call or tengok website hotel. Untuk hotel bajet, kadang2 rate dekat hotel lagi murah. Dekat sana, semua hotel yang kiteorang stay booking melalui hotel kecuali hotel Tang Dynasti Park je melalui Booking.com. 
Lepas tu, sila google map hotel yang korang pilih nak stay tu. Tengok dekat kawasan mana. Apa tempat yang dekat around hotel tu. Ada parking ke tak. Dekat sini orang cakap malam2 pun polis saman kalau main parking jer merata. So, sila berhati2. Belilah kupon parking kereta kalau perlu. Macam kiteorang hari tu sewa kereta, tuan kereta sewa tu dah bagi 1 kad parking dekat kiteorang. Hihi..senang. Rasa korang boleh request la dekat tuan sewa kereta tu untuk tolong  belikan kupon parking kereta dekat korang. Kalau sewa kereta, better cari hotel yang provide free parking la dari yang parking awam. Macam kiteorang malam first tak sewa kereta so tak kisah. Masa balik dari kundasang, memang cari hotel yang bagi free parking (multiple car park). Senang.
Kena tau jugak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi sekitar hotel. Lagi baik yang setakat walking distance jer. Senang nak gerak. Macam kiteorang first day, nak pergi pulau2. So carila hotel yang boleh jalan kaki je gi jesselton jetty tu.  Yang less dari 10 minit walking distance.

Jarak hotel kiteorang dengan terminal ferry jesselton jetty. 10 minit je jalan kaki.


Mount kinabalu hotel ni memang atas bukit. Tapi jarak dengan pekan kundasang tak jauh. Kalau drive dalam 5 minit je. Turun bukit memang terus masuk pekan kundasang. ( kawasan KFC)


Tang Dynasty Park Hotel ni dekat dengan muzium sabah. Dalam 5-7 minit je drive.



Activity

Kalau pergi sabah memang korang akan dapat pakej 3 in 1 sekali harung. Hihi..maksudnya, dapat  tengok laut, gunung & tempat menarik yang lain termasuklah makanan best & shopping! . Untuk itinerary ke sabah, boleh refer entri saya sebelum ni. Mostly dekat sabah ni banyak tempat boleh melawat. 4 hari 3 malam pun tak cukup nak melawat semua tempat. Huhu..


Kalau pergi ke taman laut tun abdul rahman, pulau sapi, pulau manukan & pulau mamutik tu, please bawak makanan sendiri. Boleh tapau dekat Jesselton jetty je. Sana banyak kedai makan & kedai jual air. Sebab harga makanan dekat pulau2 tu sangatla mahal.

Kalau korang tidur dekat kundasang, bawakla sweater dengan stokin kalau badan jenis tak tahan sejuk sebab dekat sana malam sangat sejuk. Tambah2 kalau time hujan.Bawak la losyen panas ke apa. In case kalau tak tahan sejukla.  Lepas tu kalau nak tengok view gunung kinabalu di waktu pagi around pukul 6.15 pagi – 8 pagi k. Ni waktu paling cantikla.

Kebanyakan tempat2 nak melawat dekat sabah ni semuanya berbayar. So, better korang buat bajet list siap2 harga tiket yang nak kena bayar untuk setiap tempat tu. Untuk baby free je. Untuk harga tiket semua boleh refer entri saya sebelum ni.


Study Map


Orang cakap zaman sekarang dah ada waze, gps semua buat apa nak study map lagi? Hmm… ni penting tau korang. Study map bukan semata-mata nak tahu arah ke tempat kita nak pergi tapi mudahkan kita nak susun jadual activity dekat sana. So, takdela kita bazir masa macam tu jer dengan aktiviti banyak tergendala.

Saya siap print map lagi lepas tu bulatkan mana kawasan yang nak pergi. Bila dah ada map, senang nak plan & budget masa. Mana kawasan yang dekat2 boleh pergi sekali harung jer..hihi



Makanan


Saya bawak je minuman 3 in 1, biskut & roti dari semenanjung masa fly ke KK. Sebab before tu ada google2 orang cakap dekat KK susah nak jumpa roti. Even dekat 7e pun susah jumpa. Hihi..Sebab bawak baby, so bawak je roti & biskut siap2 dalam beg senang bila lapar time travel lebih2 lagi masa dekat Kundasang & Ranau.

