About Us

Showing posts with label financial. Show all posts
Showing posts with label financial. Show all posts

Sunday, December 27, 2015

Teknik berbelanja Dan menyimpan Cara Saya

Lagi beberapa hari je nak masuk tahun 2016. Sebabkan ada yang mintak saya share cara saya berbelanja & menyimpan, saya share sikit dekat sini. Sebenarnya, saya pernah share sikit2 dekat blog ni dulu. Boleh cari dekat label "kewangan" @ financial.

Selalu saya amalkan teknik dekat bawah ni setiap kali dapat gaji:

1. SAVING SEBAGAI COMMITMENT


Jadikan "saving" setiap bulan sebagai commitment bulanan. Anggap saja saving yang kita buat setiap kali dapat gaji adalah "commitment" sama macam duit yang kita spend setiap bulan untuk bayar hutang bank dan bil2 bulanan. Bila kita dah anggap tu commitment kita takkan culas nak bayar. Nak tak nak setiap bulan wajib "bayar" untuk saving. Masukkan saving tetap setiap bulan ni dalam list monthly commitment kita. Dapat gaji, "bayar" untuk saving, hutang2 & balance yang tinggal untuk berbelanja.




2. BAHAGIKAN JENIS-JENIS SAVING

Bahagikan jenis saving yang kita buat setiap bulan. sebab tak semua saving yang kita buat untuk "long term saving". Ada jugak yang berbentuk "short term". Buat pecahan saving ikut jumlah peruntukan.

Macam saya, saving for long term saya akan simpan dalam simpanan yang berbentuk pelaburan contohnya asb & tabung haji (Saving sendiri bukan asb loan). Saving untuk long term ni macam untuk retirement, property, haji & umrah & dana kecemasan masa depan yang kita tak tahu apa akan jadi & jugak saving untuk masa depan anak.(akaun khas untuk anak).

Untuk short term terpulang pada masing2 nak simpan macam mana. Dalam bentuk tabung atau dalam bank. Simpanan short term ni untuk:

- maintainance & insurance kereta dalam setahun
-kalau ada rumah, duit cukai2 tahunan yg perlu byr
- emergency (barang @ kereta rosak dll..)
- balik kampung
- vacation
- shopping
- whishlist

Setiap bulan buat je simpanan untuk benda2 short term ni. Bila dah buat saving setiap bulan, senang nanti bila nak guna duit tak perlu nak tunggu gaji masuk. Bila gaji masuk pun sebab kita tak plan dari awal takut tetiba tak cukup duit. Sebab tu better buat saving dari time awal2 dapat gaji. Selain senang nak berbelanja kita pun takkan terguna duit saving sesuka hati. Kita tahu saving tu untuk apa & bila masa patut kita gunakan. Dah divide siap2 kan. Kalau buat simpanan untuk saving short term dalam bank, sila gunakan bank lain selain bank gaji.

3. BUAT SAVING "Tak sengaja"

Selain kaedah saving dekat atas, boleh try praktik jugak saving secara tak sengaja ni. Yang ni praktikkan cara menabung yang pakai tabung tu. Simpan syiling or duit kertas ikut kemampuan kita setiap hari. Macam saya tak banyak yang saya spend untuk tabung ni. Lebihan syiling dengan wang kertas RM 1 atau RM 5. Walaupun sikit2, lama2 jadi banyak.



4. ASINGKAN DUIT BELANJA SIAP2

Selalu setiap bulan, untuk benda2 bukan bil ni kita dah tahu kita akan spend berapa banyak setiap bulan kan tolak bab makan. Macam saya, saya akan keluarkan& asingkan duit petrol, toll & parking kereta dekat office masuk dalam dompet khas untuk benda ni. So, bila dah asingkan siap2 masuk dompet lain (klu tol top up touch n go siap2 untuk sebulan), jadi senang nak berbelanja. Duit yang tinggal dalam Bank gaji hanya untuk makan & keperluan harian. Selalu kalau ada balance duit petrol & parking ni saya masukkan dalam tabung saving.

5. DUIT "EXTRA" JANGAN SEMUA DIBELANJAKAN

Macam saya, kalau dekat office memang ada dapat duit claim setiap bulan untuk parking, milleage keluar gi meeting semua. Tapi setiap kali dapat duit claim, saya akan masukkan dalam "short term saving". Saya takkan tunaikan cek & gi shopping macam tu jer. Apa2 masuk dalam saving short term dulu. Sebab saving short term ni ada yang ada target & dateline masing2 bila patut saving tu cukup.

