About Us

Thursday, November 28, 2013

Koleksi Tasik Tercantik Di Dunia

Subhanallah...cantik sungguh tasik-tasik ni. Bila la nak dapat pergi


Tahoe Lake, North America




Lake Ayie-Permata Sari


Lake Louise, Canada


Lake Blade, Solvania 


Yucatan Cave Lake, Mexico


Lake Peyto, Canadian Rockies


Lake Ashi, Japan 


Lake refelection 


Melissani Lake




Tuesday, November 26, 2013

Idea: Bilik Store ( storage rack)


Tengah cari idea untuk storage rack barang-barang dekat bilik store kami. Bilik kecik je pun..dari pindah hari tu memang biar je barang2 yang tak guna sangat dalam kotak besar. tapi susun bertingkatla sebab bilik tu kami buat bilik solat & persalinan jugak. Tapi nak jugak cari idea macam mana nak buat bilik store nampak lebih kemas dan senang nak ambik barang. Tak perlu simpan dalam kotak bertingkat-tingkat. Maybe boleh praktik bila pindah rumah yang besar sikit nanti sebab rumah sewa sekarang memang bilik kecik sangat.


suka rak menyimpan macam ni. Nampak kemas. Boleh letak barang & buat labelling sekali. senang nak cari barang kita nak dalam store. hehe..


Kalau yang style rak kayu macam ni pun nampak kemas tapi xtahu boleh letak barang berat atau tak. Dekat IKEA ada jual kan benda ni. hehe



Yang ni pun best! Rak besi dengan roda. Nampak lebih kukuh nak letak dan susun barang2 dekat sini. Banyak space jugak.



Yang ni untuk barang2 kecik lehla letak..comel jugak kan.

Nak berangan kejap kalaula bilik store dekat rumah tu besar. Tapi apakan daya namapun bilik store, memang kecik jela. Kena fikir macam mana nak bagi cukup space. Mungkin kena buang kot mana barang yang rasa xperlu.

Sunday, November 24, 2013

Dilema tempat nak bersalin


Berkesempatan tengok semanis kurma hari khamis malam hari tu. Topik best: Aurat wanita masa bersalin. Officemate pun banyak yang asyik ingatkan saya suruh tengok. kebetulan saya memang tengah dalam dilema nak bersalin dekat mana. Mungkin korang tak tahu yang saya terpaksa cancel plan untuk deliver baby dekat PPUM atas banyak sebab. keputusan tu saya & husband buat lepas pergi survey sendiri dekat sana & baca review dari beberapa orang yang dah deliver dekat sana. ada pro & contra. jarak yang jauh then husband pulak bulan 12 ni kena transfer kerja dekat klang.  Lagilah jauh kalau dari site dia dekat klang tu nak bawa saya ke PPUM. Tu belum kira time jammed teramat dekat federal highway. Jarak hospital sangatlah penting dalam kriteria pilihan tempat bersalin.

Dan paling penting, saya tak nak jadi bahan experiment  time nak bersalin means taknak ramai2 doktor pelatih lelaki masuk  tengok saya nak bersalin. Saya baru tersedar & tahu pasal tu. Ada yang cakap boleh request doktor perempuan, tapi bila saya  tanya sendiri  dekat sana tak boleh. bergantung jugak kalau doktor perempuan  tu available atau tak time tu. Dan time check bukaan contraction pun doktor tak tentu, ada doktor lelaki, ada perempuan, so memang tak boleh nak pilih. Even time check up sekarangpun saya nak doktor perempuan, bersalin pun saya nak macam tu. Husband memang nak doktor perempuan yang handle  saya. Walaupun dia jenis yang fobia darah tapi dia nak teman saya time bersalin nanti. Dia nak cepat2 azankan baby kami sebab ada certain hospital yang ambik masa yang lama untuk bagi bapa azan baby. Kalau dia boleh teman, dia boleh terus azankan anak kami. PPUM masih lagi tak benarkan husband masuk.  Dua benda yang tengah dilema dalam diri. satu soal keselamatan saya & baby. sebab saya tahu facility untuk PPUM memang terbaik. banyak specialist dekat sini.  Untuk baby pun memang the best place. Satu lagi soal aurat & maruah diri. Even cost bersalin saya ditanggung oleh company husband saya, ( ada limit) tapi soal keselamatan pun saya kena titik berat. Tapi maruah diri, aurat pun sama penting. So, sepanjang 3 hari ni, jumaat, sabtu & ahad memang kerja kami survey hospital bersalin. Pergi sendiri ke hospital yang jadi panel husband saya. Kalau boleh nak cari yang baik dari segi facility & service serta ada doktor pakar.

