About Us

Monday, December 21, 2015

Berbelanja: Antara Saving Dan Reward Diri Sendiri



Rasa tahun 2016 ni topik paling hangat dekat media social atau dekat mana2 adalah tentang taraf hidup yang makin tinggi & cara berbelanja. Dari kes pelaksanaan Gst, kenaikan harga barang, petrol, tol & public transport memang isu besar la untuk kita rakyat Malaysia. Tambah2 yang golongan berpendapatan sederhana & rendah ni. Memang terasa la…hari2 duit keluar macam air kan. Huhu..

Financial planning sangat2 la penting. Saya takdela pandai bab financial ni. Awal2 kerja dulu pun terjebak dengan sikap boros jugak. Yelah..baru belajar pegang duit sendiri, dapat je sibuk nak beli itu ini. Menyimpan pun kejap2 korek balik tabung. Hahaha…Ilmu tentang cara berbelanja dengan menyimpan sangatlah sikit. Sampaila lepas decide nak bertunang & kahwin barula sibuk fikir macam mana nak kumpul duit nak kawen. Baru tahu nak berjimat & belanja dengan berhemah. Memang disiplin sangat2 time tu sebab bergantung sepenuhnya pada duit gaji. Mana yang tak penting semua saya cut cost. Huhu…..apapun tetap bersyukur sebab akhirnya dapat jugak kahwin dengan duit hasil simpanan sendiri tanpa perlu berhutang. Alhamdulillah…

Lepas kahwin saya mula beli buku2 pasal financial. Banyak bincang dengan husband pasal family financial planning & so on. Sikit2 demi sikit saya improve cara saya berbelanja & buat saving. Mula2 rasa macam susah jugakla tapi saya decide untuk ikut cara saya sendiri. Cara paling selesa & ikut kemampuan saya. Bila selalu buat dengan disiplin, Alhamdulillah sampai sekarang saya masih lagi praktikkan cara yang sama. Rasa hidup lebih teratur bila ada financial planning ni. Memang it Woks for me la.  

Sebenarnya, tak kisahpun kita nak saving ikut kaedah mana, yang penting disiplin. If semangat nak menyimpan je ada, tapi disiplin takde memang hancur la…..tak kisah pun berapa banyak  kita boleh simpan dalam sebulan asalkan kita disipilin. If takde disiplin, simpan berapa banyak amount pun last kita akan korek balik jugak saving tu bila nafsu berbelanja tu datang kan? Apa2 ikut kemampuan sendiri dalam berbelanja & menyimpan. Sebab masing2 pendapatan, commitment & cara hidup tak sama kan. Tak boleh nak samakan kemampuan kita dengan orang lain.

Saya tahu zaman sekarang semua tekankan tentang saving, saving, saving. Betul. Saving tu penting.  Tapi dalam masa sama tak salah pun kalau kita nak reward diri sendiri lepas penat berhempas pulas bekerja. Bekerja untuk tampung hidup dan dalam masa sama kita tetap nak jugak rasa “senang” even dalam ruang yang agak “terhad”.  Teringin nak beli itu ini kan. Kadang2 Bila kita hidup terlalu sayangkan duit, whatever semua nak cut cost, sibuk kumpul harta dunia,  terlalu berkira dengan diri sendiri & family akan buat kita jadi “kedekut”. Beza tau antara “saving” dengan “kedekut”. Camne ye nak describe bagi orang faham? Ke korang faham maksud saya. Hihihi…memang kita patut tekankan hidup “berjimat” dalam hidup. Tapi kalau extreme sangat berjimat, perkataan ‘berjimat” tu akan tukar kepada “kedekut”dan “berkira”.  Kita rasa berkira nak keluar duit apa2 untuk berbelanja sedangkan kita sebenarnya dah dalam range lebih dari mampu untuk beli benda tu.  Kalau tak mampu tu lain kira. Sayang rasanya kalau kita tak nikmati apa kita ada, dan merasa nikmat hidup. Untuk “menikmati” banyak yang tak perlukan kos besar pun. Tapi bukanla sampai “0” kos. Hihi..Macam mak saya cakap, Kumpul banyak harta dunia pun kita tak tahu hidup kita lama mana. Takut kita just kumpul jer tapi tak sempat nak merasa. Cukuplah kalau kita kumpul harta cukup untuk diri kita & family. Cukup untuk “senang & selesakan”  kehidupan kita. Tapi dalam masa sama kita masih dapat nikmati keselesaan hidup masa sekarang dengan orang yang kita sayang. Sebolehnya taknakla jadi hamba duit. Kerja siang malam banting tulang tapi takde apa yang kita bagi untuk diri sendiri. Hanya penat semata. Kebahagiaan hidup tak semua datang dari duit & kelansungan hidup memang perlukan duit. 2 benda berbeza tapi tetap perlu di ambil berat.



Kalau kita teringin nak beli apa-apa tak salah pun nak beli sebagai reward pada diri sendiri. Manusia ni ada keinginan & kehendak. Benda tu memang  normal. Cuma, kalau benda kita teringin nak beli  tu harga mahal, kenala simpan sikit demi sikit untuk beli kan. Yang salahnya kalau kita berbelanja nak beli apa kita nak ikut nafsu & berlebihan Lepas tu berhutang sampai kita sendiri yang susah & tak mampu nak bayar. Last, semua benda jadi tak cukup dan kewangan asyik sesak je sebelum hujung bulan. Itu yang salah sebenarnya. Sebab berbelanja di luar kemampuan.

Saya memang bab reward diri sendiri tak pernah berkira baik untuk shopping, makan ataupun travel tapi tetap kena dalam range budget la. Memang gila la kalau main beli tak ikut budget. Mau menangis tengok duit yang tetiba kering kontang macam tu jer…huhu..

