About Us

Wednesday, July 20, 2022

Kurangnya Sekolah Di Selangor

 

Dah masuk 2 tahun anak bersekolah, tapi saya  masih ada rasa ralat sebab jadual persekolahan dekat Selangor ni agak "padat" berbanding negeri asal saya di Kedah. Di Selangor sekolah kebangsaan ada 2 sesi. Pagi dan petang. Kalau dekat Kedah, majoriti sekolah rendah semuanya 1 sesi. ( Tak banyak tempat yang 2 sesi).

Sekolah kafa bermula dari darjah 1, 5 hari seminggu. Kalau di Kedah, 3 hari seminggu saja. Sekolah Kafa dan Sekolah Kebangsaan di Selangor berlainan tempat. Dekat Kedah, belajar di sekolah yang sama. Jadual anak memang padat dari jam 7.30 pagi sampai 6.00 atau 6.30 petang. Tengahri dapat rehat, mandi & makan 1 jam je dekat rumah. Malam pula kena pergi kelas mengaji, siapkan homework. Nak dapatkan tempat di sekolah pun bukan mudah. Ada sekolah yang dekat dengan rumah pun belum tentu boleh masuk. Sebab tempat  sangat terhad. Kadang dah isi online, dihantarnya pulak sekolah yang jauh. Satu kerja pulak nak kena buat rayuan dekat ppd untuk minta sekolah yang lebih dekat.

Satu kelas ada lebih kurang 40 orang pelajar. Ada sekolah yang ada 6-7 kelas untuk satu darjah. Ada lebih lagi. Sekolah menengah terdekat lagi la. 1 tingkatan pun ada berbelas kelas😅. Isu kekurangan sekolah dekat Selangor ni bukan benda baru lagi. Dah lama. Tiap kali  kalau ada projek rumah baru dibina, mesti developer akan cakap ada reserve untuk sekolah. Tapi dekat 10 tahun duduk, penduduk dah makin ramai sekolah pun tak nampak bayang lagi bakal dibina.

Tapi, sebab dekat sini tempat suami cari rezeki, nak tak nak kena juga bertabah & sabar dengan kekurangan yang ada. Saya try jugak untuk adapt dan tak putus berdoa semoga ada pihak yang pandang serius isu kekurangan sekolah dan sistem pembelajaran dekat sini. Bukan sekali dua isu ni muncul di dada akhbar. Dah banyak kali. Sayang, negeri yang  banyak penyumbang cukai pada negara tetapi masih kurang fasiliti.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!