Sekarang dah ada 2 hospital yang memenuhi kehendak kami. Soal cost untuk normal  memang di bawah limit tangungan company husband. Alhamdulillah..ada peruntukan company dia untuk  itu. Syukur sangat. Cuma yang risau, cost untuk czer. kami perlu cari hospital yang kosnya tak mahal sangat2. Bawah kemampuan kami. Saya tak mintak nak czer, tapi saya perlu fikir jugak tentang semua tu sebab kita tak tahu apa nak jadi time nak deliver nanti. Kalau ada komplikasi untuk saya & baby kalau hospital tak boleh cover, ada service tak untuk transfer hospital government. ( kes darurat).Kadang2 saya fikir, untuk benda lain kami boleh cari duit, boleh kumpul duit, Kereta, barang rumah, untuk kawenpun ikutkan majlis sehari tu beribu kami habis, kami saving dari awal ,untuk benda yang sehari jugak majlisnya, untuk perkara ni  why not labur sikit duit?  Kami tak kaya tapi untuk menyimpan dari awal in sha Allah boleh.  in sha Allah kalau niat kami baik Allah akan permudahkan. Rezeki tu ada, In sha Allah. Sekarang ni rezeki anak pun dah nampak walaupun tak keluar lagi. Husband selalu cakap dia tak kisah kena potong gaji kalau cost nanti over limit.Bab kos ni kami risau kalau kena czer saja. kalau normal in sha Allah tak risau sangat soal kos. Doa banyak2 mintak dapat bersalin normal tanpa komplikasi. kalau kos melebihi had bila ada pape masalah memang terpaksa jugak ke kerajaan. darurat sebab tak mampu.

Kadang2 saya pelik dengan orang yang suka komen menjatuhkan bila ada ibu yang bertanya soal bersalin dekat swasta dekat ruangan soal jawab ibu bersalin. Banyak komen menghentam. Orang fikir bersalin dekat swasta ni macam berlagak, membazir tapi kadang2 orang lupa yang tiap2 orang ada masalah masing2. bukan soal mengada-ngada atau demand. kalau orang tu cakap dia nak doktor perempuan taknak doktor pelatih lelaki masuk ramai2 tengok dia bersalin, tengok alat sullit dia ramai2, mengada2 ke? Ada yang lebih dasyat pengalaman, kena bogel time nak bersalin, then ramai2 tengok. Malu, sedih semua ada. Bila dia berkeras nak ke swasta tu soal maruah dia. Dia ada hak. Janganla menghentam. Ada yang nak husband dia ada dengan dia time deliver. Tolong jangan prejudice sangat! kalau yang nak bersalin dekat kerajaan pun ada sebab dia. komplikasi, masalah baby, masalah kewangan  dan lain2 yang swasta tak boleh handle. Jangan prejudice jugak dengan mereka.  Dalam kes macam ni bukannya sengaja, dia takde pilihan. Kalau dah dia takde duit, kerja gaji kecik tak mampu nak gi swasta nak buat macam mana? Takde perempuan yang suka lelaki tengok benda2 sulit dia. dengan perempuan pun kita malu apatah lagi lelaki kan? tapi keadaan time tu terjadi tanpa kerelaan dia walupun dia dah try request doktor perempuan, nurse perempuan. Cuma saya selalu doa, selalu harap yang sistem negara kita ni di ubah macam dekat setengah negara dekat oversea. Yang sambut baby time lahir tu doktor perempuan. yang memantau pun nurse dan doktor perempuan. lebih2 lagi negara islam macam kita, biarlah doktor perempuan muslim, nurse muslim yang handle kita yang islam ni. sama2 kita doa untuk itu. Mintak jugak yang diorang  titik berat soal penjagaann maruah kita, aib kita. Hormat diri kita walau dalam keadaan kita yang lemah dan sakit.

Tapi keadaan sekarang ni, saya masih ada pilihan sebab belum ada apa-apa masalah. Saya boleh berusaha untuk soal ni. Bila ada masalah nanti saya redha kalau saya terpaksa deliver dengan kerajaan & doktor lelaki saja yang boleh  handle kes saya tu sebab dalam islam, antara maruah & nyawa, memang kena dahulukan nyawa dulu. Keselamatan memang nombor satu cuma kalau dapat2 dua2 lagi baik. Tapi kalau tak dapat, pentingkan nyawa dulu. Semoga Allah ampunkan dosa kita.

Cuma yang saya fikir sekarang ni, doa & buat solat hajat mintak semua dipermudahkan. Kita hanya perancang, kita ni berusaha tapi Allah yang tentukan semuanya.

Satu lagi peringatan untuk kita, even dalam sakit nak bersalin, solat kena jaga, aurat kena jaga. Jangan main buka2 je. kebersihan diri pun sama. kena jaga. banyak sangat info saya dapat malam tu. Saya tahu saya bukan manusia yang sempurna yang baik sangat untuk bercakap soal ni, tapi saya tengah berusaha dalam hijrah diri, cari ilmu, berusaha untuk jadi yang lebih baik. Usia dan keadaan banyak memantangkan diri. Kita ni pelajar..dan terus belajar tentang hidup, agama & harap kita menjadi makin baik , makin positif.

Entri ni sekdar perkongsian pandangan bukan menghentam mana-mana pihak, Bukan perangai  saya prejudice pada orang. Cuma harap kita saling hormat hak masing2. kena ingat setiap orang keadaan & masalah tak sama. Respect each other.

Untuk yang terlepas tengok semanis kurma "Aurat  wanita ketika bersalin" boleh tengok dekat SINI . memang sangat2 bermanfaat info yang dibincangkan ni untuk kita.

