About Us

Thursday, August 28, 2014

2 Tahun sudah. Happy 2nd anniversary to us!

2 tahun. Alhamdulillah..pejam celik pejam celik rupanya dah 2 tahun dah jadi isteri. 2 tahun dah hidup berumahtangga. Kejap je rasa. Hari isnin lepas anniversary kiteorang yang ke-2. Tahun ni rasa lebih2 bermakna sebab adanya si kecil Nik Aqil Fayyadh. Subhanallah...syukur sangat dengan kebahagiaan yang ada ni.

Hidup alam rumah tangga. Kadang ada manis ya amat. Kadang ada tawar, masin, masam, kelat dan pahit. Macam2 perasaan ada tapi bila digabung semuanya yang baik2. semuanya yang membawa kepada hidup yang lebih bahagia, lebih matang. Setakat gaduh baik..gaduh baik tu rasa benda normal. Mana best kalau hidup semua yang positive je kan? gaduh2 sayang tula yang akan buat kita lebih kenal pasangan kita & try untuk buat the best kat diorang. Life kami as husband & wife xdela romantik macam cerita dalam Tv tuh. Hahaha....bukan jugak romantik gila2 macam cerita dalam novel! Walaupun dulu selalu berangan bila baca novel or tengok tv nak husband macam hero tu tapi nan ado! Hahaha,....tak dapat macam tupun..tapi kasih sayang, rasa cinta tu mungkin kiteorang describe dengan cara sendiri. cara saya fikir pasal sikap romantik suami tupun lain kot.

Yang saya tahu saya rasa bersyukur sangat2 sebab dapat suami sebaik dia. Bersyukur sangat dijodohkan dengan dia. Berterima kasih sangat sebab terpilih jadi isteri dia. Thank you Allah. Thank you suami. I'm happy. I feel blessed. I Fell in love. I feel complete. Semoga rasa bahagia dan rasa indah2 ni kekal sampai bila-bila. Apa yang dia buat untuk saya dan anak, apa yang dia korbankan semua saya hargai. Maybe tak terbalaspun (T_T).

Terima kasih sangat sebab dia jaga saya dengan baik. Makan pakai cukup. Tengok..Sampai dah naik tembun dah saya ni sebab terlebih makan! hahaha...eh, si suami pun tembun jugak. Tembun berjemaah namanya. Memang sehati sejiwa gitu! Terima kasih suami.  Even saya selalu emo2 terlebih..perangai kuat merajuk tak surut2 walau dah jadi mak orangpun dia masih tak jemu memujuk. Tak pernah tak pujuk dari zaman bercinta sampaila dah ada anak sorang. Terima kasih kerana menjadi pelindung saya & fayyadh. Dan paling penting terima kasih sebab selalu percayakan saya & very understanding.

saya tak sempurna. Masih berusaha jadi isteri dan ibu yang baik. Walaupun selalu berangan nak masak yang special2 untuk dia tapi selalunya masak benda yang sama je. Nampak tak angan-angan tu selalu tinggi? konon nak try resepi baru tapi resepi lama jugak yang diulang-ulang. hahaha.. Thank you tau selalu makan tanpa complaint! Thank you sebab rajin tolong kemas rumah. Tolong jagakan cik pinky saya!

Kalau nak tulis..banyak sangat. Yang saya tau even kami sama2 tak sempurna tapi kami try to complete each other. Maybe takkan sama macam orang lain tapi kami bahagia dengan cara kami sendiri. Hope dapat jadi parent yang baik untuk Fayyadh & bakal zuriat yang lain. May our love last forever till jannah. I love you so much!




Wednesday, August 20, 2014

Perkembangan Fayyadh 5 Bulan


Macam biasa....lambat nak update dekat sini perkembangan Fayyadh masa 5 bulan. Hihihi..sejak jadi supermama ni memang otak dah naik tepu nak menaip. masa ada je. hari2 saya bukak blog. jengah blog kawan2. baca entri korang tulis tapi tak sempat nak komen. maaf sangat2 sebab sudah tidak serajin dulu.

Fayyadh dah hampir 6 bulan dah sekarang. Tapi saya nak update dulu perkembangan dia masa 5 bulan.

Berat: 8.4kg ( masa 5 bulan 2 minggu)

Rambut halus dah banyak tumbuh. Rambut fayyadh x botak lagi ok! cuma halus2 je..hihi.

Boleh meniarap dengan jayanya masa umur 4 bulan 1 minggu. Fuh..berpeluh mama & abah menunggu bila Aqil Fayyadh ni nak meniarap. Seronoknya tengok anak dah boleh meniarap tak tahu nak cakap. Happy!