Macam tu jugak duit hasil business. 50% untuk digunakan. 50 % lagi masuk saving long term. Saya tak gunakan duit business sebagai bayaran untuk commitment bulanan saya setiap bulan. Sebab ni business part time saja.  Hasil kewangan utama tetap dari kerja full time saya. So, biarlah commitment bulanan saya dari situ saja & hasil business kecil-kecilan tu untuk saving & untuk banda2 "reward diri sendiri"  macam nak beli apa yang teringin nak beli atau pun masuk dalam tabung travel.

Bila dapat kenaikan gaji & bonus pun sama. Buat percentage berapa yang nak dibelanjakan & berapa banyak yang akan masuk saving. Jangan semua kita gunakan untuk belanja. Kalau duit sebelum increment dah cukup untuk tampung hidup, so increment tu masuk jela dalam saving "tabung settle hutang".  Bonus yang dapat pun boleh masuk dalam tabung ni sikit.  Tabung ni sebagai alternatif untuk kita settlekan hutang sedia ada macam hutang kereta, rumah & ptptn lebih cepat. (Pendekkan tempoh hutang).

6. BERBELANJA DENGAN BERHEMAH & IKUT KEMAMPUAN

Kalau perempuan ni banyka kalah dengan nafsu shopping, tergugat iman dengan title "sales". Sayapun sama tapi masih boleh control. Setiap kali nak beli apa2 kena kaji balik benda tu perlu ke tak. If banyak lagi baju2 yang boleh pakai dan masih elok boleh pakai dalam almari, had kan pembelian. Sebab taknak jadi kes sibuk nak beli baju baru tapi baju yang adapun ada yang baru sekali dua pakai. Apa2 ikut kemampuan. Tak salah membeli apa kita nak asalkan tidak berlebihan & sampai jadi membazir.




Ni teknik yang saya praktik selama 3 tahun lebih dan sangat berkesan untuk saya. Untuk korang yang baru nak try bab2 saving ni korang boleh pilih cara mana yang paling mudah bagi korang. Sebab bab saving ni ada macam2 teknik. Kita boleh ubah suai sikit & follow yang mana menyenangkan kita.

Apapun, kunci dalam menyimpan ni adalah disiplin, amanah & jujur dengan diri sendiri. Bila ada disiplin, kita akan disiplin menyimpan setiap bulan. Amanah akan buat kita bertanggungjawab dengan apa yang kita belanjakan & simpan. Kita takkan sesuka hati usik saving yang kita peruntukkan untuk satu2 benda. Jujur dengan diri sendiri & try berbelanja dengan berhemah dan jangan membazir.

Dalam sibuk menyimpan untuk harta dunia jangan lupakan simpanan untuk harta akhirat kita di sana juga ok. Sebab tu salah satu cara nak bersihkan harta dunia, murah & berkatkan rezeki kita, bantu orang yang memerlukan & bantu kita di alam sana nanti.

Semoga Tahun 2016 bawa lebih banyak kebaikan untuk kita semua. Amin..

Monday, December 21, 2015

Berbelanja: Antara Saving Dan Reward Diri Sendiri



Rasa tahun 2016 ni topik paling hangat dekat media social atau dekat mana2 adalah tentang taraf hidup yang makin tinggi & cara berbelanja. Dari kes pelaksanaan Gst, kenaikan harga barang, petrol, tol & public transport memang isu besar la untuk kita rakyat Malaysia. Tambah2 yang golongan berpendapatan sederhana & rendah ni. Memang terasa la…hari2 duit keluar macam air kan. Huhu..

Financial planning sangat2 la penting. Saya takdela pandai bab financial ni. Awal2 kerja dulu pun terjebak dengan sikap boros jugak. Yelah..baru belajar pegang duit sendiri, dapat je sibuk nak beli itu ini. Menyimpan pun kejap2 korek balik tabung. Hahaha…Ilmu tentang cara berbelanja dengan menyimpan sangatlah sikit. Sampaila lepas decide nak bertunang & kahwin barula sibuk fikir macam mana nak kumpul duit nak kawen. Baru tahu nak berjimat & belanja dengan berhemah. Memang disiplin sangat2 time tu sebab bergantung sepenuhnya pada duit gaji. Mana yang tak penting semua saya cut cost. Huhu…..apapun tetap bersyukur sebab akhirnya dapat jugak kahwin dengan duit hasil simpanan sendiri tanpa perlu berhutang. Alhamdulillah…

Lepas kahwin saya mula beli buku2 pasal financial. Banyak bincang dengan husband pasal family financial planning & so on. Sikit2 demi sikit saya improve cara saya berbelanja & buat saving. Mula2 rasa macam susah jugakla tapi saya decide untuk ikut cara saya sendiri. Cara paling selesa & ikut kemampuan saya. Bila selalu buat dengan disiplin, Alhamdulillah sampai sekarang saya masih lagi praktikkan cara yang sama. Rasa hidup lebih teratur bila ada financial planning ni. Memang it Woks for me la.  

