About Us

Tuesday, July 22, 2014

Persiapan Raya Kami- Ala kadar saja


Dah nak dekat raya dah kita. kejapnya rasa berpuasa. Tahu2 dah nak sampai ke penghujung dah. Macam2 yang terjadi masa bulan mulia ni. Dugaan untuk kita. Kes MH17..peperangan dekat palestine. Sedih sangat rasa. Semoga mereka tabah tempuhi dugaan dan kitapun kuat nak hadapi cabaran masa depan.

In sha Allah..tahun ni tahun pertama beraya bertiga. Kalau tahun lepas first time beraya sebagai isteri..tahun ni tahun pertama beraya sebagai ibu. Tak sabar nak bawak fayyadh jumpa sedara mara kat kampung. Yeay! Fayyadh dah boleh collect duit raya dah. Hihi..

Tahun ni persiapan raya lebih tertumpu pada Fayyadh. Baju-baju dia untuk raya before puasa lagi kami dah siap shopping. Nampak tak betapa excited mama & abah Fayyadh nak beli baju raya dekat dia? Hihi...Baju baby mestilah kena lebih sikit. Sebab diorang cepat berpeluh, baju cepat kotor dengan air liur dan susu. Kena banyak menyalin. So..memang beli berhelai-helai baju raya dekat Fayyadh tapi idakla sampai membazir. Beli extra size sikit. Boleh pakai lama sikit. Baby kan cepat membesar. Baju jalan fayyadh pun sebenarnya tak banyak saya beli before ni. start bawak dia keluar rumah masa umur dia nak masuk 3 bulan. so masa tu baru nak cari baju jalan. so..baju raya Fayyadh nanti boleh buat baju jalan-jalan jugak. Baju melayu beli sepasang Yang lain baju casual je. senang..

Permata Hati Kesayangan Mama & abah


Persiapan saya dan suami? ala kadar. Baju melayu suami sepasang. Baju kurung saya sepasang ikut warna tema. Selalu beli baju ready made. Entah kenapa kali ni saya rasa baju ready made banyak yang dah mahal2. Padahal simple je tengok. Tapi sebab dah xde pilihan sangat dan susah nak jumpa warna yang sama dengan warna tema...beli jela. Rasa sejak jadi mak mak ni saya kurang cerewet tentang baju sendiri. Paling penting anak. suami pun. Baju rayapun beli masa minggu ke-2 berpuasa. Before ni sebelum puasa dah siap beli. saya ada satu lagi dress yang beli before puasa. Memang nak pakai untuk raya. Cukuplah tu je untuk raya. Yang lain..pakai aje mana baju yang ada.

Kuih raya..kerepek..kacang dengan sedikit hadiah nak bagi dekat family dekat kampung pun dah siap beli. Cukup untuk agihkan pada dua pihak. family dan family in law. Saya raya keutamaan mesti kerepek dan kacang. Biskut raya kurang sikit. Last week pergi pasar pagi dekat stadium tu borong kerepek dengan kacang. Angkut sekali budak kecik tu gi shopping. Mujur dia ok..hihi. Fayyadh suka aje kalau bawak berjalan. Mata seronok tengok sana sini.

Duit raya pun dah siap tukar untuk diagihkan pada budak-budak dan sedara masa raya nanti. Sabtu ni dah nak balik kampung. Tak sabar dah rasa nak jumpa family. Rindu nak buka puasa sama2. Rindu family sangat2!! Tahun ni beraya dekat kedah dulu. Lepas tu baru balik beraya dekat Kelantan.

Apapun, selamat hari raya. Maaf zahir batin. Yang balik ke kampung tu..hati2 di jalan raya ok!

5 comments:

  1. assalamualaikum imah.. Adam pun cepat membesar. hehe tahun ni raya ketiga sebagai isteri tapi raya pertama dengan anak. heee excited gak kami persiapan tapi masih bersederhana. kita pun balik kg sabtu ni... tak sabar nak kenalkan anak dgn kg dan saudara mara dia. hihiii

    ReplyDelete
  2. Ok la tu. sy br beli bj kurung anak masa lunch hour td. Sib baik ok...nak tukar pon da xde saiz lg.

    ReplyDelete
  3. bergaya lah fayyadh raya nannti..heheh

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya imah...
    minta halal yg terlebih terkurang ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!