About Us

Showing posts with label susun atur. Show all posts
Showing posts with label susun atur. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Susun Atur: Tempat Letak Surat


Hari ni nak share dengan korang satu benda simple yang senang di susun atur dekat rumah. Tempat letak surat.Tapi cara saya takde la lain pun. Rasa maybe sama je macam orang lain. Kalau dapat surat atau bil2, saya tak suka letak merata-rata atau secara berterabur sebab takut hilang. So, harus ada bekas untuk letak surat2 ni..

Saya guna bakul je untuk letak surat. Simple je kan?




Simple dan senang jugak. Selalu tak biar surat ni lama2 dalam ni. Akan ambik masuk dalam file lebih-lebih lagi  bil2 supaya lagi senang nak refer. Then, kalau rasa xperlu, memang buang terus je. simpan lama2 pun buat penuh je kan? Lepas tu nak mencri balik pun susah. hehe..

Korang simpan surat2 dekat mana?

Tuesday, November 26, 2013

Idea: Bilik Store ( storage rack)


Tengah cari idea untuk storage rack barang-barang dekat bilik store kami. Bilik kecik je pun..dari pindah hari tu memang biar je barang2 yang tak guna sangat dalam kotak besar. tapi susun bertingkatla sebab bilik tu kami buat bilik solat & persalinan jugak. Tapi nak jugak cari idea macam mana nak buat bilik store nampak lebih kemas dan senang nak ambik barang. Tak perlu simpan dalam kotak bertingkat-tingkat. Maybe boleh praktik bila pindah rumah yang besar sikit nanti sebab rumah sewa sekarang memang bilik kecik sangat.


suka rak menyimpan macam ni. Nampak kemas. Boleh letak barang & buat labelling sekali. senang nak cari barang kita nak dalam store. hehe..


Kalau yang style rak kayu macam ni pun nampak kemas tapi xtahu boleh letak barang berat atau tak. Dekat IKEA ada jual kan benda ni. hehe



Yang ni pun best! Rak besi dengan roda. Nampak lebih kukuh nak letak dan susun barang2 dekat sini. Banyak space jugak.



Yang ni untuk barang2 kecik lehla letak..comel jugak kan.

Nak berangan kejap kalaula bilik store dekat rumah tu besar. Tapi apakan daya namapun bilik store, memang kecik jela. Kena fikir macam mana nak bagi cukup space. Mungkin kena buang kot mana barang yang rasa xperlu.

Saturday, October 12, 2013

DIY: Bekas Letak Tisu Muka

Dah lama berhenti dari buat project2 DIY. Dulu selalu share DIY bab2 kawen je kan..tapi lepas kawen ni mestila DIY benda lain pulak. hehe..So, hari ni nak share DIY project saya, bekas untuk letak tisu muka. So..share gambar je la k. saya guna barang sedia ada. kotak solution contact lense, pembalut & sikit hiasan.

Ni kotak asal saya simpan tisu muka. Tapi kotak ni dah start kemek, satu lagi susah nak buka tutup..so memang decide nak tukar bekas lain.



Saya guna kotak ni ja. Mula2 rasa nak buang tapi tetiba dapat idea. hehe..



Then..after diy dengan bahan2 sedia ada..jadilah cegini..




Ok..dah siap bekas tisu muka saya! Senang je kan?

Friday, October 11, 2013

Susun Atur Peti Ais


Sejak dulu-dulu kan, saya memang jenis tak suka sumbat banyak-banyak barang dalam peti ais. Kalau tetiba terbanyak pulak stock makanan, jangan main campak or sumbat je dalam tu. Maybe sebab dekat rumah family sendiri dah kena train ngan mak ayah dari kecik jangan main campak-campak barang dalam peti ais. Kena letak & susun kemas-kemas. Kalau ambik apa-apa makanan jangan sampai berterabur atau tumpah-tumpah,  Kalau tak nanti kena bebel.hehe….So, bila dah kawen haruslah practice apa yang selalu buat time duduk nagan mak ayah dulu kan. Bonusnya bila dapat husband yang jenis rajin mengemas jugak, memang senang sikit kejanya.