Sebenarnya, tak kisahpun kita nak saving ikut kaedah mana, yang penting disiplin. If semangat nak menyimpan je ada, tapi disiplin takde memang hancur la…..tak kisah pun berapa banyak  kita boleh simpan dalam sebulan asalkan kita disipilin. If takde disiplin, simpan berapa banyak amount pun last kita akan korek balik jugak saving tu bila nafsu berbelanja tu datang kan? Apa2 ikut kemampuan sendiri dalam berbelanja & menyimpan. Sebab masing2 pendapatan, commitment & cara hidup tak sama kan. Tak boleh nak samakan kemampuan kita dengan orang lain.

Saya tahu zaman sekarang semua tekankan tentang saving, saving, saving. Betul. Saving tu penting.  Tapi dalam masa sama tak salah pun kalau kita nak reward diri sendiri lepas penat berhempas pulas bekerja. Bekerja untuk tampung hidup dan dalam masa sama kita tetap nak jugak rasa “senang” even dalam ruang yang agak “terhad”.  Teringin nak beli itu ini kan. Kadang2 Bila kita hidup terlalu sayangkan duit, whatever semua nak cut cost, sibuk kumpul harta dunia,  terlalu berkira dengan diri sendiri & family akan buat kita jadi “kedekut”. Beza tau antara “saving” dengan “kedekut”. Camne ye nak describe bagi orang faham? Ke korang faham maksud saya. Hihihi…memang kita patut tekankan hidup “berjimat” dalam hidup. Tapi kalau extreme sangat berjimat, perkataan ‘berjimat” tu akan tukar kepada “kedekut”dan “berkira”.  Kita rasa berkira nak keluar duit apa2 untuk berbelanja sedangkan kita sebenarnya dah dalam range lebih dari mampu untuk beli benda tu.  Kalau tak mampu tu lain kira. Sayang rasanya kalau kita tak nikmati apa kita ada, dan merasa nikmat hidup. Untuk “menikmati” banyak yang tak perlukan kos besar pun. Tapi bukanla sampai “0” kos. Hihi..Macam mak saya cakap, Kumpul banyak harta dunia pun kita tak tahu hidup kita lama mana. Takut kita just kumpul jer tapi tak sempat nak merasa. Cukuplah kalau kita kumpul harta cukup untuk diri kita & family. Cukup untuk “senang & selesakan”  kehidupan kita. Tapi dalam masa sama kita masih dapat nikmati keselesaan hidup masa sekarang dengan orang yang kita sayang. Sebolehnya taknakla jadi hamba duit. Kerja siang malam banting tulang tapi takde apa yang kita bagi untuk diri sendiri. Hanya penat semata. Kebahagiaan hidup tak semua datang dari duit & kelansungan hidup memang perlukan duit. 2 benda berbeza tapi tetap perlu di ambil berat.



Kalau kita teringin nak beli apa-apa tak salah pun nak beli sebagai reward pada diri sendiri. Manusia ni ada keinginan & kehendak. Benda tu memang  normal. Cuma, kalau benda kita teringin nak beli  tu harga mahal, kenala simpan sikit demi sikit untuk beli kan. Yang salahnya kalau kita berbelanja nak beli apa kita nak ikut nafsu & berlebihan Lepas tu berhutang sampai kita sendiri yang susah & tak mampu nak bayar. Last, semua benda jadi tak cukup dan kewangan asyik sesak je sebelum hujung bulan. Itu yang salah sebenarnya. Sebab berbelanja di luar kemampuan.

Saya memang bab reward diri sendiri tak pernah berkira baik untuk shopping, makan ataupun travel tapi tetap kena dalam range budget la. Memang gila la kalau main beli tak ikut budget. Mau menangis tengok duit yang tetiba kering kontang macam tu jer…huhu..