Tapi kalau korang malas nak bawak, boleh je beli dekat Giant Kota Kinabalu. Sana ada roti. 
Dekat KK tak perlu risau sebab kedai makanan halal banyak. Banyak choice. Harga makanan kalau seafood memang murah. Boleh makan seafood puas2 dekat sini. Hot spot untuk makan seafodd dekat sini, dekat area anjung senja, pasar philiphine ( tapi kena hati2 sikit pilih makanan. Better pilih makanan yang fresh & suruh diorang masak la..), dekat waterfront. Yang waterfront ni sebelah pasar besar dekat KK. Situ diorg bukak gerai2 khemah je malam2. Ramai jugak yabg cakap sini sedap dan murah.  Semua ni dekat tepi laut. Hihi.. Makanan lain yang bukan seafood  bagi saya agak mahal la. Tapi still boleh diterima.

3 Tempat yang jadi tumpuan untuk makan seafood waktu malam. dekat2 je tempat dia. semua tepi laut. Harga pun murah. 


Kalau pergi pasar philiphines jangan lupa makan chicken wings dia. Sedap. Hihi..

Yang agak susah masa dekat Ranau & kundasang. Masa kiteorang ke poring hot spring, memang ada deret kedai makanan depan tu. Tapi ada yang halal ada yang tak.  Ada satu kedai tu memang pemilik dia orang islam. Makanan memang halal. Tapi harga memang mahal la maybe sebab dekat ranau ( area hot spring ) tu susah nak dapat makanan basah. Nasi goreng ayam dia just letak ayam masin je ketul2 kecik je. ( ayam yang diorang keringkan buat macam ikan masin). Huhu…telur mata pun sebiji RM 2.50 ke RM 3 tau! Kalau dekat spa ikan tagal banyak sikitla jual makanan ringan. Harga buah potong jual dekat situ pun consider murah lagi.

Dekat pekan ranau ada restoran makanan islam. Bolehla korang makan dekat sana kalau ke Ranau-kundasang. Jarak dari pekan kundasang lebih kurang 20 minit macam tu. Pekan kundasang ada satu dua je kedai makan. Tapi kedai makanan islam ke tak saya tak pasti sebab kiteorang memang tak makan dekat situ. Dekat kundasang ada KFC so kiteorang makan KFC jer. Kenyang. HIhi…Breakfast boleh ambik dekat hotel or korang breakfast je dekat cafe Desa cattle Farm. Sini takde jual nasi2 tapi adala menu2 macam roti sosej & sandwich untuk breakfast. Boleh breakfast sambil mengadap gunung kinabalu di pagi hari. Memang cantik view dari depan café ni.

Cafe dekat desa cattle Farm




Setakat ni, ini jer tips yang ada. In sha Allah saya akan update lagi dekat sini kalau2 ada lagi tambahan tips yang boleh saya kongsi untuk korang yang plan nak bercuti ke sabah. Semoga bermanfaat. 

+ Boleh klik tag "sabah" pada entri bawah ni untuk semua update pasal percutian kami di sana atau baca dekat link bawah ni

Itinerary Sabah- Day 1
Itinerary Sabah- Day 2
Itinerary Day 3- Part 1
Itinerary Day 3- Part 2
Itinerary Day 4
Review Hotel Mount Kinabalu 
Tips Ke sabah 
Planning & Bajet ke sabah

Monday, December 7, 2015

Bercuti ke Sabah 2015: Review Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah



Sebenarnya, ada cerita kenapa saya beria sangat nak stay dekat hotel ni. Hihi..Saya teringin datang sini lepas tengok drama “dejavu di kinabalu”. Yang Aqasha, Tiz zaqiah dengan Nazim Othman berlakon tu. Mula2 tengok dah jatuh cinta dengan kundasang sebab view kundasang dalam drama tu sungguh ohsem. Dapat pulak tengok diaorang panjat gunung kinabalu. Cantiknya. Time tu berangan jugak nak panjat gunung kinabalu ni tapi sekarang ni bye2 la... Haha..stamina tak cukup kuat nak panjat naik. Masa tu dah berangan kalau datang kundasang nak stay dekat chalet yang Tiz dgn Aqasha stay dalam hotel ni. Sebab tengok dalam drama banyak scene tempat cantik2 dekat hotel ni  ( dulu nama hotel ni Hotel Perkasa).