So dekat mana saya nak bersalin ? yang tu biarlah keadaan yang tentukan sebab kita ni perancang. Kita pemilih tapi ketentuannya bukan di tangan kita. In sha Allah, bila semuanya selamat & panjang umur saya akan menulis di sini pengalaman tu. Semoga dipermudahkan. Tak lama dah nak masuk 7 bulan. Semoga semua yang diusahakan & dirancang Allah permudahkan, dan moga kesihatan juga baik2

Thursday, November 21, 2013

Diskaun beli tudung di Tudung2u Khas untuk pembaca blog saya!


 Assalammualaikum semua!

Berita baik untuk semua pembaca blog menjaring impian!
Korang nak beli tudung yang gojes & cantik dengan harga berbaloi-baloi tak?
Lepas tu selesa dipakai, kualiti tip top..kira memang puas hati sangatlah.
Semua ciri tudung yang korang nak ni ada di Tudung2u
Sekarang ni dekat Tudung2u  tengah buat sales untuk koleksi tudung-tudung diorang yang cantik tu tau!
Harga memang berbaloi-baloi. Tapi lagi berbaloi sebab korang boleh dapat baucer diskaun 15% khas untuk semua pembaca blog saya.


Jom kita tengok sikit Antara koleksi tudung dekat Tudung2u !

Koleksi shawl

shawl dia semua cantik2. murah pulak tu..




Koleksi tudung bawal

Tudung bawal kangaroo plain ni semurah RM 6 je tau!

Bawal corak polkadot. cute kan?
Tolong! bawal kelantan dia comel sangat!



Koleksi tudung awning..





Cantik-cantik kan? harga pun murah.
Kalau korang nak dapat baucer diskaun 15% untuk semua tudung-tudung yang dijual di sini, korang guna aje kod dekat bawah ni:

AKG2013

Ha! Nanti dapat harga lagi murah dari yang dijual tu tau!
diskaun ni memang  Khas untuk korang semua!
Tempoh diskaun berakhir pada:

  30 November 2013

Jangan lepaskan peluang ni ok!

Macam-macam lagi jenis tudung yang ada jual dekat sini! Korang boleh tengok dekat website diorang dekat SINI

Jom serbu ramai-ramai! 

Tuesday, November 19, 2013

Pregnancy check up: 6 Bulan


Sekejap masa berlalu, sekarang dah masuk 26 minggu. Tak lama lagi nak masuk 3rd trimester. Semoga semuanya dipermudahkan. Last week, saya gi check up untuk 6 bulan. Dan pertama kali jugak kena minum air gula. Alhamdulillah….ok. bacaan 4.1 je, so takde kencing manis. Berat naik lagi 2 kg. Tapi normal sebab after 5 bulan, memang boleh naik 2kg sebulan. Hari tu kena buat blood test lagi. Tapi result tak tahu lagi. Hope semua ok la..

Cuma ada satu je yang tak best sikit kali ni. Confuse pun ada. Before ni, doctor cakap kedudukan uri ok. Memangla tak tinggi, tapi tak jugak rendah. Masa buat detail scan hari tu pun sama. Sonographer tu siap tunjuk jelas2 lagi kedudukan uri. Memang kedudukan betul. Yang penting tak dekat atau tutup pintu rahim. Tapi untuk check up kali ni doctor cakap uri saya ada dekat bawah. Saya memang xnampak sebab gambar scan 2d kurang clear dari buat  detail scan hari tu. Memang risau jugakla….sebab time tu dah 25 minggu. Kenapa uri dekat bawah lagi? Huhu..



Tapi doctor cakap it’s ok. Normal kalau 28 minggu ke bawah uri bukan dalam correct position. Ada je orang yang jadi macam ni.  Time 28 minggu nanti baru uri patut dekat tempat yang betul. So, ada lagi 2 minggu untuk masuk 28 minggu, harap & berdoa sangat yang kedudukan uri di tempat yang betul. Dan satu lagi, harap jugak yang doctor tu salah tengok. Hehe..leh pulak macam tu kan? Yela..before ni dengan doctor lain semua cakap position uri saya dah ok, sebab tu terkejut jugak bila dia cakap macam tu.  Nak kata angkat benda berat tak jugak. Selama ni kalau tak pregnant pun, benda yang berat2 semua husband bawak. Saya tukang pegang  yang ringan2 je. Kalau sibuk mengemas rumah or alih kedudukan barang pun, memang dia yang tukang angkut semua benda.

Bagi yang nak tahu pasal Uri Rendah/ plasenta previa boleh baca di  babycentre

Ikutkan memang tak tahu doktor mana yang betul sebab masa detail scan memang nampak ok. Xpelah..masih ada peluang. Ikhtiar sekarang ni, doa, solat hajat, pujuk baby suruh tolak uri ke atas, & sujud lama time solat. Ada yang kata makan kacang bendi kalau ada masalah uri bawah. In sha Allah..dalam usaha. Semoga next check up semuanya normal. Amin..

