About Us

Friday, October 11, 2013

Susun Atur Peti Ais


Sejak dulu-dulu kan, saya memang jenis tak suka sumbat banyak-banyak barang dalam peti ais. Kalau tetiba terbanyak pulak stock makanan, jangan main campak or sumbat je dalam tu. Maybe sebab dekat rumah family sendiri dah kena train ngan mak ayah dari kecik jangan main campak-campak barang dalam peti ais. Kena letak & susun kemas-kemas. Kalau ambik apa-apa makanan jangan sampai berterabur atau tumpah-tumpah,  Kalau tak nanti kena bebel.hehe….So, bila dah kawen haruslah practice apa yang selalu buat time duduk nagan mak ayah dulu kan. Bonusnya bila dapat husband yang jenis rajin mengemas jugak, memang senang sikit kejanya.

Berangan nak organize peti sejuk ni cantik-cantik dalam dia. Tapi ada beberapa bekas storage yang nak kena beli. Konon-konon nak bagi seragam warna bekasnya ikut jenis makanan. Tapi xde masa nak menyoping lagi.  sekarang ni, just susun atur guna mana bekas  yang ada. Mix saja. Tak cantik, tapi oklah kan dari rasa sakit mata  tengok peti ais berserabut.

Jom tengok susun atur peti ais saya yang tak seberapa ni! Tak besar manapun peti aisnya. hehe..



Dekat bahagian beku tentu-tentulah simpan makanan basah je kan, macam ayam, ikan, sotong & udang.  Selalu stock makanan ni untuk 3 hari jer.  Kalau bekas yang besar letak ayam dengan ikan, yang kecik letak sotong ngan udang. Kalau ada cheese ke sosej ke apa saya letak bahagian tepi peti ais tapi lupa pulak nak snap gamba tepi. Bahagian atas tu nanti leh la simpan stock susu untuk our future baby. In sha Allah..azam kuat nak  try bagi full BF dekat dia.

Ok..ni bahagian bawah peti ais. Ya..macam saya cakap tadi, macam2 warna bekas  ada. hehe..




Ni bahagian atas sekali tempat letak barang yang nak guna untuk masak. Bekas putih tu saya letak cili kering yang dah siap di blend. senang kalau nak masak, ambik je dalm tu. Then yang tengah tu bekas ikan bilis. letak asam jawa jugak. Then bekas pink tu tempat letak bawang yang siap di blend macam bawang putih, bawang merah, bawang besar. Senang keja sikit. Kalau balik keja nak masak jimat masa sikit sebab bahan-bahan sampingan ni dah ada.



Tingkat kedua ni tempat saya letak bakul buah dengan bakul sayur macam tomato dengan cili padi. Kira ni bahagian bakul la...open concept tak nak guna tupperware. Macam buah tu senang nak capai & ngap terus. Hehe..selalu buah-buah ni saya basuh dulu before simpan dalm peti ais.



Ni bahagian yang saya masih pikir cara susun atur. Rasa tak kemas. Ni tempat letak makanan macam kek, majerin, kaya , susu ( kebetulan susu dah habis time ni) & seangkata dengannya. Selalu susu saya transfer masuk dalam bekas supaya senang nak guna masa bancuh air.


Last sekali tempat simpan sayur. Selalu saya tak suka beli sayur banyak-banyak. Setakat untuk makan dua atau 3 hari je sebab sayur kan mudah layu tambah-tambah yang jenis daun. So, sayur berdaun saya akan potong siap-siap masuk dalm bekas yang warna pink tu. Jimat masa bila balik dari kerja nak masak. tak payah nak potong-potong sayur lagi. Lagipun sayur x mudah layu kalau simpan dalam bekas. kalau sayur buah macam timun dan yang tak mudah layu macam kobis tu saya letak gitu je dalam bekas sayur ni. 



Ok..ni dekat bahagian pintu peti ais. Bahagian atas sekali tempat letak telur ayam. Yang tengah tu letak air sejuk. cukupla dua botol sebab husband je yang suka minum air sejuk, saya tak suka. Then, mayonise, orange sunquick & yogurt. Yang bahagian kecik tu saya letak pes tomyam dengan kuah rojak. Bahagian bawah sekali tempat letak segala botol-botol untuk kegunaan memasak macam sos cili, kicap, sos tiram & so on. Oh! budu encik suamipun di simpan di sini. hehe..

Tu je susun atur buat masa ni. Guna barang sedia ada.Lepas ni maybe bertukar lagi susun aturnya sebab memang nak cari bekas yang lebih practical & jimat ruang untuk simpan barang.  Hehe...Kalau bab mencuci peti ais, ada masa saya buat, ada masa husband buat. Tapi bab mencuci & mengelap barang ni husband la paling rajin. Dia kata nak barang nampak sentiasa baru. hehe..

10 comments:

  1. Awwww~ this makes me miss home. This is how we are trained too!!

    ReplyDelete
  2. saila pun simpan bhn makanan dalam bekas comel2..hehe..cuma x pink mcm imah hehehe :D

    ReplyDelete
  3. kemas fridge awak..lpas da shopping bekas sama warna mesti lg cun nnt.. :)

    ReplyDelete
  4. rjnnye..tqah msti serabut.nnt level chiller atas skali ltk susu tauu

    ReplyDelete
  5. takut sarjan saji dtg cek ke Imah. Anyway mase tak de anak ni blh lh peti tu lengang tunggu sikit hari lagi. Walau mcm mana pun peti yg kemas menjamin kebersihan dan mengelak dari jangkitan kuman.

    ReplyDelete
  6. wahh..sungguh bersih dan kemas fridge imah..ok tu color coded dah..bawah pink atas biru...comeyy :)

    ReplyDelete
  7. Kemassss..suka tengok.peti cik hani kdg2 kemas.kdg2 xkemas

    ReplyDelete
  8. Serius nampak kemas bila dah di susun atur elok2 kan kak.. nice tips..

    ReplyDelete
  9. ecah punya peti sejuk kecik sangat..hehe..puas nak organize dah..plan nnt ntk stock susu nak beli deep freezer..plan jelah..harga boleh tahan...haha

    ReplyDelete
  10. untuk peti sejuk ni, sebenarnya produk keluaran Tupperware memang membantu. Dari segi BPA free, cantik dan sangat pratikal.
    www.naltupperware.com/blog

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!