Alhamdulillah..bila sampai rezeki nak ke sana, (Hasrat tertangguh bertahun-tahun) memang terus google balik hotel ni. Alhamdulillah…masih lagi beroperasi dekat Kundasang Cuma dah tukar nama jadi Mount Kinabalu Heritage Resort & spa. Kalau tengok rating dekat agoda or booking.com, rate dia sederhana. Tapi, sebab saya nak sangat stay hotel ni tawakal je la masa booking. 

Resort ni ada dua bahagian. Satu bahagian hotel. Satu bahagian chalet. Yang bahagian chalet atas bukit sikit kena naik jambatan gantung nak ke sana. 


Jambatan Gantung untuk ke chalet

Orang cakap Bilik hotel yang best untuk view adalah chalet no.  11,12.13& 14. Tapi paling best view chalet no. 13 sebab duduk depan pintu bilik je dah dapat tengok gunung kinabalu yang cantik tu. Tapi masa saya datang chalet No. 13 tengah renovate. So, saya ambik chalet No. 14. sebelah dia je..hihi. 

Harga kalau dekat agoda masa kiteorang nak datang tu dekat RM 300 semalam. Tapi sebab kiteorang guna husband punya GLC rate, dapatla RM 199/ night untuk chalet.


Ni bilik kiteorang. Sampai time lepas hujan. Hihi....berkabus kan nampak dekat luar tingkap tu.  Kalau pilih stay dekat chalet ni lepas tu nak pulak ambik chalet yg view pling cantil tengok gunung kinabalu, kena kesabaran tau. Sebab korang kena gigih panjat tangga untuk naik ke chalet. Sebab chalet yang clear view nk tengok gunung kinabalu, paling tinggi kot. Hahaha...gigih kiteorang panjat tau. 

Saya xde ambik sangat gambar dalam bilik. So, meh pinjam gambar agoda. 



Ni bilik untuk chalet. So far, bagi saya bilik dia ok jer. Masih lagi design lama la. Sebab toilet dia masih tiles biasa. Air sejuk ya amat. Hahaha...sebab sini sejuk kan. Mujurla water heater dia function. Air cond memang takde sebab sini tak payah pakai air cond dah memang sedia sejuk. Malam2 boleh tidur berlapis siap pakej pakai stokin tambah2 kalau kena time hujan. Tengok pada ketahanan badan masing2 la pada sejuk. Hihi...

Lepas tu takde almari nak sangkut baju. Ada bagi tempat sangkut baju dekat dinding jer. Tapi masa kiteorang datang bilik bersih. katil pun ok. Sedap jer tido. Bagi kiteorang ok jer bilik dia sebab paling penting view dekat luar cantik! Lepak2 depan bilik tengok pemandangan indah memang best sangat. Tapi tak tahula kalau sekarang ni dia dah upgrade bilik sebab masa kiteorang datang bilik sebelah tengah renovate. maybe tengah kasi cantik kot. Hihi...

Benda paling best dekat sini yang buat saya tak menyesal sikitpun pilih resort ni sebab landskap dia cantik sangat! lepas tu view dari depan bilik masha Allah cantik. Boleh tengok gunung kinabalu tanpa ada halangan apa2 bangunan or rumah orang dekat depan. Sebab hotel ni kedudukan dia tinggi dari hotel lain area situ. Puas hati nak tengok bukit bukau & gunung. Takde apa yang halang. Haha..

Jom  layan gambar2 kiteorang dekat sini. 









Chalet kiteorang atas sini tapi hujung kanan sekali. No. 14 . Hihi..










Rindu nak lepak dekat sini sambil mengadap  gunung kinabalu. Sangat clear tanpa nampak atap2 rumah orang. Hihi...




Jalan nak ke chalet kiteorang yang hujung sekali. Kalau malam2, sini ada lampu jalan. Jangan risau. Memang aman & tenang je dekat sini.