Sunday, November 17, 2013

Shopping Barang Baby: Set Tilam Kekabu

Carita aktiviti 3 minggu lepas...(kali kedua shopping barang baby)

Ikutkan dah lama asyik mensurvey tilam kekabu baby ni yang dijual online. memang banyak corak menarik, harga pun menarik. Honestly, memang tak tahu berapa harga tilam kekabu ni & atau set tilam ni yang dijual dekat kedai2 di luar. Tak pernah beli kan..cuma harga bantal kekabu dewasa tu saya tahu sebab dekat kampung saya & husband masih senang lagi nak cari orang jual bantal kekabu ni. Cuma tilam baby ni yang tak tahu dekat mana nak beli.  Masa tu saya  rasa harga dekat online dah ok. lagipun corak dia cantik2 kan. Comel je tengok....

Tapi terfikir nak tanya pasal tilam kekabu ni dekat family saya dekat kampung & family in law. Semua suruh balik beli dekat kampung. Diroang siap bagitau lagi tempat yang ada jual & yang boleh ditempah. kebetulan balik kelantan hari tu time wedding cousin hubby, so apalagi, teruskan sama misi cari tilam kekabu baby. Mak mertua saya cadang tempah dekat orang kat kampung kami sebab siap boleh pilih kain dan  ikut design kita nak tapi sebab kiteorang nak beli cepat, lepas tu nak balik kelantan pulak lepas deliver baby, so decide beli saja tilam yang dah sedia di jual dekat kedai. dekat mak cik dekat kampung tu kena tempah dulu, xde jual yang dah siap. Tapi hasil jahitan dia memang superb! Tapi takde rezeki nak beli dekat dia.  Masa ni tawakal je, kalau takde yang berkenan dekat kedai, saya decide nak beli dekat kedah pulak. Tapi sebab balik kedah nanti sebab wedding cousin jugak, dan cuti pun xbnyak hari so berharap sangat yang akan jumpa tilam kekabu yang kami suka.

Tak susah pencarian tilam kekabu baby ni dekat kelantan. Mak mertua yang bawak gi kedai ni sebab dia dah tahu dekat mana tilam & bantal  kekabu ni ada jual. Cuma dekat kedai ni corak sangat limited, semua design sama je. saya tak berapa suka yang beropol tapi majoriti corak memang beropol. Ambik jelah..hehe...Tapi time ni dah fikir, beli je dulu tilam ni, sarung nanti leh  jahit sendiri. sekarang memang xmenyempat nak jahit sebab xde mesin jahit. selalu jahit guna mesin jahit dekat kampung.  memang kalau boleh nak ada dua sarung tilam baby. senang nak basuh & tukar. So, xde masalahpun kalau sarung dia tak comel sangat. Yang penting dah beli tilam  kekabu baby ni!

Ikutkan hati saya, nak beli set tilam kekabu baby je..tapi husband pulak tergoda dengan set yang ada bakul sekali. Comel katanya..so, grab terus satu set yang sekali dengan bakul.

harga? memang murah sangat compare dengan beli dekat online shop.

RM 150 je satu set!

Ni set bantal kekabu tanpa sarung. harga RM 45. bagi yang rajin jahit sendiri sarung, boleh beli yang ni.Mula2 dulu plan pun nak jahit sendiri sarung tapi keadaan & masa xmengizinkan. kena tunggu beli mesin jahit sendiri. senang keja nak menjahit.

Saya beli yang set tilam kekabu. dapat tilam & bantal kekabu baby, sarung tilam & tiga jenis bakul yang dah bersarung. kain cotton.

saya pilih corak yang boleh masuk untuk baby girl & boy. Pilih warna purple tapi bila tengok dalam gambar nampak macam pink kan.  sebenarnya purple lembut.

Gambar satu set Tilam kekabu sekali dengan sarung.

simple je kan? Bakul ni ada roda tau bawah dia. senang nak tolak tarik. hehe..

Friday, November 15, 2013

Hasil Ketiga Shopping Barang Baby


Kali ketiga shopping barng baby 2 minggu lepas. Hehe...sekarang ni lambat betul nak update blog. Beli dulu, ambik gambar, bila rajin baru update. hehe..tapi apapun nak jugak catit dekat sini.

Kali ketiga, just shopping dekat Mydin. Time beli stock barang dapur rumah, jeling-jeling sama barang baby. Tak niat nak beli banyak, just sehelai dua je last2 tersambar jugak beberapa barang baby. Fikir sebab harga dia agak murah la bagi saya.

So..2 minggu lepas, sempat sambar

mittens & booties (pureen)- 3 pasang
Lampin baby ( Pureen) -1 paket ( 10 helai)
Towel (pureen) - 2 helai,
Blanket ( OK baby) - sehelai
Barut - 4 helai
Baju lengan pendek (pureen) - sehelai
Jump suit ( pureen) - sehelai
 * Banyak beli brand pureen time ni..hehe

Mama nya dah start excited shopping barang baby


Ni hasil ketiga tau. Hasil pertama shopping ada cerita dekat entri SINI . Mana hasil kedua? In sha Allah next week saya update sebab kali kedua shopping dekat kelantan. Jauh kan cari barang baby sampai sana. Kebetulan balik rumah mertua, menyoping la sekali. hehe..