Berangan nak organize peti sejuk ni cantik-cantik dalam dia. Tapi ada beberapa bekas storage yang nak kena beli. Konon-konon nak bagi seragam warna bekasnya ikut jenis makanan. Tapi xde masa nak menyoping lagi.  sekarang ni, just susun atur guna mana bekas  yang ada. Mix saja. Tak cantik, tapi oklah kan dari rasa sakit mata  tengok peti ais berserabut.

Jom tengok susun atur peti ais saya yang tak seberapa ni! Tak besar manapun peti aisnya. hehe..



Dekat bahagian beku tentu-tentulah simpan makanan basah je kan, macam ayam, ikan, sotong & udang.  Selalu stock makanan ni untuk 3 hari jer.  Kalau bekas yang besar letak ayam dengan ikan, yang kecik letak sotong ngan udang. Kalau ada cheese ke sosej ke apa saya letak bahagian tepi peti ais tapi lupa pulak nak snap gamba tepi. Bahagian atas tu nanti leh la simpan stock susu untuk our future baby. In sha Allah..azam kuat nak  try bagi full BF dekat dia.

Ok..ni bahagian bawah peti ais. Ya..macam saya cakap tadi, macam2 warna bekas  ada. hehe..




Ni bahagian atas sekali tempat letak barang yang nak guna untuk masak. Bekas putih tu saya letak cili kering yang dah siap di blend. senang kalau nak masak, ambik je dalm tu. Then yang tengah tu bekas ikan bilis. letak asam jawa jugak. Then bekas pink tu tempat letak bawang yang siap di blend macam bawang putih, bawang merah, bawang besar. Senang keja sikit. Kalau balik keja nak masak jimat masa sikit sebab bahan-bahan sampingan ni dah ada.



Tingkat kedua ni tempat saya letak bakul buah dengan bakul sayur macam tomato dengan cili padi. Kira ni bahagian bakul la...open concept tak nak guna tupperware. Macam buah tu senang nak capai & ngap terus. Hehe..selalu buah-buah ni saya basuh dulu before simpan dalm peti ais.



Ni bahagian yang saya masih pikir cara susun atur. Rasa tak kemas. Ni tempat letak makanan macam kek, majerin, kaya , susu ( kebetulan susu dah habis time ni) & seangkata dengannya. Selalu susu saya transfer masuk dalam bekas supaya senang nak guna masa bancuh air.


Last sekali tempat simpan sayur. Selalu saya tak suka beli sayur banyak-banyak. Setakat untuk makan dua atau 3 hari je sebab sayur kan mudah layu tambah-tambah yang jenis daun. So, sayur berdaun saya akan potong siap-siap masuk dalm bekas yang warna pink tu. Jimat masa bila balik dari kerja nak masak. tak payah nak potong-potong sayur lagi. Lagipun sayur x mudah layu kalau simpan dalam bekas. kalau sayur buah macam timun dan yang tak mudah layu macam kobis tu saya letak gitu je dalam bekas sayur ni. 



Ok..ni dekat bahagian pintu peti ais. Bahagian atas sekali tempat letak telur ayam. Yang tengah tu letak air sejuk. cukupla dua botol sebab husband je yang suka minum air sejuk, saya tak suka. Then, mayonise, orange sunquick & yogurt. Yang bahagian kecik tu saya letak pes tomyam dengan kuah rojak. Bahagian bawah sekali tempat letak segala botol-botol untuk kegunaan memasak macam sos cili, kicap, sos tiram & so on. Oh! budu encik suamipun di simpan di sini. hehe..

Tu je susun atur buat masa ni. Guna barang sedia ada.Lepas ni maybe bertukar lagi susun aturnya sebab memang nak cari bekas yang lebih practical & jimat ruang untuk simpan barang.  Hehe...Kalau bab mencuci peti ais, ada masa saya buat, ada masa husband buat. Tapi bab mencuci & mengelap barang ni husband la paling rajin. Dia kata nak barang nampak sentiasa baru. hehe..