Sini la tempat banyak scene dalam drama dejavu di kinabalu. Dekat sini cantik gila view kalau tengok gunung kinabalu  pagi2. Kira tengok sun rise la. Pastikan tengok around pukul 6 pagi hingga pukul 8 pagi ok.





Pemandangan bukit bukau yang sangat indah dari atas ni. Even time ni dah tengahari tapi udara still rasa sejuk.







Dalam gambar ada yang tak berapa clear sebab ada yang di ambik lepas hujan. Hihi..Tapi pemandangan bukit2 dari sini memang cantik. Untuk yang sukakan ketenangan. Suka  Style chalet atas bukit  (macam dal hutan) bolehla datang sini.

Ni details hotel ni

MOUNT KINABALU HERITAGE RESORT & SPA


Friday, December 4, 2015

Bercuti Ke sabah 2015 (K. Kinabalu)- itinerary day 4


Hari ke-4, hari last kiteorang dekat sabah. Hari ni memang jalan2 sekitar kota kinabalu je. Pagi2 kiteorang breakfast dekat hotel. Lepas tu terus keluar ke Muzium sabah. Sebab Hotel kiteorang dekat dengan Muzium sabah, so decide datang sini dulu.

Muzeum sabah ( perkampungan Budaya)



Bayaran Masuk: RM 2
Operation Hour: 9 pagi- 5 petang

Dekat muzium sabah ni ada dua section. Satu bahagian indoor, satu lagi bahagian outdoor. Muzium sabah ni besar ok. Ada macam2 dalam ni baik bahagian indoor or outdoor. Memang perlu stamina yang tinggi nak jalan2 dalam ni. Haha…bukan macam kebanyakan muzium yang just ada ruang pameran dekat dalam bangunan je. Sini macam taman botanik. Ada trek untuk jalan2 kawasan hutan simpan dia.  Macam2 jenis pokok ada. Lepas tu ruang pameran banyak. Boleh tengok keretapi lama, tengok kereta antik, tengok pameran barang2 RTM yang dulu2, tengok rumah2 budaya masyarakat sabah, berjalan dekat Taman batuan dan macam2 lagi. Kalau tengok peta bawah ni pun korang boleh Nampak muzium ni memang macam2 ada. Hihi….







seyes, kiteorang tak sempat nak melawat semua kawasan sebab bajet masa. Tapi puas hati la dapat datang sini sebab boleh tengok macam2. Best.  Kalau dekat bahagian ruang pameran dalam bangunan tak boleh ambik gambar tau. Yang boleh ambik, bahagian outdoor je.

Siap ada jambatan gantung lagi dalam ni..















Ada banyak rumah tradisi masyarakat sabah dalam ni. Best! sebab boleh masuk tengok sendiri rumah tradisional diorang. 




Ada ruang pameran kereta antik. Ada juga ruang pameran keretapi lama tapi masa kiteorang datang, tengah renovate so tak boleh masuk. 

Pasar kraftangan & pasar Ikan masin (shopping time!)

Lepas Check out dari hotel, kiteorang terus ke sini. Mostly siapa yang datang KK ni tempat wajib pergi la. Sebab lokasi tiga2 tempat ni dekat2 je. Tapi pasar kraftangan & pasar ikan masin dari pagi lagi dah bukak. Kalau pasar philiphines pukul 4 petang baru bukak sebab sini meriah dengan makanan bila malam.




Kiteorang beli ikan kering dekat pasar ikan masin. Harga dia memang murah. Ikan bilis pun ada jual. Sedap ikan bilis sabah ni lepas tu warna putih dengan saiz besar. Segala jenis makanan kering termasuk keropok & kerepek banyak jual dekat sini. Memang rambang mata. Tak tau nak pilih mana satu. Haha..tapi ikan kering sabah, yang jenis nipis2 tu ( tak tau nama apa) memang sedap. Bawak balik dekat family dekat kampung mak yah saya suka. Sebab rasa sedap & tak masin sangat.
Dekat pasar kraftangan ada macam2 jenis hiasan, souvenir,  brooch, pearl ada jual. Tapi bagi saya harga mahal sikit compare dengan pasar malam kampung air. Tapi sebab saya dah terbekenan satu brooch tu saya beli la jugak.  Yang lain, just cuci mata jer. Sebab barang2 lain semua kiteorang dah beli dekat pasar malam kampung air.