Bila dah boleh meniarap, tak pandai pulak nak pusingkan badan balik. Yang dia tau meniarap lepas tu merengek, jerit kemain kuat nak suruh kita alihkan balik badan dia. Hihihi..comel tau buat gaya macam tu! lepas 2 minggu boleh meniarap barula dia pandai alihkn sendiri badan dia.

Skill baru dia. Bila masuk dalam kereta dia suka main 'cakar-cakar" dekat bahagian pintu kereta sebelah dalam. bahagian tu kan tak rata..sedaplah nak mencakar sebab keluar bunyi. Asal masuk kereta je automatic tangan dia mesti nak mencakar ke situ!

Suka hisap tudung & baju mama dia. Basah tudung dengan air liur anak je. Hahaha...redha jela..Bila tarik nanti dia buat lagi. memang suka dengan kain. Kiteorang beli toys dia buat tengok je. takde minat nak main pun. huhu...

Mulut kemain ramah. Siap pakej jerit2 lagi, Hahaha...kalau time dia diam, diam sungguh. Tapi bila datang time nak menjerit dia..nak pok pet pok pet..kita nak bercakap sesama kita pun tak dengar apa dah. tenggelam dengan suara dia. Hahaha...

Alhamdulilllah..Fayyadh sihat. Nampak aktif. Hope dia terus membesar dengan sihat, panjang umur & jadi anak yang soleh.







Monday, August 18, 2014

Jom Dapatkan Tudung Dari Qisya Balakosa!!!!


Nak tudung dan baju yang cantik tetapi dalam masa yang sama menutup aurat dengan sempurna?
Susah nak cari tudung yang labuh menutupi dada, tak jarang & memenuhi syariat?
Nak tudung yang cantik, berkualiti tapi harga yang murah?

Korang boleh dapatkan semua ciri di atas di Qisha Balakosa

Nama page fb : qisyabalakosa

Nama fb : qisya balakosa

Ig : qisyabalakosa

Menjual tudung dan jubah ( semuanya muslimah dan labuh menepati syarak). 
Antara koleksi tudung & Jubah di Qisya Balakosa..








Apa yang best..bulan ni ada 2 promosi istimewa di Qisya Balakosa.

PROMOSI 1 : Follow, Upload & Win!!!

.
 Jomla join! Kalau menang..siap boleh pilih sendiri tudung mana korang nak sebagai hadiah.Best kan?



PROMOSI KEDUA : Potongan Harga Untuk Belian Tudung & Jubah Di Qisya Balakosa!!!







Apa lagi..Jom terjah online shop Qisya Balakosa

Tuesday, August 5, 2014

Cerita Raya kami 3 Beranak =)

Alhamdulillah...tahun ni tahun pertama beraya sebagai ibu & bertiga. Tahun lepas masa raya, Fayyadh baru 3 bulan dalam perut. Hihi..Tahun ni dah boleh raya dekat luar perut. Eh! hihi...

Tahun ni merasa jugak dapat kutip duit raya. Ada jugak yang sudi hulurkan duit raya dekat kiteorang ni. Rasa sejak keja dah lama orang tak hulur duit raya. Tapi..tolong pegang duit raya untuk anak la....hahaha. Mama & abah dah tua dah nak kutip duit raya ni. Bestla Fayyadh dpt duit raya. Bila kita letak duit depan dia sibuk dia nak koyak-koyakkan lepas tu gelak kemain kuat bila duit tu renyuk. Hai anak..sabar jelah.huhu..

Tahun ni raya pertama dekat kedah. Raya ke-3 baru balik kelantan. Dua2 negeri best. Fayyadh jadi tumpuan je raya ni. dua2 atuk nenek excited tunggu cucu sampai dekat kampung. Dia pulak ceria kemain time raya. Suka kalau tempat ramai orang. Lepas tu orang duk agah2 dia..memang gelak je la dia. sengeh memanjang sampai air liur pun jenuh mamanya duk lap tau! huhuhu..

Raya kali ni jammed paling teruk pernah rasa. Nak balik kampung sampai 14 jam ambik masa nak sampai. Dasyat punya jammed. Tupun terpaksa berhenti banyak kali sebab penat+ nak gi toilet+  nak bagi enjin kereta rehat. Mujur time balik ok. Lega...

Tahun ni tema hijau muda. Fayyadh pun dah boleh pakai baju melayu!! Hihi...mama & abah yg over excited nak pakaikan baju melayu dekat anak yang baru 5 bulan! hahaha...Meh layan gambar raya kami....



warna baju ni dekat luar sama mcm gambar sebelah kiri. Oh ya, perasan kan  satu gambar tu muka fayyadh senyum. satu lagi masam. Hihi..