Nanti saya share list barang baby & mommy yang saya dah buat. Tapi kan, banyak lagiiii yang tak beli. Tunggu expo dekat Mid valley next week la nak settle kan barang-barang asas untuk baby. In sha Allah.. 

Tazkirah Jumaat: Petua Senang Hati



Thursday, November 14, 2013

Hasil Detail Scan Dekat Klinik Ajwa


salam semua.

Ingat lagi tak yang saya pernah bagitau yang saya nak buat detail scan. Bagi yang tak tahu apa tu detail scan ( anomaly scan) boleh refer SINI.

Last 2 weeks masa usia kandungan saya 23 minggu, saya buat appoiment dengan Klinik Ajwa untuk buat detail scan ni.

Time sonographer tu buat scan, baby tido tau. hehe...susah jugak nak kejutkan dia bangun sebab perangai dia sama macam abahnya, tak leh orang kacau time tido. Tapi sonographer tu pandai pujuk2 dia..so dia bangun. Sorry ye sayang ganggu time sayang tido. hehe..

Lama jugak ambik masa untuk detail scan ni. Rasa almost 40 minute jugak dekat dalam tu. Yang best, gambar lebih clear dari scan 2d biasa yang saya buat tiap2 bulan time check up. Boleh nampak jelas organ luaran &  dalaman baby macam buah pinggang dia, otak kanan & kiri dia..paru2 dia, jantung dia ( check ada lubang ke tak) & macam-macam lagi. Memang details sangat. Lagi satu bentuk uri pun nampak jelas selambak kot dalam perut ni. hehe...

Tapi sonographer tu cakap, kalau dalam 20 weeks++ kedudukan baby boleh berubah-ubah lagi. kepala pun tak semestinya duduk dekat bawah. Baby boleh pusing lagi. kalau dah 28 minggu tu patutnya uri dan kedudukan baby dah tempat yang betul la..

Alhamdulillah...result scan takde jumpa apa-apa yang abnormal pada baby buat masa ni. Harap bila dia lahirpun semuanya normal. In sha Allah...Doa saya & hubby semoga baby membesar dengan sihat dan selamat dilahirkan ke dunia. Amin...

Result detail scan hari tu..

Dapat 3 keping gambar scan hitam putih dan result detail scan.

organ dalaman baby. Alhamdulillah..cukup. Heart rate pun normal. 


Gender dah confirm!  Time scan baby tak sembunyi 2 pun tunjukkan gender dia..hehe..

Alhamdulillah..

Best buat detail scan dekat sini, tempat best, sonographer dia pun best. Lembut, baik sangat & pandai pujuk baby. Enjoy sangat tengok baby time ni. Tak sabar nak tunggu dia  lahir. Semoga semuanya dipermudahkan dan selamat. Amin..

siapa-siapa yang nak try wat detail scan dekat sini, harga dia RM 100. Korang akan dapat result dan CD gambar hasil scan baby.



Tapi kena buat appoiment la. Klinik dia dekat seksyen 7 shah Alam. Ada alamat & nombor telefon dekat gambar dekat atas tu.

Kalau nak buat detail scan & 3d4d sini RM 160. bagi saya murah sebab banyak klinik yang harga detail scan & 3D4D Dua ratus ringgit ke atas. Tapi saya buat detail scan je hari tu sebab baby kecik lagi. Lemak tak ada lagi. Paling baik buat 3D4D ni masa 28 minggu hingga 32 minggu sebab time ni baby dah ada lemak, so nampak gambar lebih jelas & comel. Itu kata sonographer . In sha Allah..bakal buat nanti untuk kenang-kenangan =)

Tuesday, November 12, 2013

Jom shopping online Di The Baby Store malaysia!


salam semua!

hari ni saya nak kongsi dengan korang pasal online shop yang ada jual macam-macam barang baby & mommmy! Yeay!!!



Baby Online Shop / Store - www.thebabystore.com.my

kedai bayi online yang dikenali dengan www.thebabystore.com.my yang operasinya terletak di Shah Alam, Selangor. Pada asalnya ianya dikenali sebagai Moms and Babies By RnH Collection tapi telah diberi penjenamaan semula ke TheBabyStore Malaysia pada August 2013.


Selain itu, The Baby Store Malaysia juga mempunyai laman fanpage dan instagram iaitu www.facebook.com/thebabystoremalaysia dan www.instagram.com/thebabystoremalaysia

Likes dan Follow laman fanpage dan instagram kerana akan ada pelbagai peraduan dan promosi akan diumumkan.

Anda boleh lawati Online Store ini di www.thebabystore.com.my





p/s: sekarang tengah ada sales tau dekat online shop ni. Banyak potongan harga untuk barang-barang terpilih. So apalagi jom kita serbu!

Saturday, November 9, 2013

Teaser: Veil baru untuk disewa.. ( in the making)


Alhamdulillah...
Bersyukur atas rezeki yang Allah beri dalam bidang sewaan veil ni. Sesuatu yang pada asalnya tak pernah terjangka dek akal fikiran.  Moga diberi kesempatan masa & cetusan idea untuk siapkan veil baru ni & dimurahkan rezeki. In sha Allah....


p/s: Dah lama x shopping bahan2 nak buat veil, sekali pergi banyak kedai feveret saya yang dah tutup & barang yang dicari dah tak dijual. Huhu...semoga dipermudahkan urusan kali ni.