Menara Jam atkinson & Kinabalu observation point, waterfall & bulatan todak

Sementara tunggu pasar philiphines bukak pukul 4 petang kiteorang pergi jalan2 pusing2 bandar kota kinabalu. Sempatla singgah Menara jam atkinsons sebab kebetulan dekat dengan jalan nak naik ke kinabalu observation point ( lokasi ni atas bukit). Dekat sini boleh nampakla pemandangan kota kinabalu dari atas bukit.







Lepas tu kiteorang lepak kejap ambik angin laut dekat  waterfall dan depan dataran todak.   







bulatan todak dekat belakang tu


Makan Seafood di pasar philiphine

Before gerak ke airport, kiteorang singgah dulu dekat pasar philiphine ni. Dekat sini, saya ada beli rumpai laut kering. Harga murah je. Ada yang jenis putih & purple. Saya beli yang putih. Nak buat makan dengan spau dekat kulit kekononnya. Harga ½ kilo RM 10 je. Murah..orang banyak pakai rumpai laut untuk produk kollagen kan. Baik untuk badan & kulit. Lepas tu try makan jelly kelapa dekat sini. Sedap! Jelly kelapa ni pun antara makanan yang femes la dekat KK.




Kiteorang decide makan dekat sini. Dekat sini, ada gerai yang jual makanan yang dah siap masak. Kira bila kita nak makan diorang akan panaskan. Harga lebih murah compare yang kita pilih sendiri ikan fresh untuk dimasak. Macam saya, memang risau sikit bab makan ni, sebab kalau salah makan je memang mudah je sakit perut. Lepas tu saya takut kalau ikan bakar tu yang lebihan semalam punya diorang panaskan balik. Sebab tu kiteorang pilih sendiri ikan, sotong& udang fresh untuk makan. Diorang akan masak kan. Harga dekat sini memang murah. Kiteorang mkan kurang dari RM 50 sebab tak ambik banyak sangat.




Kalau datang sini wajib try chicken wings. Sedap! Banyak gerai yang jual. Memang wajib try kalau korang datang pasar philiphine ni. Harga satu RM 1.20 ke 1.50 jer. Tak mahal.

chicken wings


Pantai Tanjung Aru

Pantai ni tak jauh dengan airport. Sebab banyak lagi masa before naik flight kiteorang sempat singgah kejap jalan2 dekat sini dengan ambik angin laut. Banyak jugak la orang dekat sini bila time petang. Kalau nak tengok sunset boleh datang sini sebab cantik suasana dia. Pantai pun bersih. Banyak gerai2 makann jugak. Dekat sebelah pantai ni ada taman. Bolehla jalan2 dekat dalam tu. Gerai makanan pun banyak dekat sini.






Balik!

Alhamdulillah…sempurnala perjalanan kami 4 hari 3 malam dekat KK-kundasang. Even banyak lagi tempat tak sempat pergi sebab kesuntukan masa tapi puas hati sebab banyak tempat jugak yang kami sempat singgah sepanjang 4 hari ni. Best datang sabah! Semua benda ada. Pantai, laut, gunung, makanan, tempat best untuk dilawat..berbaloi la datang. Sebab semua ada.  In sha Allah ada rezeki nanti akan datang lagi. Ikutkan hati, teringin nak ke pulau mabul & pulau2 cantik yang lain dekat sabah tapi apekan daya sekarang ni kawasan tu semuanya tak berapa nak selamat. Tunggu keadaan dah betul2 ok baru boleh pergi.


Finally, habis jugak menulis pasal itinerary sabah ni. Yeay! setelah almost 7 bulan balik dari sabah baru complete draft pasal percutian ni. Hihi..

In sha Allah, lepas ni saya akan buat review untuk hotel kami stay sepanjang dekat sabah dengan Tips ke sabah.

Itinerary Sabah- Day 1
Itinerary Sabah- Day 2
Itinerary Day 3- Part 1
Itinerary Day 3- Part 2
Itinerary Day 4
Review Hotel Mount Kinabalu 
Tips Ke sabah 
Planning & Bajet ke sabah