About Us

Tuesday, August 5, 2014

Cerita Raya kami 3 Beranak =)

Alhamdulillah...tahun ni tahun pertama beraya sebagai ibu & bertiga. Tahun lepas masa raya, Fayyadh baru 3 bulan dalam perut. Hihi..Tahun ni dah boleh raya dekat luar perut. Eh! hihi...

Tahun ni merasa jugak dapat kutip duit raya. Ada jugak yang sudi hulurkan duit raya dekat kiteorang ni. Rasa sejak keja dah lama orang tak hulur duit raya. Tapi..tolong pegang duit raya untuk anak la....hahaha. Mama & abah dah tua dah nak kutip duit raya ni. Bestla Fayyadh dpt duit raya. Bila kita letak duit depan dia sibuk dia nak koyak-koyakkan lepas tu gelak kemain kuat bila duit tu renyuk. Hai anak..sabar jelah.huhu..

Tahun ni raya pertama dekat kedah. Raya ke-3 baru balik kelantan. Dua2 negeri best. Fayyadh jadi tumpuan je raya ni. dua2 atuk nenek excited tunggu cucu sampai dekat kampung. Dia pulak ceria kemain time raya. Suka kalau tempat ramai orang. Lepas tu orang duk agah2 dia..memang gelak je la dia. sengeh memanjang sampai air liur pun jenuh mamanya duk lap tau! huhuhu..

Raya kali ni jammed paling teruk pernah rasa. Nak balik kampung sampai 14 jam ambik masa nak sampai. Dasyat punya jammed. Tupun terpaksa berhenti banyak kali sebab penat+ nak gi toilet+  nak bagi enjin kereta rehat. Mujur time balik ok. Lega...

Tahun ni tema hijau muda. Fayyadh pun dah boleh pakai baju melayu!! Hihi...mama & abah yg over excited nak pakaikan baju melayu dekat anak yang baru 5 bulan! hahaha...Meh layan gambar raya kami....



warna baju ni dekat luar sama mcm gambar sebelah kiri. Oh ya, perasan kan  satu gambar tu muka fayyadh senyum. satu lagi masam. Hihi..

7 comments:

  1. selamat hari raya Imah sekeluarga..salah sorg blogger yg beraya dengan baby..seronok kan..hehe

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya imah... syoknya raya dengan baby.. baby dapat duit boleh simpan bank untuk belajar nanti

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum imah. alhamdullilah. bestkan raya dengan anak. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya.... sweet...

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri imah..syoknya raya bertiga!
    btw, mmg tahun ni jem teruk kannn T.T

    ReplyDelete
  6. Salam kenal imah :) First time beraya dengan anak memang best. Especially part nak melaramkan anak dengan baju melayu tuh hehhee...

    ReplyDelete
  7. cantiknye hijauuu..fayyadh banyak kumpul duit raya x?meh jumpa aunty ecah nk bg duit raya ni...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!