Samala husband pun. Dia selalu cakap…”dah penat kerja, kenala reward diri sendiri dengan buat atau beli apa kita suka”. Sayangla kalau kita yang  kerja penat2 tapi takde apa pun kita bagi pada diri kita untuk merasa. Semuanya untuk benda lain….paling sadis kalau kita sendiri tak tahu mana pergi semua duit tu. Sobs..

Tapi, kiteorang pun bukanla senang mana. If nak beli apa2, nak pergi travel ke apa tetap jugak kena menyimpan. Simpanan untuk “suka ria”.Untuk travel or beli apa yang diidamkan. Takde maknanya la nak beli apa main beli jer….sebab belum cukup kaya nak buat macam tu. Saya nak bebrbelanja pun tengok2 jugak. If quality sama tapi ada tempat yang dapat lagi murah, saya akan pilih beli dekat tempat murah. Sama jugak dengan beli time sales. Untuk travel,  If budget belum cukup, lepas tu susah nak cuti, tapi teringin nak berjalan, kiteorang jalan dekat2 jer macam pergi taman tasik ke, pergi taman botani kayuh basikal sama2, or apa2 aktiviti yang tak perlukan duit sangat janji  quality time dengan family tu ada. Lepas tu dapat release tension lepas mengadap kerja sepanjang weekdays.  Tak semua perkara nak reward diri sendiri perlukan duit yang banyak. Kita still boleh berseronok dengan budget yang limited. Hihi..

Apapun bila dapat gaji, simpanan tu wajib didahulukan. Hadiah dekat diri untuk masa2 tua & susah kelak. Kita tak tahu hari depan macam mana kan. Apa ujian yang akan datang. Entah kot tetiba hilang kerja ke apa. Sebab tu saving tu wajib.  Lepas tu barula settlekan semua komitment bulanan.  Bayar itu ni. Yang lebih baru guna untuk beli benda yang teringin nak beli, nak makanla or apa2 yang teringin tu.



Saya memang setiap bulan ada peruntukkan sedikit duit untuk shopping. Tapi sayapun bukanla jenis yang shopping setiap bulan. Kadang 3 bulan sekali baru nak shopping benda2 “kehendak” ni. So kalau bulan tu saya tak guna untuk shopping, saya simpan jela duit tu. Sebab kalau tetiba nanti nak beli apa2, senang saya beli jer . Untuk travel pun sama, saya dengan husband memang ada tabung travel sendiri. Bila mood bercuti dah “on”, tabung pun dah cukup untuk bercuti, boleh ambik leave,  terus pergi jer tanpa fikir soal gaji dah masuk ke belum. Sebab sebolehnya taknak reward apa2 untuk diri sendiri bergantung pada bila duit gaji masuk. Kiteorang dah biasa setiap bulan ada jer saving sikit2 untuk benda2 “reward diri sendiri” ni . Tak kisah nak guna ke tak duit untuk “reward diri sendiri” tu bulantu, simpan je. Samala dengan duit emergency dan lain2. Simpan jer tiap kali dapat gaji even bulan tu guna ke tak duit.  Rasa cara ni menyenangkan kiteorang dalam berbelanja.

Tak tahu macam mana cabaran untuk Tahun 2016 kelak. Rasa mungkin lebih mencabar kalau keadaan ekonomi masih tak berapa nak stabil. Hope tahun 2016 ni ekonomi negara kita lebih baik. In sha Allah..

Banyak jugak la financial planning kiteorang untuk next year sebab banyak benda nak kena buat & settle kan. Banyak nak guna duit baik untuk Bneda2 "keperluan ataupun kehendak".  Tapi semestinya apa2 pun keperluan tu dah jadi keutamaaan dulu. Lepas tu baru kehendak. In sha Allah mintak2 dapat lalui dengan baik & dapat tingkatkan lagi saving. Sebab as manusia, kita just mampu merancang je, selebihnya tawakal pada Allah. Sebab hanya Allah sebaik-baik perancang. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Amin…


p/S: Dah mula prepare financial planning book untuk next year. Hope semuanya dipermudahkan..
  


Sunday, March 15, 2015

Tips menabung : Kisah 4 Tabung

Assalammualaikum..

Hari ni nak share sikit dengan korang pasal tabung. Sedikit tips nak mudahkan kita menabung. Nak kata saya ni jenis yang berjimat sangat2 tak jugakla. Tapi still amalkan hidup menabung, menyimpan setiap bulan. Sikit2 pun takpe, asalkan ada jugak simpanan kan.