Untuk sewaan sila klik di SINI

Kedondong oh kedondong!


Cerita lama tapi baru nak update dekat sini. Saya sejak dulu memang feveret sangat dengan buah kedondong ni tapi yang peliknya, saya just suka kedondong yang ada dekat rumah saya kat kampung sebab size dia besar, lemak2 manis masam, memang sedap ya Amat.  kalau tempat lain yang kecik-kecik tu bukan xsuka cuma kurang sikit.

Alkisah dah lama xbalik kedah, so time raya haji hari tu mak saya kirim buah ni dekat mak sedara saya yang balik kampung. Konon nak bagi saya surprise la..xkasi diorang bgtau awal2 nak bawak balik buah kedondong ni. Bila sampai dekat tangan, apa lagi kemain suka la saya. Baby pu  suka. kemain menendang lagi dia time makan buah ni. dekat utara kami panggil buah mera. hehe..

terima kasih mak!


dalam gambar nampak kecik tapi dekat luar memang besar tau

Friday, November 8, 2013

Thursday, November 7, 2013

Hasil Pertama shopping Barang baby!


Lambat sikit nak update pasal ni. hehe...beli masa preggy 5 bulan lebih. Tupun sebab tengah jalan dekat jusco sekali ada sales barang baby. so grab la 3 helai baju untuk bakal anakanda tercinta. Mula2 blurr jugak dengan husband nak beli barang apa. last2 fikir beli lah baju dulu sikit.

Gender baby walaupun time ni dah tahu, tapi rasa lagi selamat kalau ambik unisex kan  sebab saya xberapa yakin walaupun masa scan hari tu clear nampak gender dia. harapkan sekali lagi scan untuk lebih confident. hehe... kalau beli unisex tak kira girl or boy dua2 leh pakai.

So..ni hasil pertama shopping barang baby secara tak sengaja dekat jusco Bukit raja beberapa minggu lepas.




baju lengan panjang, lengan pendek & jenis lubang2...semuanya beli sehelai saja dulu.

Wednesday, November 6, 2013

sandal Mak Buyung


Makin bertambah berat badan, makin lenguh2 jugak bahagiaan kaki. Since dah tahu preggy memang xpakai heels yang rendah ataupun sandal yang seangkatan dengannya. lebih selesa dengan sandal yang rendah & paling penting comfort. Selalu saya suka pakai sandal yang BATA tu jenis yang comfit sebab yang tu selesa. jalan lama-lamapun xrasa sakit sangat. Tapi bila dah preggy ni, try jugak pakai brand lain macam LARRIE ni.. harga boleh tahan tapi yang penting selesa walaupun design cam classic sikit. cam orang tua2. hehe..





kalau setakat nak pergi pasar malam atau gerai2 dekat rumah, saya pakai selipar getah ni jer. hehe..selesa jugak! harga confirm2 la murah kan..hehe



kalau kaki dah bengkak macam gajah nanti xtaula sandal apa pulak nak pakai. hehehe..

Tuesday, November 5, 2013

Nak Bersalin Di mana? Survey Hospital


Saya pernah cakap dekat entri before ni saya & husband dah decide nak deliver baby dekat mana kan? Boleh rujuk entri SINI .since 4 bulan lagi kami dah mula fikir pasal dekat hospital mana nak bersalin. Sekarang ni dah masuk 6 bulan, lagilah kena fikir kan. Disebabkan rumah saya, parent saya & parent in law jauh2,..so mula2 memang pening jugak fikir. kejap rasa nak bersalin dekat kampung saya dekat Kedah, lepas tu husband suggest bersalin dekat kelantan..pening jugak memikirkannya.

Bersalin dekat kedah?

Memang ikutkan saya nak je bersalin dekat kedah. So, pilihan memang hospital Jitra ataupun Hospital sultanah bahiyah Alor star. kalau stay dekat rumah parent memang kena deliver baby dekat Hospital Jitra la sebab tu yang paling dekat. Kalau stay rumah kakak saya, memang dekat dengan hospital Alor star.

kalau hospital Jitra, kira dekat tu xlah dekat sangat. Dalam 30 minit jugakla dari rumah. Hospital ni xbesar sangat, hospital daerah kan. Tapi, suasana ala-ala kampung. Aman je rasa..banyak pokok.  wad pun banyak jenis memanjang ke belakang. Kena banyak jalan sikit la pelawat yang datang  sebab kebanyakan wad semua jenis satu tingkat. xde bertingkat-tingkat. Ada jugak saudara yang pernah bersalin sini, okla. Sayapun pernah kena tahan kejap masa keracunan makanan time awal preggy dulu dekat sini. Time tu doktor & nurse memang ok & baik. xjumpa lagi yang garang. kalau ada yang garang2 pun standardlah kan....hospital goverment, xleh expect layanan first class, bayarpun murah kan. Tapi kalau kes emergency, hospital Jitra ni selalu refer ke hospital Alor star.