Samala husband pun. Dia selalu cakap…”dah penat kerja, kenala reward diri sendiri dengan buat atau beli apa kita suka”. Sayangla kalau kita yang  kerja penat2 tapi takde apa pun kita bagi pada diri kita untuk merasa. Semuanya untuk benda lain….paling sadis kalau kita sendiri tak tahu mana pergi semua duit tu. Sobs..

Tapi, kiteorang pun bukanla senang mana. If nak beli apa2, nak pergi travel ke apa tetap jugak kena menyimpan. Simpanan untuk “suka ria”.Untuk travel or beli apa yang diidamkan. Takde maknanya la nak beli apa main beli jer….sebab belum cukup kaya nak buat macam tu. Saya nak bebrbelanja pun tengok2 jugak. If quality sama tapi ada tempat yang dapat lagi murah, saya akan pilih beli dekat tempat murah. Sama jugak dengan beli time sales. Untuk travel,  If budget belum cukup, lepas tu susah nak cuti, tapi teringin nak berjalan, kiteorang jalan dekat2 jer macam pergi taman tasik ke, pergi taman botani kayuh basikal sama2, or apa2 aktiviti yang tak perlukan duit sangat janji  quality time dengan family tu ada. Lepas tu dapat release tension lepas mengadap kerja sepanjang weekdays.  Tak semua perkara nak reward diri sendiri perlukan duit yang banyak. Kita still boleh berseronok dengan budget yang limited. Hihi..

Apapun bila dapat gaji, simpanan tu wajib didahulukan. Hadiah dekat diri untuk masa2 tua & susah kelak. Kita tak tahu hari depan macam mana kan. Apa ujian yang akan datang. Entah kot tetiba hilang kerja ke apa. Sebab tu saving tu wajib.  Lepas tu barula settlekan semua komitment bulanan.  Bayar itu ni. Yang lebih baru guna untuk beli benda yang teringin nak beli, nak makanla or apa2 yang teringin tu.



Saya memang setiap bulan ada peruntukkan sedikit duit untuk shopping. Tapi sayapun bukanla jenis yang shopping setiap bulan. Kadang 3 bulan sekali baru nak shopping benda2 “kehendak” ni. So kalau bulan tu saya tak guna untuk shopping, saya simpan jela duit tu. Sebab kalau tetiba nanti nak beli apa2, senang saya beli jer . Untuk travel pun sama, saya dengan husband memang ada tabung travel sendiri. Bila mood bercuti dah “on”, tabung pun dah cukup untuk bercuti, boleh ambik leave,  terus pergi jer tanpa fikir soal gaji dah masuk ke belum. Sebab sebolehnya taknak reward apa2 untuk diri sendiri bergantung pada bila duit gaji masuk. Kiteorang dah biasa setiap bulan ada jer saving sikit2 untuk benda2 “reward diri sendiri” ni . Tak kisah nak guna ke tak duit untuk “reward diri sendiri” tu bulantu, simpan je. Samala dengan duit emergency dan lain2. Simpan jer tiap kali dapat gaji even bulan tu guna ke tak duit.  Rasa cara ni menyenangkan kiteorang dalam berbelanja.

Tak tahu macam mana cabaran untuk Tahun 2016 kelak. Rasa mungkin lebih mencabar kalau keadaan ekonomi masih tak berapa nak stabil. Hope tahun 2016 ni ekonomi negara kita lebih baik. In sha Allah..

Banyak jugak la financial planning kiteorang untuk next year sebab banyak benda nak kena buat & settle kan. Banyak nak guna duit baik untuk Bneda2 "keperluan ataupun kehendak".  Tapi semestinya apa2 pun keperluan tu dah jadi keutamaaan dulu. Lepas tu baru kehendak. In sha Allah mintak2 dapat lalui dengan baik & dapat tingkatkan lagi saving. Sebab as manusia, kita just mampu merancang je, selebihnya tawakal pada Allah. Sebab hanya Allah sebaik-baik perancang. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Amin…


p/S: Dah mula prepare financial planning book untuk next year. Hope semuanya dipermudahkan..
  


6 comments:

  1. baguslah siap beli buku financial planning lagi.. ce share tips menabung awak.. macam mana awak buat and it works for u rite?

    ReplyDelete
  2. ya.saving tu penting.sikit2 lama3 jd bukit.dah plan jugak utk financial next year.

    ReplyDelete
  3. imah..

    sama la.. agak risau dengan financial dan ekonomi malaysia sekarang.
    nasib baik ada saving sikit2 dalam asb.

    tambahan pulak, kami dua - dua orang keje swasta takde pencen, so kena la saving dan plan untuk masa depan.
    mungkin kami nak kena ada lebih dari 1 aset macam rumah atau tanah.
    kalau tua, mungkin ada duit sewaan mahupun boleh cucuk tanam kat tanah.

    Namun, rewardkan diri tak dilupakan.
    Walaupun takleh bercuti ke luar negara, tapi still boleh bercuti dalam malaysia.
    rewardkan diri dengan barang deko rumah, makan2. walaupun bukan setiap bulan..

    kami doakan semoga 2016 lebih baik untuk imah sekeluarga.dimurahkan rezeki, dan sentiasa dalam kasih sayang allah

    ReplyDelete
  4. info sangat best. saya pon dah start belajar tips menyimpan dengan bijak.share la macam mana awak plan financial awak?

    ReplyDelete
  5. Samalah..cik mah pun bukan kaki shopping...cuma kdng tu reward diri sendiri je...

    ReplyDelete
  6. Saya menyimpan untuk shopping.. Dari dulu sampai sekarang..Tak boleh hilang habit tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!