Saya masih amalkan style tabung lama dekat rumah. Tabung zaman kanak2 dulu. Masukkan duit dalam tabung, Cuma tabung saya bukan bentuk buluh la. saya pakai balang biskut je buat tabung. Hihi..





Tabung syiling, tabung duit kertas, Tabung saham akhirat & tabung holiday/impian

Tabung 1 : Tabung Duit syiling

Tabung ni saya khas kan untuk simpan duit syiling sahaja. setiap hari, kalau ada lebihan syiling dalam dompet memang saya simpan dalam tabung ni.

Tabung 2 : Tabung Duit kertas

Tabung ni saya khas kan untuk simpan duit kertas. Amount bergantung pada saya sendiri nak simpan berapa. Tapi disiplin untuk menabung setiap hari. Selalu  RM 1 & RM 2.

Tabung 3: Tabung saham akhirat

Tabung ni wujud since tahun lepas, lepas saya terbaca pasal tabung sedekah subuh. Tapi saya campurkan sekali untuk wakaf  & namakan tabung "saham akhirat". Amount saya tak tetapkan. Ikut suka nak letak berapa pun tapi niat & amalkan untuk bersedekah. Try buat  setiap hari. lebih afdal pada waktu subuh. Saya ada terbaca, kalau kita mati, memang kita akan tinggalkan harta untuk waris kita. Satu lagi, segala simpanan kita dekat dunia ni dah jadi harta pusaka. Tapi tambah lebih baik kalau kita mampu meninggalkan harta yang sentiasa menjana pahala untuk kita di alam kubur nanti. Pahala yang datang dari sedekah & wakaf =). Setiap bulan, saya akan agihkan duit2 dalam tabung ni ke saluran derma dan wakaf. banyak saluran.Secara online boleh, cara lain, guna duit tu beli barang untuk diwakafkan. Contoh sejadah, telekung, selipar letak dekat masjid. Jom kita sama2  amalkan sedekah & wakaf sebagai saham akhirat kita di Sana nanti  =)

Tabung 4 : Tabung Holiday/ Impian

Setiap tahun, memang ada target nak bercuti ke mana2 kan. Saya & suami memang jenis kaki jalan. Tak pergi oversea, dalam negara pun jadilah. Jalan dekat2 dalam semenanjung pun pakai duit jugak kan. So, saving kena ada. So tabung ni tempat kami buat tabungan tambahan untuk holiday & beli apa yang kami nak. paling kurangpun Rm 3 sehari.  Kalau dapat simpan lebih, simpan lebih.Untuk holiday, tabung ni sebagai dana tambahan. so, kalau kita dah ada saving untuk holiday senang nak pergi bercuti. Sama jugak kalau kita teringin nak beli apa2, cukup je duit, bolehla beli.

Tujuan saya tulis entri ni nak share dengan korang tips & kaedah menabung dekat rumah yang boleh digunapakai. Yang ni kira saving tambahan yang kita boleh buat selain saving yang kita buat setiap bulan dalam bank, asb, tabung haji @ simpanan pelaburan lain.

Saya bukan kategori yang berpendapatan tinggi. nak pergi mana, nak beli apa tak payah tengok duit tinggal berapa. Pergi je..masih kena jeling amount duit yang ada sebelum buat apa2. Hihi..

Tapi  Alhamdulillah..masih mencukupi untuk kami 3 beranak & bolehlah saving sikit2. Tupun dah syukur Alhamdulillah  sangat. Untuk orang macam saya ni, apa2 memang kena saving, Nak harapkan durian runtuh dari duit bonus, increment  takde. Kenala belajar menyimpan sendiri. Takpela, sikit2 lama2 jadi bukit. Rezeki Allah tu luas. Alhamdulillah..syukur apa yang ada.

Apa yang penting dalam menabung & menyimpan adalah disiplin. Tak kisah berapa banyak boleh kita simpan, asalkan consistent & disiplin buat setiap hari @ setiap bulan.

Tabung dekat Rumah ni saya kongsi dengan suami. Cuma tabung syiling je kami Ada yang masing2.

Satu lagi, dalam mengumpul simpanan dunia, jangan dilupa simpanan di akhirat Sana. Sedekah, zakat, wakaf dapat menyucikan harta yg kita Ada, buka pintu rezeki selain membantu mereka yang memerlukan. Tabung ni sebagai alternatif untuk pupuk diri bersedekah setiap hari.

Sekadar berkongsi tips yang boleh diamalkan.