Setakat review saudara & kakak saya yang bersalin dekat hospital sultanah bahiyah ni memang ok la. Even nurse dan doktor pun baik2. kakak sayapun tak pernah dapat pengalaman xbest dekat sini. Hospital baru, semua facility lengkap & ward pun selesa.



Tapi yang xbest, mak saya belum pencen time EDD saya nanti. EDD saya hujung bulan 2, tapi mak saya pencen dalam bulan 7. So, rasa xde yang boleh jaga saya berpantang sepenuhnya time ni kalau saya nak berpantang dekat kampung. kakak saya dulupun berpantang rumah mak mertua dia. Huhu...sebab weekend aja mak saya boleh jaga sepenuhnya. Kalau saya stay rumah kakak saya, In sha Allah dia boleh jaga sebab dia full time housewife tapi saya segan nak susahkan abang ipar saya nak hantar gi hospital time saya sakit nak bersalin. Huhu...segan walaupun dia memang senang nak mintak tolong...Satu lagi sebolehnya, saya nak husband saya ada time saya nak bersalin. tak dapat masuk sekali dalam labour room pun xpe janji dia ada time tu. Kalau plan nak bersalin dekat kedah, kena ambik cuti awal utk balik kampung. tapi saya ni keja swasta, manalah banyak sangat cuti. Cuti bersalin pun 2 bulan. sayang nak ambil cuti bersalin awal sangat sebab takut dah balik kampung pun bersalin lewat dari due date. Sebab experience mak & kakak saya anak sulung masing2 lambat seminggu dari EDD deliver baby. So, saya takut sayapun macam tu jugak. So, terpaksa cancel plan untuk bersalin dekat Kedah.

Bersalin dekat kelantan?

Kalau dekat kelantan husband suggest deliver baby dekat HUSM ( semi gov hospital). Satu sebab mak mertua saya semua anak dia bersalin dekat sini dan service Alhamdulillah ok. Satu lagi sebab dekat dengan rumah dia dekat kampung. Husband cakap sini banyak doktor pakar. kekadang kes emergency dekat hospital Kuala terengganu atau Kota bharu pun tolak dekat HUSM.


kami fikir if ada apa-apa komplikasi pada saya & baby, at least dekat hospital ni facility cukup. pernah baca kes mommy yang bersalin dekat hospital swasta, koma then transfer dekat hospital ni. Tapi masalahnya sama macam dekat kedah. Saya kena ambik cuti awal, dan takut kalau xbersalin on due date, cuti xder dah. Satu lagi husband xde time tu sebab dia mesti kena balik shah Alam untuk kerja. Takut ambik cuti banyak2, saya xjugak bersalin lagi. Tapi sebolehnya memang la mintak nak bersalin bila cukup masa, tapi apa jadi ke depan, mana kita tau kan. Saya pulak segan nak menyusahkan mak mertua untuk jaga time berpantang. memang segan sangat walaupun dia memang baik sangat2.. Huhu..So, terpksa cancel  plan nak bersalin dekat Kelantan.

Bersalin dekat Shah Alam/Klang/ KL?

Ni memang last choice la. nak tak nak memang kena bersalin dekat sini. First, sebab tak perlu ambik cuti awal sangat untuk balik kampung. Second, in sha Allah husband ada & boleh jaga kalau bersalin dekat sini. Third, sini pun banyak hospital yang boleh pilih tak kira swasta, semi gov or gov. Apa-apa kena survey jugak. Banyak faktor yang kena di ambil berat bukan faktor layanan/ service semata-mata. kena ambik kira facility yang cukup & canggih, kemudahan doktor pakar, kes2 emergency pada ibu & baby, hospital leh cover ke tak dan macam2 lagi..Sebab ini pengalaman pertama, anak sulung so saya dan suami memang kena betul2 wat pilihan. Selebihnya doa & tawakal semoga pilihan kami tu betul.

Shah alam ni memang banyak hospital swasta. kalau government, tengah construct lagi. kalau government hospital yang bakal siap tu senang, dekat sesangat. dari rumahpun boleh nampak bangunan hospital tu. tapi xsiap lagi..so kena cari hospital lain. Hospital klang? Sebolehnya saya tak nak. Banyak sangat pengalaman xbest masa melawat sedara & kawan sakit dekat sini, Baca review pun banyak yang horror je. lagipun sini crowded sangat. semua orang serbu ke sini, kekadang katil sampai xcukup. Nak bersalinpun siap kena tunggu atas kerusi sebab katil penuh.

Satu lagi, husband saya keja GLC, so memang ada peruntukan untuk maternity cost cuma ada limit la. lepas tu sebolehnya kena cari hospital panel. so, dekat shah Alam cuma ada dua je panel hospital .

1) KPJ Shah Alam


baca review banyak yang ok dari tak ok. Cost untuk bersalin normal pun harga affordable. Tak mahal sangat. kalau kena top-up duit sendiri dalam 2k-3k pun in sha Allah masih dalam kemampuan. Tapi yang xbest harga czer memang mahal sungguh. kalau elective czer ( kes czer yg awal2 tahu memang xleh bersalin normal) pun cecah 8k. Itu kalau kita dah tahu..kalau yang emergency saya baca pernah cecah sampai 10k ++. ada jugak yang kena sampai 12k. masha Allah...memang tak mampu la. terus terang cakap.  Sebab anak sulung memang takleh agak ada kemungkinan tak yang akan kena czer. Sebolehnya kita nak normal, semua nak normal delivery kan, tapi kalau tetiba kena czer, kena fikri jugak faktor kos yang mahal tu. Itu belum campur lagi kalau tetiba anak ada problem ke, xpasti hospital ada kemudahan untuk kes2 yang kritikal & emergency ke x. Kos? mesti lagi lebih. ngeri fikir pasal cost ni. Sebab selalu  hospital swasta banyak yang akan refer ke government hospital bila kes emergency yang diorang xleh cover. Tapi untuk normal delivery, sini memang ok. cuma saya kena fikir jugak faktor lain mcm in case kena czer, anak & saya ada apa2 masalah.....

2) Hospital Columbia Asia



yang ni kalau dekat shah alam, xdapat banyak sangat review tapi kalau yang dekat puchong banyak yang cakap ok. even check up pun ramai yang datang sini. Tapi masa saya buka website hospital dia dekat shah Alam, banyak doktor non muslim, saya x nakla. rate bersalin normal lebih kurang sama dengan hospital swasta lain cuma untuk  czer xpasti. tapi jarak dari rumah nak ke sini tak dekat sangat , saya tak tahu kenapa saya tak berapa minat nak bersalin dekat sini.

Untuk anak sulung, kawan2 yang dah jadi ibu banyak suruh saya refer hospital government atau pun kalau nak gi swasta, pilih  hospital yang besar2 . jangan ambik hospital yang kecik2 sebab takut facility tak cukup. doktor pakar kurang. kalau jadi pape kes emergency kes, takut diorang xleh cover dan selalu memang akan refer government hospital jugak. Kalau sempat Alhamdulillah..kalau xsempat tu yang takut. Tapi, benda macam ni kena doa banyak2 mintak dielakkan. moga klu ad emergency pn semuanya selamat.

 Entahlah..walaupun orang cakap hospital government layanan xbest, tapi dari segi kelengkapan facility, kepakaran diorang handle kes2 emergency memang kebanyakkan hospital swasta xleh nak challenge. Cuma yang letih bab menunggu sebab ramai orang ataupun layanan kurang mesra. Tapi goverment hospital dekat dengan tempat saya cuma hospital klang yang crowded sangat tu, review banyk xok dari yang ok, so terpaksa cari hospital lain. contohnya macam semi government hospital. Separuh swasta, separuh government.

So..saya decide nak gi semi government hospital saja. In sha Allah...Pilihan saya nak deliver baby dekat sini.

Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM)


kenapa PPUM?

sebab sini facility untuk ibu bersalin dan baby cukup. Satu lagi, kalau kes emergency untuk baby macam masalah pernafasan & lain-lain kes, in sha Allah sini ada kemudahan untuk semua tu. Orang cakap sini banyak pakar kanak-kanak & O&G. Hospital pakar kanak-kanak yang hasil idea Datin sri rosmah mansur pun nak buka dekat sini.  Oh ya, satu lagi sini wad bersalin dia dah tukar bangunan baru tau, memang cantik dan selesa.

PPUM ni kalau ikut xde dekat manapun dengan shah Alam. tapi tu je semi gov hospital yang paling dekat dengan saya. kalau HUKM jauh. HUKM husband dibenarkan masuk tapi PPUM xboleh. Huhu....ni yang tak berapa best. ada yang cakap PPUM ni boleh request doktor perempuan cuma caj dia lebih sikit. Dari segi lokasi dari tempat kerja saya dengan husband memang dekat jer cuma dari rumah je jauh sikit. kalau sakit dekat tempat kerja, senang jugak. PPUM xjauh. hehe...Kalau kena sakit nak bersalin time pagi2 orang nak gi keja tu yang parah. federal highway kn jammed teruk. Huhu..kena pujuk baby ni suruh keluar time weekdays malam je takpun weekend aje. Boleh x baby? hehe..

Bila baca review, ada yang cakap ok. ada yang cakap so-so je tapi pengalaman kawan kawan baik & officemate saya bersalin dekat sini Alhamdulillah ok. Kalau baca review hospital swasta yang best2 pun ada jugak cakap service xok, ada yang ok. yelah tiap orang pengalaman xsama kan. Ada bahagian masing2. sakit bersalin pun xsama. keadaan anak pun xsama. Tak boleh nak expect lebih2 sebab situasi kita masing2 xsama cuma apa yang jadi dekat orang lain kita wat panduan.  kawan & officemate ramai  recommend saya pergi sini. Saya belum booking lagi. Rasa dalam 7 bulan macam tu baru nak gi booking. kalau dah berjaya booking & check up dekat sini baru saya story k. Harap2 semua dipermudahkan sepanjang pregnancy journey & anak & ibu selamat.

In sha Allah..


Monday, November 4, 2013

Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah


Kita dah makin menghampiri permulaan baru tahun hijrah. Jangan lupa baca doa akhir & awal tahun. Semoga amalan kita pada tahun ni diterima dan tahun baru menjadikan kita insan yang lebih baik.


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa AWAL TAHUN :
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1435.